PMX BERJUMPA RAKAN SEJAWAT FUMIO KISHIDA


 

Mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida.






Dalam pertemuan ini, kami berdua dapat menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara meliputi bidang pelaburan, perdagangan, teknologi tinggi, peralihan tenaga, kerjasama alam sekitar, pertahanan dan keselamatan, pembangunan keupayaan dan bakat serta pendidikan tinggi.


Kami berdua juga turut menyentuh isu-isu lain yang menjadi kepentingan bersama termasuk konflik di Palestin yang mana saya sekali lagi menyatakan solidariti buat rakyat negara itu.


Jepun juga telah menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin melingkupi aspek kesihatan, pengurusan sisa pepejal dan pembangunan semula kawasan yang musnah.


Saya berharap agar hubungan dengan Jepun terus diperkasa sekali gus dapat menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.


#MalaysiaMADANI




LAGI ALASAN KELUAR DARI MULUT WALAUN

 

Zuwairi Md Yusof






Mereka beri alasan itu milik persendirian eh?Ini putar belit alam lapuk dah tak laku di zaman ini,kikiki.


Sebelum hendak '𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝘀𝗶𝗸' negeri orang, sila jaga negeri kamu dahulu


Sebelum hendak '𝗺𝗲𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶' orang, sila nasihat diri kamu dahulu


Sila Cermin Muka Kamu Terlebih Dahulu...


Persetankan kepimpinan ULARMAK,

Konsert seksi bogel oh MATILANAK,

Mana nak letak muka PAK dan EMAK,

Semua pakat jadi KUTU BERAHAK.


PAS BERSATU sembang berapi api,

Perasan bagus tapi syok sendiri,

LIhat saja ape sudah terjadi,

PERLIS pun dia sakau SHUKRI RAMLI.... 

https://www.youtube.com/watch?v=U4mAnyp2V0o



HANG MASUK UNIVERSITI BAGI MAHASISWA TANYA HANG BAB PELABURAN DI KEDAH


Pak Ya Siam




 Pi jumpa budak tadika,balik mai cerita muhong kat rakyat macam2..


Setakat nak jumpa budak2 tu,mai kut jitra ni penuh budak2 malam ka siang2 ka dok race moto,agak tak puas hati pi petang2 kut gunung kriang sana banyak dok naik moto dengan marka !!


Mai kut jalan pegawai,kut kedondong pokok sena tu pukul 1-2 pagi dok race moto pi jumpa tarbiah depa ni pi sampai luaq negara nak jumpa budak2 ja !!


Buat perabih duit rakyat saja puak2 ni,macam bela biawak hidup!!


“Dai Menteri Bo ching ching”


Sawadee




HAAAA... BERITA BAIK TUAN TUAN... DIA NI BAKAL MENGINAP DI SG BULOH.... PASANG LA HANG... BANDUAN BANYAK SOKONG PMX..... MEMANG HANG KENA BALAIH PUNGKOQ HANG LA...


 

QALAUN DAN LEBAI PAS.. BUKAN MAIN LAGI MASA HENTAM PMX... BILA KENA KE DSPA.. ZUPA BEWAK MASUK LOBANG OOO...


 

PMX KINI DIKENALI SELURUH DUNIA SEBAGAI PIMPINAN ISLAM MODERAT DUNIA


 

HAAAAA...DENGAR NI...


 

PMX DIBERI PENGHARGAAN BERUCAP DI NEKKEI




 Pagi ini diberi penghargaan oleh pihak Nikkei sebagai pemimpin pertama untuk menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2024.


Saya tegaskan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global yang semakin meningkat.


Saya tekankan bahawa perdagangan, pelaburan dan teknologi kini sering digunakan sebagai senjata dalam persaingan antara kuasa dunia, dan ia secara tidak langsung menjejaskan negara-negara membangun.


Maka, sebagai persiapan untuk mengambilalih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia beriltizam untuk memperkuatkan kerjasama ekonomi serantau dan mengurangkan perbezaan dalam negara-negara ASEAN.


Saya juga menggariskan usaha diambil Malaysia ialah memanfaatkan aliran masuk pelaburan langsung asing dan kepelbagaian rantaian bekalan global untuk pembangunan yang lebih seimbang.


Turut saya tekankan adalah kepentingan solidariti dan kerjasama di kalangan negara-negara Asia untuk mencapai masa depan yang aman, stabil dan makmur.


Malaysia bertekad untuk terus menjadi peneraju dalam ekonomi serantau dan global, memanfaatkan kekuatan kerjasama dan inovasi untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan terutamanya perubahan ekonomi, teknologi, dan geopolitik yang pesat.


#MalaysiaMADANI



PELAKSANAAN GAJI PROGRESIF





Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif bakal dimulakan dengan projek rintis pada Jun depan melibatkan 1,000 syarikat.
 
Ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan gaji rakyat tinggi selari dengan peningkatan produktivit selain tumpuan untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.
 
Bagi projek rintis ini, penyertaan dibuka kepada lima sektor iaitu sektor Pembuatan, Pembinaan, Perdagangan borong dan runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, Maklumat dan komunikasi serta Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal
 
Pemilihan syarikat bagi projek rintis ini akan melalui proses yang menekankan sokongan dasar, tahap keperluan sektor serta kesaksamaan.
 
Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi.
 
Majikan boleh menuntut insentif tunai daripada kerajaan sekiranya memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.
 
Syarikat yang terpilih akan menerima insentif berjumlah maksimum RM200 sebulan bagi setiap pekerja peringkat permulaan  (entry level)  dan maksimum RM300 sebulan bagi setiap pekerja bukan peringkat permulaan (non-entry level).
 
Setiap pekerja yang berdaftar di bawah Dasar Gaji Progresif perlu menjalani kursus/latihan peningkatan kemahiran sekurang-kurangnya selama 3 hari (21 Jam).
 
Kepada majikan yang ingin mengetahui maklumat lanjut termasuk garis panduan penuh pelaksanaan dan latihan boleh didapati di laman web https://gajiprogresif.gov.my/




HAAAAA... MAKAN PULOIT LA....

 


Najib Bakar





Kes anak MB Perlis, Syafeeq Shukri. Pertuduhan tuntutan palsu, dan pemalsuan dokumen.


Aku rasa kes ni senang nak jatuhkan hukuman. Kalau terbukti dokumen tu palsu, dan barang/projek pun tak wujud, selesai lah.


Dah la libatkan Istana. Hati kering tapi agak tak cerdik.


Pak mentua hang tak nasihat kata apa-apa ka?



PMX TIBA DI JEPUN






 Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Jepun bagi menghadiri Persidangan Nikkei 2024. 


Saya turut diapit Menteri Luar Negeri, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Menteri Sumber Manusia. 


Selain menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2024 esok, saya juga dijadual bertemu Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida. 


Saya juga akan mengetuai misi pelaburan dengan bertemu pemimpin-pemimpin industri di Jepun. 


Kesempatan di Tokyo turut saya gunakan untuk berdialog bersama Kelab Media Jepun, menyampaikan syarahan di Universiti Keio dan bertemu komuniti Islam di negara ini. 


Semoga urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI



JOM TENGOK ALOHA.. TUUUU.. DIAAAA AIHHHH....


 

BOIKOT PENGUSAHA MELAYU SENDIRI

 


Golongan2 yang b0ik0t terhadap KFC menyebabkan pengusaha ayam yang terdiri dari 👇




32-0 WOIII.. RUGI WOIII TAK GI...


 

MALAS NAK KOMEN. WALAUN MEMANG MALAS MEMBACA DAN MALAS MENGKAJI. PADA HAL YANG BANYAK GUNA.. DEPA NI LA.. DOK BAWA LORI LA.. TARIK LORI LA.. LORI SAWIT.. TAPI TAK MAU BUKA OTAK.. MALAS BACA...

 


Kecoh dari semalam cerita tentang 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹. Macam-macam komen aku baca, terutamanya dari walaun, yang buat aku tersenyum sendiri.


Ada yang kata kena tingkatkan kawalan penyeludupan, bukannya tarik subsidi. Betul juga tu. Tapi kalau yang seludup tu orang yang berkuasa, nak buat macamana?


Sebenarnya 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 tetapi harga bahan api yang akan 𝗱𝗶𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Sama la tu. Kan? Eh tak. Tak sama. Jauh sangat perbezaannya.


Bila harga diapungkan, subsidi masih lagi diberi. Cuma tidak lagi di pam macam sebelum ini. Subsidi 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗹𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 kepada pihak yang layak dapat.


Ini berbeza dengan zaman Pak Lah dulu. Subsidi terus 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 hingga harga meningkat kepada RM2.70 seliter. Harga diapungkan dan disemak secara berkala


Dan ia berterusan hinggalah zaman Najib PM. Malah ketika Najib PM, pernah 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗿𝘂𝗻𝗰𝗶𝘁. Bermakna, bukan setakat kerajaan tak beri subsidi, malah 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 lagi.


Contoh, harga pasaran RON95 RM1.70 tapi di pam dijual pada harga RM2.20. Jadi kerajaan kutip 50 sen bagi setiap liter yang rakyat beli.


Hinggalah akhirnya perubahan dibuat dengan harga disemak setiap minggu. Siapa punya formula? Itulah yang walaun gelar 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗙𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮, 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶. Dia selamatkan kita daripada 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘆𝗶 Najib.


Jadi cerita subsidi ditarik ni bukan baru. Kita dah pun lalui sebelum ini. Cuma bila PH1.0 naik, harga pasaran minyak mulai naik. Jadi kerajaan ketika itu tetapkan harga maksimum di pam adalah RM2.08.


Kalau harga naik lebih dari RM2.08, kerajaan akan tanggung. Ketika Ismail Sabri jadi PM pula, maksimum harga di pam diturunkan kepada RM2.05. Kita pun mula sedap hidup bersubsidi semula.


Jadi, subsidi bahan bakar ditarik ni bukan benda baru. Kita 𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗱𝘂𝗹𝘂. Cuma bezanya kali ini, subsidi bukan ditarik tapi diberi secara bersasar terus kepada individu.


Dulu, zaman Pak Lah, zaman Najib, boleh je hidup isi minyak tanpa subsidi. Siap kena cukai tersembunyi lagi. Tiba-tiba hari ni dapat subsidi secara bersasar, 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸, 𝗸𝗮𝗻?


Nak auta pun sikit sikit je cukup. Apa yang kerajaan hari ini akan buat, jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum-sebelum ini buat. 𝗕𝗕𝗡𝗨 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘁𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


APA JADI DENGAN DIA NI ? HARAP JANGAN LAMA SANGAT KOT Laporan SPRM Terhadap Radzi Jidin Bagi Tuduhan Rasuah di Ibu Pejabat SPR...


Satu Laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Gulam Muszaffar Ketua Penerangan UMNO Wilayah bagi tuduhan rasuah terhadap YB Radzi Jidin di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya. 21hb September 2023 (Khamis)



PANAS! Anak MB Perllis didakwa esok? | Azmin, Hamzah tak layak | Anwar b...



1. Hanya Anwar berani laksana penyasaran subsidi diesel – Kor Ming 2. Anak MB Perlis, bekas setiausaha politik pemimpin pembangkang didakwa esok 3. Azmin dan Hamzah belum cukup syarat, tiada keperluan tanding rebut jawatan Timbalan Presiden BERSATU — Wan Saiful 4. MP PAS ingatkan DAP usah semai politik toksik, paranoid 5. Pimpinan akar umbi perlu terjemah mesej PM kepada rakyat – Manivanan 6. Tuduhan ekstrem hanya bantu tambah sokongan PAS, kata pemimpin








[GEMPAK] LOKMAN BONGKAR KENAPA PAS DAN PN TAKUT DENGAN BN+PN!

KOMENTAR DLNA | JAWAPAN KEPADA KEBARANGKALIAN AKAN BERLAKU JIKA PMX BERS...

