Pemimpin Arab puji Azmin pandai cuci lantai Masjid, jadi bualan di sana sini-sahih bawa masuk billion-billion..keh..keh.....

 

Gempar! Pemimpin Arab puji Azmin pandai cuci lantai Masjid, jadi bualan di sana sini

Gambar Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membantu mencuci lantai Masjidil Haram di Makkah, menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial di Arab Saudi.

Tindakan Azmin bersama membantu petugas masjid suci itu membersihkan lantai yang dibasahi hujan, bukan saja menyentuh hati rakyat Arab Saudi, malah turut membekas dalam kalangan pemimpin serta ahli korporat negara itu.

Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abdul Razak Abdul Wahab, berkata gambar itu yang tular sejak dua hari lalu turut dibangkitkan dalam mesyuarat delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diketuai Azmin dengan dua kementerian kerajaan Arab Saudi.

“Gambar itu menjadi slaid pertama dalam pembentangan Kementerian Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, yang disambut dengan tepukan oleh mereka yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

“Mesyuarat itu dihadiri oleh menterinya, Bandar Ibrahim Al-Khorayef dan ketua eksekutif agensi strategik kementerian itu bagi membincangkan langkah strategik yang akan diambil untuk meningkatkan kerjasama ekonomi, khusus dalam industri masa hadapan,” katanya kepada BH, hari ini.

Tindakan Azmin membantu petugas Masjidil Haram membersihkan lantai menyentuh hati rakyat Arab Saudi, pemimpin serta ahli korporat negara itu.

Kelmarin, Azmin yang mengetuai misi perdagangan dan pelaburan negara ke Arab Saudi sejak Isnin lalu, memuat naik gambarnya membantu petugas Masjidil Haram mencuci lantai masjid suci itu yang dipenuhi air susulan hujan lebat selama beberapa jam.

Abdul Razak berkata, gambar itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat antara delegasi MITI dengan Kementerian Perdagangan Arab Saudi, yang membingkaikan gambar berkenaan sebagai menghargai bantuan Azmin.

“Aggota mesyuarat daripada kedua-dua belah pihak terperanjat dan memberi tepukan apabila Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid Abdullah al-Qasabi mengakhiri mesyuarat dengan menghadiahkan gambar itu yang sudah dibingkaikan kepada Azmin.

“Seorang tokoh korporat Arab Saudi dan Ketua Pegawai Eksekutif Asma Advanced Solutions, Sheikh Abdul Wahab Naseer Al-Akeel turut terkesan dengan amal yang dilakukan oleh Azmin di Masjidil Haram.

“Beliau juga mahu membingkaikan gambar itu dan menghadiahkan kepada Azmin sebagai tanda penghargaan daripada seorang rakyat Arab Saudi,” katanya.

Beberapa kawasan di Arab Saudi dilanda banjir besar susulan hujan lebat selama beberapa jam di negara itu pada Selasa lalu, termasuk Masjidil Haram. 

UNDI 18 -. ANWAR BIDAS TAKIYUDDIN, MUNGKIN KAMU TIDUR DI PARLIMEN

 


May be an image of 1 person, standing, sitting and text that says "MEDIA RANIA Undi 18: Anwar Bidas Hujah Dangkal Takiyuddin Editor 7 hours ago Kongsikan Artikel Ini f PORT DICKSON, 29 April- Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan melaksanakan usia kelayakan mengundi"




PORT DICKSON, 29 April – Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan melaksanakan usia kelayakan mengundi 18 tahun kerana ia diluluskan Dewan Rakyat lebih satu setengah tahun yang lalu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kerajaan akan mengusahakan agar perkara itu dilaksanakan dalam tempoh terdekat disifatkan sebagai tidak berkaitan.

“Keputusan telah dibuat dan diluluskan lebih satu setengah tahun yang lalu. Jadi tiada kaitan dengan apa menteri ini (Takiyuddin) ini katakan kerana arahannya adalah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan. Kalau mereka tidak mampu, sepatutnya mereka tidak boleh meneruskan tanggungjawab ini dan menyerahkan orang lain yang mampu.

“Satu setengah tahun itu masa yang cukup untuk mengendalikan Undi 18 dan keputusan sebulat suara di Parlimen. Walaupun ada parti sama ada dia lupa atau tidur masa sidang Parlimen itu kerana perbahasan itu terbuka dan keputusan itu dipersetujui semua ahli Parlimen,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Peluncuran Aplikasi Tuisyen Percuma Port Dickson di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, dekat sini hari ini.

Takiyuddin menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu, kerajaan komited melaksanakan umur Kelayaan Pengundi 18 tahun sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada 2019.

Ujarnya, hal berkenaan telah dibincangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Kabinet semalam dan akan diusahakan agar dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Anwar yang juga Ketua Pembangkang berpendapat, ia sewajarnya dibahaskan terlebih dahulu di pelbagai peringkat.

Jelas beliau, keputusan Kementerian Pendidikan tersebut meragukan beliau sama ada mengambil kira kesan jangka pendek dan jangka masa panjang.

“Pengalaman saya di Kementerian Pendidikan dahulu pun, keputusan-keputusan begini dibahas secara menyeluruh terlebih dahulu. Kita panggil wakil ibu bapa, tokoh-tokoh pendidikan dan masyarakat untuk bincang, perbahasan secara terbuka dengan banyak pihak sebelum kita ambil keputusan.

“Setiap keputusan, melibatkan dasar utama dalam Kementerian Pendidikan mesti dibahaskan di banyak peringkat. Ini bukan soal menteri dan beberapa orang pakar, mesti tanya ibu bapa, guru-guru, pakar-pakar pendidikan dalam pelbagai bidang dan selalunya dibahaskan secara lebih terbuka, kemudian ambil keputusan, jalanlah,” katanya.

 

VIDEO : PADU DARI ANWAR IBRAHIM - RAKYAT HARUS BANGKIT

KEH..KEH...KEH...MEWAKILI MALAYSIA


POSTED BY W.FAUDZIN

 

BENDA DAH BELI, TAKKAN CAMPAK TONG SAMPAH..??

 

BOB KELANANG


Aku paham tindakan yang diambil oleh Kerajaan Sarawak yang tidak membenarkan vaksin AstraZeneca digunakan untuk diberikan kepada rakyat Sarawak.... Ini tindakan yang dilihat agak drastik... tapi bertepatan.

Yeah... Ini lebih kepada hak-hak yang termaktub dalam MA63 yang memberikan kuasa-kuasa kepada Kerajaan Sarawak.

Tapi aper pun tindakan ini... benda dah beli, takkan nak kena campak dalam tong sampah yer dak??? Banyak tu Kerajaan Malaysia dah beli vaksin ni... banyak duit dah dihabiskan... banyak kos dah keluar... komisyen pun dah di pow...

KOH KOH KOH...

Nampak gayanya benda ini akan berlanjutan lagi aaa... xtau apa planning Kerajaan Sarawak... kita tengok je lar...

KOH KOH KOH...

 

Sarawak enggan terima vaksin AstraZeneca

malaysiakini.com
Sarawak enggan terima vaksin AstraZeneca
AstraZeneca tidak akan digunakan dalam program imunisasi di Sarawak, kata menteri kerajaan tempatan dan perumahan Sarawak, Dr Sim Kui Hian.


SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNG...BUKAN SIKIT KAU HASUT DENGAN FAKTA YANG TIDAK BENAR...

 

Kamarul senarai tiga pemimpin PH negeri, 12 pemilik akaun FB sebar ‘wayang opera Cina DAP’

 

FAZLI RADZI

 

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff akan membuat laporan polis secepat mungkin berhubung penyebaran hantaran di Facebook bertajuk, “Wayang opera Cina DAP sekali lagi?”.

Kolumnis bagi lidah rasmi Pas, Harakahdaily itu mendakwa penyebaran hantaran Facebook palsu itu berlaku ketika akaun media sosial sebenar miliknya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran atau komen selama 24 jam.

Walau bagaimanapun, pensyarah kanan di Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) UUM itu mendapati sebanyak 12 individu telah menyebarkan hantaran tersebut bermula kira-kira jam 4 petang semalam.

Mereka ialah Che Ibrahim Mohamed, Saila Hadialuz Nazar, Miqdad Zakaria, Abu Muhammad Ibnu Ismail, Zainal Nor, Lensalog Aidi, Taufik Ali, Hussin Al Mala’al A’lam, Muhammad Al Hanif Hassan, Mohd Safuan MohdSafuan, Abdul Manaf Shafie dan Muhammad Radzi Ismail.

Dalam masa sama, Kamarul menerusi kenyataan panjangnya hari ini turut mengenal pasti tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri dari ketiga-tiga parti komponen iaitu DAP, AMANAH dan PKR.

Katanya, Naib Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff pada jam 1 pagi tadi telah memuatnaik satu hantaran bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atasnya atas dakwaan membuat hantaran yang mempertikaikan Raja Muda Perlis di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589).

Kamarul juga berkata, Ketua AMANAH Bahagian Ledang, Azhar Ismail telah memuatnaik satu hantaran pada jam 2 petang tadi memaklumkan telah membuat laporan polis terhadapnya berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi selain berkongsikan hantaran peguam itu.

Tambahnya, Ketua AMK Cabang Padang Besar, Amar Abd Jalil turut memuatnaik dua hantaran bagi memaklumkan akan dan telah membuat laporan polis terhadapnya juga berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi.

