KESIAN AIHH MELAYU KAMPUNG BARU : Khalid dedah Shahidan mungkir janji, pengambilan tanah Kg Baru tetap diteruskan

 


Terkini! Khalid dedah Shahidan mungkir janji, pengambilan tanah Kg Baru tetap diteruskan



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoalkan mengapa pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru diteruskan walaupun Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim telah berjanji akan berhubung dengan pemaju dan pemilik tanah.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan itu berkata Shahidan telah membuat janji sedemikian ketika membahaskan isu pengambilan tanah berkenaan di kamar khas parlimen pada 13 Dis lepas.

“Dalam jawapannya semasa perbahasan, menteri wilayah persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa dia akan mengadakan pertemuan antara pemaju dan pemilik tanah untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan pengambilan tanah.

“Malangnya sehingga hari ini, saya telah dihubungi oleh banyak pemilik tanah memaklumkan bahawa tiada sebarang mesyuarat diatur seperti yang dijanjikan oleh menteri,” kata Khalid dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sebaliknya pemilik tanah telah dihubungi Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan untuk menghadiri sesi perbicaraan kedua pada 19 Jan untuk memuktamadkan proses pengambilalihan.

“Bagaimana ini boleh berlaku selepas menteri berjanji untuk menangguhkan semua proses pengambilan tanah dan mengadakan pertemuan antara pemaju dan pemilik tanah?” soal Khalid.

Dia berkata pemilik tanah berada dalam kekeliruan dan Shahidan perlu bertanggungjawab terhadap janjinya.

Khalid sebelum ini mendakwa penggantinya Annuar Musa terlalu berpihak kepada pemaju berbanding pemilik tanah.

Pada 13 Dis lalu, Shahidan dalam sesi kamar khas di Dewan Rakyat memberi jaminan isu pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru akan dilaksanakan secara adil dan mementingkan kepentingan pemilik lot/ flat PKNS Sungai Baru.

Shahidan berkata dia sendiri akan berunding dengan pemilik dan pemaju terlibat bagi memastikan satu persetujuan yang adil dapat dicapai.

“Semua akan diberi keadilan sebaiknya. Kalau tidak pun saya akan kurangkan masalah di tahap yang minimum. Saya ingat pada Januari, saya kira akan selesaikan dan selepas itu kita akan lihat pembangunan Kuala Lumpur secara keseluruhan,” katanya.

LIHAT PARTI SENDIRI DULU LA ....

 KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak berhak langsung mencampuri soal kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

Bahkan, kenyataan beliau yang mendakwa kononnya PH memerlukan kumpulan baru untuk mengambil alih pucuk pimpinan kelihatan begitu canggung dan dangkal, kata Naib Ketua Angkatan Muda Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman.
Menurut beliau, hakikatnya Parti Pejuang sendiri adalah sebuah parti yang sangat lemah dan belum berupaya membuktikan sebarang pencapaian politik setakat ini.
”Mukhriz sendiri ditolak dan dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali dan ini adalah cerminan kegagalan dan ketidakupayaan beliau untuk memimpin.
”Sebagai seorang pemimpin yang sangat lemah dan gagal, beliau tidak layak langsung berbicara soal kepimpinan parti lain,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau mengulas kenyataan Mukhriz baru-baru ini bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bukan lagi calon untuk menjadi perdana menteri kerana masanya sudah berlalu.
Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kumpulan baharu mengambil alih kepimpinan PH, kata Mukhriz.
Syed Badli berkata, beliau optimis Parti Pejuang tidak akan mempunyai masa depan yang gemilang jika Mukhriz terus menerajui parti tersebut.
Justeru itu beliau mencadangkan agar Mukhriz membubarkan sahaja Parti Pejuang dan bersara dari arena politik tanah air. – MalaysiaGazette

BERSANDING ANTARA DUA DARJAT


 

HAMZAH RIE NA


Penunggang agama itu trending akhir zaman, Dan akan ramai bersetuju dgn dalil2 jahil masing2. Bagi menghalalkan untuk masing2 menyokong.

