Empat bekas ADUN Melaka sah jumpa Anwar selepas tarik sokongan

 



/ October 8, 2021


Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, 4 Oktober lalu, sah telah bertemu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah seorang ADUN terlibat, wakil rakyat Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan pernah bertemu Ketua Pembangkang tersebut baru-baru ini seperti yang tular di media sosial.

Idris bersama tiga lagi bekas ADUN iaitu Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Turut hadir pada pertemuan dipercayai diadakan di sebuah hotel di Kota Laksamana, Melaka, 5 Oktober lalu itu ialah Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

“Itu adalah pertemuan biasa PH, memperkenalkan empat ADUN yang sudah merubah kerajaan. (Kami) minum malam, itu saja.

“Pertemuan itu tidak membincangkan hal mengenai tawaran menyertai PKR, tetapi lebih kepada sesi perkenalan dan berbicara hal ehwal politik semasa,” lapor BH malam tadi.

Menurut Idris yang juga mantan Ketua Menteri Melaka itu berkata, Anwar dalam perjumpaan itu menasihatkan semua empat ADUN terbabit kekal bersabar dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak mahkamah.

Jelasnya, Anwar turut menyatakan perjuangan yang dilakukan itu lebih kepada usaha menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, selain memperjuangkan keadilan sejagat.

“Saya memang pegang kepada prinsip itu, bahkan ketika dalam Umno dulu pun saya berpegang kepada prinsip kesaksamaan sejagat. Prinsip itu sama, cuma mungkin kaedah metadologi itu lain sikit,” tambah Idris lagi.

Kelmarin, Idris mendedahkan pernah dihubungi dua presiden parti dalam gabungan PH selepas beliau bersama tiga ADUN lain bertindak menarik sokongan terhadap Sulaiman.

Muhyiddin reject cadangan Umno wujudkan jawatan timbalan speaker ketiga

 

Muhyiddin reject cadangan Umno wujudkan jawatan timbalan speaker ketiga


Gabungan Perikatan Nasional (PN) berpendirian tiada keperluan untuk mewujudkan satu lagi jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat buat masa ini dan tidak menyokong sebarang cadangan pindaan perlembagaan bagi mewujudkan jawatan tersebut.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata Majlis Tertinggi PN memutuskan dua jawatan timbalan speaker sedia ada seperti termaktub dalam Perkara 57(1)(b) Perlembagaan Persekutuan adalah memadai bagi menjamin kelicinan mesyuarat Dewan Rakyat.

Lagi pula, katanya, Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan membenarkan mana-mana ahli Dewan Rakyat mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat pada masa ketiadaan speaker dan timbalan speaker.

“Justeru, tiada keperluan bagi Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menambah satu lagi jawatan timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada masa ini.

“Cadangan pindaan perlembagaan ini memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) juga terhad kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama – dan pindaan perlembagaan untuk jawatan speaker ketiga bukan satu daripadanya.

“Pindaan Perlembagaan untuk menambah jawatan timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak termaktub dalam memorandum persefahaman tersebut. Justeru, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menuntut pelaksanaannya.

“Atas dasar ini, PN telah membuat pendirian untuk tidak menyokong sebarang cadangan pindaan perlembagaan bagi tujuan ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, beberapa sumber PH dan BN memberitahu bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan jawatan timbalan speaker ketiga, dikatakan akan dikhususkan kepada pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut memandang baik cadangan itu namun berkata ia belum dibincangkan secara rasmi, sebaliknya hanya dibangkitkan oleh ahli-ahli politik.

Buat masa ini, hanya satu daripada dua jawatan timbalan speaker terisi – oleh Mohd Rashid Hasnon (Bersatu-Batu Pahat) – manakala satu lagi kosong selepas Azalina Othman (BN-Pengerang) meletak jawatan pada Ogos lalu.

Pun begitu, Azalina dilantik oleh speaker Azhar Harun untuk mempengerusikan sidang Dewan Rakyat buat sementara waktu, selepas pemilihan timbalan speaker kedua yang baru ditangguhkan sehingga sidang yang akan datang.

Untuk rekod, Muhyiddin, ketika mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri ketika dilantik menjadi perdana menteri merujuk kerajaan baru itu sebagai kerajaan PN.

