Berombak dada aku dengar ucapan YB Dr. Haim Hilman. Sebagai bekas NC UUM, pandangan beliau pastinya ada wibawa dan berat.

 

Nazri Haris





Berombak dada aku dengar ucapan YB Dr. Haim Hilman. Sebagai bekas NC UUM, pandangan beliau pastinya ada wibawa dan berat.

Beliau bukan calang-calang tokoh akademik.
Bila disebut ada lebih 56 ribu pelajar asing di universiti awam kita,
dan 32 ribu daripadanya adalah dari negara China, automatik timbul rasa bimbang.
Hati aku terdetik, biar betul?
Habis tue macam mana dengan nasib anak-anak bangsa kita?
Macam mana dengan anak-anak golongan miskin di ceruk kampung, anak-anak cemerlang tapi keluarga tak mampu nak hantar ke IPTS kerana mahal?
Takkanlah tempat mereka di IPTA dah kena sapu dengan pelajar luar?
Seriau dan marah juga bila fikirkan hak anak tempatan macam diketepikan.
Aku yakin dengan kewibawaan dan kerisauan YB Dr. Haim.
Tapi, aku taklah percaya bulat-bulat.
Jadi aku ambil masa sikit untuk kaji silang kenyataan beliau dengan data rasmi dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bila diselak helaian demi helaian fakta, barulah nampak gambaran yang jauh berbeza.
Naratif yang dibawa nampak macam logik, tapi sebenarnya banyak fakta penting yang diletakkan di luar konteks.
Pertama, isu kuota anak tempatan dirampas pelajar asing.
Faktanya, sistem kemasukan untuk anak tempatan dan pelajar antarabangsa adalah dua laluan yang berbeza sama sekali.
Anak-anak kita masuk melalui sistem UPUOnline, di mana yuran mereka disubsidi dengan sangat tinggi oleh kerajaan.
Pelajar asing pula masuk melalui laluan antarabangsa (direct intake).
Mereka bayar yuran penuh antarabangsa, tiada satu sen pun subsidi.
Menteri Pendidikan Tinggi sendiri sudah tegaskan, kuota kerusi untuk anak tempatan tidak pernah dipotong atau dikurangkan semata-mata untuk beri laluan kepada pelajar asing.
Kerusi anak kita selamat dan kekal dilindungi.
Kedua, persoalan kenapa lambakan pelajar asing sampai 72% peratus keseluruhan ini tertumpu di 5 universiti utama iaitu UM, UKM, USM, UPM dan UTM.
Jawapannya mudah, iaitu Dasar Pengantarabangsaan dan Petunjuk Prestasi (KPI) ranking global.
Kelima-lima ini adalah Universiti Penyelidikan (RU).
Untuk meletakkan nama universiti Malaysia bersaing dalam senarai QS World University Rankings,
indikator penyumbang markah yang sangat besar adalah nisbah pelajar dan staf antarabangsa.
Tambahan pula, universiti perlu menjana pendapatan sendiri.
Dengan yuran berlipat ganda yang dibayar oleh pelajar asing inilah universiti dapat buat subsidi bersilang.
Duit yuran mereka digunakan untuk selenggara makmal, baiki fasiliti, dan naik taraf kemudahan yang akhirnya diguna pakai dan dinikmati oleh anak-anak tempatan kita juga.
Lagipun, kalau kita nak belajar di luar negara, mestilah lebih cenderung pilih universiti yang popular dan ada nama yang baik.
Samalah macam mereka.
Ketiga, dakwaan 1.65 juta siswazah terpaksa bawa e-hailing kerana dasar ini.
Ini adalah satu kesilapan logik (false causality) yang digunakan untuk memancing emosi.
Pelajar asing datang bawa duit, belajar di sini, menyumbang kepada ekonomi setempat seperti bayar sewa rumah dan beli makanan, kemudian mereka balik ke negara asal.
Mereka langsung tidak bersaing dengan anak kita untuk jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau pasaran kerja tempatan.
Data DOSM jelas mengakui wujudnya isu graduan bekerja di bawah kelayakan, tetapi ia berpunca daripada ketidaksepadanan industri (industry mismatch).
Sektor swasta kita lambat mencipta peluang kerja berkemahiran tinggi yang cukup, bukannya sebab kerusi universiti anak kita dirompak oleh pelajar asing.
Aku setuju, nombor bancian yang dipetik itu memang wujud, tetapi cara ia dijelaskan telah mencipta satu gambaran yang tidak tepat.
Dasar membenarkan pelajar antarabangsa masuk diamalkan di seluruh dunia,
ia menguntungkan negara dari sudut kewangan dan reputasi akademik, tanpa mengorbankan walau satu pun tempat anak tempatan.
Kita semua sayang dan risaukan masa depan pendidikan negara, tapi biarlah kerisauan itu berlandaskan fakta yang terang dan nyata.
Jika sekalipun kita nak perjuang nasib pendidikan anak bangsa, bawalah fakta dan info yang tepat, tanpa 'misleading'.
Andai tidak, malulah kita pada gelaran yang tertera di sijil dan di dada.
Lebih dahsyat, ramai yang tidak tabayyun tweus percaya.
Demikianlah...








Ketirisan minyak masak bersubsidi berjaya dikekang, 5.26 juta rakyat dah daftar eCOSS


 


Seramai 5.261 juta rakyat Malaysia telah mendaftar menggunakan sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) setakat 3 Julai lalu

Perkembangan positif itu sekali gus membantu memperkukuh pemantauan pengedaran minyak masak paket bersubsidi satu kilogram dan mengekang ketirisan di pasaran.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh, aplikasi yang dilaksanakan secara rintis sejak 1 Mei 2025 itu turut merekodkan purata 14 juta transaksi setiap bulan.

“Kita lihat pada Jun 2025 terdapat sembilan aduan, namun pada Jun 2026 hanya dua aduan direkodkan. Ini menunjukkan penurunan yang ketara dari segi jumlah aduan.

“Begitu juga dengan jualan minyak masak paket. Di Johor, sebanyak 580,000 pengguna telah memuat turun aplikasi ini. Pada Jun 2025, jualannya hanya 1,350 paket.

“Tetapi selepas aplikasi e-COSS digunakan oleh 580,000 pengguna di Johor, jualan meningkat kepada 1.96 juta paket.

“Ini menunjukkan peningkatan yang sangat ketara di Johor, bukan sahaja dari segi pengurangan aduan ketidakberadaan, tetapi juga peningkatan penggunaan secara keseluruhan,” katanya.

Dr Fuziah menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin mengenai keberkesanan pelaksanaan aplikasi Mobile eCOSS sejak Mei 2025 dalam mengekang ketirisan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram di peringkat runcit.

Wakil rakyat DAP itu turut bertanyakan langkah kementerian menangani aduan rakyat khususnya warga emas dan golongan kurang mahir di kawasan pedalaman serta luar bandar.

Mengulas lanjut, Dr Fuziah memaklumkan bagi memastikan warga emas tidak tercicir, KPDN mengekalkan kaedah pembelian secara manual bagi pengguna tanpa telefon pintar, selain menyediakan bantuan di premis peruncit serta mempergiatkan usaha penerangan.


TARC tak dipinggirkan, Kerajaan MADANI lanjut pengecualian cukai sementara

 


Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan bahawa kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai kepada Yayasan Pendidikan TARC, sebaliknya menegaskan kelulusan bagi kemudahan itu tertakluk kepada syarat undang-undang dan bukannya diberikan secara automatik.

Menurut kementerian itu, kerajaan tetap mengiktiraf peranan Yayasan Pendidikan TARC dalam menyediakan pendidikan tinggi swasta yang berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.

MOF berkata, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 November 2025, institusi, organisasi atau tabung kebajikan yang layak boleh diberikan pengecualian cukai sehingga tempoh maksimum 10 tahun di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bagaimanapun, katanya, setiap permohonan perlu memenuhi syarat pematuhan yang ditetapkan di bawah undang-undang percukaian.

“Kelulusan tersebut bukan secara automatik, sebaliknya tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu hari ini.

MOF menjelaskan semakan terhadap permohonan Yayasan Pendidikan TARC bagi melanjutkan pengecualian cukai selepas kelulusan terdahulu tamat pada 2025 mendapati masih terdapat beberapa syarat yang belum dipenuhi sepenuhnya.

Antara perkara yang perlu diperkukuhkan ialah aspek tadbir urus organisasi serta pengurusan dana sumbangan.

Walaupun begitu, kerajaan mengambil pendekatan berhemah dengan meluluskan lanjutan pengecualian cukai secara interim selama tiga tahun bagi memastikan kedudukan yayasan itu tidak terjejas sementara proses pematuhan dimuktamadkan.

Menurut MOF, tempoh interim itu turut memberi ruang kepada Yayasan Pendidikan TARC melakukan penambahbaikan, dengan kementerian bersedia membantu memudahcara proses berkenaan.

Kementerian itu berkata, sekiranya semua syarat dipenuhi, yayasan tersebut layak dipertimbangkan untuk menerima pengecualian cukai bagi tempoh penuh 10 tahun seperti diumumkan kerajaan sebelum ini.

Sehubungan itu, MOF menegaskan isu berkenaan tidak wajar diputarbelitkan sehingga menimbulkan persepsi bahawa kerajaan menarik balik sokongan terhadap institusi pendidikan tersebut.

“Kerajaan kekal komited menyokong sektor pendidikan, termasuk peranan Yayasan Pendidikan TARC, namun semua kelulusan pengecualian cukai hendaklah dibuat mengikut undang-undang, syarat pematuhan dan prinsip tadbir urus yang baik,” katanya.



Johor tak boleh berhenti di JB, Yuneswaran mahu Johor Utara jadi enjin ekonomi

 


Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj menggesa pembangunan Johor diagihkan secara lebih seimbang dengan memberi tumpuan kepada Johor Utara yang menurutnya telah sekian lama ketinggalan berbanding kawasan selatan negeri.

Ahli Parlimen Segamat itu berkata pembangunan Johor tidak seharusnya terus tertumpu di Johor Bahru semata-mata, sebaliknya perlu diperluaskan ke daerah seperti Segamat, Tangkak, Muar dan kawasan sekitarnya yang turut menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara.

Menurut beliau, kemajuan sesebuah negeri tidak boleh diukur hanya melalui pembangunan fizikal atau angka pertumbuhan ekonomi, sebaliknya perlu diterjemahkan dalam bentuk peluang pekerjaan, pelaburan, jaringan pengangkutan moden dan infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Rakyat di Johor Utara juga membayar cukai, menyumbang kepada ekonomi negara dan berhak menikmati pembangunan yang lebih seimbang serta saksama,” katanya dalam satu kenyataan.

Yuneswaran berkata antara cabaran utama di Johor Utara ialah penghijrahan golongan muda ke Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Singapura akibat kekurangan peluang pekerjaan berkualiti di kawasan sendiri.

Beliau turut menarik perhatian terhadap kos logistik yang tinggi yang dihadapi usahawan tempatan sehingga menjejaskan daya saing perniagaan.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik usaha Kementerian Pengangkutan yang diterajui Anthony Loke mengaktifkan semula Segamat Inland Port (SIP) sebagai hab logistik baharu.

Katanya, pelaksanaan konsep Road-to-Rail menerusi SIP mampu mengurangkan kos logistik, mempercepat penghantaran barangan serta menarik lebih banyak syarikat menjadikan Johor Utara sebagai lokasi operasi.

“Ini bukan sekadar pembukaan sebuah terminal logistik, tetapi permulaan kepada kebangkitan ekonomi Johor Utara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pengoperasian SIP sahaja tidak mencukupi tanpa pelaksanaan pelan pembangunan yang lebih menyeluruh.

Yuneswaran menggariskan sembilan keutamaan yang perlu diberi perhatian kerajaan, termasuk penyempurnaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), peluasan perkhidmatan ETS hingga ke Johor Bahru, penaiktarafan jalan utama, pembangunan kawasan perindustrian baharu, pembinaan lebih banyak rumah mampu milik serta pelaburan lebih besar dalam sektor pertanian moden dan industri asas tani.

Beliau turut mencadangkan supaya Segamat diberi tumpuan khusus dalam pembangunan East Coast Economic Region (ECER) bagi memanfaatkan potensi strategiknya sebagai hab pertanian, logistik dan pembuatan.

Menurutnya, Johor Utara memiliki semua kelebihan untuk muncul sebagai koridor pertumbuhan baharu negara, namun memerlukan komitmen politik bagi memastikan pembangunan diagihkan secara lebih adil.

“Jika Johor Selatan menjadi pintu masuk antarabangsa, maka Johor Utara mesti menjadi pintu pertumbuhan baharu yang menghubungkan sektor pertanian, pembuatan, logistik dan perdagangan,” katanya.

Beliau menegaskan akan terus membawa suara rakyat Johor Utara ke Parlimen, kementerian berkaitan dan kerajaan negeri bagi memastikan pembangunan yang lebih saksama dapat direalisasikan.

“Perjuangan ini bukan soal politik semata-mata. Ini soal keadilan pembangunan, masa depan anak-anak Johor Utara dan memastikan kemajuan Johor dapat dirasai oleh semua rakyat, bukan hanya mereka yang tinggal di selatan negeri,” katanya.




KAI TAWARKAN 30 BUAH KF 21






 









Menurut berapa laporan media besar daripada Korea Selatan dalam temu bual bersama dengan Kim Jong Chul Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Korea Aerospace Industries(KAI) menyatakan mereka sedang menawarkan menjual 20 unit KF-21 untuk Filipina , 30 unit KF-21 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia dan sejumlah besar KF-21 unit untuk UAE

Artikel media itu agak tepat kerana menurut maklumat dari Filipina juga telah mengesahkan bahawa mereka sedang berunding dengan syarikat Korea Aerospace Industries(KAI) untuk membeli 20 unit KF-21 dalam program MRCA mereka
Dan pada masa sekarang Kerajaan kita sedang mempercepatkan pembelian batch pertama pesawat tempur MRCA gen4.5 atau gen5 dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55)
Selain KF-21 yang ditawarkan kepada kita ada juga dapat tawaran daripada Negara2 lain contoh gen5 F-35 ,SU-57,KAAN,J-35, gen4.5 JAS 39E/F Gripen ,Typhoon dan Rafale






PRU Johor: ‘Saya Bertekad Selesaikan Isu Perumahan Generasi Kedua FELDA’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusı Pakatan Harapan berucap pada program Jelajah Harapan FELDA sempena kemper Plllnan Raya Umum Johor ke-16 di Dataran Kompleks FELDA Palong Timur 2, Segamat pada 5 Julai 2026. Foto PMO

SEGAMAT, 5 Jul – Isu penyediaan tapak perumahan bagi generasi kedua FELDA, yang telah berlarutan sejak sekian lama, akan diselesaikan dengan memperuntukkan tapak bersesuaian di kawasan yang dikenalpasti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusı Pakatan Harapan berucap pada program Jelajah Harapan FELDA sempena kemper Plllnan Raya Umum Johor ke-16 di Dataran Kompleks FELDA Palong Timur 2, Segamat pada 5 Julai 2026. Foto PMO

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaannya bagaimanapun memerlukan kerjasama kerajaan negeri, memandangkan urusan tanah serta penyediaan prasarana asas berada di bawah bidang kuasa negeri berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusı Pakatan Harapan berucap pada program Jelajah Harapan FELDA sempena kemper Plllnan Raya Umum Johor ke-16 di Dataran Kompleks FELDA Palong Timur 2, Segamat pada 5 Julai 2026. Foto PMO

“Keputusan dasar kita adalah untuk cari penyelesaian supaya ada pembelaan, jaminan tapak tanah bagi generasi kedua FELDA. Itu dasar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusı Pakatan Harapan berucap pada program Jelajah Harapan FELDA sempena kemper Plllnan Raya Umum Johor ke-16 di Dataran Kompleks FELDA Palong Timur 2, Segamat pada 5 Julai 2026. Foto PMO

“Saya telah beritahu, saya mahu masalah-masalah yang dibangkitkan berpuluh tahun generasi kedua ini, diselesaikan sementara saya jadi Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab dalam soal FELDA,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusı Pakatan Harapan berucap pada program Jelajah Harapan FELDA sempena kemper Plllnan Raya Umum Johor ke-16 di Dataran Kompleks FELDA Palong Timur 2, Segamat pada 5 Julai 2026. Foto PMO

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program bertemu masyarakat di Dataran Putra FELDA Palong Timur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusı Pakatan Harapan berucap pada program Jelajah Harapan FELDA sempena kemper Plllnan Raya Umum Johor ke-16 di Dataran Kompleks FELDA Palong Timur 2, Segamat pada 5 Julai 2026. Foto PMO

Turut hadir Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Segamat R. Yuneswaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusı Pakatan Harapan berucap pada program Jelajah Harapan FELDA sempena kemper Plllnan Raya Umum Johor ke-16 di Dataran Kompleks FELDA Palong Timur 2, Segamat pada 5 Julai 2026. Foto PMO




Fajar Harapan Di Johor: Mengapa Rakyat Memilih Reformasi dan Kestabilan Sebenar?

 


PENDAPAT, 6 Jul – ​Lima hari menuju hari penentuan, Johor bukan sekadar sedang melalui pilihan raya; negeri ini sedang menyaksikan satu peralihan naratif yang signifikan.

Jika selama ini Barisan Nasional (BN) cuba mendominasi ruang udara dengan retorik “kerajaan stabil,” kini rakyat Johor mula melihat bahawa kestabilan sebenar bukanlah sekadar mengekalkan status quo, tetapi melalui keberanian melakukan pembaharuan.

Gelombang sokongan yang kini memihak kepada Pakatan Harapan (PH) adalah cerminan bahawa pengundi Johor sedang memilih masa depan, bukannya terperangkap dalam nostalgia masa lalu.

Gelombang Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar dirasai di DUN Semerah tetapi hampir di seluruh Johor yang mahukan perubahan drastik di segenap peringkat.

​Reformasi Institusi: Dari Putrajaya ke Akar Umbi

​Kejayaan PH dalam membina momentum ini tidak datang secara kebetulan.

Ia berpunca daripada keyakinan rakyat terhadap agenda Reformasi Institusi yang dibawa di bawah panji Malaysia MADANI. Walaupun saya berpangkalan di Kuala Lumpur, saya melihat reformasi ini bukanlah sesuatu yang terhad di ibu kota. Ia adalah satu perubahan holistik yang sedang meresap ke seluruh unit pentadbiran negara.

​Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), telah menetapkan “standard” baharu dalam politik: tidak lagi bermain dengan emosi, tetapi dengan fakta dan data.

Setiap dakwaan Onn Hafiz Ghazi mengenai ekonomi dipatahkan dengan angka yang tepat. Rakyat kini melihat kerajaan pusat sebagai entiti yang lincah menguruskan makroekonomi, dan peralihan momentum ini ke peringkat mikroekonomi, di mana kesan kos sara hidup dan peluang pekerjaan dirasai—kini hanya menunggu masa. Ini adalah janji masa depan yang nyata, bukan lagi retorik kosong.

Kegigihan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen di hampir kesemua DUN di Johor sewajarnya disambut lebih hebat dengan kempen bersasar termasuk menggunakan media sosial semaksimum mungkin di semua platform sesegera mungkin.

​Strategi ‘Local Boy’: Khuzzan Adalah Jawapannya

​Di peringkat akar umbi, PH telah membuat pertaruhan yang tepat dengan meletakkan calon yang bukan sahaja dikenali, tetapi terbukti keupayaannya. Contoh terbaik ialah Mohd Khuzzan Abu Bakar di Semerah. Beliau bukan sekadar calon pilihan parti, beliau adalah pilihan rakyat yang mahukan kesinambungan perkhidmatan.

Pengalaman beliau sebagai ADUN Semerah (2018–2022) dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor (2018–2020) menjadi “tiket” utama yang membezakan beliau daripada calon lawan. Pengundi Semerah tahu bahawa Khuzzan bukan “orang asing.”

Mereka tahu beliau memahami selok-belok tadbir urus dan bagaimana untuk membawa suara mereka ke dalam dewan negeri. Inilah kualiti yang dicari—pengalaman yang teruji, bukan sekadar janji manis “payung terjun.”

Sambutan baik ditunjukkan warga Semerah yang berhasrat mengubah keadaan sekarang.

​Tembok FELDA: Bukti Harapan Telah Diterima

​Satu lagi tanda positif bagi PH adalah kejayaan mereka menembusi kubu kuat BN, iaitu kawasan FELDA. Selama berdekad, FELDA dianggap sebagai wilayah “larangan” bagi mana-mana parti selain BN. Namun, hari ini, tembok itu telah roboh.

Kehadiran pemimpin PH yang diterima baik di tanah rancangan menunjukkan bahawa naratif politik lama BN yang bergantung kepada kesetiaan buta sudah tidak lagi laku. Generasi peneroka FELDA kini lebih progresif; mereka mahukan penyelesaian praktikal untuk ekonomi keluarga mereka, dan mereka melihat PH sebagai satu-satunya gabungan yang mampu memberikan masa depan yang lebih baik.

​Kontras yang Nyata: BN dalam Kekalutan

​Kejayaan PH ini menjadi lebih ketara apabila dibandingkan dengan kempen BN yang semakin hilang punca. Sejak awal, kempen BN terpalit dengan agenda kontroversial untuk “membebaskan Datuk Seri Najib Razak”—satu naratif yang hanya mengasingkan pengundi kelas pertengahan yang mementingkan integriti.

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor membawa suntikan semangat kepada bangsa Johor untuk berubah termasuk di Semerah. Foto PMO

Lebih malang lagi, tindakan taktikal BN yang sanggup menceraikan rakan kongsi tradisi mereka, MCA dan MIC, hanya untuk memberi isyarat kerjasama dengan Pas, adalah satu langkah yang disifatkan sebagai “desperasi.”

Rakyat melihat ini bukan sebagai strategi, tetapi sebagai tanda perpecahan ideologi. Apabila parti yang pernah menjadi tonggak negara sanggup mengenepikan rakan setia demi “perkahwinan paksa” dengan PAS, pengundi Johor tahu bahawa BN bukan lagi parti yang boleh diharapkan untuk membawa kestabilan yang inklusif.

​Kesimpulan: Johor Memilih HARAPAN

​Pada 11 Julai nanti, rakyat Johor mempunyai pilihan yang cukup jelas. Mereka boleh memilih untuk kembali kepada era retorik dan politik “desperado” BN, atau mereka boleh memilih untuk menyertai gelombang perubahan yang dibawa oleh PH.

Mana-mana bangsa Johor bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus berbangga apabila Pakatan Harapan (PH) mahu membawa perubahan di seluruh negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor. Foto PMO

Bagi saya, Johor sedang memilih untuk HARAPAN. Pilihan raya kali ini bukan lagi tentang siapa yang paling lantang di pentas, tetapi siapa yang mempunyai pelan tindakan yang paling realistik untuk masa depan.

Dengan reformasi yang sedang berjalan, calon yang berpengalaman seperti Khuzzan, dan sokongan yang semakin meluas di FELDA, PH kini berada di landasan yang tepat untuk bukan sahaja memenangi kerusi, tetapi memenangi hati rakyat Johor. Fajar Harapan kini sudah menyingsing di tanah Johor.

Oleh Lai Chen Heng