FORMULA PLATFORM & SASARAN PENGUNDI .MEDIA MEMAINKAN PERANAN PENTING


FORMULA PLATFORM & SASARAN PENGUNDI

Adakah masih relevan lagi DS Anwar Ibrahim dlm arena politik tanahair? Ini antara yg sering dijadikan bahan kritikan oleh sesetengah pengulas politik bila setiap kali PH menerima kekalahan. Tanya saya DS Anwar masih relevan.
Dalilnya kenapa waktu Tun menjadi PM dan PH tewas beberapa kali pada PK tiada suara sumbang mengatakan Tun sudah tidak relevan. Malah Dap dan Amanah masih mahu mengangkat Tun sebagai PM seterusnya jika tidak silap saya.
Dalil seterusnya, Najib dahulu ketika BN tewas PRU14, KJ kata secara terbuka mengatakan Najib sudah tidak relevan hingga bekas PM itu tidak dibenarkan berkempen di pilihanraya kecil.
Tapi kini Najib comeback sebagai 'banduan' yg perlu proses mahkamah utk membebaskannya dari hukuman dan diangkat sebagai 'bosku' oleh sebilangan org Melayu. Anda hairan...jgn hairan kerana disitulah betapa penting peranan media mensucikan Najib.
Muhyiddin dan Hadi Awang partinya tewas tidak ada pula mengatakan kedua mereka tidak relevan. Bagi pandangan peribadi saya setakat ini karimastik Anwar masih belum boleh ditandingi. Dia masih relevan berbanding dgn Najib yg sudah didapati bersalah dgn pelbagai skandal.
Kenapa Najib boleh comeback dlm keadaan reputasinya yg buruk? Ia semua berkait rapat dgn peranan media... Najib atau team medianya bijak memainkan isu popular rakyat.
Contoh selepas kemenangan PRN Melaka cepat2 Najib mengarahkan Tengku Zafrul tekan butang i-Citra sebanyak RM 10k secepat mungkin. Tahukah anda jika Zafrul mengikuti apa yg disarankan oleh Najib ratusan ribu mereka yg cukup akaun 1 mereka akn melupakan kes RM 100 juta pemohonan Najib membina mahligainya.
Walaupun pada dasarnya ia tidak bagus kpd pencarum utk masa depan mereka tetapi Najib sgt bijak memahami apa kehendak rakyat di kalangan org Melayu.
Apa kelemahan org Melayu?... RM RM RM. Sdgkan kita (PH) terlalu teknikal utk meminta wang KWSP diberikan kpd rakyat. Mana ada pemimpin PH yg lantang bersuara seperti Najib soal KWSP ini.
20 tahun dahulu saya pernah diberi oleh seorang tauke Cina sebuah buku The Art Of War tulisan Sun Tzu yg ramai sudah membacanya. Pada ketika saya bertanya utk apa saya baca buku ini. Jawab tauke tersebut buku ini perlu dikhatam kerana dia melihat saya berminat dgn politik dan dunia perniagaan.
TEKTIK PEPERANGAN & POLITIK
BN bijak mencari kelemahan org Melayu. Benar mereka berperang dgn kita bukan secara anak jantan kerana mereka mengikat mulut dan tangan kita tetapi mereka tidak peduli.
Mereka gunakan kesempatan itu utk berkempen di media perdana di semua stesen TV dan akhbar. Lawan tetap gula2 kan org Melayu dgn sampul RM. Formula ini tetap relevan.
Tektik berpolitik yg digunakan oleh BN selain itu menakut nakutkan org Melayu dgn DAP. Mereka berjaya melahirkan persepsi tersebut dgn jayanya dgn mencari kelemahan pengundi2 Melayu.
Sepertimana sejarah membuktikan pihak tentera2 yg berlawan akn gunakan pelbagai taktik tak kira samada taktik kotor atau tidak asal menang.
Pernah mendengar kisah perang Pelusium antara Parsi dan Mesir. Ketika itu Cambyses II tahu masyarakat Mesir menganggap kucing adalah binatang yg paling mulia.
Jadi dia mengarahkan tenteranya membuat perisai bentuk kucing selain membawa ribuan kucing di barisan hadapan. Oleh kerana tentera Mesir tidak sanggup membunuh kucing tersebut maka kubu mereka sgt mudah dicerobohi. Mesir menganggap ia suatu jenayah perang. Tapi adakah tentera Parsi peduli?
PLATFORM YG TEPAT
PH perlu ada Media rasmi seperti saya katakan semalam. Jgn mengharapkan kpd facebooker atau cytro kerana ia tidak mencapai sasaran pengundi. Bila ada media rasmi dan teamnya maka mudahlah kita mengatur strategi.
Facebooker dan cytro mereka hanya org biasa yg kadang2 kurang info, penulisan beremosi, kritikan yg tidak berfakta dan kadangkala ada yg penuh kata2 makian. Kita mesti ada media rasmi yg dilihat pemberitaan, content dna pengurusannya profesional.
Platform mesti tepat. Dgn mempunyai team, peralatan, studio kita juga mampu membuat content utk pelbagai medsos yg ada. Ingat jgn pandang ringan kpd Tik Tok kerana di situ adalah medium utama kpd golongan remaja utk mereka mendapatkan pelbagai info.
Facebook hanya medium utk golongan dewasa atau mereka yg suka membaca tetapi bukan utk anak2 muda. Platform yg tepat utk menyalurkan info sgt penting.
Imej DS Anwar dilihat teruk berbanding Najib kerana team PH atau PKR sendiri tidak ada inisiatif atau proaktif utk mencipta DS Anwar sebagai hero rakyat.
SASARAN PENGUNDI
Kenapa saya katakan kita mesti tahu platform yg tepat utk sasaran pengundi yg diperlukan. Saya juga Otai Reformasi jika hendak ceritakan perjuangan 1998 tapi kita mesti ingat golongan anak2 muda ini tidak mahu tahu lagi sejarah tersebut... mereka hanya ingin tahu apa yg mereka boleh dapat?
Ya golongan reformis jgn dilupakan tetapi kelompok golongan usia begini samada di pihak PH, BN atau PN sudah sukar utk kita mengubah pendirian mereka. PH tetap pangkah PH dan org BN tetap pangkah BN.
Pengikut PAS tu walaupun matahari terbelah dua sekalipun tidak akn mengubah pendirian mereka utk memangkah PAS. Jadi kita jgn buang masa dgn kelompok usia 40an ke atas.
Jadi siapakah sasarah pengundi yg perlu parti kerahkan utk mendekati mereka? Mereka adalah undi anak2 muda yg masih belum berparti atau yg kurang berminat berpolitik.
Golongan inilah yg perlu kita sasarkan kerana meraka ini ibarat kain putih. Naif tentang politik jadi utk dekati mereka ada pelbagai cara.
Selain aktiviti remaja dan keperluan mereka seperti pinjaman perniagaan...media sosial adalah platform terbaik utk kita bawa mereka dari terperangkap dgn politik rasuah.
Golongan apakah lagi yg perlu kita dekati? Golongan pengundi atas pagar yg menjadi penentu kemenangan mana2 parti.
Golongan mengundi berdasarkan kpd kuasa media yg boleh mempengaruhi minda mereka. Sb mereka tidak akn menjadi ahli parti tetapi hanya mengharap persepsi yg dicipta oleh media.
POSTMORTEM TERBAIK
Apakah postmortem terbaik? Pemimpin please jgn hanya memanggil punasihat2 anda. Mereka hanya memberi dalil mengikut pandangan hanya kpd dengar2 sahaja.
Begitu juga jgn tanya kpd penganalisis politik. Mereka juga hanya membuat andaian semata mata. Kita perlukan kajian yg jujur dan tepat.
Kita mahu kajian impak yg boleh kita ambil tindakan segera. Bagaimana caranya? Caranya hantar team dari pusat utk bertemu sekurang kurangnya 300 pengundi di setiap DUN di Melaka. Tanya mereka mengundi atas dasar apa?
1. Logo (tak suka logo PH)
2. Calon (bukan pilihan org tempatan)
3. Tolak calon pengkhianat
4. Parti
5. Bencikan DAP
6. Isu tempatan
7. Isu nasional
8. Bosku
9. Abah
10. Anwar Ibrahim
Jika majoriti mengatakan kerana takut DAP bermakna kita gagal dalam menguasai media kerana maklumat yg benar tidak sampai.
Begitu juga jika mereka sayangkan Bosku bermakna kita gagal menjadikan DS Anwar ketua Pakatan Harapan sebagai harapan org Melayu. Ini semua jika benar berlaku bermakna media kita tidak berfungsi.
Maaf kata bila saya baca beberapa flyers calon2 ADUN PH mcm flyers produk ubat kuat atau produk kurus badan. Sepatutnya mesti ada flyers khas utk menghebahkan kebaikkan PH 22 bulan memerintah Melaka dan menghebahkan keburukkan musuh jika rakyat memilih mereka.
Sebab itu saya katakan pengalaman itu penting. Kita sarankan buat flyers mereka buat tapi flyers itu tidak memberi impak. Bagus lagi text flyers minyak gamat😂
MEDIA PH
Kenapa perlu Media rasmi PH. Ia umpama Skop Prodution buat filem dgn kos yg tinggi, pelakon/ yg hebat, pengarah yg hebat, skrip filem yg baik tetapi tidak mahu buat promosi. Perniagaan atau pembikinan filem tanpa promosi umpama bunuh diri.
Sebab itu dulu saya ada menulis bagaimana Coca Cola dan Pepsi beratus juta berbenlanja hanya utk tujuan promosi. Kalau tiada promosi org akan lupa kita.
Begitulah juga PH... kita ada Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Salahuddin dan lain2 tetapi kita tiada media utk sampaikan kpd rakyat. Jika Anwar dtg setiap hari ke DUN yg dihadiri punasihat2... tapi tak boleh berceramah apa guna beliau hadir jika hanya utk melambaikan tangan.
Sdgkan BN menggunakan berita TV Perdana berkempen dari siang hingga lewat malam berkempen. BN berkempen 365 hari setahun. Kita berkempen selama 10 hari.
Bila ada SOP kita hanya berkempen sesama kita. Tunjuk gambar kita melawat kawasan sahaja sambil menikmati makanan yg enak. Kita menang sorak kampung tergadai.
Apapun kita jgn terlalu bimbang walaupun parti kita ibarat menerima pukulan TKO. Ini kerana peratusan 25%-23% atau jumlah undi masih tidak byk berbeza dgn BN. Cuma kerana sistem pilihanraya negara yg membuatkan kita merasakan keputusan itu sgt teruk buat PH.




