[PANAS] DS MAT SABU BILA BERSUARA MEMANG PEDAS! MB LATO LATO CUBAAN MEMP...






Beliau berkata anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu bagaimanapun tidak boleh ditutup sepenuhnya, kerana masih mempunyai aset dan hutang yang ditanggung. “Saya sudah lama memaklumkan bahawa syarikat itu tidak berdaya maju, penamatan operasi perlu dilakukan, walaupun sudah terlewat, ia perlu dilakukan juga. “Syarikat itu bukan ditutup, tapi ditamatkan operasi, masih lagi ada aset, liabiliti serta hutang dan sebab itu ia tidak boleh ditutup,” katanya ketika ditemui selepas hadir Program Cahaya Ramadan anjuran Yayasan TM di Kompleks Pekan Rabu, di Alor Setar hari ini. =========================================================================== Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan itu berkata, tidak salah memberi teguran perkara yang salah, namun sebaiknya ia dilakukan dengan cara yang lebih sesuai. “Pembangkang itu hak mereka untuk terus mengkritik.. saya pun biasa jadi pembangkang. ”Bagi saya mengkritik teguran, bangkangan itu perkara biasa, cuma kita tidak setuju maki hamun. ”Mengkritik itu adalah perkara yang kita boleh terima, bahkan pandangan pun kita boleh terima. “Teguran kita boleh terima… tapi maki hamun kita tak boleh terima,” katanya dalam satu video yang berlegar-legar di media sosial, hari ini.





No comments: