Sajat akui rindu dan menangis teringatkan anak-anak di rumah, kasih seorang bapa

 


Sajat akui rindu dan menangis teringatkan anak-anak di rumah, kasih seorang bapa

Usahawan terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman,36, yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat meluahkan rasa rindu terhadap dua orang anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi.

Luahan tersebut dizahirkan Sajat menerusi sebuah entri di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Mengakui sangat terkenangkan anak angkatnya itu, Sajat mengakui bahawa dia setiap hari menangis apabila memikirkan keadaan permata hatinya itu.

SajatSumber : Media Hiburan / Instagram Nur Sajat

“Aku rindu betul anak-anak ku..sumpah aku rindu..hari-hari aku menangis..kenapa la jadi macam ini..” tulisnya di hantaran tersebut.

Dia dalam pada itu turut seolah-olah seperti menyesali dengan apa yang telah terjadi terhadap dirinya sehingga terpaksa mengalami perkara sedemikian iaitu keadaan jauh daripada anak-anak.

Difahamkan juga keadaan serta soal penjagaan dua kanak-kanak berusia lima tahun itu juga tidak dapat dipastikan setelah Sajat selaku penjaganya masih diburu pihak berkuasa sehingga ke hari ini.

Sajat yang sebelum ini menghilangkan diri setelah sebuah waran tangkap dikeluarkan atas kegagalan dirinya hadir untuk prosiding sebutan semula pertuduhan kesalahan memakai pakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dia kini masih lagi gagal dikesan dan dalam buruan pihak berkuasa. 




PAS berlakon jadi pembangkang, desak kerajaan PN lebih serius tangani kenaikan harga barang

 


PAS berlakon jadi pembangkang, desak kerajaan PN lebih serius tangani kenaikan harga barang

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih serius menangani isu kenaikan harga barangan pengguna seperti ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran yang dilaporkan meningkat secara mendadak.

Menurutnya, kerajaan masih perlu memberikan perhatian walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan Skim Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 pada 21 April lalu.

“Itu termasuklah dengan memikirkan suatu mekanisma yang efisyen sebagai jalan penyelesaian kepada kos penternakan yang turut meningkat.

“Kerajaan perlu lebih tegas dan mengawal harga barangan pada setiap rantaian bekalan supaya tindakan mengenakan harga maksimum tidak terbeban kepada satu-satu pihak sahaja,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak kerajaan membuat pemantauan dan pemerkasaan secara menyeluruh bermula dari pembekal dan pemborong sehinggalah kepada peniaga yang terakhir.

Idris mengakui tindakan berkenaan memerlukan usaha berterusan kerajaan termasuk pihak kementerian untuk turun padang namun solusi terbaik akan dapat dihasilkan demi kepentingan semua pihak.

“Selain itu, amaran dan hukuman setimpal wajar dilaksanakan kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab agar menjadi pengajaran berguna kepada orang lain terutama ketika rakyat dan negara ini masih dalam fasa meningkatkan taraf ekonomi masing-masing,” katanya. 


RENTASAN 877 | PANAS!!! MENTERI PN SAHKAN TIADA SIDANG PARLIMEN SEHINGGA...




MENARIK DALAM RENTASAN 877

1. MENTERI TEBUK ATAP JUMPA ALASAN BAHARU TERUS GANTUNG PARLIMEN 2. PAS TAKUT HILANG KUASA 3. MASAK DI HALAMAN RUMAH MENTUA DIKOMPAUN RM50,000 4. BERHENTILAH MENUNGGANG AGAMA








NAFSU KUAT TAPI TAK LARAT, UMNO NI GILA APA?

 

NAFSU KUAT TAPI TAK LARAT, UMNO NI GILA APA?

UMNO ni GILA Talak ke GILA nak BERKUASA semula? Sebahgian dari UMNO sedar mereka perlu berubah dan diam2 menyokong DSAI sbgai PM. Tapi sebahgian besarnya masih EGO dan "perahsahtan" seolah-olah majoriti Rakyat menyokong mereka semula.

