KHAIRUDDIN AT TAKIRI DAN NIK ABDUH KENA DEDAHKAN WATIKAH HJ HADI KHIANATI ARWAH TOK GURU NIK AZIZ





 Baca dan fahami..

KHAIRUDDIN AT TAKIRI DAN NIK ABDUH KENA DEDAHKAN WATIKAH HJ HADI KHIANATI ARWAH TOK GURU NIK AZIZ
1. Kenapa Hj Hadi buat Surat Watikah lantik Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar lepas PRU13 lalu?
Tahun 2013:
▪️Kempen PRU13: PAS kempen TGNA akan tetap jadi MB Kelantan, kami dari ROYALTI kempen all out bantu.
▪️5 Mei 2013 Pas menang Kelantan, malam itu saya berada di Pjbt Pas Kelantan, lihat berberapa kelompok individu (masih ingat lagi siapa) naik tergesa gesa kerana katanya ada mtg Khas (Nak tukar TGNA supaya tidak jadi MB).
▪️ 6 Mei 2013 Hadi keluar watikah lantik Ahmad Yaakob jadi MB dan angkat sumpah tergesa gesa di Istana.
Hari yang sama saya bersama arwah TGNA di Hospital USM Kubang Kerian di wad lihat beliau kesedihan.
Haritu juga saya kata Pas (Hadi) tak boleh pakai. Khianat (TG Nik Aziz) semata mata nak UG dengan UMNO. Arwah TGNA lah batu penghalang utama usaha mereka.
Pagi itu arwah TGNA tengah siap-siap pakai baju untuk angkat sumpah MB, dengan anggapan beliau masih lagi MB.
Bila dapat tahu Ahmad Yaakob jadi MB. terus beliau ke USM di bawa oleh? Teka.
Nik Abduh ‘diperkudakan’ oleh Team Hadi, untuk menjatuhkan Ayahnya sendiri bagi menghalalkan Agenda UG PAS - UMNO.
Yang akhirnya jadi Muafakat Nasional. PAS beri talian hayat kepada UMNO (yang arwah TGNA tentang sejak lama).
Bila UMNO berkuasa, kini menjadi PM. PAS ditendang balik. Terpinggir tiada teman, Pas Hadi pergi
peluk
Mahiaddin.
Habis madu sepah dibuang.
Beza benar cara kerja PAS HADI dan PAS NIK AZIZ.
Pas Nik Aziz disukai semua kaum dan semua kelompok Masyarakat samada lawan dan kawan.
Pas Hadi sebaliknya.
Orang Pas banyak tak tahu peristiwa ini, banyak jadi Pak Turut sahaja.
Jika mereka tahu hal sebenarnya, PAS akan pecah hancur.
Kita nanti tengok adakah Nik Abduh akan kena tulah dari kata kata arwah Ayahandanya?
Jika beliau Insaf, elok Nik Abduh mengaku kesalahannya dan dedahkan apa perkara yang berlaku sebenarnya.
Dedahkan Watikah dari Hadi lantik Ahmad Yaakob sabotaj arwah Tok Guru Nik Aziz.
Kita semua tahu Nik Abduh team up dengan Khairuddin Takiri, Nik Zawawi, Tontowi dan berberapa lagi.
Al Fatihah untuk arwah TG Nik Aziz.
Syukur dapat kenali dan dapat pengalaman bekerja di bawah beliau selama 8 tahun.
Syam Ghaz

Negara capai pendapatan tinggi kerana rakyat mampu melabur, tanam sayur?


Ungkapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith yang berkata rakyat Malaysia boleh mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 pada 2025 kerana mereka mampu melabur dan bertani amat diragui.


Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, apakah logik menteri tersebut dengan bersandarkan dua aktviti terbabit akan membolehkan isi rumah mendapat pendapatan yang tinggi.


"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata misi mencapai pendapatan RM10,000 satu isirumah pada tahun 2025 akan tercapai kerana rakyat mampu melabur dan tanam sayur.


"Saya minta beliau lebih realistik. Contoh jumlah 77 peratus akaun pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah di bawah RM5,000. Rakyat B40 tidak mempunyai pelaburan yang besar.


"Saya tegaskan masalah asas ialah model gaji rendah yang diguna oleh kerajaan selama ini," katanya.


Justeru, Nik Nazmi mensyorkan kerajaan lebih berpandangan jauh dengan menimbang memperkenalkan gaji sepadan dengan kos berkehidupan bagi merealisasikan pendapatan RM10,000 sebulan tersebut.


"Kerajaan patut mempertimbangkan mekanisme seperti 'wage correction policy' yang dibuat Singapura selama tiga tahun bermula 1979 dan insentif gaji kehidupan wajar (living wage) yang disarankan Bank Negara pada RM2,700 pada tahun 2016 untuk seorang individu di Kuala Lumpur, selain mekanisme gaji minima yang akan dinaikkan kepada RM1,500," katanya.

 

Bolehkah JAKIM bantu mendanai pembinaan masjid?





Pembinaan masjid yang mengharapkan sumbangan orang ramai dicadang untuk dibantu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan.

Cadangan itu diutarakan oleh Ahli Parlimen Hassan Abdul Karim (PH - Pasir Gudang) dalam soalan tambahan sesi Dewan Rakyat pagi tadi.

"Bidang kuasa JAKIM, bolehkah JAKIM dapatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk membantu pembinaan masjid di negeri negeri termasuklah di Pasir Gudang yang kemampuan Kerajaan Negeri kadang kala terbatas.

"Mungkin kalau JAKIM boleh bantu kos pembinaan, kalau tak sepenuhnya, sebahagiannya," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ehwal agama), Senator Datuk Idris Ahmad menjawab hal berkaitan kos pembinaan masjid tersebut akan beliau cuba panjangkan kepada pihak perancang insfrastruktur negara

"Boleh minta hantar surat kepada saya dan saya cuba panjangkan kepada pihak ICU atau pihak yang lebih bertanggungjawab," katanya.

 

KALAU SINGSING LENGAN AJAK BENTERAS RASUAH ATAU JANGAN JUAI TANAH MELAYU....AKU AKAN SOKONG

 

PAU 2021: Pemuda Umno sedia ‘sinsing lengan’, desak mandat rakyat dikembalikan



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Tiada lagi sebarang alasan untuk menafikan hak rakyat menentukan kestabilan, menurut Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda Umno memberi gambaran sudah bersedia menghadapi PRU15 dan mendesak agar mandat rakyat dikembalikan, demi mencapai kestabilan negara.

Menegaskan fenomena pengkhianatan dan pencabulan mandat rakyat tidak boleh lagi dikompromikan, Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki berkata tidak ada pilihan selain pilihan raya kerana negara tidak lagi stabil sejak mandat itu dikhianati.

“22 bulan di bawah PH, 18 bulan di bawah PN dan hampir 8 bulan di bawah PN 2.0, kestabilan negara masih belum pulih dan pertumbuhan ekonomi juga terus tersekat.

“Tiada lagi sebarang alasan untuk kita menafikan hak rakyat menentukan kestabilan,” katanya dalam ucapan dasar Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), sebentar tadi.

ELAK HILANG SOKONGAN, TUNAI MANIFESTO PERINGKAT NEGERI


PERJUANGAN ANWAR DALAM DEWAN MAC 2022


 

Sekiranya kerajaan, khususnya menteri mempunyi sedikit rasa keprihatinan terhadap rakyat, saya menggesa mereka untuk memastikan syarikat-syarikat pembalakan membayar sedikit ganti rugi kepada rakyat yang terkesan.


SIAPA DIA SYAFEI AFDAL-ORANG SABAH PUN TOLAK

 

Jeng jeng jeng. Hahaha... Shafie kata keputusan pilihanraya menunjukkan rakyat mahu perubahan dalam pimpinan PH.

Pertama sekali, dia siapa dalam PH? Apa jawatan dia pandai-pandai nak komen? Penyokong PH pun bukan. Memandai pulak dia.
Kedua, dia tak tengok cermin ke? Warisan kalah di PRN Sabah walaupun parti itu yang memerintah dan dia sendiri Ketua Menteri.
Di Johor, Warisan kalah teruk sampai hilang wang deposit. Kenapa yang itu tak dikira rakyat mahu pemimpin Warisan ditukar?
Nampak tak tujuannya cuma nak pecahkan PH. Ini orang yang Mat Sabu dan Guan Eng nak ajak untuk bekerjasama? Mabuk ketum ke? Guane boh?

GAMBAR WANITA INI PENUH DI MEDIA SOSIAL- TAPI SIAPAKAH DIA..MEMANG SEGAK


 

Mat Sabu: PRN Johor, Peratusan Mengundi Rendah, Rakyat Hilang Keyakinan ...

[🔥SIRI 146🔥] "PRN JOHOR: RAKYAT KALAH, BN MENANG. APA IMPLIKASINYA?"



TAJUK: PRN JOHOR: RAKYAT KALAH, BN MENANG. APA IMPLIKASINYA? TARIKH: 16.03.2022 (RABU) MASA: 9.00 MLM PANEL: YB KHALID SAMAD PENGARAH KOMUNIKASI AMANAH AHLI PARLIMEN SHAH ALAM MODERATOR: UNCLE ALI OMAR

APA PULA KATA FARHASH

 



Farhash Wafa Salvador

1105iS6562p38o80n16hom16ue6d  · 

Penglibatan saudara Rafizi Ramli dalam kancah politik tanah air sudah tidak dapat dinafikan lagi terutama sumbangannya dalam menghiburkan rakyat.

Terbaru beliau memaklumkan kepulangnya ke arena politik sekali gus menamatkan percutian sebelum ini dengan mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.

Kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu kian menterjemahkan agenda tersembunyi dengan berdolak-berdalih dari menyatakan cita-cita sebenarnya.

Rafizi yang banyak berkias dalam kenyataannya dengan menyindir Presiden parti sebagai lemah dan menyifatkan percutiannya dari aktif dalam KEADILAN sebelum ini adalah kerana tidak bersetuju dengan keputusan dibuat pimpinan.

Maka dengan itu, ramai pihak merasakan bahawa Rafizi tidak mampu untuk menerima keputusan yang dibuat secara kolektif oleh pimpinan dan hanya dengan diberi kuasa mutlak sebagai Presiden akan memuaskan hatinya.

Rafizi juga secara biadap menyatakan bahawa beliau memilih untuk tidak bertanding jawatan Presiden supaya tidak menimbulkan kacau-bilau dan mengganggu mesej-mesej parti kepada umum.

Persoalan penting yang harus dijawab adalah, adakah beliau merasa layak untuk menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden?

Jika dirasakan begitu, gelanggang demokrasi ini dibuka seluasnya. Biar anggota KEADILAN melihat wajah sebenar kerakusan kuasa yang sanggup membelakangkan kepimpinan parti.

Saya ingin menasihatkan saudara Rafizi untuk bersikap jujur pada diri sendiri dan berhenti bermain politik murahan sebegini.

Sebagai orang parti, dia sewajarnya lebih beradab sejurus kembali ke gelanggang politik dan sentiasa berhati-hati dalam setiap pertuturannya agar tidak mengguris hati semua anggota KEADILAN.

Harus diingat, KEADILAN merupakan sebuah parti yang cukup dinamik kerana ianya merangkumi suara seluruh lapisan masyarakat dan setiap keputusan parti perlu diterima secara berjemaah.

FARHASH WAFA SALVADOR

 

RAFIZI SUDAH BUKTIKAN....

 

Takyah tanyalah. Rafizi dah selalu buktikan beliau ada formula yang berkesan. Kalau tak, PH takkan mampu menang PRU14.

Sepatutnya Farhash tanya diri sendiri, apa formula dia dah pakai masa Rafizi tak ada. Keadilan sampai tak jumpa rentak kemenangan.
Kalau ko bagus, kita tak rasa kehilangan Rafizi. Bila orang tagih Rafizi kembali, itu maknanya yang ada tu tak bagus la. Guane boh?

ALASAN BUDAK BUDAK UMNO-MASA DIA TENGAH KUAT KATANYA-KAH..KAH

 

PAS tak dijemput kerana SOP, tempat terhad, kata Tok Mat




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan (tengah) bercakap pada
 sidang media selepas selesai perasmian Perhimpunan Agung
 Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung
 Umno (PAU) 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala
 Lumpur (WTCKL) malam ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Keputusan Umno tidak menjemput wakil PAS ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) termasuk ketika majlis perasmian sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam ini adalah disebabkan oleh prosedur operasi standard (SOP) serta bilangan tempat duduk yang tidak mengizinkan.

Timbalan Presiden Mohamad Hasan memaklumkan perkara itu apabila diminta mengulas ketiadaan wakil PAS yang juga rakan dalam Muafakat Nasional (MN) di persidangan kali ini.

“Sebab tempat tak mengizinkan dan SOP, itu cakap bersopan,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), malam ini.

Ditanya status hubungan dengan PAS dalam MN, Mohamad berkata kerjasama antara dua parti itu belum tertutup dan masih ada ruang untuk berbincang.

“MN belum ada penutup ia belum tamat lagi, kita kalau mengaji kita tamatkan, dia (MN) belum tamat lagi walaupun dah sampai ayat akhir tetapi belum kita khatamkan, jadi elok kita sama-sama fikir.

“Tetapi kita perlu jelaskan seperti saya sebutkan tadi, kita cuma akan bersama yang setia bukan orang yang banyak kolam, yang akhirnya nanti ramai orang akan keliru dan kita sendiri takut kita keliru,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, usul desakan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan awal berkemungkinan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam esok.

Beliau bagaimanapun tidak tahu mengenai usul yang akan dibawa dalam mesyuarat berkenaan, namun mengambil kira apa yang disampaikan malam tadi, ia merupakan sebahagian perkara yang akan dibincang bersama dalam mesyuarat tersebut.

“Boleh jadi sebab kita jawatankuasa usul adalah naib presiden kedua, yang akan bentangkan usul apa yang akan dibentangkan kepada Perhimpunan Agung Umno. Dia akan datang daripada jawatankuasa usul kerana jawatankuasa usul mengumpul segala usul di 190 bahagian, tidak termasuk Tanah Merah yang digantung,” katanya.

Terdahulu Mohamad menerusi ucapannya berkata, PRU15 harus diadakan “sekarang” dan bukan tahun hadapan, untuk memanfaatkan kepincangan parti lawan dan mengelak tindak balas mereka “mengkambinghitamkan” Umno-Barisan

RAFIZI MEMANG PALING LAYAK BERGANDINGAN DENGAN ANWAR

 

Pengumuman Rafizi Ramli untuk kembali aktif dalam politik, seterusnya mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Mei ini, rata-ratanya disambut gembira dan positif oleh ahli serta penyokong parti itu di seluruh negara.


Berdasarkan komen dan mereka yang berkongsi kenyataan Rafizi berkenaan pengumuman tersebut dalam pelbagai medium media sosial semalam adalah bukti nyata bagaimana kembalinya beliau memang sangat-sangat dinantikan.


Ada seorang pengguna media sosial menulis rasa gembira yang dialaminya dengan pengumuman Rafizi itu seumpana Rita Rudani setuju menerima lamarannya.


Memang tidak dapat dinafikan, kembali aktifnya Rafizi dan kemudian sedia bertanding jawatan nombor dua dalam PKR adalah pemulih semangat kepada parti itu yang terlibat lesu sejak kekalahan demi kekalahan dialami dalam PRN kebelakangan ini.


Dengan bertanding jawatan Timbalan Presiden, Rafizi kini dilihat sebagai pendamping dan pembawa obor paling sesuai untuk membantu Anwar Ibrahim meletakkan kembali PKR di tempat yang sewajarnya di hati rakyat sebagaimana ketika beliau memegang jawatan Pengarah Strategik sebelum ini.


Ketika itu, selain mendedahkan banyak hal berkaitan 1MDB, nama beliau juga meniti di hati rakyat dengan siri pendedahannya tentang skandal lembu NFC yang melibatkan keluarga bekas Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil.


Sebab itu, bersama pengumumannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi dipercayai tiada masalah untuk memenangi pertandingan itu nanti.


Jawatan nombor dua PKR memang selayaknya dan sesuai dipegang beliau berbanding calon-calon lain yang turut diwar-warkan mahu bertanding jawatan yang sama.


Calon-calon lain itu, maaf cakaplah, belum cukup berkelayakan untuk memegang jawatan Timbalan Presiden serta untuk membantu Anwar memperkukuh PKR.


Dengan demikian, eloklah mereka terbabit mencermin diri dan sebaiknya membatalkan saja hasrat mahu bertanding itu.


Tidak ke mana pun jika diteruskan juga hasrat ingin bertanding itu kerana asas yang paling penting ialah kemampuan dan kewibawaan untuk membantu Anwar serta PKR.


Mampukah mereka selain Rafizi itu?


Begitu pun, dalam usaha memperkukuh semula PKR dan membantu Anwar, keberadaan Rafizi akan lebih bererti dan menarik hati jika Nurul Izzah turut sama dalam pasukannya sebagai calon Naib Presiden.


Anwar, Rafizi dan Nurul Izzah – ketiga-tiganya adalah wajah bakal pemimpin masa depan dan mempunyai karisma serta kewibawaan sebagai “PM Materials” yang tidak perlu diragui lagi


Jika pun Anwar akhirnya ditakdirkan tidak berjaya menjadi Perdana Menteri, dua pelapisnya itu mungkin mampu sampai ke Bangunan Perdana Putra pada suatu hari nanti berdasarkan penerimaan, wibawa dan bagaimana mereka begitu disukai.


Lantaran demikian, langkah menuju hari esok itu mesti dimulakan hari ini dengan usaha menggabungkan ketiga-tiganya dalam satu pasukan tidak harus dilengah-lengahkan lagi. – ShahbudinHusin 16/03/2022.