HABIS RAMADHAN, FITNAH BERSAMBUNG LAGI TERHADAP PMX
W. FAUDZIN
Baru masuk satu syawal, tidak sabar2 walaun bangsat ini meneruskan fitnah jijik dan jahat mereka terhadap PMX. Entah apa yg PMX lakukan kepada mereka dan keluarga sehingga begitu sekali fitnahnya?
PMX memang ada sakit, kesan dari sakit belakang beliau masa dlm tahanan dulu. Beliau sentiasa berbengkung. Boleh nampak terutamanya bila PMX pakai baju Melayu. Dalam sakit begitu pun, PMX kerja kuat dan laju. Baru-baru ni PMX sakit mata, tapi beliau tak ambil cuti sakit pun, sebaliknya mampu hadiri 12 program dalam masa 4 hari beliau sakit mata (lihat keratan foto yang dilampirkan). Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat PMX Anwar Ibrahim. Ameen. (Kredit: Cikgu Fakhrul Anwar )
Wallahi, aku takkan izinkan puak2 zalim dan khianati ini yang sejak dulu tidak pernah henti2 menfitnah PMX. Puak2 bangsat ini akan terus menjadi sasaran aku. Wajib bagi aku menyelamatkan pemikiran rakyar Msia terutamanya umat2 Islam dari kemunafikan, ketaksuban, kejahilan, kezaliman puak lebai yg bersifat khawarij ini sekadar kemampuan aku.
Wahai pak-pak menteri dan pimpinan parti. Jika kamu tidak mampu mempertahankan PMX, paling tidak, bantu kami buat kerja ini. Jangan izinkan pengkhianatan menjatuhkan mandat rakyat dan Agong ini berlaku sekali lagi.
WFAUZDIN NS
MALAYSIA IMPORT UBI KAYU RUPANYA....
Iswardy Morni
Menarik rupanya Malaysia no 4 pengimport Ubi Kayu tertinggi di dunia dengan jumlah import USD 8.91 Juta (RM42.3 Juta).
Pelik jugak, orang Malaysia ni rupanya banyak guna ubi kayu. Cuma mereka fikir ubi kayu zaman penjajah. Bukan cara modern yg boleh buat duit. Patutla tak maju maju pemikiran 🤭🤭. Bila susah, salahkan bangsa lain.
DOAKAN SEMOGA PMX DIBERI KESIHATAN YANG BAIK
Mohd Fairul Al Qasas
Anak perempuan saya cakap, walid, walid perasan tak doa khatib tadi?
Apa dia? Tanya saya semula
Ada doa untuk Agong, tapi tak ada pun untuk PM Anwar.
Saya senyum je, saya kata korang tak pernah pergi solat Jumaat, memang lah doa hanya untuk Raja pemerintah.
PM adalah ahli politik. Raja Pemerintah pula ada ketua agama Islam.
Tapi kita boleh doa sendiri, supaya PM sihat, selamat dari fitnah dan hasad dengki jin dan manusia. Doa juga agar PMX sentiasa dapat petunjuk sepanjang pemerintahannya. Agar Malaysia diberkati dan dirahmati.
PMX memang ada sakit, kesan dari sakit belakang beliau. Beliau sentiasa berbengkung. Boleh nampak terutamanya bila PMX pakai baju Melayu.
Dalam sakit begitu pun, PMX kerja kuat laju.
Baru-baru ni PMX sakit mata, tapi beliau tak ambil cuti sakit pun, sebaliknya mampu hadiri 12 program dalam masa 4 hari beliau sakit mata.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat PMX Anwar Ibrahim.
Ameen.
PUNYA BODO... TAK BOLEH BUAT APA PUN KETIKA BERKUASA.
Sham Ghaz
KRONI AIR: Semua Institusi berkaitan air dikuasai oleh YB-YB PAS
TAPI KENAPA: Air Kelantan masih belum dapat diselesaikan sejak 32 tahun lepas?
1. Menteri Alam Sekitar dan Air - YB Ustaz Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, MP Kubang Kerian, Kelantan
2. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara - YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, MP Dungun
3. Exco Infrastruktur dan Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd - YB Dato Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, Ketereh.
Bila amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya, berginilah nasib Negeriku.
Elok Ustaz jaga Masjid, Surau, Menteri Agama sudahlah.
Bidang AIR ini bagi kepada pakar pakar yang professional bidang mereka.
Syam Ghaz
#SaveKelantan
KISAH AYAM DAN WALAUN YANG TAK TAHU.
Raya 2021 tak silap aku. Masa tu nak balik kampung, hari raya kedua. Lepas hantar mak aku ke rumah kakak aku 𝘱𝘭𝘢𝘯 nak makan di kedai.
Tapi kedai semua tutup. Ye la. Raya kan? Jadi aku pun menuju ke restoran makan segera. Mula-mula ke 𝗞𝗙𝗖. Bukak tapi tak ada ayam. Pulak.
Seterusnya ke 𝗠𝗮𝗿𝘆𝗯𝗿𝗼𝘄𝗻. Pun sama. Bukak tapi tak jual ayam. Lepas tu punya panjang beratur. Bayangkan restoran ayam goreng tak ada ayam!
Akhirnya aku ke kedai mamak. Aku order mee goreng mamak tapi kata mamak tu, 𝗮𝘆𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮. Anak aku pulak order roti tampal. Tapi makan dengan kari ikan.
Tahun tu memang 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Hari raya tak ada ayam. Rekod. Untuk masak lauk raya pun kena berebut ayam. Dapat tapi harga na'uzubillah mahal.
Jika sebelum-sebelum tu, memang biasa ayam naik harga. Bukan setakat ayam, gula, minyak masak, habis semua kena sorok dan naik harga bila raya.
Dari zaman Mahathir sampai zaman Najib. Siapa yang tak tahu, bermakna dia 𝗕𝗕𝗡𝗨. Sama ada masih dalam buaian isap puting kopek atau masih di alam roh.
Pertama kali harga ayam, gula, minyak masak stabil tahun 2018. Dan bertambah stabil tahun 2019. Masa Allahyarham 𝗗𝗦 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝘆𝘂𝗯 jadi Menteri.
Lepas tu 𝗵𝗮𝘂𝗸. Bukan setakat mahal, ayam pun takde. Jem terus. Tapi Alhamdulillah, tahun ni tak berlaku lagi situasi begitu. Bekalan dan harga stabil.
Tapi biasalah, walaun yang kufur nikmat akan sentiasa mainkan naratif jahat. Walajib pun sama. Hakikatnya, bekalan makanan tahun ni paling baik sepanjang yang aku boleh ingat. 𝗕𝗕𝗡𝗨 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗽𝗮.
Oh ya. Walau aktif cakap beras tempatan. Walaupun selama ni makan beras import. Beberapa hari sebelum raya lambakan beras tempatan 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻.
Walaun mana tahu. Sebab dia bukan pernah pergi ke kedai pun. Masuk ke dapur pun tak pernah. Pergi je pasaraya, melambak beras tempatan dijual.
Alhamdulillah. Semoga tahun-tahun akan datang akan jadi semakin sempurna. Guane boh?
Raja Gelap II
.
DOSA PALING BESAR IALAH AMBIL GAJI TAK BUAT KERJA. TU DOSA MAKAN GAJI BUTA
Minum arak, berdosa. Berzina pun berdosa. Tak puasa pun berdosa. Begitu juga tak solat, tak tutup aurat dan banyak lagi. Semua itu 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗼𝘀𝗮.
Tapi ia 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶. Ianya antara si pelaku dengan Allah ﷻ. Manakala kita tak layak untuk menilai dosa dan pahala orang lain yang berkaitan dosa peribadi.
Tapi ada jenis dosa lain, yang melibatkan 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗺. Dan dosa yang ini kita tak boleh nak diamkan. Sebab dosa ini memberi 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁.
Dosa seperti mencuri, rasuah, menipu (𝘴𝘤𝘢𝘮), salah guna kuasa dan banyak lagi. Itu semua jenis dosa yang 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 rakyat dan negara.
Termasuk juga dosa adalah perbuatan ambil gaji tapi 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁. Itu juga satu dosa. Sebab gaji dibayar menggunakan dana awam, dengan duit rakyat.
Tapi hebat orang Melayu. Pelaku dosa peribadi selalu 𝗱𝗶𝗰𝗲𝗿𝗰𝗮. Manakala yang dosa melibatkan kepentingan awam pula 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗺𝗽𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮. Mana belajar tu?
Sebab Islam di fikiran Melayu terletak 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻. Kalau pakaian Islamik, buat dosa banyak mana pun, tetap 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴. Tapi kalau tak pakai tudung, walau nasihatnya benar, pasti akan dicerca. Itu 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Guane boh?
Raja Gelap II
.
TAK APA. LAGI PULA ORANG GILA TAK WAJIB PUASA.
Memang Nabi sallallah alaih wasallam suruh tengok hilal (anak bulan). Untuk apa tengok? Untuk tahu bulan Syawal dah tiba atau belum.
Adakah salah pakai teleskop? Tidak salah kerana ia alat bantuan untuk tahu hilal Syawal sudah muncul atau belum.
Nabi sallallah alaih wasallam juga suruh tengok matahari sebelum berbuka untuk tengok ia dah terbenam ke belum. Berapa ramai orang kita tengok matahari sebelum berbuka bulan Ramadan lepas? Ke tengok ayam golek?
Ramai manusia berbuka puasa ikut takwim ahli falak syar'ie termasuk waktu solat kita seharian.
Yang penting jangan buat palatao. Geram juga pagi raya ada isu begini. Nak makan ketupat pun terganggu.
Dah jom sambung raya.
Dr Rozaimi Ramle)
RAMADHAN BELUM MAMPU SEMAI KASIH SAYANG SESAMA MUSLIM
Ini bukan lagi soal definisi istilah agama. Bukan soal maksud bahasa Arab dan bukan juga soal asbabunnuzul. Ini adalah soal MOTIF. Apa motif video tersebut disebar, diberikan kapsyen yang meruntun emosi dan dipetik lari dari konteks? Tidak lain dan tidak bukan untuk mengukuhkan tuduhan dan tanggapan 'pre-existing' bahawa kumpulan yang menjadi kerajaan hari ini terdiri daripada mereka yang "kurang Islam" dan menganut fahaman liberal-plural. Ia adalah kelangsungan daripada naratif "holier than thou" yang disemai selama ini.
Melihat dan mendengar video ucapan YBM Fadhlina memberikan gambaran jelas berserta konteksnya. Apa konteksnya? Beliau menyatakan kekesalan terhadap penularan istilah 'kafir' yang digunakan sewenang-wenangnya sampai ke sekolah, sehingga seseorang yang bekerja dengan majikan orang bukan Islam pun dipandang serong. Yang menyebutnya pula adalah anak-anaknya sendiri, itulah yang menjadi punca kemarahan YBM Fadhlina. Yang diharamkan itu menurut konteks dan sebutannya sendiri dalam video tersebut adalah atas maslahah kenegaraan, Fiqh Muwatanah, seperti yang dilontarkan oleh Syeikh Yusuf Qaradawi dan disambung bicaranya oleh bapa YBM sendiri, Dr. Siddiq Fadzil. Tidak sesekali dalam ucapannya ada menyebut, "saya larang anak-anak baca surah al-Kafirun di rumah saya!"
Menteri ini dilahirkan oleh seorang pemikir Islam yang tersohor di Malaysia, dan Menteri ini kemudian melahirkan pula seorang 'Hafizah' dalam keluarganya. Saya yakin dengan pegangan, iman dan aqidah beliau, hatta sebelum bertabayyun dengan mendengar videonya itu.
Sangat menyedihkan untuk menyaksikan bahawa kumpulan yang menyebar fitnah kebencian, pada bulan Ramadan ini, terdiri daripada mereka yang kononnya menjadi pejuang dan pembela Islam. Mereka bukan pembela Islam, malah pembelit Islam. Membelit persepsi demi keuntungan politik dan memuaskan nafsu kebencian. Kalaulah ada sekelumit kasih sayang antara Muslim seaqidah, tidakkah kalian akan bertenang sebentar, mencari video dan memahaminya dengan jujur? Sesungguhnya tidak. Kalian tidak diajar dengan rahmah agama ini tetapi sudah diindoktrinasi dengan tohmah oleh pertubuhan yang disertai sehingga ia menjadi suatu anutan kepercayaan. Kalian bukan tidak baik, kalian cuma tidak memerintah.
Ramadan 2024 belum mampu menyemai kasih sayang dan kemaafan sesama Muslim dan manusia di Malaysia. Bukan kerana agama tetapi kerana segelintir "agamawan."
#shmkritiksosial
-Sahul HM-
KERAJAAN LEKA DAN SERONOK LAGI YA... RELAX JA..
Mohd Fairul Al Qasas.
Agenda ghuluw dan khawarij pihak tertentu semakin berjaya. Pakej pertikaikan YDPA sekali.
Mudahnya bertanya siapa tuhan kamu?
Orang tu jelaskan panjang lebar, sebab tali tu halus bila dicetak nampak terputus, walhal tidak.
Design pun dah lebih setahun, tapi selama ini tak perasan pun, sekarang perasan kenapa?
Sebab sensitiviti telah diasah. Kebencian pada kaum lain ditingkatkan, kecurigaan telah ditanam.
Akibatnya, mudah untuk melihat sesuatu dari sudut lain dan mudah untuk mempertikaikan akidah orang lain.
Jika JAKIM, KDN, Mufti semua biarkan, mereka akan membiak banyak.
Segala keputusan dan nasihat badan berautoriti tidak lagi didengari dan dihormati.
Contohnya kes KK Mart. Walaupun ada CCTV yang sahkan stokin tu disusun sendiri oleh pengilang kerana ia produk consignment, tetap juga nak salahkan,boikot dan terus menerus ditanam Kebencian.
Dah macam dosa pulak yang kerja dan membeli di KK Mart.
Bila YDPA cuba tenteram kan, YDPA pula dituduh aibkan Melayu dan berlaku tidak adil, pelbagai fitnah dilemparkan.
Kerajaan masih nak tunggu dan lihat?
Sedialah sebarang kemungkinan.
INGATAN IKLAS UNTUK YANG LARI KELUAR NEGARA SAMPAI TAK MAU BALIK BALIK
Seorang lelaki bernama Gioacchino Gammino, merupakan bekas bos mafia yang dikehendaki pihak berkuasa.
Dia dikehendaki diatas rekod kesalahan melarikan diri daripada penjara pada tahun 2002 lalu berhijrah ke Sepanyol.
Di sana ,dia menggunakan nama samaran sebagai Manuel.
Sekian lama bersembunyi , dia berjaya menjalankan perniagaa restoran dan kedai runcit di Sepanyol.
Malang tidak berbau atas "kecuaian diri" ,pada satu hari pihak berkuasa kembali menjejakinya semula berdasarkan gambar terpampang dalam aplikasi "Google Street View".
Akhirnya dia diberkas semula oleh pihak berkuasa setelah bersembunyi selama 20 tahun.
P/s:
Aduhai ,naya pak karim hang bang!😅
Kredit rujukan ::
Earthly Mission.