Saya tetap tak terkesima dgn labuhnya yanggut atau besar serban seseorang. Akhlak mereka yg saya ambil sebagai ukuran utk saya ikuti ajaran mereka. Thorsuki dulu pun saya ikut, bila dah melalut saya juga tarik handbrake.





BERTABAHLAH ADIK..

 


HAMZAH RIE NA

Bertabahlah adik, abg kamu sedang membuli kamu. Segala-galanya yg jelek adiklah dijadikan kambing hitam. Hihihihi

Karikatur: Fahmi Reza



Siasat hubungan perniagaan melibatkan ketua SPRM/Probe MACC chief's business ties

 Kami terkejut apabila mendapat tahu sarjana terkemuka, Dr Edmund Terence Gomez, meletak jawatan sebagai salah seorang panel perundingan dan pencegahan rasuah ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

o  Berikutan ini serta pendedahan percanggahan kepentingan melibatkan kepimpinan SPRM, ia memerlukan tindakan segera dari semua pihak yang terlibat

o  Mereka juga memerlukan siasatan terbuka dan bebas diketuai oleh jawatankuasa parlimen yang bipartisan. Sepatutnya tiada apa yang perlu disembunyikan

o  Kami juga mendesak agar SPRM dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan secara langsung di bawah seliaan jawatankuasa terpilih parlimen yang bipartisan

Ini semua merupakan langkah asas supaya SPRM dapat meraih semula kepercayaan umum sebagai sebuah badan bebas dalam usaha melawan rasuah.

Jawatankuasa eksekutif Aliran

Pautan: Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi ‘nanah’ dalam organisasi

English version

We are shocked to hear about respected scholar Dr Edmund Terence Gomez's resignation from the Malaysian Anti-Corruption Commission's consultation and corruption prevention panel.

o  This and the revelations about possible conflicts of interest in the leadership of MACC require an immediate response from the parties concerned

o  They also require an open and independent investigation led by a bipartisan parliamentary committee. There must be no cover-up

o  We also demand that the MACC be moved out of the Prime Minister's Department and placed directly under the supervision of a bipartisan parliamentary select committee

All this is essential for the MACC to gain public trust as an independent body capable of fighting corruption.

Aliran executive committee

Jika Abu Zahar puas hati, mengapa Azam tidak bersedia jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen?

 Mohd Azam Baki


Selepas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, timbul persoalan mengapa Azam tidak bersedia untuk hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang berkata, Azam Baki sepatutnya bersedia untuk hadir memberikan kenyataan kepada jawatankuasa berkenaan mengenai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membersihkan nama beliau daripada pertuduhan konflik kepentingan yang mula timbul sejak dua bulan yang lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah memberitahu Lembaga Pengarah pada 24 November bahawa akaun dagangannya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada tahun 2015.

Abu Zahar berkata Lembaga Pengarah berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa beliau tidak mempunyai kepentingan kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.

“Tambahan pula, adakah adiknya bersedia untuk hadir memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen?

“Pastinya pengesahan mengenai ketiadaan sebarang konflik kepentingan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah lebih berkredibiliti dan bernilai daripada keputusan sebuah jawatankuasa SPRM sendiri, kata veteran DAP itu.

Selain itu, tegas Kit Siang SPRM perlu memohon maaf kepada profesion perubatan kerana telah menyiarkan iklan mengenai doktor yang korup pada suatu masa di mana SPRM sendiri berhadapan dengan persoalan yang serius tentang integritinya sendiri.

Begitu juga, katanya video kesedaran ‘anti rasuah’ yang disiarkan SPRM di Twitter menggambarkan contoh bagaimana rasuah boleh berlaku di klinik untuk mendapatkan sijil perubatan (MC).

“Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai betul dalam kritikannya terhadap video yang dikatakan sebagai “penghinaan terhadap kemurnian dan imej profesion perubatan”.

“Mengapa SPRM tidak mengeluarkan video yang menggambarkan rasuah dalam kalangan Menteri atau Ahli Parlimen?” soalnya lagi.

Kit Siang secara amnya kecewa dengan sidang media “dedah segalanya” SPRM semalam, kerana ia telah meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab.

“Saya telah berkata bahawa rakyat Malaysia dan dunia bimbang Malaysia akan kembali menjadi kleptokrasi dan saya telah meminta sidang media SPRM untuk memberitahu rakyat Malaysia apa yang SPRM lakukan untuk menghalang Malaysia mundur sebagai kleptokrasi dan apa jangkaan SPRM mengenai Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2021 untuk Malaysia, yang dijangkakan diterbitkan lewat bulan ini,” ujarnya.

Terdahulu, seorang pegawai penguat kuasa kanan SPRM didakwa di mahkamah atas kesalahan penyelewengan RM25 juta wang tunai yang merupakan bukti yang berkaitan dengan kes rasuah besar.

Tambahnya, terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada pegawai kanan SPRM itu bersalah tetapi jika SPRM menghadapi masalah untuk menyemai nilai integriti dalam kalangan pegawai SPRM, bagaimanakah SPRM menjangkakan akan berjaya menerapkan nilai integriti dalam kalangan penduduk Malaysia?



NI KA YANG ORANG DOK MELAWAK KATA MOHONG SUNAT NIH ?


MOHD MUKHLIS


 Terbaik

Tan Sri, sampai petik nama Allah dan Rasul sudah pasti Tan Sri di jalan yang benerrr.
Kalau tak cukup dalil, boleh guna dalil Tan Sri Duta Gaji Buta, apalah sangat demi jaga
maslahat.






MASUK JA LA ATOK. JANGAN SIBUK HAL LAIN....PARTI LAIN

 

AHMAD SHAHRIL

Walawei...rakyat tgh hadapi bencana ni,please la stop la dlu politik2 ni.Awat dah rindu

 sgt ke kat atuk piraun tu..korang nk masuk...masuk jea laa yg duk sibuk kat parti lain

 watpe...klu umno tu nmpk panik tu blh la kata sbb dah biasa menang pru.....ini yg

 baru dpt merasa putrajaya sekali plk nmpk kalut.... macam la tak biasa kalah.





MISI MENJEJAK “KEPALA AIR” TETAPI TERJUMPA “KEPALA BALAK” DI HULU TELEMONG.

 KHAIDIR AHMAD 

(Wartawan Tua)


Tengah hari tadi saya bergerak ke Telemong, Bentong, Pahang dalam misi menjejak “kepala air” yang dilapor menjadi punca banjir lumpur bersama apa yang disebut oleh para professor sebagai “debris” atau puing atau bahasa mudahnya sisa kayu dari penerokaan hutan serta tanah runtuh atau disebut juga oleh para professor sebagai kegelinciran tanah.


Seorang Wartawan Tua yang muflis, semestinya tidak mampu menyewa helikopter untuk membuat tinjauan dari udara seperti professor yang ditaja oleh kerajaan.


Jadi sudah tentulah, saya menggunakan kenderaan 4X4 buruk saya melalui jalan darat. 


Destinasi pertama saya di Kampung Tanjung, Karak untuk meninjau tapak 4 buah rumah di hilir Sungai Telemong yang “lesap” dilanda kepala air banjir lumpur dan sisa kayu.


Dari Kampung Tanjung saya dapat melihat dengan jelas kesan “gelinciran tanah” di kawasan bukit di belakang Pekan Karak hinggalah ke belakang Pusat Serenti Karak.


Namun pada hemat saya yang bukan seorang professor, runtuhan tanah dari puncak bukit-bukit berkenaan adalah disebabkan hutan di kawasan dari kaki hingga pertengahan bukit itu yang sudah diteroka sama ada menerusi pembalakan atau pembukaan tanah bagi tujuan pertanian.


Analoginya, bukit itu umpama batu-bata yang disusun berbentuk piramid. Jika batu-bata di bahagian bawah ditarik keluar atau dilompongkan, maka batu-bata yang di atas akan turut jatuh atau puncaknya akan roboh.


Yang pasti, kegelinciran tanah bersama puing kayu dari bukit-bukit berkenaan tidak akan sampai ke Kampung Tanjung yang terletak di sebelah hulu, sebaliknya ia terkumpul di lembah Sungai Semantan berhampiran Stesen Timbang JPJ dan Tanah Perkuburan Hindu Karak dan hanyut ke Lanchang, Mentakab dan berakhir di Kuala Semantan, Temerloh.


Dari Kampung Tanjung saya bergerak ke hulu Sungai Telemong hingga ke Jambatan Seri Telemong berhampiran kuala Sungai Kerau yang menjadi tempat “persinggahan” timbunan sisa kayu luarbiasa yang tidak dapat dipastikan dari mana sebenarnya kerana tinjauan ke hulu Sungai Kerau mendapati tidak banyak kesan kegelinciran tanah kecuali penerokaan hutan secara meluas bagi projek lot dusun dan rumah mewah ratusan hektar di The Valley serta kawasan sekitarnya bagi tujuan pertanian.


Jadi saya mengesyaki timbunan sisa kayu ini dibawa arus deras limpahan air dari hulu Sungai Telemong yang bertembung dengan banjir lumpur dan sisa kayu penerokaan hutan dari hulu Sungai Kerau.


Kemudian saya bergerak lagi ke arah hulu Sungai Telemong hingga ke kawasan pertembungan kuala Sungai Perdak dan Sungai Telemong, yang juga terdapat timbunan sisa kayu luarbiasa di sini.


Di kawasan bukit di belakang Kampung Baru Sungai Perdak hingga Kampung Baru Telemong memang banyak kesan gelinciran tanah akibat pembukaan tanah milik dan penerokaan hutan secara haram bagi tanaman Durian Musang King.


Ketika menbuat tinjauan di kawasan ini, seorang penduduk tempatan Telemong tiba-tiba mendekati saya dan memberitahu:


“Pergi naik lagi ke atas sana (sambil menunjukkan tangan ke arah belakang Pekan Telemong)… di sana ada kawasan pembalakan baru kerja 200 ekar tapi dia orang sudah berhenti kerja… tanah runtuh!… tapi dia orang keluar kayu tak ikut Kampung Baru (Telemong)… dia orang ikut Sungai Gapoi.”


Selepas menerbangkan drone di satu lokasi, saya ternampak timbunan kayu balak dari udara dan apabila ditinjau pula mengikut jalan darat, ternyata ada satu “matau” atau tempat simpanan transit kayu balak (msebelum diangkut dengan lori balak ke Kilang Papan).


Pada pengamatan saya, berdasarkan terdapatnya saiz tongkol balak yang agak besar termasuk spesis Meranti Bukit, saya percaya kayu-kayu ini ditebang dari puncak-puncak bukit hutan tadahan air yang sepatutnya menjadi penampan jika berlaku hujan lebat.


Menurut seorang pencari hasil hutan yang kebetulan lalu di situ, jarak kawasan hutan  pembalakan dari matau itu adalah kira-kira satu jam perjalanan mendaki bukit dengan motosikal atau lori balak “santaiwong.”


Pada mulanya saya bercadang untuk masuk ke kawasan penebangan balak di hutan berkenaan tetapi memandangkan cuaca semakin gelap dan awan mendung yang tebal seakan hujan lebat akan turun segera, maka saya terus berpatah balik ke Pekan Telemong untuk membeli sedikit Durian Musang King sebagai buah tangan buat keluarga sebelum pulang ke rumah.


PERSOALANNYA… adakah pembalakan ini juga ada kaitannya dengan “kepala air” banjir lumpur luarbiasa bersama sisa kayu yang melanda lembangan Sungai Telemong hingga ke Karak pada 18 dan 19 Disember 2021?


Wallahuaklam Bissawab… hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


#wartawantua

#alammarhaen


WALAU DAH TUA GAYUT. TUN M MASIH GAGAHKAN DIRI UNTUK BERTANDING.

 


Nampaknya Tun Mahathir Mohamad agak malu-malu untuk berterus-terang sama ada beliau akan bertanding lagi atau tidak dalam PRU15 akan datang.

“Dalam PRU akan datang, umur saya sudah 97 atau 98 tahun.

“Saya tahu saya sudah tua tetapi saya agak beruntung sebab masih boleh bercakap dengan orang, masih boleh berhujah dan memimpin parti.

“Parti mahu saya bertanding.

“Saya tak fikir saya patut bertanding lagi, tapi saya akan berikan sokongan penuh pada Pejuang,” kata bekas Perdana Menteri itu lagi.


Ehhh…kalau sudah parti yang dipimpinnya sendiri mahukannya bertanding lagi, kenapa pula Tun Mahathir mahu beranggapan sebaliknya?

Bertanding sajalah Tun, jangan kecewakan harapan parti!!

Sebagai Pengerusi Pejuang yang diketahui umum agenda utamanya ialah untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak sepatutnya ada perasaan malu berterus-terang untuk bertanding lagi.

Bertanding adalah wajib baginya, jika tidak bagaimana untuk beliau menjadi lebih ampuh menghalang Anwar?

Lagi pun, baru-baru ini Tun Mahathir juga ada menyebut bahawa Anwar tidak tahu mentadbir negara.

Jika Anwar yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dianggap tidak tahu mentadbir negara, sudah tentu hanya Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali saja yang tahu menguruskan negara ini.

Pedulikan soal tua, yang penting negara ini harus dipimpin lagi oleh Tun Mahathir buat kali yang ketiga.

Orang lain semua tidak tahu apa-apa dan tidak layak mentadbir negara ini.

Tambahan lagi, usaha untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri harus diteruskan sehingga ke penghujung usia.

Itulah nanti akan tercatat sebagai pengorbanannya yang paling besar untuk negara dan Tun Mahathir mesti terus menggagahkan dirinya bagi tujuan itu.

Selain itu, Mukhriz Mahathir dua hari lalu turut menganggap masa untuk Anwar menjadi Perdana Menteri sudah pun berlalu.

Dengan masa untuk Anwar sudah berlalu, siapa lagi yang layak jadi Perdana Menteri kalau bukan Tun Mahathir sendiri?

Ini kerana masa untuk Tun Mahathir tidak pernah berlalu dan beliau sentiasa sesuai sepanjang zaman untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Bagi tujuan, Tun Mahathir mesti dan wajib bertanding lagi dalam PRU15 nanti. – ShahbudinHusin 05/01/2021.



Pelantikan Redzuan sebagai Pengerusi Bousted “scheme of things” – Chin Tong


Kenyataan Media Liew Chin Tong, mantan Timbalan Menteri Pertahanan Pada 4 Januari 2022

Sebagai mantan Timbalan Menteri Pertahanan yang memahami gerak kerja dan pentadbiran Boustead Holdings Bhd yang merupakan sebahagian daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), saya terkejut dan amat bimbang dengan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebagai Pengerusi bukan eksekutif Kumpulan Boustead.

Ia merupakan “scheme of things” baharu yang tidak sepatutnya berlaku. Istilah “scheme of things” telah digunakan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa rampasan kuasa Sheraton untuk menghalalkan pengagihan jawatan GLC demi membeli sokongan Ahli Parlimen.

Semasa era pentadbiran Pakatan Harapan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah menyatakan dengan jelas bahawa pengurusan LTAT dan Boustead perlu diterajui pihak profesional, dan bukan ahli politik.

Redzuan telah mengambil alih jawatan tersebut daripada bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin yang telah meletak jawatan pada 4 Ogos sebagai bantahan terhadap pentadbiran Muhyiddin. Sebelum Khaled, orang yang sekian lama memegang jawatan Pengerusi Boustead ialah bekas Panglima Angkatan Tentera Allahyarham Tan Sri Ghazali Che Mat.

