LIHAT WAHAI RAKYAT MELAKA..KEMANA KAKI SAKAU BAWA DUIT ....INI JUGA DUIT KAMU SEMUA...Lebih RM6 bilion telah dibayar tapi tiada satu pun kapal peronda TLDM siap

 Gempar! Lebih RM6 bilion telah dibayar tapi tiada satu pun kapal peronda TLDM siap


Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberikan keterangan hampir dua jam kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mengenai kegagalan penyiapan enam kapal peronda kedua, Littoral Combatant Ship (LCS).

Menurut laporan Utusan, ia merupakan projek yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM9 bilion sekaligus menjadi perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah kementerian itu.

Pengerusi PAC merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur daripada DAP, Wong Kah Woh berkata, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO adalah saksi keenam dipanggil jawatankuasa berkenaan kerana sehingga hari ini, tiada sebuah kapal LCS yang diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“PAC memandang serius perkara ini memandangkan sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar, namun, tidak ada sebuah pun kapal LCS yang telah siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS telah siap dibina setakat ini.

“Kegagalan penyiapan LCS ini amat serius kerana ia bukan sahaja membabitkan kelemahan atau kegagalan dari segi tadbir urus, perolehan dan kewangan tetapi juga memberikan kesan terhadap keselamatan dan keselamatan negara.

“Isu ini telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan Persekutuan dan juga dalam Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Jabatan Perdana Menteri yang diterbitkan pada tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada 10 April 2009 hingga 16 Mei 2013.

Sebelum ini, PAC sudah memanggil saksi melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz pada 19 November 2020; Pengerusi JKSTUPKK, Tan Sri Ambrin Buang; Pasukan Projek LCS (PPLCS) TLDM pada 16 Disember 2020; bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada 29 Julai lalu dan Ketua Pegawai Operasi syarikat pembina kapal LCS, Bousted Naval Shipyard (BNS), Low Kok Chiang.




PAS PERTIKAI KEPUTUSAN GUNA LAMBANG PN DI PRN MELAKA?

 

Saya meneliti keputusan Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) malam semalam yang memutuskan PN termasuk juga PAS akan mengguna lambang PN dalam PRN Melaka akan datang.

Sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, saya menghormati keputusan yang telah dibuat, bagaimanapun saya menyarankan supaya keputusan tersebut hendaklah dikembalikan kepada parti masing-masing untuk parti-parti tersebut membuat keputusan bersetuju atau tidak dengan apa yang Mesyuarat PN telah putuskan.

PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai badan pembuat keputusan perlu diberi peluang untuk membincangkan keputusan penggunaan lambang PN tersebut, apatah lagi perkara penggunaan lambang dalam pilihanraya termasuk dalam Fasal 81 Perlembagaan PAS:

Adapun Lambang atau Simbol PAS untuk Pilihanraya ialah bulatan putih dengan berlatar belakang warna hijau, dan dalam keadaan tertentu latar belakang boleh juga digunakan warna hitam dengan memakai ukuran 3 X 4 iaitu 3 lintang dan 4 bujur, atau apa-apa simbol yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan serta Suruhanjaya Pilihanraya.

Jelas berdasarkan fasal tersebut, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merupakan badan pemutus bagi pihak PAS berkaitan dengan penggunaan lambang dalam pilihanraya, justeru keputusan Mesyuarat PN perlu dikembali kepada PAS sebelum ia dimuktamadkan.

Lebih daripada itu pada pemerhatian saya, penggunaan lambang dalam pilihanraya adalah berkaitan perkara prinsip dalam PAS yang perlu dibincangkan hukumnya oleh Majlis Syura Ulama (MSU), disebabkan ia berkaitan dengan Amal Islami yang dilakukan oleh ahli-ahli parti.

Perkara seumpama ini pernah timbul dalam satu konvensyen Pakatan Rakyat (PR) kira-kira 10 tahun yang lalu, diadakan di Tropicana, Petaling Jaya.

Konvensyen bersetuju supaya parti-parti komponen PR mengguna satu lambang (iaitu setelah PR didaftarkan) bagi menghadapi Pilihanraya Umum.

Pada ketika itu, seorang wakil PAS, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili MSU) bangun dan menyarankan: “kami PAS minta tempoh untuk putuskan perkara ini”.

Kata Ustaz Abdul Halim lagi: “Perkara ini perlu dibawa ke dalam MSU kerana bagi ahli-ahli PAS mereka diberi panduan, bahawa bekerja dalam sesuatu pilihanraya tidak terpisah dari bebanan taklif yang ada justifikasi dosa dan pahala”.

Dengan pengertian lain, penggunaan sesuatu lambang bukan hanya perkara berkaitan strategi tetapi juga berkaitan dengan prinsip.

Mekanisme yang sama turut diamalkan oleh Muafakat Nasional (MN), di mana semua yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN harus dikembalikan kepada parti masing-masing untuk dibuat keputusan selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, saya menyarankan supaya PN memberi ruang kepada badan-badan pemutus di dalam PAS membuat pendirian untuk penggunaan lambang PN tersebut.

Dr Mohd Zuhdi Marsuki

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

26 Oktober 2021

19 Rabiulawal 1443



‘Jangan susahkan orang susah’

 


‘Jangan susahkan orang susah’

Oleh FAZLI RADZI / October 27, 2021

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menegaskan proses menyalurkan bantuan wang kepada golongan rakyat yang susah perlu dipermudahkan tanpa mengira sokongan parti politik.

Bekas Ketua Menteri itu berkata, kerajaan PH negeri sebelum ini telah membuktikan hal tersebut apabila bantuan kewangan bulanan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima terbabit.

Tegasnya, langkah itu dibuat bagi memudahkan urusan penerima bantuan yang terpaksa berulang-alik ke pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) setiap bulan untuk mendapatkan wang bantuan.

“… susah pergi dapatkan bantuan kebajikan, dia susah dia layaklah. Tak payah berkira. Tidak perlu ambil kira (sokong) parti politik. Itu yang sepatutnya kita buat.

“Saya sudah arahkan semasa kita memerintah 22 bulan dulu, saya tidak benarkan orang susah ini bahkan kadang-kadang uzur, tiap-tiap bulan kena pergi Japerun, ambil RM200, tidakkah menyusahkan mereka?

“Jadi, buka saja akaun, semua dalam Melaka ini, 28,000 orang ketika itu terima duit dalam akaun mereka setiap bulan. Bukankah senang?” katanya.

Bagaimanapun, Adly yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Melaka berkata, sejurus kerajaan PH negeri ditumbangkan, prosedur pemberian bantuan kembali menyusahkan.

“Inilah birokasi yang kita hendak buang. Kita dah buang. Bila kerajaan kita jatuh, dia (Umno) buat kembali perangai lama,” kata Naib Presiden AMANAH itu lagi.

Untuk rekod, hanya selepas dua bulan PH Melaka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, pembayaran secara tunai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dihentikan.

Melaka diterajui Adly ketika itu telah memudahkan penerima terbabit untuk mendapatkan wang bantuan masing-masing apabila menyalurkan terus ke dalam akaun bank penerima mulai Julai 2018.

MENGGARU GATAL DALAM GELAP

 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (Port Dikson) sekali lagi mengemukakan usul di bawah Perkara 18(1) dan 18(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meminta penjelasan penjualan aset gas asli di Azerbaijan bernilai RM10 billion.
Difaham penjualan aset itu berikitan desakan kerajaan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 billion kepada kerajaan bagi tahun 2021.
Apa boleh difahami penjualan aset itu menunjukkan kewangan negara waktu ini sangat tenat. Kerajaan seperti sudah terpaksa bergadai golok.
Ya.. bagi Anwar dan rakyat juga penting untuk mendapat penjelasan kenapa berlaku penjualan aset berkenaan. Apakah pendekatan kerajaan hari ini bila negara tidak kecukupan kewangan maka segala harta benda perlu dijual?
Bukankah baik kalau kerajaan gagal menjana kewangan kerana kelemahan, kurang pengalaman atau pun beku dengan kedangkalan sendiri, tinggalkan sahaja kerajaan dan jangan menggadaikan negara kerana kedangkalan anda. Serahkan kepada yang pandai.
Mengenai usul itu saya yakin kerajaan Mail Beranoko tidak akan berani untuk membahas atau menjelaskan apa diminta Anwar itu.
Nampaknya banyak kepincangan kerajaan berlaku yang tidak diketahui atau dijelaskan kepada rakyat. Hak negara diperlakukan secara sambrono oleh kerajaan tanpa ada tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat. Pemimpin hari ini menjadikan harta negara sebagai hak milik mereka yang boleh diperlakukan sesuka hati.
Kerana berlaku kecerdikan dalam kebodohoan inilah menyebabkan kita merasakan terdesak Malaysia untuk dipimpin oleh mereka yang berprinsip, tulus dan tidak menggarut gatal dalam gelap. Trims.

MSO

PRN Melaka: ‘SOP ke laut, perangai lama berkarat lagi’ kata Mujahid

 


Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / October 26, 2021

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyelar prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dianggapnya sebagai ‘SOP ke laut’.

Ini ekoran pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021

Susulan itu Mujahid berkata, SOP sememangnya perlu dijaga namun kerajaan tidak boleh mengguna peraturan hanya kepada pihak lawan dan tidak kepada kerajaan.

“SOP PRN Melaka ke laut. Majlis kerajaan boleh berhimpun. Untuk kempen politik tak boleh.

“Majlis sosial boleh, kempen ceramah tak boleh. SOP memang kena jaga tapi janganlah kat aku okay kat hampa tak boleh. Perangai lama berkarat lagi,” ciapnya di Twitter hari ini.

Isu SOP PRN Melaka paling banyak dibangkitkan di Parlimen sejak semalam dengan beberapa Ahli Parlimen mempersoal kewajaran kerajaan mengetatkan SOP walhal kerajaan yang menyebabkan pilihan raya diadakan.

 


PKR CABANG AMPANG KEMBALI UTUH, 5 RANTING BARU DITUBUHKAN..NAMPAKNYA MAK LAMPIR AKAN KECEWA JIKA BERTANDING DI AMPANG

 

RUMAH KEADILAN WANITA NEGERI MELAKA MULA BEROPERASI SEMPENA PRN NEGERI

 


Bismillahhirrahmannirrahhim...

🤲🤲
26 October 2021 ( 8.30 mlm -12.30 mlm)
Alhamdulillah, pada mlm tadi bertempat di Bilik Gerakan Utama - BGU @ Rumah Wanita Keadilan Pusat,mesyuarat kali pertama " Jentera Piliharaya N01 Dun Kuala Linggi", 7 Ketua-Ketua JDM,Ajk Wanita,Amk dan ahli keadilan yg telah hadir dan membincangkan aturan program sempena menyambut kedatangan Ketua Wanita Pusat - Yb Fuziah Salleh dan barisan pimpinan Wanita Pusat💪💪
Mesyuarat, alhamdulilah berjalan lancar dan kehadiran tidak boleh ramai kerana kita masih dibawah SOP dan doakan kami dipermudahkan segala urusan ..sepanjang gerak kerja, berkempen hingga tarikh mengundi dan kemenangan buat kami di N01 Dun Kuala linggi dan Melaka ini,amin amin🤲💪💪
"Bersatu teguh,bermuafakat dan gerak kerja bersama,insyallah menjanjikan kejayaan yg cemerlang"
Cc
Lia
Exco Wanita Keadilan Pusat
Mantan Calon Pru14
Mantan Penyelaras N01 Dun Kuala Linggi Melaka

NAJIB MARAH HANIPA..SEBAB HANIPA KUTUK DIA KE SINGAPURA SELAMA SEBULAN.....OOWHH EVERYONE CAN FLY

 Panas! Najib berang dengan Hanipa, kau ni apa pun tak faham


Panas! Najib berang dengan Hanipa, kau ni apa pun tak faham



Bekas perdana menteri Najib Razak menjelaskan dia ke Singapura untuk melawat anak bersalin selama 15 hari saja, bukan sebulan seperti didakwa anggota parlimen pembangkang.

Malah, katanya, tempoh itu termasuk kuarantin Covid-19.

“Kalau YB Sepang pandai matematik, ini adalah tempoh sehingga 15 hari termasuk tempoh kuarantin di sana.

“Kamu ni fikir zaman pandemik sudah berakhir ke? Kau ini apa pun tak faham. Hanya tahu main sentimen,” bidasnya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Katanya, dia akan ke Singapura selepas pilhan raya negeri Melaka pada 20 November.

“Jadi saya cadang ke sana pada 21 November dan pulang sebelum 5 Disember untuk saya serahkan kembali pasport pada 6 Disember,” tambahnya.

Hanipa di parlimen hari ini mempersoalkan kenapa kerajaan membenarkan Najib (BN-Pekan) ke luar negara selama sebulan untuk melawat anaknya Nooryana Najwa bersalin.

Menyifatkan Najib bukan bidan, Hanipa berkata Najib menjejaskan ekonomi negara dalam kes 1MDB dan tidak layak mendapat layanan istimewa.

Sementara itu, Najib juga berkata Hanipa keliru dengan berkata dia ke luar negara dengan kebenaran kerajaan.

Sebaliknya, kata Najib, perkara itu diputuskan oleh tiga hakim Mahkamah Rayuan secara sebulat suara.

“Jadi, buat apa kamu menyalak di Dewan Rakyat? Takde lagi isu penting negara ke?

“Kamu nak kerajaan campur tangan dalam urusan mahkamah atau keputusan hakim ke?” soalnya.

INI PUN SATU NERATIF JUGA....NAK LAWAN DAP..TAPI MENYALAK DI LUAR GELANGGANG...TAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU PAS LETAK CALON DI JELUTONG DAN BUKIT MERTAJAM....KEH..KEH


RAMZAN AHMAD


 May be an image of 3 people and text that says "Nurul Amin Bin Hamid 2m Pemuda PAS Pulau Pinang tekad lawan DAP sehabis mungkin,berikan kesedaran kepada anak muda tentang bahaya DAP Tahniah kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang dipilih didalam Muktamar ke-41... Lihat Lagi KALI IAJI) IAJI"


ROSMAN TAHIR

PAS sayang MCA... Sebab MCA tak pernah serang PAS... MCA cuma serang Islam... Sebab tu PAS bagi walaun walauntit PAS ni agama.... Pengikut Agama Syaitonirojim..


JIKA BENDERA SENDIRI PUN PAS SANGGUP LEPASKAN DAN MENGGUNAKAN LAMBANG PN...DIMANA KEKUATAN DAN SEMANGAT ISLAM PAS?

 Terkini! Pas guna logo PN pada PRN Melaka


Terkini! Pas guna logo PN pada PRN Melaka



Bersatu, PAS dan Gerakan telah bersepakat untuk bertanding pada pilihan raya negeri Melaka akan datang menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN), kata pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin.

Katanya, keputusan itu dibuat semalam oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas, yang diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua parti komponen – Bersatu, PAS, Star Sabah, SAPP dan Gerakan.

“Mesyuarat khas itu secara khusus diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

“Bersatu, PAS dan Gerakan sepakat menawarkan calon dalam pilihan raya dewan undangan negeri Melaka dan menggunakan satu lambang iaitu lambang PN,” katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor Malaysiakini.

Menurut Muhyiddin, rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti PN akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa rundingan kerusi PN.

Majlis Tertinggi PN juga, katanya memutuskan semua parti-parti komponen untuk menggerakkan jentera pilihan raya maing-masing.

Mereka juga diminta menggembleng seluruh tenaga dan upaya bagi memenangi kepercayaan rakyat Melaka agar mencapai kejayaan dalam pilihan raya itu.

Pilihan raya Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Oktober, langkah yang diambil selepas empat wakil kerajaan menarik balik sokongan mereka kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tetap dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada sebarang pilihan raya.

Ini mendorong Muhyiddin yang kemudiannya menguumkan bahawa PN akan bertanding di semua 28 kerusi DUN di Melaka.

Bagaimanapun, PAS mengulangi gesaannya agar Umno dan PN bekerjasama pada pilihan raya negeri itu.

Pada 2018, Bersatu ketika diterajui oleh Dr Mahathatir Mohamad bertanding di enam kerusi DUN di Melaka, tetapi hanya menang dua – Paya Rumput dan Telok Mas.

PAS gagal memenangi sebarang kerusi DUN di Melaka.

Analisis awal menunjukkan bahawa walaupun Bersatu dan PAS bergabung, PN akan tetap berdepan pertempuran yang sukar dan mungkin berisiko tersingkir pada pilihan raya negeri kali ini.

PKR WUJUDKAN BIRO MAHASISWA AMK


PULAK...DULU AKU DAH KATA..UMNO AKAN KENA KENCING...YA SUNGGUH......PRN Melaka: Umno dakwa Pas punca kerjasama MN gagal

 PRN Melaka: Umno dakwa Pas punca kerjasama MN gagal


October 26, 2021 

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan akar umbi parti itu lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS.

Bagaimanapun, dia berkata bergantung kepada PAS sama ada kerjasama itu berlaku atau tidak.

“Tentulah ahli kita sangat harapkan Umno dan PAS kekal bersama.

“Tetapi semua bergantung kepada PAS (pada masa ini),” katanya ketika sidang media di ibu pejabat Umno hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Pada September 2019, Umno dan PAS mencatat sejarah dengan memeterai kerjasama Muafakat Nasional.

Dua parti itu kemudiannya bekerjasama dalam empat pilihan raya kecil, iaitu Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim.

Bagaimanapun, pada PRN Melaka yang bakal diadakan pada 20 November ini, PAS telah menyuarakan komitmen bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama, Umno pula pada perhimpunan agung yang lalu telah memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu.

Asyraf berkata, keputusan muktamad berhubung kerjasama pada PRN Melaka akan diputuskan oleh kepimpinan Umno pada 28 Oktober ini.

Bagaimanapun, dia berkata yang parti itu sedia untuk bertanding tanpa kerjasama PAS.

“Kita telah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun sebagai BN.

“Atas asas itu, saya tak fikir kita akan berdepan masalah sangat (untuk melakukannya),” katanya lagi.

NERATIF KERAJAAN MELAYU ISLAM LA SANGAT. BILA DAH NAIK JADI KERAJAAN ARAK,JUDI,MABUK...MACAM MACAM LAGI...TAHAP TU MALAH LEBIH TERUK....




 Dulu naratif jatuh kan PH 22 bulan selepas dapat mandat PRU14, ialah untuk diadakan Kerajaan Melayu Islam. Dikatakan Melayu dan Islam terjejas dan terancam. Banyak isu dinaikkan: arak, judi, Adib, Dong Zhong dan segala macam.

Bila PN dah naik memerintah, arak dan judi lagu tu jugak. Kes Adib, sampai mak ayah dia merayu hari tu, dah takde siapa peduli. Dong Zhong siap dapat duit lagi, Kerajaan bagi.
La ni, yang geng Klepto pun banyak terlepas lari. Siap boleh terima rawatan di Germany, ke Singapore tengok anak lahir baby.
Makanya, kita tertanya2 yang dicuri mandat rakyat dulu apa tujuan sebenarnya?
Sememangnya tidak lain dan tidak bukan, kerana tamakkan kuasa.
Bila dah dapat kuasa, diberi sepenuhnya kepada Melayu Islam, ini pulak yang jadi. Mereka jatuhkan sesama mereka sebab nak jadi Perdana Menteri.
Sampai sudah tiada sepakat, bila la nak memerintah dengan berkat. Yang pasti, mereka ni tak pernah salah. Kalau jadi apa2, yang salah parti lain dan Rakyat.
Sememangnya kita dah penat. Penat tengokkan politikus Melayu kita tak habis2 gila kuasa dan gila pangkat…
Kalau tak beringat2, masa PRU dan PRN nanti, jangan sampai dihukum sekali lagi oleh Rakyat!

NAJIB KATA RAKYAT RINDU ZAMAN BN . ZAMAN DIA LA GAMAKNYA -TABUR DUIT MACAM NEGARA NI MAK BAPAK DIA PUNYA.JOM KITA TENGOK CARTA INI

 ZAMAN BN





Ada seorang ex-PM katanya kita ni rindu kan zaman BN. Alahai... malu2 kucing pulak. Sebenarnya nak cakap Rakyat rindu zaman dia.
Dalam FB ditunjukkan dialah PM terbaik Malaysia. Walhal pernah dinamakan Menteri Kewangan terteruk di Asia.
Dari segi ekonomi, jenuh juga team media dan cytro berbayar dia sebarkan propaganda dan spin-menyepin. Kononnya, dia yang paling pandai jaga ekonomi.
Makanya, hari ni saya bentangkan FAKTA (bukan AUTA) mengenai Malaysia sepanjang beliau memerintah.
(i) Kadar KDNK Pertumbuhan negara
Purata 5.4% dari tahun 2010-2018, berbanding 9.5% (tahun 1988-1996).
(ii) Ranking Eksport global
- Dari tangga ke-18 dalam dunia (2004) turun ke tangga 23 (2010) dan turun lagi tangga ke-26 (2018).
- Sebagai perbandingan Vietnam tangga ke-50 (2000) sekarang telah mendahului kita di tangga ke-22. Thailand juga potong kita pada tangga ke-25.
(iii) Pelaburan Langsung Asing (FDI)
- Daripada menjadi antara destinasi utama pelaburan asing pada awal tahun 2000, namun bermula sejak tahun 2016 Malaysia merudum dari segi FDI.
- Singapura, Thailand dan Indonesia jauh meninggalkan kita. Sejak tahun 2015 juga, negara Vietnam yang dulunya ke belakang, sekarang melonjak FDInya mengalahkan Malaysia.
(iv) CPI- Kadar Kuasa Belian Pengguna
- Mengikut Jabatan Statistik, kuasa beli isi rumah menyusut 16.7% berbanding 10 tahun lepas.
- Ini bermakna harga barang makin mahal sejak pengenalan GST dan kita kurang daya membeli.
(v) Ekuiti korporat warga tempatan
- Pemilikan ekuiti Bumiputera jatuh dari 23.4% (2011) kepada 16.2% (2015).
- Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada 30.7% dalam tempoh yang sama.
- Untuk perbandingan, pemilikan ekuiti warga asing meningkat dari 37.2% kepada 45.3%.
(vi) Tanah Rezab Melayu tinggal 12% sahaja sebagaimana yang dilaporkan pada awal tahun 2018.
Ini bukan sendiri bikin punya statistik. Ini semua data keluaran Kerajaan UMNO sekarang, boleh semak dalam Laporan RMK-12 dan statistik Jabatan Standard sendiri. Malah kalau rajin boleh google saja untuk tahu kedudukan Malaysia berbanding negara lain.
Yang dia dok spin, kononnya zaman dia KLSE paling baik. Selalu la team dia cakap capital market bull run masa dia memerintah.
Sebenarnya, indikasi ekonomi pakai pasaran saham hanya berbentuk sentimen dan boleh dimanipulasi. Lagi satu, pasaran saham ni yang buat untung hanya golongan kayangan, benefitnya selalunya sangat payah sampai ke golongan marhein.
Makanya jangan la dipercayakan ex-PM kita yang selalu angkat bakul sendiri. Banyak yang propa dari yang benar.
Yang kita hendak negara kembali ke zaman bilamana Malaysia digelar Tiger of Asia.
Takde maknanya kita rindu zaman BN dia, bila Malaysia digelar Kerajaan Kleptokrasi terteruk dalam sejarah dunia.

KUNJUNGAN ZIARAH KE RUMAH KELUARGA OKU DI TAMAN TAS

 

Pada Rabu, 27 Okt 2021, Ketua Wanita Cabang Paya Besar merangkap Penyelaras Dun Sg Panching, Puan Haslindalina bte Hashim bersama Pengerusi Jingga 13 Pahang, Sdr Shahril telah berkunjung ke sebuah rumah seorang OKU di Taman Tas.
Sumbangan kerusi roda dan bantuan makanan telah disampaikan oleh Sdr Shahril mewakili Jingga 13 manakala Penyelaras Dun Panching telah menyampaikan sumbangan makanan dan pampers dewasa.
Terima kasih kepada para penyumbang.