Pun begitu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata kerajaan baru “bukan kerajaan PN” tetapi “kerajaan Malaysia” termasuk parti-parti dari Barisan Nasional, PN, Gabungan Parti Sarawak dan juga Parti Bersatu Sabah.

PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan tidak BN, GPS dan PBS.

Dengan 50 ahli parlimen, PN adalah rakan kongsi terbesar dalam pentadbiran Ismail yang mendapat sokongan 114 ahli parlimen. BN mempunyai 42 ahli parlimen.

Muhyiddin dan Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali membantu mencetuskan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan menubuhkan kerajaan PN.

Kerajaan PN pula jatuh selepas ahli parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Sejak Bersatu bekerjasama dengan Umno, PAS, GPS dan parti-parti kecil lain, ia juga telah kehilangan kedudukannya sebagai peneraju kerajaan negeri Perak, Kedah dan Johor.

Ismail dilantik sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia setelah mendapat sokongan 114 anggota Parlimen.

Muhyiddin sebelum ini berkata sokongan kepada Ismail dari 50 anggota parlimen PN adalah dengan syarat tidak ada yang menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah yang akan dilantik ke kabinet.

Ini dilihat sebagai usaha untuk menyekat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi – yang dibicara di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Zahid dilihat sebagai pemimpin Umno yang bertannggungjawab menggulingkan presiden Bersatu dari jawatan perdana menteri.

PANDORA DAN BUMIPUTERA


May be an image of text that says "EQUALITY VERSUS EQUITY In the first image, is assumed that everyone will benefit from the same supports. They are being treated equally. II In the second image, individuals are given different supports to make it possible for them to have equal access to the game. They are being treated equitably. In the third image, all three can see the game without any supports or accommodations because the cause of the inequity was addressed. The systemic barrier has been removed."


