PRESTASI MB N9 ADALAH CEMERLANG...ORANG NAK SAKAW PUN TAK BOLEH.

 

Mohd Yusri Ibrahim





Prestasi MB Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Aminuddin, secara umumnya cemerlang, khususnya dalam aspek tadbir urus, rangsangan ekonomi serta hasil negeri.







Namun selepas menjelajah hampir separuh Negeri Sembilan, didapati populariti beliau dalam kalangan pengundi tidak sepadan dengan prestasi baik yang dipamerkan.


Pengundi tidak memuji beliau secara organik, tidak menyebut pencapaian baik beliau, pendek kata tidak cukup popular dalam kalangan pengundi akar umbi.


Dengan kata lain, prestasi cemerlang Tokmin dan kerajaan negeri kurang merangsang momentum sokongan terhadap PH, sekurang-kurangnya pada fasa awal kempen ini.


Ini berbeza dengan Johor tempoh hari.


Apabila kami turun ke lapangan, pengundi secara spontan dan organik memuji MB Johor, Datuk Onn Hafiz, sekaligus menyatakan kesediaan mengundi BN untuk mengekal Johor di bawah kepimpinan UMNO.


Ini antara dapatan awal observasi kami untuk PRN Negeri Sembilan ini, banyak lagi dapatan lain seperti baung dan itik salai masak lemak cili api yang saya tidak cadang untuk kongsikan kepada publik.






NEGERI SEMBILAN MENJADI MEDAN PENENTU POLITIK NEGARA – MAMPUKAH BN-PN MENCIPTA TSUNAMI BAHARU ATAU PH TERUS KEKAL BERKUASA?





Oleh: Shahbudin Embun

Penganalisis Politik


Proses penamaan calon PRN Negeri Sembilan 2026 telah pun selesai. Dengan itu, medan perjuangan kini beralih kepada pentas kempen yang bakal menentukan siapakah yang akan diberi mandat mentadbir Negeri Sembilan bagi tempoh lima tahun akan datang.


Walaupun pelbagai pihak mula membuat ramalan yang memihak kepada gabungan politik masing-masing, saya berpandangan bahawa PRN Negeri Sembilan masih merupakan pertandingan yang sangat terbuka dengan peluang sekitar 50:50. Tiada mana-mana gabungan boleh mendabik dada bahawa kemenangan sudah berada dalam genggaman.


Berdasarkan pemerhatian awal, BN yang kini bekerjasama dengan PN dilihat memasuki pilihan raya ini dengan keyakinan yang tinggi. Kemenangan besar dalam PRN Johor baru-baru ini telah memberikan suntikan moral kepada penyokong dan jentera mereka.


Di beberapa pusat penamaan calon, kehadiran penyokong BN-PN juga kelihatan lebih memberangsangkan. Walaupun jumlah penyokong pada hari penamaan calon bukan ukuran mutlak keputusan pilihan raya, ia tetap memberi gambaran awal mengenai tahap kesiapsiagaan jentera parti.


Kerjasama BN-PN turut dijangka memberi kelebihan di kawasan majoriti pengundi Melayu, khususnya di kerusi-kerusi yang mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu. Sekiranya berlaku pemindahan undi secara berkesan antara kedua-dua gabungan, beberapa kerusi marginal berpotensi berubah tangan.


Namun demikian, Pakatan Harapan tidak boleh dipandang ringan. Sebagai kerajaan negeri yang telah mentadbir Negeri Sembilan selama beberapa penggal, PH memiliki beberapa kelebihan strategik yang sukar dinafikan.


PH mempunyai rekod pentadbiran yang boleh dinilai oleh rakyat, jentera akar umbi yang telah lama bertapak, serta kelebihan sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan yang membolehkan pelbagai dasar dan inisiatif Kerajaan MADANI diketengahkan sepanjang kempen.


Faktor ini memberi kelebihan tertentu kepada PH, terutama di kawasan bandar, separa bandar dan kawasan yang telah lama menjadi kubu tradisi mereka.


Dalam masa yang sama, beberapa isu dijangka mempengaruhi corak pengundian, antaranya kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan negeri, kestabilan politik, hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, serta isu-isu tempatan yang dekat di hati rakyat Negeri Sembilan.


Pengundi atas pagar dan pengundi muda dijangka menjadi kumpulan penentu. Mereka lazimnya membuat keputusan pada saat-saat akhir berdasarkan prestasi calon, pendekatan kempen dan keyakinan terhadap hala tuju kerajaan yang bakal dibentuk.


Apa yang menarik, keputusan PRN Negeri Sembilan bukan sekadar menentukan siapa yang mentadbir negeri ini, malah akan menjadi petunjuk penting kepada landskap politik nasional. Keputusan ini akan dinilai oleh semua parti politik sebagai ukuran kekuatan sebenar gabungan masing-masing selepas beberapa perubahan besar dalam politik negara.


Jika BN-PN berjaya mencipta kemenangan, ia pasti akan meningkatkan keyakinan gabungan tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 serta mengubah naratif politik semasa.


Sebaliknya, sekiranya PH berjaya mempertahankan Negeri Sembilan, ia akan mengukuhkan keyakinan bahawa gabungan tersebut masih mendapat sokongan rakyat dan kekal relevan sebagai peneraju kerajaan di peringkat negeri serta Persekutuan.


Kesimpulannya, saya berpandangan bahawa tiada mana-mana pihak boleh berasa terlalu selesa. Tempoh berkempen yang bakal berlangsung inilah yang akan menentukan arah sebenar sokongan rakyat.


Akhirnya, kemenangan tidak akan ditentukan oleh laungan slogan atau kehadiran penyokong pada hari penamaan calon semata-mata. Sebaliknya, ia akan ditentukan oleh kualiti calon, kekuatan jentera, keberkesanan kempen serta kebijaksanaan rakyat Negeri Sembilan membuat pilihan di peti undi.


PRN Negeri Sembilan 2026 bukan sekadar pertarungan merebut Wisma Negeri, tetapi medan yang bakal memberi isyarat jelas tentang arah tuju politik Malaysia menjelang PRU-16.





KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA HARAPAN AMH GESA MENTERI & TIMBALAN MENTERI BN LETAK JAWATAN

 


KENYATAAN MEDIA

ANGKATAN MUDA HARAPAN


AMH GESA MENTERI & TIMBALAN MENTERI BN LETAK JAWATAN


19 Julai 2026


1. Angkatan Muda Harapan (AMH) menggesa semua Menteri & Timbalan Menteri Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan jawatan daripada kabinet, susulan

perkembangan politik terkini yang menyaksikan BN secara terbuka mengadakan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di Johor dan Negeri Sembilan.


2. AMH berpendirian bahawa tindakan BN yang sanggup bekerjasama dengan PN secara terbuka merupakan bukti jelas bahawa BN tidak menghargai kepercayaan serta kedudukan yang diberikan oleh PMX kepada mereka dalam Kerajaan Perpaduan, malahan mereka lebih cenderung kepada percaturan politik sempit demi kepentingan jangka pendek.


3. AMH menempelak kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan secara terbuka bahawa sokongan pengundi kepada calon BN dan PN di peringkat negeri merupakan medan uji formula dan berpotensi diterjemahkankepada skala nasional menjelang PRU16.


4. Pengakuan Pengerusi BN menunjukkan bahawa kerjasama BN-PN tersebut bukan lagi bersifat sementara atau taktikal, sebaliknya merupakan persediaan ke arah pembentukan jajaran politik baharu yang menimbulkan persoalan serius terhadap

komitmen BN dalam Kerajaan Perpaduan.


5. Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan. Kenyataan sebegini secara jelas menunjukkan bahawa BN ternyata tidak lagi menghargai semangat kerjasama dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan, meskipun memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beberapa jawatan menteri, dan jawatan-jawatan penting lain dalam Kerajaan Perpaduan.


6. Hakikatnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor telah sekian lama diterajui oleh gabungan PH. Namun, PH tetap memperuntukkan jawatan EXCO

kepada BN selepas PRN 2023 demi menghormati semangat Kerajaan Perpaduan.


7. Tindakan BN yang berulang kali menguji kesabaran rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan menimbulkan persoalan serius terhadap komitmen sebenar BN.


8. Sehubungan dengan itu, AMH menggesa semua Menteri dan Timbalan Menteri daripada BN meletakkan jawatan dengan kadar segera, agar BN dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha mengukuhkan kerjasama politik dengan PN dan

tidak menjejaskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.


9. AMH percaya bahawa peletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri oleh BN merupakan langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kekeliruan rakyat terhadap modus operandi BN, agar BN boleh menghentikan sikap “talam dua muka”

dan memastikan bahawa “formula baharu BN-PN” yang diidam-idamkan boleh direalisasikan sepenuhnya.


10. Peletakan jawatan para Menteri & Timbalan Menteri BN turut dapat mengurangkan risiko sebarang percubaan menebuk atap yang boleh menjejaskan

kestabilan Kerajaan Perpaduan, dan memberikan ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuhnya kepada usaha memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


11. AMH percaya bahawa rakyat menginginkan sebuah kerajaan yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi, memperkukuh perpaduan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, bukannya parti yang sentiasa berpolitik atas nama kaum & agama demi kepentingan sempit.


Kenyataan bersama oleh:


Ammar Atan

Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional


YB Ho Chi Yang

Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan


Danish Hairudin

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan


Syazana Nasir

Pengarah Biro Komunikasi WARDA





SIAPA YANG MAHU ANWAR DAN PH TUMBANG?


Amir Zuhair







Saya menghormati pilihan politik sahabat-sahabat saya walau tidak saya sama dengan saya. Begitu juga saya harapkan mereka juga menghormati pilihan politik saya walau tidak sama dengan mereka.


Ianya bukan perbezaan akidah. Ianya bukan perbezaan agama. Saya tetap Islam. Saya tetap solat. Saya tetap bayar zakat. Saya tetap meluruskan hati saya kepada Islam. 


Cuma pandangan politik saya semakin kental menyokong Pakatan Harapan hari ini dan batang tubuh Anwar Ibrahim, bukan kerana saya dapat apa-apa dari mereka. 


Demi Allah dan rasul, saya tidak mendapat apa-apa bayaran dari kerajaan. Saya tetap bekerja swasta dan punyai hutang menanggung keluarga. 


Jadi kenapa saya terus menyokong Pakatan Harapan. Kerana saya tahu hasrat Anwar Ibrahim dalam ingin membina negara bagaimana. Saya pernah duduk makan bersama beliau. Naik kapal terbang bersama beliau dan secara peribadi, daripada beliau keluar penjara tahun 2004, selepas saya habis UPSR, saya sudah berada di rumah beliau ingin melihat batang tubuh itu pimpin negara.


Selepas beliau jadi Perdana Menteri, apa beliau pertama sekali buat? Beliau turunkan cabutan khas judi. Apa saudara fikir tokey-tokey judi ini tidak terkesan? Saudara tahu tidak, cabutan khas ini adalah pendapatan durian runtuh mereka. Sebab itu ia beri kesan besar kepada tokey-tokey ini apabila jumlah cabutan itu diturunkan. 


Bila masa jumlah cabutan ini dinaikkan? Ketika zaman Perikatan Nasional perintah negara. Walau berbuih mulut mereka menyebut kejayaan Sanusi menutup premis judi, namun sejarah tidak pernah padam zaman mereka perintah negara, cabutan khas judi dinaikkan.


Apa lagi yang saya tahu? Saya ada dalam beberapa pertemuan sulit dengan beberapa pihak. Yang ingin berjumpa saya untuk melobi itu ini. Dan mereka menunjukkan beberapa dokumen. Apa yang boleh saya katakan, isu-isu agama dan rasisme bangsa yang dimainkan hari ini atas konon perjuangan ummah ialah hanya retorika belaka.


Berapa ramai tokey-tokey dan chukong-chukong membiyai projek ini. Mereka memang tunggu dan berada dalam ekosistem untuk jatuhkan Pakatan Harapan untuk mengawal semula ekonomi negara. Saya tahu dan saya ada maklumat mereka bayar siapa untuk jadi jambatan antara mereka dan kerajaan. 


Bila sampai ke tangan Perdana Menteri dan beliau menolak, mula tokey-tokey besar ini tidak selesa. Ada satu masa, mereka tepuk meja punya marah dan berjanji untuk jatuhkan Anwar Ibrahim dan kerajaan. Mulalah mereka bantu projek-projek ‘smoke screen’. Isu kuil lah, isu Rohingya la, isu Melayu Islam la isu DAP la. Mereka membayar crowd di media sosial untuk amplify. Mereka bayar media. 


Hingga naratif ini masuk dalam pemikiran orang-orang Melayu dan mereka berjaya bangkitkan api amarah besar dari fitnah yang sedang tidur. 


Akhirnya yang terpedaya terus buat serangan tanpa usul periksa. Gelombang ini berjaya. Berjaya kerana tokey-tokey dan chukong-chukong ini BERSATU dan BERSAMA dalam satu BARISAN menjalinkan PERIKATAN demi menumbangkan HARAPAN.


Taikun-taikun besar sekarang sedang senyum gembira kerana agenda mereka sedang bergerak.  Jika Anwar tumbang, sistem monopoli dan kartel yang Anwar sekat selama ni akan buka semula. Yang kayanya mereka, yang merana tetap orang Melayu bawahan. PH mungkin tak sempurna, tapi ia satu-satunya benteng yang menghalang penyamun berskala besar kembali ke tabung negara.


Sebab itu, agenda menyokong “Penyatuan Melayu Islam” ini sebenarnya adalah agenda menaikkan kembali tokey-tokey besar. Agenda menaikkan monopoli pasaran. Agenda merebut bayaran ‘khas’ kontraktor. Usahlah terpedaya. Apakah mereka tidak pernah bersatu dan bersama? Mereka pernah tetapi akhirnya bergaduh sesama mereka apabila bayaran diterima tidak sama. Masing-masing berebut ‘kek’ yang sama. Orang Melayu di pedalaman yang termakan hasutan ini, terus miskin tidak terbela pun. Nak beli kek sambutan hari lahir pun tidak mampu. Konon yang terpaling nak bela Melayu tu akan semakin kaya dan terlupa agenda Melayu Islam. 


Semoga Allah jaga negara ini dari diperintah oleh chukong-chukong dan tokey-tokey yang menunggu masa untuk Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim dijatuhkan.





ADA HALANGAN ...TIADA.



SyihabuddinAhmad


 Alhamdulillah DAP tidak menghalang hukum Islam, bahkan membantu kearah hukum Islam.




KITA TUNGGU DAN LIHAT

 

Che. Ibrahim


Menanti hari hari terakhir BN dalam Kerajaan Perpaduan. Adakah PH dan PMX bakal terus menerajui Putrajaya dengan satu pakatan baru...


atau PN bersama BN membentuk kerajaan baru bersama kawan2 baru dan PH jadi pembangkang??






TU DIA ...DASYATNYA MELAYU BILA NAK BERKUASA.

 

Che Ibrahim



Ambo ingat PMX sahaja yang diberi amaran bersedia untuk dijatuhkan... Rupa rupanya Raja Raja Melayu pun mereka nak perjatuhkan juga






BILA TAK ADA ILMU BAB PELABURAN ,JADI TAK PAHAM SOKONG LA PARTI BODO TU.JOM DENGAR


 

TAK DE..TAK ADALAH...SAYA BERSAMA PH


 

PENYATUAN UMMAH BILA CINA MAKI MELAYU...MELAYU SORAK


 

MACAMANA WALAUN...DULU MAKI ZAHID 47 KES LA BAGAI...HABIS NI MACAMANA ? BAIK NGAN PENYAKAW KAH.


 

TENGOK YA SELURUH RAKYAT MALAYSIA. NI MASA NAK CEKAW QADIMAH.KITA LIHAT.UMNO KENA KALI KEDUA.


 

MAKANISME HARGA BARANG NAIK .MACAMANA NAK BUAT ? JOM DENGAR


 

PARTI JALANG MANA BOLEH PAKAI..CAKAP IKUT SEDAP MULUT


 

PARTI DAN KERUSI YANG BERTANDING

 


Tiada kertas penamaan calon ditolak pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung di lapan pusat penamaan calon pada Sabtu.






Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan, selepas tempoh penyerahan kertas penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, seramai 103 calon mewakili pelbagai parti politik dan individu bebas disahkan layak bertanding.


Berikut merupakan komposisi parti bertanding bagi Pilihan Raya (PRN) Negeri Sembilan ke-16:


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788325/berita/politik/prn-negeri-sembilan-tiada-kertas-penamaan-calon-ditolak-103-sah-bertanding


#SinarHarian #BeritaTerkini #PRNNegeriSembilan #partipolitik #suararakyat #penamaancalon





PAKATAN HARAPAN MENYEBARKAN PROPAGANDA ISLAMOFOBIA?..





Md Zaid Ali



Tulisan sebegini bukan hanya soal pertembungan antara parti, tetapi tentang bagaimana agama dan rasa takut digunakan untuk membina persepsi politik. 


Ukuran kekuatan Islam bukan terletak pada siapa paling lantang mendakwa dirinya pembela agama, tetapi siapa yang paling mampu membuktikan nilai Islam melalui keadilan, integriti dan manfaat kepada manusia.


1. Dalam sebuah demokrasi yang matang, perbezaan politik adalah perkara biasa dan lawan politik bukanlah musuh agama. Persaingan sepatutnya berlaku melalui hujah, dasar dan kemampuan mentadbir, bukan dengan menjadikan perbezaan pandangan sebagai ukuran iman seseorang.


Apabila kritikan terhadap sesuatu pendekatan politik dilabel sebagai ancaman kepada Islam, ruang perbincangan menjadi sempit dan politik berubah menjadi gelanggang menghukum siapa lebih “Islam” dan siapa yang dianggap tersasar. 


Akhirnya, isu sebenar rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keadilan sosial dan kualiti pentadbiran terpinggir kerana tenaga politik lebih banyak dihabiskan untuk merebut gelaran “pejuang agama” daripada membuktikan keunggulan melalui khidmat dan akhlak.


2. Islamofobia sememangnya merujuk kepada kebencian, diskriminasi dan prasangka terhadap Islam serta umat Islam. Namun, apabila istilah ini digunakan untuk melabel setiap kritikan terhadap parti yang membawa imej Islam sebagai serangan kepada agama, berlaku kekeliruan antara Islam sebagai ajaran suci dengan politik sebagai usaha manusia.


Islam tidak memerlukan perlindungan daripada kritikan politik kerana kebenaran tidak takut kepada penilaian. Mengkritik sebuah parti bukan bermaksud menolak Islam, sebagaimana menegur seorang doktor bukan bermaksud menolak ilmu perubatan. Islam jauh lebih luas daripada mana-mana organisasi politik.


3. Wacana yang membahagikan masyarakat kepada dua kelompok mutlak satu pihak dianggap pembela Islam, manakala pihak lain dianggap musuh Islam  mungkin mudah membina sokongan, tetapi sukar membina masyarakat yang matang.


Dalam tradisi Islam, manusia tidak diukur hanya melalui slogan, pakaian atau identiti kelompok, tetapi melalui amanah, keadilan dan akhlak. Hak menentukan isi hati manusia bukan milik manusia. Kita menilai perbuatan, bukan mendakwa mengetahui niat yang tersembunyi.


4. Apabila setiap musim politik dihidangkan dengan cerita bahawa agama bakal lenyap, bangsa bakal tenggelam dan negara bakal jatuh ke tangan musuh, rakyat akhirnya bukan diajak berfikir, tetapi diajar untuk takut. Dalam politik seperti ini, rasa takut akhirnya menjadi instrumen politik yang paling mudah untuk membentuk persepsi dan sokongan.


Namun rakyat akhirnya akan kembali kepada persoalan asas adakah ekonomi bertambah baik? Adakah rasuah berjaya dikurangkan? Adakah pendidikan semakin berkualiti? Adakah kehidupan rakyat semakin terbela?


Sebuah negara tidak dibangunkan dengan membesarkan ketakutan, tetapi dengan menyelesaikan masalah sebenar.


5. Sejarah Malaysia menunjukkan hubungan yang rapat antara identiti Melayu dan Islam. Namun, hubungan sejarah itu tidak bermakna Islam hanya mempunyai satu wakil politik atau satu jalan perjuangan sahaja.


Kepelbagaian pandangan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam adalah realiti. Ukuran kemuliaan di sisi Allah bukan berdasarkan lambang parti, tetapi berdasarkan ketakwaan, keadilan dan amanah dalam tindakan.


6. Ayat-ayat al-Quran perlu difahami dengan ilmu, konteks dan keseluruhan prinsip Islam. Ia bukan bahan retorik untuk membina permusuhan sesama rakyat yang berkongsi negara yang sama.


Jika setiap perbezaan pandangan dianggap sebagai ancaman, maka masyarakat akan terperangkap dalam budaya mencari musuh, bukan mencari penyelesaian.


