KJ JAWAB ISU TULAR TIDAK DVAKSIN.

 

Tular ‘screenshot’ masih belum divaksin, ini jawapan KJ.Sejak semalam, telah tular tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 saya yang disemak melalui laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/.

Dalam tangkap layar itu, status janji temu saya dinyatakan sebagai ‘SEDANG DIPROSES’ sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.
Untuk makluman, laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

Walau bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada bulan Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini.

Untuk rekod, saya telahpun mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021 dan merupakan individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin keluaran Sinovac tersebut.

May be an image of ‎text that says "‎Profile Digital Certificate for COVID-19 Vaccination KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR D.O.B: 10 January 1976 Dose 1: Date: 18-Mar-2021 01:33 PM Manufacturer: CoronaVac Suspension for Injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), Inactivated Facility: HOSPITAL REMBAU Batch: C202102007 Dose 2: Date: 08-Apr-2021 02:44 PM Manufacturer: CoronaVac Suspension for Injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), Inactivated Facility: HOSPITAL REMBAU Batch: C202102007 Booster Dose: Date: -Sep-2021 08:00 AM Manufacturer: COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection Facility: Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 Batch: FG9019 MySejahtera Statistics סם 공g4 MySJ MySJTrace Profile‎"‎

Malah, pengambilan dos pertama tersebut turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan saya juga telah menunjukkan paparan MySejahtera saya selepas saya menerima vaksin tersebut.

Sesiapa belum menonton siaran langsung tersebut, boleh tonton di pautan ini: https://youtu.be/EtyaZ-BaPb8

Manakala suntikan dos kedua telah saya terima pada 8 April 2021. Saya juga sudah menerima suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menafikan sekali lagi maklumat yang dipaparkan di dalam tangkap layar yang tular tersebut. Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara.
-Menteri Kesihatan-

AZAM KATA TAK SALAH, TAKUT APA DISIASAT?


APA KERAJAAN PAS BUAT DENGAN BELANJAWAN RM2 BILION TERENGGANU? GLC TIADA KECENDERUNGAN MEMBINA PELUANG PEKERJAAN


Lawatan sehari Anwar bersama pimpinan KEADILAN Melaka serah bantuan banjir



Lawatan sehari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bersama pimpinan KEADILAN Melaka berjaya menyerahkan bantuan banjir di beberapa kampung yang terjejas teruk dilanda banjir minggu lalu.

Dalam lawatan tersebut, di Kampung Balai Panjang, Parlimen Kota Melaka rombongan presiden bertemu Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Alui yang membuat lawatan di sana

Menurut Rusnah masalah penduduk di kawasan itu, sekiranya mereka menghadapi banjir kilat maka tidak mendapat bantuan banjir diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Banjir kilat bukan bencana, ini yang pening," katanya.

Manakala Datuk seri Anwar berpendapat Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) perlu bertindak membesarkan saliran sedia ada di kawasan berkenaan bagi mengelakkan banjir yang kerap.


"Di Port Dickson (banjir) sebab air pasang, hujan, naik sikit (air) kita faham. Macam ini kalau biasa JPS perlu (bertindak). Ini kata duit tak ada, projek bilion bilion boleh," katanya.

Sementara penduduk tempatan yang ditinjau Suara Keadilan pula merungut apabila mereka yang tidak berpindah ke Pusat Penempatan Sementara banjir dikatakan tidak layak mendapat bantuan kerajaan.

Sedangkan pada hari kejadian, kata mereka, pihak berkuasa di kawasan tersebut menggalakkan mereka duduk sementara di rumah saudara mara untuk lebih selesa.


Dalam rombongan itu, AhliParlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikanbantuan berupa tilam dan dapur memasak kepada setiap mangsa banjir yangdisinggahi rombongan presiden.

Isu Azam Baki: Pemuda Harapan lapor polis petang ini



Pemuda Harapan akan membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini.