*Posting panjang di hadapan.*
1. Minggu ni kita dikejutkan dengan cerita Pandora Papers. Terkezut kita dengan pendedahan, RM1.8 trillion harta “orang kita” disimpan di luar negara. Akaun segala macam, dari bank di Singapura sampailah ke Cayman Island. Just to give a perspective, hutang Malaysia dah RM1 trillion. Harta orang kita di bank luar, lebih banyak dari hutang negara.
2. Ramai yang dah start being defensive. Terutamanya yang dinamakan dalam tu. PM6 pun dah start berbunyi. Katanya dia ditipu Penasihat. Dia langsung tak tahu menahu. Standard line dia tu. Kita pun dah naik muak. Perdana Menteri tapi dikelilingnya Punahsihat. Mana tak negara meranap.
3. Ada juga dinamakan dalam tu, pemimpin Kerajaan dan Pembangkang. Masing-masing bersilat nak bersihkan nama, taknak dikaitkan. Dari Zahid Hamidi, Tengku Zhafrul, Tun Daim. Politician PKR pun ada, namanya William Leong. It is an open secret, politician guna akaun luar negara nak simpan dana politik. That’s a tale for another day.
4. Ramai yang kurang paham, pendedahan tu bukan menyatakan mereka buat salah. Legally, ia dibenarkan. Simpan dana di luar negara tu tak salah. Unless, kita dapat buktikan ada pengubahan wang haram. But at the rate we are going, spy kita yang simpan berjuta2 cash dalam kondo pun lepas. Inikan pula dana di negara orang. Sampai sudah la akan “suci’, walaupun ada antaranya yang “dicuci”.
5. Bendanya tunjukkan kita satu. Orang kita yang kebanyakannya Melayu tak kalah dalam berharta. Tenggokkan saja di media sosial. Banyaknya golongan Melayu yang tayang harta benda. Yang ada link politik punya bangga beli Ducatti paling mahal di dunia. Yang geng selebriti campak2 saja duit, hasil jual produk timbang kati. Yang lain menganga, tanya bila la kita nak jadi macam mereka? Jadi kita lihat, Melayu dan cinta kebendaan, berpisah tiada.
6. Dengan segala kemewahan yang ditunjukkan, orang yang sama akan luangkan “Ketuanan Melayu”. Hak Bumiputera diratib sekeliling negara. Melayu ini “tuan” kata mereka. Yang lain jangan banyak bunyi. Sampaikan baru ni, syarikat logistik pun disuruh bagi 51% syer pada Bumiputera, kalau tidak tak boleh beroperasi.
7. Yang heran, tak disuruh pula benda yang sama dibuat pada syarikat antarabangsa. Mereka bebas ada 100% milikan asing. Yang bukan bumi pula, diminta serahkan kerja kuat mereka membina syarikat kepada orang lain. Bukan nya sikit, sampai buat jadi majoriti.
8. Bayangkan lah tuan2 usahakan kebun punya lama, dah masak ranum semua buah dalamnya, disuruh orang lain ambil alih pula. Syer majoriti 51% diberi pada mereka. Adakah itu adil pada kita?
9. Kalau kita pikirkan, 51% syer siapa saja yang boleh beli? Di Malaysia ni, kalau nak jadi shareholder dan Pengarah syarikat, adakah Mohd, Abu dan Ali yang makan tepi jalan? Atau Rosmah, Fatimah dan Joyah yang tolong keluarga jual ikan? Nanti ada lah yang palatao cakap mereka bukan layak pun. Ye, itu masalahnya. Polisi dibuat bukan untungkan majoriti peribumi. Yang jadi kaya dan mendapat, kebanyakan yang ada link politik. Jadikan mereka jatuh dalam golongan elit.
10. Belum lagi cerita yang jadi Alibaba, duduk dalam syarikat macam Raja. Satu sen tak dikeluarkan. Keringat dan peluh membina syarikat dia tak contribute. Yang tahu nak mintak eluan hujung bulan. Nak pergi oversea jalan2.
11. Jangan salah paham pula, saya tak kata semua. Ada orang kita yang genuine dan berkaliber. Yang kerja kuat bina syarikat untuk bina negara. Yang bersaing atas merit dan kredibiliti.
12. Tapi dalam ekonomi kita ni punya toksik, orang politik dan kroni bermaharajalela. Pengerusi GLC pun mereka, Presiden Persatuan sukan pun mereka, kroni mereka pula merata-rata. Yang 51% ni pun mereka saja yang punya.
13. Di Malaysia, it is an open secret the who’s who yang menggerakkan ekonomi Bumiputera adalah kroni politician. Kebanyakannya bukan nya ada merit pun, cakap pun ke laut. Yang mereka pandai ialah makan atas angin. Janji dapat kemewahan yang mereka ingini.
14. Sepatutnya, dasar afirmatif kita bukan saja kena adil tapi kena saksama. Kata omputih “just and equitable”. Susah nak tulis, makanya orang lain dah lukis. Saya sertakan gambar di bawah. Di Malaysia susah nak pakai prinsip di gambar satu, sebab dinamik kaum dan upaya kita yang berbeza. Itu sebab saya tak setuju dengan ekualiti mutlak.
15. Gambar dua pula, yang dipakai sekarang, dok diberi kotak untuk berdiri. Tapi yang duduk atas kotak tu orang yang sama entah berapa generasi. Sampai ke sudah tak tinggi2. Syok duduk atas kotak, semua diberi.
16. Gambar ketiga patut jadi pedoman. Yang perlu kita buat ialah hilangkan “sekatan”, bagi semua dapat peluang sama rata. Sekatan ni macam akses kepada pendidikan dan latihan, akses kepada modal dan kapital atau daya ketahanan dalam perniagaan. Ini perlu diperkuatkan.
17. Namun, kalau masih lagi yang mendapat: takde merit dan akauntabiliti, tambah pula jenis rakus penuh korupsi, memang buat la lagu mana pun. Kouta Bumi ka, bagi cash ka, kita akan masih di takuk sama. Sampai kiamat la kita dok ulang konon kita ni “tuan”, tanpa ada pengisian.
18. Ibnu Khaldun kata, negara akan mula punah bila masyarakatnya suka kemewahan atau luxury. Melayu ni bukan tak pandai, Melayu ni bukan tak rajin. Masalah orang kita ialah “bertuankan harta, beraja di hati”. Yang kurang upaya dilindungi. Sebabnya mereka berduit dan ada “link”.
19. Saya harap masyarakat kita jangan lagi buta. Pandora box sudah dibuka. Laungan “Ketuanan Melayu” hanya untuk golongan tuan dan bangsawan. Bukan untuk kita, yang sama-sama cari makan.
20. Sesungguhnya, kita tak patut tentang usaha nak martabatkan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Lebih afdal bersekali dengan mana-mana kaum minoriti yang kurang upaya.
21. Dari perspektif ekonomi, kurangkan jurang pendapatan antara kaum itu sangat penting. Ia usaha yang noble. Tanya la pakar ekonomi mana. Melayu, Cina atau India. Semua akan beri jawapan sama.
22. Yang kita tentang ialah polisi yang memenangkan golongan elit semata-mata. Atau mana2 polisi yang tak adil pada rakan senegara. Paling teruk ialah yang galakkan korupsi dan salah guna kuasa.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki

BANYAK YANG KITA BELAJAR DARI POLITIK

 

LIYANA MARZUKI


Banyak benda kita belajar mengenai politik dalam 2-3 tahun ni.

Satunya, Rakyat boleh nampak betapa hipokritnya parti yang menunggang nama bangsa dan agama.
Slogan DAPig, Bangsa Komunis, Parti Kafir tidak terpakai sekiranya Parti Melayu Islam sudah nak hilang nyawa.
Sanggup tolak kerjasama dengan Parti sebangsa dan tak malu berpaut pada parti DAPig yang ditentang dulu.
Benda yang sama dilakukan di Perak.
Tu sebab saya kata, tengok politik ni buat lah macam kita tengok gusti atau wrestling.
Tengok boleh, percaya jangan. Nampak sgt diaorg olok2 nak cari makan 🙄

MEMANG ANWAR SUDAH TUA- TAPI YANG MUDA DIMANA ?PANDORA PAPERS - JANGAN TANGGUH DAN TERTIPU



KAK IDA ABDULLAH


Memang benar Anwar Ibrahim sudah tua. 74 tahun sudah usia beliau dan tidak sehari pun beliau give up utk bebaskan Malaysia dari cengkaman perompak yang diangkat rakyat sebagai pentadbir negara. Kita yang letih menunggu dan tertanya-tanya mampukah Malaysia ini akhirnya dipimpin oleh seorang yang berintegriti, mempunyai humility?
DSAI yang mempunyai ciri-ciri tersebut terus disekat tetapi tiada seorang pun yang lebih muda darinya yang sanggup dan mahu menggerakkan suatu yang
mantap
dan tersusun mendidik rakyat peri penting memilih pemimpin yang mempunyai integriti, humility, empati, yang mempunyai rakyat dalam hati. Dan tiada pun pemimpin yang muda yang mahu ke depan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka layak dipilih bukan kerana pangkat, darjat atau harta.
Yang ada dan dipertontonkan kepada rakyat hanyalah ciri-ciri khianat, haloba dan seakan itulah syarat yang memungkinkan mereka terus dijulang.
Kerana khusus, orang Melayu lebih pentingkan material dari kejernihan jiwa, mementingkan kemewahan dari kejujuran. Terkesima dengan kereta mewah, rumah agam dari, wang berkepuk, emas perhiasan dari pembentukan jati diri murni dan luhur agar menjadi insan yang jujur dan mendapat redha Tuhan.
Sehingga syukur Melayu hanyalah apabila sudah berjaya menjadi kaya.

BEZA PAS DAN MCA...


NORMAN RADZUAN

Kalau parti kau betul2 berjiwa Islam yg berkempen gunakan ayat Al Quran dan Hadis... kemudian mahu tegakkan hukum hudud tiada alasan separuh atau sedikit... ibarat kau benarkan org berzina tapi cukup sekali.
Kemudian nak tanya yg kau katakan 8 dilaksanakan tu di mana atau syarikat mana? Jgn cakap umum utk sedapkan hati penyokong, belajar2 berikan fakta sb org skg ramai dah berilmu terutama org Melayu di kampung2 di pantai barat.
MCA walau ada 2 kerusi Parlimen tapi mereka dpt beri amaran jgn bicara tentang negara Islam hingga bisu Bersatu dan Pas. Mereka dpt peruntukkan RM 15 juta kpd Dong Zong yg ingin diharamkan oleh pemimpin PAS. Projek ERCL tiada langsung kpd kontraktor bumiputra. Nyaris Subang Airport mahu dijual.
PAS? Ada 18 kerusi Parlimen... kilang arak beroperasi, arak dijual, judi bertambah, nasib pramugari terus terbiar... yg kita nampak Yadim dah ada isu yg akn terbongkar, beratus pusat Tahfiz bakal ditutup, pemimpin Pas langgar double line, langgar SOP, bawa janda rentas negeri waktu PKP... dan masing2 tayang kereta mewah.



May be an image of 1 person and text that says "Hd Harakahdaily 11h・ "Walaupun 22 cabutan khas diluluskan, tidak semua dilakukan. Hanya 8 berjaya dilaksanakan." https://rfr.bz/ f3c17d5 HARAKAHDAILY.NET 8 daripada 22 cabutan khas judi dibuat tahun ini"


Orang Melayu Tidak Perlu Bersatu Nanti Pemimpin Melayu Lagi Kuat Makan R...



Datuk Zaharin mengulas pendapat Dr Kamal Hassan dan Datuk Zaharin meramalkan PRN Melaka UMNO bakal tumpas di tangan Pakatan Harapan.



RENTASAN 983 | DEDAH PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN KERAJAAN MELAKA, IDRIS H...





MENARIK DALAM RENTASAN 983

1. KECOH LOMPAT PARTI DAN DUN MELAKA BUBAR 2. PENYELEWENGAN PUNCA ADUN MELAKA MELOMPAT 3. JANA LABA ATAS DERITA ORANG LAIN ADALAH PENGKHIANAT 4. PERIKATAN NASIONAL BANTAH TIMBALAN SPEAKER KETIGA





NO DAP DEPAN ORANG MELAYU SAHAJA

 May be a Twitter screenshot of 2 people, people sitting and text that says "UM DIGITAL Utusan Online "Saya cakap terus-terang, saya mewakili BN berunding dengan DAP dan menawarkan beberapa solusi. Tetapi adalah malang kita melihat, ia tidak diterima oleh pemimpin utama DAP negeri." /www utusan menyatakan idris bakal ketua- menteri/ Mለo astro AWANI WANI"

NAMPAKNYA RAKYAT MELAKA BUAT PILIHAN YANG TEPAT- KEH...KEH CAKAP TAK TENGOK CERMIN


HAMZAH RIE NA


PRU 14 sudah ditolak mentah mentah oleh penduduk melaka, 24 kerusi yg dipertandingkan semua bungkus ikat mati!

Ok orang2 Melaka, pru 15 kasi semua hilang deposit pula. Orang Melaka jangan main2 sekali mereka kata mereka kotakan..... Kalau Tak, Tak kan ada Kota Melaka tu!!!! 😁

May be an image of 1 person, sitting and text that says "Gemilang DAILY Rakyat Melaka tak mahu PH kembali berkuasa, kata Pas 06/10/2021 8:00 PM 228 Shares SMS i"




























WOIII DERIS.....JANGAN LA EMOTIONAL....KENA USIK SIKIT JA KOT- “Kalau nak bertengkar, saya boleh bertengkar” - Idris Ahmad



Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bangun mencelah, meluahkan rasa tidak puas hati kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengambil masa lama untuk menjawab satu soalan sedangkan ada empat lagi isu yang perlu dijawab.


Pas kata rakyat Melaka tak mahu PH kembali berkuasa.Rakyat tanya pulaa berapa kerusi Pas menang di Melaka? dan masa mana jadi jurucakap rakyat ?

 


Pas kata rakyat Melaka tak mahu PH kembali berkuasa


Rakyat Melaka terutamanya orang Melayu bimbang sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan DAP berkuasa semula akibat kemelut politik yang sedang melanda negeri ini sekarang.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Kamarudin Sidek berkata, sudah sampai masanya parti-parti besar Melayu memikirkan lebih serius tentang perpaduan dan semangat Keluarga Malaysia supaya tidak berpecah belah yang akan merugikan rakyat.

“Seperti pepatah Melayu ‘jong pecah yu kenyang’,” ujar beliau pada satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan empat ADUN daripada kerajaan diketuai ADUN Sungai Udang Dato’ Seri Idris Haron bertindak menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Turut mengikut jejak langkahnya Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas–Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Kamarudin juga berkata, tindakan keempat-empat ADUN terbabit sangat mengejutkan semua pihak.