PASCA PRN MELAKA - CABANG PAYA BESAR BERDIRI TEGUH BERSAMA PRESIDEN


May be an image of 1 person



Terlebih dahulu, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera dan sukarelawan terutamanya dari Pahang yang telah berkampung di Melaka sejurus hari penamaan calon sehingga ke hari pengundian pada Sabtu kelmarin. Syabas juga kepada semua calon yang bertanding kerana berani memikul amanah dan tanggungjawab berat bagi mewakili Keadilan sebagai calon Pakatan Harapan di dalam PRN Melaka.
Di dalam situasi Pandemik Covid19 dengan SOP kempen yang terlalu ketat sehingga kadangkala dilihat tidak masuk akal dan berat sebelah, kami berlapang dada menerima keputusan yang telah diumumkan.
Kami yakin parti akan mengadakan post mortem bagi mengenalpasti beberapa faktor yang menyumbang kepada kekalahan semua calon dari Keadilan.
Kami yakin, setiap pandangan mahu pun teguran dari mana-mana pihak samada sebelum atau selepas PRN telah dan akan diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti dan Majlis Presiden PH.
Kami percaya, semua pimpinan parti dalam PH samada di peringkat negeri Melaka mahu pun pusat akan sama-sama memikul tanggungjawab bagi mengenalpasti segala kelemahan yang wujud serta berusaha untuk memperbaikinya.
Keadilan Cabang Paya Besar tetap menaruh kepercayaan kepada Presiden, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk terus menerajui parti keramat ini dan terus bersemangat menerajui kepimpinan Pakatan Harapan.
Kami berjanji akan terus memberikan sokongan padu kepada Presiden dan membantu beliau dengan sedaya upayanya sehingga berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
22 November 2021
WAN FAUZULDIN BIN WAN SAMAD
Ketua Cabang
Keadilan Paya Besar

KHIANAT DAN BACUL ?

 

Parti pengkhianat dan bacul, jadi kerajaan pusat cara khianat, rampas mandat rakyat. Buat pilihanraya pulak cara paling bodoh, tak boleh berkempen, tapi boleh tonton bola ribuan orang kat stadium. Menteri dia sibuk buat lawatan sambil berkempen. Mulut kita ditutup. Kamu bangga dgn kemenangan cara bacul itu?


Bila menang cara bacul di Melaka, tak sabar-sabar nak bubar parlimen pulak. Ada mereka peduli tentang Covid? Semuanya pasal kuasa dan kedudukan. Itu pun ada rakyat yang kata mereka itu pejuang melayu. Aduhai..


w.faudzin

KELUAR MENGUNDI RENDAH FAKTOR PH KALAH

 

PRN MELAKA: SIKAP SPR DIKESALI – NIK NAZMI

 

Jika Melayu tidak ‘reform’ sukar untuk Melayu PH menang PRN mahupun PRU

 


Oleh MOHD ALI HASHIM / November 21, 2021

Sekiranya Melayu tidak ‘reform’ maka apa yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH), itu semua akan didakwa dari DAP dan adalah sukar bagi Melayu PH untuk menang sama ada dalam pilihan raya negeri (PRN) maupun Pilihan Raya Umum (PRU).

Oleh kerana itu, kata Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria terdapat dua perkara yang relevan dan signifikan bagi PH iaitu anti Cina atau DAP dijadikan faktor penyatuan Melayu-Islam oleh Umno, Bersatu dan Pas.

Manakala itu kata beliau, orang Melayu-Islam pula melihat PH tidak menjuarai atau ‘championing’ hak-hak dan kepentingan Melayu.

“PH perlu mengkaji dengan teliti menjuarai ataupun ‘championing’ hak-hak mahupun kepentingan orang Melayu.

” Sebetulnya, sekiranya MCA ataupun Gerakan bercakap hal sensitif bab Melayu dan Islam kini, ianya kurang diambil peduli, sebaliknya jika perkara yang sama diperkatakan oleh Dap, ianya akan diperbesarkan bagai hendak runtuh gunung.

” Dalam konteks umum, akademik ataupun sudut syariah banyak perkara menyentuh bab Islam dan Melayu, pendekatan yang diambil oleh PH adalah betul, walau bagaimana pun ianya mudah untuk dimenangi oleh Umno, Pas dan Bersatu,” ujar beliau ketika dihubungi.

Sejajar dengan itu tegas beliau, semua tindakan yang dilakukan mengaitkan Cina dan DAP, ia akan diputarbelitkan oleh Umno, Pas mahupun Bersatu.


Tahniahlah YB


 


SEMBANG Bersama MOHAMED HANIPA MAIDIN / November 21, 2021

Satu yang saya harus puji parti ehem adalah depa sentiasa ada dalil.

Dan saya juga tabik tahap keyakinan depa. Masa saya mula-mula di”lamar” oleh parti ehem untuk bertanding di sebuah kawasan…lawan seorang mantan menteri, depa habaq kat saya “jangan risau encik Hanipa, insyaAllah kawasan tu berpotensi menang”…masa tu kawasan tu hanya ada 2 cawangan je parti ehem.

But to be fair, saya rasa seronok amat sangat masa tu berkerja dengan hampir 100% ahli marhain parti ehem di situ untuk lawan sakan Umno walaupun masa tu saya baru sahaja keluar U dan baru jadi tok loya!
No way kami nak bagi Umno menang free. Sori mori lah!

Masa saya dalam U lagi dan tolong calon parti ehem di sebuah negeri, walaupun kami masa tu tidoq atas lantai dan bawah meja dan makan pun hanya nasi berlauk batang pisang je..tapi best giler. I really loved all org bawah parti ehem sehingga skrg. I mean it.

Pemimpin atas depa? Lain tahun kita cerita ya. Tapi tu dulu lah. La ni depa dah mewah dan kaya kot.

Dan satu lagi yang saya kagum bila lihat senario di bawah;

-Sekiranya calon depa menang depa akan buat kenduri
-Sekiranya calon depa kalah, pun depa buat kenduri.
-sekiranya calon depa hilang deposit pun depa buat kenduri.
-Sekiranya tiada calon depa bertanding, pun depa akan buat kenduri.





Peranan Tiga Orang Dalam Menjatuhkan PAS Di Melaka

22 kali cabutan khas judi, Idris Ahmad setuju ke rakyat Malaysia jadi ka...

Beberapa sebab kegagalan PH dalam Pirane Melaka

 


 SESUDAH SUBUH

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai
Ketua Menteri Melaka.
SELAMAT pagi dan salam Subuh. Pilihan raya negeri Melaka ke-15 sudah selesai dan muktamad. BN menang besar mendapat 21 kerusi, manakala PH hanya menang lima (5) kerusi dan PN dua (2) kerusi. Umno yang menulangi BN menjadi parti mendapat kerusi terbanyak apabila menang 18 kerusi, manakala McA dua (2) dan MiC satu (1).

Dap pula dikira menyelamatkan maruah PH apabila menang empat (4) kerusi dan Amanah satu (1). PKR yang bertanding di 11 kerusi tidak memenangi satu kerusi pun, nasibnya sama dengan Pas yang bertanding di tujuh (7) semua tewas. Keadilan bolehlah jadi adik beradik tiri dengan Pas. Jika Pas kekal berkawan dengan BN mungkin parti itu sudah dapat menghantar wakil sulungnya ke Dun Melaka. 

Sudah berduyung-duyung status yang memberi komen dan ulasan kepada pilihan raya berkenaan. Sebab musabab kenapa Umno menang besar dan Keadilan dan Pas tidak menang satu kerusi, dan mengapa Dap gagal mempertahankan semua kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya ke-14 lalu dibicarakan.

Saya berkesempatan pagi ini untuk memberi sedikit pandangan awal berhubung keputusan pilihan raya berkenaan. Apapun marilah kita ucap tahniah dan syabas dahulu kepada BN khasnya Umno yang berjaya merampas kembali kerajaan yang hilang selama 22 bulan sebelum ini apabila kalah dalam Piraum ke-14 dulu. Umno tentu berasakan maruah mereka terbela. Kemenangan itu akan dijadikan semangat untuk menubuhkan kerajaan Malaysia atas kekuatannya sendiri seperti sebelum ini. 

Sulaiman Md Ali juga telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri awal pagi ini. Tahniah. Umno telah mengotakan janjinya untuk melantik Adun Lendu itu sebagai ketua menteri, bukannya Adun Tanjung Bidara, Abdul Rauf Yusoh. Kesegeraan majlis angkat sumpah Sulaiman itu menunjukkan Umno tidak dapat tidur sepanjang malam tadi kerana meraikan kemenangan mereka. Saya rasa Umno juga terkejut dengan kejayaan itu. 

Dalam membuat ulasan berhubung keputusan pilihan raya itu ada berbagai-bagai pandangan dan sudut dinilai. Diricih dan dicincang. Masing-masing dengan pandangan tersendiri. Ada yang natural, ada yang bias, ada yang berada ditengah-tengah. Yang bias datangnya daripada mereka yang menjadi penyokong kepada parti tertentu. Soal apakah komentar itu professional atau tidak, itu soal lain. Dunia hari ini wacana kedai kopi pun sudah diiktiraf dalam internet. Kena faham dan maafkan. 

