BERGAMBAR: ANWAR DI PELANCARAN PROGRAM KAMPUNGKU SIHAT DI PD

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 16 orang, orang senyum, orang berdiri, orang ramai dan luaran

Hadiri pelancaran program “Kampungku Sihat” peringkat Parlimen Port Dickson yang dirasmikan oleh Menteri 
Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) ekoran kesedaran berhubung penyakit itu masih di tahap rendah dalam kalangan masyarakat.


UNTUK APA TUN MAHATHIR AJAK SEMUA PARTI MELAYU SERTAI BERSATU?


Secara tiba-tiba Tun Mahathir Mohamad hari ini mengajak semua parti Melayu, termasuk UMNO, agar menyertai Bersatu bagi memperkasa kuasa politik orang-orang Melayu.
Menurut beliau, kewujudan semakin banyak parti Melayu hanya akan menyebabkan potensi mereka untuk menang pilihanraya semakin tipis.
“Kalau dahulu, cuma ada satu sahaja parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO, tetapi kerana tamak untuk mendapatkan tempat, maka hari ini orang Melayu berpecah kepada enam (parti).
“Enam, bukan lagi majoriti 60 peratus tetapi setiap parti 10 peratus sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di Johor Bahru petang tadi.
Kenapa tiba-tiba saja Tun Mahathir membuat kenyataan atau pelawaan seperti ini?
Walaupun Tun Mahathir menyebut atau mengajak semua parti Melayu agar menyertai Bersatu, tetapi sudah tentu sasaran sebenarnya ialah UMNO saja.
Untuk Pas misalnya, Tun Mahathir tentu sedar tidak mungkin mereka itu sedia untuk menyertai Bersatu.
Begitu juga dengan parti-parti Melayu kecil yang lain seperti Berjasa, Putra atau Ikatan misalnya, mereka juga bukanlah sasaran yang diidamkan Tun Mahathir.
Hanya UMNOlah sasaran Tun Mahathir dalam soal penggabungan ini, tambahan ini UMNO dan Bersatu adalah dua parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri.
Maka, sudah tentu beliau hanya mahu satu parti saja daripada kedua-duanya itu yang terus hidup dan bernyawa.
Apakah kenyataan ini bermakna penggabungan UMNO dan Bersatu semakin hampir menjadi kenyataan?
Bagaimana jika pelawaan ini ditolak oleh UMNO?
Apakah kemudian akan membawa UMNO bakal diharam atau dibubarkan dan dengan yang demikian bekas ahli-ahli UMNO akan dilorongkan untuk menyertai Bersatu?
Lebih pelik, bersama kenyataannya mengajak semua parti Melayu menyertai Bersatu itu, Tun Mahathir juga ternampak bersikap tidak peduli terhadap perasaan parti-parti komponen dalam PH.
Ketika ditanya jika pelawaannya itu mungkin mendapat tentangan daripada parti-parti komponen PH, beliau berkata, “itu masalah mereka, kita tiada kaitan dengan parti-parti lain”.
Amboi…lain macam bunyi nada kali ini?
Adakah jika penyatuan dengan UMNO itu menjadi kenyataan, Tun Mahathir akhirnya akan membawa Bersatu meninggalkan PH?
Kenapa?
Adakah Tun Mahathir tidak mahu lagi bersama dengan PKR dan DAP yang dalam PRU14 lalu sudah berjasa membantunya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua?
Ataukah hanya dengan cara menggabungkan semua parti Melayu ini saja akan membolehkan Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri dengan lebih lama dan tidak perlu lagi memenuhi janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim? (Shahbudindotcom 05/07/2019)

ISYTIHAR HARTA TIADA DALAM BUKU KOMUNIS – ANWAR

ANWAR USIK HADI

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mengusik rakan sejawatannya dari PAS, Abdul Hadi Awang apabila mendakwa pengisytiharan harta merupakan idea komunis dan sosialis.
"Pertama, dia kena bagitahu teori yang mana yang dalam (buku Karl Marx) Das Kapital yang menyebut ada asset declaration?
"Kalau isytihar harta itu bermaksud (dalam al-Quran) untuk bermewah, berbangga-bangga, tentulah ditolak," katanya ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan Abdul Hadi.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu majlis anjuran PKR di Seremban.
Das Kapital merupakan buku yang dikarang oleh pengasas komunis, Karl Marx pada lewat abad ke-19 dan diterima sebagai asas dalam ideologi berkenaan.
Awal hari ini, Abdul Hadi mendakwa pengisytiharan harta bagi anggota parlimen merupakan sebahagian daripada teori komunis dan sosialis.
Anggota Parlimen Marang itu juga berkata cadangan untuk mengisytiharkan harta "dibayangi" oleh pengaruh DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, Anwar berkata beliau mendapati adalah aneh apabila PAS enggan menyokong usaha kerajaan mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta.
"Di parlimen ia cakap pasal ketelusan, cakap pasal antirasuah. Tapi takut (isytihar harta). Dia beri alasan komunis. Saya pernah baca Das Kapital saya tidak dapat lihat ada (sebut tentang isytihar harta)," ujarnya.
Tambahnya, tujuan mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta adalah untuk memastikan kekayaan yang dikumpulkan mereka dilakukan secara sah.
Beliau berkata apabila Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah, perkara pertama dilakukan adalah merekodkan harta keseluruhan keluarganya untuk menunjukkan ketelusan.
"Isytihar harta ini untuk memastikan harta yang diperoleh itu adalah secara halal dan teratur. Dan tidak ambil tanah, balak, saham atau projek. Sama ada dia itu Umno, PKR, DAP atau PAS.
"Kalau kita enggan untuk isytihar, orang akan tanya kenapa ada beberapa pemimpin PAS bimbang kerana bila didedahkan kekayaan itu terlalu banyak.
"Ada tanah? balak? saham?" soalnya sambil menambah beliau menyokong usul pengisytiharan harta dibentangkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

KEMPEN TARIK AHLI UMNO SERTAI BERSATU BUKAN SESUATU YANG PELIK


Akhbar Utusan menyiarkan tulisan Roslan SMS yang merasa tindakan Pengerusi Bersatu, Tun M mengajak ahli-ahli Umno untuk menyertai Bersatu sebagai usaha Tun M menyekat kemaraan Anwar sebagai PM ke 8.

Nampaknya begitu dangkal pemikiran Roslan SMS seolah-olah beliau merasakan Tun M masih mengetuai Umno kerana di era Bn sememangnya sesiapa yang berada di atas berpeluang untuk menjadi PM. Maka di dalam.

Umno pemimpinnya akan mengumpul seramai mungkin ahli-ahli dan penyokongnya untuk membawanya naik ke atas. Roslan SMS tidak faham, di dalam PH jumlah keahlian sesebuah parti komponennya tidak diambil kira untuk menentukan jawatan di dalam kerajaan. Kesemuanya dibuat secara muafakat di dalam Majlis Presiden. Contohnya, Parti Amanah tidak mempunyai keahlian yang ramai kerana Amanah parti baru berbanding dengan KEADILAN atau Dap. Wakil Parlimen Amanah pun tidak seramai wakil dari KEADILAN dan Dap.

 Namun, hampir kesemua Ahli Parlimen Amanah diberi jawatan di dalam Kabinet. Bersatu juga sedemikian, bahkan Bersatu dapat jawatan PM. Ertinya, proses di dalam PH lebih harmoni berbanding dengan Bn yang dimonopoli oleh Umno sehingga parti tersebut tersungkur di dalam PRU14 yang lalu.

Pelikkah Tun M mengajak ahli-ahli Umno sertai Bersatu? Semua parti sudah tentu akan mempromosikan parti masing-masing. KEADILAN juga sejak awal penubuhannya ramai disertai oleh bekas ahli-ahli Umno. Apatah lagi di dalam keadaan Umno secara jelas menampakkan kejelikannya dengan berbagai skandal besar melibatkan pemimpinnya, amat wajar ahli-ahli parti tersebut diberikan tawaran untuk berhijrah asalkan bersedia menerima dasar parti yang ingin disertainya. Buat apa tunggu lama di dalam tong taik?

Perkiraan kononnya tindakan Tun M itu adalah untuk menggagalkan usaha mengangkat Anwar sebagai PM ternyata tidak masuk akal. Anwar bakal menjadi PM ke 8 bukan ditentukan oleh ahli-ahli KEADILAN semata-mata, jauh sekali oleh Bersatu. Keputusan untuk meletakkan Anwar sebagai PM ke 8 adakah keputusan Majlis Presiden PH dan termaktub di dalam manifesto PH. Tiada sesiapa boleh mengubahnya kecuali Majlis Presiden yang diwakili oleh pimpinan utama keempat-empat parti dan akhirnya dengan izin yang Maha Esa.

Tidak perlu gusar dengan kemaraan Anwar. Rakyat sememangnya menanti detik Anwar menjadi PM kerana detik itulah menjadi penentu di mana makam yang sesuai untuk disemadikan jasad umno dan Pas.

WFAUZDIN NS

PRESIDEN AMANAH KELANTAN MENANG JAWATAN PENGERUSI KAFA


PENANTIAN siapa pengganti Bibi Ramjani Ilias Khan berakhir apabila Wan Rahim Wan Abdullah diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam Kongres Luar Biasa bagi penggal 2019-2023 yang diadakan hari ini.

Wan Rahim yang juga Presiden Amanah Kelantan pada pengundian awal memperoleh sebanyak 25 undi mendahului Datuk Seri Amril Aiman Ab Aziz dengan 20 undi.

Bagaimanapun, pengundian semula terpaksa dilakukan kerana tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 2/3 untuk jawatan presiden.

Menerusi undian kedua, Wan Rahim memperoleh 28 undi dan Amril hanya mendapat 16 undi sekali gus memberi kemenangan kepada Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) itu.

ISYTIHAR HARTA MP KEMBALIKAN KEYAKINAN PEMODAL ASING

SATU LAGI BUKTI INI BUKAN KERJA ORANG BIASA-BIASA….


Apabila semalam tersebar rakaman cctv di ruang lobi dan menuju ke bilik di Hotel Four Points Sandakan yang dikatakan tempat berlakunya hubungan seks sejenis antara Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan Azmin Ali, satu lagi persoalan segera bermain-main di kepala kebanyakan mereka yang menontonnya.
Persoalan itu bagaimanakah rakaman cctv itu boleh tersebar dan menjadi viral di laman youtube?
Bukankah Hotel Four Points dimiliki oleh rangkaian perhotelan antarabangsa, Sheraton yang sudah tentu mempunyai peraturan yang ketat dari segi keselamatan dan bukan sebarangan orang boleh memiliki rakaman cctv itu?
Dan sekiranya rakaman cctv itu sudah diambil oleh pihak polis sebagai sebahagian daripada proses siasatan mereka, persoalan lain ialah bagaimana pula ia boleh terlepas kepada pihak lain dan seterusnya diviralkan di youtube?
Siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman cctv itu?
Sebelum ini, ketika video seks sejenis yang didakwa melibatkan Haziq dengan Azmin itu tersebar luas, pihak yang menyebarkannya merupakan antara yang dikecam oleh Timbalan Presiden PKR itu.
Beliau menyifatkan ia sebagai percubaan menjatuh dan membunuh karier politiknya.
Sementara Azmin dilihat tidak bersungguh-sungguh menafikan pelaku dalam video itu bukan dirinya, beliau juga langsung tidak berani membuat laporan polis atau menyaman Haziq yang secara terbuka menuduhnya terbabit dalam perbuatan tidak bermoral itu.
Bagaimanapun, bagi kebanyakan orang, yang penting sebenarnya bukanlah bagaimana video itu boleh tersebar, tetapi yang jauh lebih penting ialah sama ada pelaku dalam video tersebut adalah Azmin atau bukan.
Kata mereka, kiranya bukan Azmin pelaku dalam video tersebut atau ia adalah video palsu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak perlu bimbang biar sebanyak mana sekali pun video itu telah tersebar serta ditonton oleh orangramai.
Azmin hanya wajar berasa bimbang dengan penyebarannya video itu jika pelakunya adalah benar-benar dirinya.
Dalam hal ini jika pelakunya adalah Azmin, bagaimanakah rakaman itu dilakukan?
Siapakah yang boleh memasuki bilik seorang menteri untuk memasang alat rakaman?
Maka, sebagaimana bukan orang biasa-biasa yang boleh memasuki bilik seorang menteri dan memasang alat rakaman, sudah tentu bukan orang biasa-biasa juga yang boleh memperolehi rakaman cctv di hotel berkenaan?
Siapakah mereka itu?
Adakah logik Anwar Ibrahim yang tiada kuasa apa-apa mampu melakukannya?
Sekali lagi, selain dari segi logiknya bukan orang biasa-biasa yang mampu melakukannya, yang memberi arahan untuk semua kerja ini sudah pasti juga bukan orang yang biasa-biasa? (Shahbudindotcom 04/07/2019)

Azmin mesti sahut cabaran Haziq di mahkamah






By
Image result for ezam mohd nor


KUALA LUMPUR – Menteri kanan yang dikaitkan dengan salah laku hubungan sejenis sebagaimana terpapar dalam video yang viral sejak kebelakangan ini harus menyahut cabaran lelaki bernama Haziq Abdul Aziz yang mahu menyamankan di mahkamah untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, dakwaan itu menjadi lebih serius kerana ia melibatkan seorang menteri yang dinamakan sebagai Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.
“Kita semua sedia maklum dakwaan salahlaku yang dilemparkan terhadap menteri kanan kerajaan Persekutuan itu baru-baru ini.
“Dakwaan dibuat dengan paparan video dan pengakuan oleh seorang yang bernama Haziq yang juga merupakan seorang penjawat awam di sebuah kementerian kerajaan Persekutuan.
“Isu ini menjadi lebih serius apabila individu tersebut membuat cabaran terbuka untuk menteri yang dia namakan iaitu Menteri Ekonomi untuk menyamannya di mahkamah bagi membuktikan kebenaran dakwaannya,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, semalam.
Menurut Mohamad Ezam, pada hematnya, menteri berkenaan perlu menyahut cabaran itu dan mengambil peluang di mahkamah untuk membuktikan dakwaan itu palsu dan sekali gus membersihkan namanya.
Sebagai seorang menteri kanan, katanya, menjawat jawatan kanan dalam parti pemerintah dan antara tokoh yang disebut mempunyai potensi untuk menjadi perdana menteri, beliau wajib membersihkan namanya di mahkamah secara terbuka kerana menjadi orang nombor satu negara memerlukan imej dan rekod bersih bagi menjamin keutuhan negara tidak tergugat.
“Saya sendiri pernah mengakui potensi beliau sebagai pemimpin khususnya berdasarkan rekod cemerlangnya mentadbir negeri kelahiran saya Selangor dan membantunya di Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
“Namun, apabila dakwaan serius begini tampil, proses membersihkan nama daripada tuduhan berat mesti dilakukan secara telus dan tanpa kompromi.
“Perlu dijelaskan, isu ini bukan hanya sekadar klip video yang tersebar secara rambang tanpa sumber. Ia membabitkan pelaku yang telah membuat pengakuan secara terbuka dan juga telah membuat cabaran secara terbuka,” katanya.
Oleh itu, ujar beliau, ia mesti dijawab dan dijelaskan melalui proses pengadilan yang telus serta adil.
Katanya, dalam Malaysia baharu yang diisytiharkan telus dan sistem pengadilannya tentulah juga adil, sewajarnya setiap warga, apatah lagi pemimpin kerajaan sendiri menggunakan medan yang dihormati dan mempunyai kredibiliti  untuk mencari keadilan dan kebenaran. – MG


Penjualan saham UMNO dalam Media Prima sulit, bukan untuk pengetahuan umum



Bukan sahaja isu istihar harta peribadi nak sorok, sampai harta parti pun cuba nak sorok gak kah...Umno umno...apa la nak jadi