“Perkara ini berlaku di saat beberapa ADUN terbabit baru mendakwa mereka tidak terlibat dengan komplot tersebut beberapa hari lepas,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap semua pihak melakukan gencatan politik dan memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah utama rakyat iaitu pandemik Covid-19 dan ekonomi rakyat.

“Apa yang penting kita mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap krisis politik yang tidak berkesudahan melanda negara terutamanya Melaka di saat Covid-19 belum lagi dapat dikalahkan,” kata beliau.

Beliau turut berharap rakyat Melaka terutama ahli PAS Melaka serta Bersatu dan Umno bertenang dan bersabar di samping mengambil langkah sewajarnya bagi menangani perkara ini dengan cermat dan teliti.

“Bak kata pepatah ‘menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus tepung tidak berserak’,” ujarnya.



POLITIK PAS YANG MEMENINGKAN


Pas kata, tempat umno menang dan bertanding semula, Pas akan sokong Umno. Tempat Bersatu menang dan bertanding semula, Pas akan sokong Bersatu.
Umno pula kata, semua tempat Bersatu menang, Umno akan bertanding kerana itu kerusi asalnya Umno menang sebelum calon mereka melompat masuk Bersatu. Ertinya, Pas tetap akan sokong Bersatu dan tidak akan sokong Umno.
Bagaimana pula dengan tempat Pas menang sekarang? Umno telah nyatakan tiada lagi muafakat nasional seperti yang dinyatakan oleh Presiden mereka. Ertinya, tempat Pas wakili sekarang, Umno akan tetap bertanding. Sudah pasti Bersatu akan sokong Pas dan akan tolak Umno.
Tempat Umno wakili sekarang, Bersatu akan letak calon. Pas kata akan sokong Umno kerana itu kerusi Umno menang. Pas tidak akan sokong Bersatu di situ.
Kesimpulannya, Pas akan sokong Umno dan akan tolak Umno, begitu juga Pas akan sokong Bersatu dan akan tolak Bersatu, mengikut keadaan.
Siapa rugi dalam situasi begini? Umno, Bersatu atau Pas? Sudah pasti jawapannya Pas kerana Pas tidak akan berupaya untuk menambah kerusinya, kecuali mengekalkan kerusi yang mereka miliki sekarang.
Jika Pas tiada upaya untuk menambahkan kerusinya, apakah Pas boleh jadi parti yang dominan? Jika Pas bukan parti yang boleh jadi dominan, jauh sekali untuk menjadi PM, maka bila waktunya Pas boleh tegakkan hukum hudud atau hapuskan judi? Ertinya, cita2 untuk laksanakan Islam itu hanyalah propaganda Pas semata2. Bila tidak mampu halang judi, Pas dakwa mereka tiada kuasa majoriti dalam kerajaan. Mahu tunggu Pas menguasai kerajaan, memang usah haraplah jika Pas tidak pernah mempunyai prinsip.
Walaun Pas perlu berfikir dengan matang. Sampai bila mahu terus diperbodohkan?
WFAUZDIN NS

GAMBAR MALAM JEMAAT

 May be an image of 8 people and text that says "Zamri Zainal Abidin Il 1d Fakta. Satu-satunya pengasas IIIT yang non- Arab iaitu Melayu, adalah Anwar Ibrahim. THE FOUNDERS OF IIIT (The Champions Of slamization And Integration Of Knowledge) Ismail Al-Faruqi Taha jabir Alalwani jamal al Barzinji Abdul Hamid Au Sulayman Ahmad Totonji Hisham Altalib Anwar Ibrahim"

RENUNGAN MALAM JEMAAT

 May be an image of 2 people and text

ANWAR RAYU PARLIMEN BAHAS PANDORA PAPERS


TAK SIASAT PANDORA PAPERS PH PERLU KELUAR MOU


ULASAN DEWAN 3 : RMK 12 BANTU PKS, PELAN PELAKSANAAN TAK ADA?

 , RMK 12 bantu PKS, pelan pelaksanaan tak ada?

ULASAN DEWAN 1: COVID 19: UJIAN UBAT IVERMECTIN TAK TAHU, NAK PAKAI UBAT MERCK PULA?