MELANCARKAN TUN RAZAK EXCHANGE DAN MENJAWAB SOAL KEJATUHAN RINGGIT

 









Pagi tadi saya meluncurkan Tun Razak Exchange (TRX) sebagai pusat kewangan antarabangsa. Usai menyempurnakan majlis, saya diajukan soalan perihal nilai dan prestasi ringgit saat ini. 


Saya sedar akan kebimbangan rakyat berkaitan nilai pertukaran mata wang ringgit sekarang. Namun, jika dirujuk kepada angka dan asas ekonomi serta instrumen pelaburan, ia ternyata memberi gambaran yang berbeda. 


Kerajaan MADANI telah berjaya menurunkan kadar pengangguran ke paras terendah pasca-pandemik. Kendatipun, Malaysia masih menghadapi kenaikan kos barang, inflasi negara tidak sampai 2% pun pada suku keempat 2023 — sedangkan seluruh dunia masih dihimpit inflasi tinggi sejak pandemik. 


Seperti yang saya kongsikan semalam, Kerajaan MADANI telah meluluskan jumlah pelaburan langsung tertinggi di Malaysia dalam satu tahun kalendar pada tahun lepas, yakni RM329.5 bilion.


Angka ini ternyata memberi gambaran yang kukuh kepada pelabur asing bahawa prestasi dan perencanaan kewangan negara setakat ini berhasil menarik minat pelaburan syarikat-syarikat gergasi dan institusi-institusi kewangan dari seantero dunia untuk bertapak di sini. 


Dengan terluncurnya TRX, ia pasti akan menambahbaik prospek masa hadapan negara.


Saya beriltizam untuk memastikan Kerajaan MADANI akan membawa asas ekonomi kita dan kesejahteraan rakyat ke paras yang lebih tinggi. 


Saya amat berharap agar rakyat umumnya dapat mengikuti perjalanan ini dengan rapat dan menggarap keseimbangan yang cuba diwujudkan Kerajaan dalam menongkah arus cabaran geopolitik dan masalah rantaian bekalan makanan dunia sambil memastikan ekonomi kita kekal mampan dan terarah.  


#MalaysiaMADANI



KES KFA SELESAI DAN DALAM PERINGKAT PENDAKWAAN.



 

KATA JENTERA SANA SINI. PROBONO JUGA BUAT KERJA. MANA SEGALA MACAM JENTERA KOMUNIKASI KERAJAAN, HANG NI RETI JAGA PMX ATAU TIDAK?

 MANA SEGALA MACAM JENTERA KOMUNIKASI KERAJAAN, HANG NI RETI JAGA PMX ATAU TIDAK?


Berikutan tindakan Anwar Ibrahim yang enggan menjawab pertanyaan media mengenai kejatuhan nilai ringgit yang paling rendah dalam tempoh 26 tahun, tetapi kemudian didapati dengan senang hati menerima pelawaan untuk menyanyikan lagu Azizah di sebuah acara di Melaka, akibatnya berdentam-dentum bak gegak gempita mercun datang hentaman yang menimpanya.


Sejak dua tiga hari lalu, terutama di TikTok, pelbagai bentuk serangan terlihat meriah menghenyak Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan atas isu tersebut.


Di platform media sosial lain, termasuk beberapa podcast, masing-masing turut tidak melepaskan peluang melanyak lagi Anwar atas apa yang terjadi itu.


Hampir semuanya menyalahkan Anwar yang dianggap telah menunjukkan sikap tak sepatutnya dan langsung tidak resah atas kapasiti beliau selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas kejatuhan nilai ringgit yang sedang berlaku.


Selain mengelak soalan dan enggan menjawab soalan media, langkah susulan daripada segi rancangan mengatasinya atau setidak-tidaknya mengadakan mesyuarat, juga langsung tidak kedengaran.


Hakikatnya, dalam isu kejatuhan ringgit ini, tidak ada orang lain yang lebih layak dan paling sesuai memberi pandangan bagi pihak kerajaan, melainkan Anwar selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Tambahan lagi dalam konteks Anwar, kedua-dua jawatan berada di dalam rangkulannya.


Dalam semua keadaan itu, dapatan di media sosial jelas mendapati Anwar menerima serangan dan hentaman yang paling teruk sekali sejak beliau bergelar Perdana Menteri.


Persoalannya, di mana segala macam jentara komunikasi dan media pro kerajaan untuk mempertahanlan Anwar?


Sekurang-kurangnya ada dua kelompok komunikasi dan media yang sepatutnya berperanan mempertahan dan melndungi. Anwar dalam hal ini – satu di bawah Menteri Komunikasi dan satu lagi di bawah Unit Komunikasi dan Media PMO sendiri.


Kenapa hampir tiada ternampak usaha mempertahan dan melindungi Perdana Menteri?


Pernahkah kedua-dua kelompok berkenaan mengadakan mesyuarat dan perbincangan untuk membina naratif bagaimana Perdana Menteri harus dipertahan dan dilindungi?


J-Kom yang masih menunggu kehadiran Ketua Pengarah baru pun takkan goyang kaki saja melihat Perdana Menteri dibalun bertubi-tubi?


Atau semua mereka ini tak peduli dan tak kisah pun dengan serangan terhadap Anwar itu?


Ketika Najib Razak jadi Perdana Menteri dahulu, beliau diketahui memang mempunyai jentera media dan komunikasi yang besar, malah difahamkan pembiayaannya juga besar.


Namun, bersama kebangkitan rakyat dan isu-isu yang timbul ketika itu tidak ditepis dengan sebaik mungkin, Najib hilang kuasa akhirnya pada PRU14 lalu.


Selepas kekalahannya, dalam sebuah majlis, beliau secara terbuka menyebut, pasukan media maya yang bersamanya ketika beliau berkuasa dahulu hanyalah “menghabiskan beras” semata-mata.


Anwar baru menjadi Perdana Menteri selama 15 bulan dan sebelum apa yang berlaku kepada Najib itu menimpanya, elok jika beliau dapat segera menjerit kepada segala jentera media dan komunikasi yang ada di kelilingnya sepertimana beliau pernah menempik kepada pemimpin sebelum ini dalam isu kejatuhan ringgit – hang ni reti buat kerja atau tidak? – ShahbudinHusin 23/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/23/mana-segala-macam-jentera-komunikasi-kerajaan-hang-ini-reti-jaga-pmx-atau-tidak.html



AKU RASA ANWAR BUKAN TAK MAU ULAS TULIH PANJANG LEBAR NI. WALAUN BACA TAK FAHAM. DALAM ISTILAH BAHASA...MEMBACA UNTUK MEMAHAMI. TAPI UN BUKAN FAHAM. TU JA...ANWAR AKAN JAWAB LAM DEWAN.

 


ANWAR AKHIRNYA BERSUARA JUGA, INILAH ULASAN BELIAU MENGENAI KEJATUHAN RINGGIT


Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan, situasi ekonomi Malaysia ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan pada 1998 kerana kedudukan negara ketika ini jauh lebih baik walaupun mata wang tempatan sedang melemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata pada 1998, selain daripada kejatuhan ringgit, kadar inflasi dan pengangguran meningkat dan tiada pelaburan asing masuk dalam negara.


“(Berbeza) ketika ini, ia perlu dilihat secara keseluruhan, (Malaysia) mencatat rekod pelaburan terbesar dalam sejarah, kadar inflasi terus menurun dan kadar pengangguran turut berkurangan.


“(Malah) pertumbuhan (ekonomi negara) adalah berdaya tahan sama seperti negara jiran. 


“Ya, (kejatuhan ringgit) adalah membimbangkan, tetapi kita sentiasa memantaunya dan bernasib baik (ringgit) mengukuh sedikit. Namun, perkara ini turut menjejaskan semua negara lain,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Menara Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX) yang turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di sini, hari ini.


Sebelum ini, Anwar dikritik kerana dikatakan enggan menjawab soalan berkaitan ringgit dan sebaliknya menyerahkannya kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjawab.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, pada tempoh hari, maklum balas beliau adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sepatutnya mengeluarkan kenyataan penting mengenai pelaburan dan perdagangan dan Gabenor BNM mengeluarkan kenyataan mengenai ringgit.


“Dan saya dikritik kerana berkata sedemikian. Ringgit ada kesan dia dan saya tidak mahu mengatakan tidak harus dipantau oleh BNM, tetapi eksport itu baik kerana saya jumpa syarikat pengeksport, dia sangat senang tetapi sebaiknya ringgit itu agak terkawal. 


“Tetapi mengapa harus dilihat hanya dari segi ringgit dan dibandingkan dengan 1998, kerana seperti mana yang saya sebut tadi ringgit jatuh, pelaburan jatuh, inflasi naik jadi tidak sama. 


“Sekarang ini, angka terakhir bagi pelaburan kita yang diumumkan semalam selepas mesyuarat Majlis Pelaburan Negara tertinggi dalam sejarah pelaburan Malaysia.


“Kalau keyakinan (pelabur) itu kurang kerana ringgit, ia tidak akan ada pelaburan tertinggi ini dalam sejarah.


Dan semalam mesyuarat pelaburan, hari ini (pelancaran) TRX dan petang ini Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan kita akan terus pantau hari-hari termasuk kos sara hidup kerana dalam perbincangan apa pun kita harus beri tumpuan kepada kesan kehidupan rakyat,” katanya.


Setakat jam 12.15 tengah hari ini, ringgit diniagakan pada 4.775 berbanding dolar AS, menurut laman web BNM.


Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1215792/anwar-jelaskan-prestasi-ringgit-tak-boleh-samakan-dengan-keadaan


https://shahbudindotcom.net/2024/02/23/akhirnya-anwar-bersuara-juga-inilah-ulasan-beliau-mengenai-kejatuhan-ringgit.html




INDON BUKAN KALENG KALENG NOW



Ahmad Mursi


Dari sudut purata pendapatan rakyat, Malaysia mengatasi banyak negara ASEAN lain, kecuali Singapura, Brunei, dan Indonesia. 


Dari sudut harga barang keperluan harian, Malaysia adalah antara yang termurah di kalangan negara ASEAN. 


Dari sudut ekonomi, negara kita berada dalam keadaan yang jauh lebih selesa berbanding negara-negara jiran kita. 


Apa yang perlu ialah supaya kita tidak complacent.  Kita perlu lebih resilient. Kita perlu lebih inovatif dan creatif. Kita perlu lebih produktif. 


Apa yang penting ... kerjasama!



LEBAI SAGON JA... SEMBANG TAKAT NAK MOHONG.... JADI MENTERI AGAMA HAPA PUN HANG TAK BUAT......


 

LAAA BILA DOK PI BERHIMPUN PULAK...


 

NI BARU BOLEH JADI CALON MB KEDAH.... BUKAN BUKA JA MULUT MOHONG ORANG KEDAH... HAPA PUN TARAK



 

𝗠𝗔𝗪𝗟𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗟𝗚𝗘𝗥𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗗𝗡 - 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔



1) Menurut MDN Mawla yg didakwa cicit Nabi adalah warganegara Algeria. Bermakna dakwaan sesetengah pihak bahawa dia dari Morocco / Maghribi tidak tepat atau mungkin Rakyat Algeria yg tinggal di Morocco? Kita tidak tahu, sehingga pihak berkuasa menyiasat dan mengesahkan kesahihan dakwaan org tentang individu ini.


2) Walau bagaimanapun, 𝗭𝗮𝘄𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗪𝗮𝘇𝗮𝗻𝗶𝘆𝗮𝗵, 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗮𝗯 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗔𝗪 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗴𝗵𝗿𝗶𝗯𝗶 dalam responnya tentang isu Mawla, telah menafikan dan menyatakan : “Jika dia mengaku dia Wazani, maka dia penipu”. 


3) Tanpa pembuktian yg sah, kita pun tak pasti apa sebenarnya. Namun setakat ini 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗸𝗲𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗔𝗵𝗹𝘂𝗹 𝗕𝗮𝗶𝘁 seperti yg didakwa meskipun ada dakwaan terdapat "bukti" oleh "Duam Media"?? Saya setuju Ahlul Bait perlu dihormati, namun saya cukup bimbang dgn ketaksuban melampau. Jika kita larang perkara sebegini nanti dichop "wahabbi" pulak.


4) Polis sedang memantau aktiviti individu ini tapi saya tengok ramai yg sangat taksub dgn Mawla ini? Melihat video-video beliau disambut serupa Raja, diarak, diperagakan utk tontonan, saya terfikir adakah Rasulullah SAW SETUJU keluarga baginda dilayan sedemikian? Jika benar pun individu itu Ahlul Bait, cara sesetengah orang (ramai wanita) memuja muji itu sungguh membimbangkan.


5) 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗳𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪, 𝗦𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻𝗮 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗥𝗔 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗰𝗮𝗽𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗵𝘂𝗿 : 


“Wahai manusia! Ketahuilah sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Hidup tidak mati”. 


Lalu beliau membacakan ayat dari firman Allah Taala yang bermaksud : “Dan bukanlah Muhammad itu melainkan seorang Rasul yang telah didahului sebelumnya rasul-rasul. Maka apakah jika sekiranya dia mati atau terbunuh di medan perang nescaya kamu memalingkan tumit-tumit kamu (dari ajaran Islam). Sesiapa yang memalingkan kedua tumitnya (dari ajaran Islam) maka dia tidak memberikan apa-apa mudarat terhadap Allah dan pasti Allah akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur”. 


(𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗜𝗺𝗿𝗮𝗻 𝗔𝘆𝗮𝘁 𝟭𝟰𝟰)


6) Manakala menurut MG Flash : Cuba Wujudkan ‘Kerajaan 9’, PDRM Pantau Lelaki Mengaku Keturunan Rasulullah (Tonton video MG). Sinar Harian melaporkan : JAIS halang anjur aktiviti melibatkan Mawla Amin.


Wallahualam.


- Zus Din 

23022024



HANG BUTA HATI

 




Nak nampak macam mana kalau mata buta hatipun buta. Macam orang buta, gajah depan mata pun tak nampak. Kita percaya kalau berada sama dalam kerajaan, baru bampak macam si buta bila jamah gajah, baru tahu rupa bentuk haiwan itu.


Cuba tanya Tok Dor Hadi dia kenalkah gajah. Trims.



INTEREST RATE INFLASI BERLAKU

 





Saya baca tulsan Isham Jalil. Dia kata Ringgit jatuh berbanding Euro, Pound, Australia, New Zealand, Singapura, India, Indonesia.


Bila saya check Kadar Inflasi dan Interst Rate, kita paling rendah antara semua negara yang dia sebut.


INTEREST RATE – Malaysia (3), US (5.5), Euro (4.5), UK (5.25), Australia (4.35), New Zealand (5.5), Singapore (3.48), India (6.5), Indonesia (6)


INFLASI – Malaysia (1.5), US (3.1), Euro (2.8), UK (4), Australia (4.1), New Zealand 4.7, Singapore (3.7), India (5.1), Indonesia (2.57).


chart: TradingView



PENDEDAHAN SPANCO NOBITA KENA BALUN KAW KAW


 

PAS HINA BERSATU


 

SPRM BONGKAR KES RATU NAGA


 

MENANTU MUHYIDDIN DIDAKWA


 

JUALAN MENINGKAT ...

 


Assalamualaikum dari Antarctika. Posting lalu di ice wall saya. 


Kalau ekonomi Malaysia begitu teruk merudum kenapa jualan kereta meningkat gile? 


Boleh sesiapa explain?




MARAH


Mukhlis Eddie


 MARAH !!!


Dah hapuskan kartel ayam MARAH.

Dah hapuskan kartel beras MARAH.

Dah hapuskan monopoli T&G  MARAH.

Dah dakwa Daim & Madey MARAH.

Bagi bonus kerajaan 2k MARAH. 

Tengah kaji naikkan gaji swasta MARAH.

Naikkan BTR MARAH.

Naikkan bantuan Risda MARAH.

Cantikkan jamban anak di sekolah MARAH.

Tak amik gaji MARAH.

Perkasakan enakmen syariah MARAH.




US MULA TURUNKAN KADAR FAEDAH



 Penganalisa jangkakan ringgit akan improve tahun 2024 bila US mula turunkan kadar faedah 5.5% yang tertinggi sejak 22thn..


Ringgit lemah banding USD pun, rakyat belanja sakan, pantang ada tempat viral mesti kena serbu.


Masa cuti akhir tahun, 2billion orang kita belanja di Thailand.




PARA LEBAI DOK PAHANG JUGAK..... MAMPOIH CAM GINI


 Geger gegok lo ni sebutir Kelantan puak tok lebai dok kecek atas masjid/surau, heret pah kedai kopi, di Kelantan lo ni boleh minum arak dah, undang undang minum arak Nik Elin Nik Rashid bbatal dah.....




Rupa rupanya kuat juga pakat bengong habis!!!


1. Wat dibatalkan tu Sek 36, berkaitan mengguna apa apa yang mengkhayalkan seperti pil kuda, dadah, minum ketum, hisap gam, hidu tahi lembu dll. 


2. Larangan minum Arak masih kekal dalam Sek 35 ekjs(I)2019... (Tu pun 10 tahun sekali takdak igat soram pun)


3. Yang bbatal tu Mahkamah Persekutuan, 9 orang Hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimon. Nik Elin hanya jong minta suruh batal jah, kalau mahkamah tak batal, Nik Elin takleh wat apa.



CADANGAN TAK CERDIK. PATUT KAU HALANG BERITA FITNAH TU DENGAN UNDANG UNDANG. ...KAH..KAH..KAH



Nampak Fahmi Fadhil dalam mencari populis muncul dengan pelabagai idea mengarut dan tidak praktikal yang "pandir" menyelesaikan masalah. 


Terbaru berliau mengemukakan cadangan untuk membangunkan sistem asas membendung pencurian (falgiat) berita daripada sumber asal. Sistem itu juga membolehkan sumber asal berita yang beritanya dipetik tidak tepat melaporkan kepada MCMC.  


Dua hari lepas beliau lancar kod etika wartawan yang dikritik beberapa pihak pengamal media massa. Hari ini muncul dengah idea lain pula, yang "geli geli" rasanya.


Niat memang baik, tetapi keberkesannnya tindakan tetap meragukan. Apa patut dilakukan ialah bertindak ke atas mana-mana pihak atau individu yang putar belit berita alias membuat fitnah itu. 


Ambil contoh apa yang disiarkan dalam kapsul Biar Betul, semua itu berita fitnah dan karut ambil tindakan ke atas mereka. Fahmi pernah memberi reaksi dalam hal ini katanya dia tidak ada punca kuasa. Kalau begitu kenapa tidak diusahakan mendapat punca kuasa itu lebih baik dari bangunkan sistem asas berkenaan. 


Selagi mereka (pefitnah) ini tidak dikenakan tindakan, hanya beri nasihat, atau amaran keras, maka selama itulah wujud peraih berita palsu dan kian berkembangnya pelapor fitnah. Mereka akan terus bermaharaja lela. 


Janganlah kerana untuk dilihat kaya dengan idea sehingga idea sampah pun dikeluarkan. Berapa banyak peraturan dan sistem perlu ada sedangkan tindakan "nahi kabe nahi."


Apakah Fahmi sudah menerima propasal daripada mana-mana pihak yang rapat dengannya. Untuk bangunkan sistem berkenaan tentu menelan belanja bukan sedikit.


Perdana Menteri pun perflu semak jkerjabuat Fahmi ini jangan diserah bulat-bulat, kita bimbang lama-lama langit pun makin rendah. Trims.

MSO


APAKAH USAHA DAN KEJAYAAN KERAJAAN MADANI ?







 Apakah usaha dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI? Saya maklum ramai yang bertanyakan soalan ini.


Ini jawapannya. Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara yang saya pengerusikan petang tadi secara rasmi memaklumkan bahawa Malaysia pada 2023 telah mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.5 bilion, 23 peratus lebih tinggi berbanding 2022.


Daripada jumlah pelaburan itu, pelaburan asing merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus ketimbang pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus. 


Prestasi cemerlang ini disokong lonjakan pelaburan domestik sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan peningkatan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing. 


Ini adalah satu petanda jelas bahawa dasar mesra pelaburan dan mesra perniagaan yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur.


Mesyuarat turut membincangkan hala tuju pelaburan digital negara selaras dengan perkembangan sektor ekonomi digital yang diunjur menyumbang sebanyak 25.5 peratus ketimbang 23.2 peratus pada 2021.


Antara 2021 hingga 2023, sebanyak 396 projek berkaitan digital telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM128.9 bilion dalam sektor pusat data, pengkomputeran awan, pengehosan data, analisis data besar, dan kecerdasan buatan. Pelaburan dalam projek digital ini dijangka mewujudkan 36,553 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.


Kehadiran syarikat-syarikat digital terkemuka dunia dan peneraju pasaran global di Malaysia juga memberi isyarat penting bahawa Malaysia mempunyai tarikan dan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk pelaburan digital. 


Justeru, saya tegaskan supaya jabatan dan agensi Kerajaan untuk memudah cara sebaik mungkin pelaburan digital berpotensi tanpa sebarang kompromi terhadap aspek berkaitan keselamatan data dan kedaulatan negara.


#MalaysiaMADANI



COOOIHHHH....BUKA MULUT JA MUHONG...TEDIA AIHHH NO....MB KAMI SEMPOI BAQ HANG


 

Itu baru jaga negeri ... belum jaga negara.


SIARAN ULANGAN. BAGI YANG TAK BANYAK TELAN SEMUT, CUBA FAHAM.


 Bagi yang ikhlas nak paham... ini pemahaman ringkas.... GST vs SST. 




Bagi sesiapa yg masih tak faham antara perbezaan cukai GST 6% (Cukai Era Najib) vs SST 10%(Cukai sedia ada). Ini adalah satu penerangan yang ringkas & mudah :-

---------


GST - Goods & Service tax


1)Cukai dikenakan kepada pengilang 6%

2)Pengilang jual kepada pemborong 6%

3)Pemborong kepada peruncit 6%

4)Peruncit kepada pembeli 6%


😱6% x 4 Peringkat

🤔Bermakna Pengguna bayar berganda sebanyak 24%.

----------


SST - Sales & Service Tax

.

SST cukai hanya dikenakan kepada pengilang / restaurant2 besar, tempat2 exclusive tertentu sahaja. Cukai ini khas utk peniaga dan cukai perkhidmatan.

----------


masih tidak faham antara perbezaan GST vs SST❓❓❓ teruskan bacaan⬇️

.

❇️GST ditanggung oleh semua lapisan masyarakat..Miskin/ Sederhana & KAYA.


❇️SST tu bukanlah dikenakan pada semua lapisan, boleh buat pilihan.


Nak mudah fahami lagi ❓❓Contoh:


"GST" barang berharga Rm10 kita kena byr Rm10.60.


"SST" semula harga barang Rm10 kita tetap byr Rm10 sahaja.


Faham??? Nak Faham.... faham laaaa

Kalau hati tuh cinta GST sangat.... takyah baca teruskan jadi hamba murahan pengkhianat negara!


Kredit : Syed Mahathir



BUAT ELOK ELOK ...

 








Usai Mesyuarat Majlis Raja-Raja, saya ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk menyampaikan amanat dan dialog di Permukiman Timbalan-Timbalan Menteri.


Saya tegaskan peri penting untuk semua timbalan-timbalan menteri menguasai kerangka pemikiran dan dasar-dasar di bawah gagasan MADANI.


Anggota pentadbiran ini perlu bergerak di luar kerangka pendekatan lampau yang hanya menumpukan pada urusan kementerian sendiri semata-mata.


Sebaliknya semua jentera kementerian dan agensi perlu menyokong antara sama lain dengan membantu memberi penjelasan kepada rakyat terhadap apa jua isu berbangkit, sekali gus bertindak sebagai satu pasukan dengan semangat perpaduan yang sebenar.


Saya turut sambut baik beberapa pandangan dan cadangan disuarakan beberapa timbalan menteri yang berkobar-kobar mahu memastikan kebajikan rakyat terbela dan negara dilimpahi kemakmuran.


Saya punya harapan besar untuk melihat siri-siri permukiman membabitkan pimpinan tertinggi Kerajaan ini akan mencetus perubahan terhadap gerak kerja Kerajaan MADANI yang lebih berkesan dalam usaha mengangkat negara ini ke tingkat tertinggi.


#MalaysiaMADANI



EVOLUSI PERJUANGAN, SATU SOROTAN SEMULA


BANYAK SANGAT ERA PERJUANGAN. PARTI YANG BERKAWAN SEMUA KENA K3NCING NGAN LEBAI. DEPA JA BETUL.,ORANG LAIN TAK BETUL BELAKA.



1. Era sebelum 2015


Kami mahukan sebuah negara Islam, negara yang terlaksana di dalamnya undang undang syariah yang sepenuhnya. Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur... Penzina hendaklah direjam sampai mati atau disebat di khalayak ramai 100 rotan, pencuri hendaklah dipotong tangan, nyawa dibalas nyawa...


2. Era selepas 2015.


Perkasakan undang undang syariah, martabatkan mahkamah syariah. Ruu 355 adalah wajib, tak sokong Ruu 355 boleh ditanam di jirat. Jom kita bersama Himpunan Raksasa Ruu 355 (dengan denda rm100k, penjara 30 tahun Dan sebat 100 Kali).


3. Era 2024


Pertahankan enakmen syariah, kesalahan kesalahan dalam enakmen syariah (dengan denda rm5000, penjara 3 tahun, sebat 6 Kali) adalah bersumberkan hukum syarak, membatalkannya sama dengan membatal hukum syarak.


4. Selepas ni agak agak apa pula???


????????....Lepas ni...kiok...




KEH.. KEH.. KEH

 


Che Ibrahim

Ambo wat bekas penjawat awam wat takdok pencen ni lagu mana pula??

Dah la getah murah, nak naik rego beras sikit jah pun, geger gegok supa ayam tak cukup dedak.


INTERGRITI DI KALANGAN AHLI PARLIMEN PERLU DIWUJUDKAN JUGA



 Kadangkala integriti yang menjadi praktis dalam kalangan sesetengah orang bukan Islam lebih tinggi berbanding sebahagian besar orang Islam. Tindakan yang dikenakan bagi penjawat awam di Jepun seperti di bawah sangat berat namun bagi penjawat awam di Malaysia adalah sangat remeh.


Penegasan integriti seperti ini jika dibuat dengan betul, mungkin boleh menjadi satu langkah mengurangkan beban tanggungan pencen kerajaan ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan, Jawatan Utama Sektor Awam dan sebagainya.


Dr. HK

22.2.2024



SURAT DAH SAMPAI

 


Alhamdulillah peguam saya maklumkan bahawa 5 LOD kepada Puteri Azman telah selamat diserahkan melalui serahan tangan (By Hand).


Dr Rozaimi Ramle




NAK TUNGGU ABAH KO JADI PM BARU NAK BALIK KA.?


 Iswardy Morny


Notis merah telah dikeluarkan oleh interpol Namun menantu Muhyiddin Yassin masih belum menyerah diri.




MESYUARAT MAJLIS RAJA RAJA









Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara pagi tadi.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja ini telah dipengerusikan Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.


Dirgahayu Tuanku.


#MalaysiaMADANI



KAH KAH KAH.. KENA TROLL TAK BAGI LALUAN.


 

PMX MUDAH JA JAWAB SOKLAN SPONTAN...


 

KAH KAH KAH... SAYA LAWYA... HANGPA TAU PA.. LAST LAST KENA CING WALAUN


 

NI SATU LAGI... PEMBOHONG JEMAAH PAS... SECARA BERJEMAAH


 

JOM PETANG PETANG NI SAMBIL MAKAN SAGON KITA DENGAQ SANUSI MOHONG ORANG KEDAH


 

WALAUN KALAU TAK BUAT GEMPAQ BUKAN DIA. PUNYA NAK TROLL TAPI TAK HABIS KAJI DAN MALAS BACA SELIDIK...






 Aku jumpa posting ni yang bising 𝗯𝗶𝗹 𝗲𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗶𝗸𝗻𝘆𝗮 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴 untuk bulan ini. Sebenarnya bill aku pun naik melambung juga. 𝗔𝗽𝗮 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗻𝗶?


Aku aku pun buka apps 𝗠𝘆𝗧𝗡𝗕 nak tengok bil aku. Rupanya bill dalam app tak sama dengan bil kertas. 𝘚𝘰 ini 𝘫𝘦 𝘭𝘢 yang aku termampu nak 𝘴𝘤𝘳𝘦𝘦𝘯𝘴𝘩𝘰𝘵.


Tapi ini pun dah cukup nak tunjukkan sebenarnya 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗳 pun. Beza bulan lepas dan bulan ni adalah 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Bulan lepas penggunaan 1,155kWh manakala bulan ni naik hingga 1,408kWh. Perhatikan kadar untuk 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 900 𝗸𝗪𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗺𝗮. Tak berubah pun.


Memang aku ingat, anak aku nak belajar buat kek. Jadi banyak kali guna oven. Sebab tu penggunaan aku naik mencanak untuk bulan ni. 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝗴𝘂𝗻𝗮.


Senang jadi walaun. Sendiri pakai elektrik tak beringat, 𝗯𝗶𝗹 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫. Diri sendiri tak pernah salah. Tak sedar ini pun 𝘀𝗲𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗷𝘂𝗴𝗮. Walaun dan fitnah berpisah tiada. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗣𝗔$, 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 : 𝗣𝗠𝗫 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗨 𝗔𝗞𝗛𝗕𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗞𝗞 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕


(Antara artikel-artikel terakhir dari Zus Din)





1) 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛𝗞𝗔𝗛 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 "Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat, selaku jentera utama komunikasi kerajaan, memiliki peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak tertentu"??


2) JUJURnya, saya fikir ia agak lucu dan tidak akan mencapai matlamat sebenar atau sepenuhnya. Tahukah PMX bahawa lantikan-lantikan Politik atau mereka yg mempunyai jawatan ini 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗛𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶? Mereka fahamkah apa masalah sebenar? Cukupkah dengan penyebaran maklumat dan penerangan shj? Pastinya tidak cukup utk melawan Naratif PALSU oleh PEMBANGANG jika sekadar menyebarkan maklumat dan beri penjelasan. 


3) Saya dah sebut akan hal ini dalam banyak artikel saya menegur tindakan Kerajaan MADANI khususnya PMX, MDN dan MenKom dalam menangani Naratif PNjahat. Penjelasan shj tidak cukup kerana para pemfitnah dari kalangan Cytro cytro PEMBANGANG terutamanya dari kalangan 𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝗨𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗣𝗔$ 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗧𝗲𝗺𝗯𝗼𝗸 "𝗕𝗘𝗕𝗔𝗟𝗜𝗦𝗠𝗘".


4) Tersangat banyak telah saya perkatakan, tak perlu lah saya ulang lagi panjang lebar. Tapi hakikatnya penguatkuasaan undang-undang ke atas pemfitnah, 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝘂𝘁𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨. JIKA rajin, bacalah apa yg saya tulis sebelum ini :


i) 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗣𝗡𝗝𝗔𝗛𝗔𝗧 : 𝗣𝗠𝗫 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗭𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗭𝗔𝗟𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠

𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝟭. Pada 07 Disember 2023 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/327235743504359


ii) 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗣𝗡𝗝𝗔𝗛𝗔𝗧 : 𝗣𝗠𝗫 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗭𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗭𝗔𝗟𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠

𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝟮. Pada 07 Disember 2023 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/327246696836597


iii) 𝗔𝗞𝗨𝗜 𝗪𝗨𝗝𝗨𝗗 "𝗧𝗥𝗨𝗦𝗧 𝗗𝗘𝗙𝗜𝗖𝗜𝗧" 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨, 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝. Pada 20 Disember 2023 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/335398259354774


iv) 𝗣𝗠𝗫, 𝗔𝗞𝗨𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗢𝗠𝗣𝗢𝗞 𝗣𝗔$ 𝗜𝗧𝗨 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝...!!!. Pada 24 Disember 2023 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/337503359144264


v) 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣𝗞𝗔𝗛 𝗠𝗗𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗠𝗣𝗔𝗨?? - 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗠𝗣𝗔𝗨...!! Pada 11 Januari 2024 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/348322008062399


5) Saya beri tajuk dan link sbb tak guna saya nak menulis semula semua teguran dan pandangan saya mengenai masalah Kerajaan MADANI menghadapi 𝗡𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚. Jika Kerajaan terus mengulangi berkali-kali kaedah yg sama tapi mengharapkan keputusan berbeza, ia hanyalah kerja GILA.


6) Saya bagi contoh mudah. Anda tonton video Slot Biar Betul..!! di bawah. Pada pertengahan 2023 saya mengemukakan idea bahawa Kerajaan MADANI perlu gunakan TV1, TV2 dan TV Al Hijarah utk menjawap Naratif PALSU PEMBANGANG. Pada 20 August 2023 saya mengulangi gesaan itu dan ramai aktivis penyokong Kerajaan juga setuju. Pada 27 September menKom mengumumkan Slot Biar Betul..!! Alhamdulillah beliau punya idea yg sama rupanya.


7) Ia satu slot yg bagus, berjalan lancar dan perlu diteruskan. Tapi anda lihat, ia sekadar memeberi pencerahan, penjelasan. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗶𝘁𝘂 𝘆𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴-𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗦𝗖𝗢𝗧-𝗙𝗥𝗘𝗘. Sebab itu saya kata penguatkuasaan undang-undang sangat penting.


8.) Tepuk dada, tanya iman..!!


Wallahualam.


Zus Din 

18022024

**********

News Link : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/setiausaha-akhbar-ukk-perlu-rangka-naratif-lawan-fitnah-tipu-daya-pm-458716



HARGA BERAS. NAK KUTUK KERAJAAN PUN PATUT PATUT LA. KERAJAAN PN DULU TAK BAIK MANA PUN

 

Che Ibrahim




Kesian la ke pesawah dan petani, mereka pun ada keperluan dan tanggungan hidup juga, Serba benda nak murah kalau mari dari titik peluh orang kampung.....





Yang bagi pandangan atas ni tak cerdik gayanya. Dia nak murah ja.. Mengkedaqah anak beranak hang ndak murah. Betul la sekarang ni astet padi.. Guna teknologi. Tapi tapak sawah hak petani.Mereka juga layak untuk mendapat kenaikan. Kerajaan dah bantu selayaknya. Hanya yang bebal saja dok sembang itu ini.




MASA JADI MENTERI DENGAR KATA BAGI KONTRAK BESAR. BILA JATUH ULAS BAB BUKAN BIDANG. JOM ABAIKAN DAN DENGAR YANG BETUL. KERANA TAK LAMA LAGI AKAN MASUK SG BULOH.


 Ulas bab yang gagal dulunya semasa menjadi menteri dan kerajaan gagalis 

.


TAK FAHAM BAHASA ARAB, MACAMANA TAKSIR . IKUT HAFAL SAJA KAH..? BETUL JUGA MAIN HAFAL JA


 

SISA SAWIT UNTUK KEGUNAAN TENAGA

 


KALAU AKU JADI DR ROZAIMI TAK LAYAN MANGKOK HAYUN CG HENTI AWAL NI. SEBAB DIA GAGALIS LAH DIA HENTI AWAL SEBAGAI. SEORANG GURU. CIKGU CABOK



 Baca komen ni, 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮? Dr. Rozaimi tak letak pangkat Dr. yang diperolehi dengan susah payah, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶, tanda kerendahan hati dan sedia terima kritikan.


Di satu sudut, Fadhli Salleh ini sendiri tak terima dikritik 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗽 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻. Sebab aku kata dia ni walaun. Cara pemikiran pun 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Sangat tak sesuai dengan statusnya sebagai 𝗯𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗴𝘂𝗿𝘂.


Fadhli ni 𝙛𝙞𝙜𝙝𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙖 𝙡𝙤𝙨𝙞𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙩𝙩𝙡𝙚. Semakin dia balas komen, semakin rendah darjat dirinya. Dulu ramai yang sanjung kerana keberaniannya. Tapi sekarang makin ramai yang meluat. 𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗲𝗴𝗼 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗯𝗮𝗹, dia rela martabatnya diturunkan. 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SEMENTARA ITU DI PASAR CHOW KIT...


            Zunar Cartoonist Fan Club



[Sedikit Nasihat Kepada Bekas Cikgu Mohd Fadli Salleh]





1. Saya antara orang yang suka membaca tulisan bekas cikgu bernama Mohd Fadli Salleh. Bahkan sebelum ini saya pernah memberi sokongan kepada beliau secara terbuka.


2. Namun, semalam saya ada melihat salah satu hantaran terbaru daripada beliau mempertahankan Ustaz Azhar Idrus. Berkaitan status itu saya akan ulas nanti. Namun saya ingin menjawab komen Cikgu Fadli Salleh yang tidak tepat dan jauh tersasar berkaitan program Perkampungan Sunnah. 


3. Untuk memahami isu ini, elok saya nyatakan kronologi kes ini. Kronologi isu ini adalah seperti berikut:


i. UAI mengeluarkan kenyataan ketika ditanya tentang Perkampungan Sunnah, lalu dalam jawapan beliau ada menyebut tentang golongan yang sesatkan Imam Nawawi. Walhal tiada dalam Program itu penceramah menyesatkan al-Nawawi. 


ii. Mufti Perlis telah mencabar UAI untuk buktikan benarkah terdapat penceramah dalam Perkampungan Sunnah yang sesatkan al-Nawawi. Jika benar, Mufti Perlis akan letak jawatan dalam 24 jam.


iii. Setelah itu, UAI ditanya soalan semula berkaitan cabaran Mufti Perlis dalam kuliahnya. Beliau ada cuba menjawab, namun sayangnya UAI menjawab soalan itu dengan persoalan semula. Dan jawapan UAI juga kelihatan seperti tersasar dan beliau tidak dapat buktikan ada asatizah dalam Perkampungan Sunnah yang sesatkan Imam Nawawi.


iv. Penceramah yang menyatakan Asyairah tidak bertuhan itu bukan di Perkampungan Sunnah. Penceramah itu bernama Ustaz Zainal, beliau bukan panel dalam Perkampungan Sunnah. 


v. Tuduhan (Fitnah) Cikgu Fadli Saleh bahawa ustaz dalam video dengan ucapan tersebut berlaku di Perkampungan Sunnah adalah tidak benar. Ia program yang berbeza dengan Perkampungan Sunnah.


vi. Memang Ustaz Zainal tersebut telah memohon maaf. Jika 1000 kali pun beliau memohon maaf, faktanya tetap beliau bukan menjadi panel ketika Perkampungan Sunnah seperti fitnah dilontarkan oleh Cikgu Fadli Saleh. Itu majlis yang berbeza. 


4. Cikgu Fadli perlu lebih cakna dan berhati-hati sebelum melontarkan fitnah sebegini. Berkali-kali saya lihat Cikgu Fadli Saleh ini cuba untuk menyatakan bahawa program ini berlaku di Perkampungan Sunnah walaupun telah ditegur. Untuk mempertahankan seseorang yang kita kagumi, tidak perlu sehingga mencipta fitnah yang baharu. 


5. Isu sebelum ini perkataan daripada Ustaz Azhar Idrus masih tiada pembuktian kukuh, datang pula Cikgu Fadli Saleh menambah fitnah yang baru pula. 


6.  Program Perkampungan Sunnah ini ialah program rasmi negeri. Ia dilakukan setahun sekali. Ia dirasmikan oleh DYMM Raja Perlis dan adakalanya DYTM Raja Muda Perlis merasmikannya. Oleh itu, Cikgu Fadli jangan suka mentohmah program ini dengan fakta yang salah. 


7. Fitnah sebegini dari sudut agama ia adalah haram. Manakala dari segi undang-undang saya tidak pasti adakah valid untuk membuat laporan polis ataupun sebaliknya terhadap fitnah ini. Apa pandangan sahabat sekalian?


Dr Rozaimi Ramle



LARANGAN BERKATA KATA APA YANG KITA TIDAK TAHU


Che Ibrahim


Dalam surah Al Israj ayat 36, Allah swt berfirman:


ولا تقف ما ليس لك به علم، إن السمع والبصر والفؤاد كل أولئك كان عنه مسئولا


(Jangan kamu berkata kata apa yang kamu tidak tahu tentangnya, sesungguhnya setiap yang kamu mengaku kamu dengar, kamu lihat, kamu tahu, semua itu akan ditanya tentangnya itu di akhirat nanti)


Hari ini ramai sungguh mereka yang berani bercakap seolah olah dia tahu Dan reti, sedangkan hakikatnya dia tidak tahu, tidak reti, jauh lagi memahami perkara yang sebenar.


Sebagai contoh perkataan maksiat dan masjid bagi maksud enakmen syariah tidak sama dengan makna dan takrifan maksiat dan masjid di segi bahasa dan makna syarak. 


Perkataan ' maksiat " bagi maksud ekjs(I) 2019 ialah perkara mungkar yang ada elemen seksual, manakala maksiat di sudut hukum syarak ialah apa apa perkara dosa yang dilarang oleh Allah melakukannya.


Begitu juga perkataan " masjid" bagi maksud Enakmen MAIK 1994 ialah mana mana tempat yang didirikan solat jumaat yang dibenarkan oleh MAIK, manakala makna masjid di segi hukum syarak ialah mana mana tempat yang didirikan solat mengikut terma terma hukum syarak termasuk solat lima waktu.


Oleh itu usah berbicara soal undang undang atau enakmen syariah kalau kamu tidak tahu kerana ianya bukan sahaja bakal menyusahkan kamu nak jawab di hadapan Allah nanti, bahkan boleh menyesatkan orang lain.



WANITA INI DICARI UNT1UK TERIMA SURAT SAMAN

 




Dr Rozaimi


Peguam saya maklumkan bahawa 5 LOD telah dikeluarkan kepada pemilik akaun FB bernama Puteri Azman atas tuduhan fitnah beliau terhadap saya. 


Berdasarkan maklumat alamat yang telah kami terima, dokumen ini tidak berjaya dihantar kerana berkemungkinan beliau sudah berpindah.


Sesiapa yang ada informasi berkaitan alamat baru pemilik akaun ini boleh maklumkan kepada saya melalui inbox. Terima kasih.


Dr Rozaimi Ramle