RAKYAT MELUAT, INI SEMUA SALAH TUN MAHATHIR!!!


Menurut kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan berulang-ulang berkaitan isu tempoh jawatan Perdana Menteri hanya membuatkan rakyat rasa meluat.
Kata beliau, fokus sekarang sepatutnya ditumpukan kepada usaha kerajaan menunaikan tanggungjawab serta kewajipan kepada rakyat.
“Tak guna cakap perkara yang dah setuju dalam formula sebelum pilihan raya umum dulu, kalau isu ini diulang-ulang tak sesuai kesannya pada rakyat,” ujar beliau.
Sesungguhnya semua orang memang bersetuju dengan kenyataan Saifuddin ini, tetapi siapakah punca segala-segalanya mengapa isu peralihan dan tempoh jawatan Perdana Menteri ini terus menjadi bualan dan diulang-ulang?
Adakah ia berpunca daripada Tun Mahathir Mohamad?
Atau ia berpunca daripada Anwar Ibrahim?
Mungkinkah ia disebabkan penyokong Tun Mahathir?
Barangkalikah ia berpunca daripada penyokong Anwar?
Mengimbas apa yang sudah berlalu, tidak sukar kita mengatakan bahawa semua ini tidak lain berpunca daripada Tun Mahathir sendiri.
Beliaulah punca segala-galanya. Sebelum dapat kuasa dan sebelum jadi Perdana Menteri dengan setelah ada kuasa serta setelah menjadi Perdana Menteri, segala-galanya adalah berbeza.
Cakap Tun Mahathir mengenai peralihan kuasa dan tempoh beliau seharusnya memegang jawatan Perdana Menteri tidak pernah sama, meskipun usianya semakin hari semakin tua.
Sekejap dua tahun, kemudian dua setengah tahun, selepas itu tiga tahun, kemudian sehingga ekonomi pulih dan terbaru pula sehingga keadaan negara stabil.
Kenapa Tun Mahathir tidak boleh statik dengan kata-katanya yang pernah diucapkan sebelum jadi Perdana Menteri dahulu iaitu beliau hanya perlukan dua tahun saja memegang jawatan itu?
Jika itu dapat dilakukannya dan beliau terus konsisten dengan ikrar janjinya, tidak seperti sesumpah yang selalu berubah-ubah mengikut warna tanah, pasti isu peralihan jawatan ini tidak menjadi masalah dan ulangan yang berlarut-larut tanpa penyudah.
Malah, sesuai dengan itu, jika Tun Mahathir dapat pula menetapkan tarikh peralihan kuasa, sudah tentu juga para pembodek, pengampu dan penjilatnya tidak mengeluarkan kenyataan yang mendesaknya berkhidmat sehingga ke akhir penggal.
Tetapi, sudahlah beliau selalu berubah-ubah macam sesumpah dan membiarkan para pembodek, pengampu serta penjilatnya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, di waktu yang sama Tun Mahathir turut menyusun agenda di belakang tabir dengan menjemput segelintir barua daripada UMNO, Pas dan GPS untuk menyokong perlanjutan tempohnya sebagai Perdana Menteri.
Apabila semua ini berlaku, para penyokong Anwar tentu saja tampil memberi reaksi kerana janji peralihan kuasa itu sebenarnya sudah pun ada sejak sebelum PRU14 lagi.
Jika tidak dimulakan oleh Tun Mahathir dan cakap beliau juga tidak macam sesumpah, Anwar dan para penyokongnya memang tiada masalah menunggu tempoh dua tahun peralihan kuasa kepadanya menjadi kenyataan.
Di dalam penjara, diaib dan dimalukan, malah dipukul sehingga separuh mati pun, kesabaran tetap menjadi teman akrabnya selama 20 tahun, apalah sangat dengan bersabar menunggu tempoh dua tahun yang dijanjikan itu.
Cumanya, janji tetap janji dan jangan cuba berlaku khianat di belakang. Khianat dan tikam kawan yang pernah memudahkan kita menang, tentu saja tidak boleh diterima.
Maka, agar isu peralihan ini tidak terus diulang-ulang serta membuatkan rakyat tambah meluat, Tun Mahathir mesti berhenti terlebih dahulu daripada membiarkan lidahnya terus menuturkan kata yang berbeza-beza.
Cakap terus-terang dua tahun akan berhenti dan disertakan tarikhnya sekali, pasti tiada lagi sesiapa akan terus bercakap mengenai bila Anwar akan jadi Perdana Menteri. (Shahbudindotcom 05/08/2019)

Menjernihkan ‘jawi-phobia’


Timbul kegusaran sebahagian segmen masyarakat berkenaan pengenalan jawi dalam subjek Bahasa Malaysia. Kegusaran seperti persoalan sama ada tindakan memperkenalkan huruf jawi bakal menambah beban murid dalam mendalami mata pelajaran atau beban guru dalam mengajar tidak salah dibincangkan atas semangat mahukan pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Akan tetapi, keadaan boleh bertukar parah sekiranya kegusaran itu berlebih-lebihan berdasarkan sangkaan buruk daripada kurangnya maklumat atau ketakutan tanpa asas jelas.
Saya merupakan bekas pelajar yang menuntut di sekolah vernakular (Cina) sejak tadika sehinggalah sekolah menengah. Saya amat menghargai mata pelajaran yang meskipun diajar dalam Bahasa Mandarin namun mengetengahkan tentang budaya masyarakat lain yang terdapat di Malaysia. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana saya pertama kali tahu tentang kisah asal usul Minangkabau (walaupun nenek saya merupakan orang Minang) dalam teks Bahasa Mandarin. Semangat bersedia belajar pelbagai budaya yang diterapkan oleh sekolah vernakular ini sepatutnya terus dihidupkan, meskipun dalam soal melibatkan pengenalan huruf jawi. 
Dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan tulisan Rumi dan tiada halangan untuk menggunakan tulisan jawi dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Namun atas sebab praktikal dan keseragaman, kita jarang sekali menggunakan tulisan jawi.
Ramai yang kurang memahami bahawa tulisan jawi adalah salah satu bentuk tulisan yang digunakan oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura sebelum merdeka. Kemudiannya, tulisan rumi diperkenalkan dan dijadikan sebagai tulisan rasmi dalam Bahasa Malaysia. Sekitar tahun 80-an, tulisan jawi turut pernah terkandung dalam silibus pembelajaran subjek Bahasa Malaysia. 
Jika diteliti sejarah tulisan jawi, ia sememangnya berasal dari tulisan Arab akan tetapi tidaklah ianya diambil secara bulat-bulat. Sebaliknya terdapat beberapa penyesuaian agar menepati Bahasa Melayu. Terdapat huruf-huruf seperti ‘pa’, ‘nya’, ‘nga’ dan beberapa yang lain tidak terdapat di dalam tulisan Arab. Bagi mereka yang tidak pernah kenal akan tulisan jawi bolehlah membayangkan mana-mana teks Bahasa Malaysia yang dibaca dalam tulisan Rumi, jika ditukarkan kepada tulisan Jawi tetaplah membawa bunyi dan maksud yang sama. Ia bukanlah satu bahasa yang seluruhnya baru, sebaliknya hanya satu bentuk tulisan yang merupakan sebahagian daripada sejarah Bahasa Malaysia itu sendiri.
Pada satu ketika semasa tulisan jawi masih digunakan, kita boleh lihat bahawa ia telah digunakan oleh etnik-etnik selain Melayu terutamanya dalam mengiklankan perniagaan mereka. Malah kita boleh jumpa iklan minuman bir dalam tulisan jawi! Maka tidak keterlaluan juga untuk menyatakan bahawa tulisan jawi ini sebenarnya adalah satu warisan seni dan tulisan Malaysia yang unik. Jika ada mana-mana pihak cuba menggambarkan tulisan jawi ini adalah hak mutlak kaum atau agama mereka, yang bersalah adalah mereka dan bukannya tulisan jawi.
Pengenalan 6 muka surat mengenai tulisan jawi adalah semata-mata suatu pengenalan mengenai sejarah Bahasa Malaysia yang pernah menggunakan tulisan jawi sebagai skrip tulisan. Seperti mana kita belajar mengenai tamadun awal Asia Tenggara di dalam subjek sejarah, begitulah kita belajar sejarah Bahasa Malaysia yang pernah menggunakan tulisan jawi, yang sebenarnya masih digunakan pada hari ini meskipun tidak meluas seperti dulu. 
Jika kita lihat 6 muka surat yang melibatkan pengenalan tulisan jawi ini daripada segi kaca mata pendidikan, jelas bahawa tujuannya bukan untuk penguasaan tulisan jawi. 6 muka surat itu tidak mencukupi untuk membolehkan mana-mana pelajar untuk memahami apatah lagi menguasai tulisan jawi. Pengenalan itu hanya sekadar modul sampingan subjek Bahasa Malaysia yang melibatkan unsur sejarah dan seni semata-mata. Tiada berlebihan dan mungkin juga sesuai untuk mengatakan ia lebih kepada pengenalan seni tulisan khat dan bukan penguasaan ejaan jawi sebenarnya.
Malah pengenalan jawi ini tidak langsung bertujuan untuk menguji pelajar dalam peperiksaan besar seperti UPSR dan SPM, apatah lagi memaksa para pelajar untuk menguasai tulisan jawi sepenuhnya seperti yang telah diterangkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan.
Jika kita memahami apakah itu tulisan jawi dengan hati yang lapang, sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan baik pelajar Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan. Jawi-phobia yang hanyalah berdasarkan sentimen yang telah meletus luar dari kenyataan realiti sebenar. Sewajarnya kita meraikan kepelbagaian dalam silibus pendidikan agar rakyat Malaysia mengetahui kemajmukan rakyat kita dan keunikannya. Selain mengetahui asal dan sejarah perkembangan bahasa Malaysia
Saya mengajak rakyat Malaysia untuk membebaskan diri daripada sebarang bentuk ketakutan yang tidak rasional. Tidak kiralah ketakutan tidak rasional pada lambang salib atau pun ketakutan tidak rasional terhadap tulisan jawi. Keharmonian hanya dapat dicapai sekiranya kita bersedia untuk mengendurkan keresahan kita dan saling belajar dan memahami. – Roketkini.com
*Edry Faizal adalah Ahli Dewan Negeri DUN Dusun Tua merangkap Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan. Beliau juga merupakan bekas pelajar SRJK (C) Lai Meng dan SMJK (C) Confucian.

PEMBELA TUN M SEMAKIN TIADA?

Image result for SUPPORT TUN M

Jika diperhatikan, hari demi hari, mereka yang mempertahan dan membela Perdana Menteri jelas nampak kian berkurangan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Berbanding mereka yang menyokong dan membela Tun M di media sosial sebelum PRU14 lalu, jumlahnya yang kini masih setia  barangkali hanya tinggal 10 peratus saja lagi.

Cuma ada dua tiga kerat yang kekal rajin memberi komen seolah-olah membela Tun M di wall orang lain, tapi malangnya wall mereka sendiri selalu kosong, hanya banyak gambar selfie dan cerita bab makan semata-mata.

Kenapa jadi begitu?

Bolehkah gambar selfie dan makan-makan membeli kelebihan kepada Tun M di mata warga maya yang kian kritikal dan menolaknya?

Tiada masalah menunjukkan aktif di wall orang lain, tapi tentulah amalan itu tidak bermakna jika wall sendiri tiada apa-apa cerita.

Penzahiran idea di wall sendiri menunjukkan keaktifan serta kejujuran dan fikiran yang sentiasa berkembang, manakala hanya sibuk-sibuk di wall orang lain tapi wall sendiri kosong, itu identiti pengacau dan penulis berbayar namanya.

Alhamdulillah, rasanya Tun M pun tidak akan mampu bertahan lebih lama berdasarkan keadaan ini.


JANGAN MUDAH LUPA, SHAH ALAM MENJADI SAKSI







Sesiapa yg hadir di dewan di Shah Alam.ketika itu, pasti tidak akan lupa peristiwa bersejarah ini. Ini yg PH janjikan sekiranya PH membentuk kerajaan, iaitu;

1. Tun M ditabalkan sebagai PM (Telah ditunaikan).

2. Dr Wan Azizah dilantik sebagai TPM (Telah ditunaikan).

3. Mendapatkan pengampunan diraja untuk pembebasan DSAI (Telah ditunaikan).

4. Mengangkat DSAI sebagai PM ke 8 (Belum ditunaikan).

Mengapa Azmin dan Zuraidah menyokong gesaan Pembangkang agar Tun M terus menjadi PM sehingga habis penggal, sedangkan Tun M sendiri tidak pernah berfikir sampai ke tahap itu kerana Tun M sedar atas sebab apa Anwar perlu dibebaskan.

Mungkin kepada Azmin, daripada aku tidak dapat, biar semua tidak dapat. Rakyat sedar satu-satunya kerajaan yang tidak pernah iktiraf PH sebelum PRU14 dahulu adalah Selangor di mana Azmin adalah MB Selangor ketika itu. 

Zuraida pula adalah pimpinan yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak senangnya apabila nama Tun M dipersetujui oleh Keadilan untuk diangkat menjadi PM. Apabila dilantik sebagai menteri, pemikirannya terhadap Tun M jauh berubah.

Mengapa begitu sukar sekali untuk kedua tokoh ini menerima Anwar sebagai PM? Apa yang mereka mahu sebenarnya? Apa lagi yang tidak cukup dari hasil kamu berdua berada atas nama Keadilan dan atas nama Anwar?

WFAUZDIN NS


BERGAMBAR: ANWAR DAN WAN AZIZAH KE MAKKAH.



Alhamdulillah berkesempatan mengadakan majlis zikir, selawat Nurul Anwar dan doa selamat malam ini sebelum saya dan Azizah berangkat menunaikan ibadah haji di Mekah.
Terima kasih kepada semua sahabat yang hadir malam ini.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang ramai, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan perkahwinan
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri


PKR GAGAL DIPECAHKAN, SEBALIKNYA ANWAR KIAN KUKUH DAN TUN M SEMAKIN TIADA PILIHAN

Image result for azmin zuraida amiruddin


Jika diperhati dan diamati, sejak awal sebaik beroleh kuasa sebagai Perdana Menteri buat kali kedua lagi, Tun Mahathir Mohamad sudah mula menampakkan sikap tidak ikhlas dan seolah-olah enggan melakukan penyerahan jawatan kepada Anwar Ibrahim, meskipun ia adalah sesuatu yang sudah diikat dengan perjanjian.

Ia ditunjukkan dengan tindakannya melantik Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, walaupun ketika itu Timbalan Presiden PKR itu sudah pun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

Lebih ketara tindakannya melantik Azmin itu bertujuan melaga-laga dan memecah-belahkan PKR ialah kerana Azmin sebenarnya tidak pernah sama sekali dicalonkan oleh parti itu untuk mengisi jawatan menteri.

Ini memperlihatkan Tun Mahathir telah mengkhianati parti-parti dalam PH sendiri dengan membuat perlantikan menteri mengikut kehendak hatinya semata-mata.

Jika perlantikan itu daripada kalangan pemimpin Bersatu, ia mungkin tidak menjadi masalah sesuai dengan kedudukan Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu.

Tetapi, perlantikan daripada kalangan parti-lain lain seharusnya mestilah berdasarkan pencalonan daripada setiap parti.

Ia sama seperti ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun bersama BN sebelum ini, semua lantikan menteri daripada MCA, MIC, PBB atau PBS dan lain-lainnya misalnya, ia sudah tentu bukan berdasarkan pilihannya sendiri, melainkan setelah dicalonkan oleh parti-parti komponen terbabit.

Dalam hal ini, ternampak Tun Mahathir sengaja berniat jahat melantik Azmin sebagai menteri kanan untuk mewujudkan perbalahan dan keadaan tidak sihat dalam PKR.

Sudah barang tentu tujuannya ialah supaya parti itu berpecah dan dengan itu peralihan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan, dapat dilengah-lengahkan atau dibatalkan sama sekali.

Sebab itu jugalah kemudian, bahkan sampai sekarang, pendirian Tun Mahathir tentang peralihan kuasa tidak pernah konsisten serta sentiasa berubah-ubah.

Di sebalik mulut manisnya sentiasa berkata akan tetap menepati janji dan mengotakan kata, tetapi tindakan serta papan caturnya sentiasa digerakkan berbeza di belakang tabir.

Selain memperalatkan Azmin, kemudian mengukuhkan kekuatan dengan menarik satu demi satu Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu, terbaru beliau menjemput pula Pas, GPS dan kelompok “barua” dalam UMNO untuk turut setuju menyokong perlanjutan tempohnya sebagai Perdana Menteri.

Ada ura-ura menyebut, jika sokongan tersebut diperolehi, Tun Mahathir akan menggunakan Parlimen sebagai medan membolehkannya disokong menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Di waktu yang lain, kelompok Azmin dan pemimpin dalam Bersatu mula bersuara mengeluarkan desakan agar beliau diberi ruang menjadi Perdana Menteri dengan lebih lama atau sehingga tamat penggal.

Jika tanpa restu Tun Mahathir, mereka ini tidak mungkin berani bersuara kerana realitinya perjanjian dan konsensus tentang peralihan kuasa kepada Anwar itu sudah pun ada sejak sebelum PRU14 lagi.

Itulah juga sebabnya, sehingga ini, meskipun ada desakan yang bertujuan demi kestabilan PH iaitu agar beliau segera menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang pernah dilakukannya kepada Pak Lah sebelum ini, ia langsung tidak pernah dipedulilannya.

Jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas dan tiada “amalan jari lurus, kelingking berkait” dalam hatinya, apa yang susahnya untuk beliau menetapkan tarikh berundur dan menyerahkan jawatan kepada Anwar?

Bukankah ini satu-satunya cara ke arah kestabilan PH?

Sudah dua kali dapat jadi Perdana Menteri, usia sudah 94 dan kesihatan serta tenaga pun tidak sekuat mana yang tinggal, apa lagi yang mahu dikejarnya dalam dunia yang bila-bila masa boleh ditinggalkannya ini?

Lebih-lebih lagi sekarang ini, satu demi satu percubaannya untuk melemahkan Anwar dan memecah-belahkan PKR, semuanya nampak seperti tidak berjaya.

Azmin yang diperalatkan dan mahu ditonjolkannya sebagai penggantinya, sebaliknya kini berdepan pula dengan isu video seks sejenis yang dipercayai ramai beliaulah pelakunya.

Walaupun Tun Mahathir masih cuba melindungi Azmin, tindakan ini hanya menambahkan hodoh wajahnya di mata umum. Beliau seolah-olah menanggung biawak hidup saja layaknya.

Azmin dalam hal ini bukan saja makin tersudut dan terhakis sokongannya, tetapi Anwar di waktu yang sama tambah mengukuh dan mantap kedudukannya dalam PKR.

Dengan sokongan 198 daripada 222 Ketua Cabang PKR yang menyokongnya serta mahu beliau dijadikan Perdana Menteri sebagaimana yang telah dijanjikan, Tun Mahathir sebenarnya tidak banyak pilihan lagi di tangannya.

Beliau menang atas nama PH dan bertanding pun menggunakan logo PKR, seharusnya akur sajalah dengan perjanjian dan konsensus PH berhubung peralihan kuasa kepada Anwar.

Jangan sampai dikata orang tindakannya berbaik semula dengan Anwar dan sanggup pergi ke mahkamah dahulu adalah semata-mata kerana politik dan dengan harapan dapat mengkhianati dan menghalang Presiden PKR itu sekali lagi daripada menjadi Perdana Menteri.

Semakin kukuhnya kedudukan Anwar dalam PKR, sementara konsensus PH tetap tidak berubah, manakala yang bersuara mahukannya terus berkhidmat sehingga habis penggal hanyalah pemimpin picisan, mematuhi perjanjian dan lebih baik jika disertakan tarikh peralihan, inilah sebaik-baik pilihan yang tinggal buat Tun Mahathir. 