By
Image result for annuar musa



KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, mengunci mulut mengenai penjualan saham sebanyak 11.09 peratus milik parti itu dalam syarikat Media Prima Bhd kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Beliau hanya memaklumkan bahawa UMNO kini sedang dalam proses penstrukturan semula portfolio pelaburan mereka.
“Kami dalam proses penstrukturan semula, kami melihat semula portfolio pelaburan kami, sebagai parti politik kami perlu merancang untuk masa depan.
“Banyak yang dilakukan dengan pelaburan kami, tapi saya tidak boleh berikan komen, ianya sulit. Terpulang kepada mereka yang diberikan tugasan untuk tindakan susulan,” katanya, ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
UMNO masih memiliki pegangan 7.96 peratus dalam Media Prima selepas melupuskan 11.09 peratus sahamnya semalam.
Dalam pada itu, Annuar berkata, urusan perniagaan UMNO sulit  kerana ia melibatkan pemenang saham yang lain.
“Portfolio pelaburan kami adalah perkara dalaman dan melibatkan pemegang saham lain, kami terikat dengan peraturan dan tidak boleh buat kenyataan umum tanpa keperluan,” katanya lagi.
UMNO dilaporkan telah menjual 123.02 juta unit saham melalui Gabungan Kesturi Sdn Bhd kepada Syed Mokhtar.
Saham-saham itu dijual pada harga 60 sen sesaham dengan anggaran jualan bernilai RM73.81 juta.- MG

ANWAR DI PARLIMEN

Di Pameran Produk Koko di Parlimen tadi anjuran Kementerian Industri Utama dalam rangka besar mempromosikan produk berasaskan koko dalam kalangan pihak berkepentingan.



Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan sut

HAZIQ DIPECAT KERANA MENUDUH RASUAH, BUKAN KES SEMBURIT


Sebagaimana yang kita sedia maklum, Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz telah dipecat daripada PKR berkuatkuasa malam tadi.
Keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin PKR itu telah disahkan oleh Biro Politik yang dipengerusikan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Bagaimana berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, Haziq bukanlah dipecat kerana pengakuannya telah melakukan seks sejenis dengan Azmin Ali sebagaimana mungkin disangka oleh banyak pihak.
Haziq sebenarnya dipecat adalah disebabkan membuat tuduhan rasuah tanpa sebarang bukti terhadap Azmin.
Dengan membuat tuduhan sedemikian secara terbuka, Haziq dianggap telah melanggar kod etika parti.
Lalu, bagaimana dengan kes perlakuan seks sejenis yang diakui telah dilakukan oleh Haziq bersama dengan Azmin serta videonya telah tersebar luas sejak tiga minggu lalu?
Kenapa tidak diambil tindakan?
Ataukah PKR mahu menunggu hasil siasatan polis terlebih dahulu sebelum mahu mengambil sebarang tindakan seterusnya?
Tetapi, kiranya siasatan polis mendapati video tersebut adalah tulen dan Haziq pula kini sudah pun dipecat daripada PKR, bermakna ketika itu nanti hanya giliran Azmin saja yang bakal diambil tindakan.
Bermakna nasib Azmin masih lagi belum selamat, walaupun Haziq sudah pun diambil tindakan.
Dalam hal ini Azmin hanya akan selamat jika hasil siasatan polis nanti mendapati video tersebut adalah palsu dan beliau bukan salah seorang pelakunya.
Namun, apakah mungkin begitu hasil siasatan polis berkaitan video tersebut? (Shahbudindotcom 04/07/2019)

