DIA JUAL TANAH NEGARA SENYAP SENYAP. PEMIMPIN PAS PN DIAM BISU TAK KATA APA.. PUNYA PENAKUTNYA


 

TAK PANDAI BERSYUKUR ATAU MALAS BEKERJA.

 

W. FAUDZIN

Jalan ke mana- mana pun jem...ertinya kita tak dikurung untuk beraya seperti di era Din cirit.  


Bazar ramadhan penuh sesak, ertinya rakyat boleh membeli makanan.  Yang hari-hari  mengadu sesak hidup hanyalah walaun sebab mereka tak pandai bersyukur.



TAZKIRAH RAMADAN BEBERAPA KEKELIRUAN YANG PERLU DIPERBETULKAN.


Che Ibrahim


Sebenarnya banyak kekeliruan amalan syariah yang berlaku dalam masyarakat akibat salahfaham atau sekadar ikut ikut apa yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu, antaranya ialah:

1. Ziarah kubor pada hari raya.

Pada dasarnya ziarah kubor adalah sunnah yang digalakkan, namun ianya tidak terikat dengan masa atau hari tertentu.

Amalan ziarah kubor pada hariraya bukan antara perkara perkara yang sunat dilakukan pada hariraya, tetapi hanya sebagai satu kebiasaan, bahkan jika tidak dibendung, ianya bukan sahaja boleh menimbulkan salahfaham di sudut hukum, tetapi boleh menyebabkan masa yang sepatutnya untuk berhariraya, telah dihabiskan kepada perkara yang tidak dituntut dilakukan pada hariraya. 

2. Sujud Tilawah ketika solat Suboh pagi jumaat.

Di segi hukum, tidak disunatkan sujud sajadah/tilawah ketika solat suboh pagi jumaat, tetapi kita disunatkan sujud tilawah/sajadah apabila membaca ayat ayat yang disunatkan sujud sajadah/tilawah. 

Maknanya sujud sajadah/tilawah disunatkan bukan kerana solat suboh pagi jumaat, tetapi kerana ketika solat suboh pada pagi jumaat itu, antara surah surah yang dibaca oleh Rasulullah saw ialah Surah Al Sajadah yang di dalamnya ada ayat yang disunatkan kita sujud sajadah(bahkan kalau ayat tersebut dibaca bukan dalam suboh pagi jumaat pun, kita disunatkan sujud tilawah).

Ada qaul dari mazhab al shafiiyyah (imam al Ramly kalau tak Salah ingatan ambo) berkata adalah batal solat tersebut kalau dia niat nak sujud sajadah kerana solat suboh pagi jumaat, bukan kerana baca ayat sajadah.

3. Membaca Surah Yasin malam jumaat.

Membaca surah Yasin adalah baik dan memang disuruh, tetapi kalau baca surah Yasin kerana malam tu malam jumaat, maka perbuatan itu لا أصل له @ tidak ada dalilnya atau sumber hukum yang mengatakan disunatkan baca surah Yasin pada malam jumaat. 

p/s ambo bukan wahabi


RAMADHAN DAN RAYA YANG PELIK TAHUN INI

 

Mohd Fairul


Tahniah Menteri KPDN&KSH dan Timbalan Menteri Fuziah Salleh serta team kementerian dan juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu Timbalan dan team kementerian. 


Dah nak raya lusa..kiranya boleh istihar dah kejayaan tu.





DIMAKI DIHINA BELIAU TERUSKAN MEMBANTU PENJAWAT AWAM

 



Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, berita baik untuk penjawat awam akan diumum dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan memberi bayangan selewat-lewatnya ketika pembentangan Belanjawan 2025.


#MalaysiaMADANI

#JabatanPenerangan




TALIAN HAYAT BARU MC D.

 

Asyraf Jeffry


Talian hayat baru untuk McD di Malaysia. Ramai yang tidak ingin memboikot McD kerana mereka tiada bukti yang wang pembelian McD Malaysia disalurkan kepada Israel. Namun, disebabkan McD Israel terlampau 'menganjing', sponsor makanan tentera mereka secara terang-terangan, emosi terganggu dan boikot diteruskan.

.



Dengan pembelian semula semua franchise McD di Israel,hal ini membolehkan McD HQ menentukan secara mutlak wang sumbangan disalurkan ke mana.

.


Maka selepas ini,tentera Israel tidak lagi dapat makan McD secara percuma. Saya yakin McD HQ akan bertindak professional, neutral,tidak berpihak ke mana-mana pihak.

.


Kepada kawan-kawan yang ingin memboikot,teruskan, saya menghormati anda. Tetapi usahlah pandang pekerja McD sebagai seorang pendosa. Mereka hanya cari rezeki yang halal.



.


PENGAJARAN PERLANTIKAN IMAM-IMAM HUFFAZ PADA RAMADAN AKAN DATANG


Hafiz Kodiang


1. Masjid dan surau perlu mencari calon imam yang benar-benar hafiz 30 juz al-Quran selain menguasai kualiti bacaan, ingatan dan suara serta pengetahuan hukum asas solat berjemaah. Jangan ambil secara tangkap muat dek kerana ingin bersaing dengan masjid dan surau lain yang lebih berdaya maju dari segi kewangannya.


2. Berikan tawaran secara hitam putih berasaskan kontrak al-Ijarah (al-ujrah lil khadamaat) kepada calon imam atau pihak pengurusan sekolah dengan menyatakan syarat-syarat yang perlu diikuti seperti memulakan imam solat Isyak, berapa rakaat tarawih dan witir. Dalam kontrak tersebut perlu dinyatakan dengan jelas kadar UJRAH sama ada mengikut bilangan hari atau secara pakej. Ujrah perlu dipertegaskan untuk setiap orang imam atau dikongsi sama banyak. Penetapan kadar ujrah boleh berbeza mengikut kekananan calon imam atau kewangan masjid/surau. Kedua-dua pihak perlu bersetuju (ijab dan qabul) secara al-taradhiyy. Jika tidak setuju, jangan terima atau tawarkan pula kepada sesiapa yang berminat. Jika melibatkan pihak ketiga seperti pengurusan sekolah yang membekalkan calon-calon imam, mereka mesti menyatakan caj yang dikenakan dalam bayaran imam untuk mengelak eksploitasi imam-imam berlaku.


3. Sebaiknya imam-imam huffaz membacakan setiap malam bilangan juz mengikut bilangan malam Ramadan. Malam pertama, bacalah juz pertama dan seterusnya sehingga tamat bertugas walaupun tidak membaca keseluruhan juznya. Saya dapati, terdapat imam yang masih membaca juz ketiga pada malam ke-27. Malah ada yang membaca surah-surah seperti al-Saf, al-Jumaah bersambung-sambung pada beberapa malam. 


4. Imam-imam juga terutamanya yang junior, jika membaca ayat ayat surah panjang, jangan main waqaf melainkan setelah habis kisah ayat-ayat yang dibacakan. Dahulu orang tua-tua panggil 'habis satu aiyn (ع)'. Barulah bacaan al-Quran tidak tergantung. Ini pentingnya imam yang mengetahui makna dan hukum bacaan waqaf-wasal al-Quran.


5. Bagi masjid atau surau yang tidak mampu memberikan ujrah kepada imam-imam huffaz luar, TIDAK PERLU mencari. Guna saja senarai imam sedia ada sambil boleh praktis menjadi imam. Pada masa sama, jangan kikir untuk tawarkan saguhati kepada imam-imam bidan terjun yang sedia ada apabila mereka volunture mengimamkan Tarawih setiap malam. Orang yang hanya biasa hadir sebagai jemaah tidak akan pernah rasai gedebup gedebab orang yang menjadi imam. Dia akan menjaga makanan semasa berbuka dan akan bergegas ke masjid-surau selepas berbuka. Tidak seperti orang lain yang boleh datang sesuka hati.


6. Jika kadar ujrah telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak masjid dan pengurus imam-imam huffaz, maka tidak perlu lagi membuka tabung khas untuk saguhati imam. Jika banyak disumbang sudah tentu pengurusan masjid akan gusar kerana memikirkan banyak lagi bayaran lain yang perlu diuruskan. Justeru, biarkan sahaja jemaah masjid memberikan saguhati itu direct kepada imam by hand atau bank in.


7. Saya juga khuatir dengan sesetengah pihak sekolah yang menguruskan imam-imam huffaz mereka yang mungkin mengambil peratusan yang besar daripada kadar ujrah itu. Pihak masjid memberikan jumlah yang besar tetapi yang pihak pengurusan imam berikan kepada imam-imam mereka, adalah sedikit kerana selebihnya masuk ke tabung sekolah atau tabung mudir sekolah itu sendiri. Akhir sekali imam-imam muda ini menuduh masjid yang bagi saguhati sedikit. Hal-hal seperti ini perlu dipastikan agar tidak berlaku penyelewengan atau eksploitasi.


8. Kadar ujrah yang sesuai untuk imam semalaman antara RM150-RM200 bagi 8 rakaat termasuk 3 witir sekali (+-1 jam bertugas). Bagi imam yang membaca 1 juz setiap malam bagi 20 rakaat, kadar asasnya mungkin antara RM300-RM400 (+- 2 jam). Selebihnya terserah kepada suci hati jemaah untuk memberikan al-ihsan kepada para imam.


9. Para bilal juga perlu perbaiki sebutan zikir & solawat yang dibaca sebelum tarawih dan selepasnya. Sebut bagi penuh dan betul seperti di bawah :

صلاة التراويح من قيام شهر رمضان أثابكم الله 


Ini macam-macam disebutnya seperti (contoh) :

 الصلاة التراويح اثابكم الله

الصلاة القيام أثابكم الله


Jika tidak tahu kaifiyyat zikir dan solawat itu, tidak perlu baca. Cukup dengan sekadar bersolawat sahaja. Antara punca orang takut menjadi bilal ialah nak kena baca zikir dan solawat itu. Tiada bacaan itu pun tidak menjadi masalah.


10. Saya ingin mencadangkan setiap kali selepas satu tarwihah iaitu 4 rakaat Tarawih, habis berdoa, imam memberikan tazkirah ringkas  dalam satu-dua minit akan maksud dan pengajaran ayat-ayat yang beliau bacakan sebelum itu. Sekurang-kurangnya makmum tahu ibrah umum daripadanya. Saya teringat di Hayyu Sabiek, Mesir tahun 90'an dahulu, sesetangah imam Masjid Musa Nusayr akan pusing ke arah makmum selepas habis satu tarwihah. Beliau membuka soal jawab hukum kepada maklum. Selepas habis sesi soal jawab, disambung solat semula. Begitulah sehingga tamat 20 rakaat. Ini pentingnya kita melantik imam-imam senior berbanding budak-budak yang separuh hafiz.


11. Kepada sesiapa yang menjadi imam solat witir pada malam 16 Ramadan dan seterusnya, bacaan Qunut sewajarnya dibaca semua dengan kuat (jahar) termasuk فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ. Pada lafaz itu, makmum diam tidak mengaminkan dengan membacanya secara sirr. Akan tetap imam tetap membaca secara jahar.


Semoga Allah SWT menerima semua amalan kita di sepanjang Ramadan 1445 ini.


Dr. HK

8 April 2024 / 

28 Ramadan 1445



MANUSIAKAH MEREKA INI HINGGA TAK INGAT PAHALA DOSA.

 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗖𝗜 𝗣𝗔$ & 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔, 𝗚𝗘𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗧𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗡𝗬𝗘𝗕𝗔𝗥 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗠𝗫 𝗛𝗜𝗗𝗔𝗣 𝗔𝗜𝗗𝗦 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗜 𝗛𝗜𝗩

(Tolong #Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham)







1) Sudah lama 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗱𝗶 𝗦𝗼𝗰𝗠𝗲𝗱 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗠𝗫 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗱𝗮𝗽 𝗔𝗜𝗗𝗦 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗶 𝗛𝗜𝗩. Samada tuduhan secara direct atau indirect mereka mencipta persepsi KUNUNnya bengkak tangan PMX itu ada kaitan dgn 𝗛𝗜𝗩 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗜𝗗𝗦.


2) Puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 ini tidak segan silu setiap hari melakukan 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 dan menyebarkan Fitnah terhadap PMX di SocMed terutama dalam whatsapp group. 𝗥𝗲𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗸𝗲 𝗠𝗖𝗠𝗖 𝗽𝘂𝗻 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹. Sebab tu saya banyak mengkritik MenKom dan MDN. Tapi baru-baru ini MenKom mula bertindak mungkin baru tersedar dgn Fitnah terkait KUNUNnya tiada Tilawah Al Quran tahun ini.


3) Setakat ini hanya Papagomo yg disiasat oleh Polis kerana FITNAH PMX dijangkiti HIV atau sakit AIDS. 𝗪𝗮𝗹𝗵𝗮𝗹 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗞 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 itu dimainkan di Whatsapp Group, FB dll platform SocMed. Baca : 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗴𝗼𝗺𝗼 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗣𝗠 𝗵𝗶𝗱𝗮𝗽 𝗔𝗜𝗗𝗦 News link : https://www.kosmo.com.my/2023/12/18/papagomo-disiasat-fitnah-pm-hidap-aids/


4) MenKom dan MCMCM baru mula bertindak terhadap fitnah. Saya ada ucapkan syabas dan terima kasih dgn tindakan MenKom dan MCMC itu sambil berberharap ia 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗵𝗷 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗲𝗹𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗵𝗮𝗿𝗮𝗷𝗮𝗚𝗜𝗟𝗔. Baca : 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗞𝗢𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗖𝗠𝗖, 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗢𝗣 𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗧𝗨...𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡...!! Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid02CvJpXJKAiNPnqMi9g8sqGJvgNzEoM4j9FwjifJuWjYjHxWeCec18Hbm1ZgYHzE8ul


4) Dalam posting kali ini saya kongsikan jawapan Iswardy Morni Utama kpd FITNAH yg dilontarkan oleg Chegu Bardak secara berbelit-belit mahu membina persepsi KUNUNnya PMX dijangkiti HIV atau penyakit AIDS. 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗜𝘀𝘄𝗮𝗿𝗱𝘆 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗲𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 "𝗮𝗹𝗹𝗲𝗿𝗴𝗶𝗰" 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗛𝗜𝗩 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗔𝗜𝗗𝗦. PMX pula tenyata mengalami "allergic" sehingga memberi kesan kpd mata beliau.


5) Akibat kesan alergi itu PMX terpaksa memakai kecamata hitam ketika melawat Pulau Pinang. Dalam keadaan sakit pun PMX masih menghadiri program. Ini dilaporkan oleh The Star. Baca : 𝗔𝗹𝗹𝗲𝗿𝗴𝘆 𝗰𝗮𝗻’𝘁 𝗸𝗲𝗲𝗽 𝗣𝗠 𝗮𝘄𝗮𝘆 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. News link :  https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/04/06/allergy-cant-keep-pm-away-from-penang


6) 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗦𝗰𝗿𝗲𝗲𝗻𝘀𝗵𝗼𝘁𝘀 yg saya sertakan menunjukkan 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗢𝗛 bagaimana 𝗯𝗮𝗹𝗮𝗰𝗶 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 (kemudiannya diketahui ia Jantan yg menyamar sebagai betina) menyebarkan fitnah terhadap PMX dalam Whatsapp Group tapi terlepas Scot Free. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗷𝗲𝗸-𝗻𝗴𝗲𝗷𝗲𝗸 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 "𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗗𝗜𝗔" 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛. Saya jawap, itu 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗗𝗥𝗔𝗝 - 𝗔𝘇𝗮𝗯 𝘆𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵, enjoy lah dulu rasa seronok itu. Tiba masanya, satu hari nanti Allah 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣 keseronokan itu. InsyaAllah.


7) Sudah dilapur kepada MCMC namun TIADA apa-apa tindakan so saya sertakan Screenshots ini ANDAI kata pejabat MenKom 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 atau pegawai-pegawai PMO mahu melaporkannya di bawah 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟮𝟯𝟯 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝟭𝟵𝟵𝟴. 


8.) Saya syorkan kpd sahabat2 Penyokong PHBN dan Kerajaan yg ada akses terus ke MenKom 𝘀𝗶𝗹𝗮 𝗙𝗢𝗥𝗪𝗔𝗥𝗗 posting ini terutama Screenshots berkenaan kpd MenKom supaya YB Fahmi Fadzil faham bagaimana FITNAH seperti ini disebarkan oleh puak KHAWARIJ di Whatsapp Group.


9) Saya yakin jika MenKom bekerjasama dgn MDN atau MCMC (SKMM) bekerjasama rapat dgn PDRM, 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 "𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔" 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁, 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗯𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗺𝗼𝗿𝗮𝗹, 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁, 𝗙𝗮𝗸𝗲 𝗡𝗲𝘄𝘀, 𝗰𝗲𝗿𝗰𝗮𝗮𝗻, 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙, 𝗣𝗡𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 lama kelamaan akan dapat di atasi. Apa yg perlu MCMC dan PDRM buat ialah panggil, diambil keterangan, siasat, serah pd AGC utk pendakwaan jika ada bukti dan ulang proses ini dari masa ke semasa. MCMC dan PDRM patut mencubanya. 


Wallahualam.


- Zus Din 

08042024

***********

𝙉𝙤𝙩𝙖 𝘼𝙙𝙢𝙞𝙣 : 𝙏𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙞𝙖𝙧 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙛𝙖𝙝𝙖𝙢 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙪𝙖𝙠 𝙆𝙝𝙖𝙬𝙖𝙧𝙞𝙟 𝙙𝙖𝙣 𝙜𝙚𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙛𝙞𝙩𝙣𝙖𝙝 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖.



ORANG SAMA.. BODO BERTINGKAT.


Iswardy Morni


 Orang yang sama. Bodoh nya berbeza. Kalau ini level guru Malaysia, ghisau aku dengan masa depan budak-budak generasi akan datang.



ZALIM NI UN... KALAU MACAM NI


 Ini dikira menzalimi orang lain. Eloklah   masjid atau surau yang bertindak demikian. Boleh diboikot olej para imam terawih nanti. Minta bendahari masjid atau surau itu jadi imam sendiri.




TAMAT KA TUTUP TAK TAU LA SANUSI NI.... MELINGKUP HABIH... MB KAMI SEMPOI


 

PHOBIA KHALIMAH ALLAH


 

            Zunar Cartoonist Fan Club



IMAGINASI SEORANG PARANOID



Marwan Bukhari




 1. Penghinaan kepada kalimat Allah dan apa-apa simbol agama hendaklah dibendung. Malah menariknya al-Quran sendiri menyeru lebih jauh daripada itu iaitu melarang daripada mencela dan menghina sembahan agama lain, implikasinya Allah akan dihina dalam keadaan mereka marah dan jahil. Implikasi seterusnya ialah masyarakat berbeza agama akan hidup porak-peranda, saling bermusuhan dan menghina.


2. Tapi Islam mengajar supaya kita hidup dengan realiti. Pastikan penghinaan itu realiti, bukan sekadar imaginasi jauh seseorang, paranoid melampau ataupun tohmahan palsu terhadap sesiapa sahaja sama ada Muslim dan bukan Muslim. Dilarang menuduh orang lain menghina simbol agama kalau tiada bukti mereka berbuat demikian. Kaedah yang disebut dalam al-Quran ialah tabayyun atau semak dan teliti sebelum sebar dan tuduh. Bagi saya isu kalimah Allah di kasut sekarang hanyalah gambaran sikap berlebihan dalam berimaginasi dan paranoid. Sebabnya seseorang perlu mengambil selekoh jauh sebelum tiba ke kesimpulan itu adalah kalimah Allah di kasut!


3. Kalau menghina agama dilarang, menuduh orang menghina agama tapa sebarang bukti juga dilarang. Malah implikasinya sama iaitu menimbulkan suasana panas yang tidak perlu dalam hubungan antara masyarakat majmuk. Saya tidak tahu apa faedahnya tindakan menyebarkan hal sebegini. Banyak lagi perkara bermanfaat boleh diisi untuk kebaikan kita dan masyarakat.



AMARAN MCMC. PENCETUS ISU RASANYA LEBAI NI. PANGGE DIA SOH DIA JELASKAN. TAK PASTI JANGAN KONGSI









 

ISU LAGU PUN NAK TRY JADI POPULAR


 

KAH..KAH..TENGOK MAT JARGON. TAK PASAI PASAI KENA HENTAM BALIK. NI LA AKIBAT AMBIK K9NTENT DARI WALAUN

 


TIME DIA PENAIK CUKAI DIA GEBANG LAIN. KALAU ORANG PENAIK KALU..DIA HENNTAM MACAM MACAM....


 

VERN PATUT AMBIL JA TINDAKAN. JANGAN BIARKAN BUDAYA FITNAH NI BERLELUASA.


 

ORANG KEDAH KENA MUHONG. SATU APA PUN TAK JADI. SALAH ORANG JA PANDAI.


 

INI SEBABNYA ORANG PENCEN JANGAN LAGI BEKERJA.


 

JANGAN LAYAN ORANG BODO

 


Baru-baru ni bila aku post tentang jualan ratusan juta di TikTok dan kaitkan dengan ekonomi, 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻. Macam-macam komen diberikan.


Aku tak berminat sangat nak jawab walaun ni. Sebab kita semua tahu walaun tak boleh 𝗱𝗶𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 dengan fakta. Sebab mereka 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗴𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘂𝘁𝗮.


Tapi aku suka nak cerita. Tujuan aku buat posting tu sebab adanya pihak yang mengaitkan 𝘀𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻𝗮 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗔𝗥 dengan ekonomi yang merudum.


Jadi aku gunakan hujah yang serupa dengan mereka. Jika jualan kedai boleh dikaitkan dengan ekonomi, apa salah jualan di TikTok pun dikaitkan dengan ekonomi?


Tapi biasalah walaun. Dia boleh tapi orang lain jangan.


Tapi baca hujah walaun memang kelakar. Ada yang meragui jumlah jualan tu. 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮 𝘁𝗶𝗽𝘂, katanya. Ia data daripada TikTok. Jadi mungkin 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂.


Ada yang kata TikTok shop laku bukti rakyat tidak ada duit. Sebab tu cari barang murah. Mungkin. Tapi aku baru tahu yang selama ni orang ada duit 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹.


Patutlah walaun tak suka harga ayam bawah RM10/kg sebab dia suka yang RM18/kg. Nak yang mahal. Jadi sebenarnya walaun orang yang berduit. Jadi tak ada la miskin hidup zaman Madani ni. 𝗞𝗲 𝗴𝘂𝗮𝗻𝗲?


Ada yang berhujah ini sebab dekat nak raya je sebab tu 𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀. Nanti lepas raya sunyi la. Mungkin juga. Tapi kalau betul orang tak ada duit, masa raya pun dia 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮. Kan?


Banyak hujah walaun yang mengundang ketawa. Aku tak baca sangat sebab takut 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 mereka. Baca untuk cari hiburan je boleh la.


Dalam masa yang sama, orang JB boleh tengok 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗕𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻 jem macam apa. Sepanjang 𝗵𝗶𝘄𝗮𝘆 𝗧𝗲𝗯𝗿𝗮𝘂 tu sesak sebab orang nak ke Pasar Borong.


Orang boleh kata warga Singapura. Tapi aku sendiri ke sana dan tengok banyak je kereta lokal. Lebih banyak dari kereta Singapura. Tapi yelah. Walaun mana nak terima kenyataan.


Aku juga tengok orang jual 𝘭𝘢𝘮𝘣 𝘴𝘩𝘢𝘯𝘬 dan pelbagai masakan lain yang 𝘃𝗶𝗿𝗮𝗹, yang dijual pada harga yang 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 tapi tetap laku. 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 orang nak beli. Tapi yelah. Mungkin sebab bulan puasa je.


Sebelum puasa pun orang kita ramai yang 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗦𝗶𝗮𝗺. Tapi pun bagi walaun itu tak melambangkan rakyat tak susah. Dia akan 𝘴𝘱𝘪𝘯 selagi boleh.


Sebab tu aku kata walaun takkan 𝗱𝗶𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮. Bentangkanlah sebanyak mana pun fakta, tetap dia akan pusing bagi 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝘀𝗮𝗵.


Walaun memang spesis ajaib. Rakyat biasa memang suka ekonomi baik. Tapi bagi walaun, mereka 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗿𝗼𝗻𝗼𝗸 kalau ekonomi gawat. Dapat kepuasan.


Kesimpulannya mudah. Otak walaun dah kena pajak. Jadi mereka takkan terima kebenaran. Mereka akan cuba belitkan fakta untuk tunjuk konon mereka betul.


Tapi bila kita gunakan fakta yang serupa untuk 𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘦𝘳 hujah mereka, serta merta dia akan kata cara begitu 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 walaupun sebelum itu dia sendiri pun 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮.


Jadi usahlah layan walaun. Macam aku katakan tadi, 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁. Maka itu kalau nampak walaun, lebih baik 𝗱𝗶𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CEPAT SANGAT NAK VIDAL. BAKAL MENDAPAT NI.


Najib Bakar


 Sebab ni la aku takkan melompat kalau ada isu panas. Faham, kalau dapat scoop paling awal, kemungkinan nak viral tu sangat tinggi.





Tapi kalau hampa ada rasa tanggungjawab yang mai dengan followers dan reach yang tinggi, hampa takkan sewenangnya belasah buat content.


Ni design sebenar logo Vern's tu, dia bersambung sebenarnya, bukan terputus seolah-olah huruf Alif.


Baca status bro Amin Idris dengan tenang. Baca komen Dr Sabri dengan tenang.


Aku pun tak nak ulas paling awal tadi, sebab aku bukan pakar dari segi tulisan khat. 


Mata aku pulak nampak tu design laces. Tu mata aku, takleh la hampa nak marah.


Takkan semua benda nak buat palatao demi populariti dan sopi link yang boleh diselitkan satu hari nanti?



MACAM KERA KENA BELACAN DAH... TAK GUNA OTAK.

 

Walaun ni dah macam KERA , ini kira KERA pergi sekolah boleh pikir mintak maaf tapi ramainya KERA tak sekolah dah diperintah bayar pun buat² bodoh.




FATWA SESAT BANYAK SANGAT

 

Che Ibrahim. 

Kalaulah fatwa ni digunapakai, 99% negara Islam di seluruh dunia tidak layak memungut zakat. Semua zakat hendaklah dibayar kepada "harakah Islamiah" sebagai ganti "khilafah Islamiah"




SEORANG PM YANG PRIHATIN PADA RAKYAT.


 

LEKEH KETUA PEMBANGKANG- PATUT LA...


 

JANNGAN PEDULI DENGAN ORANG BODO NI



 

Vellfire - ‘I have arrived’ !!!




Saya mempunyai beberapa rakan yang menggunakan kereta mewah Vellfire dan Alphard. 


Harganya bukan murah, melebihi Rm300k untuk jenis eksklusif engin V6, seat duduk mewah dengan kelengkapan moden. 


Sekarang mereka semua mahu menjual kereta mewah tersebut. 


Vellfire adalah sebuah MPV besar tujuh tempat duduk atau lapan yang menjadi raja MPV di Malaysia sejak Toyota Jepun memperkenalkannya pada 2008.


Pada tahun 1999 Toyota telah menghasilkan MPV yang dikenali dengan nama Granvia. 


Ia menggunakan kerangka “van” Hiace yang mengekalkan konfigurasi pacuan roda belakang tetapi diserapkan dengan elemen mewah di bahagian kabin. 


Saya masih ingat pada zaman tersebut hanya para kontraktor yang ramai membeli Granvia atau high end Hiace ini. 


Orang biasa jarang membeli kerana terlalu besar untuk menyelit dalam trafik. 


Apabila Alphard dikeluarkan, Nissan cuba meletakkan nama Elgrand mereka di hadapan. 


Honda mencuba pada 2004 dengan Elysion tetapi menghentikannya pada 2013. 


Pada 2008 banyak Vellfire dibawa masuk sebagai kereta reconditioned (recond) oleh AP permit holders yang kebanyakan adalah syarikat Melayu tetapi di Ali-Babakan. 


Tiba-tiba rakyat Malaysia berebut membeli Vellfire sebagai status symbol dengan dimulakan oleh ahli politik. 


BBNU, usahawan baru dan para asatizah sanggup membayar instalmen lebih Rm3000 sebulan untuk memiliki Vellfire atau Alphard recond. 


Golongan artis dan penyanyi pula anggap kereta mewah ini sebagai satu status simbol dan making a statement - ‘I have arrived’. 


Harganya sekitar RM300,000 hingga RM400,000 untuk spesifikasi paling rendah 2.5 X hingga spesifikasi sederhana ZG. Model 3.5 EL pula lebih setengah juta ringgit.


Sekarang ini dengan suasana ekonomi yang tidak menentu kereta mewah seperti Vellfire dan Alphard sudah menjadi satu liabiliti besar. 


Setiap bulan mana 'nak cekau' duit Rm3k-Rm5k bayaran instalmen untuk mereka yang hilang pekerjaan atau perniagaan merudum. 


Seperti yang pernah saya katakan hidup ini janganlah terlebih besar periuk kerana akan besar keraknya. 


Akhirnya nanti anda terpaksa makan kerak kerana kehabisan nasi. 


Hiduplah secara 'modest' dan sederhana tanpa berhutang. 


Tak kisah pun dengan Myvi dan Iriz asalkan kenderaan tersebut tidak menjadi biawak hidup.


Apa yang penting dalam geran kereta tersebut tertera nama anda dan bukan nama Bank. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar



[mengejutkan] PESTA LIAR ALOR SETAR NEGERI KEDAH! GENG PEMFITNAH DISIASAT!. LOQ SETAQ , KEPALA PENUH KAKI KETAQ..KAH..KAH..KAH...SANUSI KAKI PUTAQ....



Polis menggempur pesta liar di bulan Ramadan oleh sekumpulan remaja termasuk pelajar sekolah yang menyewa sebuah inap desa di Jalan Suka Menanti, Alor Setar. Pesta liar mereka berjaya dikesan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar selepas menerima aduan daripada orang awam berkenaan bunyi bising di kawasan kejiranan mereka. Ekoran laporan yang diterima, sepasukan anggota daripada bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Setar bergerak ke lokasi pada jam 3.30 pagi. ================================================================================= Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun ini. SKMM dalam kenyataan memaklumkan, penyebaran kandungan itu dikesan berlaku di aplikasi media sosial Facebook menerusi beberapa akaun. “Semalam, empat daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan itu, telah dipanggil untuk disoal siasat dan merakam keterangan oleh SKMM.





[PANAS] DS MAT SABU BILA BERSUARA MEMANG PEDAS! MB LATO LATO CUBAAN MEMP...






Beliau berkata anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu bagaimanapun tidak boleh ditutup sepenuhnya, kerana masih mempunyai aset dan hutang yang ditanggung. “Saya sudah lama memaklumkan bahawa syarikat itu tidak berdaya maju, penamatan operasi perlu dilakukan, walaupun sudah terlewat, ia perlu dilakukan juga. “Syarikat itu bukan ditutup, tapi ditamatkan operasi, masih lagi ada aset, liabiliti serta hutang dan sebab itu ia tidak boleh ditutup,” katanya ketika ditemui selepas hadir Program Cahaya Ramadan anjuran Yayasan TM di Kompleks Pekan Rabu, di Alor Setar hari ini. =========================================================================== Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan itu berkata, tidak salah memberi teguran perkara yang salah, namun sebaiknya ia dilakukan dengan cara yang lebih sesuai. “Pembangkang itu hak mereka untuk terus mengkritik.. saya pun biasa jadi pembangkang. ”Bagi saya mengkritik teguran, bangkangan itu perkara biasa, cuma kita tidak setuju maki hamun. ”Mengkritik itu adalah perkara yang kita boleh terima, bahkan pandangan pun kita boleh terima. “Teguran kita boleh terima… tapi maki hamun kita tak boleh terima,” katanya dalam satu video yang berlegar-legar di media sosial, hari ini.





RENTASAN 1579 | GEMPAR!! SAMSURI MOKHTAR MEROYAN TERENGGANU TAK TERIMA W...




MENARIK DALAM RENTASAN 1579

1. GERAKAN ’EMOSI’ BOIKOT, APA UNTUNGNYA? 2. PEDOFILIA MEMBIMBANGKAN, APA SUDAH JADI? 3. KERAJAAN PAS TERENGGANU ‘DOK OROK CETONG’?





[gempak] WALAUN SIBUK BINA PERSEPSI JAHAT! PMX PAKAI CERMIN MATA!

[PANAS] MP GURU BESAR NOBITA KENA BALUN KAW KAW DENGAN YB RAFIZI!