Tidak seperti GLC yang lain, LTAT dan Boustead merupakan entiti unik yang mewakili kepentingan, pandangan, dan perspektif Angkatan Tentera Malaysia. Sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan, cita-cita kami ialah memastikan LTAT dan Boustead dapat dibangunkan sebagai pusat pelaburan industri pertahanan baharu melalui transformasi berdasarkan Kertas Putih Pertahanan. Malangnya, semua ini telah dihancurkan oleh rampasan kuasa Sheraton.

Boustead dan anak syarikatnya Boustead Shipyard kini sedang bergelut untuk menyelesaikan projek Littoral Combat Ship (LCS) bernilai RM9 bilion yang masih terumbang-ambing. Redzuan tidak sepatutnya dilantik kerana beliau tidak mampu menyelesaikan krisis besar yang dihadapi syarikat ini, malah berdasarkan reputasi beliau yang dicurigai, ia akan memburukkan lagi keadaan.

Pelantikan beliau adalah satu penghinaan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan ia harus dibatalkan serta-merta.

Bencana banjir: Jadi sebahagian penyelesaian bukan sebahagian masalah


Oleh Roketkini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook hari ini berkongsi sedikit pengalamannya mengenai pengurusan pasca banjir di kawasannya.

Untuk makluman, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang beliau wakili iaitu Chennah di Daerah Jelebu merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas di Negeri Sembilan.

“Sebagai wakil rakyat, apabila kawasan kita dilanda bencana, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu rakyat yang terkesan,” katanya dalam laman Facebook.

Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP seterusnya menggariskan beberapa langkah yang telah digerakkan pihaknya ketika banjir melanda kawasan tersebut iaitu:

  1. Sejurus selepas banjir berlaku, pastikan berapa keluarga yang terjejas

Beliau memberitahu, maklumat berhubung bilangan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan berpindah ke rumah saudara-mara adalah penting untuk perancangan pembahagian sumber dan anggaran peruntukan yang diperlukan.

Menurutnya, beliau bernasib baik dan berterima kasih kerana di kawasan beliau, pasukannya yang terdiri daripada pembantu ahli-ahli majlis serta ketua dan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap kampung amat cepat bertindak untuk membantu mengenal pasti keadaan di lapangan.

  1. Segera sediakan makanan dan minuman kepada mangsa

Anthony berkata, langkah kedua adalah penyediaan makanan dan air minuman oleh pasukan pusat khidmat dan MPKK terutama air minuman, roti dan makanan masa yang boleh dimakan terus.

Tambahnya, beberapa MPKK di kawasan DUN Chennah telah mengambil inisiatif untuk menyediakan nasi bungkus kepada setiap keluarga mangsa selama hampir dua minggu supaya mangsa boleh menumpukan tenaga mereka untuk kerja-kerja pembersihan.

  1. Bersihkan longgokan sampah

Ujarnya, masalah yang paling besar selepas banjir adalah longgokan sampah dan lumpur di kawasan yang dibanjiri dengan setiap rumah akan membuang banyak barang dari rumah mereka.

Jelas beliau, pusat khidmatnya menyewa jentera dan lori untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut selain mendapat bantuan daripada beberapa pemaju yang menghantar kontraktor mereka untuk membantu.

“Hasilnya, saya dapat memobilisasi 11 buah jentera JCB backhoe dan 10 buah lori untuk mengangkut semua sampah dan membersihkan lumpur dalam masa 10 hari,” katanya.

  1. Selesaikan masalah longkang tersumbat dengan lumpur

Selain longgokan sampah, Anthony berkata, satu lagi masalah besar adalah longkang yang tersumbat dengan lumpur kerana jika sampah tidak diangkut dan longkang tersumbat, kerja-kerja pembersihan dalam rumah sukar dijalankan.

Beliau memberitahu, pusat khidmatnya telah mendapatkan khidmat sekumpulan pekerja yang mahir dalam kerja-kerja tersebut memandangkan kerja tersebut sangat sukar dan memerlukan tenaga fizikal yang kuat.

  1. Bermula kerja-kerja pembersihan dalam rumah

Setelah kedua-dua masalah besar tersebut ditangani jelas beliau, kerja-kerja pembersihan dalam rumah dapat berjalan dengan lebih lancar dengan ramai sukarelawan yang datang membantu.

“Kami juga menyediakan peralatan kepada mereka seperti (pancutan air ) water jet untuk memudahkan kerja pembersihan. Dalam keadaan pasca banjir, bekalan air sudah tentu tidak stabil. Jadi, mesin pam air adalah satu keperluan untuk mendapatkan sumber air untuk kerja pembersihan,” katanya.

  1. Memastikan bantuan kewangan dapat disampaikan secara mudah dan cepat

Beliau menjelaskan, di Negeri Sembilan, kerajaan negeri juga memberi bantuan tunai RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa dengan semua peruntukan tersebut disalurkan kepada akaun pusat khidmat ADUN.

Untuk memudahkan mangsa, jelas beliau, pihaknya menyampaikan bantuan dalam bentuk tunai tanpa sebarang proses permohonan yang mana semua maklumat diperolehi melalui MPKK dan penerima hanya perlu memberikan salinan kad pengenalan dan laporan polis.

“Saya amat terhutang budi kepada semua pihak dan individu yang datang ke kawasan saya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Tanpa bantuan semua, mustahil kami boleh mengatasi cabaran ini dalam tempoh terdekat.

“Saya tahu masih banyak yang perlu dilakukan namun semangat bantu-membantu di kalangan kita akan memperkuatkan azam kita untuk membina semula,” katanya.

Kesimpulannya, tambah Anthony, sebagai wakil rakyat, saya berharap saya menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah.

Ahli PKR sujud syukur Pejuang tak mahu kerjasama PKR dan Anwar

 


Alhamdulillah.Semua warga Keadilan (PKR) wajib sujud syukur mendengar berita baik ini iaitu Pejuang tidak mahu bersama Anwar dan Keadilan.Jap…pernah ke Keadilan melamar Pejuang? Atau, hang yang perasan dan syok sendiri?

Betul, Anwar melewati zamannya. Cuma saka tua 96 tahun itu saja yang lebih muda dari zamannya. Seakan firaun moden yang panjang hayatnya tetapi penuh dengan menyusahkan orang.

Kamu tidak sokong MOU? Kamu lawan kerajaan pintu belakang yang bapak kamu berikan laluan jadi kerajaan itu? Kamu gila ke apa? Buat apa lawan kerajaan sekarang? Bukankah bapak kamu yang izinkan mereka berkuasa? Lupakah kamu?

Siapa yang lawan kerajaan bersungguh-sunguh di parlimen? Isu pandora papers, siapa yang mula bersuara? Anwar atau bapak kamu? Kenapa saka tua diam? Takut nama anak2 sendiri naik? Skandal DNB, siapa yang mula bongkar? Anwar atau bapak kamu? Isu banjir, siapa yang desak agar dibahas di Parlimen? Kamu ingat Anwar macam bapak kamu, boleh dijual beli? Maaf.

Jangan ingat rakyat lupa, segala kemusnahan hari ini berpunca dari kerja bodoh dan khianat bapak kamu. Jangan berpura2 menentang kerajaan yang bapak kamu sendiri wujudkan.


Azam Baki jadi buah mulut di Twitter

 



Nama Ketua Pesuruhjaya (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjadi sohor di Twitter hari ini dengan lebih 5,300 ciapan setakat jam 8 malam tadi.

Rata-rata warganet melontarkan pelbagai tanda tanya susulan sidang media oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Turut pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini adalah Azam.

Antaranya, pengguna Twitter, Ahmadi Latif yang mempersoal mengapa adik Azam Baki menggunakan akaun abangnya itu untuk membeli sejumlah saham.

“Mengapakah Azam Baki mengambil masa terlalu lama untuk menyangkal dakwaan ini?” soalnya lagi.

Soalan sama juga ditanyakan Meng Hui Goh selain menyarankan adik kepada Azam disiasat.

“Dari mana datangnya wang? Mengapa menggunakan akaun Azam Baki yang bukan miliknya?

“Mengapa kemudiannya dipindahkan? Adakah sebarang pengubahan wang haram yang terlibat? Bukankah SPRM patut profesional?” kata Hui Goh lagi.


((PANAS)) ABANG LONG KUALA SELANGOR PULA "BALUN" ISMAIL SABRI, ISMAIL SA...

SIDANG MEDIA TUNTUT PENGELUARAN I-CITRA RM10K OLEH PENCARUM KWSP

BIARKAN PEJUANG TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA



Menurut beliau Anwar membongkar keraguan dalam penubuhan Digital National Berhad (DNB), dan mendesak isu banjir dibahas di Parlimen. “Jangan ingat rakyat lupa, segala kemusnahan hari ini berpunca daripada kerja bodoh dan khianat bapa kamu. Jangan berpura-pura menentang kerajaan yang bapa kamu sendiri wujudkan,” katanya.




GUNA NAMA BELI SAHAM BUKAN ISU




MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Salah satu dari 8 keajaiban dunia, macam mana kertas siasatan pun belum di buka tapi kes sudah selesai.

Harap-harap siapa yang kena tuduh AMLA yang pakai akaun adik beradik boleh la buat semakan kehakiman sebab dah ada duluan.

Teringat kata-kata hukama Samy Velu.

“Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini. One of the villagers asked; Tapi Datuk, sini tak ade sungai, buat apa bina jambatan? Samy gloriously replied, Kalau tak ade sungai, kita bina sungai”

Nama SPRM ini hanya boleh di bersihkan oleh mereka yang ada "political wills" sahaja.

Demikianlah hasil dari kerajaan Melayu Isley.

 

‘Dakwaan terhadap saya tak berasas’, Azam akan saman pihak terlibat



Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan itu terhadapnya.


PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki akhirnya bercakap mengenai dakwaan pemilikan sahamnya dengan mengatakan dakwaan beliau mengawal banyak syarikat adalah “bohong”.

Pada sidang media hari ini, Azam mendakwa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjejaskan kredibiliti SPRM.

“Saya tidak melakukan kesalahan. Dakwaan bahawa terdapat konflik kepentingan pada pihak saya adalah tidak berasas,” katanya.

“Akaun saham saya digunakan oleh adik saya. Saya tidak mempunyai kepentingan dalam saham yang dibeli. Saham dibeli oleh abang saya dan syarikat-syarikat tidak ada kaitan dengan (mana-mana) siasatan SPRM.”

Azam berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan terhadapnya.

Tambah Azam lagi, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mula-mula membangkitkan dakwaan berkenaan terhadapnya kerana cuba mencemarkan nama baiknya, walaupun tidak mendedahkan pihak terbabit secara khusus.

Beliau juga berkata, “berkemungkinan besar” akaun Twitter “pemberi maklumat” kontroversi Edisi Siasat akan menjadi antara mereka yang disaman.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama untuk menjawab dakwaan yang pertama kali dibangkitkan pada pertengahan Disember, Azam berkata, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Tetapi apabila saya diminta menjelaskan perkara itu kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, saya memberi penjelasan terperinci kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, beliau telah memaklumkan kepada pihak atasan pada 2015 apabila saham itu mula dibeli oleh adiknya dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

“Saya tidak melihat ia sebagai satu isu. Saya rasa ia bukan satu kesalahan,” katanya.

Beliau mengakui mungkin ada pihak tertentu yang marah dengan kerja yang dilakukannya dan cuba mencemarkan nama baiknya.

“Saya tidak tahu agenda mereka tetapi apa yang saya dapat lihat ialah mereka cuba merosakkan reputasi saya,” katanya.