Kecoh dari semalam cerita tentang 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹. Macam-macam komen aku baca, terutamanya dari walaun, yang buat aku tersenyum sendiri.
Ada yang kata kena tingkatkan kawalan penyeludupan, bukannya tarik subsidi. Betul juga tu. Tapi kalau yang seludup tu orang yang berkuasa, nak buat macamana?
Sebenarnya 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 tetapi harga bahan api yang akan 𝗱𝗶𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Sama la tu. Kan? Eh tak. Tak sama. Jauh sangat perbezaannya.
Bila harga diapungkan, subsidi masih lagi diberi. Cuma tidak lagi di pam macam sebelum ini. Subsidi 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗹𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 kepada pihak yang layak dapat.
Ini berbeza dengan zaman Pak Lah dulu. Subsidi terus 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 hingga harga meningkat kepada RM2.70 seliter. Harga diapungkan dan disemak secara berkala
Dan ia berterusan hinggalah zaman Najib PM. Malah ketika Najib PM, pernah 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗿𝘂𝗻𝗰𝗶𝘁. Bermakna, bukan setakat kerajaan tak beri subsidi, malah 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 lagi.
Contoh, harga pasaran RON95 RM1.70 tapi di pam dijual pada harga RM2.20. Jadi kerajaan kutip 50 sen bagi setiap liter yang rakyat beli.
Hinggalah akhirnya perubahan dibuat dengan harga disemak setiap minggu. Siapa punya formula? Itulah yang walaun gelar 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗙𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮, 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶. Dia selamatkan kita daripada 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘆𝗶 Najib.
Jadi cerita subsidi ditarik ni bukan baru. Kita dah pun lalui sebelum ini. Cuma bila PH1.0 naik, harga pasaran minyak mulai naik. Jadi kerajaan ketika itu tetapkan harga maksimum di pam adalah RM2.08.
Kalau harga naik lebih dari RM2.08, kerajaan akan tanggung. Ketika Ismail Sabri jadi PM pula, maksimum harga di pam diturunkan kepada RM2.05. Kita pun mula sedap hidup bersubsidi semula.
Jadi, subsidi bahan bakar ditarik ni bukan benda baru. Kita 𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗱𝘂𝗹𝘂. Cuma bezanya kali ini, subsidi bukan ditarik tapi diberi secara bersasar terus kepada individu.
Dulu, zaman Pak Lah, zaman Najib, boleh je hidup isi minyak tanpa subsidi. Siap kena cukai tersembunyi lagi. Tiba-tiba hari ni dapat subsidi secara bersasar, 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸, 𝗸𝗮𝗻?
Nak auta pun sikit sikit je cukup. Apa yang kerajaan hari ini akan buat, jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum-sebelum ini buat. 𝗕𝗕𝗡𝗨 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘁𝘂. Guane boh?
Raja Gelap II
.