MESTECC pantas tangani gejala kesihatan di Pasir Gudang – Bee Yin

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, hari ini sekali lagi menegaskan bahawa kementeriannya bertindak pantas dalam menangani isu gejala kesihatan yang berlaku di Pasir Gudang, Johor. 
Menurut beliau, ratusan pegawai kerajaan dari pelbagai jabatan telah bertungkus lumus mengambil bacaan kualiti udara di daerah tersebut sejak hari pertama insiden berkenaan dikenal pasti. 
“Saya hendak katakan di sini bahawa tindakan (dari kementerian) tidak lambat, tetapi kita tidak dapat lagi mengenal pasti punca spesifik,” katanya pada sidang Parlimen, hari ini. 
Sejak 20 Jun, katanya, sebanyak 172 premis industri telah diperiksa, di mana 98 kompaun telah dikeluarkan, 46 notis arahan dan sembilan premis telah ditahan operasi, manakala sebanyak dua syor tindakan mahkamah telah dikeluarkan. 
Kementerian bersama-sama Kerajaan Negeri Johor juga katanya, telah merangka enam tindakan segera seperti berikut: 
  1. Memperkasakan pemantauan kualiti udara di Pasir Gudang dengan mewujudkan Stesen Pengawasan Gas Pencemar Toksik Otomatik (real time gas detector) melalui pembangunan stesen pengawasan udara; 
  2. Pembelian alat pengukuran gas toksik bergerak seperti GASMET untuk tujuan penguatkuasaan dan pemantauan; 
  3. Membangunkan sistem bagi menganalisis dan menentukan daya dukung (carrying capacity) udara di kawasan perindustrian Pasir Gudang;
  4. Memandangkan Pasir Gudang telah menjadi hub industri terpenting di Johor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang juga akan diwujudkan bagi meningkatkan pengawal seliaan dan penguatkuasaan di kawasan ini; 
  5. MESTECC melalui JAS akan mewajibkan beberapa tindakan pematuhan baharu kepada premis industri di kawasan Pasir Gudang yang antara lain menetapkan agar premis industri memasang alat pemantauan pelepasan secara berterusan (Continous Emission Monitoring System – CEMS); dan
  6. MESTECC akan mengadakan program sekolah angkat oleh industri terutamanya untuk sekolah berisiko tinggi yang dekat dengan kilang kilang, di mana kemudahan seperti alat pengesan gas dan alat pembersih udara dibekalkan oleh pihak industri kepada sekolah angkat. 
Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dibangkitkan ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa kononnya kerajaan seolah-olah lambat bertindak menangani isu berkenaan. 
Kajian terperinci diperlukan
Bee Yin yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP turut membangkitkan cabaran yang dihadapi kementerian dalam mengenal pasti punca sebenar gejala kesihatan di Pasir Gudang yang menurutnya berbeza dengan apa yang berlaku dalam insiden pencemaran Sungai Kim Kim. 
“Pertama, punca pencemaran di Sungai Kim Kim dan lokasi mangsa-mangsa adalah berpadanan dengan air dispersion model yang men-simulasi penyebaran gas mengikut hala tuju dan kelajuan angin. 
“Tetapi untuk insiden ini, lokasi kes-kes adalah sangat jauh antara satu sama lain dan simulasi menunjukkan lokasi mangsamangsa tidak dapat pin-point kepada satu punca pencemaran. 
Tambahnya lagi, bahan kimia yang dikesan dalam sampel darah dan urin mangsa pencemaran Sungai Kim Kim berpadanan dengan punca pencemaran Acrolynitrile, namun dalam insiden Pasir Gudang ujian toxikologi setiap 85 sampel daripada 42 pelajar adalah negatif.
“Ketiga, pelajar-pelajar pada awal insiden Sg Kim Kim menunjukkan simptom apabila bacaan alat pengesan gas adalah tinggi. 
“Manakala untuk insiden kali ini, kebanyakan pelajar menunjukkan simptom sesak nafas dan loya walaupun bacaan hari sebelum ataupun pada masa yang sama pada lokasi yang sama adalah normal,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Bakri berkata, kajian saintifik yang lebih terperinci diperlukan termasuk mengkaji faktor daya dukung (carrying capacity) bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan. 
“Walaubagaimanapun, untuk membuat kesimpulan yang konklusif, kajian carrying capacitydiperlukan dan ia akan mengambil masa 6 minggu untuk diselesaikan,” ujarnya. 
Jelas beliau, terdapat 2,005 kilang berlesen di Pasir Gudang dan 250 darinya adalah kilang berasaskan bahan kimia. 
“Oleh itu, boleh dikatakan persekitaran udara di Pasir Gudang adalah tepu dan sebarang anamoli akan memberi kesan kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asthma. 
“Tambahan lagi, kekurangan zon penampan (buffer zone) antara kilang kimia dengan sekolah juga menjadi cabaran,” katanya.
Katanya lagi, pemantauan berterusan akan dijalankan dan sebanyak 11 sekolah akan dibekalkan dengan alat pengesan gas bagi tujuan kualiti udara.