SENGETNYA PEMIKIRAN. TAKKAN DAH SIAP NAK RUNTUH. IANYA DIPUTUSKAN OLEH KERAJAAN MADANI.
PMX merasmikan TRX
Abu Miskat
Jika kita baca komen warganet di portal Awani ini, kita dapat melihat kroniknya pemikiran rakyat yang tercandu dengan politaik.
Mereka menyindir dan memperli PMX yang pergi merasmikan mercu tanda baru negara itu, sambil bernostalgia hebatnya DS Najib Razak.
Bagi saya, benda yang sudah dibuat dan dan sudah disiapkan dengan berbilion duit negara (bukan duit DS Najib yer..), takkan seorang PM itu mesti runtuhkan apa yg sudah dibuat PM sebelumnya?
Sebelum PMX, ada lagi tiga PM memerintah Malaysia selepas DS Najib. Mereka semua membenarkan projek itu berjalan hingga disiapkan sepenuhnya di zaman PMX.
Memang dikatakan ada salah laku berkaitan projek itu, antaranya urusniaga berkaitan pengambilan tanah. Niat DS Najib baik tidak mewajarkan salah laku. Biarlah pihak berkuasa terus menyiasat dan membuat tindakan.
Apa pun, setelah berbilion duit negara dibelanjakan untuk sesuatu projek, langkah pembetulan mesti diambil sehingga siap, bukan langkah meruntuhkan kerana dendam.
Jadi memang patutlah PMX merasmikan kejayaan projek daripada duit negara itu. Kerana beliau seorang negarawan, bukan pendendam.
PEMBANGKANG PADAMKAN KELEBIHAN NEGARA DI BAWAH PMX MASA KINI BERBANDING ZAMAN PNPAS.
Lima 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝘁𝗮 dibawa menghampiri seekor gajah. Mereka diminta untuk jelaskan keadaan gajah yang mereka tahu.
𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 pegang belalai. Gajah ni macam ular, katanya. Yang 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮 pegang telinga. Dia kata gajah boleh terbang sebab 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗽.
Yang 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 pegang kaki gajah. Macam pokok balak, katanya. 𝗞𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 pegang perut gajah. Dia rasa gajah macam tembok. Dan yang 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮 kata gajah macam tali sebab dia pegang ekor.
Apa yang aku nak ceritakan?
Begitulah keadaannya bila kita tengok sesuatu perkara itu tak secara keseluruhan tapi 𝘀𝗲𝘁𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝘀𝗲𝘁𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸. Akhirnya kita tak nampak keadaan sebenar.
Dan itulah yang dilakukan oleh pembangkang. Mereka tak mahu kita melihat 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘦𝘴𝘴 negara kita ini secara 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻. Mereka tekankan beberapa isu sahaja.
Contohnya macam dalam gambar ini. Jumlah rakyat bekerja direkod 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Bererti kadar pengangguran pun yang terendah.
Selain itu, 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹 pada kadar di bawah 2% serta 𝗱𝗲𝗳𝗶𝘀𝗶𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴. Mereka cuma tekankan kadar tukaran wang asing.
Kenapa? Sebab mereka sengaja nak cipta keraguan di kalangan rakyat. Maka sebab itu mereka sembunyikan fakta ekonomi yang lain. Mereka mahu kita jadi seperti 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵.
Begitu juga dalam bab harga makanan. Fakta bahawa harga ayam, minyak masak, telur, bawang dan banyak barangan lain lebih murah dari zaman PN memerintah cuba 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻.
Yang dihebohkan ketiadaan beras tempatan padahal pengeluaran beras tempatan memang selama-lama ini rendah 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁.
Lagi satu, dihebohkan harga makanan siap yang naik sedangkan itu soal peniaga, bukan soal kerajaan. Itu semua untuk 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗮 rakyat.
Satu lagi, bila keluar berita kedai di Jalan TAR 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗺, mereka kecohkan jadi isu kononnya ekonomi teruk.
Tapi bila disuakan fakta yang jualan atas talian 𝗯𝗼𝗼𝗺, mereka kata jumlah jualan tak boleh dikaitkan dengan ekonomi. Begitulah 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 mereka.
Susah nak kawal kejahatan hati mereka. Kita doakan saja agar mereka 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗿𝗻𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵. Tapi yang kita boleh buat, adalah dengan tidak melayani mereka.
Lagipun sebahagian daripada walaun sudah pun rasmi menjadi 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 kerana 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳. Bila orang fasiq bawa berita, maka wajib kita berhati-hati.
Usaha walaun hanya untuk timbulkan rasa tak puas hati rakyat terhadap kerajaan. Kita cuma tanya diri kita sendiri. Bandingkan dengan tahun tahun 2020-2022. Pasti kita nampak negara ini telah menjadi 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸. Guane boh?
Raja Gelap II
.
UCAPAN HARI RAYA DARI MARHAEN MENJELANG AIDIL FITRI.
W. FAUDZIN
Menjelang Aidil Fitri, ayam mencukupi dan masih tak jejak RM 10. Rata2 masih sekitar RM 7 ke RM 8 sekilo, tidak seperti di era PN perintah hingga RM13 sekilo. Bekalan telor pun mencukupi dan harga masih stabil, tidak seperti di era PN sampai telor pun hilang.
Minyak masak pula masih cukup dan harga jauh lebih rendah berbanding di era PN, bahkan minyak masak pun mereka sorok dan sakau. Penoreh getah seronok kerana menjelang raya harga getah meningkat.
Penjawat awam pula, selain dari dapat bonus RM 2 ribu, mereka dapat lagi duit raya RM 500. Pesara dan veteren berpencen atau tidak, tetap dapat RM 1 ribu dan RM 250. Alhamdulillah, itulah keberkatan pemimpin yang diangkat melalui proses demokrasi bukannya melalui khianat atau tebuk atap.
MUSIM RAYA INI BUKAN MUSIM RAYA MASA PNPAS.
Sham Ghaz
Menjelang Aidil Fitri, ayam mencukupi dan masih tak jejak RM 10. Rata2 masih sekitar RM 7 ke RM 8 sekilo, tidak seperti di era PN perintah hingga RM13 sekilo. Bekalan telor pun mencukupi dan harga masih stabil, tidak seperti di era PN sampai telor pun hilang.
Minyak masak pula masih cukup dan harga jauh lebih rendah berbanding di era PN, bahkan minyak masak pun mereka sorok dan sakau. Penoreh getah seronok kerana menjelang raya harga getah meningkat. Penjawat awam pula, selain dari dapat bonus RM 2 ribu, mereka dapat lagi duit raya RM 500. Pesara dan veteren berpencen atau tidak, tetap dapat RM 1 ribu dan RM 250. Alhamdulillah, itulah keberkatan pemimpin yang diangkat melalui proses demokrasi bukannya melalui khianat atau tebuk atap.
KENAPA SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN BANYAK BERLAKU KEMALANGAN?
Setiap kali musim perayaan tiba, terutama perayaan besar seperti Hari Raya Aidil Fitri, pasti banyak berlaku kemalangan jalan raya.
Sejak beberapa hari lalu lagi, sudah banyak dilaporkan kemalangan jalan raya yang berlaku di sana sini, termasuk juga yang melibatkan kematian.
Di media sosial, oleh kerana banyak kenderaan sekarang sudah ada kamera di depan dan belakang, turut dipaparkan beberapa video insiden kemalangan yang kadang-kadang membuatkan kita geleng kepala.
Kenapakah ini berlaku?
Apakah ia disebabkan jumlah kenderaan yang banyak berada di atas jalan raya?
Atau sikap pemandu yang gopoh dan gemar memandu laju sebagai puncanya?
Meskipun berlakunya kemalangan itu berpunca daripada sebab yang berangkali atau saling kait-mengait antara jumlah kenderaan yang meningkat, pemandu gopoh, memandu laju dan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik, tetapi boleh dikatakan sebab utamanya ialah sikap pemandu itu sendiri.
Semua orang tentu pernah menyaksikan sendiri bagaimana sikap sesetengah pemandu bila memandu ketika musim perayaan.
Kalau di hari-hari biasa atau hujung minggu ketika kita balik kampung misalnya, biasanya kita akan dapati hampir semua pemandu memandu kenderaan masing-masing dengan teratur dan tidak berlumba-lumba.
Tetapi, amat pelik sekali bila tiba saja musim perayaan, didapati ramai pemandu yang suka memandu laju dan dengan cara yang merbahaya berbanding biasa seolah-oleh sedang dikejar hantu.
Apa yang mahu dikejar?
Nak cepat sangat sampai ke kampung buat apa, bukannya kampung halaman boleh hilang pun kalau lambat tiba?
Sehingga sekarang, saya masih tidak faham dengan sikap pemandu yang suka memandu laju dan tergopoh-gapah itu.
Sepatutnya bila tiba musim perayaan dengan jumlah kenderaan turut meningkat, semua orang lebih berhemah dan berhati-hati dalam pemanduan mereka.
Lagi pelik kerana kebanyakan yang memandu laju itu biasanya membawa sama keluarga dan anak kecil dalam kenderaan mereka.
Apakah mereka tidak sayangkan keluarga sendiri?
Walaupun sukar mengubah sikap semula, namun marilah kita mulakannya dengan diri kita sendiri.
Hari Raya ini ketika pulang, kita memandulah dengan berhemah, tidak laju, tidak gopoh untuk cepat sampai, selain memastikan kenderaan diselenggara terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan jarak jauh.
Kampung halaman dan keluarga yang ada di kampung tidak ke mana-mana kalau pun kalau kita lambat tiba empat lima jam berbanding biasa.
Keluarga yang menanti kita di kampung untuk memeriahkan sambutan Hari Raya juga tentunya mahukan kita yang masih bernyawa apabila kita tiba di kampung untuk bersama-sama memeriahkan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, bukan jasad kaku yang sudah berbalut kain putih.
Jika itu yang berlaku, kemeriahan Hari Raya akan bertukar menjadi hari duka dengan dipenuhi tangisan air mata sepanjang masa.
Akhirnya, tidak bermakna lagi Hari Raya yang ingin diraikan itu.
