JANGAN LUPA TONTON-ADENGAN LAWAK - SUARA RAKYAT MUAK DENGAN LAKONAN MENTERI2 BANGGANG!
Rakyat Tolong Rakyat, Menteri Pergi Cuti, Buat Tak Peduli
RENTASAN 1039 | GEMPAR!!! SPRM CUBA 'TUTUP' TUDUHAN RASUAH, SALAHGUNA KU...
Tapak kolam takungan banjir diubah guna: Siasatan boleh mula dari Laporan Ketua Audit Negara
\
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 mengenai tapak kolam
takungan banjir di Jinjang, Kuala Lumpur yang diubah syarat dan digunakan untuk
pembangunan boleh disiasat dengan mudah.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, sebahagian besar laporan berkenaan dianggap terperinci dan boleh digunakan untuk memulakan siasatan.
Katanya, menurut LKAN, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 2015 “telah bermesyuarat untuk mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berminat memajukan Kolam Takungan Banjir Sg Jinjang (KTBSJ), iaitu salah satu dari 6 kolam takungan banjir yang telah diberi milik untuk dibangunkan", dengan jelas merujuk siasatan boleh dibuat ke atas seseorang yang menjadi KSN ketika perkara itu diputuskan.
"Siapakah Ketua Setiausaha Negara yang dimaksudkan bagi KTBSJ ini?
"Siapakah ahli-ahli mesyuarat serta pengerusi mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL) yang dinyatakan dalam LKAN ini, yang telah membolehkan kelulusan pemberimilikan kolam takungan banjir dibuat?
"Mengapa pandangan JPSWPKL berhubung cadangan pembesaran kolam takungan banjir pada 8 Ogos 2015 tidak diendahkan?
"Mengapa hasrat Jabatan Pengairan dan Saliran, agensi teknikal yang kompeten dalam hal tersebut, agar kolam-kolam takungan banjir tidak diberi kepada pihak ketiga tidak dihirau?
"Tidak perlu siasatan ini bermula dari zero," katanya di Facebook.
Tambah Pengarah Komunikasi KEADILAN itu, sesiapa yang ingin menyiasat serta mengambil tindakan ke atas mereka yang telah membolehkan penjualan tapak kolam-kolam takungan banjir berkenaan boleh merujuk LKAN 2019 Siri 2 dengan mudah.
"Tapi ingat, siasatan Ketua Audit Negara ini hanya menyentuh satu dari enam kolam takungan banjir yang dinyatakan," katanya lagi.
Isu ubah syarat guna tanah untuk 6 kolam takungan banjir menjadi hangat semula selepas semalam Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dalam sidang medianya menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi maklum balas dalam tempoh 24 jam bagi menyiasat skandal berkenaan, yang telah didedahkan beliau di Parlimen.
Bagaimanapun SPRM belum menyatakan tindakan berkaitan hal itu sehingga hari ini.
FATWA BARU BABITKAN AYAM BERTELUR.TAK PASAI PASAI AYAM LAK KENA

Susulan bencana besar yang melanda negara sejak dua minggu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ada pihak yang bersuara lantang laksana ayam berkokok tetapi bertelur cuma sebiji.
Namun katanya, ada juga dalam kalangan mereka bersikap laksana penyu yang tidak berbunyi, tetapi telurnya banyak sampai beratus biji.
“Selain itu, ada pula kalangan yang berlagak seperti seorang jeneral yang tidak berpaku tanpa bala tentera, namun suara tempiknya laksana mengerahkan ribuan bala tentera.
“Golongan sedemikian hanya menjadi pemerhati yang hanya tahu bersuara tidak berkemampuan untuk turun ke lapangan yang sudah ditenggelami air kerana tidak mampu mengayuh sampan dan berenang,” katanya dalam kemaskini minda Presiden Pas di Facebook hari ini.
Hadi berkata, jika hanya mencari kelemahan untuk menaikkan diri dan menjatuhkan pihak yang dianggap lawan sepanjang masa walaupun ketika menghadapi bencana, maka tunggulah kemusnahan yang berulang.
Menurutnya, ketika berlaku bencana besar sekarang, sepatutnya bukan masa untuk berkelahi dan bertarung mahupun saling jatuh menjatuhkan.
Akan tetapi, perlulah bersatu dengan tolong-menolong bersama menanggung kelemahan serta nasihat menasihati dalam kesilapan yang berlaku.
“Lebih parah lagi terhadap mereka yang suka menyebarkan kelemahan dan kekurangan pihak lain sekadar untuk melariskan berita murahan.
“Malah, mereka membuat provokasi yang sangat hina dan mempersendakan mereka yang telah berkorban.“Demikian itulah terdapat manusia yang hanya mempedulikan dirinya sahaja tanpa mempedulikan kehidupan bermasyarakat. Apabila berlakunya bencana kita dapat mengenali telatah manusia,” ujarnya.
PESANAN BANJIR DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT. BAHAYA GELOMBANG KE 2
NORSHIDAH MOHD DAUD
Pesanan Khidmat Masyarakat dari Kak Ani utk warga Pahang
Yg ada umah kt London, boleh balik London & jd King kt sana
Yg rasa nk insof, boleh p umrah (khas utk Menteri, yg bukan
Menteri dikecualikan)
Yg berduit boleh p Dubai sambil sambut tahun baru
Yg miskin & dok kawasan rendah & berisiko, sila mengucap
banyak2
TEKNOLOGI ALIHKAN AIR BANJIR BAWAH TANAH. BUKAN STAIL NUSI NAK BELAT AIR KE PENANG
Mekanisma macam mana MAOUDC ni berfungsi. Limpahan air sungai disalurkan ke selinder gergasi. Bila hujan reda, air dalam silender ni dipam ke Tokyo Bay (Edo River).
Sebelum hujan lebat,
sampah-sampah dah dikutip untuk pastikan sampah tak bersepah & sumbatkan
sistem perparitan bila banjir melanda.
Anti disaster radio.
Benda ni sekali dengan torch light & boleh charge telefon juga. Sangat
convenient.
Apa yang kita boleh belajar dari Jepun dari segi pengurusan
bencana alam?
1. TEKNOLOGI ALIHKAN AIR BANJIR BAWAH TANAH (MAOUDC)
Seperti yang saya pernah tulis sebelum ni, di Jepun ada satu
sistem bawah tanah yang dinamakan MAOUDC. Binaan gergasi bawah tanah ni
berfungsi untuk mengalihkan air banjir dari bandar Tokyo dan kawasan sekitar ke
Tokyo Bay dengan efisyen lepas banjir reda.
Caranya, bila limpahan air sungai di Tokyo berlaku, ia akan
masuk ke selinder gergasi yang sangat besar (boleh muat statue of liberty
besarnya). Bila hujan dah reda, air dari selinder akan dipam ke Tokyo Bay. Kali
terakhir digunakan adalah tahun 2017 dan telah jimatkan kos pembersihan sekitar
RM5.8 bilion.
2. AMARAN AWAL DI MEDIA
Beberapa hari sebelum jangkaan bencana bakal berlaku, semua
media dah keluarkan amaran. Televisyen, radio, dan sebagainya mengeluarkan
amaran bencana alam bakal berlaku. Mereka juga mengeluarkan statistik
kemusnahan dari kejadian sebelumnya. Ini menyebabkan orang awam bersedia mental
dan fizikal hadapi sebarang kemungkinan.
3. ALERT SYSTEM DI TELEFON BIMBIT
Selain tu di Jepun, mereka juga ada alert system di mana jika
berlaku sebarang bencana alam yang tak diduga seperti gempa bumi contohnya,
mereka di kawasan yang terlibat akan dapat notifikasi amaran di telefon bimbit.
Notifikasi ni bukan macam SMS biasa tu ye, notifikasi amaran ni didatangkan
dengan bunyi dan gegaran yang sangat kuat sampaikan orang tidur pun boleh
terjaga! Notifikasi ni sangat penting sebab ia memberi sedikit masa untuk orang
selamatkan diri.
4. PEMBESAR SUARA / RADIO
Untuk yang tak ada telefon bimbit, setiap kawasan kediaman ada
pembesar suara. Teringat pengalaman masa Taufan Hagibis 2019, pengumuman untuk
kawasan setempat, macam tempat evakuasi dan sebagainya diumumkan dekat pembesar
suara dari masa ke semasa. Kalau di Malaysia, saya kira pembesar suara di
masjid sangat berguna untuk tujuan sebegini.
Untuk orang tua yang tak ada telefon bimbit, mereka juga boleh
dapat info dari masa ke semasa dengan guna “anti-disaster radio”. Radio ni akan
update situasi dari masa ke semasa, bila nak kena evakuasi dan sebagainya
kepada pendengar.