Laporan akan dibuat oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Howard Lee Chuan How bersama wakil Pemuda DAP dan Pemuda AMANAH Nasional pada jam 2.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Sementara itu dalam kenyataan media berasingan, Pemuda AMANAH Nasional bersama biro mobilisasi parti itu akan menyerahkan memo kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan keraguan integriti Azam Baki.

Penyerahan memo  dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang di Pintu Utama Istana Negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh parti tersebut menerusi satu hantaran di Facebook rasminya semalam.

Azam Baki didakwa terlibat dalam pemilikan dua juta unit saham pada tahun 2015 dan 2016.

Beliau telah memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun dagangan miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

Pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata Azam hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 November lalu untuk memberikan penjelasan.

Bagaimanapun penjelasan Abu Zahar bahawa saham itu dibeli atas nama Azam oleh adiknya telah menarik perhatian Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kerana ia berpotensi melanggar Akta Perindustrian Sekuriti Depositori Pusat 1991 (Sicda).

SC berkata pihaknya akan bercakap dengan Azam Baki selepas pengakuannya bahawa adiknya telah menggunakan nama akaun dagangannya untuk membeli saham.

PM TIDAK HARUS BERDIAM DIRI ISU AZAM BAKI

 

SPRM terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri. Ini bermakna Azam Baki sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.

Tan Sri Azam Baki dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke jawatan Ketua Persuruhjaya SPRM atas nasihat Perdana Menteri di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ini menjelaskan lagi bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri perlu menyelesaikan kontroversi kedudukan Azam Baki sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM yang dipertikaikan sekarang bersabit isu pemilikan saham oleh beliau di Syarikat tersenarai.

Langkah yang telus dan adil patut diambil oleh Perdana Menteri Ismail Sabri ialah, yang pertama menasihatkan Azam Baki supaya bercuti.

Kedua, Perdana Menteri perlu mendapatkan nasihat dari Penasihat undang-undang iaitu Peguam Negara yang juga bertindak sebagai Pendakwa Raya tentang kedudukan Azam Baki dari segi perundangan.

Perdana Menteri perlu memulakan inisiatif supaya laporan rasmi kepada SPRM Dan juga PDRM berkait Tan Sri Azam Baki dibuat.

Serahkan secara professional kertas siasatan SPRM Dan PDRM kepada Jabatan Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya untuk membuat keputusan sama ada satu pertuduhan patut dikenakan ke atas Azam Baki ataupun tidak.

Jika ini dapat dilakukan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri dan dilihat jelas oleh rakyat bahawa Perdana Menteri menangani Isu ini dengan serius secara berhemah Dan bertanggungjawab berdasarkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan maka Perdana Menteri akan dipuji Dan dihormati oleh Rakyat, malah oleh Dunia umumnya sebagai Perdana Menteri yang bersungguh-sungguh untuk memerangi Rasuah di Negara Malaysia tercinta ini.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Khamis 6 Januari 2022.

Individu pertama dedah isu saham Azam Baki terima surat tuntutan


Individu mula dedah isu saham Azam Baki terima surat tuntutan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mula mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.

Perkara tersebut disahkan Lalitha menerusi laman Twitternya pada Khamis.

“Saya sudah menerima surat tuntutan (LOD) daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Terima kasih,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Khamis.

Sebelum ini, Azam memaklumkan akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.

Individu mula dedah isu saham Azam Baki terima surat tuntutan

Azam berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.

Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujangmemaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Justeru, beliau menjelaskan, tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ (konflik kepentingan) dalam perkara tersebut

Belum tentu Pas kuasai semula Kelantan


PANDANGAN dan analisa Dr Mazlan Ali (berdasarkan budaya politik tradisi di Kelantan), 
yang Kelantan tetap dikuasai Pas selepas pilihan raya umum ke-15 akan datang, hampir dipersetujui oleh semua pemerhati. 

Sandaran Dr Mazlan untuk berpandangan demikian antaranya kerana di negeri itu kekuatan pembangkang "leweh" (lemah). 

Iya, jika ditanya keadaan di Kelantan hari ini kekuatan pembangkang (khasnya PH) langsung tidak ada, bahkan pembangkang tidak menyerlah, situasi ini memberi peluang untuk Pas terus menguasai negeri Tok Kenali itu.

Menurut Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, meskipun prestasi Pas di peringkat persekutuan tampak terumbang ambing, tetapi tidak di Kelantan, namun itu tidak memberi petunjuk negeri itu akan terlepas dari genggam Pas. Sebabnya kerana pembangkang lemah. Selebihnya Dr Mazlan turut mengambil kira sikap kedaerahan orang Kelantan. 

Memetik ulasan beliau, faktor utama kelamahan pembangkang iaitu PH untuk memberi cabaran kepada Pas. Memang kekuatan PH di Kelantan hari ini boleh dianggap tidur atau demam yang belum kebah apabila ia dipimpin oleh mereka yang terkena "taun". Sementara Umno pula masih berbelah bahagi sama ada bekerjasama dengan Pas atau sebaliknya.  

Umno Kelantan bercemperian antara satu sama lain kerana ada yang mahu meneruskan kerajsama dengan Pas, walaupun Pas sudah "meludahinya", dan ada yang mengambil sikap macam pacat tidur bawah daun kering. Mereka akan bangun bila hujan dan ada bau wap darah. Tindakan sebegitu lewat dan merugikan.  

Bagaimana pun, menurut Mazlan keadaan itu mungkin berubah sekiranya PH bekerjasama dengan  Umno untuk lawan Pas secara satu lawan satu. Pun begitu ujarnya peluang itu masih kelam kabut, kerana Umno masih bingung kelu untuk membuat keputusan dan masih mengimpikan Pas akan pulang semula kepada mereka setelah sudah berjalan sama dengan Bersatu. 

Apa disebut Mazlan itu benar, tetapi masih ada sudut-sudut lain yang juga perlu diberi perhatian untuk menjamin apakah Pas masih menguasai Kelantan selepas Piraum ke-15 atau tidak. Misalnya sikap kedaerahan orang Kelantan tidak merupakan tikit untuk Pas selamat. Orang Kelantan kini sudah berubah dan mula berfikiran secara global.  

Juga ada beberapa sisi yang menjadi faktor yang mungkin tidak dinilai sama oleh Mazlan ketika membuat andaian itu dimana beliau hanya melihat kepada kelemahan pembangkang semata-mata, tetapi tidak merumuskan masalah atau kelemahan fatal kerajaan Kelantan.

Seperti mana disebut beliau, tidak ada pembangunan berimpak besar di Kelantan, seperti jalan raya dua lorong dan sebagainya serta masih ada kepincangan dan kelemahan berterusan Pas sebagai kerajaan Kelantan. Betul kecacatan itu sangat nyata dan jelas dan seolah-olah kerajaan Kelantan tidak ada idea untuk menanganinya. Sebenarnya kelemahan dan ketempangan kerajaan Kelantan bukan terbatas disitu sahaja. 

Misalnya masalah sosial, pengurusan alam sekitar yang menyumbang kemusnahan alam begitu teruk sehingga mengakibat berlaku banjir di luar dugaan, adalah kelemahan jelas kerajaan Kelantan. Dari segi moral sebuah kerajaan kecacatan dan masalah ini sangat mencengkam maruah kerajaan sekaligus memalukan rakyat Kelantan khasnya yang memangkah Pas.  

Keadaan itu ditambah lagi dengan kegagalan kerajaan Kelantan menguruskan negeri dengan menggunakan wang royalti yang tidak pernah diperinchikan kepada rakyat. Kerajaan Kelantan telah diberikan RM600 juta wang royalti Petroleum tetapi rakyat tidak mengetahui ia digunakan untuk apa. Kerajaan Kelantan tidak pernah menyebut atau memperincikan peruntukan wang itu, seolah-olah menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat. 