Kepada semua – berhati-hatilah sepanjang masa di jalan raya dan Selamat Hari Raya. – ShahbudinHusin 09/04/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/04/09/kenapa-setiap-kali-musim-perayaan-banyak-berlaku-kemalangan.html
Selamat Hari Raya daripada Aliran
Aliran mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca Islam dan selamat menyambut musim perayaan kepada semua.
Semoga Aidilfitri ini mendekatkan kita kepada nilai-nilai keadilan, kebebasan dan perpaduan. Marilah kita bersama-sama menegakkan keadilan, kesaksamaan dan hak asasi manusia, dan berdiri dalam solidariti dengan mereka yang terpinggir atau ditindas.
Semoga hari yang penuh mulia ini memberi inspirasi kepada kita untuk berusaha ke arah dunia yang lebih adil dan bebas di mana setiap orang dihargai dan dihormati.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
DAH TERJADI.. JANGAN LENA.. INI BIAR BAGI MEREBAK.... MANA TAK MELAMPAUNYA.. LEMAH KA APA?
Miqdad Zakaria.
Inilah yang YBM Kak Fadhlina Sidek maksudkan, beliau takut perkataan kafir disalahguna oleh mereka yang jahil tentang perkara tersebut.
Hari ini dah terbukti perkara itu berlaku dan tidak dapat dinafikan lagi walaupun sebelum ini kita sudah sedia maklum tabiat sebenar ghuluw dan takfiri dari mereka yang bergelar sebagai Pentaksub Parti Politik Hijau Putih.
TAK HABIS LAGI MAIN HARGA MAHAL. KAU DUDUK MANA NI... ULU BARAM KAH.?
Walaun tak putus ada mainkan naratif 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Aku tak kata murah tapi aku nak ingatkan walaun tu.
Dia kata bawang RM10/kg tu mahal. Tapi zaman PN dulu harga bawang RM18 sekilo. 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹?
Walaun kata ayam RM15-20/ekor tu mahal. Zaman PN dulu RM15-20 tu harga sekilo. 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹?
Harga daging dengan daun palas aku tak ingat. Tapi harga minyak masak zaman PN dulu RM50 sebotol 5kg. Tapi sekarang RM27. 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹?
Sebenarnya posting begini pun satu fitnah juga. Dah nak habis Ramadhan pun walaun masih 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗮𝗳𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Jauh dari ciri Islam sebenar. Guane boh?
Raja Gelap II
.
CUKAI PERKHIDMATAN 8% HANYA KE ATAS GOLONGAN BERKEMAMPUAN
Langkah kerajaan menaikkan Cukai Perkhidmatan daripada 6% kepada 8% tidak melibatkan seluruh rakyat sebaliknya hanya tertumpu kepada golongan berkemampuan.
Bahkan kenaikan 2% yang berkuatkuasa mulai 1 Mac lalu itu dikenakan hanya kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan karaoke yang tidak digunakan oleh kebanyakan rakyat secara harian.
Oleh itu Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar membidas dakwaan penyokong dan laskar siber pembangkang yang sering kali mengaitkan langkah kenaikan cukai itu untuk menekan kehidupan rakyat.
“Saya hairan mengapa cytro-cytro pembangkang banyak mainkan isu ini sedangkan kenaikan 2% itu hanya tertumpu kepada golongan berkemampuan.
“Contohnya cukai elektrik, kerajaan mengenakan caj tambahan kepada pengguna yang berbelanja melebihi RM 220, dari situ 85% pengguna tidak dikenakan caj,” katanya kepada Suara Keadilan.
Malah katanya, langkah kerajaan tidak mengenakan sebarang kenaikan cukai bagi majoriti perkhidmatan, makanan dan minuman, logistik, telekomunikasi serta parkir kenderaan jelas membuktikan kerajaan tidak menekan majoriti rakyat terutama golongan B40.
“Perlu untuk kita faham, caj tambahan itu hanya dikenakan dalam perkhidmatan seperti hotel, pusat hiburan. Keperluan asas seperti makanan, air ini tidak dikenakan apa-apa kenaikan.
“Saya kira apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah tindakan bertanggungjawab kerana mereka berani mengambil langkah penjimatan dan Perikatan Nasional sepatutnya perlu rasa malu kerana tidak berani untuk membuat langkah sama ketika menjadi kerajaan,” ujarnya lagi.
Mulai 1 Mac lalu kenaikan Cukai Perkhidmatan sebanyak 2% sering menjadi titik utama serangan pembangkang. Antaranya mereka mendakwa kenaikan berlaku sebanyak 8%. Begitu juga kenaikan tersebut disebut sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sedangnya yang dinaikkan oleh kerajaan hanya Cukai Perkhidmatan.
Dalam isu "diamlah kafir", ada beberapa perkara yang perlu diperincikan.
Aiman Banna
Dalam isu "diamlah kafir", ada beberapa perkara yang perlu diperincikan.
Setelah melihat penjelasan Fadli Salleh dan Ginnnens Goh:
1. Ginnens Goh (seorang guru sekolah, yang masih mengajar di sekolah) sedang komen di posting berkenaan kasut Vern, sedang bertanya di pos tersebut dan inginkan penjelasan. Komennya di post sama telah diabaikan, maka dia komen di komen Fadli Salleh yang ada untuk dapatkan penjelasan. (Boleh baca screenshot).
Namun dibalas dengan "diamlah kafir".
2. Sekiranya benarlah sekalipun (for the sake of argument), bahawa Ginnens ini memang bertanya pada komen berkaitan syariat tudung, dalam kerangka nak mempertikai syariat Islam kononnya, maka tetaplah salah untuk berinteraksi dengan: "diamlah kafir".
Isbatkan kekafiran secara i'tiqadi itu wajib, perlu diujarkan dengan lisan dan keyakinan tapi tidaklah dengan tidak hikmah dengan berinteraksi dengan kalimah "diamlah kafir"kepada seorang guru sekolah lain yang bertanya dengan sopan.
3. Saya ulang semula ayat dalam chat saya sebagai sangka baik kepada Fadli Salleh:
"...Mungkin ada salah faham dari pihak Mohd Fadli sebab dia ingat you maksudkan "bersederhana" dalam bab syariat bertudung dan you mahu "kacau" dalam bab bertudung. Sedang yang you maksudkan ialah: "bersederhana dalam bab kasut Vern yang sedang dibincangkan dalam pos utama"...."
4. Janganlah normalisasikan panggil gelaran "diamlah kafir" directly kepada orang awam yang tidak seagama dengan kita, apatahlagi bukan datang untuk melawan, sebaliknya bertandang dengan baik dan beradab.
Fadli Salleh ini saya hormat dan ikuti juga sebelum ini, namun entah mengapa setelah berhenti jadi cikgu, ada bibit extremism yang terserlah sedikit demi sedikit. Attack sana sini, attack ahli sunnah, attack benda yang bukan bidang dia pun, lagi lagi bab agama pun dia ulas.
Mungkin perasan saya saja, tapi moga Allah kurniakan hidayah dan taufiq kepadanya dan saya jua.
Saya harap ada penutup isu ini dengan penutup yang baik daripada semua pihak, dengan hendak-Nya.
Sekian, terima kasih.
Yang menasihati kerana cinta,
Abu Harith Aiman Banna.
Bekas guru yang mengajar sekolah jua.
HARGA BERAS TURUN: BUKTI KECEKAPAN KERAJAAN KURANG KOS HIDUP
Penurunan harga Beras Putih Import (BPI) yang berkuatkuasa semalam nyata memberi khabar gembira sekali gus membuktikan keprihatinan Kerajaan Madani dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Timbalan Pengerusi KEADILAN Kedah, Datuk Ir Zamri Yusof berkata, langkah itu sememangnya membantu rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka terutama pada bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri akan datang.
“Saya mengalu-alukan pengumuman penurunan harga Beras Putih Import sebanyak RM2-3 kerana penurunan ini sesuai dengan strategi Kerajaan Madani mengawal kos sara hidup rakyat.
“Walaupun secara nilai ringgit tidak signifikan ke atas belanja bulanan, namun ianya memberikan impak psikologi bahawa Kerajaan komited untuk ringankan kos sara hidup,” katanya kepada Suara Keadilan.
Jelas mantan ADUN Suka Menanti itu, pelaksanaan peraturan baharu tersebut wajar disekalikan dengan tindakan tegas penguatkuasaan bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat itu tercapai.
Penguatkuasaan, kata beliau, bukan sekadar memastikan penjual mematuhi harga yang telah ditetapkan tetapi juga bagi memastikan beras import yang dijual di Malaysia hanya untuk jualan dalam negara.
“Elemen penguatkuasaan sangat penting dalam memastikan bukan sahaja beras putih mencukupi di pasaran tempatan, bahkan penurunan harga baharu itu dilaksanakan secara menyeluruh oleh pembekal,” ujarnya.
Terdahulu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga BPI diturunkan kepada RM35 daripada harga harga semasa RM38 hingga RM45 bagi setiap kampit 10 kilogram (kg) beras.
Katanya, pelarasan harga di bawah seliaan Majlis Tindakan Kebangsaan Mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL) akan terus dipergiat melalui pelan tindakan jangka panjang struktur kos pengeluaran beras yang lebih realistik.
Kejayaan menurunkan harga beras itu difahamkan pertama kali dalam sejarah sekali gus menutup segala cakap-cakap pihak pembangkang yang sering mempertikai usaha kerajaan menanggani kos sara hidup rakyat.
Syabas MB Kelantan Tahu Berterima Kasih
MB PENGAT TAHI TAHU BERTERIMA KASIH. BAB DUIT TAHU LA YA. UPSEREY NAPETEY
MSO
Menteri Besar Kealantan Nasaruddin Daud ucap terima kasih kepada perdana menteri Anwar Ibrahim atas pematuhan Anwar menyalurkan wang ehsan sebanyk RM58.6 juta minggu lalu kepada Kelantan.
Tenang hati semua orang apabila MB tahu mengenang budi serta melupai sengketa politik seketika dengan memohon maaf kepada Anwar. Baguslah kalau Nasaruddin tahu keboboilannya.
Sikap ditunjukkan Nasaruddin itu jelas pertentangannya dengan Anwar sebelum ini bukan kerana prinsip tetapi kerana duit. Bila hulur duit segala prinsip dipertahankan pun hilang.
Semoga Anwar tidak lagi dikisahkan sebagai tidak kenal tahi sendiri hingga terpijak. Dan Nasaruddin juga tidak perlu ingatkan Anwar agar wang eshan disampai secara berjadual kerana Anwar adalah PM yang waras dan tidak mezalimi sesiapa.
Sekiranya Nasaruddin istiqamah dengan sikap semangat raya ini dengan Anwar khasnya dan kerajaan Madani saya yakin banyak lagi manfaat akan diperolehi rakyat Kelantan. Trims.
‘SANUSI HENTI RETORIK KXP, TUMPU PROJEK LOJI RAWATAN AIR’
Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang menjadi tanda tanya rakyat Kedah sama ada diteruskan atau tidak dan telah menjadi polemik media kebelakangan ini seharusnya dijawab oleh kerajaan Pas Kedah.
Bagi Timbalan Pengerusi KEADILAN Kedah, Datuk Zamri Yusof, projek KXP tersebut setelah digembar gemburkan menarik minat pelabur baharu tetapi masih tidak diumumkan jumlah pelaburan yang masuk.
Menurut beliau, isu utama KXP bukanlah Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan lesen pembinaan dan pengoperasian lapangan terbang tetapi kerajaan bimbang apakah projek tersebut mampu disiapkan kerana syarikat yang mahu melabur tidak membawa masuk modal secukupnya.
Katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor seharusnya telus dalam hal KXP memandangkan syarikat bertujuan khas (SPV) setakat ini hanya membabitkan Tahira Air Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta berbanding kos pengambilan tanah sahaja mencecah RM2 bilion, dan kos pembangunan keseluruhan sekitar RM6.8 bilion.
“Sanusi berhak umum apa sahaja mengenai cadangan KXP.
“Namun, kegagalan yang berterusan MB Kedah ini, tidak mungkin ada lagi orang nak percaya. Sudah berapa banyak pengumuman KXP macam nak jadi, tapi tak jadi,” katanya.
Sehubungan itu, Zamri menasihatkan Sanusi agar memfokuskan projek Loji Rawatan Air (LRA) yang lambat disiapkan oleh agensi Kerajaan Negeri berbanding projek mega.
Katanya, projek sakit membabitkan LRA Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau yang sepatutnya siap pada tahun lalu adalah bukti nyata kegagalan Kerajaan Negeri Kedah dalam soal pembangunan.
Oleh itu, Zamri menggesa pentadbiran Pas mengutamakan projek air memandang ia telah diberi lanjutan tempoh masa (EOT) untuk disiapkan.
“Lanjutan masa EOT kepada kontraktor adalah pengakuan bahawa kelewatan disebabkan oleh Kerajaan Negeri.
“Jika lewat kerana kontraktor, lanjutan masa akan disertai dengan denda lewat sekitar RM20 ribu sehari. Tetapi, EOT yang diberikan adalah manifestasi kelewatan atas kesalahan dan kelembapan Kerajaan Negeri,” ujarnya.
Minggu lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan kegelisahan penduduk di Kampung Tanah Licin di Kulim yang terlibat dengan pembinaan KXP kerana tiada penjelasan lanjut daripada Kerajaan Negeri.
Penduduk tersebut hanya faham Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan lesen pembangunan menyebabkan projek terumbang ambing, sedangkan hakikatnya kerajaan Pas sendiri tidak mempunyai dana untuk membina lapangan terbang kargo itu.
Keputusan muktamad, henti kritik pengampunan Najib - PM
NGO Otai Reformis agih bantuan bakul makanan kepada reformis
Pertubuhan Kebajikan Otai
Reformis Malaysia (PKORM) kelmarin mengagihkan Kotak Ihsan bakul makanan kepada
anggota Otai Reformis yang memerlukan.
Menurut Setiausaha Agung PKORM,
Shaiful Anuar Sulaiman, beliau telah mengagihkan puluhan Kotak Ihsan kepada
wakil wakil cawangan PKORM pada Sabtu, 6 April di Bukit Beruntung, Selangor.
"Sebanyak 50 kotak kepada
ahli-ahli dari Hulu Selangor, Sungai Besar dan Sungai Buluh.
"Manakala pada sebelah
petangnya, Pengerusi PKORM Mustapa Mansor telah menyerahkan 25 kotak ihsan
kepada ahli-ahli di sekitar Selayang," katanya dalam kenyataan.
Shaiful Anuar (baju hitam)
mengaihkan Kotak Ihsan
Sementara itu pada 7 April
lalu, PKORM mengagihkan 30 Kotak Ihsan dalam majlis berbuka puasa di Malabar
Cafe, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Pengagihan dilakukan oleh Otai
Reformis senior yang juga mantan Exco Selangor, Ronnie Liu.
Turut bersama dalam majlis
berkenaan adalah Presiden protem PKORM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa dan mantan
setiausaha Otai Reformis, Razak Ismail.