Pengulas berpihak, meletakkan kesalahan kepada parti sendiri, atau parti yang disokong, tanpa melihat kepada kekuatan atau strategi mantap oleh pihak lawan. Yang banyak diperkatakan ialah bukan kemenangan BN, tetapi kekalahan di pihak PH. Dapat dibayangkan ahli dan penyokong PH cukup kecewa dan hiba dengan apa yang berlaku. 

Kekalahan PH khasnya kegagalan Keadilan mempertahankan kerusinya yang diperoleh dahulu dan tanpa menang sekerat kerusi pun, banyak diperkatakan oleh pengulas amatur dan profesional. Kerana Keadilan dilihat tulang belakang kepada PH menyebabkan parti itu menjadi tumpuan. Apabila parti utama kalah, tentulah ia dipersoalkan. Yang menjadi sasaran dan perhatian ialah Anwar Ibrahim selaku pengerusi PH dan presiden Keadilan. Wibawa dan popularitinya juga diperkatakan. 

Di sini saya tidak mahu menumpukan kepada satu parti sahaja, tetapi mahu merangkul kesemua parti yang berada dalam PH. Saya juga tidak mahu menyinggung mana-mana peribadi tokoh atas nasib buruk PH itu. Saya akan berbicara dan melontarkan pendapat kerdil secara umum.

Saya turunkan beberapa sebab atau senario dari berbagai aspek kenapa PH kalah. Setengahnya saya sudah bayangkan atau perkatakan dalam status-status di dalam Facebook. 

1. Keadaan pilihan raya itu diadakan ia telah meletakkan pembangkang (PH) dalam keadaan berat dan tertekan serta diperangkap. Pilihan raya itu tidak seperti biasa, tidak boleh berkempen dan penuh dengan tatasusila gila-gila. Sedangkan pihak BN yang merupakan kerajaan dapat melakukan dengan menggunakan segala macam jentera kerajaan. Ternyata aparat kerajaan seperti RTM dan lain-lain berpihak kepada BN walaupun PN juga sebahagian daripada kerajaan.

TYT yang dikenali sebagai orang Umno tidak akan sedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka kalau tidak ada keyakinan jika diadakan pilihan raya mereka akan menang. Ramalan dan analisa mereka tepat, apabila Umno menang besar. Pilihan raya dalam norma baru (Covid) telah mendatangkan hasil sementara PH pula dalam keadaan tangan separuh terikat.

2. BN mempunyai kekuatan secara spiritual apabila perdana menteri adalah Islam Sabri Yaakob yang merupakan naib presiden Umno. Kedudukan itu menjadikan rakyat Melaka lebih bersemangat untuk memangkah Umno berbanding parti lain. Jawatan perdana menteri memainkan peranan signifikan kepada pengundi. Walaupun PN menjual gambar Mahiaddin Yassin tetapi ia tidak membawa kesan kerana Mahiaddin adalah bekas perdana menteri. 

3. Kelemahan dalam PH ternyata sejak awal-awal lagi apabila semasa mengumumkan calon, DAP tidak bersama. Walaupun akhirnya Dap seperti bersama, tetapi mesej awal yang Dap tunjuk tidak "bersama" itu sudah diterima umum dan ia dimainkan dijadikan isu. Orang mengambil faham Dap tidak serius untuk merampas Melaka. Apa sebab Dap menunjukkan sikap demikian itu soal lain, tetapi tindakan itu sebagai kurang cerdik. Membakar sampah tepi rumah, asapnya akan masuk ke dalam bilik sendiri. Kan kini semua kepedihan mata. 

4. Peratus keluar mengundi menjadi faktor utama. Awal-awal saya sudah meramalkan sekiranya peratus keluar mengundi rendah, tidak sampai 80% ke atas ia membahayakan kedudukan PH, dan menguntungkan kepada UBN. Peratus keluar mengundi semalam hanya 65.85 peratus sahaja. Salah satu faktor kenapa pengundi malas mengundi ialah bosan dengan politik dan juga ancaman Covid. Tetapi peratus itu membawa tuah kepada parti yang telah mempunyai penyokong fundamental.

5. MoU di antara PH dengan kerajaan sedikit sebanyak memberi kesan, kerana MoU itu menyebabkan penyokong PH yang tidak suka PH bekerjasama dengan kerajaan dan mahu terus menghentam BN dan PN, tawar hati untuk bekerja keras atau turun mengundi PH. Penanda-tangani MoU itu seperti PH menarik hand break. Ia suatu tindakan yang tidak mengambil kira sentimen dan mood ahli dan penyokong bawahan.

6. Tanpa penglibatan Dr Mahathir Mohamad. Suka atau tidak, harus diterima bahawa pengaruh Dr Mahathir dalam pilihan raya lalu (Piraum ke-15) telah menarik sokongan veteran untuk menyokong PH. Apabila Dr Mahathir tidak menghiraukan pilihan raya itu, menyebabkan mereka dirasakan tidak terpanggil untuk berpartisipasi dengan pilihan raya. Buruk atau baik OT96 pengaruhnya di kalangan veteran Umno tetap ada.  

7. PH tidak jadi sepadu (solid) seperti pilihan raya umum lalu apabila Bersatu sudah berasingan dan membuat perikatannya sendiri. Kehilangan Bersatu itu tidak dapat tokok (topup) oleh PH. Ini terbukti apabila ada kerusi-kerusi kalau dicampur undi Bersatu dengan PH, BN tidak akan menang. 

8. Najib Razak masih berpengaruh dan ada di hati rakyat Melaka. Serangan secara bertubi-tubi terhadapnya dilakukan oleh pihak tertentu termasuk Dr Mahathir di parlimen, telah memberi simpati pengundi veteran kepada Najib. 

Misalnya tindakan veteran Umno Zaharin Yassin setiap malam membelasah Najib Razak, jika diperhatikan ia semacam menguntungkan PH, tetapi sebaliknya cara Zaharin itu untuk membantu BN. Apabila dibelasah Najib melulu macam babi sodok batas ubi, simpati timbul kepada Najib oleh pengundi akhirnya pengundi akan membela Najib dengan mengundi BN. Cara reverse psychology  dilakukan Zaharin ini ramai yang tidak faham dan bertepuk tangan akhirnya gema kekalahan itu jauh ke dalam lubang telinga sendiri. Main politik harus bijak membaca dan menilai.  

9. PH sendiri kekeringan isu dalam pilihan raya itu khasnya isu negeri atau setempat. Isu pasir yang ditimbulkan tidak terkesan kerana secara umumnya ia tidak membebankan rakyat. Isu pasir bukan isu masyarakat, tetapi isu para kontraktor dan politis. Isu kemiskinan misalnya tidak dibawa secara berkesan, atau mungkin masalah kemiskinan tidak wujud lagi di Melaka atau menjadi masalah terpencil. Manakala isu agama bukan menjadi makan minum rakyat Melaka. 

Kesimpulannya pilihan raya Melaka itu memberi natijah dan menjadi indikator oleh semua pihak. Kepada BN ia menjadi semangat untuk parti itu mengembalikan semula kegemilangan yang hilang kini. Kepimpinan Umno yang ada kini boleh merasa sedikit tenang dan bersemangat kembali. Mana-mana pemimpin atau individu Umno yang sudah hilang kepercayaan kepada parti akan merapat langkah semula. 

Bagi PH pula mereka perlu merangka naratif baru dalam pakatan berkenaan untuk memperlihatkan komitmen mereka untuk menerajui Malaysia lebih nyata dan jelas lagi bukan berpuas hati dengan cara dan usaha yang ada kini.

Kegagalan PH untuk memerintah Melaka itu bukan penutup segala jalan cerita atau pengakhiran mimpi. Sebaliknya ia boleh dijadikan azimat untuk menyuntikkan semangat bagi memperelokkan lagi Pakatan Harapan. Kejayaan BN di Melaka itu bukan penanda yang autentik untuk BN dapat menguasai Malaysia dalam Piraum ke-15 kelak. Kemenangan itu bersifat sementara dan lebih kepada bernasib baik. [wm.kl.9:02 21/11/2021]


ANWAR MASIH RELEVAN JADI PERDANA MENTERI, TAPI PRU15 INI HARUS JADI PERTARUHAN TERAKHIR BAGINYA


 Berikutan prestasi buruk PH dan PKR dalam PRN Melaka semalam, banyak pihak terlihat cenderung menyalahkan Anwar Ibrahim atas keadaan itu bersama sebab-sebab lain yang mungkin kita sudah sedia maklum mengenainya melalui pembacaan di pelbagai saluran media.

Selain ramai yang mengatakan beliau harus dipersalahkan atas sifatnya sebagai nakhoda yang gagal, tidak kurang menuding jari menggesanya untuk segera berundur dan meletak jawatan.

Kata mereka, Anwar sudah tidak relevan lagi dan PH serta PKR harus dipimpin oleh pemimpin baru jika gabungan itu mahu menang atau mencapai keputusan menggembirakan dalam PRU15 akan datang.

Persoalannya, benarkah tanpa Anwar, PH mampu mencapai kejayaan dalam PRU15 akan datang dan benarkan jika dipimpin Anwar, PH akan terus dibelenggu kegagalan?

Persoalan lain, jika Anwar berundur, siapa yang layak dan harus menjadi penggantinya?

Daripada satu segi yang lain, kita dapat lihat mereka yang menggesa Anwar berundur itu bukanlah kelompok yang selama ini komited dengan PKR, PH atau blok pembangkang, tetapi adalah mereka daripada dalam UMNO, kelompok yang tidak ketahuan kecenderungan politiknya dan tidak kurang yang pro Tun Mahathir Mohamad.

Jadi, apa sebenarnya maksud tersirat mereka mahu Anwar berundur – benar-benar mahu PH menang atau lebih takut jika Anwar akhirnya berjaya meraih kemenangan?

Khusus mereka dalam UMNO misalnya, jika benar Anwar sudah tidak relevan lagi, mereka sepatutnya gembira kerana ia memberi laluan lebih mudah untuk BN mencapai kemenangan.

Bagi mereka yang komited dengan PH dan PKR, rata-ratanya masih meyakini kemampuan Anwar bersama kewibawaan serta idealismenya untuk memimpin negara dan membawa perubahan kepada rakyat.

Dalam konteks Anwar sebagai Pengerusi PH dan Presiden PKR, memang diakui beliau belum mampu membawa gabungan itu mencapai kejayaan, meskipun pernah membawa blok pembangkang menafikan kemenangan dua pertiga UMNO dan BN bermula pada PRU 2008 dan seterusnya pada PRU 2013.

Sebelum keberadaan Anwar dalam blok pembangkang yang bermula selepas beliau dipecat daripada UMNO pada 1998, tidak pernah lagi mana-mana parti pembangkang atau pemimpin mampu mengubah landskap politik negara seperti mana yang telah dilakukannya.

Dalam PRU14 pada 2018, memang benar kejayaan PH ketika itu dipimpin oleh Tun Mahathir, tetapi bekas Pengerusi Bersatu itu sendiri sebenarnya bergantung penuh kepada kekuatan Anwar dan PKR sehingga beliau sanggup “mencemar duli” merendahkan dirinya bertemu bekas musuhnya itu di mahkamah dan seterusnya menjalin hubungan baik semula setelah berpuluh tahun bermusuhan.

Pokoknya, mampukah Tun Mahathir jika tanpa berbaik dengan Anwar, menumbangkan BN pada PRU14 lalu?

Meski Anwar sekarang memimpin PH, kita juga harus sedar imej gabungan itu telah banyak dirosakkan oleh Tun Mahathir yang ketika mengetuai kerajaan selama 22 bulan telah melakukan pengkhianatan terhadap janji dan mencemar keyakinan rakyat dengan mengatakan buku manifesto bukan kitab suci.

Anwar hari ini bukan saja memimpin PH dengan harapan tinggi rakyat untuk memenangi pilihanraya, tetapi juga kena memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap imej gabungan yang sengaja telah dirosakkan itu.

Untuk itu, bagi berdepan PRU15 akan datang, Anwar sebenarnya masih relevan untuk dijadikan sandaran, cuma banyak kerja yang harus dilakukannya dan beliau tidak mungkin mampu melakukannya sendirian.

Kemampuan, stamina, idea, kebolehan berhujah, punya hubungan antarabangsa, aura sebagai pemimpin yang dimilikinya masih jauh ke depan jika mahu dibandingkan dengan Najib Razak, Mahiaddin Md Yasin, Zahid Hamidi, Mohamad Hasan atau pun Ismail Sabri yang dijangka adalah pesaing-pesaingnya dalam PRU15 akan datang.

Lagi pun, dengan PRU15 mungkin tidak sampai setahun daripada sekarang, menukar nakhoda dengan tiba-tiba bukanlah keputusan yang bijaksana, bahkan mungkin membawa nasib lebih buruk kepada PH.

Turut penting sama kerana tidak ternampak ada di kalangan pimpinan PH sedia ada yang setanding kemampuan dan kewibawaannya untuk menggantikan Anwar buat waktu terdekat ini.

Begitu pun, atas faktor usia, sementara Anwar dirasakan masih relevan untuk menjadi panglima perang dalam PRU15 akan datang dan seterusnya sebagai Perdana Menteri, dalam masa yang sama beliau tidak harus menjadi seorang yang sehingga ke usia nak mati pun masih lagi ghairah mahu menjadi Perdana Menteri.

Sebaiknya, PRU15 ini adalah pertaruhan terakhirnya dalam kancah politik, bertanding dalam pilihanraya dan memimpin PH serta PKR.

Bermula sekarang dan dalam penampilan pada PRU15 nanti, pemimpin muda dan baru harus lebih ramai ditonjolkan sebagai persiapan untuk mereka mengambil alih PH dan PKR.

Jika Anwar berjaya memenangi PRU15 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, paling lama beliau harus memimpin negara ialah selama sepenggal setengah dan selepas itu mesti menyerahkan kepada pengganti yang sudah siap sedia dilatih untuk mengambil alih tempatnya.

Jika gagal pada PRU15, Anwar dengan senang hati harus melepaskan segala perjuangan yang telah diasaskannya sejak 1998 untuk diserahkan kepada pemimpin pengganti untuk menghadapi PRU16 yang seterusnya.

Sedemikian itu, dalam PRU15 nanti yang merupakan medan pertarungan terakhirnya, bukan saja Anwar harus lebih bekerja keras, tidak kurang pentingnya ialah mereka yang tetap meyakininya juga mesti turut sama bekerja keras dan sedia berkorban bagi merealisasikan hasratnya memimpin negara ini benar-benar menjadi kenyataan akhirnya. – 


ShahbudinHusin 21/11/2021.



“Masih ada harapan untuk PH, dengan syarat…”


Rafizi

Pendokong PKR, PH jangan sedih kata Rafizi.Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyarankan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengambil iktibar dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan Dari utusan online Beliau berkata keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti adalah lebih baik sekiranya pimpinan belajar dari PRN itu

Beliau juga berpesan “Kepada pendokong PKR atau PH yang mahukan negara ditadbir oleh orang-orang yang amanah dan cekap, Jangan terlalu bersedih dan putus harapan. Ada pengajaran baik di sebalik keputusan PRN Melaka.

“Kalau pimpinan PKR atau PH belajar dari keputusan ini, tolak ego. Insya-Allah PRU-15 lebih baik,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.

PRN Melaka itu menyaksikan PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandinginya.

Lima kerusi tersebut merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Ayer Keroh dan Bukit Katil.

BN pula diumumkan menang dengan majoriti selesa sebanyak 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Masa depan PH gelap jika abai suara akar umbi, kata penganalisis



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Penyokong PH membantah gabungan itu menerima dan mencalonkan ‘katak’ politik pada PRN Melaka.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan kalah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika gabungan itu tidak mendengar suara akar umbinya, menurut seorang penganalisis politik.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, akar umbi membantah PH menerima calon yang melompat parti, tetapi pemimpin gabungan itu tidak mengendahkannya.

“Ini menjejaskan sentimen akar umbi terhadap PH,” katanya kepada FMT.

Awang merujuk kepada bekas ahli Umno, Idris Haron, yang bertanding dengan tiket PH di Sungai Udang, dan Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.

Mereka adalah antara empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali pada 4 Okt, membuka laluan bagi pilihan raya negeri (PRN).

Awang Azman Pawi.

“Juga, penyokong PH berpendapat tiada jaminan bahawa calon akan kekal bersama gabungan itu. Ada kemungkinan mereka akan melompat ke parti lain seperti yang pernah mereka buat,” katanya.

Tambahnya, ini antara sebab Barisan Nasional (BN) menang besar pada PRN semalam, menawan 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Satu lagi sebab yang pada pendapat Awang menyumbang kepada kemenangan BN adalah tekanan berterusan Umno ke atas kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui pelbagai tuntutan bagi membantu rakyat semasa wabak Covid-19.

Ini termasuk pakej rangsangan, moratorium bayaran balik pinjaman, skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, diskaun bil utiliti dan pemberian wang tunai.

Awang berkata, kemenangan BN juga boleh dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memainkan naratif sebagai “mangsa politik”.

“Satu contoh adalah Zahid, yang mendakwa beliau menjadi mangsa Dr Mahathir Mohamad kerana tidak membubarkan Umno dan tidak mahu menyertai Bersatu.

“Ini meraih banyak undi simpati daripada akar umbi Umno kerana mereka menganggap beliau mempertahankan parti itu habis-habisan,” katanya.

Bagaimanapun, Awang mengingatkan bahawa PRN Melaka tidak akan mempengaruhi kerajaan persekutuan.

“Malah, sekalipun PH menang di Melaka, ia tidak akan mengubah senario politik negara.

“Kemenangan BN malah boleh menjadi perangkap bagi penyokongnya jika mereka leka dan melupakan misi lebih besar untuk menawan kerusi Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, walaupun PRN itu boleh menjadi petunjuk apa yang akan berlaku pada PRU15, ia tidak menjamin corak itu akan berulang.

“Politik bersifat dinamik dan apa sahaja boleh berlaku pada masa depan,” katanya

INI BETUL BETUL KATA NAJIB, BUKAN PELESU LAGI : TOBAT LAHOM DIA TAK MAU DAH TANAH TU.HANGPA JANGAN DOK BUAT LECE....

 


Keputusan muktamad, saya tak mahu tanah, kediaman itu, kata Najib



Najib Razak berkata, RM100 juta itu boleh dimasukkan dalam tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa faedah atau kos perkhidmatan.


PETALING JAYA: Najib Razak menegaskan keputusannya adalah muktamad untuk tidak menuntut tanah daripada kerajaan sebagai manfaat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri.

Beliau sebaliknya menggesa Menteri Kewangan menjual tanah dilaporkan bernilai RM100 juta yang sebelum ini telah dimohonnya itu, selain wang diperolehi disalurkan kepada golongan yang memerlukan.Katanya, dana RM100 juta yang diperolehi boleh dimasukkan dalam satu tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa sebarang faedah atau kos perkhidmatan.

“…(Ini boleh diberi) kepada mereka yang sudah lama meminta i-Citra dinaikkan dari RM5k (RM5,000) ke RM10k sekiranya Menteri Kewangan masih tidak mahu meluluskan kenaikan had pengeluaran KWSP ini“RM100 juta boleh memanfaatkan 20,000 penerima dengan nilai RM5k seorang,” katanya di ruang komen hantaran di Facebook yang menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menaikkan had pengeluaran i-Citra daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Baru-baru ini Parlimen diberitahu Najib telah memohon untuk mendapatkan rumah dan tanah mengikut peruntukan ditetapkan bagi bekas Perdana Menteri, yang mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudian memberitahu Parlimen, kerajaan secara prinsipnya bersetuju dengan permohonan itu kerana Najib mempunyai hak untuk membuatnya.Susulan itu Najib mengumumkan menarik semula permohonan berkenaan kerana menyedari isu itu “mencetuskan rasa tidak selesa banyak pihak”