(Shahbudindotcom 04/08/2019)


BERITA YANG TIDAK MENGGEMBIRAKAN UmPas



OLEH: W.FAUDZIN NS

Sudah tentu berita ini tidak menggembirakan Umno dan lebai kerana mereka tiada modal untuk buat himpunan sambil kutuk Dap, kan?

DAP Putrajaya menyokong penuh langkah Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi dalam sukatan mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun depan.

Setiausaha DAP Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria berkata, usaha kerajaan untuk memperkasakan seni dan tulisan yang sinonim dengan masyarakat Melayu itu sewajarnya diterima secara positif.

"Pada saya tulisan ini (Jawi) perlu diketengahkan semula memandangkan inilah tulisan bagi orang Melayu.

"Saya sendiri kalau boleh hendak belajar tulisan bahasa lain kerana seni tulisan juga merupakan ilmu yang membolehkan kita memahami bahasa lain. Mana mungkin kita menulis tanpa memahami apa yang kita tulis itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nazri yang juga ahli Persatuan Pecinta Jawi Malaysia (Penjawim), kaum lain di negara perlu menghormati tulisan yang menjadi warisan bagi orang-orang Melayu yang merupakan masyarakat majoriti di negara ini.

PERALIHAN KUASA TELAH DIPERSETUJUI, KENAPA DIULANG-ULANG?

KADIR JASIN TEGUR MENTERI LEBIHKAN KERJA BUKAN POLITIKING

ULASAN DARI SEORANG PEGUAM TERKENAL TENTANG KES VIDEO SEMBURIT




OLEH: Wfaudzin Ns


Point nya adalah:
1. Video disahkan tulen, tetapi KPN menyatakan bahawa si "A" individu yg dikatakan terlibat di dalam video tersebut gagal dikenalpasti (negatif), ini bukan bermakna Polis mengesahkan si "A" tidak terlibat tetapi ujian menyatakan tidak dikenalpasti sesiapa di dalam video berkenaan. Maka, biarkan polis terus menyiasat video berkenaan.


2. Samada ianya konspirasi politik atau tidak, sekiranya dikenalpasti si pelakunya melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang  itu, tidak kira setinggi mana pun jawatannya, maka wajib dikenakan tindakan undang-undang kerana ini merupakan kes jenayah.

3. Bukti ujian ketulenan video yang dibuat oleh pihak lain, samada di Indonesia atau mana-mana tempat, tidak memaksa pihak Polis menggunapakai hasil ujian berkenaan kerana pihak Polis boleh menggunakan kaedah mereka dan ujian mereka tersendiri bagi menyiasat kes video ini. Sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, sidituduh dan pendakwa boleh membawa apa jua hasil ujian terhadap video berkenaan untuk memperkuatkan keterangan dan hujah masing-masing.

4. Haziq mengaku dia terlibat di dalam video berkenaan dan beliau menuduh Azmin juga bersamanya. Manakala Azmin menafikannya dan menuduh itu satu konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Untuk berlaku adil, pihak Polis hendaklah menyiasat kedua-dua aduan ini iaitu kes melakukan hubungan terlarang itu (yang didakwa oleh Haziq), dan kes "konspirasi politik jahat" (yang didakwa oleh Azmin). Apakah kejadian itu benar-benar  berlaku atau adakah ianya berlaku tetapi bukan melibatkan si "A" yang dituduh oleh Haziq?

5. Apa pun, mereka yang mengedar video lucah itu tetap bersalah dari segi undang-undang, namun mereka mungkin boleh membela diri untuk menyatakan bahawa mereka mengedar video berkenaan adalah untuk mendedahkan keburukan perangai seseorang yang mereka anggap pemimpin yang tidak sepatutnya didiamkan perbuatan jijik mereka. Hanya mahkamah boleh menentukan alasan mereka yang dituduh mengedar itu boleh diterima atau tidak.
Kesimpulannya, kita harap siasatan telus oleh pihak berkuasa dapat dijalankan dan diselesaikan secepat mungkin demi keadilan kepada semua dan demi imej kerajaan kita.