Keadaan itu semua turut memberi sumbangan untuk dilihat kegagalan kerajaan Kelantan. Apakah ada sesuatu yang sukar untuk diperkatakan oleh kerajaan Kelantan mengenai wang royalti Petroleum ini?

Kata kuncinya kegagalan kerajaan Kelantan tidak boleh dilihat mudah oleh pemerhati atau diterima Pas sendiri untuk mengakui mereka tidak akan dikritik oleh rakyat atau pun dibuang dalam pilihan raya nanti.

Kelemahan dan kegagalan kerajaan Kelantan memerintah dan hanya tahu "meratah" itu bakal menjadi faktor berlaku gelombang protes rakyat kepada kerajaan Kelantan kelak. Mungkin perkara ini tidak mendominasi keadaan waktu ini, kerana ia menjadi seperti keladak yang terpendam di hati rakyat, dimana bila sampai masa dan ketikanya ia akan jeluak keluar atau dimuntahkan bila sampai masanya.

Selain daripada kelemahan kerajaan Kelantan khasnya mengenai bekalan air bersih (air paip) yang diperkatakan bukan sahaja di luar Kelantan, tetapi di Kelantan sendiri, boleh menjadi kesan negatif kepada kerajaan Kelantan dalam usaha mereka hendak mengekalkan kerajaan Kelantan. Isu air bersih masih belum tuntas dan ia sudah pasti akan didendangkan dalam pilihan raya kelak.  

Perlu diingat Pas sudah berkuasa di Kelantan selama 31 tahun atau enam penggal, tempoh itu  menyebabkan ia sedang dinilai oleh rakyat Kelantan secara rasional dan menyeluruh. Walaupun Pas adalah parti warisan datuk nenek, tetapi generasi cucu cicit terkemudian tidak sepandir generasi lama yang dikunci dengan dogma Pas bagi menerima Pas sebagai parti kudus dan memiliki 47 pintu syurga. 

Undi 18, juga bakal menjadi faktor akan berlaku kejutan di Kelantan dalam Piraum akan datang. Pengundi muda yang lebih peka kepada keperluan pembangunan dan keperluan kehidupan kontemporari mereka mungkin tidak begitu senang dengan berbagai peraturan syari' yang diperkenalkan oleh Pas, yang dibuat hanya sebagai gula-gula bagi menunjukkan mereka Islami. Generasi muda yang berilmu dan berpengetahuan tidak mudah termakan dengan umpan bernama agama dan Islam, sifat tawaduk, zuhud dan ikhlas digunakan Pas itu. 

Kebebasan sosial di Kelantan yang dibatasi atas maslahat untuk menjaga akhlak bertentangan dengan jiwa generasi muda yang nalurinya mahu kebebasan tanpa disekat dengan peraturan yang direka-reka bakal diprotes. Fitrah semula jadi mereka kepada hiburan boleh menyebabkan mereka tidak begitu tertarik dengan Pas yang dilihat rigid dan bertentangan dengan naluri mereka. 

Satu perkara lagi yang juga perlu diberi perhatian dan wajar diperhitungkan Pas Kelantan ialah sikap pengundi di luar Kelantan. Secara tidak rasmi terdapat kira-kira 150,000 pengundi Kelantan berada di luar. Mereka selalunya menjadi penentu kepada kemenangan Pas apabila menyumbang 65 peratus undi kepada Pas pada setiap kali pilihan raya. Mereka akan pulang berduyung-duyung ke Kelantan untuk mempertahankan Pas dan menafikan kemaraan Umno.  

Hari ini sudah ada cakap-cakap atau nada kecewa diluahkan dalam kumpulan grup WhatsApp yang sudah mempersoalkan wibawa dan keberkesanan kerajaan Pas Kelantan. Kenyataan dan cara pemimpin Kelantan menangani sesuatu isu yang nampak dangkal dibuat secara simplistik mula dipertikaikan oleh mereka. Ucapan dan kenyataan simplistik pemimpin Kelantan disebar luarkan dalam medsos dan menjadi konten Titok. 

Sebagai contoh kenyataan dan jaminan ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Air dan Alam Sekitar, yang berkata masalah air bersih di Kelantan akan dapat diselesaikan 40 tahun lagi menimbulkan cemuhan dan ejekan rakyat Kelantan khasnya berada di luar. Begitu juga dengan kenyataan ramalan tentang banjir kononnya fenomena perubahan iklim tidak sangat membimbang.

Begitu juga dengan persendaan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan air Kelantan "belaka kokna" (banyak) dengan merujukkan kepada Sungai Kelantan, dipersenda dan dicemuhi rakyat.

Kenyataan-kenyataan sebegitu dijadikan ukuran oleh rakyat sejuahmana wibawa dan kualiti mereka sebagai pemimpin kerajaan. Selain itu rakyat Kelantan juga sudah mula menilai apakah fungsi pemimpin asal Kelantan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri.

Terdapat empat ahli Parlimen asal Kelantan berada dalam kerajaan hari ini. Mereka Mustapa Mohamed, Annuar Musa, Takiyuddin Hassan dan Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga timbalan menteri, Siti Zailah Yusof, Marzuk Shaari dan Nik Zawawi. Dengan keberadaan mereka disitu rakyat Kelantan sangat mengharapkan mereka dapat membantu Kelantan khas menyelesaikan apa-apa isu dan tuntutan berbangkit yang dibuat selama ini.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgLOjN9ix6OkgzfaZok9-x47dpq8NORP2YMXSgoPRB_zdUVfpC9_FZ63P9nEKeirh241tQ7-pmpeq6BpjXEmUs_orubLkLhqw6fTJWBCks_DafKZDabT9QMxGN545c3jVIWzNHJolJppmsmaGAvxy1gRTjvhv7venKRsfKZNvA2jG7oG4wILKky1pQv8A=w133-h200

Malangnya kehadiran mereka, hanya menjadi seperti garam yang dicurah ke dalam laut sahaja, atau seperti memelihara kambing gemuk mandul. Kuasa yang ada kepada mereka tidak memberi apa-apa dampak dan kebaikan kepada Kelantan melainkan hanya untuk kesenangan mereka sahaja. Misalnya Mustapa Mohamed sanggup tinggal parti lamanya (Umno) yang menaikkan darjatnya sebagai menteri, "ungga" (lari) ke Bersatu kerana gilakan jawatan menteri. Tetapi apakah dengan jawatan menteri dipegangnya selama ini, lebih 20 tahun, beliau dapat sumbangkan untuk Kelantan? Nahe kabi nahe. 

Satu perkara yang sangat dikesali rakyat Kelantan, apabila keputusan kerajaan Ismail Sabri Yaakob telah menarik balik bayaran tunai royalti petroleum untuk Kelantan diganti dengan wang esah, tetapi tidak dibela oleh keempat-empat menteri itu mereka menjadi bangkai yang kian membusuk sahaja. 

Senario itu semua akan mempengaruhi selera dan menjadi titik perkiraan rakyat Kelantan khas mereka tidak berparti dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka bertindak, memprotes dalam pilihan raya akan datang, ia boleh menyebabkan Pas akan dikejutkan dengan kekalahan di luar dugaan. Jangan rasa mustahil kalau Pas tiba-tiba bertakbir di Subuh atau mendirikan solat Hajat sebelum Asar.  

Kesimpulannya dapatan atau analisa Dr Mazlan itu bukan sesuatu yang boleh ditelan begitu sahaja oleh Pas Kelantan dan rakyat Kelantan am yang berazam untuk melihat berlaku perubahan di Kelantan diharap tidak terkesan dengan analisa beliau itu. Dan pendedahannya bahawa PH Kelantan lemah dan Umno masih kelu juga perlu diberi perhatian dan dijadikan wake-up call oleh pembangkang termasuk juga Umno. Kita ulas dilain masa atas tajuk apa yang PH dan Umno perlu lakukan?. [sri rampai. toyota. 9:41 am 05/01/20211]

Apa dinyatakan

 

SUKUK JADI SENGKEK



JAMZURI ARDANI


Kerajaan membuka tirai tahun baru dengan kegagalan yang memalukan. Sukuk ini matang pada 31 Disember 2021. Tetapi, selepas tamat tempoh matang, kerajaan masih gagal membayar para pelabur yang membeli sukuk tersebut. Perkara ini didedahkan oleh portal berita The Malaysian Sentinel.

Difahamkan dari lapuran tersebut bahawa kerajaan cuba melanjutkan tempoh matang sukuk tersebut tetapi ditolak oleh para pelabur. Ini adalah pertama kali kegagalan seperti ini berlaku sejak krisis kewangan 1997.

Kegagalan kerajaan membayar hutang dalam bentuk sukuk ini akan menjejaskan keyakinan para pelabur terhadap iklim ekonomi Malaysia. Ia juga akan menurunkan penarafan kredit negara di peringkat antarabangsa. Penarafan kredit yang rendah akan meningkatkan kos hutang ke atas kerajaan.

Kerajaan Malaysia sudah sememangnya tenat dengan hutang sejak krisis 1MDB. Walaupun pentadbiran singkat kerajaan PH telah berjaya menstabilkan kedudukan kewangan kerajaan, perubahan kerajaan yang berlaku mendadak telah kembali mengubah keadaan tersebut.

Pentadbiran kerajaan di bawah TS Mahiaddin Yasin telah berbelanja dengan boros dan kembali menambah hutang negara ke paras yang merbahaya. Ini diteruskan oleh kerajaan di bawah pimpinan DS Ismail Sabri Yaakob.





 

WAHAI MUKHRIZ!! - DENGAR BETUL-BETUL PESANAN INI !! | Anwar Ibrahim Belu...



Presiden parti PEJUANG, Mukhriz Mahathir, telah dikecam hebat oleh netizen, susulan kenyataannya memperlekeh, dan memperkecilkan kemampuan pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim! Kata Mukhriz, Anwar bukanlah calon yang sesuai, untuk menjadi Perdana Mmenteri, kerana masanya sudah pun berlalu. Dan sudah sampai masanya, tempat beliau yang mengetuai Parti Keadilan, dan pakatan harapan, diganti oleh seorang yang lebih berkebolehan! Pesan buat Mukhriz, belajarlah berpolitik, mengikut zaman yang anda berpijak! “Berpolitik secara memijak pesaing, atau musuh politik, malah rakan politik juga, sudah patut ditinggal jauh dibelakang, sebagai sejarah dan teladan! “Jika anda masih juga terlekat, dengan gaya politik yang lama itu, bermakna kepimpinan yang menghampiri tarikh luput itu, adalah diri anda sendiri, bukan orang lain, seperti yang anda fikirkan! ” #mukhrizmahathir #mukhrizdikecam #reformasi #reformasianwaribrahim



RAKAMAN SUARA! MEMANG PANAS APA MENTERI INI BUAT MCM TIADA AKAL!



Tak pasti suara siapa, tapi apa dikata ada benarnya. KKM dikemudi KJ ketara tidak serius membendung penularan Covid-19 variant omicron dalam negara. Kerajaan terus gagal 'handle' bencana. Covid-19 teruk kita kena musibah, lepas tu hampir semua harga barang melambung. Datang pula banjir besar, bantuan kecemasan langsung tak dikerahkan, sampai ada yang seharian di atas bumbung tunggu penyelamat, mangsa banjir rugi puluh ribu ringgit, hanya diberi RM1000 sahaja dan sehari cuti. Sumber Video FB Social Media

HADI TERUS MEREPEK

KISAH TRAGIS BASANT KHALED.