PERTAHANKAN KEPIMPINAN ALOHA..


Harakatdaily


 Presiden PAS mengadakan tinjauan mengejut di Pulau Lang Tengah susulan tular video pesta liar di situ.




ESOK DAKWA





 Ok sah. Anak MB Perlis merangkap menantu Haji Hadi akan didakwa esok jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen 1 Jenayah, Kangar.


Namanya Mohd Syafeeq bin Mohd Shukri.


Sahih dan tepat fakta ini, tak boleh disangkal lagi.


Huk aloha!



KEH..KEH..KEH...WALAUN KENA MUHONG LAGI


 

MACAM MACAM WALAUN KATA BAB HIBURAN...SEKALI DI NEGERI DARUL IMAN BUAT PESTA LIAR...BUKAN TAKAT TU....MASYA ALLAH TUAN TUAN....DEKAT NAK TELANJANG OOOOO


 

KERAJAAN DAH BERJAYA TARIK 76 BILLION DALAM TEMPOH YANG SINGKAT


 

PI SANA NU...POLIH PANGGE HANG...

 


BANTUAN BUAT ARTIS YANG MENGHADAPI MASAALAH KESIHATAN

 

Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya untuk meneruskan rutin Ziarah Madani dengan menziarahi pelakon saudari Nur Azifah Zainon di Hulu Kelang, Selangor. 


Saudari Nur Azifah telah menderitak sejak tahun lalu akibat kanser payudara.



 





Pelakon drama Istidraj dan Tujuh Warna Pelangi ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut, namun kos rawatan yang ditanggung amat membebankan.


Saudara Farhan telah sampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk membantu meringankan beban kos perubatan beliau. Mendoakan saudari Nur Azifah dikurniakan keafiatan oleh Allah SWT dan beliau diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini. 


#MalaysiaMADANI




BENDA BETUL LA..

 

Che Ibrahim


Owww benda sengoti.... Ambo ingat saja nak buat fitnah jah.




JOM... PARTY ALOHA.


                    Cartoon by Haili



JOM KITA JOGET DI TERENGGANU DARUL PESTA



 

[Full Video] PM announces targeted subsidy for diesel

[panas] MAHATHIR TERKEJUT BERUK! PROSIDING RCI BATU PUTEH!

RINGKASAN PENERANGAN PMX SEMALAM DALAM PENERANGAN BEBERAPA ISU NEGARA DAN EKONOMI.



 Awalan PMX cite tentang isu keselamatan yang berlaku 


Kemudian tentang ekonomi negara bursa saham naik inflasi dibawah kawalan dll


Minit ke4 soal tata kelola


Minit 5 ke atas ttg isu tender, rasuah dan penjimatan projek yang ditender kan semula


Minit ke 9 ekonomi madani


Minit 12 gaji naikkan siling naikkan bumbung 


Minit 14 noktah kan kemiskinan, IPR, gaji progresif, ekosistem perniagaan, dll


Minit 18 perlaburan masuk ke Malaysia


Minit 21 kedudukan fiskal negara, subsidi pukal, beban hutang


Minit 26 reformasi fiskal, turun hutang, defisit, cukai dll


Minit 29 penyalarasan subsidi elektrik, kjaan jimat 4.5billion


Minit 32 penyelarasan subsidi bahan api 


Untuk permulaan hanya libat pengguna Semenanjung Malaysia


Subsidi kpd 10 jenis perkhidmatan komersial yg guna diesel- teksi buds nelayan 


23 jenis kenderaan penghantaran


Pemilik kenderaan diesel diberi subsidi kecuali T20


Petani pesawah dan penoreh


Kesan kenaikan kepada T20 dan pengguna org asing


Penjimatan Kerajaan RM4 bilion


Minit 36 peningkatan bantuan sara 700 juta, 5x berbanding tahun lalu


STR naik 2 bilion 9 juta penerima


Minit 38 bantuan murid sekolah


Minit 38 insentif pengeluaran getah naik ke rm3 sekilo


Minit 39 skim subsidi harga padi naik ke rm500 dari 360


Tamat


@⁨~al-fatih⁩ 

@⁨~RosliHassan⁩




KUALITI NI BERGANTUNG PADA AWAL KEHIDUPAN DARI KECIL REMAJA DEWASA DAN ORANG TUA....KALAU GINI ....MELINGKUP LA NEGERI...


 

PMX MENDONIA DI RIYADH


 

UPSEREYNAPETEY


 

KERAJAAN KELANTAN MAHU LAWAN KEPUTUSAN MAHKAMAH???



Che Ibrahim



Ambo tak nampak kok celah mana Kerajaan Kelantan nak gubal semula 16 Seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan yang telah diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan??? 


Sepatutnya Kerajaan Kelantan kena akur dan patuh kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memansuhkan seksyen seksyen yang terbatal itu kerana kesalahan kesalahan tersebut di luar dari bidangkuasa mahkamah syariah




BSKL MULA MELONJAK

 

Bursa Malaysia tertinggi dalam tempoh 3 tahun. 



Najib 




Jumlah perdagangan dan jumlah eksport meningkat.


Peratus kenaikan GDP untuk suku pertama 2024 juga melebihi unjuran awal DOSM (4.2 peratus berbanding 3.9 peratus). 


Pasaran kenderaan Malaysia berjaya memotong Thailand. Kini di tempat kedua di belakang Indonesia.


Moving in the right direction insyaAllah.



MACAM NI GAYA....PELABUR SEBELAH PUN RISAU KELAKU MACAM NI


 

HANG TAK MASUK JEL LAGI BOLEH LA CAKAP PANDAI...CUBA PDRM KUTIP TENGOK ....


 

KEH..KEH..KEH....TAHAP PERBAHASAN DI PARLIMEN PUN LEMAH...NAK HARAP PAS DAN PN...MMMM


 

Mereka ini Ustaz, saya pula baru nak start.

 


Mereka ini Ustaz, saya pula baru nak start.





Tetapi saya juga ada tanggungjawab dalam dakwah. Sebab itu tanggungjawab kita semua sebagai hamba Allah.


Maka sepadan dengan keilmuan saya, saya hanya mengajak masyarakat untuk berfikir.


Saya tidak mengajak orang untuk taksub kepada Dr Rozaimi atau kepada Ustaz Wadi. Saya juga tidak pernah mengajak orang untuk membenci mereka.


Kedua-dua mereka ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada manfaat yang telah mereka sumbangkan, dan ada kesilapan yang mereka telah lakukan.


Maka jadilah kita masyarakat yang matang dalam beragama.


Tak suka tak apa. Tapi jangan sampai menghina. Jangan sampai kata apa yang orang tak kata.


Sebab setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan di dunia. Maka berhati-hatilah supaya kita tidak muflis di akhirat sana.


Semoga Allah jauhi kita dari menjadi muflia di akhirat sana.


Pada yang dapatkan kitab sahih bukhari, boleh rujuk komen.


Kalau nak dapatkan buku "Jangan Kata Apa Orang Tak Kata" tulisan Dr Rozaimi pun boleh rujuk di ruangan komen.


By : A L K H A I R I Z


"Perunding Hartanah, Harta Pusaka & Takaful yang matang."



MISTERI PEMBELIAN 80 PESAWAT SKYHAWAK TAHUN 80. SEHINGGA KINI KES INI TERPENDAM.


 

JOM KITA KE PESTA BIKINI DI TERENGGANU DARUL IMAN- PN PAS,BERSATU bising2 pasal parti keretapi KTMB ye?


Zuwairi Md Yusof






Pinkfish party pon takde macam ni.

KTM pon x buat macam ni.

Liberal kafir laknatullah pon x buat macam ni.


Sekali, TERENGGANU negeri PAS di bawah parti terpaling Islam Melayu buat bikini partyyyy gais !!


Amacam @wanfayhsal @harakahdailyHD @PASPusat ?


Nak takbir ke camna ni?Kehkehkeh https://x.com/BadBoy2662/status/1792803022474744066


KTM sewakan gerabak yang tak tahu tujuan untuk mereka berparti pon tapi negeri lebai buat parti selambe je nanti walaun redho.Apa jenis perangai?Akhir zaman ni maksiat tempat sendiri halal.Maksiat gempat orang yang bukan di sengajakan tu gegak gempita dia canang.Terbaiklah walaun dan lebai isley PAS pis pus.


Ada parti joget2 kat negeri PAS yea… mohon sepatah dua kata @FadhliShaari guane boleh jadi gini?Kahkahkah https://x.com/lady_bugg11/status/1792798059673633083



PERUTUSAN NEGARA ISU DALAM DAN LUAR NEGARA MALAM INI

 



Saya akan menyampaikan Perutusan Negara secara langsung di semua saluran media tempatan pada jam 9.00 malam ini.


Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara. 


Mohon rakan-rakan ikut serta, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI



ORANG ADA MARUAH KA TIDAK? PATUT SALIM PARPUKARI KATA DIA HISAP GANJA...




 Korang tengok. Percayalah cakap aku. Takkan ada apa-apa tindakan pun terhadap PapaGomo ni. Sebab apa? Sebab dia sentuh tentang PMX je. Tapi kalau dia sentuh 3R, 𝘤𝘰𝘯𝘧𝘪𝘳𝘮 kena. Pembangkang nak kata zalim macamana lagi? PMX kena fitnah, dicaci semberono, pun lepas bebas orang yang mencaci tu. Tak cukup bebas lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SANUSI TERKENAL KERANA CAKAP KASAR MAKI ORANG DAN KUAT MEMBOHONG

 




Harakahdaily tak pernah gagal buat lawak. Kali ini dia dakwa Sanusi 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Malahan, ada negeri yang orang awam tak kenal MB atau KM tapi sebut saja Sanusi, semua kenal. Lawak sungguh.


Tapi sungguh memang Sanusi ni terkenal. Tapi kena la faham dia terkenal sebab apa.


Pertamanya, dia terkenal sebab 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝘁. Majoriti yang dia sebut memang boleh dijadikan bahan lawak. Contohnya 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶, atau cerita yang 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮 dan banyak lagilah.


Kedua, dia terkenal sebab selalu bersikap 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 orang. Sampai 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 pun dia hina. Pekerja Agro Kedah pun sama. Kalau PMX dan Menteri Pusat tu, tak payah cerita la. Hobi dia.


Satu lagi, Sanusi ni suka cakap kasar. Contoh macam dia sebut 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗻𝗴. Lepas tu 𝘴𝘱𝘪𝘯 cakap tu bukan mencarut. Itu pujian. Pernah juga gempar sebab dia sebut 𝗹𝗮𝗻*𝗮𝘂 di atas pentas ceramah.


Dan jangan lupa Sanusi juga terkenal sebab 𝗸𝗮𝗿𝗮𝗼𝗸𝗲 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗮. Dan sebelum itu, dia pernah juga terkenal sebab 𝘵𝘦𝘴𝘵 𝘥𝘳𝘪𝘷𝘦 𝘍𝘰𝘳𝘥 𝘙𝘢𝘱𝘵𝘰𝘳 ketika 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴. Rakyat nak pergi kerja pun tak boleh tapi MB boleh pandu uji kereta.


Kalau nak kata terkenal, memanglah terkenal. Tapi apa yang penting, 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗮𝗽𝗮. Dulu nama-nama macam 𝗠𝗮𝗶𝗹 𝗞𝗲𝗿𝗯𝗮𝘂, 𝗕𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗖𝗵𝗶𝗻 dan 𝗕𝗲𝗻𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗞𝗮𝗹𝗶 pun terkenal juga. Satu Malaysia dok sebut-sebut.


Tapi 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹𝗮𝗻 mereka tak sama dengan populariti PMX 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺. Satu dunia sanjung terutama kalangan negara-negara Islam dan membangun. Dari semenjak 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 𝗹𝗮𝗴𝗶 dah terkenal.


Malahan PMX dijemput berucap di universiti luar, baca khutbah dan macam-macam lagi. Itu barulah terkenal atas sebab yang elok. 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗸𝗵𝘂𝘁𝗯𝗮𝗵? Jangankan negara lain, negeri dalam Malaysia pun tak sudi. Terkenal apa begitu?


Berita ni sebenarnya 𝘥𝘢𝘮𝘢𝘨𝘦 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘳𝘰𝘭. Orang Harakah pun tahu Sanusi dah jadi 𝗹𝗶𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗔𝗦. Malahan rakyat Kedah pun dah 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 yang meluat bahkan malu ada MB seperti Sanusi ni.


Harakah ingat tulis berita begini boleh sejukkan hati rakyat Kedah kot. Kalau Sanusi nak pikat semula hati rakyat, bukan dengan berita lawak begini tapi 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶. 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝗽𝗿𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Bukan terus-terusan salahkan orang lain je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



“PAS SUBURKAN EKSTREMIS AGAMA” BOLEH KRITIK TAPI ADA HAD DALAM 3R!

TAHNIAH YB RAFIZI TERBAIK! WALAUPUN PAS & PN SERING SEBAR BERITA PALSU K...

Persidangan Antarabangsa Tokoh Agama Dunia 2024

TEROKA PEMIKIRAN BAHARU BINA EKOSISTEM TEKNOLOGI AI




 Malaysia harus bergerak pantas membina ekosistem yang mantap bagi memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam era pasca normal pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata masyarakat negara ini tidak boleh lagi mengekalkan amalan lapuk sebaliknya perlu meneroka pemikiran baharu dengan melaksanakannya dengan pantas.

“Saya tegaskan kita tidak boleh dengan pendekatan lama. Kalau kita rasa perlu tambah jurutera harus ada pendekatan segera kerana dalam pasca normal ini, memaksa dan menuntut kita membuat perubahan dengan pantas dan cepat,” katanya semasa melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS 2024) di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menggariskan empat teras ekosistem berkenaan iaitu tadbir urus AI untuk memastikan ekosistem inovasi AI yang sistematik di samping pemangkin AI melalui Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) bagi memastikan penyelarasan dalam bidang pendidikan, pembangunan dan aplikasi AI.

Beliau berkata, pembangunan industri AI perlu dilakukan dengan kerjasama syarikat multinasional dan keempat melahirkan bakat AI merangkumi profesional dan individu berkemahiran melalui program pendidikan dan latihan serta kerjasama industri dengan akademik.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Perdana Menteri yang melancarkan Fakulti AI, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada majlis itu turut memuji kejayaan universiti berkenaan membangunkan fakulti itu dalam masa hanya empat bulan selepas diminta oleh kerajaan.

Beliau turut menekankan keperluan melahirkan lebih ramai jurutera berkemahiran memandangkan Malaysia ketika ini kekurangan kira-kira 30,000 jurutera bagi memenuhi keperluan industri.

Anwar turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), universiti dan institusi latihan untuk berinteraksi dengan wakil industri mengenai keperluan meningkatkan mutu latihan bagi melahirkan jurutera berkemahiran tinggi.

“Saya tanya wakil Nvdia, Google, Microsoft, Amazon, Huawei serta Ericsson, dan semua menyatakan dari segi disiplin anak-anak kita, jurutera baharu dan graduan sains cukup baik, tetap ada kekurangan dari segi kemahiran, keterampilan dan pengkhususan yang diperlukan,” katanya.

Perdana Menteri berkata universiti dan institusi latihan perlu memberi penekanan kepada kualiti jurutera yang dilahirkan dan bukan bilangan semata-mata kerana pelaburan di dalam negara akan terjejas jika industri merasakan kemahiran mereka tidak mencapai tahap diperlukan.

Beliau turut menekankan keperluan menarik semula minat anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah terhadap mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang ketika ini semakin terhakis.

“Kalau tidak, ekosistem itu tidak akan terbina. Kita boleh bicara dan meluncurkan AI hari ini, tetapi persiapan daripada akar umbi dan meningkat ke peringkat tinggi tidak ada,” katanya.