TUN M, TOLONG BERPEGANG PADA JANJI


Image result for ronnie liew


KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berjanji dengan kepada pengundi-pengundi bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi perdana menteri sehingga ekonomi dipulihkan.
Sebaliknya, janji yang diberikan adalah pelantikan interim perdana menteri adalah untuk tempoh dua tahun sebelum jawatan tersebut diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Ronnie Liu berkata, DAP dan PKR memegang janji yang dibuat tetapi Dr Mahathir sehingga hari ini tidak menetapkan tarikh sebenar untuk peralihan kuasa.
“Sebaliknya, anda memberitahu ia mungkin dua hingga tiga tahun. Dan ada kalanya anda berkata hanya apabila ekonomi dipulihkan (siapa tahu berapa lama)?, katanya dalam satu kenyataan.
Ronnie turut mengungkit bahawa semasa PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpeluang menjadi perdana menteri.
Seperti yang dilaporkan, Yang di-Pertuan Agong telah menawarkan jawatan perdana menteri kerana beliau menggepalai parti komponen dengan memenangi kerusi parlimen terbesar.
“Beliau boleh menerimanya tetapi tidak berbuat demikian. Kenapa?. Sebab beliau berpegang pada janji yang anda akan menjadi perdana menteri,” tambahnya.
Dalam keputusan pilihan raya itu, PKR memenangi 47 kerusi, DAP (42) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya 13.
“Meskipun, Bersatu hanya mendapat sedikit kerusi, PH mematuhi perjanjian dan bersetuju melantik anda sebagai perdana menteri untuk dua tahun. Kenapa? Sebabnya kami berpegang pada janji,” ujarnya.
Tambah Ronnie, baru-baru ini, terdapat beberapa keraguan sama ada perdana menteri berpegang teguh pada janji hinggakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berfikir Dr Mahathir memihak kepadanya.
“Sekarang, mengapa dan bagaimanakah beliau boleh mempunyai tanggapan sedemikian ? Mungkin kerana anda telah memberikan keyakinan itu dengan tingkah laku anda.
“Bukan hanya Azmin yang mempunyai keyakinan itu. Sesiapa yang mengikuti politik anda mempunyai tanggapan yang sama,” katanya lagi.
Ronnie mempersoalkan apakah yang Dr Mahathir lakukan untuk menidakkan tanggapan itu.
“Tiada, sebaliknya anda mengadakan pertemuan “rahsia” dengan pembangkang, kononnya dihadiri Azmin juga. Mengapa anda melakukannya dan menyebarkan percanggahan dalam PKR?
“Tun, saya harap anda sedar dengan PRU14, anda mempunyai peluang yang sangat jarang untuk menebus diri anda di mata pengundi yang menganggap anda melakukan banyak kesalahan semasa “tahun-tahun Mahathir”.
“Anda memainkan peranan penting dalam membantu PH memenangi pilihan raya. Dan ramai orang sanggup memberikan peluang dan menolak keraguan kerana percaya anda telah berubah menjadi lebih baik.
“Tun, tolonglah menjadi seorang lelaki yang berpegang pada janji untuk melepaskan jawatan itu selepas dua tahun supaya Anwar dapat mengambil alih sebagaimana telah dipersetujui.
“Inilah yang dipilih oleh pengundi. Mereka tidak mengundi untuk 5 tahun lagi anda sebagai PM. Mereka mengundi anda sebagai PM sementara, dengan Anwar kemudian mengambil alih. Sila hormati pengundi dan turun dengan hormat dalam tempoh masa yang telah dipersetujui,” katanya. MG

197 DARI 219 KETUA CABANG SOKONG KEPIMPINAN DSAI


Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang duduk, meja dan dalaman

Kredit fb : Ahmad Albab

197 darii 219 ketua-ketua cabang PKR seluruh Malaysia sokong kepimpinan Anwar Ibrahim ...
22 cabang lagi tak sokong Anwar.

Imej mungkin mengandungi: teks



Tiada penerangan foto disediakan.

DI MANA HAZIQ




KENAPA SEHINGGA KINI HAZIQ MASIH BELUM DIDAKWA?

Sejak lebih seminggu kebelakangan ini, perbualan dalam negara nampaknya lebih terisi dengan isu kedudukan atau tempoh masa jawatan Perdana Menteri.
Sehingga kita kadang-kadang teralpa dengan isu lain yang tidak kurang pentingnya untuk turut sama diketahui apa kesudahannya.
Sebelum ini isu paling hangat diperkatakan ialah berkenaan penyebaran video seks sejenis yang didakwa melibatkan seorang menteri.
Haziq Abdullah Abdul Aziz secara terbuka mengaku beliau adalah lelaki dalam video tersebut sambil mendakwa pasangannya ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.
Sementara Azmin menyifatkan penyebaran video itu sebagai cubaan membunuh karier politiknya, Haziq sebaliknya telah ditahan reman selama 10 hari oleh pihak pihak polis atas pengakuannya itu dan dipecat sebagai Setiausaha Sulit Kanan di pejabat Timbalan Menteri Industri Utama.
Turut ditahan ialah Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan beberapa lelaki lain untuk disiasat berhubung penyebaran video berkenaan.
Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengumumkan bahawa berdasarkan analisa Cyber Security, video seks sejenis itu disahkan tulen, namun pelakunya gagal dikenalpasti.
Tetapi, selepas Haziq dan Farhash dibebaskan daripada tahanan reman pada 23 Julai ini, sehingga kini masih tidak terdengar sebarang perkembangan mengenai kes tersebut.
Apa sudah jadi sebenarnya hasil siasatan polis berhubung kes itu?
Adakah Haziq dan Farhash akan didakwa serta kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara?
Atau semua yang pernah disiasat dan ditahan reman akan dilepaskan begitu saja?
Kenapa senyap saja dan masih tiada apa-apa pengumuman daripada pihak berkuasa sehingga ini?
Kalau kes-kes yang rumit pun selalunya pihak polis negara kita selalu cekap dalam menjalankan tugasnya, mengapakah dalam kes ini terlihat begitu lembab, sedangkan pengakuan Haziq sudah pun ada sebagai asasnya?
Apakah oleh kerana kes ini turut melibatkan seorang menteri kesayangan Perdana Menteri, maka semuanya akan tersimpan dalam fail saja buat selama-lamanya?
Benarkan seperti tanggapan umum bahawa Haziq juga tidak mungkin akan didakwa demi untuk mengelakkan kebenaran akan terdedah ketika perbicaraan di mahkamah nanti?
Sekarang ini Malaysia Baru atau masih Malaysia Lama? (Shahbudindotcom 04/08/2019)

‘Saya pernah pelajari sendiri tulisan jawi ketika ditahan ISA’ – Kit Siang


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mendedahkan bahawa beliau pernah mempelajari sendiri tulisan Jawi semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1969.
Katanya, usaha beliau mempelajari tulisan tersebut tidak menjadikan beliau “kurang Cina” sebaliknya mengukuhkan jati dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia. 
“Soalan lain yang mungkin akan ditanya sama ada seseorang yang mempelajari jawi itu mengkhianati kaum, bahasa dan budaya Cina. 
“Bagi saya, jawapannya tidak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dalam wawancara bersama portal Malaysiakini, semalam, menegaskan langkah kementerian itu memperkenal tulisan khat dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 4 bukan bertujuan mewujudkan proses Islamisasi di sekolah vernakular.
Katanya lagi, masyarakat tidak harus melihat pengenalan Jawi sebagai suatu bentuk asimilasi budaya sebaliknya sebagai usaha untuk mengenali warisan dan identiti negara. 
Tambah Maszlee, kerajaan tidak mengarahkan pembelajaran tulisan Jawi secara menyeluruh, malah ia turut tidak dimasukkan dalam mana-mana peperiksaan.
Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar berkata, beliau sentiasa menyokong integrasi, namun berpandangan terdapat kaedah pembentukan negara yang lebih baik iaitu masyarakat majmuk hidup bersebelahan tetapi berasingan di bawah satu sistem politik yang sama. 
Tambahnya lagi, beliau tidak bersetuju jika masyarakat majmuk di negara ini terperuk dalam kelompok masing-masing, sebaliknya menegaskan bahawa mereka perlu saling berinteraksi, mempelajari, menghargai dan menerima hakikat bahawa Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum.