KEMPEN TARIK AHLI UMNO SERTAI BERSATU BUKAN SESUATU YANG PELIK


Akhbar Utusan menyiarkan tulisan Roslan SMS yang merasa tindakan Pengerusi Bersatu, Tun M mengajak ahli-ahli Umno untuk menyertai Bersatu sebagai usaha Tun M menyekat kemaraan Anwar sebagai PM ke 8.

Nampaknya begitu dangkal pemikiran Roslan SMS seolah-olah beliau merasakan Tun M masih mengetuai Umno kerana di era Bn sememangnya sesiapa yang berada di atas berpeluang untuk menjadi PM. Maka di dalam.

Umno pemimpinnya akan mengumpul seramai mungkin ahli-ahli dan penyokongnya untuk membawanya naik ke atas. Roslan SMS tidak faham, di dalam PH jumlah keahlian sesebuah parti komponennya tidak diambil kira untuk menentukan jawatan di dalam kerajaan. Kesemuanya dibuat secara muafakat di dalam Majlis Presiden. Contohnya, Parti Amanah tidak mempunyai keahlian yang ramai kerana Amanah parti baru berbanding dengan KEADILAN atau Dap. Wakil Parlimen Amanah pun tidak seramai wakil dari KEADILAN dan Dap.

 Namun, hampir kesemua Ahli Parlimen Amanah diberi jawatan di dalam Kabinet. Bersatu juga sedemikian, bahkan Bersatu dapat jawatan PM. Ertinya, proses di dalam PH lebih harmoni berbanding dengan Bn yang dimonopoli oleh Umno sehingga parti tersebut tersungkur di dalam PRU14 yang lalu.

Pelikkah Tun M mengajak ahli-ahli Umno sertai Bersatu? Semua parti sudah tentu akan mempromosikan parti masing-masing. KEADILAN juga sejak awal penubuhannya ramai disertai oleh bekas ahli-ahli Umno. Apatah lagi di dalam keadaan Umno secara jelas menampakkan kejelikannya dengan berbagai skandal besar melibatkan pemimpinnya, amat wajar ahli-ahli parti tersebut diberikan tawaran untuk berhijrah asalkan bersedia menerima dasar parti yang ingin disertainya. Buat apa tunggu lama di dalam tong taik?

Perkiraan kononnya tindakan Tun M itu adalah untuk menggagalkan usaha mengangkat Anwar sebagai PM ternyata tidak masuk akal. Anwar bakal menjadi PM ke 8 bukan ditentukan oleh ahli-ahli KEADILAN semata-mata, jauh sekali oleh Bersatu. Keputusan untuk meletakkan Anwar sebagai PM ke 8 adakah keputusan Majlis Presiden PH dan termaktub di dalam manifesto PH. Tiada sesiapa boleh mengubahnya kecuali Majlis Presiden yang diwakili oleh pimpinan utama keempat-empat parti dan akhirnya dengan izin yang Maha Esa.

Tidak perlu gusar dengan kemaraan Anwar. Rakyat sememangnya menanti detik Anwar menjadi PM kerana detik itulah menjadi penentu di mana makam yang sesuai untuk disemadikan jasad umno dan Pas.

WFAUZDIN NS

No comments: