Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin rakyat Kimanis tidak tertipu dengan janji UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketika mengulas janji Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi untuk kononnya akan melaksanakan sepenuhnya tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika kembali memerintah, Shafie menegaskan, BN terbukti gagal melaksanakan tuntutan tersebut walaupun telah diberi peluang separuh abad memerintah.
Sebaliknya, beliau menjelaskan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) di peringkat Pusat jelas membuktikan kesungguhan mereka menunaikan tuntutan dalam MA63 itu sejak mengambil alih kerajaan daripada BN dua tahun lalu.
“Jangan cakap, 50 tahun sudah. Alhamdulillah, apabila Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan HARAPAN memerintah, Perdana Menteri sendiri mempengerusikan jawatankuasa MA63. Dulu (ketika BN), bukan Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas berkempen di Kampung Tengah di Kota Kinabalu.
Beliau sebelumnya memberi contoh beberapa perkara yang dibincangkan kini diperingkat negeri dan persekutuan antaranya berkaitan pindaan perlembagaan, penyerahan semula Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada negeri dan begitu juga pengurusan Pulau Sipadan dan Ligitan dikembalikan kepada Sabah.
Mohd Shafie yang juga Presiden WARISAN menjelaskan mulai tahun ini juga, Sabah akan menerima pemberian khas dari Kerajaan Pusat berjumlah RM53.4 juta berbanding RM26.7 juta setahun tanpa sebarang kenaikan sejak 1970-an.
“Ini menggambarkan kerajaan sekarang lebih baik dari segi menunaikan tuntutan hak Sabah. Secara keseluruhan sebanyak 17 perkara daripada 21 perkara yang dituntut melalui jawatankuasa MA63 sudah diluluskan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie yakin sokongan terhadap WARISAN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis terus meningkat.
Bagaimanapun, tegasnya jentera parti terus bekerja menguatkan sokongan terhadap calon WARISAN, Datuk Karim Bujang agar kemenangan berpihak kepadanya pada 18 Januari ini
Berikut adalah kenyataan media Presiden PKR, Anwar Ibrahim selepas Pejabat Peguam Negara membuat keputusan menutup kes dakwaan gangguan seksual yang dibuat terhadapnya oleh bekas kakitangannya, Mohamad Yusoff Rawther:-
Saya telah meneliti kenyataan Peguamcara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek hari ini.
Saya mengalu-alukan keputusan pihak Jabatan Peguam Negara tersebut serta saya turut ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih saya kepada pihak berkuasa atas profesionalisme yang ditonjolkan.
Meski dakwaan yang sah tidak boleh diketepikan dan harus disiasat sesuai dengan proses hukum, namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya.
Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang telah dimulakan sebelum ini akan diteruskan.
ANWAR IBRAHIM 14 JANUARI 2020.
Pendirian Anwar meneruskan saman terhadap Yusoff atas keyakinan tuduhan yang dibuat terhadapnya adalah “jelek, semberono dan menghina” tentunya merupakan sesuatu yang harus dipuji.
Tindakan ini merupakan pengajaran bagi sesiapa juga agar jangan sesuka hati atau dengan mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk membuat tuduhan tanpa asas kepada seseorang yang lain.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut dilepaskan daripada sebarang pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara berhubung dakwaan terlibat dalam hubungan seks sejenis sebagaimana yang terkandung dalam beberapa video yang telah tersebar luas melalui media sosial.
Haziq Abdullah Abdul Aziz, bekas Ketua AMK Santubong kemudiannya mengaku beliaulah lelaki dalam video tersebut serta mendakwa pasangannya dalam melakukan hubungan seks sejenis itu adalah Azmin yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Peguam Negara ketika mengumumkan perkara itu berkata, pendakwaan tidak dapat dilakukan berikutan video tersebut kabur dan pelakunya tidak dapat dikenalpasti kerana mempunyai resolusi yang rendah.
Tetapi, mengapa Azmin tidak menyaman Haziq kerana membuat tuduhan terhadapnya?
Walaupun Azmin dilaporkan bersyukur dengan keputusan Peguam Negara terhadapnya serta turut membuat kenduri kesyukuran di masjid, bukankah beliau juga sepatutnya membersihkan namanya dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq?