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli selamba kembali menyindir Datuk Dr Radzi Jidin dengan mengaitkan apa yang dilakukan pemimpin Perikatan Nasioal (PN) itu semasa menjadi Menteri Pendidikan. Dalam respon yang dimuatnaik di platform X sejurus buka puasa, Rafizi turut menghargai ‘nasihat’ Radzi yang antara lain memintanya berehat. “Terima kasih atas nasihat. Saya terima dengan terbuka. “Lagi pun ini bulan Ramadan, memang bulan untuk muhasabah. “YB ada muhasabah tak semasa YB jadi Menteri Pendidikan, prestasi pendidikan jatuh merudum sehingga learning loss anak-anak kita mencecah 4-5 tahun? “Maknanya bagi murid umur 10-11 tahun, jika dibanding dengan Singapura, murid kita ketinggalan 4-5 tahun kebelakang? “Ini tanggungjawab yang telah saudara sia-siakan dan kesannya kepada jutaan anak-anak. “Muhasabahlah. Insaf sedikit kerana semuanya dicatatkan,” kata Rafizi semalam beserta fakta bukan hanya persepsi.





MAT JARGON TAKUT DOSA. DIA MULA SEDAR DI BULAN PUASA.

 

Masa kamu jadi kerajaan, tak bentang pun, Dah hilang kuasa Baru takut dosa?




HANGPA PILIH TOKOH BOLA SEPAK NEGERI SATU HAPA PUN TAK BOLEH BUAT...


 

VATERAN TENTERA YANG PENCEN DAN TIDAK KINI DAPAT FAEDAH DARI KERAJAAN MADANI


 

PELANCARAN AGRO MADANI. TAPI DI KEDAH SANA... MB SEMPOI TUTUP TERUIH AGRO KEDAH... LEMAH.







 Pagi ini saya turun ke Majlis Pelancaran Semarak Syawal Agro MADANI Peringkat Kebangsaan 2024 di Pasar Tani Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.


Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di Malaysia minggu hadapan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui FAMA menganjurkan Jualan Semarak Syawal Agro MADANI di 753 lokasi di seluruh negara bermula hari ini.


Inisiatif dari KPKM ini adalah bagi membolehkan pengguna mendapatkan barangan keperluan dengan potongan harga hingga 30%. Program Jualan Semarak Syawal Agro MADANI ini juga adalah langkah KPKM merealisasikan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan agensi berkaitan turun padang, membantu meringankan beban pengguna menjelang musim perayaan bagi mendapatkan barangan keperluan pada harga yang rendah.


Alhamdulillah saya berpuas hati dengan persiapan yang dijalankan oleh FAMA, LPP, LKIM dan agensi-agensi lain di bawah KPKM yang sentiasa komited menjayakan setiap tugasan yang diberikan bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan.


Saya juga berharap setiap penyelaras DUN memainkan tanggungjawab masing-masing melaporkan kepada pihak kementerian sekiranya berlaku gangguan bekalan makanan di lokasi mereka. Insya Allah saya akan mengarahkan agensi yang terbabit untuk segera menghulurkan bantuan.



HANG NAK MAKAN NASI AYAQ DAK? NANTI BOKEH JA MAKAN FREE.



 Jelas boleh kena Akta Hasutan ni. 





Pagi raya boleh makan ketupat dalam lokap Kuantan ni.



LEMAH


IM

 

Tersungkur di atas ke tidak cekapan mentadbir.





MASA ANWAR ADA DIA TAK ADA.


 

3 LEBAI DAH KENA SIASAT..

 


DALAM KETA SENDIRI TAK MAU KOTOR. SIMPAN DULU DALAM PLASTIK SAMPAI KAWASAN ADA TONG SAMPAH BUANG LAH.. AKAI TAK DAK. JIWA PENGOTOR.






Iswardy Morni


 Ini alasan yang paling tak boleh pakai. Kesedaran sivik itu bukan hanya perlu sebelum sampai kelantan. Walau takde RNR plastik sampah ada, boleh letak dlm plastik lepas tu buang di rumah. Bukannya perjalanan 48 jam kau sampai buat kenduri BBQ dalam kereta.


Negara dunia pertama, mentaliti masih dunia ketiga.




PENING


 

NOHHHH.... KENA LAGI PAGI PAGI... ANAK SAPA TAK TAU... MARAH TAK PA.. JANGAN KOYAK


Che Ibrahim


 

Dua Dua wajib Dan Dua Dua afdhal, sebab itu Allah haramkan kita pegang jawatan kalau tak mampu




LAGU NI TROLL RAYA ZAMAN ISMAIL SABRI DULU.



 Hari ni baru aku tahu lagu 𝗔𝗹𝗮𝗺𝗮𝗸 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗟𝗮𝗴𝗶 rupanya mengundang pelbagai reaksi daripada orang agama. Terkejut jugalah aku.


Aku memang suka lagu ni. Bagi aku lagu ni ada 𝘷𝘪𝘣𝘦 tersendiri. Ia berjaya timbulkan 𝙢𝙤𝙤𝙙 𝗿𝗮𝘆𝗮 setiap kali terdengar ia dimainkan.


Liriknya mudah je. Cerita orang terkejut dah nak raya tapi persiapan 𝘀𝗲𝗿𝗯𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗮𝗽. Dan itu yang jadi bahan perdebatannya.


Mana mungkin selepas sebulan puasa pun masih lagi terkejut nak raya. Kan?


𝘊𝘰𝘮𝘦 𝘰𝘯 la. Pertama sekali, ini 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗴𝘂. Kenapa nak ambil serius sangat. Dengar muziknya pun kita dah boleh agak lagu ni tak serius.


Nak kira logik, yang selama ni lirik kata 𝗹𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗶 tu masuk akal ke? Yang nak bercinta ikut 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗘𝘁𝗼𝗽𝗶𝗮 tu tak mengarut ke?


Ini baru cerita tak sedia raya. Tak adalah mengarut sangat pun. Sebab hakikatnya, memang ramai dari kita yang sebulan puasa pun 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗺𝗮𝘀𝗮 nak buat persiapan raya.


Cerita kuih raya tak jadi, 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗮𝗯𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮, baju belum gosok dan 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗻𝗴𝘂𝘀 tu dah memang selalu terjadi pun.


Begitu juga cerita tiket habis dan kereta sewa pun dah tak ada. Itu pun biasa berlaku. Lagi lagi 𝘱𝘢𝘳𝘵 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗺, 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗸𝗮𝘁 tu. Saban tahun berlaku. Tak percaya tanya walau. Acara tahunan mereka.


Ada juga yang kata ini menggamit kenangan raya 2022 zaman Ismail Sabri jadi PM. 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗷𝘂𝘁 katanya. Apa pun, ini sekadar lagu.


Siap ada kata patut 𝗔𝗹𝗵𝗮𝗺𝗱𝘂𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵 bukan alamak. Aku tak kata salah tapi kalau nak ajar sebut Alhamdulillah, ajar walaun dulu sebab sekarang walaun yang paling ramai 𝗸𝘂𝗳𝘂𝗿 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁.


Lagu Alamak Raya Lagi ni memang menjadi. Ada aku tengok 𝙘𝙤𝙫𝙚𝙧 𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙤𝙣 dalam bahasa 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗹 dan juga 𝗠𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗶𝗻. Kan syok tu.


Jadi janganlah potong stim orang nak berseronok sambut raya dengan isukan perkara yang bukan isu.


Ada banyak isu lain yang lebih besar kalau ustaz-ustaz nak ulas. Misalnya yang ubah ayat Quran dengan tukar perkata 𝗮𝗹-𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿𝘂𝗻 jadi 𝗻𝗼𝗻-𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 tu. Itu lebih besar dan lebih jelas penghinaannya terhadap al-Quran. Tak nak tegur ke?


Lagu ni tak kacau orang pun. Bukan macam seorang pemilik tahfiz tu yang tunjuk kemaluan kepada isteri orang dalam messenger. Rasanya yang kritik ni salah pilih ruang la. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


WOII UN JOM BANGKIT BANGKIT CARI BERAS MURAH DAH... LENA JA TAK HABIH HABIH... TOYAMATMIN BETOI


 

NI RAYA RAYA NI KENA TROLL LA... SAMPAI SEBAK TUTUP KOMEN


 

MELAMPAU LA..KAKITANGAN AWAM KALAU TAK SEDAQ DIRI LAGI...NI GAJI NAK NAIK LAGI.,.BAIK MOHON JADI KAKITANGAN AWAM.


 

BUSINESS SPEECH NI BUKAN MACAM BUDAK TAHUN 5 BACA TEKS BOOK SEKOLAH RENDAH


 

GUGURKAN MEGAT ZULKARNAIN, LANTIK TENGKU ZAFRUL KETUAI UMNO SELANGOR



Selepas melepaskan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz nampaknya terus bersuara mengenai permasalahan dan kekurangan yang ada dalam parti di negeri tersebut.


Bahkan katanya, sejak PRU15 di mana UMNO tidak menang walau satu kerusi, diikuti dalam PRN yang memperlihatkan UMNO hanya menang dua kerusi, tiada apa-apa yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO negeri untuk memulihkan kedudukan parti.


Sepatutnya ujar beliau, dengan dua keputusan buruk itu, ia merupakan amaran terakhir untuk UMNO Selangor segera berubah dan menyedari realiti.


“Sekarang ini sudah lapan bulan selepas PRN, masih tak ada apa-apa.


“Post mortem mendalam? Tak ada. Strategi baru untuk tawan hati rakyat juga tak ada,” katanya.


Secara umum, menurut Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, perancangan untuk memperkasa UMNO di Selangor adalah bersifat hambar.


Dengan terus bersuara mengenai kedudukan UMNO Selangor, meskipun setelah meletak jawatan sebagai Bendahari, Tengku Zafrul nampaknya tidak bersikap lepas tangan begitu saja setelah mengumumkan pengundurannya.


Membaca coretan dan isi hati yang diluahkannya kali ini, dapat dirasai beliau sebenarnya mempunyai banyak idea dan perancangan serta kecintaan yang lebih tinggi untuk memulihkan semula kedudukan UMNO.


Tidak keterlaluan untuk dikatakan, meskipun berjawatan menteri, Tengku Zafrul tidak seperti kepimpinan UMNO Selangor sedia ada yang barangkali berfikir – tak mengapa UMNO tidak menang banyak kerusi, yang penting, asalkan dapat jadi sebahaguan daripada kerajaan.


Sebaliknya, Tengku Zafrul mahu UMNO memenangi lebih banyak kerusi, kalau pun tidak mampu berkuasa selepas ini.


Untuk itu, ada baiknya jika Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi segera menggugurkan Megat Zulkarnain Omar Din daripada jawatan Pengerusi UMNO Selangor dan melantik Tengku Zafrul sebagai penggantinya.


Megat Zulkarnain yang kalah di Parlimen Gombak dalam PRU15, kemudian kalah lagi di Dun Gombak Setia ketika PRN, cukuplah sekadar jadi Setiausaha Politik Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Gombak saja.


Sudah sampai masanya untuk beliau diganti segera – dia ada selama ini pun macam tiada.


Cuba try Tengku Zafrul pula, mana tahu sebagaimana dia rajin bercakap, dia juga rajin bekerja. – ShahbudinHusin 06/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/06/gugurkan-megat-zulkarnain-lantik-tengku-zafrul-ketuai-umno-selangor.html