Dalam isu "diamlah kafir", ada beberapa perkara yang perlu diperincikan.

 

Aiman Banna






Dalam isu "diamlah kafir", ada beberapa perkara yang perlu diperincikan.


Setelah melihat penjelasan Fadli Salleh dan Ginnnens Goh:


1. Ginnens Goh (seorang guru sekolah, yang masih mengajar di sekolah) sedang komen di posting berkenaan kasut Vern, sedang bertanya di pos tersebut dan inginkan penjelasan. Komennya di post sama telah diabaikan, maka dia komen di komen Fadli Salleh yang ada untuk dapatkan penjelasan. (Boleh baca screenshot).


Namun dibalas dengan "diamlah kafir".


2. Sekiranya benarlah sekalipun (for the sake of argument), bahawa Ginnens ini memang bertanya pada komen berkaitan syariat tudung, dalam kerangka nak mempertikai syariat Islam kononnya, maka tetaplah salah untuk berinteraksi dengan: "diamlah kafir".


Isbatkan kekafiran secara i'tiqadi itu wajib, perlu diujarkan dengan lisan dan keyakinan tapi tidaklah dengan tidak hikmah dengan berinteraksi dengan kalimah "diamlah kafir"kepada seorang guru sekolah lain yang bertanya dengan sopan.


3. Saya ulang semula ayat dalam chat saya sebagai sangka baik kepada Fadli Salleh:


"...Mungkin ada salah faham dari pihak Mohd Fadli sebab dia ingat you maksudkan "bersederhana" dalam bab syariat bertudung dan you mahu "kacau" dalam bab bertudung. Sedang yang you maksudkan ialah: "bersederhana dalam bab kasut Vern yang sedang dibincangkan dalam pos utama"...."


4. Janganlah normalisasikan panggil gelaran "diamlah kafir" directly kepada orang awam yang tidak seagama dengan kita, apatahlagi bukan datang untuk melawan, sebaliknya bertandang dengan baik dan beradab.


Fadli Salleh ini saya hormat dan ikuti juga sebelum ini, namun entah mengapa setelah berhenti jadi cikgu, ada bibit extremism yang terserlah sedikit demi sedikit. Attack sana sini, attack ahli sunnah, attack benda yang bukan bidang dia pun, lagi lagi bab agama pun dia ulas.


Mungkin perasan saya saja, tapi moga Allah kurniakan hidayah dan taufiq kepadanya dan saya jua.


Saya harap ada penutup isu ini dengan penutup yang baik daripada semua pihak, dengan hendak-Nya.


Sekian, terima kasih.


Yang menasihati kerana cinta,

Abu Harith Aiman Banna.

Bekas guru yang mengajar sekolah jua.



No comments: