PAS TERDESAK MAIN SENTIMEN MELAYU MENJELANG PRU 15


MAT SABU DEDAH PERANGAI PIMPINAN PAS


 

KHALID SAMAD DEDAH PN HANYA MAHUKAN JAWATAN


 

DR MUJAHID DEDAH SIAPA JUAL ASET TABUNG HAJI


 

PENCETUS IDEA SUKMA


 

PERJUANGAN ?....

 

Tadi di Awani ada cerita Najib tinggalkan nota untuk keluarganya sebelum masuk mahkamah. Dalam nota tu dia cerita tentang perjuangan politiknya.

 

First of all, sebelum masuk mahkamah nak nota apa bendanya? Dia bukan duduk lokap pun. Nota tu sebenarnya untuk promosi diri je. Jenis murahan.

 

Keduanya, aku jijik bila politician sumbang macam Najib ni bercakap soal perjuangan. Perjuangan apa yang pernah dibuat? Naik pun sebab ayahnya Tun Razak. Kalau tak, entah kerja apa dia sekarang ni.

 

DS Anwar pernah dipenjarakan sebab perjuangkan nasib petani miskin. Begitu tu Mad Sabu pernah dipenjara demi membela nasib rakyat.

 

Guan Eng juga pernah dipenjara kerana hendak membela nasib gadis Melayu bawah umur yang dirogol oleh pembesar UMNO. Itu baru perjuangan.

 

Najib perjuangkan apa? Daripada kecil hidup dalam kemewahan. Tak kenal erti susah. Penjara? Mana pernah jenguk. Orang miskin pun dia tak kenal.

 

Perjuangan apa? Perjuangan curi duit rakyat? Itu memang satu dunia tahu. Sampai negara berhutang dalam jumlah yang banyak, rakyat kena bayar.

 

Najib, Zahid, Isnail, Mat Hassan dan ramai lagi pemimpin UMNO, tak kenal pun erti susah. Jangan sekali-kali nak gunakan istilah berjuang. Jijik!

 

Orang Melayu kena sedar. Pejuang bangsa, yang rela menentang arus dan dipenjarakan demi hak rakyat semuanya berada di barisan pembangkang. Merekalah yang mesti diangkat. Guane boh?

 

 

Raja Gelap

 


BAGAIMANA SAYA PERASAN 1MDB-RAFIZI

 


IMBASAN

 

Saya mula perasan mengenai 1MDB tahun 2011 selepas syarikat itu membayar berbilion ringgit untuk membeli blok minyak mentah melibatkan PetroSaudi. 

 

Pada ketika itu, baru dua tahun saya meninggalkan dunia oil & gas. Masih ramai kawan-kawan dalam O&G dan saya juga masih mengikuti dengan dekat perkembangan O&G. Maklumat dari dunia O&G ketika itu mempersoalkan sama ada blok yang dibeli itu benar-benar wujud. Lagi pun, jika benar wang rakyat mahu digunakan untuk membeli blok minyak, bukankan lebih baik melalui PETRONAS?

 

Saya pernah selit soal 1MDB dalam ucapan-ucapan sepanjang 2011-2012 tetapi tidak ke mana sebab tiada bukti yang sahih.

 

Kenyataan saya yang pertama ialah pada 23 April 2013 kerana berita melaporkan 1MDB memindahkan sejumlah RM7 bilion ke akaun sulit di Cayman Island, pusat kewangan pesisir pantai (“offshore financial centre”). Saya mula kenal mengenai Cayman Island seawal belasan tahun dari membaca buku The Firm tulisan John Grisham. Sebagai akauntan, saya tahu Cayman Island tempat wang disembunyikan.

 

Ini kenyataan rasmi pertama saya mengenai 1MDB pada 23 April 2013:

https://rafiziramli.com/2013/04/1mdb-pindah-rm7-bilion-wang-rakyat-ke-akaun-sulit/

 

Seminggu selepas kenyataan ini, saya menerima surat saman pertama mengenai kes 1MDB (dah banyak saman lain mengenai kes NFC sebelum itu ha3). Saya belum lagi menjadi Ahli Parlimen ketika itu.

 

Di antara tahun 2013 hingga sekarang, saya telah menulis 123 artikel dan kenyataan media mengenai SRC dan 1MDB. Kesemuanya saya arkibkan di sini:

https://rafiziramli.com/category/1mdb/page/25/

 

Sembilan tahun hidup saya dihabiskan mengejar kes SRC/1MDB dan dalang-dalang dibelakangnya. 

 

Semasa saya berkempen ke arah PRU14 dahulu, saya sering berseloroh bahawa saya akan membawa trak saya untuk menjemput Najib ke penjara atas tindakannya melalui SRC/1MDB yang menyebabkan rakyat berhutang lebih RM50 bilion.

 

Peristiwa hari ini bukan satu kemenangan kepada sesiapa. Ia satu tragedi kepada negara dan rakyat, wang yang hilang itu tidak akan kembali. Skandal SRC/1MDB memecah belahkan rakyat dan negara. Banyak individu yang menanggung kepayahan untuk memastikan kebenaran ditegakkan.

 

Peristiwa hari ini satu keinsafan bahawa kita hanya manusia yang mengikut ketentuan Allah, tidak kira apa darjat dan kedudukan kita di mata manusia lain.

 

Semoga kita diampunkan atas semua dosa-dosa dan kesalahan kita.

 

 


IYA LAH....



 

PARTI ANAAK BERANAK ? HAH...ADA KREDIBILI KE.?

 



Parti anak beranak. Hahaha... Kalau sebut macam tu, mesti orang akan ungkit tentang Nurul Izzah. Tapi takkan tak perasan beza Nurul Izzah dengan mangkuk ni, termasuk juga Mukhriz?


Nurul Izzah naik atas kapasiti peribadinya. Ketika ayahnya DS Anwar dipenjara secara salah atas fitnah yang dibuat oleh Mahathir dan konconya, Nurul Izzah bangkit memperjuangkan keadilan.


Bukan setakat di Malaysia, bahkan antarabangsa juga turut melihat keterampilan Nurul Izzah. Hingga beliau digelar Puteri Reformasi kerana tebal dan begitu jelas semangat Reformasi pada diri beliau.


Tapi Nizar dan Mukhriz, apa yang pernah mereka perjuangkan? Naik secara tiba-tiba tumpang nama ayah mereka. Tak ternampak kualiti kepimpinan pada diri mereka. Tahu tahu je jadi calon. Apa kes?


Nampak UMNO memang takkan berubah. Politik mereka kekal politik kuno. Pemimpin diangkat bukan kerana kredibiliti tapi kerana faktor keluarga. Macam ayahnya, yang susahnya akhirnya rakyat juga. Nak pilih umno lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap 



Benarkah Penjara Kajang ada bilik VIP? HARAP KES ISTIMEWA ABDULLAH ANG TIDAK BERULANG


NORMAN RADZUAN





Benarkah Penjara Kajang ada bilik VIP?

HARAP KES ISTIMEWA ABDULLAH ANG TIDAK BERULANG

Penjara Kajang kembali menjadi popular semalam.

Disebalik kes Najib semalam ada cerita menarik mengenai penjara ini. Khabarnya wujud bilik VIP di penjara tersebut.

Saya tidak pasti kebenaran kewujudan bilik VIP ada di penjara Kajang mahupun Sg. Buluh ketika ini. Ada yg mengatakan bilik VIP mempunyai bilik yang mempunyai tilam seperti di hotel, TV, bilik air khas dan kemudahan internet.

Tidak dinafikan Anwar Ibrahim dikhabarkan diletakkan di dalam bilik bukan sel seperti banduan-banduan lain. Malah dikatakan beliau dapat menikmati makanan seperti mee, roti dan sebagainya. Itu yang pernah dikhabar oleh Zukilfi Noordin antara peguam Anwar ketika itu.

Apabila DS Anwar sekali lagi dipenjarakan, Zahid Hamidi menegaskan tiada layanan istimewa untuk Anwar. Dalam kes ini hanya Anwar boleh menceritakan keadaan sebenarnya.

Samada benar atau tidak kewujudan bilik VIP di dalam penjara ia boleh diterima sebabnya penjara tetap penjara. Yang luar biasa bagi saya apabila berlaku peristiwa ada banduan ‘istimewa’ yang dibenarkan keluar dari penjara.

Banduan tersebut bernama Abdullah Ang. Ia telah didedahkan oleh Akhbar Malay Mail pada tahun 1989.

Laporan akhbar Akhbar Malay Mail pada 19 Ogos 1989 secara eksklusif membuat pendedahan ‘berani mati’ bagaimana seorang ahli perniagaan bernama Abdullah Ang mendapat layanan ‘SUPER VVIP’ ketika ditahan di Penjara Kajang.

Selain biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed), Abdullah juga dilihat keluar masuk Penjara Kajang mcm Penjara Kajang tu dia punya!

Untuk rekod, Abdullah Ang pernah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC) dan mempunyai ramai kenalan rapat di kalangan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan.

Abdullah Ang telah dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 (diringankan kemudiannya atas rayuan) setelah dia mengaku salah atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM 338,808.80.

Kira-kira  lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Abdullah telah dilihat di pusat bandar Kuala Lumpur! Abdullah ketika itu memakai t-shirt dan seluar putih.

Sampai saja ke pengetahuan Malay Mail, editornya telah menghantar wartawan dan jurugambar mereka untuk menjejaki banduan bernama Abdullah Ang ini. Dalam laporan Malay Mail itu juga memperlihatkan bagaimana Abdullah dengan selamba berada di kilang pakaian keluarganya.

Malah tidak ada juga sebarang wadar atau pegawai penjara yang mengiringinya ketika itu. Apa yang berlaku begitu mengejutkan rakyat Malaysia kerana bagaimana Abdullah, seorang banduan boleh dilihat keluar masuk dari penjara dan bagaimana kelengkapan selnya begitu hebat seolah olah dalam sebuah hotel!

Namun ketika jurugambar Malay Mail sedang asyik merakamkan kelibatnya, Abdullah terperasan dan terus menutup wajahnya dengan menggunakan sehelai tuala.

Bila kes ini diajukan kepada pegawai penjara, mereka mendakwa Abdullah terlibat dalam sebuah sistem dimana ia merupakan persediaan pra pembebasan untuk seseorang banduan dibenarkan bekerja di luar unutk membiasakan diri mereka bila bebas kelak.

Namun menurut Allahyarham Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dalam tulisannya, Abdullah sebenarnya diberi keistimewaan dgn berulang alik antara penjara Kajang dgn bandar raya untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan pernigaannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pun begitu, kata ZAM di sebalik ketidakjujurannya, Abdullah Ang mempunyai perwatakan luar biasa. Dia dpt menjelmakan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kualiti yang diperlukan dlm dunia perniagaan dan perusahaan.

”Perwatakannya yang istimewa inilah membolehkannya mengadakan hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai  penjara Kajang sehingga dia diberikan layanan istimewa untuk bebas keluar masuk penjara bagi menikmati suasana di luar,” ujarnya ZAM.

Yang pasti keistimewaan yang dinikmati Abdullah juga adalah kerana pengaruh dan hubungan baiknya dgn pemimpin tertinggi negara. Disebabkan kes Abdullah Ang jugalah, rombakan dalam penjara telah dibuat termasuk akhirnya jawatan tertinggi Ketua Pengarah Penjara telah diberikan kpd pegawai kanan PDRM ketika itu.

Harapan kita tiada keistimewaan seperti itu wujud lagi. Banduan boleh berada di luar melanggar sistem perundangan negara yang tiada siapa boleh mengatasi undang-undang.

 

Khalid Samad Menjawab Tuduhan Hadi Awang

CAGE is KING! #najibrazak #1MDB ##SRC #maluapa #bosku #bossku #boskur #cashisking




 

LAGI MANGSA KENA BAYAR AKIBAT MEMFITNAH


Kenapa Nusi kena bayar Mahfuz 50k plak? Ahli

 parti ana selalu kata orang PAN yang suka

 fitnah….


 


KAH..KAH...BODO PUNYA MACAI

 


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF




From this. To this.

Nak menunggang pun tengok la speed limit, Nabi Yusuf A.S tak ada duit masuk dalam tabung dia sebagai derma, lepas itu pula guna duit tersebut untuk beli barang kemas isteri dia.

 

DALIL UNTUK SELAMAT ?

 ASRAGF JEFFRY


Fuh,lain macam cerita pagi ini.

Kiranya, artis Kpop berada di jalan yang benar. Si Kopiah adalah penjahat yang sebenar.

.

Orang kita senang terpedaya dengan watak Agamawan. Sudah sampai masa untuk kita tapis siapa yang kita nak percaya dan rajinkan diri untuk bertanyakan 'dalil'. Itu lebih selamat.




 

Che Wan Bizz

Ssnopedrot7g7lgh5m63402923am6i23t1lif6h56085f1g4hu5ch780ai1l  · 

Maaf sobat-sobat saya bukan influencer dan sama sekali tidak berminat dgn kerja-kerja begitu.

Saya tak pandai sangat nak menulis panjang-panjang. Walaupon makin ramai yang bertanyakan saya pasal si Penunggang Agama tu saya tak berminat sangat nak ambil port sekadar memberi sedikit sentuhan sebagai tanda peringatan untuk orang lain.

Saya nak bagi pesanan ikhlas selaku orang yang pernah digelar sahabat baik sejak zaman sekolah menengah, rakan kongsi dalam projek tanaman jagung dan rakan kongsi job hartanah pada tahun 2010.

Pada masa tu memang saya akui dia ni memang orang baik-baik. Jaga solat, jaga adab dan bekerja keras siang malam untuk mengubah nasib hidup.

Pada tahun 2010 berbekalkan kelebihan dirinya yang Allah S.W.T bagi iaitu kebijaksanaan dalam berkata-kata maka kami berdua mampu membuat jualan tanah dengan mudah hinggakan komisen sahaja mencecah ratusan ribu.

Saya perasan pada waktu tu client-client amat mudah percaya disebabkan bahasa badan yang dia gunakan berserta dengan kata-kata kearah sentimen keagamaan terus membuatkan client mudah percaya dengan urusan jual beli tanah hingga ada yang membuat bayaran tanpa melihat keadaan tanah.

Tidak lama kemudian atas tidak bersefahaman kami telah berpecah dan kami pon membawa haluan masing-masing. Disebabkan kami ni kenal sejak zaman sekolah lagi jadi kami berhubung semula dan menjernihkan kembali hubungan serta kembali bekerjasama pada tahun 2012.

Saya hadir semula ke companynya sebagai freelance dan hanya mahu membuat jualan lot sahaja tanpa terlibat sama untuk kerja-kerja lain berkaitan syarikat. Tetapi saya dipujuk oleh si dia untuk sama-sama memajukan syarikat. Walaupon kurang minat dan kebetulan masih mencari peluang yang lebih baik saya stay buat sementara.

Kenapa saya undurkan diri daripada si dia???

Saya tak nak tulis panjang walaupon banyak lagi benda-benda yang tak betul tentang si dia cuma saya bagi point ni jer :-

Saya ke Majlis Daerah Besut untuk cek status tanah yang bakal dipecah lot secara kebetulan saya bertanyakan tentang status tanah area Kg Padang Tapong yang sedang dipecah lot sebelum ini. Mujur ada seorang pegawai yang saya biasa berurusan hingga sekarang dia dengan jujur menyatakan tanah tersebut tidak boleh dipecah lot dan si dia pon telah dimaklumkan.

Saya amat khuatir kenapa tanah yang sudah dinyatakan tidak boleh dipecah lot tetapi si dia ni masih meneruskan jualan hingga hampir keseluruhan tanah berjaya dijual. Ada seorang buyer tu dia beli 2 lot tanah kerana mahu mendirikan tapak stesen minyak. Saya amat terkejut kenapa tidak dijelaskan terus kepada buyer bahawa tanah lot banglo sememangnya tidak dibenarkan sama sekali untuk didirikan stesen minyak. Maklumlah orang kampung ni bukan semua tahu undang-undang tanah.

Disini saya mulai curiga tentang kejujuran dia dalam berniaga. Selain itu juga saya makin hilang keyakinan apabila ada seorang buyer mahu datang ke pejabat bagi urusan bayaran tanah si dia pesan supaya saya yang uruskan jual beli tersebut sebab dia takut nak berdepan dengan buyer nanti buyer tanya macam-macam susah dia nak jawab.

Lama-kelamaan saya pon mulai hilang kepercayaan dengan si dia kerana acap kali berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

Sepanjang saya mengikuti perniagaan si dia ni saya mulai nampak Pengurusan Kewangan si dia amat-amat lemah. Urusan jual beli tanah tidak direkodkan dengan baik. Kadang-kadang wang untuk urusan perniagaan terus digunakan untuk kegunaan peribadi. Saya mula berfikir kalau company cincai-cincai macam ni biasa tak boleh nak survive lama.

Nak tegur dan nasihat dia???

Tegur dan nasihat macam mana sekalipon tetap tak diendahkan.

Tak lama kemudian saya buat keputusan untuk undur diri daripada company si dia. Sebelum keluar saya membuat list client yang terlibat dalam pembelian tanah yang tidak berjaya dipecah lot. Saya telah maklumkan kepada ke semua client melalui SMS. Saya tidak cakap pon si dia ni menipu tetapi saya sekadar memaklumkan tanah yang dibeli tu tak boleh dipecah lot sahaja.

Bayangkan pada masa tu saya dah ada bukti dan buat rujukan dengan pihak majlis daerah tetapi tak mampu nak ceritakan perkara sebenar. Sebab si dia ni terlalu pandai berkata-kata maka buyer lebih percayakan si dia dan menuduh saya ni orang yang ingin menjatuhkan syarikat dia.

Saya pon malas nak berdebat dengan sesiapa jadi sy hanya membalas sms ringkas supaya buyer pergi rujuk sendiri Majlis Daerah untuk pengesahan. Tidak lama kemudian hebohlah si dia ni memberitahu kawan-kawan yang saya adalah penjahat yang nak jatuhkan syarikat dia.

Si dia siap upah budak-budak tahfiz buat solat hajat beramai-ramai untuk membinasakan saya. Dia nak minta saya dikenakan musibah dan bala. Saya percaya dengan diri saya dipihak yang benar Allah S.W.T menjadi saksi dan alhamdulillah hingga ke hari ini saya masih dikurniakan tubuh badan yang sihat.

Bermula detik itu juga saya telah meninggalkan syarikat dan tidak pernah berurusan lagi dengan si dia.

Hasil semakan company tu skrg dah status winding up kerana tidak membayar cukai kepada Lhdn.

Lawak kan orang yang gelarkan diri dia Jutawan tapi tak mampu nak bayar cukai hingga company atas nama sendiri pon dah winding up.

Wallahualam..

Yang baru nak bersama-sama si dia tu silakan.. Saya nampak perangai dia pon masih macam dulu lagi jadi bersiap sedialah untuk sebarang kemungkinan.

 

NEGARA JIRAN DAH LAMA MENGGUNAKANNYA SEBAGAI PERUBATAN. KENAPA MALAYSIA TERLALU LAMBAT DALAM MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN?

 

Malaysia minat belajar guna kanabis dalam perubatan dari Thailand.





Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatan dari Thailand, Anutin Charnvirakul (dua dari kiri, depan) melihat tanaman dan produk kanabis di Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan cawangan Thanyaburi di Pathum Thani semalam. (Gambar Bernama)

BANGKOK: Malaysia berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kanabis, terutama dalam aspek aplikasi berasaskan penyelidikan dan produk farmaseutikal untuk kegunaan perubatan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau juga berharap Malaysia dan Thailand akan terus saling bertukar pengetahuan teknikal dan penyelidikan klinikal untuk memastikan keselamatan serta keberkesanan produk kanabis dalam perubatan.

“Pegawai kami (Malaysia dan Thailand) masih meneruskan pertukaran maklumat teknikal supaya kami lebih memahami bukti klinikal penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan serta kerangka kerja pengawalseliaan baharu,” katanya dalam sidang media bersama rakan sejawatannya, Anutin Charnvirakul, di sini semalam.

Khairy dalam lawatan kerja empat hari atas undangan Anutin, yang juga timbalan perdana menteri Thailand.

Terdahulu, Khairy melawat Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan diberi taklimat mengenai dasar perubatan kanabis di Thailand, termasuk amalan, kaedah penanaman dan penyelidikan serta penggunaan kanabis dan ketum untuk tujuan kesihatan.

Pada 9 Jun lalu, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk perubatan.

Khairy berkata, beliau dan Anutin turut berbincang mengenai potensi dan peluang Thailand membekalkan produk kanabis kepada Malaysia melalui GPO untuk tujuan penyelidikan klinikal bagi keselamatan dan keberkesanan penggunaan produk kanabis.

“Saya turut meminta Anutin mengkaji kemungkinan Malaysia membekalkan Thailand dengan daun dan pokok ketum mentah,” katanya.

Beliau berkata, penanaman kanabis menawarkan sumber pendapatan baharu untuk petani dan orang ramai.

Ditanya sama ada Malaysia bercadang membenarkan penggunaannya untuk tujuan perubatan, Khairy berkata: “Jika terdapat bukti klinikal yang membolehkannya”.

“Antara ilmu penting yang diperoleh daripada pengalaman di Thailand ialah mengenai data klinikal dan data yang dikumpul sejak penggunaan kanabis untuk perubatan.

“Sekiranya kami berpuas hati dengan data itu, pasti akan mempengaruhi kami untuk membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.”

Katanya, langkah Thailand menerajui usaha membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan ialah contoh baik di rantau Asean dengan negara anggota lain boleh menggunakan data yang ada bagi merangka dasar.

Sementara itu, Anutin berharap dapat berkongsi pengalaman Thailand dalam perubatan kanabis dengan Khairy dan Malaysia.

Anutin juga berbesar hati untuk berkongsi pengalamannya tentang proses membenarkan kanabis dalam perubatan.

Terdahulu, Khairy melawat Hospital Antarabangsa Bumrungrad, antara hospital swasta terbesar di Asia Tenggara, untuk mempelajari amalan terbaik dalam pelancongan perubatan.


INGATLAH PEMIMPIN WALAU ANDA ORANG BERAGAMA..JIKA ANDA TERLIBAT,SEKONGKOL DENGAN PERASUAH. ANDA AKAN DITANYA ALLAH TAALA.




ADAKAH ANDA PENYOKONG PERASUAH.
ADAKAH ANDA TAHU DIA PERASUAH DAN ANDA MENYOKONGNYA 
APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA DI MUKA DUNIA- MAKAN GAJI BUTA ?
ADAKAH ANDA MEMELUK PERASUAH YANG ADA MENYOKONGNYA DALAM KERAJAAN
ADAKAH ANDA SEWAKTU MENJADI PEMIMPIN ANDA YAKIN BELIAU TIDAK MERASUAH ?





 

RAKYAT SAMBUT MERDEKA..NAJIB MENDAPAR HABUANNYA.


ZUNAR CARTOOONIST FAN CLUB


JANGAN BANDINGKAN KES SAYA DAN NAJIB.SAYA BELUM ADA LAPORAN POLIS DAN TIADA IKAT JAMIN.PEGUAM SAYA PULA MENINGGAL DUNIA.