Beras tempatan mencukupi, kerajaan Selangor akan jual beras 5kg RM13


Kerajaan Negeri Selangor akan melakukan intervensi harga dan bekalan dalam menghadapi isu kekurangan Beras Putih Tempatan (BPT).


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, intervensi tersebut dilakukan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang akan melakukan jualan BPT di outlet perbadanan itu serta lokasi terpilih.


"Tambahan kepada langkah kawalan harga siling penjualan BPT oleh pihak Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan penjualan beras 5kg/bag dengan harga RM13 bagi manfaat rakyat negeri Selangor.


"Jualan ini akan dilaksanakan melalui PKPS di 4 outlet PKPS serta 3 lokasi jualan bergerak pada setiap hari sehingga bulan Disember 2023," kata Amirudin dalam kenyataan hari ini.


Menteri Besar juga memberi jaminan krisis BPT akan berakhir pada bulan hadapan apabila musim tuaian padi di Malaysia akan berlaku pada Oktober melibatkan sawah di Utara Semenanjung dan juga di Selangor sendiri.


Di Negeri Selangor, katanya, kapasiti pengeluaran beras adalah 138,903.13 tan metrik setahun di atas tanah tanaman padi sebanyak 18,061.53 hektar, melibatkan seramai 6,871 orang pesawah.


"Ini bersamaan dengan pengeluaran 4.19 tan metrik bagi setiap hektar.


"Keperluan BPT di negeri Selangor pula sebanyak 45,500 tan metrik sebulan.


"Mengikut keperluan bulanan ini, stok BPT di negeri Selangor adalah mencukupi sehingga penghujung September 2023," katanya.


Dalam pada itu, Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu mengingatkan rakyat khususnya di Selangor agar memahami situasi sebenar krisis beras global dan tidak terikut ikut propaganda Perikatan Nasional yang memfitnah kononnya kelemahan kerajaan dalam pengedaran BPT adalah satu satunya punca masalah.


Realitinya, kata Amirudin, tahap sara diri beras negara adalah 62.6% manakala bakinya diimport dari negara seperti Vietnam, Thailand, Pakistan, dan India.


Negara India mengambil keputusan melarang pengesportan beras varian bukan basmathi pada bulan Julai kerana pengeluaran padi merudum akibat cuaca dan penyakit.


"Pada tahun 2021, Malaysia mengimport sebanyak 338,863 tan metrik, iaitu 13.13% daripada keperluan beras tahunan sebanyak 2,580,000 tan metrik untuk menampung penggunaan seluruh rakyat Malaysia.


"Ini menyebabkan peningkatan harga beras import yang mendorong rakyat Malaysia untuk beralih membeli beras putih tempatan," katanya.


Tambah Amirudin untuk mengatasi masalah berkenaan, Kerajaan Persekutuan akan menambah kawasan penanaman padi dan menggunakan kaedah terbaik yang dilakukan di Selangor di sawah



Selangor di sawah Sekinchan yang mempunyai pengeluaran lebih tinggi ke negeri-negeri lain.


Namun bagi negeri Selangor, kata beliau, untuk untuk mengatasi masalah jangka pendek Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor (KSPDS) bagi menangani kekurangan stok di kedai dan pasaran.


Justeru, rakyat Selangor yang menghadapi sebarang masalah bekalan boleh menghubungi KSPDS di talian 03-32898419 ataupun 017-2230771 untuk bercakap secara terus ataupun melalui aplikasi WhatsApp.


Kerajaan Negeri melalui KSPDS komited untuk mengambil tindakan dalam tempoh masa 24 jam bagi mengatasi aduan bekalan beras putih tempatan.

LAGI STEVEN SIM DI RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH

 

Anisa berumur 15 tahun. Dia ialah salah seorang anak di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah. 


Ketika saya melawat rumah itu tadi, Anisa bagitau saya, cita-citanya bila dewasa nanti nak bekerja di Kementerian Kewangan.


Saya yakin Anisa boleh! 💪





Ketika kami bergambar, saya bagitau Anisa besok nanti bila dia berjaya bekerja di MOF, dia boleh tunjuk foto pernah bergambar dengan Timbalan Menteri MOF. 😅


Saya juga berjanji nak bawa anak-anak Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah melawat ke Bank Negara Malaysia dalam masa terdekat. Anak-anak semua excited nak melawat Bank Negara.