JAMZURI ARDANI


Beliau baru berumur 17 tahun. Seorang gadis desa yang dibesarkan dalam keluarga dan masyarakat yang konservatif di Mesir.

Seorang remaja lelaki yang mengenalinya cuba memikatnya dan mengajak beliau keluar bersiar-siar bersamanya. Basant menolak ajakan tersebut. Remaja lelaki tersebut marah dan dendam padanya. Ini kisah biasa di kalangan ramai remaja yang lain di seluruh dunia. Tetapi tidak buat gadis manis bernama Basant ini. Pengakhiran kisah ini cukup tragis.

Remaja lelaki tadi berpakat dengan seorang rakannya untuk membalas dendam terhadap Basant. Mereka berjaya menghasilkan gambar palsu (photoshopped) Basant dalam keadaan yang tidak senonoh dan menyebarkannya melalui media sosial.

Malang buat Basant. Kebanyakan anggota keluarga dan masyarakat sekelilingnya yang kurang terdedah dengan teknologi 'imaging' percaya bahawa gambar itu adalah betul. Basant menjadi sasaran kecaman dan cercaan anggota keluarga dan masyarakat sekitarnya. Media sosial menggandakan kesan buruk itu ke atasnya. Beliau menjadi mangsa buli siber yang dahsyat.

Beliau sangat sedih, tertekan dan malu lalu bertindak nekad membunuh diri dengan menelan racun.

Dalam nota terakhir kepada ibunya sebelum membunuh diri beliau menulis:

"Emak! Percayalah pada saya. Wanita dalam gambar itu bukan saya. Gambar-gambar ini telah di 'photoshopped'. Saya bersumpah! Saya masih muda emak. Ini tidak sepatutnya dilakukan pada saya. Saya menderita kemurungan. Saya lemas. Saya penat sangat. Ianya bukan saya. Emak telah mengajar saya menjadi orang baik"

Kematian Basant yang sangat tragis ini telah memberi kesedaran tentang bahayanya perbuatan buli siber, terutamanya yang melibatkan maruah seseorang. Betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar bagi menyedarkan manusia akan suatu kejahilan dan kejahatan. Basant telah membayar dengan nyawanya.

Sikap konservatif itu tidak semestinya buruk. Tetapi kejahilan yang berluasa di dalam masyarakat yang bersikap konservatif boleh membawa natijah yang sangat buruk.

Pihak berkuasa Mesir telah menahan dan mendakwa remaja lelaki dan rakannya yang melakukan perlakuan buruk tersebut. Tetapi, selain mereka berdua, saya turut menyalahkan ibubapa, anggota keluarga, dan masyarakat sekitar yang membenarkan kisah tragis ini berlaku.

Seharusnya ibubapa dan keluarganya melindungi gadis itu ketika beliau berhadapan dengan tekanan yang sebegitu rupa. Malangnya itu tidak berlaku. Mereka juga malah menambah masalah dan tekanan yang dihadapi oleh mangsa perbuatan jahat tersebut.

Kadang-kadang kononnya atas nama maruah, manusia boleh jadi hilang pertimbangan dan sifat kemanusiaan. Ya ... nama baik dan maruah keluarga sangat penting dan wajib dipelihara. Tetapi tidaklah sampai ia menjadi lebih penting dari nyawa gadis itu. Apatah lagi kalau ianya cuma merupakan fitnah jahat para pendusta.




KJ KANTOI ???TAK AMBIL VAKSIN ?






 

OWH MALAYSIAKU



 HAMZAH RIE NA


Duduk situ diam-diam jangan lari. Apa Kes dgn najib sekarang? sudah masuk sungai buluh atau belum?

Undang-undang ada baik ka? Yinni nigara susah mau pircaya. Kes buka, siasat yittu macam. Belakang mari simmua kasi lipas jugak. Tirbaid!