7. Label seperti “alat penjajah”, “pengkhianat” atau “agenda memadam Islam” adalah dakwaan berat yang tidak boleh dibina atas sangkaan dan sentimen semata-mata.


Islam mengajar tabayyun, keadilan dan menjauhi prasangka. Kadangkala terlalu sibuk mencari kesalahan pihak lain menyebabkan kita terlupa melakukan muhasabah terhadap kelemahan sendiri.


Kesimpulan


Masalah terbesar dalam politik berjenama agama ialah apabila agama yang sepatutnya menjadi cahaya dijadikan lampu suluh untuk mencari kesalahan orang lain sahaja.


Islam tidak menjadi kuat kerana ramai musuh dicipta. Islam menjadi kuat apabila penganutnya menunjukkan akhlak yang menyebabkan orang lain menghormati, bukan takut.


Kerana akhirnya rakyat tidak hanya bertanya “Siapa paling kuat bercakap tentang Islam?” Tetapi mereka akan bertanya “Siapa paling dekat dengan nilai Islam amanah, adil, rahmah dan menjaga manusia?”


IBNU ALI..




Biar betul kerajaan belanja berbilion ringgit tapi minyak masak subsidi entah ke mana? 😱






Korang sedar tak, dari tahun 2019 sampai awal 2025, kerajaan dah belanjakan RM10.879 bilion hanya untuk subsidi minyak masak. Angka ni bukan kaleng-kaleng, berbilion ringgit tau!


Tapi isu paling besar sekarang, Public Accounts Committee (PAC) baru je dedahkan yang duit berbilion ni rupanya tak sampai pun dekat tangan orang yang betul-betul memerlukan.


Mari kita tengok apa "rahsia" yang dibongkarkan oleh Naib Pengerusi PAC, Teresa Kok, hasil laporan Audit Negara. Korang mesti terkejut baca fakta-fakta ni:


1. Lambakan Quota Yang Tak Masuk Akal

Rupanya, kuota minyak masak bersubsidi (COSS) yang ditetapkan adalah sebanyak 60,000 metrik tan sebulan. Padahal, keperluan sebenar rakyat Malaysia hanyalah sekitar 19,000 hingga 30,000 metrik tan sahaja sebulan. Bermakna, ada lambakan kuota yang terlampau besar! Ke mana pergi lebihan tu?


2. Warga Asing & Peniaga Sedap Menikmati

Sebab tak ada mekanisma sasaran yang betul, minyak masak paket 1kg yang sepatutnya untuk golongan B40, banyak disonglap oleh warga asing dan juga pengusaha komersial/kedai makan. Kita yang warganegara pulak yang selalu kena catu bila nak beli kat kedai.


3. Syarikat Minyak Tak Ada Sijil Halal

Ini paling plot twist. Hasil audit ke atas 9 syarikat pembungkus minyak masak, ada DUA syarikat yang kantoi tak ada sijil halal yang sah daripada JAKIM!


4. Kerajaan Bayar Subsidi Untuk Minyak Rosak

Bila ada stok minyak masak yang rosak kat kilang pembungkus, kerajaan tetap kena bayar subsidi tu sebab tak ada SOP yang jelas. Minyak tak sampai kat pengguna, tapi duit rakyat tetap lebur bayar kat syarikat terbabit. Adil ke macam tu?


5. Kuota Dimonopoli Syarikat Asing

Korang ingat syarikat tempatan yang kuasai minyak subsidi kita? Salah! Sebanyak 67% kuota minyak masak subsidi dikawal oleh syarikat asing. Syarikat GLC tempatan macam FGV dan SD Guthrie cuma pegang 10.6% je.


6. Untung Atas Angin Syarikat Pembungkus

Syarikat pembungkus (re-packers) dapat subsidi RM600 bagi setiap metrik tan. PAC mendapati margin keuntungan ni terlampau tinggi dan tak masuk akal berbanding kos operasi sebenar mereka.


Disebabkan kantoi macam-macam tak kena ni, PAC dah desak Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk overhaul terus sistem ni. 


Antara cadangannya termasuklah kurangkan kuota bulanan, sekat bayaran untuk minyak rosak, guna AI/Drone untuk halang penyeludupan, dan mungkin... apungkan terus harga minyak masak macam ayam dan telur sebelum ni!


Pendapat Strategik


Laporan PAC ini adalah satu 'wake-up call' yang sangat keras buat sistem penyampaian subsidi negara. 


Ketirisan sehingga RM10.879 bilion bukan satu angka yang kecil—ia adalah dana negara yang sepatutnya boleh digunakan untuk membina lebih banyak hospital, sekolah, atau menaikkan taraf hidup rakyat marhaen.


Masalah utama di sini bukanlah kekurangan dana, tetapi kelemahan penguatkuasaan dan ketiadaan sistem digital yang kalis ketirisan sejak awal. 


Langkah KPDN memperkenalkan sistem eCOSS pada 2023 adalah permulaan yang baik, namun ia perlu disegerakan ke arah subsidi bersasar sepenuhnya. 


Kerajaan tidak boleh lagi berkompromi dengan syarikat pembungkus yang mengaut untung atas angin atau membiarkan syarikat asing memonopoli kuota hak rakyat tempatan. 


Sudah tiba masanya tindakan tegas, hitam putih tanpa kronisme diambil demi menyelamatkan duit rakyat.


Disclaimer: Artikel ini adalah olahan semula berdasarkan laporan berita asal bertajuk "PAC: RM10.879b cooking oil subsidy failed to fully reach intended recipients" yang ditulis oleh Anis Zalani dan diterbitkan di portal Malay Mail pada Khamis, 16 Julai 2026.





TAK KAN ANWAR NAK DEDAHKAN KALAU SAJA SAJA.

 


Semalam meletup isu ni.. saya pulak semalam agak sibuk jadi saya tak sempat nak ulas. Ramai yang menuduh DS Anwar Ibrahim yang sakau duit tu🤣🤣.






Kalau PMX yang sakau duit tu dia takkan dedahkan kerugian KWAP ni di Parlimen. Apa ke gila sakau lepas tu pergi sendiri dedahkan? Kalau dia yang buat, dia akan cuba tutup kes ni dari tersebar.. dia akan larang MP kerajaan tanya isu nu, dia akan tukarkan atau pecat sesiapa yang cuba dedahkan isu ni. Pernah terjadi dulu kan?


KWAP ke.. KWSP ke.. ada panel pelaburan sendiri. Berdasarkan Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662), kuasa mutlak untuk meluluskan pelaburan terletak pada panel pelaburan ini bukan pada perdana menteri atau menteri kewangan. Bagi faham dan jelas disini.


Kalau  semua keputusan pelaburan badan agensi kerajaan dan syarikat GLC ni dibuat oleh perdana menteri atau menteri kewangan, apa guna bayar gaji puluhan ribu kepada panel pelaburan tu? Wujudnya panel pelaburan ini adalah untuk membuat due diligence.


Ini adalah penipuan (scam) peringkat antarabangsa di mana KWAP menjadi mangsa. Pengasasnya sudah pun dihukum penjara di negaranya. Bukan setakat KWAP yang kena scam syarikat besar seperti Temasek (Singapura) dan SoftBank (Jepun) pun sama-sama lebur duit dalam eFishery ni.


Kalau pembangkang kata PMX salah dan gagal kerana KWAP tertipu, adakah mereka juga nak kata Perdana Menteri Singapura juga salah kerana Temasek tertipu dengan syarikat yang sama?


Dizaman perdana menteri terdahulu pun ada badan dan syarikat kerajaan yang mengalami kerugian yang lagi besar. Sebagai contoh tahun 1990an, BNM rugi hampir RM 31.5bilion akibat

Pelaburan secara agresif dalam perdagangan mata wang asing (forex).


Perwaja steel rugi RM10bilion


Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) - Skandal PKFZ (2000-an) zaman Almarhum Pak Lah rugi hampir RM4.6bilion.


1MDB..  malas nak cerita.


Felda  investment corp pun rugi ratus juta beli hartanah di london.


Banyak lagi lah.


Ini realiti pelaburan.. memang akan ada untung atau rugi. High risk, high gain. 


Apa yang penting, adakah duit ini dicuri oleh PMX? Adakah duit itu masuk ke akaun PMX atau kroninya?


Ada bukti? Dedahkan..




Albert Tei Biadab!






Video yang tular memaparkan Albert Tei menggelarkan penyokong Pakatan Harapan yang berkumpul semasa hari penamaan calon di Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu sebagai "anjing".


Albert Tei hadir dengan memakai pakaian yang tertera nama PERIKATAN NASIONAL. Walaupun beliau bukan calon, kehadirannya dengan membawa identiti Perikatan Nasional menyebabkan rakyat berhak menuntut penjelasan daripada kepimpinan gabungan tersebut.


PAS merupakan parti yang dominan dalam Perikatan Nasional dan sering menampilkan politik yang berteraskan nilai, adab dan akhlak. Justeru, rakyat berhak mengetahui pendirian PAS terhadap tindakan Albert Tei.


Adakah PAS bersetuju dengan perbuatan menggelarkan penyokong Pakatan Harapan sebagai "anjing"?


Adakah PAS akan menegur Albert Tei dan mendesaknya memohon maaf secara terbuka, atau memilih untuk terus berdiam diri?


Mereka yang hadir pada hari penamaan calon terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, termasuk orang Melayu, yang hadir secara aman untuk memberikan sokongan kepada parti pilihan masing-masing. Menggelarkan mereka sebagai "anjing" bukan sahaja menghina penyokong Pakatan Harapan, malah mencemarkan budaya politik yang sepatutnya berasaskan rasa hormat terhadap sesama rakyat Malaysia.


Perbezaan fahaman politik tidak pernah menghalalkan penghinaan terhadap maruah manusia. Berpolitiklah dengan hujah, fakta dan dasar, bukannya dengan kata-kata kesat dan penghinaan.


Albert Tei wajar memohon maaf secara terbuka. Pada masa yang sama, PAS dan kepimpinan Perikatan Nasional juga wajar menyatakan pendirian mereka. Berdiam diri juga akan dinilai oleh rakyat.


ZAINUDDIN MOHAMED

Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas


#BersamaZM

#PRNN9





Aku memang tertanya-tanya, kenapa begitu susah untuk bertukar kerajaan di sesebuah negeri?


Fjor




Lihat sahaja Johor dan Melaka yang terus memilih BN, Kelantan kekal dengan PAS, manakala Sabah dan Sarawak terus memberi mandat kepada GPS dan GRS. Walaupun masih banyak isu yang berlarutan bertahun-tahun, pengundi tetap mengekalkan kerajaan yang sama. Malah BN pernah memerintah negara selama 61 tahun walaupun berdepan pelbagai skandal rasuah. Di Kelantan pula, isu air dan jalan raya masih menjadi rungutan hingga hari ini.


Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan di bawah PH yang belum pun mentadbir selama lima tahun telah memperkenalkan pelbagai dasar yang memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira parti politik. STR, SARA, Jualan Rahmah, kenaikan gaji penjawat awam, bantuan kepada usahawan dan pelbagai lagi inisiatif telah dinikmati oleh rakyat daripada golongan B40, M40 hingga T20.


Menariknya, ramai yang tidak menyokong kerajaan juga tetap menerima manfaat. Penjawat awam menikmati kenaikan gaji dan bonus. Mak cik aku yang menyokong PAS pun kini semakin banyak menerima projek dan bantuan untuk mengembangkan perniagaannya.


Kalau ada yang mengatakan DAP merosakkan negara, cuba berikan satu dasar DAP yang benar-benar memudaratkan rakyat atau satu kes rasuah melibatkan DAP yang telah dibuktikan di mahkamah. Kalau sekadar tuduhan tanpa bukti, ia bukan hujah yang kukuh.


Lihat juga negeri-negeri yang berkembang pesat. Ramai rakyat dari negeri lain berhijrah untuk bekerja dan menetap di sana. Di Shah Alam tempat aku tinggal, sampai orang bergurau memanggilnya "Shah Ale" kerana ramai orang Kelantan tinggal dan bekerja di sini.


Semasa menjadi PACA di Johor baru-baru ini, aku sempat berbual dengan seorang PACA BN yang pernah tinggal di Kuala Lumpur. Aku bertanya sama ada orang muda mudah membeli rumah mampu milik di Johor. Jawapannya, tidak mudah. Menurutnya, harga rumah semakin tinggi dan pilihan rumah mampu milik agak terhad. Berbeza dengan Selangor yang menawarkan pelbagai skim seperti Rumah Selangorku dan RUMAWIP bagi membantu rakyat memiliki rumah pada harga yang lebih mampu milik.


Bagi aku, PH datang dengan manifesto yang sebahagian besarnya sudah diterjemahkan kepada dasar dan pelaksanaan walaupun belum sampai lima tahun mentadbir. Memang masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki, tetapi banyak janji sudah mula dilaksanakan.


Akhirnya, pilihan tetap di tangan pengundi. Kalau negeri lain masih mahu mengekalkan kerajaan sedia ada, itu hak mereka. Namun pada pandangan aku, Kerajaan PH di peringkat Persekutuan wajar diberi peluang meneruskan pentadbiran supaya dasar yang sedang berjalan dapat menunjukkan hasil. Jika kerajaan sering bertukar sebelum sesuatu dasar sempat membuahkan hasil, rakyat juga yang akhirnya menanggung kerugian.





UNDILAH PAKATAN HARAPAN

 


Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN demi kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun.





Sejak 2018, pelbagai ikhtiar telah digerakkan. Namun, masih banyak yang perlu diteruskan agar kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan.


Semoga semua calon HARAPAN dikurniakan kekuatan, dipermudah segala urusan dan diberikan kejayaan yang terbaik.


Kepada Allah SWT kita berserah.


“...Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan..." (Surah al-Ma’idah: 2)


#KekalHARAPAN

#MemaknaiHARAPANrakyat

#UndiHARAPAN





APABILA POLITIK MENGHILANGKAN NERACA KEADILAN, BAHAYA TAASUB PARTI DALAM KACAMATA ISLAM




MANUSIA PALING JAHAT . DIA GUNA BANGSA DAN AGAMA UNTUK POLITIK.

DIA KAPIRKAN SETERUNYA...DIA MEMUSUHI SETERUNYA DENGAN FATWA. AKHIRNYA DIA PUNYA PENTAKSUB MELAUNGKAN SLOGAN ISLAM. 




Ungkapan seperti "pastikan manusia munafik ditumbangkan" menggambarkan kecenderungan mencampuradukkan persaingan politik dengan penghukuman terhadap akidah individu. Sedangkan dalam Islam, politik ialah ruang ijtihad manusia, manakala penentuan siapa yang benar-benar beriman atau munafik adalah urusan Allah SWT, kerana hanya Dia mengetahui isi hati setiap hamba.


Allah SWT mengingatkan “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa.”

(Surah al-Hujurat: 12)


Mengkritik dasar, keputusan atau prestasi seseorang pemimpin adalah hak dalam demokrasi. Tetapi menuduh seseorang munafik hanya kerana berbeza pilihan politik boleh membawa kepada sikap melampaui batas yang tidak selari dengan akhlak Islam.


Masalahnya bukan politik, tetapi taasub yang membutakan


Islam tidak melarang seseorang menyokong parti atau memperjuangkan idea politik. Yang menjadi masalah ialah apabila parti menjadi ukuran kebenaran mutlak.


Apabila seseorang sudah terlalu taasub kesalahan kelompok sendiri dianggap kecil, kelemahan pemimpin sendiri dicari alasan, kebaikan pihak lawan ditolak walaupun benar, kritikan dianggap sebagai musuh agama.


Ini bertentangan dengan prinsip al-Quran “Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Ma’idah: 8)


Ayat ini sangat penting dalam politik. Allah tidak berkata berlaku adil hanya kepada orang yang kita suka, tetapi juga terhadap pihak yang kita tidak setujui.


Apakah yang menyebabkan manusia menjadi taasub politik?


1. Menganggap kelompok sendiri mewakili kebenaran mutlak. Ini berlaku apabila manusia tidak lagi membezakan antara islam sebagai agama Allah

dengan parti politik sebagai ijtihad manusia.


Parti boleh betul dan boleh salah. Pemimpin boleh berjaya dan boleh tersilap. Tetapi apabila parti dianggap suci, maka kesalahan sendiri sukar diterima.


2. Politik berasaskan identiti dan emosi


Manusia mudah digerakkan oleh rasa takut dan marah.

Apabila naratif dibina seperti “Kalau pihak kita kalah, agama akan hancur.” “Kalau pihak lawan menang, Islam terancam.” Maka orang tidak lagi menilai dengan ilmu, tetapi bertindak berdasarkan emosi.


3. Kurang budaya ilmu dan semakan maklumat


Taasub berkembang apabila seseorang hanya mendengar sumber yang menguatkan pandangannya sendiri. Akhirnya dia tidak mencari kebenaran, tetapi mencari hujah untuk mempertahankan apa yang sudah dipercayainya.


Dalam Islam, ilmu menuntut kita bersikap tabayyun “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah...”(Surah al-Hujurat: 6)


4. Menggunakan agama sebagai penguat sokongan politik


Apabila istilah agama seperti syurga, neraka, iman, munafik dan jihad digunakan secara mudah untuk kempen politik, ia boleh menyebabkan masyarakat melihat lawan politik sebagai musuh agama.


Sedangkan sejarah Islam menunjukkan para ulama sentiasa membezakan antara prinsip agama yang qat‘e,

dengan isu politik yang bersifat ijtihadi. Islam mengajar lawan hujah, bukan menghukum hati manusia. 


Seorang Muslim boleh berkata “Dasar pemimpin ini saya tidak setuju,” “Prestasinya perlu dikritik" dan “Pilihan politiknya saya anggap tidak tepat.” Tetapi mengatakan “Dia munafik,” “Dia musuh Allah," dan “Dia pasti sesat" adalah dakwaan yang sangat berat kerana manusia tidak mengetahui isi hati manusia lain. Rasulullah SAW sendiri sangat berhati-hati dalam menghukum manusia berdasarkan zahir.


Kesimpulan


Kemenangan politik bukan bukti seseorang paling benar di sisi Allah. Kekalahan politik juga bukan bukti seseorang dibenci Allah.


Politik adalah medan amanah dan ujian. Jika kemenangan menjadikan seseorang sombong, menghina dan memfitnah, kemenangan itu belum tentu membawa keberkatan.


Jika kekalahan menjadikan seseorang bermuhasabah dan memperbaiki diri, mungkin itu lebih dekat dengan hikmah Allah.


Islam mengajar kita memilih dengan ilmu, mengkritik dengan adab dan berbeza dengan keadilan. Kerana musuh terbesar dalam politik bukan parti lawan semata-mata, tetapi apabila hati manusia sudah dikuasai oleh taksub sehingga hilang neraca kebenaran.


IBNU ALI




Hari-hari terakhir Kerajaan Madani pimpinan PMX.



Ahmad Faizuddin





—


PRN Johor - selesai.

PRN Negeri Sembilan - akan selesai.

PRN Melaka - bakal selesai.

PRU-16 - medan sebenar.


—


MADANI bakal dihukum. Bukan kerana prestasi, tapi komunikasi.


Dapat belajar 2 hari dengan Ilham Centre, bagaimana mereka membaca lapangan. Dan apply skala kecil mengikut kemampuan saya.


Bercakap dengan masyarakat secara random; nyatakan 3 perkataan yang terlintas dalam kepala bila word PH disebut:


1. DAP.

2. Anti Melayu.

3. Anti Islam.


Jawapan ini agak konsisten. 8 daripada 10 koresponden akan jawab benda sama. Fokus saya lebih kepada Melayu Islam dahulu. Nak tengok pola pemikiran.


Bila diajukan dengan lebih lanjut dengan membuktikan MCA jauh lebih rasis, anti-Melayu anti-Islam, (saya print semua statement dan medsos status MCA Johor yang kritik MADANI bantu Palestin, cetak al-quran dan sebar sebagai “ROTTEN GOVERNMENT”) mereka mula untuk mengelak.


“Oh, saya tak sokong MCA”.

“MCA tak banyak kerusi seperti DAP”.

“Saya hanya benci DAP, tak benci PMX”.


—


PH kene getah DAP. 


Getah DAP ni disusun secara bijak dan sangat berkesan. 


Ingat tak dulu-dulu, nasihat mak ayah kita untuk gen millenial, jangan sebut bodoh, nanti jadi bodoh betul-betul. Jangan sebut 40x, nanti jadi betul.


Ingat?.


Untuk matikan PH, sebut DAP DAP DAP 40x. Maka jadilah DAP getah kepada PH. 


Orang Melayu membenci dalam konteks subconcious mind. Tanpa sedar. Membentuk mind block.


—


Saya nak buktikan teori ni. Saya buat social eksperimen. Saya serang MCA. Saya buktikan MCA jauh lebih rasis, anti-Melayu dan anti-Islam.


Saya ingat orang Melayu akan sedar dan marah MCA. Meleset!.


Orang Melayu Islam la barisan hadapan paling lantang pertahankan MCA!. Segala bukti dibakul sampahkan.


Sebab sumpahan DAP 40x tu dah berjaya melekat dalam subconsious mind orang Melayu!.


Kita berhadapan dengan masyarakat yang bukan lagi rasional, tapi beremosi dan tertanam kebencian melampau.


—


Maka strategi orang baik dengan menghidangkan data fakta, hanya boleh menarik sokongan sekitar 10% sahaja. Maximum 15-20% sahaja. Bergantung kepada lokaliti.


80%, bakul sampahkan sahaja segala bukti kejayaan MADANI. Global iktiraf, lokal menyampah. Ini situasi Malaysia ketika ini.


Sebab tu saya rest seketika gerak kerja penerangan berfakta. Saya nak memahami situasi, mencari punca dan rangka gerak kerja terbaik.


—


Di Johor, saya terlibat langsung selama sebulan.


Yang orang nampak video viral saya cabar debat. Yang orang tak nampak gerak kerja di belakang. Melatih dan menghidupkan media sosial di 10 dun sasaran.


3 perkara saya buat:


i. Setiap DUN perlu ada page sendiri.

ii. Page masyarakat, bukan page calon. Interaksi dengan masyarakat tanpa bias.

iii. Interview mereka dalam 3 fasa; fasa 1-hidupkan mood mengundi, fasa-2 angkat cerita hero tempatan, fasa-3 calon respon segala harapan, cadangan, keluhan daripada masyarakat yang di temu ramah.


Ada media DUN yang sangat cepat matured. Boleh upload dengan banyak dan berkesan. Ada media DUN yang agak lambat, bertatih tatih.


2 minggu. Sangat singkat. 


Tapi, hampir jutaan views in total. Paling saya suka, bile kami temuramah makcik ni, anak-anak makcik tu komen, “Itu ibu sayaa!”, ada lagi yang komen, “Terbaik wak, keluar TikTok!”.


Maksudnya, gerak kerja ni membina platform tempatan. Media lokal. Dan kami punya strategi, itu bukan page politik. Mesti organik kalau nak bina sokongan sekalipun. Itu hanya medium.


Terpulang kepada karisma calon, kebijakn jentera lokal untuk mempengaruhi mereka. Bia rakyat memilih kerana rasa didekati, bukan kerana dipaksa.


—


Halangan.


Ada. Dalam banyak-banyak video temuramah, ada yang pure luahan hati.


Yang sangat ikhlas menyokong PMX, seorang pakcik ni, viral video nya. Ratusan ribu viewers. Saya rasa yang baca status pernah tengok video tu. Pakcik di stesen minyak. 


Tapi akhirnya team kami menerima mesej untuk padam. Sebab tekanan di luar yang pakcik tu hadapi. Tekanan masyarakat. Yang membenci PMX.


Ada jugak hero tempatan, yang kami angkat kisah beliau, sangat viral ratusan ribu tontonan, akhirnya terpadam kerana tekanan masyarakat. Kesian hero yang diangkat tu.


Hanya kerana ini gerak kerja yang mesra PH. Bukan mesra BN.


Saya namakan gerak kerja dan brand kan sebagai “Permata Ekonomi Johor”, “Permata Bukit Naning, Permata Pemanis”, etc banyk lagi.


Mission utama; bina hubungan dengan masyarakat jauh lebih besar daripada kerangka PRN Johor itu sendiri. Carry forward untuk jangka masa panjang terus. At least, ada produk di situ dan boleh terus berkembang.


—


Halangan yang kami terima, adalah bukti kenapa saya semakin aggresif dengan UMNO BN. Sebab mereka sedang menikam PH dengan terbuka. Tanpa segan silu. Sambil senyum lagi. 


Saya bentangkan dalam post-mortem, situasi ketika ini kalau nak mudah faham bayangkan macam ni:


UMNO: Sakit?.

PH: Sakit…sakit…

UMNO: Tikam lagi dalam, lepas tu tanya, sakit tak?.

PH: Aduhh…sakit…sakit…

UMNO: Tikam lagi dalam, kali ni nak sampai jantung dah…tanpa malu tanya lagi, sakit?.

PH: Aduhh….aduh…sakit…sakit…


Sekarang, hanya tinggal last push ke jantung je. Untuk matikan PH….


Kita PH sedar, tapi kita hopeless….


—-


Bila kalah di PRN Johor, saya rumuskan begini. 


BN mempunyai command centre berkelas dunia, level-level CIA MI6 Mossad. Tiptop. Berkualiti tinggi. Effektif dan high precision.


Saya buktikan.


Bila kalah, pihak sebelah memainkan naratif, punca kekalahan PH di PRN Johor kerana:


1. Ucapan sakau oleh PMX.

2. Ceplos.

3. Caprice dan Faiz Ahmad.


Disambut dengan berapi oleh penyokong PH sendiri. Ditulis dengan penuh marah oleh penyokong PH, pimpinan PH, aktivis PH, dan ramai lagi.


Tanpa sedar, medium komunikasi PH dilumpuhkan serta merta.


Tiada lagi ayat sakau ditujukan kepada BN. 


Tentang Ceplos, saya nak kata begini je. Akmal Salleh jauh lebih Ceplos daripada Ceplos tu sendiri!. Apa kebaikan kepada masyarakat mesej yang dibawa oleh Akmal Salleh selain daripada mengapi-apikan hubungan kaum dan agama?. 


Dia bawak perbahasan polisi?. Dia bawak perbahasan ekonomi?. TAKDE!. Dia hanya ratib DAP 50x, sebab nak lebih mujarab daripada 40x.


Melekat!. Getah!.


Caprice, ini yang paling ditakuti oleh BN. Sebab berani expose cara berfikir dan pola pemikiran totok BN. Saya?. Cabaran debat. 


Saya nampak pemuda UMNO bergambar dengan pembenci no.1 saya, dah sah aku akan jadi target kaw-kaw lepas ni.


Sehingga mempengaruhi family saya. Rasanya aku dah tak beraya dengan family puluhan tahun dah lepas ni. Dibenci dihasut.🥲🥲🥲


—


PRN Negeri Sembilan.


Nak saya jujur?.


Saya doakan PH menang. 


Tapi hakikat dan realiti, bungkus ikat mati. 


Ini bacaan semasa ye, doakan jentera PH N9 boleh buktikan yang saya salah. Saya pun harap benda yang sama.🤲🤲🤲


—


Apa option yang PH ada?.


Semua bekerja. Dari top 1 to no last. Daripada orang besar sehingga ke orang paling kecil.


Bekerja macam mana?. Sesuai dengan kapasiti masing-masing. Kemampuan masing-masing.


Saya?.


Saya perlukan evidence based. Saya perlu memahami cara fikir masyarakat, penyokong BN PAS, dan pembenci PH.


Sebab tu saya banyak buat eksperimen sosial di media sosial.


Sedang mencari titik terkuat mereka, titik terlemah mereka. Expose sisi extreme mereka supaya masyarakat nampak.


Titik terkuat mereka apa?. Bila kita bentangkan data fakta. Sebab mereka tahu masyarakat umum tak peduli pun sume tu. Cukup mereka tekan emoji gelak je.🤣🤣🤣


Titik terlemah mereka?. Sentuh persoalan sensitif yang mereka tak mampu jawab, dan membuatkan otak mereka “menggelegak”!.


Contoh?. 


MCA anti islam dan melayu.

- Confirm melayu islam BN menggelegak otak!.


UMNO patut jadi MB kelantan demi ekonomi.

- Confirm melayu islam PAS menggelagak otak!.


Saya bagi dua je. Sebab yang lain rahsia strategi hehe.


—


PH masih ada peluang?. 


PRN gone. 


PRU masih ada, tapi sangat tipis. Last resort kita hanya bergantung kepada kekuatan tubuh PMX dan gerak kerja ekonomi beliau sahaja. Last bullet dah tu.


Cuma, yang ni penting.


PH hadapi sabotage di level maksimum daripada segala penjuru. Dalam kerajaan sendiri deepstate, kalau menteri masih tak nampak, saya tak tahu nak kata apa dah.


Dan tycoon mula menjarakkan diri dan memilih pihak bakal menang. Sebab tu akhbar media swasta mula bersama yang bakal menang. Pattern tu sangat jelas ketara sekarang ni.


PH akan masuk gelanggang PRU-16 keseorangan. 


—


Saya dihubungi orang penting, bertanya bacaan saya tentang politik semasa. Saya kata PH is gone case. 


Dan respon saya terima, “If you cannot beat them, join them”. Haha saya gelak sebab saya tahu beliau bergurau.


Tapi saya respon, no I will fight!.


—


Apa option yang kita ada?. Yang PH ada?. Semangat dan kesedaran. 


Apa yang saya akan buat, saya nak fokus kepada strategi, “The Game of Consequences”. Saya nak bahaskan perkara ni.


The consequences of our choices.


Mungkin tak memenangkan PH, tapi membuat masyarakat berfikir. Itu objektif utama saya.


BN PAS nak memerintah?. Silakan dengan secar- terhormat. Dipersilakan. Saya nak makan pop-corn.


—


Ada 3 layer jika BN PAS merintah.


Kartel penyamun penyangak level atas - memenuhi ketamakan mereka.


Masyarakat yang dihasut kebencian - memenuhi kebencian dan haus dengan tawaran duit mudah.


Kerajaan gabungan 2 kumpulan yang sejarah mereka suka tikam menikam - perebutan kuasa, jawatan, laba politik.


Kita tengok macam mana mereka nak mengimbangi 3 elemen ini.


Untuk membina ekonomi yang mampan, dalam keadaan 3 lapis ni sangat tamak dan tidak rasional.


Semoga Allah lindungi Malaysia dari kehancuran akibat sikap dan tindakan kita semua pada hari ini.


—


Panjang lagi, nanti saya sambung episod ke-2. Insyallah.





Strategi Anwar Ibrahim





Ada kawan saya kata PMX Anwar Ibrahim ni bab urus negara dan ekonomi A pleh (A+). Tapi bab politik pandir..


Kebetulan hari ni laporan berita menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang ke 5.8% pada suku ke dua berbanding 5.4% pada suku pertama.


Jadi bab ekonomi itu kita akui dan iya kan saja.


Tapi betul ke bab politik tu Anwar ni pandir?


Pandirkah Anwar kalau beliau berjaya panjat tangga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada usia 46 tahun?


Pandirkah Anwar berjaya ubah kebanyakkan peraturan pilihanraya yang tidak sama rata melalui Bersih? Sehingga kita rasa selesa dan ada peluang menang dalam pilihanraya. 


Pandirkah Anwar berjaya buat pakatan sehingga berjaya rampas 5 negeri pada 2008 dan nafikan majoriti  2/3. Pada 2013 PR berjaya menang undi popular.


2018 pula berjaya bersama Tun M jatuhkan Najib dan UMNO yang dah berkuasa 60 tahun. 


Pandirkah Anwar berjaya ajak Ismail Sabri pinda perlembagaan untuk buat akta anti lompat parti? Walhal Anwar hanya Ketua pembangkang masa tu.


Di mana akta ini kemudiannya menjadi penyebab rakyat kembali berminat untuk mengundi dalam pilihanraya. 


Akta ini juga menyebabkan PN gagal untuk merampas kemenangan PH pada tahun 2022. Tiada lagi bentuk kerajaan melalui SD.


Pandirkah Anwar bila beliau berjaya jadi Perdana Menteri ke-10? 


Saya yakin sifu teragung politik Malaysia masa kini adalah Anwar Ibrahim apabila beliau berjaya menjadi PMX. 


Mahathir hilang pengaruhnya tanpa jawatan ahli parlimen dan PM.


Walaupun Anwar tidaklah seberkuasa Tun M yang ada cukup kerusi 112.


Kita tahu kerusi Anwar agak goyang dan terancam.


Tetapi sebagai PM, Anwar masih banyak buah kilas yang boleh beliau gunakan.


Cabaran pertama Anwar ialah untuk kekal sebagai PM untuk penggal pertama. Sekarang pun dah 3 tahun 7 bulan. Mengatasi usia pentadbiran 3 PM sebelum beliau.


Saya yakin Anwar akan kekal. UMNO pun bukan berani sangat untuk tarik kerusi Anwar. 


Takut tarik tak jatuh. GPS dan GRS masih pegang.


Abang Jo dah jelaskan mereka mahu Kerajaan Persekutuan yang stabil.


Bayangkan kalau tarik tak jatuh. Terpaksa lepaskan semua jawatan. Kes RM170 juta masih belum didakwa. Kes 47 pulak Majlis Peguam masih cabar.


Bukan nak ugut. Walaupun mahkamah dah bagi DNAA, tapi, badan profesional pula, bantah. 


Cabaran kedua Anwar ialah untuk pastikan beliau pergi ke penggal kedua.


Yang ini betul besar cabarannya. Sebab mandat kembali diserahkan kepada rakyat. 


Tapi Insya-Allah peluang itu terbuka dan positif.


Tindakan PN tolong BN bukanlah satu ketakutan buat PH. Malah rakyat pula lihat ia satu pengkhianatan. 


Sebelum ni pun PH tahu, dalam PRN dan PRK penyokong UMNO tak undi PH pun walaupun penyokong PH undi BN.


Dalam keadaan begitu pun PH N9 masih mampu dapat 17 kerusi. Itu pun 1 kerusi PH bagi  kat UMNO.


Di Johor juga hampir sama, BN+PN+bumbung hijau+marina, tapi BN hanya mampu rampas 4 kerusi sahaja dari PH. Itu pun ada pertembungan undi dengan Bersama dan Muda.


Bukan nak sombong. Nak kawan kita kawan, nak lawan kita lawan. 


Puluh tahun dah kita lawan BN. Dan sekarang kita lawan lagi.


Apadehal.. 


Terima kasih


Fairul al Qasas