5. SISTEM LEVEL EVAKUASI
Sistem evakuasi di Jepun saya kira agak sistematik kerana mereka
dah siap tetapkan level-level tertentu untuk golongan siapa yang perlu
dievakuasi & keseriusan bencana ketika itu. Prioriti evakuasi diberikan
kepada orang tua, wanita mengandung dan kanak-kanak. Ini penting untuk beri
lebih masa pada mereka yang lebih “fragile” untuk menyelamatkan diri dan
elakkan suasana kelam kabut untuk selamatkan diri.
6. PASUKAN PENYELAMAT
Ikut survival rule 3s,
Seseorang manusia takkan boleh tahan lebih dari;
- 3 minit tanpa udara
- 3 jam dalam cuaca ekstrim (sangat panas atau sangat sejuk)
- 3 hari tanpa air
- 3 minggu tanpa makanan
Jadi tak hairanlah jika pasukan penyelamat Jepun meletakkan
jangkamasa maksima 3 hari untuk selamatkan mangsa bencana. Teringat masa banjir
besar berlaku di Kagoshima awal tahun ni, helikopter dan segala macam teknologi
dikerahkan kurang tempoh 24 jam untuk menyelamat.
7. BEG KECEMASAN
Di Jepun, kebanyakan mereka dah didedahkan dengan penyediaan beg
kecemasan, apa yang perlu ada di dalam beg dan sebagainya. Biasanya beg
kecemasan ni dah siap disediakan & diletakkan di tempat yang mudah nak
capai jika berlaku kecemasan.
8. SAMPAH DIKUTIP
Iya, kutip sampah sebelum berlakunya bencana alam! Nampak
janggal, bukan? Tetapi ianya amat penting.
Sebelum ni ada 2 foto banjir di Jepun yang tular, ramai memuji
betapa bersihnya banjir di Jepun. It takes two to tango. Ianya memerlukan
kerjasama semua pihak, untuk mendapat tahap kebersihan seperti itu.
Bila pihak berkuasa dah keluarkan amaran bencana pada tarikh
tertentu, pihak pengurusan sampah akan mengutip sampah terlebih dahulu (seperti
jadual). Ini untuk memastikan sampah tidak terapung dan bersepah semasa banjir
dan seterusnya akan menyebabkan saluran sungai, longkang tersumbat. Ini akan
menyebabkan keadaan bertambah buruk.
—
Sampai bila kita nak tanggung kerugian harta dan nyawa sebab
kurang manfaatkan teknologi yang ada? Memang, secanggih mana pun teknologi
tetap takkan dapat tandingi kuasa Yang Masa Esa. Tapi Dia juga tak kurniakan
akal dan fikiran kepada manusia, untuk sia-sia.
Iqra’.
—
Pada yang masih ingin menyumbang pada tabung kutipan susu, boleh
salurkan juga di sini
CIMB 8008674426
Zaineeta Global PLT
.
ps: Special thanks to Tn Ibrahim Abd Aziz
and Pn Huda Hudhud
for some info about this post.
LAGI FITNAH SOLAT DALAM KEADAAN KOTOR
AZHAR ISMAIL
Hahaha.... Inilah otak penganut-penganut PAS. Kununnya nak "ajar" orang yang
bukan PAS ni boleh jer solat dalam keadaan begini.
Nak "bgtau" orang bahawa lumpur itu suci. Boleh buat
solat. Nak "melaung" pada orang yang lain yang dia ni ada ilmu.
Talaqi bab toharoh. Orang lain yang bukan PAS ni jahil, xpernah tadah kitab....
KUNUNNYA...!
Ana pun terlibat gak dalam Misi Bantuan Banjir aritu. Ana tau la
manage time solat ana. Kebanyakkan yang datag tu dari jauh. Boleh jer jamak.
Keluar pegi cuci rumah pukul 8.00am, siap pukul 4.00pm. Sempat jer balik mandi
dan jamakkan Zohor Dan Asar tu kat homestay. Xkan ler cuci rumah tu sampai
MAGHRIB, sampai Isya'... Bukan darurat pun...
Kalopun nak solat kat situ, belambak jer air boleh buat cuci
lumpur tu untuk solat secara sempurna kat situ. Xkan ler x bawak baju, kain,
telekung spare, tudung, masa keluar rumah/hotel/homestay tu untuk standby nak
buat solat kat tempat cuci rumah tu...
Saja jer nak bagitau orang yang orang PAS ni jaga solat. Saja
jer nak bagitau yang walaun-walaun ni taat pada Allah. Saja jer nk bgtau yang
PAS ni lain daripada parti lain. Saja jer nak tunjuk supaya orang kagum.
Saja jer nk orang terharu tngok dia tgh beribadah dalam keadaan
darurat.
Silap-silap solat tu pun sebab PAS. Silap-silap solat tu pun sebab
nak menunjuk2 sehingga timbul rasa riak dalam diri...
KOK YA PUN, APA SALAHNYA BUKAK BOOT TU WALAUN OIII..? BODO TU
SIMPAN SIKIT BOLEH..???
Poooraaacit..! Sudahlah..! Dgn walaun boleh laa ente tipu. Dgn
Azhar Ledang x dptttttt...!
20 tahun ana jd walaun, i know laaa Abd Razak Zak
lembammmmm...! ![]()
![]()
![]()
#Kahhhhhh355judi22kali_apaciter
PEMFITNAH TABUNG HAJI ELOK DITARIK TAULIAH.
AHMAD SAYUTI BASIRON
AQIDAH rakyat Selangor lebih sejahtera (salimah) jikalau
manusia² pembohong dan penjaja fitnah tidak dibenarkan terus lakukan kerja²
zalim dan jahat mereka terutama dalam masjid surau. Sebab manusia jenis
penfitnah akan menyesatkan ummah keseluruhannya. Mudharat nya amat besar pada
ummah dan Negara.
Nabi pernah bersabda, maksudnya;
Bantulah saudara kamu yg zalim dengan cara
"menghentikan" (menegah) mereka dari terus lakukan kezaliman itu...
Saidina Umar al-Khattab berkata,
Aku (kini) jadi berani (lakukan peibagai ijtihad baharu) kerana
aku ada kuasa (amanah khalifah).
Maka dgn kuasa yg ada, melaksanakan tegahan maksiat adalah lebih
aula hukumnya, daripada menyuruh kebaikan, sekali pun bertopengkan agama...
SOLAT DALAM KEADAAN BERSIH. JANGAN MAIN HENTAM SOLAT WALAU DARURAT.
FAISAL
Orang PaS ni bab menunjuk ni memang hebat tapi dia sendiri pun tak tau adab solat.. sah ke solat korang tu?? Takut ko buat untuk dapat pahala tpi dosa yg ko dapat.. boot tu ko pijak apa ko tau ke boleh pulak buat solat..? Lantai tu tkkan tk boleh bersihkan dulu sepenuhnya.. baju tu takkan takde baju salin spare?..
HAMZAH RIE NA
https://www.facebook.com/100044398390456/posts/469438577879418/
Isu enam kolam takungan banjir yang telah diberi milik kepada
syarikat-syarikat pemaju di antara 2015-2020 telah disiasat Ketua Audit Negara.
Laporan ini telah diterbit dan boleh dimuat turun di https://www.audit.gov.my/.../LKAN2019-Siri-2-Aktiviti...
Beberapa dapatan penting telah direkod Ketua Audit Negara:
1) Ketua Setiausaha Negara pada 2015 “telah bermesyuarat untuk
mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berminat memajukan Kolam Takungan
Banjir Sg Jinjang (KTBSJ, salah satu dari 6 kolam takungan banjir yang telah
diberi milik untuk dibangunkan);
2) Mesyuarat Jawatankuasa Tanah WPKL pada 9 Oktober 2015 telah
“bersetuju membatalkan perizaban (KTBSJ)… bagi membolehkan kelulusan
pemberimilikan seluas 80 ekar diberikan kepada Syarikat 971210-P untuk
pembangunan bercampur”; dan
3) Jabatan Pengairan dan Saliran WPKL (JPSWPKL) pada 6 dan 29
Jan 2021 telah “menyatakan isu-isu berbangkit perizaban Tanah Persekutuan.
Turut dinyatakan hasrat JPS agar kolam takungan banjir dapat dirizabkan hanya
untuk tujuan kolam takungan banjir DAN TIDAK DIBERI MILIK KEPADA PIHAK KETIGA”.
Soalan:
1) Siapakah Ketua Setiausaha Negara yang dimaksudkan bagi KTBSJ
ini? Pada 2015, KSN adalah Tan Sri Ali Hamsa.
2) Siapakah ahli-ahli mesyuarat serta pengerusi mesyuarat
JKTWPKL yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara ini, yang telah
membolehkan kelulusan pemberimilikan kolam takungan banjir ini?
3) Mengapa pandangan JPSWPKL berhubung cadangan pembesaran kolam
takungan banjir pada 8 Ogos 2015 tidak diendahkan?
4) Mengapa hasrat JPS - agensi teknikal yang kompeten dalam hal
ini - agar kolam-kolam takungan banjir tidak diberi kepada pihak ketiga tidak
dihirau?
Tidak perlu siasatan yang bermula dari zero.
Sesiapa yang ingin menyiasat serta mengambil tindakan ke atas
mereka yang telah membolehkan penjualan kolam-kolam takungan banjir ini boleh
rujuk Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2.
Tapi ingat, siasatan Ketua Audit Negara ini hanya menyentuh SATU
DARI ENAM kolam takungan banjir yang dinyatakan!
FAHMI FADZIL
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia
ROSAKNYA ALAM AKIBAT MANUSIA DAN TIADANYA TANGGUNGJAWAB SERTA PERANCANGAN YANG JITU
Asalamualaikum
Penulisan Pagi
Banjir kali ini meliputi terlalu banyak tempat,kawasan
bandaraya,kawasan berbukit,kawasan kampung dan tempat tempat yang biasa
menerima banjir setiap tahun....
Di selangor kali ini banjir berlaku sungguh mengerunkan tetapi
tidak di Kuala Lumpur pula kali ini walaupun banjir kilat. Selangor pula
sebenarnya adalah negeri maju dan bersebelahan pula dengan KL. Saya antara yang
terjejas dan kebetulan takdir Allah rumah saya di Kg Bukit Lanchong yang mana
rumah saya betul betul berdekatan dengan sungai Kelang.....malahan tanah rizab
sungai itu adalah tempat hiburan saya bercucuk tanam dan tempat kambing saya
mencari makan seolah olah padang ragut....
Apa yang menyebabkan banjir terlalu besar kali ini agaknya yang
boleh kita bincang bersama. Kita tak perlu menuding marah atau pun menuduh
sesiapa dalam hal ini ketika ini kerana banjir yang berlaku ini bagi saya bukan
kesalahan pimpinan sekarang atau pegawai kerajaan sekarang tetapi adalah
kesilapan dan kerakusan pimpinan atau dasar yang di buat bermula puluhan tahun
lamanya,atau barangkali mereka hanya sekadar memikirkan keuntungan dan kekayaan
negeri,negara juga individu atau syarikat sahaja sehingga lupa kepada generasi
di depan.....akhirnya berlaku lah seperti sekarang......
1. Sedar atau tidak laluan air seluruh lembah kelang ke arah
laut sebenarnya hanya satu....ia itu Sungai Kelang Sahaja (setahu saya jika
salah tolong betulkan) maksud saya dari gombak KL,dan PJ semua longkang,anak
sungai,akhirnya akan menuju sungai kelang untuk di bawa ke laut.....
2. Sedar atau tidak lombong lombong takungan air sama ada di
wilayah atau selangor telah di jadikan penempatan manusia dengan di berikan
kepada syarikat swasta untuk di majukan ( semua di buat kerana tamak dan tidak
memikirkan generasi masa depan) apabila semua lombong dan kawasan tadahan air
di tutup di jadikan kawasan perumahan,kemana air itu akan pergi jika hujan
melebihi had....akan ke sg kelang...
3. Sedar atau tidak apabila kondo,bangunan tinggi di buat
terlalu banyak termasuk kawasan perumahan air sudah tidak boleh di serap ke
bumi...contoh jika di buat bangunan setinggi 70 tingkat sudah tentu konkrik ke
bawah tanah juga sedalam itu dan ini akan melibatkan simen. Apabila hujan air
tidak akan di serap sebaliknya akan 100 peratus ke longkang....dan longkang
pula penuh air itu akan melimpah menyebabkan banjir dan lambat pula untuk
hilang kerana penyerapan sukar di lakukan oleh bumi....
4. Sedar atau tidak Kerajaan tidak langsung menjaga sungai
sungai yang masih ada di KL dan di Selangor. Sungai di jadikan tempat
pembuangan sampah oleh masyarakat dan sungai kita antara yang paling teruk dan
kotor di negara asean ini. Jika dulu Jakarta antara yang teruk tapi mereka
telah memulihakan sungai sungai mereka secara perlahan lahan menjadi bersih dan
berguna kepada rakyat....
Sungai Kelang yang sepatutnya di besarkan,di dalamkan,di
cantikkan dan wajib di jadikan sungai kelang ini boleh keluar masuk air laut
dan sungai atau di jadikan terusan yang cantik sehingga ke KL. Sungai sungai
lainnya juga yang berada di KL dan PJ atau Lembah Kelang sudah sampai masanya
di jadikan terusan seperti di Belanda,Paris,UK dan banyak negara lagi di dunia
ini yang boleh di jadikan contoh termasuk Thailand dan Vietnam....
5. Pimpinan kerajaan dulu kita dah tahu melakukan kesilapan
kerana kerakusan mereka dan ketamakan mereka. Sekarang jika pimpinan masih
tidak sedar dan masih tamak dan sanggup menjadikan lombong dan kawasan tadahan
hujan di jadikan kawasan perumahan juga maka hancur lah negara kita kerana akan
berlaku banjir di selangor dan KL setiap tahun. Sedar atau tidak jika berlaku
tiap tahun harta benda yang akan rugi berbilon setiap tahun....
6. Kawasan hulu langat, Janda Baik,Bentong,Mentakap,Gua
Musang,Temerloh dan kawasan kawasan ini pula banjir kerana kawasan Hutan telah
menjadi rosak dan Balak di tebang keterlaluan sehingga datangnya Kepala Air
yang maha dasyat....apabila kemusnahan hutan keterlaluan maka banjir yang akan
melanda sudah tentu akan membawa sisa sisa kayu,lumpur dan batu batu itu yang
boleh menyebabkan musnah rumah atau apa sahaja yang di langar oleh air......ini
lebih bahaya lagi....
Semuanya ini kerana kesalahan manusia....kerakusan
manusia.....pemimpin kita pentakbir kita hilang pertimbagan kerana hanya
memikirkan kekayaan dan kesenangan dunia sehingga lupa pada kita dan lupa pada
Allah swt....lupa pada semuanya....akhirnya Generasi ke depan akan menangung
semua kemusnahan ini....
Pemimpin terdahulu hanya memikirkan menyelamatkan Kuala Lumpur
sahaja kerana dia Ibu Kota wajib di selamatkan dari Banjir tetapi mereka lupa
selangor....limpahan air di KL di hala kesemuanya Ke Selangor....tengelam lah
selangor...Kuala Lumpur berbangga Selangor berduka.....
Harap harap banjir yang berlaku setiap tahun ini dapat
menyedarkan semua pihak....saya tak nak menuduh sesiapa kita fikir lah
sendiri...
Pengali Kubur rezeki mereka akan datang apabila ada Kematian.
Kesedihan pada keluarga si mati tapi gembira kepada si keluarga pengali kubur
dan pembuat batu nisan....
Ada juga Jabatan Kerajaan Bencana ada lah sumber kepada Pihak
yang berkuasa. APA BILA ADA BENCANA SEMUA TENDER TENDER PERLU SEGERA TIDAK
PERLU DI TENDERKAN MEREKA ADA KUASA LULUSKAN IKUT SUKA MEREKA PADA SIAPA NAK DI
BERIKAN.....ITU SEBAB KITA AKAN LIHAT SUNGAI SUNGAI TIDAK DI JAGA DAN DI
URUSKAN DENGAN BETUL DAN IKHLAS SEBALIKNYA JIKA ADA BENCANA DI SITU ADA MAKAN
BESAR UNTUK MEREKA....MAK DI BIAR TIDAK DI URUS DENGAN BAIK TIDAK ADA
PERANCANGAN DENGAN BAIK....
KITA HABIS BERBILION BILION DALAM HAL HAL TAK BAIK TAPI TAKUT
NAK BERBELANJA UNTUK BESARKAN SUNGAI CANTIK KAN SUNGAI...JADIKAN SUNGAI KELANG
TERUSAN YANG CANTIK.....48 BILION KE 1MDB JIKA DI BAWA KE SUNGAI KELANG
ALANGKAN INDAHNYA NEGARA KITA AGAKNNYA KAPAL KAPAL BESAR PUN BOLEH MASUK KE KL
MELALUI SG KELANG.....
SEDIH....HAMDAN TAHA