Mereka masih mahu mendominasi dan mahu Presiden mereka jd PM jika bekerjasama dgn PH terutama PKR. Tak sedar ke yg mereka dibenci sebahgian besar pengundi kerana UMNO juga berada dlm KERA jaan PN malah mereka dalangnya menjatuhkan PH.

UMNO MESTI SEDAR 3 PERKARA :

PERTAMA, UMNO dah berbalah dgn PPBM & PA$ (PN) dan TIDAK AKAN PERNAH CUKUP angka nak jadi KERA jaan semula. Takkan nak jilat balik ludah tu? Mana prinsip? Akar umbi UMNO sdg marah kerana pemimpin mereka takut nak tarik sokongan seperti diputuskan PAU.

KEDUA, UMNO sudah tidak punya calon PM ditambah Zahid dan Najib berisiko dipenjarakan. Malah tiada calon yg berwibawa dan setanding dgn DSAI utk selamatkan Ekonomi negara. Nak diharapkan Ku Li, dia tidak punya sokongan.

Tapi harus diingat juga, hanya sebahgian MP UMNO yg mahu menyokong DSAI utk tumbangkan Abah Kau Mahiaddin dan PN. Sebahgian MP UMNO masih gila jawatan, kedudukan dan dedak. Mereka ini lebih mementingkan diri dari parti UMNO itu sendiri. Dalam keadaan BERPECAH, UMNO TIDAK MUNGKIN MAMPU MENDOMINASI. Ini hakikat yg perlu diterima oleh akar umbi UMNO.

KETIGA, UMNO mesti selamatkan diri dari "dimatikan" oleh PPBM. Apa pilihan yg mereka ada? Andai mahu wakil UMNO jd PM pasti DSAI dan PKR menolak. Utk selamatkan parti UMNO, tak bleh ego. Mereka perlu mengalah demi survival. Samada mereka boleh bekerjasama dgn PH di masa2 akan datang, itu soal lain dan jauh lagi jika mahu difikirkan. Buat masa skrg UMNO perlukan PH JIKA MAHU sambung survival parti, menamatkan sengsara Rakyat SEKALIGUS selamatkan Malaysia. Jika tidak, Rakyat akan melihat UMNO BERSALAH, BERSETONGKOL KERANA MENONGKAT PN. Rakyat pasti akan hukum UMNO di PRU15 nanti. Insya Allah.

TAK MUNGKIN DSAI dan PKR setuju angkat pemimpin-pemimpin UMNO yg bacul jadi PM. DSAI dah berkali2 menegaskan MP2 UMNO yg mahu sokong bg cukupkan numbers utk jatuhkan Abah Kau Mahiaddin dan PN mestilah atas dasar Rakyat dan Negara dgn menerima prinsip REFORM.

Sebenarnya hakikat ANDAI sebahgian MP UMNO menyokong DSAI yg sangat-sangat ditakuti oleh puak Oren Masam, #K3 PANDAP, Mahathir dan Kluster pujaWANG. Ia tidak ada kena mengena dgn soal prinsip. Mereka hanya bimbang DSAI dapat jadi PM TANPA Mahathir dan koncu-koncunya. Musnahlah harapan nak sailang DSAI.

So mereka fitnah KUNUNnya DSAI nak kerjasama dgn UMNO "enbloc", KUNUNnya DSAI ikut telunjuk UMNO, DSAI difitnah nak gadai prinsip sbb tawar menawar utk bebaskan Kluster Mahkamah KUNUNnya..bla bla bla....hanya semata-mata sbb bimbang DSAI jadi PM dgn sokongan sebahgian MP UMNO. #K3 ni kaki temberang, mulut kata sokong DSAI tapi perbuatan asyik dok sanggah dan nak sailang. Hari-hari kerja mereka ialah PROMOTE Mahathir dan "Unite" dgn Kluster pujaWANG. Tak ke pel**q??

Gila kot nak bg UMNO jd PM?? Nanti serupa Atok la yg menyekat agenda Reform. Lockman kata sbb UMNO BN ada ramai MP? Bukan semua MP UMNO BN nak sokong DSAI. Abis tu yg DSAI ada ramai MP dari PH tolak Oren Masam sket tu apadia? Chi sin.

Tujuan rundingan itu ialah utk SEBAHAGIAN MP UMNO sokong demi menyelamatkan Malaysia BUKAN seluruh UMNO jd dominan atau dpt jwtan PM. Tu dah salah konsep. Kalau UMNO nak jd PM, "THE DEAL IS OFF". Mereputlah UMNO di kaki PPBM & PA$. Kepimpinan UMNO perlu tegas membuang keputusan. PKR takde hal utk terus jd pembangkang, tunggu PRU15 pun ok.

GILA puak UMNO nih. Gila kuasa. Nafsu kuda, kederat itik.Description: 😅

Wallahualam.

- Zus Din

28 April 2021













 

Anwar Ibrahim Tetap Tabah Ketika Dipenjarakan

 




Oleh: Onn Abu Bakar

Sepanjang Anwar Ibrahim dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh dari tahun 1998 hingga tahun 2004, penulis berkesempatan beberapa kali berkunjung melawat beliau. Dalam salah satu kesempatan tersebut penulis telah melawat beliau bersama dengan Ustaz Hashim Yahya, Mufti Wilayah Persekutuan pada ketika itu.

Hashim Yahya telah berkata kepada penulis, "Kalau orang lain sudah pasti mereka tak mampu bertahan seperti Anwar Ibrahim!" ujar bekas Mufti Wilayah Persekutuan, allahyarham Ustaz Dato' Hashim Yahya!

Inilah ungkapan bila beliau dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim di luar pintu surau Penjara Sungai Buloh sekitar Februari 1999.

Sebelum penulis menulis lagi, penulis ingin memaklumkan bahawa Hashim Yahya terlalu gembira bila penulis hubungi beliau yang pada minggu hadapan beliau akan menunaikan solat Jumaat di Penjara Sungai Buloh di mana beliau ditugaskan sebagai khatib dan imam solat Jumaat.

Kegembiraan tersebut dinyatakan bila beliau memaklumkan kepada penulis bahawa baru semalam beliau melakukan solat hajat untuk berjumpa Anwar Ibrahim.

Dan hari ini penulis pula menghubungi beliau bahawa minggu hadapan akan bersama menemui Anwar Ibrahim. Dengan kegembiraan Hashim Yahya dengan suara tersekat-sekat menyatakan Allah telah memakbulkan doanya.

Kami telah diiringi oleh pegawai penjara sewaktu berjalan ke arah surau berkenaan dan kami juga diberitahu Anwar Ibrahim belum tiba lagi. Sebaik saja kami sampai beliau naik tangga surau berkenaan.

Penulis sempat juga melihat jam di tangan menunjukkan kurang 15min untuk masuk waktu solat Jumaat. Tidak lama kemudian Anwar Ibrahim pun sampai. Lantas Hashim Yahya memeluk erat sahabat lamanya di depan anak tangga surau. Sempat seminit dua mereka bertanya khabar.

Ketika sedang kami berbual tiba-tiba ada seorang banduan berbangsa Bangladesh menyapa Anwar Ibrahim dengan sopan dan memberikan hadiah songkok buatannya sendiri untuk kegunaan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim segera memakai songkok berkenaan di hadapan kami dan mengucapkan terima kasih kepada banduan berkenaan kerana bersusah payah menbuatkan songkok untuknya. Tetapi banduan berbangsa Bangladesh ini perasan bahawa songkok yang dibuatnya agak kecil sedikit saiznya apabila Anwar Ibrahim mencubanya.

