UCAPAN DARI RAFIZI RAMLI


Selamat hari raya kepada semua.

Ini mungkin hari raya yang paling berbeza kita pernah lalui, tetapi kita selalunya berjaya menyesuaikan diri dengan cepat.

Setiap yang berlaku yang dikira susah pada hari ini, sebenarnya membina kekuatan dan ketahanan di masa akan datang.

Kita tidak tahu bagaimana buruk dan panjang keadaan ini akan berlanjutan. Kalau pun vaksin berjaya ditemui, ia akan mengambil masa yang panjang untuk sampai kepada semua.

Kemungkinan besar ekonomi akan mengambil masa yang panjang untuk pulih. Jumlah orang muda yang tidak mempunyai pekerjaan juga akan terus meningkat.

Usaha saya akan terus bertumpu kepada soal membantu yang muda mencari pekerjaan, membantu syarikat kecil mencari pekerja dengan lebih mudah dan membantu orang ramai mula berniaga secara kecil-kecilan.

Sebahagian dari jawapan kepada masalah-masalah ini bergantung kepada teknologi yang kita bangunkan.

Saya berdoa setiap dari kita diberikan ketenangan dan kebahagiaan untuk bersama-sama mereka yang tersayang di hari raya ini dan hari-hari yang mendatang.

Setiap yang berlaku, walau nampak tidak adil kepada kita hari ini, membuka pintu agar kita menjadi lebih kuat selepas ini, jika hanya kita belajar dari pengalaman yang tidak adil itu.

Selamat hari raya Aidilfitri.



PERIKATAN NASIONAL SEMAKIN MIRIP BARISAN NASIONAL






Amirudin pula ialah Senior Vice Presiden (Pelaburan), Malaysia Venture Capital Management Bhd, selain menjadi Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat. Terdahulu, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Dato' A. Kadir Jasin mempertikaikan perlantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia Bhd. Kadir dalam tulisan di blognya 'The Scribe' berkata, Abdul Wahid berjasa dengan bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib. "Maaf cakaplah kalau saya kata bahawa kerana 'jasa' kepada Mohd Najib itulah maka Abdul Wahid mungkin tidak layak diberi tugas dan kepercayaan untuk mengepalai Bursa Malaysia," tegas Ahli Majlis Pimpinan BERSATU itu. Menurut beliau, "Abdul Wahid adalah antara ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang meluluskan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd.




Masjid ditutup, solat jumaat tak dibenarkan, apa persepsi mereka jika sekarang PH memerintah?

5,814 nelayan pantai yang terjejas kerana PKP dapat bantuan

5,814 nelayan pantai yang terjejas kerana PKP dapat bantuan



Seramai 5814 nelayan pesisir pantai di Pulau Pinang yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menerima sumbangan khas dari kerajaan negeri dalam bentuk ‘one-off’ sebanyak RM400 setiap nelayan semalam.
Malah bantuan khas kepada golongan nelayan terbabit merupakan salah satu insentif yang telah disediakan oleh kerajaan negeri melalui Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0 yang berjumlah RM76 juta.
Dr NORLELA
Menurut Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin, sumbangan yang diberikan juga merangkumi nelayan tidak berlesen seramai 681 orang.
“Nelayan yang tidak mempunyai lesen tersebut merupakan mereka yang telah disahkan oleh Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang serta juga Ketua Unit Persatuan Nelayan kawasan pengkalan masing-masing.
“Kerajaan negeri mempunyai hasrat untuk memodenkan industri perikanan di Pulau Pinang dengan melibatkan lebih ramai golongan muda sebagai nelayan.
“Bantuan khas tersebut akan diselesaikan agihannya sebelum menjelangnya Aidilfitri, manakala bagi nelayan yang berlesen dan mempunyai akaun bank, banfuan ini disalurkan melalui LKIM pada 20 Mei untuk diagihkan kepada para nelayan yang terlibat,” ujarnya.


DARI PENGKHIANAT DAN PARTI LEBAI ITU ADA PELAJARAN - JAWAPAN UNTUK MOKHTAR SENIK




INI ADALAH SOALJAWAB W.FAUDZIN BERSAMA LEBAI YANG TAK BERMORAL DENGAN FITNAHNYA...JADI SESUAI DENGAN FITNAH , MAKA  DIBELANJAKAN KES BELIAU YANG SEMEMANGNYA TAK PERNAH TERPADAM DI ALAM MAYA DAN BELIAU JUGA TIDAK PERNAH MENYAMAN WEBSITE/BLOG TERSEBUT WALAU PERNAH DICABAR BERBUAT DEMIKIAN.KHAS BUAT MOKTAR SENIK, BILA KAMU FITNAH , MAKA KAMU PULA AKAN DIFITNAH...



http://dedahskandalsenik.blogspot.com/2016/12/kuliah-muslimat-moktar-senik.html




Sebelum saya menjawab hujah Mokhtar anak Senik, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin.

Saya merujuk kepada status dan penulisan yang digelar Ketua Dewan Ulamak dari parti lebai.  Saya salin semula apa yang lebai ini sebut, kemudian saya akan menjawabnya.

Mokhtar anak Senik berkata;

1. Mokhtar anak Senik: Jangan mencari kemenangan melalui fitnah seperti kemenangan PH dalam PRU 14 yang lalu. Kerana kemenangan yang diraih melalui jalan yang hina akhinya akan kecundang penuh hina pula.

Saya jawab:

*Sepanjang kempen PH sebelum PRU14 yang lalu  kami banyak dedahkan tentang rompakan wang rakyat melalui skandal 1MDB.  Adakah ini cerita fitnah?  Bukankah wang rompakan ini sedikit demi sedikit telah dikembalikan kepada kerajaan oleh DOJ?  Duit apa yang DOJ itu kembalikan kalau bukan wang rakyat Malaysia?  Bodoh sangatkah Amerika mahu pulangkan duit kalau MO1 dan Jho Low tidak merompaknya?   Boleh Mokhtar anak Senik beritahu duit apa yang DOJ pulangkan itu? PH tidak menfitnah, sebab itu sebaik saja kita menjadi kerajaan kita telah menyeret mereka yang terlibat ke mahkamah dan kini sedang dibicarakan.  Fitnahkah PH bila kita dedahkan skandal Tabung Haji dan penyelewengan FELDA.  Kita tidak cakap kosong, kita dakwa mereka yang terlibat seperti Azeez Rahim dan Isa Samad.  Zahid Hamidi pun kita bawa ke mahkamah.*

*Sebaliknya, lebai yang banyak buat fitnah terhadap kerajaan PH.  Mereka tuduh DAP jual aset Tabung Haji.  PH jual aset khazanah dan macam-macam lagi, tetapi bila parti lebai ini berada dalam kerajaan pintu belakang sekarang, tiada seorang pun menteri dari PH yang telah didakwa.  Cakap saja berdegar-degar.  Waktu kerajaan PH dulu, sepantas kilat kita heret mereka yang menyeleweng ke mahkamah.  Di era kerajaan pintu belakang, mereka sekadar sembang dan buat fitnah sahaja*.

*Mokhtar anak Senik kata, kerajaan PH jatuh dengan hina.  Kesihan, orang yang dikatakan ulamak ini tidak boleh bezakan mana satu lebih hina, kerajaan yang mendapat rakyat atau kerajaan yang terdiri hasil dari pengkhianatan.  Adakah kerajaan negeri Perak di bawah Pas di era MB Nizar yang dijatuhkan pada tahun 2009 dulu hasil pengkhianatan, boleh dianggap kerajaan Pas jatuh dengan hina?  Kerajaan Pas Terengganu pernah jatuh pada tahun 1961, adakah jatuhnya hina?*

*Paling hina adalah ulamak yang bersekongkol dengan pengkhianat demi kerana jawatan dunia.  Mereka sanggup jual agama kerana kepentingan perut masing-masing*.

2. Mokhtar anak Senik: Selepas memperolehi kemenangan jangan sombong seperti PH. Jangan lupa diri seperti mereka. Sehingga keangkuhan dan kesombongan itu tidak terlindung lagi keluar dari mulut mereka saban hari. Allah tidak suka orang yang sombong. Kesombongan adalah pakaian Allah.

Saya jawab:

*Mengapa Mokhtar anak Senik tidak beri satu contoh kesombongan kerajaan PH?  Apakah sombong kerajaan PH bila kita tidak melantik semua ahli politik pegang jawatan di dalam GLC seperti yang kerajaan pintu belakang lakukan sekarang?  Sombongkah kita bila kita jadikan media kerajaan yang bebas sehingga muktamar Pas dan Perhimpunan Agung Umno pun media kerajaan waktu itu beri liputan meluas?  Sombongkah kerajaan PH apabila hanyak melantik sekitar 50 jawatan menteri berbanding 70 jawatan politik, tidak termasuk duta khas bertaraf menteri di bawah kerajaan pintu belakang sekarang? Sombongkah kerajaan PH apabila kita melantik Pengerusi PAC itu dari kalangan Pembangkang waktu itu yang tidak pernah berlaku di era kerajaan Umno/Bn.  Bahkan, kerajaan pintu belakang sekarang pun tidak melantik Pembangkang sebagai Pengerusi PAC.  Di mana sombongnya?  Siapa yang sombong sebenarnya?*

3. Mokhtar anak Senik: Jangan cenderung kepada keinginan kehendak orang kafir hingga membelakangkan agama seperti PH. Jangan kerana nak jaga hati DAP, mereka sangup pula membiarkan islam di ganyang oleh musuh-musuh Allah. Ingat.. Orang yang tidak menjaga agama Allah, maka Allah tidak akan memberi pertolongan kepadanya.

Saya jawab:

*Seperti biasa, lebai memang fobia dengan DAP, tetapi tidak dengan MCA.  Lebai ini tuduh kerajaan PH ini ikut telunjuk DAP, tetapi satu buktikan lebai ini gagal kemukakan.  Adakah kerajaan PH menolak ICERD itu adalah kerana ikut telunjuk DAP?  Adakah kerajaan PH memberi tambahan peruntukan kepada perkembangan Islam seperti peruntukan kepada sekolah-sekolah agama dan pondok itu adalah kerana ikut arahan DAP?  Meningkatkan elaun guru KAFA dan bercadang untuk menjadikan guru KAFA  sebagai guru tetap, adakah itu mengikut telunjuk DAP?  Menghapuskan kuota dan keistimewaan kepada menteri-menteri untuk menunaikan haji agar beri peluang kepada rakyat biasa mengikut giliran, adakah itu kehendak DAP juga?  Kerajaan PH memberikan royalti minyak kepada negeri lebai Kelantan dan Terengganu yang dinafikan oleh kerajaan Umno/Bn dahulu, adakah itu mengikut telunjuk DAP?  Kerajaan PH bertegas tidak memulangkan pendakwah Zakir Naik ke negara asalnya India, adakah itu membuktikan kerajaan PH ikut arahan DAP?  Sayang sekali, ramai ulamak lebai ini yang membutakan mata mereka.  Apabila MCA bercakap, lebai ini terkedu kerana MCA itu pasangan 'kelamin'nya.*


4. Mokhtar anak Senik: Jangan abaikan rakyat seperti yang telah dilakukan oleh PH. Kebajikan rakyat adalah keutamaan. Jangan zalimi rakyat sendiri.kerana doa orang yang dizalimi itu adalah doa-doa yang tidak dihijab oleh Allah. Sekali rakyat yang dizalimi menadah tangan kepada Allah, maka sekuat mana pun sebuah kerajaan itu pasti akan runtuh.

Saya jawab:

*Kezaliman?  Sekali lagi lebai Al Maunah ini kemukakan satu saja bukti kezaliman kerajaan PH.  Adakah dengan tindakan kerajaan mengadakan skim KWSP kepada suri rumah yang tidak bekerja itu satu kezaliman?  Skim MySalam, Peka40, untuk bekas tentera yang layak terima PJM juga dapat "one off" dan kerajaan PH bercadang untuk berikan elaun tetap kepada mereka, dab banyak lagi dasar yang diumumkan untuk kepentingan rakyat yang sengaja lebai butakan mata atau memang lebai tidak tahu.  Dasar subsidi minyak petrol yang mengikut harga pasaran dunia tetapi dihadkan agar tidak terlalu tinggi yang jauh murah berbanding di era kerajaan Umno/Bn sebelum itu, adakah itu satu kezaliman?  Bahkan, dengan dasar itulah sekarang ini rakyat dapat harga minyak yang murah akibat kejatuhan harga minyak dunia.  Mana dasar subsidi minyak kerajaan pintu belakang sekarang?  Tiada kan? Tiada lagi protokol keterlaluan dan hadiah untuk menteri di dalam mana-mana program jabatan atau kenenterian, kecuali menteri boleh terima cenderahati seperti buah-buah atau cenderahati yang tidak bernilai tinggi, adakah itu satu kezaliman?  Guru-guru dilarang membuat tugas tambahan yang membebankan seperti membuat tugas kerani, adakah itu satu kezaliman? Tunjuk lah apa yang lebai maksudkan dengan kezaliman itu.  Jangan guna air liur sahaja.*

5. Mokhtar anak Senik: Jangan khianati Institusi Raja-Raja sebagai ulil amri, Bangsa dan Negara sendiri seperti yang telah dilakukan oleh PH. Kerana tonggak kekuatan ummat ini diperkukuhkan oleh ketiga-tiga eliment tersebut.

Saya jawab:

*Lebai Mokhtar anak Senik terus berhujah tanpa fakta.  Sebutlah kes mana satu kerajaan PH khianati raja-raja.  Adakah kerajaan PH pernah berguling depan istana seperti yang puak-puak lebai pernah lakukan sewaktu kerajaan negeri Perak bawah Nizar jatuh dahulu?  Siapa yang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu sehingga tercetusnya peristiwa pembunuhan di Memali dulu?  Siapa yang menabalkan sultan di bawah pokok dahulu?  Bukankah mereka ini berada di dalam kerajaan pintu belakang bersama parti lebai sekarang? Yang angkat banner di depan istana Terengganu dulu tertulis " Kami mahu Deris, Natang" , siapa orangnya?  Buankah puak itu juga berada dalam kerajaan pintu belakang bersama lebai sekarang?*

6. Mohtar anak Senik: Jangan berjanji itu dan ini kepada rakyat sedangkan sudah tahu tidak mampu melaksanakannya seperti yang telah dijanjikan oleh PH dalam manifesto mereka. Sengaja membohongi rakyat adalah jenayah moral yang sgt jijik. Akhirnya menimbulkan kemarahan rakyat.

Saya jawab:

*PH tidak pernah menarik balik janji-janji di dalam manifestonya.  Apa yang dapat ditunaikan segera, seperti pemansuhan GST kita telah tunaikan.  Banyak lagi yang kita telah janjikan telah kita tunaikan, cuma ada beberapa janji yang terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan di mana kerajaan PH perlu utamakan yang lebih penting lagi. Ada janji yang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya tetapi diusahakan secara berperingkat-peringkat seperti penghapusan tol, kita usahakan dahulu dengan mengurangkan kadar tol di samping menghapuskan beberapa tol untuk permulaan.  Hutang PTPTPN juga kita belum dapat dilaksanakan janji sepenuhnya, namun ada usaha untuk melonggarkan sedikit bebanan peminjam.  Di era kerajaan Umno/Bn peminjam yang gagal bayar pinjaman mereka di  senarai hitamkan dari ke luar negara.  Kerajaan PH hapuskan peraturan ini.  Kerajaan PH yakin manifesto yang gagal dilaksanakan sepenuhnya itu akan dapat dilaksanakan sebelum habis penggal.  Pemberian royalti yang memberi manafaat kepada kerajaan negeri Kelantan Dan Terengganu adalah di antara janji-janji kita di dalam manifesto dan kita berjaya tunaikan.  Yang ini lebai tak nampak.*

*Adakah semua manifesto kerajaan lebai di Kelantan dan Terengganu telah tertunai?  Jangan cuba sorokkan janji-janji kamu tetapi mencari silap orang lain.  Kerajaan itu boleh dianggap tidak tunaikan janji apabila mereka gagal laksanakan setelah sepenggal mereka menjadi kerajaan.   Tidak masuk akal untuk menuduh kerajaan PH gagal tunaikan janji hanya menilai tempuh tidak sampai dua tahun*

*Kerajaan Pas di Kelantan sudah banyak penggal menjadi kerajaan dan bermacam-macam janji diberikan kepada rakyat.  Usahkan Hudud, masalah air paip yang seperti teh tarik itu pun masih gagal diatasi walaupun negeri itu tiada DAP.*

Jelas di sini, kejatuhan kerajaan PH bukan kerana rakyat tolak akibat apa yang lebai Mokhtar anak Senik sebut di atas.  Rakyat tolak hanya melalui Pilihanraya seperti rakyat tolak Umno/Bn dan Pas pada PRU14 yang lalu.  Pengkhianat yang belot kepada parti dan mandat rakyat, sepatutnya malu untuk berkata inilah kerajaan yang rakyat kehendaki.

Kalau satu ketika nanti pemimpin kita khianat kepada negara ini dan menjualnya kepada negara asing sehingga negara ini diperintah oleh negara asing, jangan pula waktu itu kita masih bercakap rakyat memberi mandat kepada kuasa asing untuk memerintah negara ini.  Jangan jual maruah rakyat semurah itu.  Jika lebai mahu menjadi pelacur politik, silakan, tetapi jangan babitkan rakyat.

WFAUZDIN NS
Jelebu
24 Mei 2020



𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝗣𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔.. 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗜𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗗𝗜𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 dengan '𝗣𝗹𝗲𝗮 𝗕𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴'..


HAMSINA HAMZAH

Berpusu-pusu sekurang²nya 𝟮𝟱 𝗽𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻/ 𝗠𝗣 𝗨𝗠𝗡𝗢 untuk selesaikan kes mahkamah dengan 'Plea Bargaining' diterima Pejabat Peguam Negara❓
𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔..
Plea bargaining ialah rundingan bagi pengakuan bersalah diadakan di antara pihak pendakwaan dan pembelaan sebagai insentif bagi tertuduh (Orang Kena tuduh) memilih untuk mengaku salah, 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡.
Melalui rundingan pertuduhan, tertuduh boleh mengaku salah kepada pertuduhan lebih ringan atau didakwa dengan sebahagian daripada beberapa tuduhan asal dikenakan.
Plea (rayuan) tersebut dibuat supaya tertuduh tersebut diberi peluang memilih hukuman yang paling minimum iaitu 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗔𝗨𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 '𝗗𝗜𝗦𝗞𝗔𝗨𝗡' 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟱𝟬 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺.
Inilah peluang yg dinanti-nantikan oleh pemimpin² PN ‼
Rompak harta negara, rasuah ▶️ Buat deal '𝗣𝗹𝗲𝗮 𝗕𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴' ▶️ Mengaku salah ▶️ Hanya bayar kompaun diskaun 50% ▶️ Settle dah lepas ▶️ Masih kekal MP 😂😂😂
𝘒𝘳𝘦𝘥𝘪𝘵: 𝘎𝘜𝘍𝘊

Imej mungkin mengandungi: 1 orang

HAI DIAM SAJA KES PEMANDU MABUK...TAK KAN LA DIAM KOT..DULU RIUH RENDAH SAKAN....


Imej mungkin mengandungi: tumbuhan dan luar




Semalam ada video tular. Seorang pemandu mabuk, bukan setakat melanggar kerana berada dalam keadaan mabuk, malah pula menyerang dengan memandu dalam keadaan bahaya. 5 orang dilapor cedera. Beberapa khemah bazar Ramadhan dan kenderaan turut rosak. Ia berlaku di sebuah bazar Ramadhan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Pemandu mabuk + bulan Ramadhan + dalam situasi menyerang + di bazar Ramadhan tempat ummat Islam berkumpul.

Peliknya, ia tidak lagi menjadi isu sensasi. Tidak ada lagi orang bertempik bertakbir. Ia tak lagi menjadi isu perkauman; yang sehingga ada konon nak "bermandi darah" seperti sebelum ini.

Cuba bayangkan kalau ini berlaku sekitar 4/5 bulan awal, sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan?

Ada parti politik yang berkuasa berpuluh tahun menggunakan sentimen agama dan bangsa, dan sebelum ini mahu kembali berkuasa dengan cara yang sama.

Sekarang jelas, siapa sebenar pencetus huru hara dan kebencian sesama rakyat.


TEKS UCAPAN ANWAR IBRAHIM BUAT RAKYAT DAN PEMERINTAH

SAMBUTLAH EIDULFITRI INI DENGAN KEWASPADAAN, KESEDERHANAAN DAN KEINSAFAN – ANWAR



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Hil Hamd
Dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita terus diberi kesempatan pada tahun ini untuk merayakan hari besar buat umat Islam dan hari kemenangan yakni Eidulfitri buat tahun 1441 Hijrah.
Eidulfitri juga bermakna kembali kepada fitrah kemuliaan insan yang murni setelah berentap dengan dugaan Ramadhan.
Pengajarannya adalah tekad meningkat amal ke arah makruf dan menolak kemungkaran rasuah dan pengkhianatan.
Bersamalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan ganjaran yang selayaknya buat umat.
Seperti yang semua sedia maklum, perayaan Eidulfitri adalah hari yang penuh kegembiraan di mana kita akan meluangkan masa bermaaf-maafan sesama keluarga, dan diisi dengan aktiviti ziarah menziarahi dalam upaya kita untuk memperteguh dan memperkuat silaturahmi.
Namun, perayaan Eidulfitri tahun ini ternyata berbeda dari dasawarsa-dasawarsa yang lalu tatkala kita terus terkesan dengan serangan dan dampak wabak Covid-19.
Musibah yang menimpa kita ini tidak pernah dialami kita sebelumnya.
Justeru dalam keghairahan kita menyambutnya, usah pula kita korbankan aspek-aspek kesihatan seperti pembatasan sosial atau pemakaian topeng muka.
Saya turut ingin menggesa agar perayaan Eidulfitri tahun ini harus disambut dengan kewaspadaan, kesederhanaan dan keinsafan.
Mutakhir ini kita dihadapkan dengan kemelut kepimpinan yang amat parah yang sedang bergulat dengan persoalan keabsahan dan cabaran ekonomi yang maha dahsyat.
Justeru apa yang dituntut kini adalah kebijakan yang inklusif dan progresif bagi merangkul kembali kekuatan ekonomi dan negara.
Akhir kalam ingin saya menyeru kepada semua warga agar kerukunan dan perpaduan terus dipupuk dan dirancakkan sesuai dengan norma baharu hari ini.
Marilah bersama kita berusaha, berikhtiar dan berdoa agar pelbagai krisis yang melanda negara hari ini dapat ditamatkan sesegera mungkin.
Mendoakan mudah-mudahan kita terus diberi kekuatan dan kesabaran.
Selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri 1441 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Maaf zahir dan batin.
ANWAR IBRAHIM
23 Mei 2020.

SEBAHAGIAN BESAR BERSATU ADALAH UMNO


IBRAHIM MAT ISA
Tidak semua sahabat di dalam parti Bersatu bersama dengan pengkhianat. Mereka masih mendokong perjuangan bersama Pakatan Harapan, tapi mereka terperangkap dalam pergolakan dalam parti sendiri. Tidak adil bagi kita mengecam mereka dan sudah semestinya kita memberikan gambaran baik. Memang ramai DNA UMNO dalam parti Bersatu dan mereka itulah pengkhianat dan bencikan pemimpin PH




Mukhriz Mahathir F

KE MANA MUHYIDDIN NAK BAWA PERIKATAN NASIONAL?






Ahad lalu, satu MoU dikeluarkan mengandungi deklarasi persetujuan antara BERSATU, BARISAN NASIONAL, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk membentuk PERIKATAN NASIONAL. Namun belum sempat MoU itu membuktikan kewibawaannya, ia sudah dipertikaikan oleh ahlinya sendiri. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perubahan pendirian GPS dalam PERIKATAN NASIONAL. “Kami Perikatan + GPS,” kata Masing yang juga Timbalan Ketua Meneri Sarawak, lapor The Malaysian Insight.


eri Sarawak, lapor The Malaysian Insight.

Covid-19: Kerajaan PN gagal persiapkan rakyat hadapi Syawal


Kenyataan Media Bersama Nor Miswary Ramli (Timbalan Pengerusi DAP cawangan USJ, Subang Jaya) dan Iskandar Fareez (Mantan Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan) pada Jumaat 22 Mei 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri. Keputusan ini dicapai setelah 2,539 buah kenderaan diarahkan berpatah balik selepas cuba untuk merentas negeri seperti yang dilaporkan semalam.

Walaupun jumlah ini berkurangan berbanding 3,212 buah kenderaan yang direkodkan pada hari Rabu yang lepas, namun trend ini memperlihatkan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuat perancangan dan persediaan awal apabila mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri menjelang Aidlifitri ini.

Malah jumlah 1,300 orang yang memohon kebenaran polis untuk pulang ke kampung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang seperti yang dilaporkan semalam juga memberi isyarat bahawa rakyat masih mahu mencuba nasib kerana mendapati perlaksanaan arahan Kerajaan ini mempunyai lompong di sana-sini.

Kami percaya keadaan ini berlaku akibat kawalan saat akhir yang diambil Kerajaan hanya setelah mendapati rakyat berpusu-pusu cuba balik ke kampung selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan. Kerajaan seharusnya membuat larangan merentas negeri secara sepenuhnya lebih awal atau semasa Perdana Menteri mengumumkan lanjutan PKPB tempoh hari.

Kepincangan dalam mengeluarkan arahan kebenaran merentas negeri berkemungkinan akan mewujudkan lebih banyak kluster baharu akibat mereka yang hadir beramai-ramai ke balai polis berhampiran kediaman masing-masing untuk memohon kebenaran merentas negeri.

Perlu diingatkan, sikap kerajaan PN yang kerap kali mengeluarkan arahan separuh masak dan tidak mempunyai perancangan yang teratur pernah menyebabkan rakyat berpusu-pusu beratur di balai polis, berlakunya kesesakan di tol dan di lebuhraya serta kenaikan harga barang yang tidak terkawal sehingga terpaksa membuat pengumuman saat akhir senarai tambahan 19 barang kawalan pada musim perayaan yang hanya dibuat dua hari menjelang Aidilfitri.


PAS..JANJI DAN BALAK BERPISAH TIADA


PENYOKONG PH


Hari ni teringat 1 cerita Zaman Kerajaan PAS Kedah 2013...Isu ni melibatkan Balak juga...




Yang beriya sangat nak buat projek Keli K di Bukit Belakang Ladang Nestle Sg Pau Sik (Kawasan Kg MB Sendiri)...kononnya porjek Keli K di laksanakan bagi membantu Usahawan Melayu Bumiputera dan idea melaksakan projek ni pun dari Manusia yang dah diangkat jadi MB la ni...tapi lepas semua balak kawasan tu  kena balun...Projek sunyi sepi diam membisu...

Kalau dan Raya ke 2 @ Ke 3 ni saya akan pi ambik gambaq kawasan 2 sebagai bukti...penaik sign board punya besaq...tapi projek habuk pun tak dak...





USAHA KERAS CYBERTROOPERS DI SABAH GAGAL


Adi Parey


Saya tergelak membaca usaha keras tentera siber PN mencelarukan orang Semenanjung bahawa kononnya PN akan berjaya rampas Sabah.

Sebab mereka tak tanya pun sama ada ini hakikat di Sabah. Kenelah tanya orang Sabah. Jangan syiok sendiri.

Saya orang Sabah. Jadi saya kongsikan sedikit berkenaan sentimen politik di Sabah yang jauh berbeza dengan sentimen politik Semenanjung:

Secara asasnya perkara yang perlu difahami adalah politik Sabah (dan Sarawak) dan politik Semenanjung denyut nadinya jauh berbeza. Jangan anggap politik Semenanjung adalah sama dengan politik Sabah Sarawak.

1. FAKTOR PENOLAKAN POLITIK PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN

Senjata untuk menguatkan PN di Semenanjung adalah senjata yang memakan diri di Sabah (dan Sarawak).

Sebagai contoh, di Semenanjung, PN mampu menaikkan saham politik PN dengan meniup sentimen "gabungan Melayu Islam". Tetapi malangnya buat PN, sentimen tersebut akan memakan diri di Sabah (dan Sarawak) kerana Sabahans (dan Sarawakians) paling benci pelampau agama atau pelampau kaum.

Jadi, makin dimain sentimen ke-Melayu-an dan ke-Islam-an PN, makin naik lah saham politik PN di Semenanjung tetapi makin jatuh lah saham politik PN di Sabah (dan Sarawak).

Buktinya Pas sejak tertubuh lima enam dekad yang lalu masih gagal tembus Sabah. Kita pun tahu apa laungan utama Pas- agama, dan kita pun tahu slogan itu telah gagal di Sabah (dan Sarawak) sejak berdekad lamanya.

2. FAKTOR PENOLAKAN 'ORANG LUAR'

Satu lagi sebab utama. Selain imej "pelampau agama dan palampau kaum", daripada tiga kepala utama dalam PN, iaitu UMNO, PAS dan Bersatu, tidak ada satu pun yang mampu menonjol diri sebagai "Sabahan". Semuanya membawa roh “parti Malaya”.

Imej parti Malaya ini juga sebenarnya terkesan tempiasnya pada Amanah. Akibatnya Amanah seolah-olah masih tidak wujud di Sabah. Malah DAP dan PKR yang menang beberapa kerusi dalam PRU12, PRU13 dan PRU14 kini sudah mula terpaksa bergayut pada Warisan untuk survival di Sabah, kerana kedudukan DAP dan PKR juga tergoyang akibat penolakan besar-besaran terhadap parti-parti Malaya.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin DAP PKR di Sabah kuat mempromosi tokoh-tokoh di peringkat Persekutuan seperti Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan seangkatannya. Logik saya rasa, sebab ini pemimpin utama dalam parti masing-masing.

Namun sejak PH tumbang, kini “bos” yang diangkat bukan lagi Presiden atau Ketua parti sendiri. Sebaliknya yang dikepit oleh pemimpin-pemimpin tertinggi DAP PKR di Sabah adalah Ketua Menteri Sabah yang merupakan Ketua parti berbeza (Warisan).

Ini kerana penolakan Sabahans terhadap “ekstrimis” dan "parti Malaya" melangkaui batas garis kepartian. Akhirnya PH (baca: DAP dan PKR) turut merasainya.

Sebenarnya Sabahans tidak kisah sama ada parti Malaya itu BN atau PR atau PH. Semuanya tidak disukai. Semuanya tidak akan dipilih sebagai pilihan utama. Pilihan utama tetap parti lokal parti Sabahan.

3. FAKTOR PIMPINAN PARTI TEMPATAN

Pada kedudukan sedia ada, Sabah dipimpin Parti Warisan. Dan Warisan telah berjaya menonjolkan diri sebagai parti tempatan yang disenangi majoriti Sabahans dalam dua tahun yang singkat.

Meskipun PKR dan DAP, seperti yang saya jelaskan tadi juga merupakan “parti Malaya” yang duduk dua tiga kerusi dalam Kabinet Sabah, dominasi Warisan dalam Kerajaan Sabah telah berjaya menghakis sentimen negatif tersebut. Ertinya Sabahans masih yakin bahawa meskipun ada “parti Malaya” dalam Kerajaan Sabah, parti-parti Malaya ini berjaya dikawal oleh parti tempatan Sabah sendiri iaitu Warisan.

Namun, jika PN berhasrat masuk Sabah, saya yakin Sabahans akan tolak secara besar-besaran kerana keengganan Sabahans dikuasai semula oleh Semenanjung sepertimana di era BN. Dalam PN, tidak ada parti Sabah yang mampu lebih dominan berbanding UMNO, PAS atau Bersatu.

4. SABAH DAN SARAWAK SAMA, BERBEZA DENGAN SEMENANJUNG

Sentimen ini juga sama di Sarawak. Perasan tak, GPS enggan mengaku sebahagian daripada PN meskipun telah sama-sama membentuk Kerajaan Putrajaya? Sebabnya mudah. Imej GPS sebagai parti tempatan Sarawak akan terhakis jika mereka mengaku mereka PN. Mereka tidak akan mampu lagi melaungkan slogan “Sarawak for Sarawakians” jika mengaku sebahagian daripada PN.

Buat masa ini, bagi GPS, musuh utamanya hanya DAP PKR kerana belum muncul musuh tempatan yang lebih kuat. Dengan mengekalkan GPS sebagai entiti tempatan yang tersendiri dan menjarakkan diri dari PN, GPS boleh tumbangkan DAP PKR dengan mudah, iaitu dengan cara menggendangkan laungan "Sarawak for Sarawakians".

RUMUSAN

Jadi penyokong UMNO PAS dan PN usahlah syiok sendiri. Warisan akan kekal memerintah Sabah, janji perjuangan Sabah tidak terkeluar dari landasan.

Terimalah hakikat bahawa Tuhan itu Maha Adil. Istilah "pendatang" yang selalu ditujukan oleh Melayu PN terhadap Cina India di Semenanjung sebagai modal politik, kini kena pada PN yang cuba masuk Sabah. Roda itu berpusing. Dulu sedap cop orang lain sebagai pendatang, sekarang kene anggap pendatang.

Pendatangs get lost from Sabah please 😂

Andrian Lim


Mat Saman Kati

Benda ni, kalau aku kata betul...depa kata aku macai PH.
Kalau aku kata salah...depa kata aku macai PN.

Data ini dikatakan dari Jabatan Perangkaan. Jabatan Perangkaan ambik dari FAMA.

Data dari FAMA boleh dilihat disini yang dikemaskini dari masa kesemasa.

https://sdvi2.fama.gov.my/price/direct/price/daily_commodityRpt.asp?Pricing=A&LevelCd=03&PricingDt=2020/5/23&PricingDtPrev=2020/5/21

Ada akai...pakai.



YANG INI DIBANGGAKAN


Amar Aomaroso

Yang ni dibanggakan.
Dia sekongkol dengan penyamun takpe,
Harga ayam Naik dia xpeduli ,
Harga ikan naik apa dia peduli,
Rakyat mampos sampai nak Jual buah pingang takpa padan muka.
Asal dia boleh tambah Bini tambah kereta Q7 dia.
Walaun Hadi  pun minum lah air kaki Hadi ......


KEDUDUKAN 111 VS 111 AKAN BERUBAH BILA AHLI PARLIMEN PKR DIJANGKA MELOMPAT.SIAPA MEREKA?



Amiruddin Ahmad


http://wrlr.blogspot.com/2020/05/boleh-percaya-ka-muka-muka-bermuka-ni.html


Ada laporan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Alor Setar akan melompat.Tapi masih khabar angin. Tetapi kemungkinan yang lain juga akan turut melompat kalau nak ikutkan Sivarasa, Maria Chin dan juga Tebrau ?


Yang kena gantung selalu dok bisng kononnya pucuk pimpinan perlu ubah. Dah kena gantung dan tak sehaluan dengan dengan pucuk pimpinan, elok lah berambus cari wadah lain.Muka muka ADUN yang ada di Selangor termasuk MB pun, bukan orang percaya sangat pun.Sudah sudah lah nak komen, dah bercerai dok gila talak buat apa lagi. carilah wadah lain dan lawan dalam PRU 15 akan datang jika anda rasa diri anda popular.


Kata Haniza Talha kepada sebuah portal  "Ditanya jika beliau menjangkakan ada lagi wakil rakyat PKR yang akan keluar parti, Haniza yang juga exco Selangor berkata, semua ahli dan pemimpin sayangkan parti kerana menyedari susah senang dalam perjuangan selama ini.
“Bermula dengan keahlian yang sedikit sehingga hari ini jumlahnya beratus ribu, melebihi setengah juta orang.
“Ahli dan pemimpin sayang pada parti yang mereka sama-sama bina sehingga menjadi parti yang mempunyai wakil rakyat paling ramai dalam PH di Dewan Rakyat.”
Betul lah tu, tapi bukan kau sorang sahaja yang membinanya. Antara yang naik ni , bukan kah selalunya dok jaja nama Anwar bila ceramah pagi petang siang malam..bila menang nak salahkan pucuk pimpinan parti. Bukankah anda ikut kartel, apa yang nak dirisaukan. Gunakan lah isu yang sama ketika kamu berkempen nanti pada PRU 15
Sumber dalaman parti berkata, ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak kerajaan PH tumbang pada Februari lalu.
Katanya, PKR akan menyaksikan “beberapa lagi ahli Parlimen” menjadi wakil rakyat bebas.
Pada 12 Mei lalu, 2 wakil rakyat PKR di Kedah, iaitu Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin meninggalkan parti itu.
Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri PH pimpinan Mukhriz Mahathir tumbang dan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar pada 17 mei lalu.
Bagi rakyat dan penyokong PKR, kehilangan anda akan ada pengganti, kalau tak seburuk anda akan ada yang lebih baik dari anda semua yang melompat. Itu saja. Lebih baik tutup mulut, sebab dah kena pecat, buang dan gantung...so jalan terus cari wadah baru, jangan meroyang macam orang cerai gila talak..

Takkan lah pulak Azmin nak duduk diam jika 111 VS 111 untuk selamatkan diri dia dan para lebai yang lain dengan serangan dari rakyat yang mengnganggap bahawa PN tidak akan bertahan lama. Maka tak mustahil pakat pakat mencari wadah selamat baik PH dan juga PN...wibawa siapa yang akan dipertaruhkan demi menyelamatkan sebuah negara Malaysia.



Kedudukan di Dewan Rakyat kini 111 vs 111

Kedudukan di Dewan Rakyat kini 111 vs 111