“Ekoran fitnah besar ke atas saya ini, saya, keluarga saya dan institusi tempat saya bekerja, iaitu Universiti Utara Malaysia, telah bertubi-tubi dikecam, dihina dan dimaki oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan gangguan keselamatan kepada kami.

“Saya berpendapat bahawa kesemua mereka yang telah membuat dan menyebarkan posting Facebook palsu saya yang bertajuk “Wayang opera Cina DAP sekali lagi?” serta mereka yang telah menggesa, membantu dan membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan posting Facebook palsu saya ini telah melakukan jenayah yang serius,” kata Kamarul lagi.

 

APABILA PPBM CUBA SAMAKAN KWSP DENGAN KWAN... INI MENIPU NAMANYA..!

 

BOB KELANANG



Ada nama besar PPBM yang belum habis dengan 'kelentongan' walaupun sudah menjadi kerajaan.

Kluster Spin ini akan memutarbelit segala fakta untuk kepentingan PPBM sejak PRU-14.

Mungkin sebab itu Kluster Spin ini dapat jawatan penerangan dalam parti serpihan UMNO.

Adakah patut Kluster Spin menyamakan wang KWSP dengan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Wang KWSP milik rakyat. Mereka keluarkan wang mereka sendiri untuk digunakan pada waktu sukar.

Itupun bukan mudah dapat kelulusan kerajaan. Rakyat nak beli PS5 lah, Puteri Gunung Ledang lah.

Dana KWAN pula tabung amanah negara sebagai sumber berterusan negara dan generasi akan datang.

Objektifnya ia digunakan apabila sumber semulajadi negara contohnya minyak menyusut.

Tetapi ia mahu dikorek kerajaan PN sebelum tiba masa dengan alasan Covid-19 selepas begitu banyak wang negara diperuntukan untuk tujuan sama.

Ulasan saya mengenainya beberapa hari lalu boleh dibaca melalui link berikut:

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2050804598391440/

Justeru soalan kepada Kluster Spin siapakah sebenarnya yang merapu sehingga terbabas-babas disamakan dana KWSP dengan KWAN?

Kluster Spin PPBM semakin merapu apabila cuba menunding jari kepada menteri dari UMNO dalam kerajaan PN disebalik penggunaan dana KWAN.

Kluster Spin kata UMNO gagal berbincang di peringkat dalaman dengan menteri dari UMNO yang menjaga hal kesihatan dan vaksin sebab terlalu ghairah nak tunjuk pandai.

Memang sah ini Kluster Spin PPBM. Apa mandat UMNO untuk menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan PN dan adakah Perdana Menteri atau Menteri Kewangan dari UMNO?

https://www.bharian.com.my/.../kerajaan-ambil-rm5-bilion...

 

KELAKU JIJIK DENGAN SERANG PERIBADI BUKANNYA ISU SAMAN YANG TINGGI DIKENAKAN!

 

May be an image of 2 people, food and text that says "ROTIKAYA TT 29,762 Like 30K Share WhatsApp BERITA Peniaga Burger Viral Rupanya Hidup Mewah, Pernah Makan Tomahawk RM1,000? Oleh Murni Md Rejab 29 Apr 2021, 11:04AM Kalau lah betul apa yang dikatakan, memang satu Malaysia kena tipu! Peniaga burger Faisal Burger yang viral baru-baru ini gara-gara dirinya dikompaun RM50,000 kerana jual burger lebib masa dikatakan hidup mewah."


POSTED BY BOB KELANANG


Tadi aku ditunjukkan gambar brader burger makan mewah. Sebab aku baru bangun tidur masa tu, tak berapa nak clear apa yang dimakannya. Tapi katanya bil mencecah RM900.

Aku rasa perangai huduh ini sudah mula menjadi resam orang kita pula - korek ruang peribadi orang. Mula dengan pensyarah berhati hitam, nampaknya sudah jadi SOP walaun sekarang.

Jijik sungguhlah perangai mereka ini. Apa nak diungkit sama ada peniaga burger itu buat untung besar atau tidak, makan mewah atau tidak, soalnya sekarang adakah saman itu patut atau tidak?

Kita bukan bela penjual burger itu sahaja. Kita bela beribu orang lain yang mungkin sudah dan mungkin bakal dikenakan saman yang sama kalau kita tidak bisingkan dan buat tak tahu.

Dan lagi, kita persoalkan bukan sebab kita rasa penjual burger itu miskin. Kita persoal kenapa kedai burger perlu tutup jam 10 tapi bazar boleh sampai 2 pagi? Kita tanya kenapa penjual burger seorang diri disaman sedang di bazar yang berhimpit-himpit dibiarkan?

Kita juga nak fahamkan apa puncanya hampir 100 orang yang bersesak dan duduk rapat-rapat di majlis pernikahan Neelofa tidak pula disaman? Jangankan saman, disiasat pun tidak!

Adakah kerana Neelofa popular? Atau kerana ada menteri pengkhianat duduk sekali berhimpit-himpit dalam majlis itu yang menyebabkan pihak berkuasa takut nak saman para tetamu?

Dan lagi kita nak tahu kenapa kalau marhaen serta merta saman dikeluarkan tapi kalau selebriti dan menteri, disiasat, disiasat dan disiasat sampai sudah tapi tak tahu apa ceritanya?

Nampak? Dalam banyak point yang aku sebut, ada tak yang hilang kredibiliti hanya kerana penjual burger itu pernah makan secara mewah? Tak ada, kan? Sebab memang tak ada kena mengena.

Kita bukan cerita soal mampu bayar atau tidak. Itu soal kedua atau ketiga. Soal pertama adalah tindakan yang dwi standard, berbeza perlaksanaan mengikut taraf kedudukan dalam masyarakat.

Kalau kalau brader burger itu makan makanan mahal pun apa masalahnya? Dia berusaha. Dia cari duit sendiri. Bukan dia curi dana SRC atau 1MDB. Atau dana KWSP dan KWAN.

Dia bekerja, bukan macam menteri, gaji ambil tapi duduk saja. Atau jadi duta tapi tidur di rumah. Kalau dia mampu makan besar pun, duitnya halal. Jangan persoal macamana dia boleh makan besar. Tapi soal kenapa kerajaan dengki dia buat duit lebih?

Kerajaan ini kerajaan yang rosak. #KerajaaanGagal. Disokong pula oleh syaitan yang bertopengkan manusia. Menteri dan penyokong sama jahatnya. Sama busuk hati dan sama iblis. Kerajaan ini takkan beri kita apa-apa selain daripada kesusahan.

Raja Gelap

 

‘Masih ada kerja perlu dibuat’ sebelum tarik sekatan ke atas Top Glove, kata agensi AS


Top Glove Corp berkata, ia memenuhi semua syarat ILO berhubung buruh paksa. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) berkata, ia belum mengesahkan sama ada Top Glove Corp mengatasi semua 11 petunjuk Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) berhubung buruh paksa sebelum ia menarik balik perintah sekatan terhadap produk syarikat berkenaan.

Pada Isnin, syarikat pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata, 11 petunjuk ILO telah ditangani.

Katanya, perkara itu ditentusahkan oleh Impactt, sebuah juruperunding bebas yang berpangkalan di United Kingdom dan diupah bagi memantau usahanya untuk menghapuskan buruh paksa.

Pengarah urusan Top Glove Lee Kim Meow sebelum ini berkata, ia akan berhubung dengan CBP untuk menarik balik perintah sekatan terhadap produknya sebaik sahaja isu 11 petunjuk itu diatasi.

Bagaimanapun CBP memberitahu FMT bahawa masih ada kerja yang perlu dilakukan sebelum produk Top Glove dibenar masuk ke AS sekali lagi.

Dengan menyebut bahawa audit pematuhan sosial Impactt dibuat secara berasingan daripada CBP, jurucakap agensi itu berkata, “ia akan terus menilai maklumat yang dikemukakan oleh Top Glove bagi menyokong petisyennya untuk mengubah dapatan berkait buruh paksa bulan lepas yang menyaksikan sarung tangan pakai buang syarikat itu disita di semua pelabuhan masuk AS.”

“CBP secara bebas mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan bagi menyokong petisyen untuk mengubah atau membatalkan perintah sekatan dan dapatan buruh paksa,” kata jurucakap berkenaan dalam emel.

“CBP tidak akan mengubah atau membatalkan perintah sekatan atau dapatan buruh paksa sehingga semua petunjuk buruh paksa yang dikenal pasti oleh agensi itu ditangani.”

Jurucakap itu berkata, semua audit pematuhan sosial “adalah berguna” sekiranya ia dibuat secara bebas dan dengan tujuan mengenal pasti kekurangan dan risiko serta akses kepada kemudahan, rekod dan kakitangan tanpa campur tangan pegawai penyelia adalah penting bagi menjamin taksiran tepat sama ada petunjuk buruh paksa masih wujud.

“Audit pihak ketiga yang tidak dimaklumkan boleh menyediakan keterangan penting bagi menyokong petisyen untuk mengubah atau membatalkan perintah sekatan atau dapatan buruh paksa,” kata emel itu lagi.

“Bagaimanapun CBP akan menyemak semua maklumat yang tersedia apabila menilai petisyen sedemikian.”