Belum sempat Anwar Ibrahim berkata2 sesuatu, banduan berkenaan terus menyatakan dia akan buat satu lagi songkok yang lebih besar sedikit untuk Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tersenyum bila mendengar janji banduan tersebut.

Peristiwa ini ditonton oleh ramai banduan yang telah mula masuk naik ke surau untuk bersemabahyang Jumaat. Hampir semua banduan begitu hormat dengan Anwar Ibrahim, ada yang bersalaman dan ada yang menyapanya dengan wajah yang amat ceria.

Bila kami semua masuk dan duduk ke dalam surau sambil menunggu azan, suasana di dalam surau waktu itu agak tenang.Penulis dan Hashim Yahya duduk di saf yang pertama manakala Anwar Ibrahim pula duduk di saf yang ke tiga.

Bila penulis menoleh ke belakang beberapa orang banduan kelihatan bersalam dengan Anwar Ibrahim sambil kedengaran memaklumkan dengan perlahan pada Anwar Ibrahim, "Dato Seri, saya reformasi!"

Jelas di sini bagaimana banduan-banduan itu tahu apa itu sedangkan mereka semua berada lama dalam penjara.

Kami berdua pulang setelah selesai solat Jumaat dan penulis sempat melihat linangan air mata pada Hashim Yahya sebaik saja beliau memeluk dan bersalaman perpisahan dengan Anwar Ibrahim.

Penulis juga melihat Anwar Ibrahim agak tenang dalam suasana sedih tersebut. Beliau juga sempat berkata sesuatu kepada Hashim Yahya.

Sosok badan Anwar Ibrahim sewaktu kami berjumpa beliau agak kurus namun seperti biasa wajah beliau tetap tenang dan cekal.

Difahamkan solat Jumaat di Penjara Sungai Buloh tersebut telah terus diadakan sehingga kini sejak Anwar Ibrahim menulis surat kepada Pengarah Penjara menggesa supaya diadakan solat Jumaat sewaktu beliau awal-awal berada di penjara tersebut.

Dan sepanjang kami berjalan keluar dari bangunan penjara tersebut, Hashim Yahya terus menyatakan dengan sedih "Kalau orang lain sudah pasti mereka tidak mampu bertahan seperti Anwar Ibrahim".

FB: En

Onn Abu Bakar

 

 

NAK JADI KETUA KENA BERANI...KALAU TAKUT TAK BOLEH JADI KETUA..

 

W.FAUDZIN

Kerjasama PH-Umno dapat sokongan akar umbi komponen PH

Ada pemimpin Umno kata, mereka boleh setuju kalau Umno bekerjasama dgn Keadilan asalkan Umno yang jadi ketua.

Aku nak bagitahu la, nak jadi ketua ni kena orang berani dan tegas. Ketua tak boleh dipicit telornya. Ketua tak boleh kena ugut. Ketua bukan hanya sembang kencang di media sosial atau di dalam himpunan parti saja, tetapi habuk pun tarak.

Umno ada ciri-ciri seperti itu? Selagi telor kamu masih dicengkam oleh PM yang tiada majoriti, jangan berangan lah nak jadi ketua ok.


NI FATWA YANG PERLU WALAUN HADAM. SEKARANG DUA DUA PAS KERJASAMA....APAMACAM ???

 AZIZI MOHAMAD


Kerjasama Pas dengan MCA dlm PN kawang kiter umpama berapa ketul pulak daging babi dalam sekawah daging yang suci wahai Lobai Hadi ?

Dari muda sampai tua tak habis habis tonggang agama Lobai berserban ni .

 





PDPR 2.0 LEPAS HARI RAYA, KOMPUTER RIBA SUDAH SEDIAKAH?


‘BERAPA BANYAK BURGER PERLU DIJUAL BAYAR KOMPAUN RM50,000?’


Panas! Ronnie Liu dakwa DAP sudah berpecah dua, antara golongan elit dan pemimpin akar umbi

 


Panas! Ronnie Liu dakwa DAP sudah berpecah dua, antara golongan elit dan pemimpin akar umbi

Pembawakan pucuk pimpinan DAP yang menjurus ke arah kepimpinan elit dan ala feudalistik telah mencetuskan perpecahan di dalam parti itu, dakwa Ahli Jawatankuasa pusat DAP, Ronnie Liu.

Beliau berkata, kemunculan kumpulan elit ini bermula pada tahun 2008 yang gagal memahami perjuangan dan kesengsaraan yang dilalui oleh akar umbi.

Menyatakan demikian di dalam laman Facebooknya, Liu menegaskan, perpecahan ini semakin bertambah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan DAP bersama Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pusat dengan menawan Putrajaya.

Bila ini berlaku, katanya, golongan elit dalam DAP mendapat tempat dalam pentadbiran kerajaan pusat dengan menyandang jawatan menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan golongan elit ini, katanya, telah mengetepikan pemimpin-pemimpin lama yang telah berjuang dari peringkat akar umbi lagi.

Beliau berkata, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai adalah contoh terbaik bagaimana pemimpin lama dan akar umbi diketepikan apabila DAP mendapat kuasa pemerintahan.

Kok Wai adalah veteran parti yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras selama enam penggal.

Sebelum itu beliau adalah Ahli Parlimen Sungai Besi selama dua penggal iaitu dari tahun 1986 hingga 1995.

Dari tahun 1995, beliau memenangi kerusi Cheras sehinggalah sekarang.

Tegas Liu, mereka yang diberikan jawatan menteri adalah pemimpin-pemimpin muda parti.

“Tindakan ini adalah tindakan yang tidak menghormati hierarki parti langsung. Malah Nga Kor Ming, pengerusi DAP Perak mendapat jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat,” ujarnya.

Liu menyeru agar DAP kembali kepada perjuangan asalnya serta nilai-nilai yang menjadikannya sebuah parti yang berjaya dan kukuh.

Beliau menambah, ketika DAP berfungsi sebagai pembangkang, semangat setiakawan sesama mereka lebih kukuh dan baik tetapi ia kini semakin hilang kerana pemimpin-pemimpin lama diketepikan.

Liu adalah seorang pemimpin kontroversi DAP yang sentiasa menentang arus.

Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor. 



DARI AIR SUAM...SAMPAI SUAM SUAM KUKU KAU PUNYA ARAHAN...CUBA JANGAN SAMPAI RAKYAT MENGECAM ....ITU PUN NAK KENA AJAR

 


Setelah teruk dikecam, Menteri ‘air suam’ kata akan nilai semula kes kompaun RM50,000 peniaga burger

Setelah teruk dikecam, Menteri ‘air suam’ kata akan nilai semula kes kompaun RM50,000 peniaga burger

Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes peniaga burger dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, yang dikompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan, di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penilaian itu untuk mempertimbangkan sama ada pengurangan atau pengecualian boleh diberikan jika didapati ada asas yang munasabah.

Katanya, peniaga berkenaan diminta supaya mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun itu secepat mungkin.

“KKM amat prihatin dan memandang serius kes yang mendapat perhatian dan simpati ramai ini.

“KKM melihat kes ini sebagai kes terkhusus dan perlu ditangani segera. ” katanya di dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Adham berkata, tujuan KKM menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan kompaun adalah untuk mendidik dan bukan hukuman semata-mata.

Katanya, individu yang dikompaun sentiasa  diberikan peluang untuk mendapat keadilan dan dibenar mengemukakan rayuan mengikut mekanisme yang disediakan.

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama yang tinggi untuk samasama melindungi diri, keluarga dan masyarakat serta seterusnya membendung penularan Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial kisah seorang peniaga burger di Kampung Rambutan, Kelantan yang meluahkan rasa terkilan selepas dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ketika ini, seluruh jajahan di Kelantan menjalani PKP berkuat kuasa dari 22 April lalu hingga 29 April depan berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri itu.





INI SEMUA AZMIN PUNYA PASAL...DIA MOB LANTAI DI MAKKAH...KAH..KAH..KAH.....HUJAN TURUN MENCURAH CURAH DAN BERLAKU BANJIR DI MAKKAH.....

 

Mekah dilanda banjir kilat

Faris Danial Razi
Mekah dilanda banjir kilat
Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar membawa kepada keadaan banjir kilat. - Gambar/ Twitter@hsharifain
HUJAN lebat luar biasa yang melanda Mekah sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dilanda banjir kilat.
Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.

Susulan itu, pihak Pertahanan Awam mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua pihak.
Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga Selasa.
Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah bermula Jumaat.
Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.
[TERKINI] Hujan Lebat | Mekah dilanda banjir kilat
Turut dikongsikan di media sosial, rakaman video hujan batu di kawasan Kaabah.

WOOOIIII LEBAI PUN TAK SETAHAP NI BERLAKON...KAU MEMANG DASYAT LA BEELAKON...MOGA BAWA BALIK BILLION BILLION..,AKU TAKUT PAK ARAB KATA KAU BODO....


Shahbudin Husein


Siapa yang pernah ke Mekah tentu tahu bahawa petugas kebersihan di Masjidil Haram cukup ramai dan sebab itu lantai persekitarannya sentiasa berkilat, licin dan bersih.


Tapi ada pulak mamat ni sibuk2 nak tolong bersihkan konon, lepas tu ambil gambar dan post dalam media sosial.


Ini semua poyo nak tarik simpati...pergi ke Mekah pun lagi nak berlakon....




 

‘Saya rela ke penjara, tak mampu bayar denda ribuan ringgit,’ kata peniaga colek dikompaun RM50,000


Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah (tiga dari kiri) menemui Mohd Azizi Mohd Nor (tiga dari kanan) dan Wan Mohd Faisal Wan Kadir (dua dari kanan) ketika membuat rayuan terhadap kompaun RM50,000 di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu hari ini.

PETALING JAYA: Seorang peniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu, Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi masa ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Mohd Azizi Mohd Nor, 42, disaman pada malam Ahad lalu, hari sama seorang peniaga burger, turut dikompaun RM50,000 atas kesalahan serupa di Kota Bahru.

Azizi berkata, beliau dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, didatangi beberapa anggota polis pada 11.20 malam kelmarin.

Tanpa banyak menyoal, mereka mengenakan kompaun RM50,000 kepadanya.

Azizi, yang berniaga colek pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya, berkata ketika anggota polis itu tiba, beliau dan isterinya sedang mengemas bahagian dapur setelah kedainya ditutup pada 10 malam.

“Saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama,” katanya dipetik Berita Harian.

“Pada masa sama, saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak, memandangkan mereka belum tidur.”

Azizi yang bekerja sebagai mekanik turut membantu isterinya berniaga mee celup pada hari biasa, dan mempunyai lima anak yang masih bersekolah serta perlu menanggung tiga anak saudara.

“Ini kali pertama saya dikenakan kompaun, tetapi sudah dikenakan RM50,000.

“Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih rela memilih untuk masuk penjara.”

Azizi yang kebuntuan ke Pejabat Kesihatan Daerah semalam untuk membuat rayuan terhadap kompaun itu.

“Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu.”

Malam kelmarin, Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang menjual burger di depan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, dikompaun RM50,000 kerana dikatakan beroperasi melebihi masa ketika PKP.

Peniaga berusia 38 tahun itu, didatangi lima pegawai polis kira-kira 11 malam, ketika menyiapkan tempahan untuk dihantar kepada pelanggan di sekitar rumahnya.

Hari ini, Faisal membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu supaya kompaun itu dibatalkan.