Kenapa Azmin tidak seberani Anwar? (ShahbudinHusin 15/01/2020)
Dua peristiwa pahit telah melanda Keadilan apabila kita berjaya menubuhkan kerajaan melalui PH. Kedua-dua kes tersebut melibatkan pemimpin utama parti iaitu DSAI, Presiden dan Azmin Ali selaku Timbalannya. Kes pertama yang mengejutkan, bekas Ketua AMK Sentubung, Sdr Haziq telah membuat pengakuan secara terbuka dan membuat laporan Polis berkaitan satu klip video di hotel Sandakan yang dikenali sebagai "video semburit". Haziq dengan berani mengaku bahawa beliau adalah salah seorang yang beraksi di dalam klip video berkenaan dan pasangannya adalah Azmin Ali. Walau bagaimanapun, Azmin tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Haziq. Pihak Polis telah membuat siasatan dan mengesahkan melalui ujian yang dijalankan video tersebut adalah tulen, yakni tiada pertindihan imej atau sebagainya tetapi gagal mengenalpasti pasangan Haziq yang menyerupai Azmin itu. Isu ini diambil kesempatan oleh Pembangkang di mana Lokman Adam telah membawa klip video tersebut ke Indonesia untuk ujian pakar di sana. Lokman tampil kemudiannya dengan menyatakan bahawa keputusan di Indonesia menunjukkan pasangan Haziq di dalam klip video tersebut adalah 'positif' menyerupai Azmin Ali. Pihak Polis juga turut menyatakan bahawa fail kes tersebut telah dibawa ke Pejabat Peguam Negara namun lebih kurang tujuh atau lapan kali fail tersebut dikembalikan oleh Pejabat Peguam Negara untuk dilengkapkan lagi. Akhirnya, pihak Polis telah membawa klip video tersebut ke US untuk dibuat ujikaji. Terbaru, baru-baru ini dinyatakan bahawa tidak dapat dipastikan siapa pasangan Haziq atas alasan kualiti video yang rendah atau 'kabur'. Kita tidak pasti samada siasatan juga merangkumi buku rekod keluar masuk hotel, CCTV hotel atau saksi-saksi yang ternampak di CCTV hotel Sandakan pada tarikh kejadian, namun berdasar hujah hanya video tersebut kualitinya rendah, maka kes ini dianggap tutup, kecuali jika ada keterangan baru. Kes kedua, Yusof Rawther telah membuat laporan Polis dan akuan bersumpah menuduh Presiden Keadilan, DSAI mencabulnya di kediaman DSAI sendiri. Tiada video, kecuali Akuan Bersumpah. Pada tarikh yang didakwa oleh Yusof semua orang tahu waktu itu DSAI terlibat dengan program yang padat sempena kempen PRK Port Dickson. Peliknya, laporan dibuat setelah lebih setahun kejadian yang dikatakan oleh Yusof itu berlaku. Sebaik sahaja Yusof membuat tuduhan tersebut, DSAI lantas membuat laporan polis bahkan disusuli dengan tindakan undang-undang melalui peguamnya ke atas Yusof yang menfitnahnya. Terbaru, Pejabat Peguam Negara melalui peguam cara mengumumkan tiada kes terhadap DSAI kerana terdapat banyak keterangan yang meragukan atau percanggahan untuk dibawa ke mahkamah. Sebenarnya, sebelum dimaklumkan berita baik ini pun, rakyat tahu tentang cerita kartun yang dibawa oleh Yusof Rawther itu. Bezanya, Anwar Ibrahim tidak membenarkan amalan fitnah jijik dan kotor ini berleluasa. Meskipun kes beliau ditutup seperti kes melibatkan Azmin Ali, Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan tetap mengambil tindakan undang-undang ke atas Yusof Rawther. Berani kerana benar !! Rakyat yang bencikan amalan fitnah jijik terutamanya dari warga Keadilan sudah tentu mahu Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali turut mengikuti jejak langkah Presidennya, apatah lagi beliau seorang Menteri Kabinet terkanan yang perlu kepada maruah yang dipandang tinggi. Azmin wajar mengambil tindakan undang-undang ke atas Haziq yang telah mencemarkan maruahnya dan kalau perlu juga terhadap pasangan Haziq yang menyamai wajahnya itu. Adakah Azmin akan lakukan? Kita yakin beliau seorang yang bukan sahaja "kekal tenang' tetapi juga berani. WFAUZDIN NS
Azman Mohd Nasir Era Peralihan Kuasa Mahathir-Anwar Bermula 1. Menyelusuri ciapan komen di pelbagai laman facebook dan portal, dapat dilihat betapa ramainya netizen yang menyambut baik pengumuman Tun Mahathir untuk berundur bila-bila masa dari sekarang. 2. Ia merupakan satu signal yang memudahkan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk memanggil satu mesyuarat khas dan menetapkan tarikh rasmi pengunduran PM7. 3. Indikasi yang ditunjukkan oleh sebilangan besar rakyat turut mencerminkan betapa mereka semua sudah bersedia untuk menyaksikan dan melalui era peralihan kuasa Mahathir-Anwar. 4. Pengunduran Tun Mahathir dalam masa terdekat juga bukan sekadar untuk menyelamatkan PH semata-mata, tetapi memberi suatu nafas baru kepada tanahair. Fokusnya tetap tanahair tercinta. 5. Rakyat akan melihat tempoh 2 tahun yang telah diberikan kepada Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim yang berakhir Mei 2020, adalah satu agenda integriti dalam menepati sebuah janji. Ia satu nilai yang sangat positif untuk Tun Mahathir dalam mengakhiri karier politiknya secara terhormat. 6. Rakyat juga dijangka akan meraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8, juga selaku sosok yang akan menunaikan Harapan Rakyat dengan sebaiknya. 7. Detik Peralihan Kuasa Mei 2020 adalah bertepatan demi survival ekonomi dan sosial negara ke arah yang lebih mapan, seterusnya pelaksanaan Reformasi yang tuntas. 8. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah bersedia memimpin negara ini untuk kembali menjadi Harimau Ekonomi Asia sepertimana yang pernah beliau lakukan ketika menjadi Menteri Kewangan dan Pemangku Perdana Menteri suatu masa dulu. 9. Inilah masanya, inilah ruang dan peluang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan kepercayaan dan harapan rakyat kepadanya sejak sekian lama. Dipulangkan dalam bentuk merakyatkan negara di sebuah negara rakyat. 10. Ayuh bersama kita bersatu merapatkan saf perpaduan sebagai sebuah masyarakat madani, masyarakat yang beradab dalam membangun, menjalani, dan memaknai kehidupan, yang menantikan detik penting permulaan era Reformasi sebenar. Era Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Hallo Ustaz... Kita nie jika jadi orang alim akai pon bagilah ceredik sikit... Nak kondem nak perli sekali sekala tengok sejarah sama apa yang berlaku di kampung hang nak kondem tuu...
Penduduk situ bertahun tunggu ayaq paip masuk zaman BN memerintah tapi haram tak dapat pon... Mai zaman PH selama 2 tahun berusaha akhirnya penduduk di situ menikmati kemudahan ayaq paip tersebut...
Hang mai dengan muka tak tau dosa dok perli apa usaha kerajaan PH lakukan untuk rakyat... Tak suka tak sokong tapi akai tu bagilah ceredik sikit...
Tengok apa netizen situ komen status hang... (rujuk gambar di bawah)
Cerita sebenar
TIGA BUAH KAMPUNG DI SINGKIR DAPAT BEKALAN AIR BERSIH
AHAD (12.1.2020 )
YAN - Sebanyak tiga buah kampung di sekitar Mukim Singkir iaitu Kampung Singkir Laut, Kampung Singkir Darat dan Kampung Singkir Paya dalam daerah Yan mendapat bekalan air bersih melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Paip Altenatif 2019.
Projek Bekalan Air tersebut yang bermula pada bulan Ogos 2019 kini telah siap pembinaannya dan dapat digunakan oleh penduduk kampung berkenaan pada bulan November yang lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC), Dato’ Dr. Ismail Salleh, sebanyak 1.5 juta telah diperuntukkan bagi membina loji dan perpaipan ke rumah-rumah penduduk di tiga kampung berkenaan dan ianya melibatkan jarak sepanjang 23 kilometer.
“Bagi projek bekalan air ini, sebanyak 410 buah rumah terlibat di mana ketiga-tiga buah kampung berjalan serentak pembinaannya mulai 28 Ogos 2019 dan telah siap sepenuhnya pada 10 November 2019 yang lalu.
“Sebanyak RM500 ribu diperuntukkan bagi setiap kampung merangkumi skop bagi pembinaan kolam tadahan, kolam takungan serta jajaran paip sepanjang 23 kilometer dan akan memberi manfaat keperluan air kepada penduduk di sini.” Katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Paip Altenatif 2019 di Pusat Kemoditi Daerah (PKD) Kampung Singkir Laut, Mukim Singkir, dekat sini hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail, Pengarah Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Hakmal Effendi Ishak dan Penyelaras Parlimen Jerai, Akhramsyah Ubaidah Tan Sri Sanusi.
Sementara itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Singkir Darat, Singkir Badong dan Singkir Genting, Ahmad Sauti Abu Seman ketika ditemui amat bersyukur kerana projek ini berjalan dengan baik serta mengambil masa singkat DAN dapat digunakan dengan selamat.
“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih pada pihak yang menyediakan projek ini DAN kerana itu penduduk di sini dapat menerima DAN menggunakan air yang bersih. Setakat ini tiada apa-apa masalah yang besar tentang penyaluran air ini.
“Sejak 10 tahun lalu masalah bekalan air pada musim kemarau bukan sesuatu yang asing bagi kami dengan kebiasaannya mencecah tiga hingga empat bulan. Tetapi kini kami dapat menikmati bekalan air yang cukup deras dalam keadaan ketiadaan hujan ketika ini,” katanya.
1. Menyelusuri ciapan komen di pelbagai laman facebook dan portal, dapat dilihat betapa ramainya netizen yang menyambut baik pengumuman Tun Mahathir untuk berundur bila-bila masa dari sekarang.
2. Ia merupakan satu signal yang memudahkan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk memanggil satu mesyuarat khas dan menetapkan tarikh rasmi pengunduran PM7.
3. Indikasi yang ditunjukkan oleh sebilangan besar rakyat turut mencerminkan betapa mereka semua sudah bersedia untuk menyaksikan dan melalui era peralihan kuasa Mahathir-Anwar.
4. Pengunduran Tun Mahathir dalam masa terdekat juga bukan sekadar untuk menyelamatkan PH semata-mata, tetapi memberi suatu nafas baru kepada tanahair. Fokusnya tetap tanahair tercinta.
5. Rakyat akan melihat tempoh 2 tahun yang telah diberikan kepada Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim yang berakhir Mei 2020, adalah satu agenda integriti dalam menepati sebuah janji. Ia satu nilai yang sangat positif untuk Tun Mahathir dalam mengakhiri karier politiknya secara terhormat.
6. Rakyat juga dijangka akan meraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8, juga selaku sosok yang akan menunaikan Harapan Rakyat dengan sebaiknya.
7. Detik Peralihan Kuasa Mei 2020 adalah bertepatan demi survival ekonomi dan sosial negara ke arah yang lebih mapan, seterusnya pelaksanaan Reformasi yang tuntas.
8. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah bersedia memimpin negara ini untuk kembali menjadi Harimau Ekonomi Asia sepertimana yang pernah beliau lakukan ketika menjadi Menteri Kewangan dan Pemangku Perdana Menteri suatu masa dulu.
9. Inilah masanya, inilah ruang dan peluang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan kepercayaan dan harapan rakyat kepadanya sejak sekian lama. Dipulangkan dalam bentuk merakyatkan negara di sebuah negara rakyat.
10. Ayuh bersama kita bersatu merapatkan saf perpaduan sebagai sebuah masyarakat madani, masyarakat yang beradab dalam membangun, menjalani, dan memaknai kehidupan, yang menantikan detik penting permulaan era Reformasi sebenar. Era Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Rakyat.
Ketua Pemuda Pas Selangor memfitnah YB Teresa kok di media.
*"TERESA KOK TIDAK SETUJU ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN"*
sedangkan YB Teresa tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Esok mahkamah akan membuat keputusan.
Sudahlah memfitnah, ajak pula ahli dan penyokong bersoladiriti siap bagi no acc bank lagi . Ini namanya tak ada kerja cari kerja,lepas tu menyusahkan orang.
Saya telah meneliti kenyataan Peguamcara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek hari ini. Saya mengalu-alukan keputusan pihak Jabatan Peguam Negara tersebut serta saya turut ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih saya kepada pihak berkuasa atas profesionalisme yang ditonjolkan.
Meski dakwaan yang sah tidak boleh diketepikan dan harus disiasat sesuai dengan proses hukum, namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya.
Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang telah dimulakan sebelum ini akan diteruskan.
Hari ini diadakan Majlis Jamuan Tengahari YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Bersama Waris dan Mangsa Kemalangan Kren di Makkah, di Kompleks Islam Putrajaya.
Majlis turut diserikan kehadiran Tuan Yang Terutama Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan, Duta Besar Di Raja Arab Saudi di Malaysia،, YB Timbalan Menteri Puan Hj. Fuziah Salleh, Pengerusi TH Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, CEO TH Tuan Hj Nik Mohd Hasyudeen bin Yusof dan tetamu lain.
Tetamu yang diraikan para waris kepada mangsa, begitu juga mangsa tercedera dalam insiden tersebut.
Pada Musim Haji 1436H, berlaku insiden kemalangan kren di Masjidil Haram mengorbankan 7 jamaah haji Malaysia, dan 3 tercedera.
Insiden berlaku ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan, kita melahirkan kesedihan dengan apa yang berlaku, terutama kepada semua mangsa dan waris yang terlibat.
Kerajaan melalui Tabung Haji sejak awal, prihatin dengan insiden yang berlaku, bersetuju menyumbangkan bantuan kewangan RM20,000 kepada waris mangsa, tambahan manfaat RM20,000 di bawah perlindungan Takaful, manakala sumbangan RM2,000 kepada jamaah yang tercedera.
Saya melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Saudi kerana mengambil langkah segera, pantas menangani insiden ini, juga atas keprihatinan Kerajaan Saudi membantu mangsa-mangsa terlibat, memastikan rawatan terbaik diberikan kepada mereka, dan kawasan insiden dibersihkan segera.
Kita menyedari tiada nilai setara dapat menggantikan kehilangan orang tersayang, namun pemberian ini, rasa simpati dan prihatin kerajaan kepada waris mangsa terlibat, sekurangnya dapat membantu waris meneruskan kehidupan seharian dan meringankan beban ditanggung.
Kerajaan Saudi juga berbesar hati ini atas kejadian menimpa semua mangsa, bersetuju menyumbang SR1 juta kepada waris 7 orang mangsa, dan SR500 ribu kepada 3 orang mangsa.
Pembayaran ini akan dibuat terus kepada AMANAH RAYA, bagi memudahkan pengurusan wang tersebut dibahagikan kepada waris dan mangsa terlibat.
YB Dato Seri Mujahid Rawa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Agama).
Sejak Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), macam-macam soalan yang ada pada fikiran rakyat. Antara yang paling popular; bila agaknya pertukaran perdana menteri akan berlaku? Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Malaysia, diorang barangkali boleh jawab macam-macam soalan; tapi persoalan transisi perdana menteri ni mesti dia susah nak agak.
Macam-macam kelompok yang ada apabila kita berbincang pasal transisi ni; ada yang nak proses tu berlaku dengan cepat, ada pulak yang tak nak transisi PM terjadi dan bagi segelintir orang pulak; dia dah tak kisah. Cuma, hari ni kami akan berikan beberapa poin penting kenapa proses transisi ni harus jelas dan perlu dilakukan untuk kebaikan negara.
1. Peralihan kuasa ni merupakan muafakat Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum diorang bertanding pada PRU14
Pada Januari 2018, Pakatan Harapan (PH) umumkan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri ketujuh jika diorang terima mandat rakyat selepas memenangi PRU 14. Kata diorang masa tu, jika kerajaan dibentuk, calon jawatan timbalan perdana menteri akan disandang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Line up Majlis Presiden Pakatan Harapan. Via PH.com.my
Ketika umumkan benda ni, Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah kata; blok pembangkang akan mulakan proses undang-undang untuk dapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Ketua Umum PKR masa tu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Selepas mengambil alih pentadbiran, Anwar dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan diangkat sebagai calon Perdana Menteri kelapan,” – Saifuddin Abdullah, seperti yang dilaporkan MyMetro
Tun Dr Mahathir Mohamad sering ulangi kata-katanya tentang penyerahan kuasa kepada Anwar. Benda ni tunjukkan yang Tun Mahathir yang sebenarnya memang nak serahkan kuasa kepada Anwar, cuma dia tak tahu nak bagi waktu bila. Jadi tak logik sebenarnya kalau ada usaha nak halang benda ni.
“Saya akan umumkan (tarikh) nanti, tapi saya akan pegang janji saya,” – Tun Mahathir, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani,
2. Tanpa tarikh yang jelas, semua orang akan berteka-teki, kesannya akan dirasai oleh rakyat
Kita tak dapat nafikan isu peralihan kuasa yang tengah jadi teka-teki sedikit banyak buatkan koalisi PH tak stabil. Sebabnya kewujudan kelompok yang awal-awal kami cakap tadi tu lah. Lebih teruk kami tengok, dalam kelompok PH; macam ada individu yang nak sailang muafakat ni. Benda ni simple; kalau kat dalam organisasi tu stabil, macam mana nak uruskan negara dengan baik?
Benda ni sama jugak dengan pelabur yang nak laburkan duit diorang kat Malaysia, kalau dengan diorang sekali kena main game teka-teki ni, dah tentu mereka ragu. Setiap perdana menteri mesti ada polisinya yang tersendiri, apabila kita diberitahu tempoh yang jelas tentang peralihan kuasa ni; sekurang-kurangnya pelabur boleh laburkan wang dalam jangka masa pendek, kalau tak selesa dengan PM seterusnya.
Akhirnya kesan dari game tunggu dan lihat ni akan diterima rakyat. Apabila koalisi PH tak dapat berfungsi dengan baik kerana tengah main teka-teki; rakyat akan dapatlah kerajaan yang tak berapa nak function. Nasib baiklah ada beberapa menteri dan wakil rakyat yang nampak ‘function’, terubatlah sikit hati yang panas.
Semua masalah yang susah ni dapat diatasi dengan benda yang simple. Tetapkan tarikh peralihan kuasa supaya kita boleh ‘move on’ dari teka-teki yang tak seronok ni. Dia macam korang pinang perempuanlah; perempuan dah setuju, mesti korang berdua akan tetapkan tarikh kan? Takkanlah nak main tunggu-tunggu je, silap-silap pasangan korang kena kebas.
“Jika diumumkan oleh Majlis Presiden PH dan Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi tarikhnya 31 Disember 2020 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya, maka teka-teki akan berakhir serta menyelesaikan kemelut yang berpanjangan sekian lama. Manakala mereka yang tidak bersetuju besar kemungkinan tidak lagi berani untuk menimbulkan kecelaruan menentang keputusan rasmi arus perdana kepimpinan PH,” – Dr Zaidi Zakaria, seperti yang dilaporkan Malaysiadateline
3. Prestasi Kabinet PH agak teruk, sudah masanya seseorang yang lain ‘memandu’ negara
Satu perkara yang kami perasan tentang beberapa menteri dalam Kabinet PH ni, diorang agak denial apabila ditanya tentang prestasi. Kebanyakan diorang gemar untuk beritahu media yang diorang lakukan kerja dengan bagus. Masuk dalam bakul, lepas tu berguling-guling sendiri. Tapi sebenarnya Tun Mahathir sendiri pernah cakap yang dia tak berapa puas hati dengan prestasi PH secara kiasan. Hal ni diulas tajam oleh Kadir Jasin.
Ini pulak ulasan lain Kadir berkenaan prestasi Menteri PH. Via Korek Blog
Ketika mengulas tentang penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi tahun lepas, Kadir berkata;
“Kita tidak perlulah berpura-pura kerana hendak menjaga hati sesiapa atau mana-mana pihak. Realitinya adalah selepas lebih lapan bulan mentadbir negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum berjaya menampakkan hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata,” – Kadir, dipetik dari MalaysiaKini
Satu lagi benda simple, kalau prestasi Kabinet baik dan stabil; takdenya Dr Maszlee tiba-tiba letak jawatan awal tahun ni. Kalau komentar ni tak cukup lagi, ada jugak undian yang dilakukan oleh MalaysiaKini untuk tunjukkan yang sebenarnya Kabinet Malaysia tengah ada masalah populariti dalam kalangan rakyat.
Dalam undian ni, sebanyak 5,197 undian sah diguna pakai. Ia dijalankan dari 19 hingga 26 Disember 2019. Daripada 28 menteri disenaraikan, hanya 10 peratus menteri dapat tahap penerimaan 50 peratus.
Ini TOP5 corot. Merah tu tanda tak suka. Penilaian ni dilakukan oleh pembaca MalaysiaKini pada akhir bulan lepas. Via MalaysiaKini
Prestasi ini menunjukkan sudah tiba waktu tarikh atau perancangan peralihan kuasa yang jelas dikeluarkan. Sudah masanya orang lain yang jadi nakhoda Kabinet. Kami faham je kalau ada sesetengah menteri risau kalau Anwar jadi PM, sebab kalau diorang teruk, diorang mungkin akan dibuang dari Kabinet.
4. Masih ada kelompok yang percaya, jika Anwar memimpin negara, hala tuju kita berbeza
Bagi mereka yang dah lama mengikuti perjuangan Anwar, terutamanya ketika dia masih lagi pelajar – sudah tentu jauh di sudut hatinya, dia mahu melihat bagaimana Anwar memimpin negara. Korang kena ingat, kat luar sana; ramai orang dah muak dan penat dengan segala drama dalam lensa politik kita. Lebih-lebih lagi ada sesetengah pemimpin PH yang konsisten menolak manifesto PRU14.
Cuma, dalam kalangan orang-orang yang penat dengan politik ni; ada orang yang simpan harapan nak lihat bagaimana Anwar akan memimpin negara dan selesaikan masalah-masalah serius yang ada kat Malaysia. Kami ada je kawan yang kata Anwar harapan last dia, kalau dia tengok Anwar pun tak boleh buat kerja, dia nak lupakan semua benda alah politik ni.
Selalunya sejarah akan berlaku adil pada individu, dengan segala perjuangan yang dia dah lakukan, kami rasa dia akan jadi PM jugak. Apa yang penting sekarang ni – tarikh peralihan kuasa tu ada, jadi rakyat dapat gambaran jelas. Bagi kumpulan yang dah hidap ‘political fatigue’ ni pun sebenarnya boleh dipujuk dengan beri harapan baru; Anwar sebagai PM.
5. Satu benda yang sebabkan PH susah nak efisien, kepala kata lain, badan cakap lain
Salah satu benda yang kami perasan; Tun Mahathir sebenarnya tak percaya pun dengan Buku Harapan. Buku yang memainkan peranan penting yang meletakkan PH berada di Putrajaya. Bukan kita tak ingat; dia pernah mengatakan manifesto tu bukan kitab suci. Ia memperlihatkan dia tak serius dalam bab manifesto ni.
Via The Malaysian Times
So, buku ni macam badan PH, Tun Mahathir pulak kepala. Sebab tu ada beberapa manifesto yang tak jalan. Terutamanya bantuan sosial atau langkah-langkah ke arah pendidikan percuma; senjata utama PH untuk menarik golongan muda. Apa yang buat lagi ramai sakit hati; naratif orang miskin malas – tak henti-henti dilaungkan oleh Tun Mahathir.
Padahal, ketika musim pilihan raya – rumah-rumah orang miskin ni dah jadi macam rumah terbuka. Ahli politik datang dan pergi ambil gambar, tunjukkan rasa yang diorang simpati. Ramai yang kata, orang miskin bukan untuk dihina, tapi dibantu. Kalau naratif inilah yang dijual oleh PM, kami ragu ia akan memberi rasa ‘percaya’ kepada rakyat.
Sekiranya benda peralihan kuasa ni dipandang remeh, PH sedang menuju ke lembah kekalahan
Banyak dah bukti, rakyat menolak PH akibat ulah mereka sendiri. Lihatlah beberapa Pilihan Raya Kecil kebelakangan ini, di Tanjung Piai mereka tersungkur akibat yakin tak bertempat. Peralihan kuasa PM perlu dilakukan untuk mengembalikan kestabilan negara dari segi politik dan ekonomi. Peralihan kuasa bukan disebabkan seorang sosok je, tapi ia akan beri kebaikan kepada banyak pihak.
Pagi tadi Tun Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk berundur serta-merta jika itu yang dimahukan oleh Majlis Presiden PH.
“Saya fikir perkara ini akan diputuskan oleh empat parti dalam PH secara bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.
“Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur,” katanya.
Walaupun menyatakan sedia untuk berundur, tetapi Tun Mahathir tetap meletakkan kepada Majlis Presiden PH untuk membuat ketetapan bagi pihaknya.
Daripada satu segi, berbeza dengan banyak kenyataannya sebelum ini yang tidak begitu jelas dan kabur berkenaan tarikh penyerahan kuasa kepada penggantinya yang sudah dipersetujui iaitu Anwar Ibrahim, tetapi kali ini ternampak beliau agak jujur berkenaan dengannya.
Cuma, terserah kepada Majlis Presiden PH bagaimana untuk menyambut kesediaan Tun Mahathir mahu berundur itu.
Bagi kebanyakan orang dan pemerhati politik tempatan, mereka merasakan inilah masa yang terbaik untuk Majlis Presiden PH bertindak menjadikan isu peralihan kuasa itu sebagai agenda mesyuarat yang berikutnya dan kemudian membuat ketetapan berhubung dengannya.
Sesuai dengan kesediaan Tun Mahathir sendiri yang sedia akur kepada ketetapan Majlis Presiden berkenaan pengundurannya bagi menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, dari segi logiknya menentukan tarikh itu bukanlah suatu masalah yang besar.
Ini kerana ia dilihat Tun Mahathir sendiri yang mahu ia ditetapkan.
Lagi pula, Tun Mahathir sendiri sebelum ini berkali-kali ada menyatakan beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja iaitu sehingga Mei 2020.
Bermakna, dalam hal ini Majlis Presiden sama ada mahu memilih Mei 2020 atau tarikh lain yang sesuai bagi peralihan kuasa itu.
Bagaimanapun, sudah tentulah tarikh yang mahu dipilih itu tidak harus melepasi tempoh dua tahun setelah Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.
Tempoh dua tahun itu adalah persefahaman yang telah difahami oleh semua pihak dalam PH sebelum PRU14 lagi kerana ia mengambil kira jangka masa Anwar untuk mendapat pengampunan, selain dua tahun itu juga merupakan tempoh yang selalu disebut dan diulang-ulang oleh Tun Mahathir.
Meskipun demikian, mengambil kira kedudukan Tun Mahathir sebagai seorang negarawan yang masih dipandang tinggi oleh masyarakat, sebenarnya adalah sangat terpuji jika beliau sendiri yang sedia menentukan tarikhnya berundur itu.
Tun Mahathir akan dipandang lebih mulia jika tidak meletakkan beban kepada Majlis Presiden PH sepenuhnya membuat keputusan berkenaan tarikh pengundurannya.
Mungkin ada sesetengah pihak dalam Majlis Presiden PH yang segan atau serba salah untuk bercakap secara berterus-terang kepadanya tentang pengunduran kerana menghormati kedudukannya sebagai Perdana Menteri serta tidak mahu menyinggung perasaannya.
Apa lagi, dalam usia 94 tahun, sebagaimana datuk dan nenek kita di kampung, Tun Mahathir juga difahami tentunya agak sensitif dan mudah terasa hati.
Lalu, dengan memilih sendiri tarikhnya untuk berundur, iaitu selewat-lewatnya 10 Mei 2020, Tun Mahathir dapat memastikan peralihan kuasa berjalan dengan aman, tertib dan lancar serta tidak ada mana-mana pihak yang serba salah jadinya.
Yang lebih penting, melaluinya juga, selain mampu mengekalkan kestabilan PH sebagai sebuah kerajaan, nama dan legasi Tun Mahathir akan terus harum dan disanjung sebagai negarawan yang lebih mementingkan masa depan negara berbanding kepentingan peribadinya sendiri. (ShahbudinHusin 14/01/2020