Pada Julai tahun lepas, CBP mengeluarkan perintah sekatan ke atas dua anak syarikat Top Glove selepas berkata, ia mempunyai maklumat yang munasabah tetapi tidak konklusif, yang menunjukkan syarikat terbabit mengeluarkan produk dengan menggunakan buruh paksa.

Top Glove melancarkan petisyen terhadap perintah itu.

Bulan lepas, CBP mengarahkan kakitangan di semua pelabuhan masuk AS supaya merampas semua sarung tangan pakai buang yang dikeluarkan oleh syarikat itu selepas “maklumat yang mencukupi” yang menunjukkan ia menggunakan buruh paksa dalam pengeluaran sarung tangan pakai buang di Malaysia mencetuskan dapatan buruh paksa.

Dalam laporan awal minggu ini, Impactt menyatakan pendapatnya bahawa Top Glove telah menghapuskan “semua petunjuk amalan buruh paksa sistematik” selepas mengatasi lima baki petunjuk itu setakat bulan ini, iaitu memegang dokumen pengenalan diri, tipu daya, ikatan hutang, keganasan seksual dan fizikal serta intimidasi.

Top Glove membayar RM150 juta kepada pekerjanya sebagai rundingan semula fi pengambilan dan melabur kira-kira RM300 untuk tempat penginapan pekerja.



Abaikan menteri ‘tak guna’, nilai semula risiko Covid-19 di sekolah, kata Najib

 

Najib Razak menggesa kerajaan menilai semula risiko Covid bagi sektor pendidikan.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan mengabaikan kenyataan dua menteri Kabinet yang disifatkan ‘tak guna’, sebaliknya menilai semula risiko Covid bagi sektor pendidikan untuk mengelak ‘malapetaka besar.’

“Saya amat tidak selesa dengan jumlah kluster baharu yang dikesan setiap hari terutamanya kluster dari sektor pendidikan.

“Sebelum ini, kerajaan kata lebih 23,000 murid di bawah umur 12 tahun sudah dijangkit pada tahun 2021 setakat ini dan ini membuktikan betapa mudahnya kes ditularkan di sekolah akibat pergaulan,” katanya di Facebook.

Menurutnya, masalah utama adalah apabila murid dan remaja kurang terkesan dengan Covid-19 walaupun positif, namun tanpa disedari masih boleh menjangkiti orang lain yang lebih berkemungkinan jatuh sakit.

Katanya, di negara lain, sekolah antara paling lewat dibuka semula bila sekatan pergerakan dilaksanakan, sebaliknya di Malaysia pula, sekolah antara paling awal dibuka semula selepas PKP2.0 dilaksanakan.

“Sebab itu, saya mohon kerajaan menilai semula risiko Covid bagi sektor pendidikan. Jika tidak dibuat, mungkin ianya mampu membawa malapetaka yang amat besar.

“Adakah tiada siapa dalam kerajaan yang sedar dengan kemungkinan ini?

“Sila abaikan kenyataan dua orang menteri PN tak guna itu yang kata sekolah akan diteruskan serta suruh ibu bapa jangan risau sebab KPM ada cara tangani Kluster Pendidikan,” katanya tanpa menamakan orang yang dimaksudkan itu.

Selain itu, Najib turut menggesa kerajaan menambah dan mempercepatkan pemberian 150,000 unit peranti kepada golongan B40 sebagai persedian awal sekiranya sekolah ditutup semula dan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dilaksanakan.

“Jangan tunggu sehingga akhir bulan September untuk diagihkan seperti diumum kerajaan,” katanya.


KERAJAAN PN – KERAJAAN DUA WAJAH?

 

Ada sebuah filem klasik Hollywood yang berjodol The Good, The Bad and The Ugly, dibintangi antara lainnya oleh aktor terkenal Clint Eastwood. Filem itu menceritakan tiga watak – yang baik, jahat dan memualkan.

Ada sebuah memoir di tulis oleh Profesor Dr Syed Husin Ali yang bernama Dua Wajah yang menceritakan pengalamannya di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun (1974 – 1980).Bekas Senator Dewan Negara dan mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu menceritakan di dalam memoirnya itu terdapat dua wajah polis yang menahannya, iaitu polis baik dan polis jahat.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah Malaysia sekarang bermula dari 1 Mac 2020 nampaknya menzahirkan pelaku-pelaku yang saling tak tumpah seperti watak-watak dalam filem The Good, The Bad and The Ugly.

Rakyat sendiri boleh mencari siapa menteri yang baik, siapa menteri yang jahat dan siapa pula menteri yang memualkan.

Tidak berupaya menceritakan di sini secara terperinci dan panjang lebar kerana penulis boleh sahaja didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.Atau lebih parah di bawah seksyen 4 Akta Hasutan. Sekarang kan Kerajaan Darurat?

Yang terbaru adalah isu berkenaan undang-undang kompaun berkaitan pelanggaran SOP. Tular berita peniaga burger dikompaun RM50,000.

Akhabr Sinar Harian 28 April 2021 menyiarkan berita Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan berkata, “Segala tindakan mengenakan kompaun di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) adalah untuk pencegahan dan pengajaran.

Kenyataan Menteri Undang-Undang itu nampak keras dan tegas. Ini nampaknya macam watak The Bad dalam filem Clint Eastwood itu. Macam watak polis jahat dalam Memoir Dua Wajah tulisan Profesor Syed Husin Ali.

Reaksi rakyat amat luar biasa marah kepada Kompaun RM50,000 yang dikenakan ke atas seorang penjual burger yang berniaga di depan rumahnya sendiri.

Salah kerana langgar SOP dan perlu dihukum, rakyat ramai boleh terima.Hukumlah penjual burger itu, kalau dia bersalah, tetapi berpatut-patutlah. Biar nampak adil, bertimbang rasa dan berbudi-bicara.

Peniaga burger itu hanya menjual makanan di bulan Puasa bukannya menjual dadah atau jadi sindiket kartel daging import yang tidak halal.

Perdana Menteri Muhyiddin terasa bahang kemarahan rakyat di dunia maya internet, di halaman facebook, instagram, twitter, whatsapp dan lain-lain.

Ahli Parlimen Pagoh ini saya rasa, tentunya mendapat taklimat dari Pengarah Cawangan Khas dan lain-lain agensi risikan negara.

Muhyiddin ini, dia orang yang tahu juga politik dunia antarabangsa. Muhyiddin tentu masih ingat peristiwa tercetusnya Arab Spring di Tunisia.

Rakyat Tunisia bangkit menunjuk perasaan besar-besaran sehingga tumbangnya Kerajaan Presiden Zainal Abidin Ali, dan Presiden itu bersama isterinyanya terpaksa cabut lari ke Eropah. Apa puncanya?

Spark atau percikan api itu hanya bermula dengan satu peristiwa di mana Pihak Penguatkuasa yang tidak bertimbangrasa menangkap dan menghukum seorang penjaja jalanan yang tidak ada lesen berniaga.

Penjaja muda yang terhimpit hidupnya itu mengambil keputusan menjirus tubuhnya dengan petrol dan membakar diri sendiri hingga mati.

Percikan api dan kematian penjaja muda itu kemudiannya mencetuskan kebangkitan rakyat Tunisia untuk menentang kerajaan sehingga tumbang kerajaan Tunisia itu.

Kemudian Arab Spring itu merebak ke Mesir, sehingga tumbang pula diktator Presiden Mubarak yang telah berkuasa selama 30 tahun.

Jadi pada hari ini, 29 April 2021, muncul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai watak baik seperti hero Client Eastwood atau wajah polis baik dalam memoir Syed Husin Ali.

Akhabr Sinar Harian yang melaporkan kenyataan Takiyuddin pada semalam 28 April, kini menyiarkan pula kenyataan Muhyiddin di muka hadapan yang berbunyi, “Bertimbang rasa, berpada-pada kenakan kompaun,”

Muncul Muhyiddin dengan wajah seorang Perdana Menteri yang baik. Lega hati rakyat membaca kenyataan Muhyiddin itu.

Demikianlah Kerajaan PN menonjolkan dua wajah. Apa sebab musabab sebenarnya?

Puncanya satu sahaja. Dalam hal menggubal undang-undang, menentukan hukum berat atau ringan, semuanya itu bukan kerja Kerajaan. Itu kerja parlimen.

Tetapi dalam tempoh Darurat sekarang dan parlimen digantung, maka jadilah Kerajaan PN sebuah Kerajaan 3 dalam satu. Macam pakej kopi 3 dalam satu.

Kerajaan Muhyiddin buat undang-undang; Kerajaan Muhyiddin laksanakan undang-undang; Kerajaan Muhyiddin juga jatuhkan hukuman.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

29 April 2021 (Khamis).



((MARAH)) DATO KAMAL - PAS & TAKI: TERBARU! KENAPA MASJID DIDENDA 10K MA...

KERAJAAN PIMPINAN PERIKATAN NASIONAL GAGAL



Kehadiran kerajaan PERIKATAN NASIONAL kini merupakan pertama kali dalam sejarah negara apabila ia bertukar menjadi pemerintah melalui langkah (syaitan) bukan Sheraton dan bukannya melalui mandat rakyat dalam pilihan raya,” tegas Mohamad, dalam ucapannya di Permatang Pauh, seperti dipetik Malaysia Dateline. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula secara sinis merujuk kepada tinjauan Merdeka Center bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat kadar sokongan 67%, yang luar biasa, buat Kerajaan PERIKATAN NASIONAL gagal sehingga Malaysia mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi di ASEAN dari segi per kapita, kadar vaksinasi yang rendah, berhadapan krisis ekonomi yang semakin parah dan ketidakstabilan politik setelah kehilangan majoriti Parlimen.





(LIVE) Mat Sabu & Mahfuz Omar : Sambutan Nurul Quran Di Negeri Kedah

UNDANG-UNDANG BODOH? MENTERI & PERDANA MENTERI TERLALU BAHLOL [PANAS KEN...

WANITA GAGAL BAWA AYAH KE HOSPITAL

 May be an image of 1 person and text that says "F M T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Dilarang pae rentas negeri bawa ayah ke hospital, wanita ratap kematian arwah, kecewa polis 'biadab' Siapa yg perlu b/jawab?"


MIHIADDIN BIN MASIN


Nak rentas negeri sebab nak bawa ayah dia pergi hospital..akhirnya ayah dia meninggal...al fatihah untuk keluarga mangsa..

Allahuakbar allahuakbar allahuakbar

Kenapa negara malaysia sampai begini sekali jadi nya

Sebelum #hamidbador bersara bulan 5 ni...saya minta beliau jelaskan isu ini..

kenapa wanita ini tidak di benarkan merentas negeri untuk membawa ayah dia sakit ke hospital...?

 


BEGINI PULAK-MACAMERBA SUNGGUH

 

SHSHBUDIN HUSIN

Pelajar boleh balik kampung, tapi orang bekerja tak dibenarkan balik kampung, barangkali hanya Malaysia di era PN saja ada peraturan sebegini...


KAH..KAH..KAH....TAK BAIK FITNAH FB....KENA KUTUK BLOCK PULA...


May be an image of text



 May be an image of text that says "+60 19-988 6756 DR KAMARUL UU... Bukan sayalah yang delete posting tu tapi FB yang remove selepas dilapor beramai-ramai oleh penyokong DAP, dan saya tak dibenar buat posting atau komen selama tiga hari. Teruk mainan puak demo memfitnah dan menyekat kebebasan bersuara. 9:54 pm"



SELAGI ‘SAINS DAN DATA’ REKAAN PN JADI AMALAN, EKONOMI NEGARA AKAN TERUS JAHANAM


 WALAU AKU JUGA DULU SAMUN  BILLION-BILLION...TAPI.....


Malaysia sedang ketinggalan dunia dari segi ekonomi sejak PRU14 dan sejak dunia sedang memulih dari pandemik Covid.

Lain-lain pasaran saham dunia sedang merekod tahap paling tinggi dalam sejarah tapi pasaran Malaysia masih suram.

Pelabur asing masih keluarkan dana mereka dari pasaran saham kita tiap-tiap tahun sejak Mei 2018 termasuk tahun 2021 setakat ini.


Sebab itu, Malaysia perlu hentikan darurat, pulihkan demokrasi, Covid dengan sebaik-baiknya dan pulihkan sebuah kerajaan yang kuat serta kompeten.

Jangan hanya kepentingan politik dan kuasa, Malaysia dibiarkan ketinggalan dunia.

Ini sains, data dan fakta sebenar.

Bukan “sains dan data” rekaan kerajaan bahawa parlimen tidak boleh berlangsung sebab terlalu ramai orang tua yang telah divaksin dalam dewan berisko dijangkit Covid.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.




MEMALUKAN UUM

 May be an image of 1 person and text that says "6:58 X 63% UUM Experts experts.uum.edu.my UUM Experts RESEARCHER INFO Dr. Kamarul Zaman bin Haji Yusoff International Studies UUM College Law, Government and International Studies kzaman@uum.edu.my 04-9288556 ACADEMIC QUALIFICATION 2013, PhD Sejarah Politik Malaysia, UM, Universiti Malaya 2 2005, Master Arts Sejarah Politik Malaysia, UM, Universiti Malaya 1996, Bachelor Arts Political Science and Psychology, Indiana University Bloomington, USA 1993, Diploma Kajian Pentadbiran dan Undang-undang, ITM, Institut Teknologi MARA"

TAHNIAH AMK PADANG BESAR KERANA TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGHINA RAJA RAJA MELAYU.LEBIH RAMAI PATUT BUAT LAPORAN POLIS .

 

RAY HUNTER

Selesai sudah laporan polis yang dibuat oleh AMK cabang padang besar kepada akaun Facebook Kamarul Yusoff yang menghina Tuanku Raja Muda Perlis. Rakyat Negeri Perlis amat terguris dengan penghinaan keatas institusi beraja di perlis.. #janganhinarajakami


MENTERI AGAMA LANTIK KE NI?


RAJA AHMAD ADRINANNE


Fuhh..teringat kata2 Salleh, Assistantnya Harun (Anak Bapak)
"Bukan Kot yang nak sembahyang, hati yang ikhlas tetap mengadap Tuhan"



 May be an image of 6 people and text that says "Mohamed Hadi AH 19h CEO Tabung Haji yang baharu. Tahniah diucapkan."

NETIZEN SERANG FB RASMI UUM. UNIVERSITI SEHARUSNYA MEMECAT PESYARAH YANG TIDAK PUNYA INTEGRITI MEMECAHBELAHKAN KAUM.AYUH RAKYAT KUASA KITA KUASA KERAMAT.

 Panas! Gara-gara Kamarul Yusoff, Facebook rasmi UUM diserang netizen

Panas! Gara-gara Kamarul Yusoff, Facebook rasmi UUM diserang netizen

Akibat terlalu berdendam dengan program kebajikan yang dilakukan kaum cina non muslim, Kamarul Yusoff, seorang pensyarah UUM telah menerima ‘hukuman tunai’ Allah swt malam tadi.

Sebelum ini, dia yang lebih dikenali dengan gelaran ‘proff kangkung” itu menuduh MP Bukit Mertajam, YB Steven Sim cuba berpura-pura berlakon baik bagi tujuan meraih populariti maya ketika menyampaikan sumbangan motosikal kepada seorang pekerja rider FoodPanda baru-baru ini.

Lebih teruk lagi, dia sehinggakan sanggup menawarkan wang tunai sebanyak RM2000 kepada netizen yang dapat mendedahkan identiti budak yang menerima sumbangan dari MP tersebut bagi tujuan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dia mulai mengekor rapat pergerakan Steven Sim bagi meneruskan agenda jahatnya. Peluang terbaik diperolehinya ketika Steven Sim sedang berurusan menyampaikan bantuan laptop yang diusahakan bagi penduduk parlimen Bukit Mertajam untuki dikongsi bersama pelajar negeri Indera Kayangan.

Ketika Steven Sim diberi penghormatan bersama-sama Raja Muda Perlis berbasikal menyampaikan bantuan asnaf zakat sewaktu keberadaan MP dinegeri tersebut, Kamarul Yusoff tanpa berfikir panjang terus melakukan satu siri serangan berani mati melalui fbnya.

Hantaran tersebut bukan sahaja menyentuh Steven Sim, malahsecara jelas juga turut mengaitkan peribadi Raja Muda Perlis. Menyedari kesilapannya, dia bertindak pantas menurunkan hantaran tersebut.

Namun, semuanya sudah terlambat. Tanpa menyedari dirinya berada di Malaysia sekarang ini. Dunia mengiktiraf Jabatan Netizen Malaysia (JNM) antara yang terbaik melakukan kerja-kerja maya. Hantaran jeliknya menyentuh Raja Muda Perlis itu telahpun sempat dibuat tangkap layar oleh skuad khas JNM.

Melihatkan sesuatu yang buruk bakal berlaku, proff kangkung itu cuba berlaku seperti tiada apa berlaku pada awalnya. Malah siap memberi ugutan akan menyaman penama-penama yang menyiarkan tangkap layar hantaran jeliknya itu dalam hantaran fb kemudiannya.

Setelah menyedari penama-penama yang dipetik itu tidak goyang dan berani berhadapan dengannya dimahkamah, dia tiada pilihan lain terpaksa mengnyahaktifkan fb demi kemaslahatan ummah, kononnya. Ibarat pelanduk melupakan jerat, Kamarul Yusoff sangat tertekan dengan tindakannya kini.

Setelah fbnya dinyahaktifkan, proff kangkun itu berharap situasi tegang itu dapat dikendurkan seketika sebelum dia kembali mengaktifkannya semula nanti. Oh tidaklah semudah itu. Netizen punya cara lain bagi mengajar kebiadapannya itu.

Mereka berpindah pula ke fb rasmi Universiti Utara Malaysia, tempat proff kangkung itu mencari makan. Mereka melakukan serangan bertali arus dalam hantaran terbaharu UUM sempena sambutan Nuzul Quran. Pastinya serangan kemarahan netizen terhadap proff kangkun itu membhka kata pengurusan UUM bagi menilai semula kelayakan proff kangkung itu untul terus kekal di situ.

Justeru pihak UUM wajar bertindak pantas nenangani isu melibatkan kakitangannya ini. Sebarang tindakan yang dilihat menyebelahi proff kangkung itu bakal memberi.impak besar terhadap masa depan institusi pengajian tinggi awam itu. – NM