Sempena lawatan, saya juga telah menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Rumah Amal tersebut. 


Saya doakan anak-anak sentiasa bahagia serta beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. ❤️



SEMBANG LA HANG KJ. MASA HAMG DALAM KABINET PUN HANG DIAM JA. KES KKM PUN TAK SELESAI LAGI KAN.



Semalam aku terbaca berita yang Mat Tak Puas Hati, KJ, berkata pengasingan kuasa antara AG dan Pendakwaraya takkan berkesan sebab AG orang PM. KJ mengungkit apa yang Azalina pernah cakap dalam Dewan tahun lepas yang PM mestilah lantik orangnya sebagai PM.


Sebenarnya kenyataan Azalina tak salah. Dah jadi amalan sejak zaman Najib lagi PM dilantik adalah orang yang PM percaya boleh menjalankan agenda yang dia kehendaki. Masa Mahiaddin lantik Idris Harun, KJ ada dalam kabinet. KJ senyap je pun. Tak komen AG orang PM pun.


Dan KJ juga salah apabila menganggap karakter DS Anwar dan Mahiaddin sama. Sebab pertama, DS Anwar tak tukar AG sebaik diangkat jadi PM. Kedua, AG yang baharu ini dilantik berdasarkan senioriti. Ini pertama kali lantikan dari kalangan pegawai kanan dalam Jabatan Peguam Negara semenjak 2015.


Jadi apa yang KJ katakan itu betul masa Mahiaddin jadi PM dan KJ sendiri berada dalam kabinet. Tapi bukan sekarang. Di waktu ini, PMX tak guna kuasa untuk lantik AG dari kalangan orang sendiri. Pelik, masa Mahiaddin KJ diam tapi sekarang bila sudah dibetulkan baru dia bersuara.


Dalam artikel yang sama ada pemimpin buangan UMNO berkomentar kononnya kerajaan patut beri peruntukan kepada MP pembangkang seperti yang dibuat oleh Ismail Sabri. Patutlah UMNO gantung dia ni. Sebab lemah sangat pengetahuannya. Tak tahu tapi masih nak bercakap 


Memang Ismail ada beri peruntukan kepada MP pembangkang tapi selepas perbincangan dan MoU ditandatangani. Dan itulah yang DS Anwar mahu buat. Sama seperti Ismail buat dulu. Malangnya Ketua Pembangkang sekarang ego dan bodoh. Jadi ianya tak berlaku. Jadi kena terimalah hakikat yang mereka takkan dapat peruntukan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAU TUNGGU MASA KAU NANTI

 

Dia yg buat onar lepas tu salahkan orang lain inilah sikap pembangkang sekarang



HAAA.... QAZAF


 

Jgn mudah tuduh dan Siar raya bab zina dan liwat.Kita ada anak dan cucu.Kita x tahu hujung pangkal kejadian zina atau liwat tu.Allah swt maha adil.Jauh sekali kita melihatnya!Bimbang anak/cucu kita terlibat juga suatu hr nanti akibat tuduhan melulu perbuatan kita sendiri.



WE KNOW WHAT U DID LAST SUMMER..


 

KISAH KOYAK



 Petang tadi tok abah di Parlimen, mengikuti PM X mengulung perbahasan mengenai Kajian Separuh penggal RMK- 12. 

Ketika sentuh dn memberikan penjelasan tentang isu DNAA(lepas tanpa bebas) kes DS Dr.  Zahid Hamidi, ada seekor kerengga disebelah sana ketawa sinis, "try to make jokes" bersama rakan2nya yg lain, seolah-olah cuba nak persendakan penjelasan yg diberikan oleh PM X. Kerengga ini terlupa agaknya, yg sdng berucap ialah PM X, "Prime Minister government of the day."  He had mentioned before this, in one of the debates in parliament, that as a Prime Minister, he had accessed to all files in the government. 

He also told the parliament house, that he had been briefed by the authorities, and he's aware and knew, "siapa ambil apa, beri pada siapa", and how it's done in a very systemic way. 

Dan kerengga yg sekor ini, try to make a joke dgn penjelasan PM X. 

Memang sengaja cari pasal. You try to play with fire, PM X bakar ajelah... 

Kerengga yg kepanasan, koyak rabak terbakar tadi, langsung hilang kewarasan dn menjerit2 dgn penuh  emosi, macam orang tak siuman hingga kecuh, riuh rendah satu Parlimen. Agaknya terasa betul kepanasannya. Kata orang tua2, siapa makan cili, dia yg terasa pedasnya. Klu rasa bersalah tu, mengaku ajelah. Itu barulah namanya bermaruah. Tak payah nak terpekik terlolong, defensif benar, kononnya nak pertahankan maruah.

Pesan tok abah, kepada kerengga yg emosi dn stress sngt di sidang Parlimen petang tadi, 

"don't play play with fire, nt terbakar diri sendiri." 

Jgn smpai file lama tu di buka semula. 

We know what you did last summer la beb ...👌 

Akhir sekali, tok abah salute to PM X, walaupun tok abah dapat rasa bahang panas membara, tapi msh cool lagi. ✊



PMX BERTEMU USAHAWAN US.

 








Memulakan hari kedua di New York dengan berjalan kaki dari tempat penginapan ke Harvard Club bagi mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat-syarikat terkemuka Amerika Syarikat yang tersenarai di dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, AWS, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark. 


Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk berkongsi Kerangka Ekonomi MADANI yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang akan menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara. 


Saya juga hargai maklum balas positif dan input-input membina yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat ini. 


Peranan Majlis dan Dewan Perniagaan seperti US-ASEAN Business Council (USABC) dan United States Chamber of Commerce (USCC) sebagai medium antara Kerajaan dan komuniti perniagaan merupakan pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif Kerajaan yang akhirnya bermanfaat untuk rakyat.


Amerika Syarikat merupakan rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak tahun 2015.


Dari segi pelaburan dalam sektor pembuatan, Malaysia menerima pelaburan masuk langsung (FDI) dari Amerika Syarikat dari Januari hingga Jun 2023 sebanyak RM1.84 bilion (USD395 juta) dan pelaburan ini telah menyumbang sebanyak 1,558 peluang pekerjaan.


Semoga Malaysia mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada syarikat-syarikat gergasi Amerika.


#MalaysiaMADANI

#UNGA78



MIQDAD MASIHAT RADZI JIDIN


 

HATI HATI DENGAN PERKARA INI



 

LAGI BAKAL KLUSTER MAHKAMAH

 

Patutlah kerengga lari... Sarang dah nak kena usik rupanya. Takut lettew... Guane boh?


Raja Gelap II 





.

TURUN BUAT KERJA.


 

KEH KEH..TU LA ORANG HINA...TAPI TERBUKTI

 


Tengku Zafrul declare PMX adalah jurujual terbaik negara, 133 billion pelaburan di lulus hanya dalam tempoh 6 bulan tahun ini, pecah rekod tahun-tahun sebelum ni. Tahap ini ka PM hopeless yang abah hampa sakau mahiaddin gelarkan?? Tahap ni ka yang 'segelintir' Rakyat kata x buat apa keja pun??


#PMXBest



KEH..KEH...DIA GAGALIS



 Ada walaun yang kata Mahiaddin hilang jawatan PM sebab tak mahu tunduk kepada tekanan untuk bebaskan OKT.


Wow... Yakinnya kamu!


Zaman Mahiaddin dulu lebih banyak kes yang diberi DNAA. Tak salah aku lebih 70 kes. Paling hebat kes Musa Aman.


Aku ingat masa tu heboh cerita Musa Aman nak cabar keabsahan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal daripada Warisan. Masa tengah hangat isu tu, kes Musa Aman tiba-tiba dapat DNAA.


Aku ingat dapat DNAA tu lagi menjadi la dia. Tapi rupanya dia terus tarik diri dari politik. Tak pelik ke? Lebih pelik, yang sokong dia masa tu terus beralih sokongan ke PN. Tinggalkan politik tu harga yang perlu dibayar untuk dapat DNAA ke?


Aku tak fikir Zahid minta DNAA waktu BN bersama PN dulu. Sebab kalau Zahid minta DNAA masa tu, mungkin dia pun kena bersara dari politik juga dan Zahid tak mahu berbuat begitu.


Kalau begitu, kenapa Mahiaddin hilang jawatan?


Kalau ingat, PN asalnya bukanlah kerjasama antara parti. Ia sebenarnya sokongan MP secara individu yang tandatangan SD menyokong Mahiaddin. PN ditubuhkan selepas kerajaan terbentuk dan UMNO pun tak pernah join PN.


Jadi Mahiaddin tak pernah dapat sokongan penuh dari BN terutamanya UMNO. Sebab itu Mahiaddin takut nak ke parlimen. Sebab kalau buat undi tak percaya, besar kemungkinan dia akan kalah.


Dalam masa yang sama, Mahiaddin tak hormati hirarki UMNO. Tengok kepada lantikan kabinet oleh Mahiaddin. Nama pemimpin UMNO yang dipilih entah siapa-siapa entah. Sampai Adham Baba pun boleh jadi Menteri Kesihatan. Bayangkan la.


Jadi Mahiaddin memang ada masalah sejak dari mula dengan pimpinan UMNO. Cara untuk dia kekal berkuasa adalah dengan menutup parlimen. Dia sanggup isytihar darurat untuk itu.


Tapi berapa lama? Sampai akhirnya YDP Agong pun lahirkan rasa tak setuju. Mahiaddin tahu dia akan jatuh kalau parlimen dibuka. Sebab itu dia undur diri tapi dengan beberapa syarat.


Tentang syarat tu, boleh rujuk video yang Mukhriz  Mahathir buat sebelum PRU15 dulu. Macam mana Mahiaddin deal untuk dapatkan separuh peruntukan PM dan seluruh peruntukan TPM masa Ismail jadi PM. Sampai sekarang Mahiaddin mahupun Ismail tak pernah nafikan video Mukhriz tu.


Jadi Mahiaddin hilang jawatan bukanlah sebab dia tak tunduk kepada desakan Zahid. Bahkan aku rasa Zahid pun tak pernah minta kesnya DNAA.


Mahiaddin sebenarnya hilang jawatan PM sebab penipuannya tentang sokongan yang dia dapat dari SD dah semakin terbongkar. Sama ada dia turun sendiri, ataupun dia dijatuhkan di parlimen. Itu je.


Sedangkan hakikat, masa Mahiaddin jadi PM lebih banyak kes berprofail tinggal yang dah dikurniakan DNAA. Walaun tak payah la nak pusing cerita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Bangunkan semula industri gula elak kebergantungan import - Dr Azman



 



Oleh: Abdullah Zaid



Strategi Kerajaan Perpaduan untuk membangunkan semula industri tebu bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap gula mentah import yang berada pada tahap 100 peratus pada ketika ini wajar dipuji.

Menurut Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Azman Ismail selain isu beras, masalah kekurangan gula juga perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Jelasnya, faktor pandemik dan perubahan iklim dunia serta perang Rusia-Ukraine menjadi punca kenaikan harga makanan dunia yang meningkat secara mendadak. Oleh itu, katanya, kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan kepada import.

"Saya difahamkan ada strategi dari segi meningkatkan (pengeluaran) gula tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kita kepada gula import.

"Seperti beras, faktor kekurangan gula berlaku akibat iklim, pandemik dan perang di timur Eropah. Cumanya isu gula tidak seteruk masalah beras yang mempunyai permintaan tinggi oleh pengguna," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Sebagai rekod, Malaysia bergantung sepenuhnya kepada gula import daripada Brazil apabila kerajaan merestui penutupan ladang tebu di Chuping, Perlis pada 2012 yang membekalkan tebu kepada kilang gula di negeri itu sejak puluhan tahun lamanya.

Tindakan tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih bagi memenuhi permintaan negara.

Justeru itu, pada 14 Mac lalu, Kementerian Ekonomi bercadang untuk membangunkan semula industri penanaman dan pemprosesan tebu bagi memenuhi permintaan domestik.

Dalam pada itu, Dr Azman juga mencadangkan agar kerajaan tidak bergantung kepada industri gula semata-mata. Sebaliknya mengembangkan lagi kepada tanaman alternatif gula seperti tumbuhan stevia yang boleh hidup subur dalam iklim tropika di Malaysia.

Katanya, produk stevia pada waktu ini banyak digunakan rakyat dan ianya baik untuk kesihatan.

"Penggunaan stevia serta lain-lain pemanis umumnya adalah lebih sihat berbanding gula," kata Dr Azman lagi.