UMNO KECOH DI SEBERANG JAYA.


MAKLUMAT DITERIMA JAM 12 45 TADI MENYATAKAN BAHAWA SEBAHAGIAN BESAR AHLI UMNO AKAN BERKUMPUL DI HOTEL SUNWAY SEBERANG JAYA UNTUK MENGADAKAN SIDANG AKHBAR UNTUK MENDESAK PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN DAN MENGHALANG DARI MELANTIK KHAIRI JAMALUDDIN SEBAGAI MENTERI PENUH.



JAM 4.30 PETANG- SEMUA AHLI YANG BERKUMPUL TELAH LARI LINTANG PUKANG KERANA BERITA INI TELAH DIKETAHUI OLEH KHAIRI DAN MEREKA KEMUDIANNYA TELAH MENGHALANG MUKHRIS MAHATHIR DARI HADIR KE HOTEL TERSEBUT.KHAIRI TELAH MENGARAHKAN PAKEDA MENGAMUK DAN KINI MEREKA BERKUMPUL DI HOTEL PEARL VIEW CHAILENG PARK PRAI.

MUKHRIS TIBA DAN HANYA BERCAKAP SELAMA 5 MINIT DENGAN MELUAHKAN KATA-KATA "KITA MESTI MENDESAK PAK LAH LETAK JAWATAN KERANA , INGIN MENYELAMATKAN UMNO DARI TERUS BERPECAH" MAJLIS KEMUDIANNYA BERSURAI.



KOMEN WEBMASTER


HA...ha....ha...inilah stail UMNO,masa perhimpunan tak mahu berbincang dan memprotes kerana teloq kecut semua. Pas tu mula nak berhimpun...Alaaaaa Pak Lah hang jangan takut...lah paling lama pun 2 minggu sahaja. Macam tu lah yang terjadi pada Anwar dulu.Orang UMNO dan kawankawan UMNO yang DSAI sayang dan kenyang terus cabut menghilang.Yang tinggal hanya yang memang nampak bahawa UMNO ni untuk parti bagi orang-orang yang dah tak ada gigi........labu....labu.....

AKAN DIMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI........

NAJIB JUGA PATUT BERUNDUR

PERMATANG PAUH 10 Feb 2008 -Kenyataan Najib Razak sewaktu melawat Permatang Pauh beberapa hari sebelum pilihanraya dengan menyatakan bahawa Permatang Pauh dan Machang Bubuk harus disingkirkan membuktikan bahawa beliau juga gagal untuk merancang dan mengatur strategi dalam politik tanahair.

Kini jika Pak Lah berundur, najid juga akan membawa padah yang lebih teruk kepada UMNO kerana najib dikaitkan dengan berbagai skandal yang melibat wanita, skandal terbesar kewangan pembelian senjata , malahan beliau juga dikaitkan dengan kematian Altantunya Syaribu.

Bahawa Najib juga harus tidak menjadi bebanan kepada UMNO kerana ianya juga dikaitkan dengan berbagai skandal yang masih menjadi rahsia yang belum dibongkar dan ini akan menyebabkan Barisan Rakyat yang semakin kukuh akan mempersendakan UMNO dan kemungkinan UMNO akan harus menjadi sebuah parti yang di kuasai oleh golongan tua.

Puncak kepada kejatuhan UMNO bermula dengan pemecatan DSAI, Maka punca itulah yang harus dirungkai dan bagaimanakah UMNO harus boleh meyakinkan semula orang-orang Melayu untuk menerimanya. UMNO tidak bersalah, tetapi yang bersalah ialah yang mengemudikannya.

Maka kerana itu, selamat tinggal UMNO.

KENYATAAN AKHBAR DSAI


Hari ini, melalui kertas undi, anda telah mendengar suara hati anda dengan sepenuh tekad bahawa masa untuk perubahan sudah tiba.

Rakyat Malaysia telah bersuara. Ini adalah detik bersejarah, yang luar biasa dalam sejarah negara kita.

Hari ini lebaran baru telah dibuka. Rakyat telah mengundi dengan berani dan terbuka untuk melangkah ke satu era di mana kerajaan yang dibentuk mestilah bersifat terbuka dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya adalah satu rakyat yang bersatu.

Rakyat telah meluahkan tanpa sebarang ragu bahawa mereka tegas mahukan akauntabiliti, ketelusan dan kedaulatan undang-undang.

Hari ini, perpaduan dan persefahaman bersama antara rakyat telah menang.

Esok, kita akan memulakan gerak kerja untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk rakyat Malaysia, dengan saling berpimpin tangan dan berganding bahu ke bahu.

Inilah harapan baru untuk Malaysia!


ANWAR IBRAHIM



--------------------------------------------------------------------------------

A NEW DAWN FOR MALAYSIA

My fellow Malaysians,

Today at the ballot box, you listened to your heart with the firm conviction that the time for change has arrived.

The people of Malaysia have spoken. This is a defining moment, unprecedented in our nation’s history.

Today a new chapter has opened. The people have voted decisively for a new era where the government must be truly inclusive and recognize that all Malaysians, regardless of race, culture and religion are a nation of one.

The people have expressed in no uncertain terms that they want accountability, transparency and the rule of law.

Today unity, consensus, and mutual respect triumphed.

Tomorrow, we start working to build a brighter future, hand in hand, shoulder to shoulder.

This is a new dawn for Malaysia.

BN SILAP MEMPERKECILKAN ANWAR

SESUDAH pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.

Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.

BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.

Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka dilihat sebagai seorang tua yang tidak memahami kehendak rakyat muda dan mempermainkan agama dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.

Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.
Misalnya:

1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”; dan berterus -terusan menghina Anwar Ibrahim seolah-olah Anwar melawan kerajaan BN

2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;

3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;

4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.”; Maka kami akan tetap mengingati beliau sebagai Menteri Penerangan yang paling biadap dan bangang dalam sejarah Menteri penerangan Malaysia

5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan

6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.

7. Menteri dan pemimpin UMNO dilihat berlagak dan sombong dengan rakyat, malahan tidak mahu bergaul dengan masyarakat terbanyak, tetapi membiarkan diri dikelilingi oleh para kaki ampu,peniaga kroni, suku sakat,tidak memperdulikan saudaramara dan masyarakat kampung,angkuh,sombong,jahil tidk mencerminkan seorang yang bijak dan dekat kepada masjid.

Sekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.

Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir40 tahun sebagai wartawan /(10 tahun) sebagai blogger dan menulis di ruang-ruang internet , saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti,kerana menyalahgunakan kuasa kerana dendam kesumat kerana menyokong dan menuntut hak sebagai seorang rakyat marhaen.

Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.

Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.

Malahan menteri kabinet dapur yang paling dibenci rakyat ialah yang kalah termasuk Shahrizat Jalil,Zainuddin Maidin,Aziz Shamsudin,Sammy Vellu,Hishammudin Hussein,Najib Razak,Andan Mansor,Rafidah Aziz, yang bukan sahaja dilihat tidak cekap, malahan hanya untuk memperlekehkan kuasa rakyat.(blogger)

Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa.

Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa.

Sebagai Blogger, kami juga akan bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat dan berkongsi pandangan dan maklumat dengan rakyat. Jika Barisan Rakyat gagal melakukannya kami juga tidak teragak-agak untuk melakukan sebaliknya kerana kami bukan NGI-Non Goverment Individual.


Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN. ???????
- A Kadir Jasin/Blogger WRLR

09.03.2008

PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI PKR TUNGGAK UTAMA KEJAYAAN PARTI


PERMATANG PAUH-8hb 2008 Sesungguhnya kejayaan pembangkang atau panggilan mesranya BA telah berjaya menjadikan negeri Pulau Pinang antara beberapa buah negeri yang menjadi tunggak kepada kebangkitan pembangkang.Selain kejayaan besar DAP, tunggak utama PKR dalam badan perhubungan negeri ialah En Mustaffa Kamal atau lebih mesra di panggil Pak Mus yang menjadi nadi utama PKR negeri yang berjaya mendapat 9 DUN dan 4 Parlimen.

Beliau bukan sahaja berjaya mengatur program dan terlibat dalam urusan penentuan dan cadangan calon-calon yang bertanding, tetapi menjadi wakil perhubungan antara DSAI parti.Sesungguhnya kejayaan pasukan badan perhubungan negeri dengan kemenangan calon-calon yang diletakkan semuanya merupakan persetujuan antara Presiden dan juga sokongan dan cadangan beliau untuk mengatur program dan juga perkara yang terlibat dengan parti.

KERAJAAN BARU DIBENTUK-DAP 19 PKR 9 PAS 1

BATU KAWAN P46- PROF P. RAMASAMY - DAP KOH TSU KOON TEWAS
PERMATANG PAUH P44- DR WAN AZIZAH -PKR
NIBONG TEBAL P47-TAN TEE BENG - PKR
BAYAN BARU P52- DATO ZAHARIN -PKR


N20-SUNGAI BAKAP- PKR
N18-TAMBUN MENANG PKR
N36-PANTAI JEREJAK PKR
N17-BUKIT TENGAH PKR
N14-MACHANG BUBOK PKR
N12-PENANTI PKR
N11-PERMATANG PASIR PAS
N37-BATU MAUNG - PKR


KHABAR ANGIN 26 KERUSI NEGERI TELAH DIMENANGI

MAKLUMAT TERKINI BA DI PULAU PINANG

BATU KAWAN P46- KOH TSU KOON TEWAS

JAGALAH ADAB SEMASA MENYAMBUT KEMENANGAN B.A

PERMATANG PAUH-Jika kita menang,maka kita perlulah menjaga adab semasa menyambut kemenangan.Janganlah kemenangan itu disambut dengan penuh gembira sehingga kita lupa bahawa tindakan kita adakalanya boleh mencetus provokasi di pihak yang lain.Ini harus kita ingat, kerana jika ianya berlaku maka ,kita akan kerugian.

AKAN DISIARKAN DARI MASA KE SEMASA SEBARANG MAKLUMAT

WEBMASTER AKAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MENYIARKAN SEBARANG PERKEMBANGAN TERKINI.

MAFREL DI BALAI POLIS KUBANG SEMANG

3 Disyakki pengundi hantu di tangkap.Sehingga kini belum ditentukan keadaan, namun menurut maklumat yang diterima pihak yang sama telah cuba mengundi disebelah pagi dan datang semula disebelah petangnya. Ini menimbulkan keadaan yang kurang menyenangkan dari pihak BA.




ANWAR DAN WAN AZIZAH LAWAT KAWASAN TEGANG













BUKIT INDERA MUDA 8hb -Dato Seri Anwar melawat kawasan tegang setelah berlaku sedikit insiden kecil yang memaksa pihak FRU hadir bagi menyelesaikan masaalah tersebut. Kejadian itu tidak mendatangkan sebarang masaalah kerana ianya adalah provokasi dari pihak pemuda UMNO untuk membuat kacau bilau dikawasan tersebut.


SUASANA TEGANG DI PERMATANG PAUH

dilaporkan suasana agak tegang di Permatang Pauh.pihak FRU telah berada di Bukit Indera Muda.

SUASANA PANAS TERKINI DI KAWASAN UNDI DI PERMATANG PAUH





















LAGI GAMBAR-GAMBAR AKAN MENYUSUL.KLIK IMAGE YANG LEBIH BESAR.
BERITA AKAN MENYUSUL JAM 3 PETANG.
MAKLUMAT TERKINI.: Seorang Indonesia telah ditahan petugas.Manakala ada nama yang telah di undi oleh orang lain.


















DSAI HADIR BERKEMPEN DI SG DUA PARLIMEN KEPALA BATAS









SG DUA Tasek Gelugor-7HB suasana semalam seakan-akan parlimen Tasek Gelugor juga akan tersungkur.Jika dilihat kepada suasana sambutan dari kaum cina dan india,sokongan luar biasa ini akan menjadikan Parlimen yang diwakili oleh Bekas Pengarah Pendidkan negeri Ismail Salleh akan mencapai kemenangan yang selesa.





WAN AZIZAH BERKEMPEN DI SAAT AKHIR DI PASAR MALAM BERJUMPA RAKYAT



PERMATANG PAUH 7HB Mac- Kempen di saat akhir oleh presiden keadilan di Permatang Pauh ditemani anakanda beliau Nurul Hana berjumpa masyarakat setempat.Beliau yang di jangka mempertahankan kerusi Perlimen beliau dijangka mendapat tentangan hebat dari "pengundi khas' yang dibawa UMNO.


SUASANA TERKINI DI PERMATANG PAUH










JALAN UTAMA.DISINI KEKUATAN BA 90%

















KEKUATAN INI TELAH BERSEDIA SEJAK 3 MINGGU LALU. DAN TELAH DIKERAHKAN KELOKASI DI SEKITAR PERMATANG PAUH BEBERAPA KALI AKIBAT INSIDEN KECIL.

SEMBAHYANG HAJAT UNTUK KEMENANGAN PARTI ISLAM DAN SEKUTUNYA




KUBANG SEMANG-7hb-Selepas solat Jumaat sebentar tadi ,imam solat telah mengadakan solat hajat secara berama-ramai bagi memohon kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada calon-calon BA di Permatang Pauh dan diseluruh negara.
Beberapa buah masjid lagi juga turut bersembahyang hajat memohon agar Tuhan memberikan jalan yang mudah untuk mencapai kemenangan menewaskan yang munafik dan membenarkan yang batil untuk memerintah negara ini.
Ini berikutan terdapat maklumat terutamanya di Permatang Pauh N10 Seberang Jaya di mana kekuatan dan sokongan dari kaum cina dan kaum india menurun. Sebagai langkah bagi memenangkan arlimen Permatang Pauh pihak BN telah bersiap sedia dengan cuba embawa masuk pengundi khas dari Bukit Merah.

HARI HARI TV SERANG SAYA-NAMUN SAYA BANGKIT UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT


Anwar Ibrahim bukan satu nama kecil di persada politik negara.Kesilapan mencongak oleh Abdullah Ahmad diatas pembebasannnya dan kealpaaan meminggirkan beliau dari arena politik tanah air menjadikan kini Barisan Nasional sebagai cacing kepanasan. Meskipun mampu untuk menguasai kerajaan pada pilihanraya ini, namun kelibat Anwar diserata ceruk kampung masih gagal di lakukan oleh mana-mana ahli-ahli politik pemerintah dan pemimpin negara ini.Semalam beliau berucap dihadapan puluhan ribu orang di bandaraya Kuala Lumpur,yang boleh dilihat melalui saluran nternet you tube, hari ini beliau di tepat kelahirannya.mungkin lusa di timur negara dipedalaman dan lusanya pula di Selatan tanah air.Semangat juangnya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah yang membuatkan beliau di serang habis-habisan walau beliau bukanaya melawan seorang diri.Terdapat 3 parti pembangkang yang kuat PAS yang didominisikan oleh orang Islam, DAP oleh kaum cina dan terlalu sedikit kaum india, dan PKR parti golongan reformais yang mahukan perubahan dalam negara ,yang terdiri dari berbagi kaum lahir dari kemelut pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri di zaman Mahathir.


Setelah dibebeaskan pada tahun 2003 yang lalu dan setelah ke Jerman mendapatkan rawatan yang didakwanya sebagai kerja-kerja bajingan Rahim Nor mantan ketua polis negara yang menerajangnya, kini beliau tampil gagah bagi mengusik ketenteraman kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir negara ala diktaktor Suharto dengan regim yang menguasai hampir seluruh sistem penyiaran negara, mujur jugalah adanya sistem internet di Malaysia kerana dengan tidak secara langsung maklumat masih dapat disebarkan ke kawasan-kawasan luar bandar walau ianya masih lagi tidak dapat dikuasai oelh penduduk pedalaman dan kampung-kampung di Malaysia.


Ketika berucap semalam di Kuala Lumpur, beliau menegaskan betapa penurunan harga minyak bukan punca sebenarnya kenapa boleh berlakunya negara menjadi muflis sebagaimana yang didakwa oleh Abdullah Ahmad dan jentera partinya, malahan Anwar mendakwa bahawa hanya korupsi sahaja yang akan menjadikan negara ini muflis, dengan terus mendakwa bahawa pembelian jet sukhoi dan kapal selam scorpion yang mana kerajaan didakwa melakukan rasuah sebanyak 1 billion ringgit wang komisyen dari hasil perjanjian pembelian tersebut.


Anwar seterusnya bertanyakan kepada umum di rapat pertemuannya semalam dengan bertanyakan soalan kepada rakyat sama ada mereka memerlukan koridor yang dihebah-hebahkan kerajan atau mahukan penurunan harga minyak,sama ada mereka mahukan peralatan ketenteraan yang canggih-canggih atau mahukan pendidikan percuma.


Kerajaan masih dilihat gagal untuk menempis kenyataan Anwar berhubung pernyataannya bahawa kerajaan adalah punca kepada segala masaalah rasuah yang terjadi dan kenapa FDI tidak mahu masuk,Beliau juga mendakwa bahawa jika beliau memerintah, dalam seminggu sahaja beliau pasti akan dapat membawa berbillion ringgit pelaburan dari negara-negara timur tengah yang mana dalam lawatan beliau ke negra-negara tersebut, ada beberapa pelabur tycoon dari negara itu yang mahu melabur di Malaysia.


Esok adalah hari penentuan sama ada rakyat Malaysia mahukan perubahan atau pun masih takut-takut untuk memangkah pembangkang. walau ini dilihat gagal sukar menukar pemerintah atas dakwaan kekuranagn maklumat dan kakitangan kerajaan yang masih takut-takut atau ditakutkan dengan ugutan agar memihak kepada meraka, namun masih ada kakitangan kerajaan pemerintah yang tidak akur akan amaran secara tidak langsung dan yang mahu akan hak-hak mereka sebagai sebuah negara demokrasi ala Malaysia.


Isteri anwar dilihat akan dapat mempertahankan kerusinya jika semua percaturan yang dijalankan , kerana aura Anwar sendiri. Walau pun dilihat dari jentera gerak kerja parti pimpinannya masih terkapai-kapai, namun semangat juag rakyat lah yang akan memenangkan beliau.


SELAMAT MENGUNDI


RAMLI BERKEMPEN UNTUK PASTIKAN KEMENANGAN


Seberang Jaya 6 Lewat malam tidak menjadi soal.Beliau kesana sini dengan bermodalkan semangat dan keazaman untuk menang.Namun mungkinkah pengorbanan beliau tidak dilihat kerana khabarnya pengundi hantu sedia untuk menjahanamkan semuanya.


Semalam di Taman baru, satu tempat yang dahulunya tidak apat ditembusi oleh Parti Keadilan ,namun kini ianya berbeza kerana dengan semangat dan dokongan dan sokongan rakyat tempatan, mustahil kemenangan tidak dapat dicapai.Kita cuba sedaya upaya dan serahkan kepada Tuhan untuk menentukan.Apa yang pasti kita perlu menyedarkan masih ramai diluar sana yang dungu dan tidak ambil peduli akan apa yang berlaku kerana hanya memikirkan diri sendiri, perut dan dibawah perut sendiri.

RUMAH RA.... . .SHIT DISIMBAH CAT


KUALA LUMPUR 6HB 2008 -Rumah pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini disimbah cat warna merah, dipercayai sebagai bantahan keputusannya membatalkan pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi.
Kejadian itu, dipercayai awal pagi atau tengah malam tadi, diketahui hari ini oleh pekerja rumahnya di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur.Abdul Rashid memberitahu Malaysiakini, beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.Perbuatan menyimbah cat merah bahagian pagar rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, lapor laman web Utusan Malaysia.
Abdul Rashid bagaimanapun hanya menyedari perkara itu pada pukul 7.30 pagi ini ketika beliau menunggu pemandunya untuk keluar menuju ke pejabatnya.Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mengulas kejadian itu menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenainya.SPR kelmarin membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal, hanya empat hari sebelum pengundian pada Sabtu ini.Pengumuman mengejutkan itu dibuat pada satu sidang akhbar di yang turut dihadiri ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan juga Musa.Beberapa hari sebelumnya, pembangkang menegur SPR yang kelihatan berat hati untuk memperkenalkan penggunaan dakwat tersebut.Susulannya, beberapa pemimpin utama badan pemantau yang diiktiraf SPR, Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), termasuk pengerusinya Abd Malek Hussin, menarik diri sebagai pemerhati pada 8 Mac ini.
LAAAAAA....NASIB BAIK CAT......KALAU DI LUAR NEGARA SANA SAH DI BOMNYA ...TAPI KITA RAKYAT YANG SAYANGKAN NEGARA KITA,.....NANTI KATA KITA PENGGANAS PULAK.TAK MENGAPA BIAR TUHAN SAHAJA YANG MELAKNAT DIA.AKAN TIBA JUGA SATU HARI NANTI SEBAGAIMANA YANG TERJADI KEPADA
MOKHTAR DUGONG
DR RISTINA MAJID
ISTERI AZIZAN
ISTERI AZIZ SHAMSUDIN
CUMA BEBERAPA PELAKON UTAMA LAGI YANG BELUM MENERIMA PEMBALASAN TUHAN DIATAS KES ANWAR IBRAHIM..........INGAT RASHIT.....JANGAN MAIN-MAIN DENGAN DOA DAN SEMBAHYANG HAJAT KEPADA ORANG YANG TERANIAYA DIATAS PERBUATAN KAMU MENIPU SELURUH RAKYAT MALAYSIA......

SAMAN ANWAR SAMAN JANGAN KASI CHAN


RM10mil law suit against Khairy, Chandra



K Kabilan Mar 5, 08 4:19pm




PKR de facto leader Anwar Ibrahim has instructed his lawyers to initiate defamation proceedings against Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin and former PKR deputy president Chandra Muzaffar over their recent remarks against him.Apart from a public apology, he is also seeking RM10 million from each for allegedly tarnishing his reputation.


Anwar’s lawyer SN Nair (photo) yesterday sent demand letters to Khairy and Chandra, asking them to retract the offending remarks and to give an undertaking that they will not repeat the allegations and comments.Nair pointed out that Khairy (photo), during a ceramah on Feb 20 in Lembah Pantai, had given listeners the impression that Anwar is a homosexual, and a man of low morals who also has no Islamic values.“The allegations in the articles and the comments against our client amount to a very serious libel on our client and have caused him considerable distress and embarrassment in the light of the case against our client in PP v Dato’ Seri Anwar Ibrahim whereby he was acquitted,” said Nair in the demand letter to Khairy. “These allegations made against him are false and your attack on him is wholly unjustified.”In the other letter, Nair similarly said Chandra’s comments as published in the New Straits Times on March 4 implied that Anwar “was and is promoting and inciting racial hatred amongst the races in Malaysia” and had committed criminal offences of sedition.Nair was referring to remarks made at a forum on March 3Chandra (photo)
had reportedly said that, based on his personal experience with Anwar, the latter would not be the right choice as prime minister.Chandra went on to say that Anwar is deceiving the public with his multi-racial attitude and that he is now "speaking differently" from when he was in government.Anwar had been sacked in September 1998 from all his government and Umno posts by then premier Dr Mahathir Mohamad. He was later convicted of corrupt practice and jailed for six years, but another conviction for sodomy was overturned on appeal.48 hours to respondNair said Khairy and Chandra were “grossly negligent and reckless” in their remarks, with the intention to expose Anwar to public hatred and ridicule.He also said the duo were moved by bad faith and were seeking cheap publicity and sensationalism by making the remarks.“These allegations made against him are false and malicious and your attack on him is wholly unjustified,” Nair wrote in the letter.Khairy and Chandra have been given 48 hours - until tomorrow - to reply, failing which “our instructions are to institute legal proceedings”.Another former ally, KS Nallakaruppan, has also spoken to the media, criticising Anwar as caring only about himself. Barisan Nasional head Abdullah Ahmad Badawi joined the fray yesterday, claiming that Anwar had done nothing for the people when he was education minister.Backing for AnwarHowever, Anwar’s PKR colleagues and other allies rose to his defence today.PKR deputy president Dr Syed Husin Ali said the attacks only demonstrated “that his message of hope for a better Malaysia is resonating with an exponentially increasing number of Malaysians”.“The timing of these statements that are continuously highlighted in the BN-owned media unfortunately raise serious questions as to each accuser's motives and integrity,” he said.“I have known Anwar personally since he was a student in Universiti Malaya during the period I was teaching there.“(I) can bear witness that, whatever his choices throughout his political career, Anwar has consistently stood for the rights of the downtrodden and for integrity in public office.”Malaysian Democratic Party secretary-general Wee Choo Keong also lambasted Chandra for allowing himself to be manipulated by the BN in casting aspersions on Anwar and to indirectly influence Malaysians not to support the opposition.“We call upon Chandra to carry on being an armchair critic in his academic 'prison' and to immediately stop insulting the intelligence of the public,” said Wee who is contesting the Wangsa Maju parliamentary seat under the PKR banner.

YB FAIROS BERKEMPEN DI SERATA TEMPAT





PERMATANG PAUH-4HB Bakal YB Penanti Yb Fairos giat berkempen untuk menentukan kemenangan yang pasti dengan berkempen dari satu kampung ke satu kampung dan dari markas ke satu markas bagi menerangkan tentang betapa negara dan krisis yang dihadapi kini.Beliau yang berkelulusan sarjana menghuraikan tentang peratus kenaikan harga barang dan kenaikan indeks pengguna kepada masyarakat dan kenapa BN/UMNO harus ditolak untuk mebuktikan kemenangan dan Pulau Pinang jatuh ketangan pembangkang dan logiknya menolak BN/UMNO.


Sementara itu, menurut maklumat yang didapati setiap markas UMNO yang ditubuhkan di hadapan rumah pemilik akan diberi ganjaran RM3000 dan inilah yang menjadikan markas UMNO tidak ada penghuninya.Kalau ada pun ianya boleh dibilang dengan jari.Gambar tidak dapat disiarkan kerana ingin menjaga keselamatan kerana pemuda UMNO bertindak agresif jika orang yang tidak dikenali mengambil gambar markas mereka.Inilah budaya UMNO,lagak ala-ala samseng, dan kita memuji pemuda kita kerana lebih matang,profesional dan tahu akan menghormati tetamu.

Dari segi kempen dan cara menyampaikan maklumat, selain Tv dan video , malah jika dilihat dan dilawati kebanyakkan tempat, dan markas , kebanyakkan nya menggunakan skrin untuk menyiarkan ceramah-ceramah dari pemimpin BA kerana hanya inilah caranya parti-parti pemangkang menerangkan kepada masyarakat dan agenda politik.Ianya jauh berbeza dikala semua rangkaian milik pemerintah hatta pihak astro juga turut membantu kempen bagi pihak pemerintah, pembangkang hanya menggunakan skrin besar dan ramai yang datang.







Permatang Pauh bemandikan poster, dan yang pastiya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kedua -dua pihak giat berkempen, namun yang pasti di Permatang Pauh, ianya memihak kepada pihak BA dan dijangkakan DUN Penanti dan Sbrg Jaya khasnya bakal membuat kejutan.

















Poster yang ditujukan kepada Hishamuddin di Permatang Pauh.



UMNO/BN fobia dengan poster ini.Anwar kali ini tidak ke penjara Sungai Buloh tetapi bakal ke parlimen.InsyaAllah dengan izin Tuhan .Lihat bendera di jalan raya.

GAMBAR GAMBAR TERHANGAT


























POSTER TERHANGAT