DIA LUPA TU...DIA MEMANG SUKA TENGOK FILEM...ADA DULU KES PPV JUGAK...LA LAGI BANYAK MASA....

 

Dah dalam kerajaan, pemimpin Pas jadi pengulas filem


Rata-rata warganet menyindir Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang mengulas filem bersiri “Salahudin Al Ayyubi: Pembebas Al Quds”.

“Turki dan Pakistan akan bekerjasama untuk menerbitkan filem bersiri “Salahudin Al Ayyubi ~ Pembebas Al Quds”

“Filem ini dijangka akan mendapat sambutan luar biasa dari seluruh dunia,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Walau bagaimanapun, dia yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dihujani kritikan dan sindiran termasuk mengaitkan Peristiwa Memali yang mengorbankan 18 nyawa selain mencederakan puluhan orang lagi di Baling, Kedah pada 1985.

“Bos, boleh mulakan dengan Memali Berdarah.. Amacam,” perli Muhamad Nur Ismail.

Sikap Pas ekoran tindakan Kementerian Kewangan meluluskan permohonan daripada semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini juga disinggung warganet.

“Pembebasan kedai judi… pasti meletup,” usik Shamsul Effendey.

Bahkan, kelantangan Pas berkaitan ketika 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) turut dilemparkan kembali kepada parti itu yang kini sama berkongsi kuasa dengan Umno dan Bersatu di Putrajaya.

Antara isu yang ‘garang’ dimainkan pihak Pas sebelum ini ialah kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 2018 dan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

“Malaysia pun boleh buat filem berkaitan kes Adib, RUU 355, pemandu mabuk dan lain-lain,” tempelak Hanafi Sulaiman.

HANG LEMAH AZMIN..PENANG FDI MASUK MUDAH SAJA...AWAT MASA HANG PEGANG NAK KAJI BAGAI...LEMAH..LEMAH..MACAM JKOM GAK

 


Kerajaan akan teliti kerenah birokrasi berhubung FDI




Azmin berkata, kementeriannya akan meneliti punca masalah kelewatan pelaburan berbilion ringgit selama dua tahun di Lahad Datu, Sabah.

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berkata, beliau akan meneliti punca yang menyebabkan kelewatan pelaburan berbilion ringgit selama dua tahun di Lahad Datu, Sabah.

Menjawab pertanyaan Redzuan Yusof (PN-Alor Gajah), Azmin berkata, pelaburan asing menunjukkan peningkatan dalam tempoh separuh pertama tahun ini berbanding Jan hingga Jun tahun lalu.

Redzuan meminta penjelasan mengenai pelaburan berjumlah RM10 bilion yang tertangguh di Lahad Datu sejak 2019 dan mempersoalkan sama ada terdapat projek lain yang terbiar akibat kerenah birokrasi.

Azmin berkata, beliau akan meneliti punca masalah kelewatan itu selain memastikan koordinasi antara pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya pelabur asing boleh memulakan projek secepat mungkin.

Beliau memberi contoh syarikat berteknologi tinggi AT&S di Kulim, Kedah yang akan segera beroperasi selepas 10 bulan memfailkan permohonan mereka.

Redzuan turut bertanya mengenai peluang pekerjaan yang disediakan oleh pelabur asing dan Azmin sekali lagi merujuk AT&S, iaitu syarikat teknologi Austria yang akan memulakan operasi di Kulim menjelang akhir tahun ini.

Azmin berkata, AT&S akan melabur sebanyak RM10 bilion dan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan termasuk kepada jurutera tempatan.

Menteri itu turut menafikan bahawa negara hilang daya saing untuk menarik kemasukan pelabur asing dan menjelaskan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada 69% dalam tempoh separuh pertama tahun ini kepada RM107.5 bilion berbanding RM63.3 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai pelabur asing yang meninggalkan negara, Azmin berkata, mereka memindahkan operasi ke negara-negara lain disebabkan pelbagai faktor termasuk upah lebih rendah, permintaan domestik dan ketersediaan bahan mentah.

Katanya, terdapat juga pelabur yang berbuat demikian disebabkan pelan rasionalisasi yang dilaksanakan di bawah syarikat induk dan bukan kerana “persekitaran tidak kondusif”, sambil menegaskan negara kekal berdaya saing apabila berjaya naik dua anak tangga dalam penarafan “World Competitiveness Ranking” tahun ini.

REPORT : RASA RASANYA SI ANNUAR MUSA NI ADA KES LAMA DENGAN MARA-KALAU ADA PENERANGAN JELAS ...DIMANA DIA BERADA..PASTINYA ADA KESAN SAMPINGAN

 

Ahli Amanah buat laporan SPRM terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan



Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi (tengah) selepas membuat laporan di di pejabat SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Amanah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait dakwaan mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa membantu dalam pemberian sebidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat swasta ketika masih menjadi menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi mendakwa Ahli Parlimen Ketereh itu mengeluarkan sepucuk surat sokongan kepada syarikat swasta terbabit.

Hayatul berkata, salah seorang daripada pengarah syarikat itu mempunyai hubungan saudara dan jiran kepada Annuar.

“Saya percaya Annuar menyalah guna kedudukan sebagai menteri dengan memberi surat sokongan,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM pagi tadi.

Menurut Hayatul, tanah berkeluasan 2.9 ekar itu terletak di Lot 131, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Katanya, syarikat terbabit tidak layak untuk memperolehi tanah berkenaan kerana ia tidak “mempunyai modal yang baik” untuk melaksanakan sebarang projek di tapak berkenaan.

“Syarikat swasta itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembangunan hartanah dan hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100,” katanya.

Bagaimanapun Hayatul berkata, Annuar telah mengeluarkan satu lagi surat lain baru-baru ini yang menarik sokongan kepada syarikat itu selepas menerima kritikan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak berkepentingan lain.

“Saya bimbang sekiranya surat terbaharu itu dikeluarkan terlalu lewat dan syarikat telah pun diberi tanah terbabit.”

Beliau menggesa menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Shahidan Kassim untuk meneliti dakwaan itu.

FMT tidak mendedahkan nama syarikat sementara menunggu ulasan mereka selain telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan komen beliau.

JANGAN JADI NUSI..DIA CUBA SEKOLAHKAN ORANG ..TAPI ORANG PULA SEKOLAHKAN DIA...JOM KITA LIHAT GAMBAR "BEDEBAHNYA" SI NUSI


Panas! Mukhriz pula sekolahkan Sanusi

Panas! Mukhriz pula sekolahkan Sanusi

“Beg untuk kuih raya lebih mahal dari kuih raya..nilai hingga 1.3 juta,” kata Sanusi.

Tetapi “belanja besar” waktu tu untuk bantu Rakyat, Frontliners semasa PKP-1 COVID-19.

1. Sanusi mungkin tersilap, Pejabat Menteri Besar semasa itu (bulan Ramadan, April 2020) tidak pernah tempah kuih raya sebanyak itu. Yang ditempah hanyalah kuih raya untuk diedarkan kepada kakitangan pejabat sahaja. Tak kan sampai RM1.3 juta!

2. Apa yang Pejabat Menteri Besar buat ketika itu ialah menyediakan beg bantuan barangan runcit untuk Rakyat yang terkesan dengan COVID-19 semasa PKP 1.

3. Satu beg bantuan bernilai RM35. Setiap DUN diperuntukkan 1,000 beg. Ada 36 DUN, maka jadilah 36,000 beg bantuan kesemuanya. Nilai RM35 ini termasuk kos penghantaran ke semua Pusat Khidmat ADUN dan Penyelaras DUN di seluruh Kedah, sekali dengan Langkawi. Barangan runcit yang terdapat di dalam setiap beg bantuan tersebut ialah:

a) 1 botol kordial
b) 1 kilogram beras pulut
c) 2 kilogram tepung
d) 2 kilogram gula pasir
e) 1 botol minyak masak
f) 1 paket kopi
g) 1 paket bihun

4. Beg ‘non-woven’ untuk mengisi barangan tersebut pula bernilai RM2.60 setiap satu. Ada 40,000 unit kesemuanya. Sebanyak 36,000 digunakan untuk mengisi barang-barang dan bakinya disimpan di Pejabat Menteri Besar untuk kegunaan masa depan.

5. Pada 15 Mei 2020, Menteri Besar ketika itu telah melepaskan jawatan. Maka bayaran untuk barangan runcit dan beg ‘non-woven’ tersebut pula belum terbayar walaupun proses permohonan sudah dibuat di Pejabat Kewangan Negeri. Ia kemudian diangkat ke Mesyuarat Exco oleh pentadbiran baharu, diluluskan dan pada November 2020, pembayaran telah selesai dibuat. Alhamdulillah.

6. Salahkah pejabat MB ketika buat semua ni demi rakyat yang sedang susah semasa PKP 1? Ini termasuk menyediakan pek makanan dua kali sehari kepada lebih 1,500 orang “frontliners” Kedah untuk tempoh sebulan lamanya. Pada masa itu, tiada apa-apa elaun makan minum pun untuk mereka.

7. Ia satu keputusan yang dibuat demi Rakyat, bukan untuk kepentingan atau keuntungan peribadi sesiapa. Tanyalah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari PH yang telah melompat ke sebelah sana, mereka boleh mengesahkan penerimaan beg-beg bantuan ini. Boleh tanya juga pihak PDRM, RELA, ATM dan lain-lain agensi, malah pihak hospital yang menerima pek-pek makanan tersebut.

8. Sanusi sangat berbangga dengan duit simpanan Negeri Kedah yang kini berjumlah RM660 juta. Malangnya sejak menjadi Menteri Besar selama 17 bulan, hanya RM34.2 juta dibelanjakan untuk Rakyat Kedah. Sangat rendah jika dibandingkan dengan perbelanjaan oleh negeri lain yang mencecah ratusan juta. Maka tidak hairanlah, hingga kini Kedah masih di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

9. Kini baru kita tahu bahawa RM660 juta itu bukanlah wang yang Kerajaan Negeri boleh belanjakan. Ia wang yang sudah ada tajuk dan untuk tujuan apa ia boleh dibelanjakan. Sanusi juga nak tunjuk bangga bila Zakat Kedah belanja lebih RM48juta untuk bantuan kepada Rakyat semasa pandemik. Wahai Sanusi, tu duit zakat, asal dari duit Rakyat dan bukannya duit hasil kutipan Kerajaan Negeri pun.

10. Pelik juga Sanusi ni. Orang berbelanja untuk Rakyat dia bising. Pada tahun 2018 dahulu, zaman BN belanja berjuta-juta buat Ekspo Muafakat Kedah,Sanusi tak pulak bising. Kenapa ya?

#MMFC

Sumber | Mukhriz Mahathir FC


SPRM OH SPRM


 SPRM oh SPRM...
Please share.
More @www.zunar.my

NAJIB TAK JADI DILANTIK PENASIHAT EKONOMI?



Apa cerita tentang perlantikan Najib Razak sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri?


Kenapa ia senyap saja sekarang ini?


Jadi atau tak jadi beliau dilantik memegang jawatan tersebut?


Kira-kira dua minggu setelah Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri dan Najib mengunjunginya di Bangunan Perdana Menteri ketika itu, ia kemudian menyusul dengan perkhabaran bekas Perdana Menteri itu akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi.


Apalagi dalam pertemuan selama lebih sejam antara kedua-dua pemimpin itu, mereka memaklumkan dalam media sosial masing-masing berkenaan perbincangan yang dilakukan yang antaranya berkaitan cabaran memulihkan ekonomi kesan wabak Covid19.


Najib turut menyatakan dalam media sosialnya, beliau komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta.


Maka, reaksi Najib itu dianggap mengesahkan lagi tentang perlantikannya itu.


Dikatakan jawatan yang bakal diberikan kepada Najib adalah bertaraf menteri, sama dengan status yang diberi kepada Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.


Dikatakan juga perlantikan Najib itu adalah untuk menyeimbangkan perasaan penyokong-penyokong Najib dalam UMNO yang tidak begitu puas dengan perlantikan Mahiaddin mengetuai MPN, di sebalik beliau ditanggapi sebagai Perdana Menteri yang gagal sehingga terpaksa meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.


Lalu, dengan melantik Najib diharapkan dapatlah menenangkan perasaan penyokong-penyokong Najib bahawa Bossku juga dihargai oleh Perdana Menteri.


Tetapi, setelah sekian lama masa berlalu hingga sekarang ini, apa jadi dengan perlantikan Najib itu?


Sekali lagi, jadi atau tak jadi?


Perkhabaran terbaru memberitahu, Ismail Sabri buat waktu ini belum ada perancangan lagi untuk membuat lantikan segera terhadap Najib.


Dikatakan, tiada keperluan mendesak buat Naib Presiden UMNO itu untuk meletakkan Najib di jawatan tersebut.


Selain itu, diberitakan juga, penolakan Bersatu terhadap pencalonan Ahmad Maslan, salah seorang kluster mahkamah dalam UMNO bagi diletakkan sebagai Timbalan Speaker Parlimen sebelum ini sehingga pemilihannya ditangguhkan untuk membolehkan pindaan Perlembagaan dibuat terlebih dahulu turut menjadi antara sebab perlantikan Najib tidak dilakukan atau sekurang-kurangnya ditangguhkan buat sementara waktu.


Kalau pencalonan Ahmad Maslan pun ditolak Bersatu, kebimbangan Ismail Sabri ialah beliau tidak tahu apa akan jadi kepadanya atau kesan yang akan diterimanya dengan perlantikan Najib nanti.


Yang nyata, penyokong-penyokong Ismail Sabri percaya, perlantikan Najib bukanlah sesuatu yang baik buat masa ini.


Demi untuk tidak menimbulkan sebarang keadaan yang tidak diingini, tambahan lagi Ismail Sabri mahu tidak mahu amat menyedari beliau juga perlu menjaga hati Bersatu yang lebih dulu mencalonkannya sebagai Perdana Menteri,!tidak melantik atau menangguhkan perlantikan Najib adalah pilihan paling selamat buatnya.


Lagi pula, Ismail Sabri juga difahamkan sedar respon rakyat yang tidak begitu gembira kiranya Najib diberikan jawatan tersebut dalam keadaan dirinya telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah serta masih menunggu keputusan rayuannya.


Kalau selama ini pun respon netizen terhadap kepimpinannya boleh dikata tidak menyebelahinya, pastilah selepas perlantikan Najib nanti keadaan akan bertambah buruk lagi.


Untuk itu, sekurang-kurangnya sehingga kes rayuan di Mahkamah Rayuan diketahui, mungkin tiada sebarang perlantikan sebagai Penasihat Ekonomi buat Najib.


Baik Najib atau para penyokongnya – sabarlah dulu. – ShahbudinHusin 27/09/2021.



VIDEO : KERETA TIMBALAN MENTERI POTONG DOUBLE LINE : NAK HERAN APA...SULTAN PUN DEPA LAWAN ...PEMBOHONG PUN DEPA JUGA...TAKAT POTONG DOUBLE LINE PISHANGGG JA LA....


 [VIDEO] Netizen bengang kenderaan Timbalan Menteri Pas langgar undang-undang jalan raya, potong double line


Netizen bengang kenderaan Timbalan Menteri Pas langgar undang-undang jalan raya, potong double line


Menteri/timbalan menteri mana gak ni….motong line double.

Katanya plate P45

Meta ko demo jadi ore besar loni


BAGAIMANA PULA PELUANG BERTAUBAT BAGI YANG BERJANJI UNTUK MENGHAPUSKAN JUDI DI NEGARA ISLE INI ? BUKAN ITUKAH PEMBOHONG ?

 



Peluang untuk Muhammad Sajjad bertaubat sentiasa terbuka – Idris Ahmad



KUALA BERANG – Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar-benar ingin kembali kepada fitrahnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata kerajaan sedia memberi bimbingan dan kaunseling kepada Muhammad Sajjad selepas pihak berkuasa selesai mengambil tindakan terhadap usahawan kosmetik itu.

“Insya-Allah kalau dia sudi datang kepada kita, kalau dia sudah mengaku salah dan sebagainya, kalau dia nak balik kepada fitrah, tidak ada masalah.

“Kita bukan nak menghukum, kita lebih kepada pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program Musa’adah FoodBank YaPEIM kepada 174 pekerja rumah bot di Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir hari ini.

Idris juga berkata kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menarik golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kembali ke pangkal jalan termasuk melalui program dakwah di jalanan.

Bernama sebelum ini melaporkan polis dalam proses memohon untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad daripada pihak berkuasa Thailand.

Muhammad Sajjad diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan di Mahkamah Ampang, Selangor.

— BERNAMA

 

5% MELAYU MENGEJAR KEKAYAAN DAN MELIBATKAN ORANG POLITIK.....KAH.....MAKAN GAJI BUTA PUN ADA.

 

95% orang Melayu harap kehidupan sederhana, selesa, kata pemimpin PERKASA




Syed Hassan Syed Ali berkata, kepimpinan negara perlu memikirkan bagaimana cara untuk memberikan kehidupan sederhana dan selesa kepada rakyat.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali berkata, 95% orang Melayu mengharapkan kehidupan sederhana dan selesa.

Katanya, hanya 5% orang Melayu yang mahu mengejar kekayaan, dengan kebanyakannya dalam kalangan kumpulan politik.

Bagi merealisasikan harapan majoriti orang Melayu menjelang pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada Isnin, beliau berkata, kepimpinan negara perlu memikirkan cara untuk memberi kehidupan sederhana dan selesa kepada rakyat.

“Kalau duduk rumah macam reban ayam itu bukan selesa, itu macam keadaan zaman puluhan tahun dahulu,” katanya pada program Bicara Dewan Melayu “RMK12 – Apa Melayu Mahu” malam tadi.

Beliau turut mengkritik cara pelaksanaan Rancangan Malaysia (RMK) diumumkan kerajaan terdahulu, terutamanya selepas RMK8 yang lebih kepada retorik, tetapi banyak masalah rakyat, khususnya nasib orang Melayu tidak ditangani.

“RMK2 hingga RMK8 kita akui banyak kejayaan dicapai, walaupun tak sampai 100%, tapi RMK9 hingga RMK11 segala yang diumum kerajaan, rakyat tengok hanya retorik, nak sedapkan telinga dan mata membaca.

“Ramai yang masih menganggur, keluar IPT (institusi pengajian tinggi) kerja yang dapat jauh daripada apa yang dipelajari.

“Dulu masa RMK2 hingga RMK8, siapa yang belajar arkitek, keluar IPT akan kerja arkitek, tapi bawah RMK sekarang, keluar sebagai arkitek, kerja bukan arkitek, kebanyakan rancangan kerajaan gagal, apa dirancang tidak menepati apa yang rakyat mahu.”

Katanya, menjelang pembentangan RMK12, kerajaan perlu memfokuskan beberapa isu, antaranya peluang pekerjaan untuk penganggur bagi memastikan rakyat mendapat kehidupan sederhana dan selesa.

Walaupun mengharapkan RMK12 lebih baik pelaksanaanya berbanding dahulu, Syed Hassan meragui kemampuan kerajaan melaksanakan segala perancangan, termasuk memulihkan agenda Melayu, memandangkan kedudukan politik negara tidak stabil.

“Suasana politik sekarang tak ada parti yang dominan memerintah, bila tak ada parti dominan, bijak macam mana sekalipun pemimpin, dia tak mampu selesai masalah. Saya rasa nak selesai 20% apa yang diumum dalam RMK12 nanti pun belum tentu dapat, kalau keadaan politik tak menentu.”

Sementara itu Ketua Koordinator Kluster Ekonomi Bumiputera Majlis Perundingan Melayu (MPN), Abdul Razak Kassim berkata, sebelum RMK12 dibentangkan, rundingan dengan NGO, termasuk MPN perlu dibuat.

“Proses RMK12 kita tak dilibatkan, berbeza dengan RMK11, kita MPN dilibatkan lebih awal dan dipanggil beri idea,” katanya.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bakal membentangkan RMK12 yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat pada Isnin.

Berhadapan pandemik Covid-19 di penghujung RMK11 selain perubahan pimpinan kerajaan, pembentangan RMK12 dipinda sekurang-kurangnya dua kali daripada tarikh asal 6 Ogos tahun lepas kepada Januari tahun ini, sebelum dibentangkan pada Isnin.

Lelaki ini geram kenyataan Menteri Kesihatan yang flip flop

 


Lelaki ini geram kenyataan Menteri Kesihatan yang flip flop


“KERAJAAN PN BN, TOLONG UNTUK TIDAK BODOH SEHARI BOLEH?”

Saya tak faham kenapa menteri atau kerajaan ni sukar menggunakan otak atau barangkali sel-sel otak ini sukar bersambung!

Beberapa hari lepas tular poster (saya secara peribadi mendapatkan pengesahan Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan tentang keabsahannya) berkait pemberian vaksin secara walk in kepada pelajar tingkatan 1, 2 & 3 pada hari semalam dan tingkatan 4 & 5 pada hari ni utk pelajar luar Kuantan dan Pahang di Dewan Jubli Perak. Semalam keadaan agak sesak sehingga ditangguhkan ke sebelah petang. Ini menimbulkan banyak kemarahan awam yang boleh dilihat diMedsos.

Tiba² menteri kesihatan hari ini berkata, ibubapa jangan tergesa-gesa!

Saya mohon secara peribadi supaya kerajaan PN BN ini jangan bodoh untuk sehari jew…. please…..

#KerajaanGagal

BANGUNNYA FITNAH YANG TIDUR

Henti Pemusatan Kuasa Putrajaya, Sabah Akan Makmur

LEMBAB PASAL SPRM - TERUK ISMAIL SABRI KENA TIBAI!



Kerajaan Ismail Sabri dihentam oleh pelbagai pihak kerana lembab dan tidak pro-aktif dalam isu SPRM. Ini termasuk tokoh veteran UMNO Shahrir Samad yang mempersoalkan mengapa ada jarak masa bagi mendapatkan keputusan Perdana Menteri sama ada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki wajar direhatkan atau tidak.

[[LIVE]] 26.9.2021 Kisah Aksi LUCAH EBIT LIEW?

TAK PAYAH BAIK SANGAT LA DENGAN PUAK LEBAI FITNAH NI...HANTAR SURAT SAMAN SAHALAH MEREKA AKAN MOHON MAAF

 

NORMAN RADZUAN

Dr Mujahid jgn harap puak ini nak tarik balik atau mohon maaf. Mereka ini hanya akn tarik balik fitnah dan memohon maaf bila dapat surat saman. Pendek kata mereka lebih takut dgn HUKUMAN saman yg perlu dibayar daripada HUKUMAN neraka Allah.


May be an image of 1 person and text that says "Mengapa Ust Ahma Dasuki TIDAK MAHU menarik balik tuduhan/ Aa fitnah terhadap Dr Mujahid dlm isu TH Mujahid Yusof Rawa @muja... ・1d Seorang Ustaz berdusta, berpuloh ribu jadi mangsa... .berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri...hingga sendiri.. kini tak pernah tarik balik pendustaannya...Allah Mustaan... FITNAH PH JUAL ASET TH Save Privacy AKHIRNYA TERJAWAB ASET TABUNG HAJI TERKINI BERJUMLAH RM78.00L0M Kongsi"

Hahaha... Terasa ke?

 

Jangan duduk dalam group yang caci maki ulama, kata Dusuki ketika TH rai kejayaan

malaysiadateline.com
Jangan duduk dalam group yang caci maki ulama, kata Dusuki ketika TH rai kejayaan
Ketika Tabung Haji meraikan kejayaan mereka selepas Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan untuk 2019, ulama Pas, Dusuki Rani memberikan ingatan kepada pengikutnya agar jangan duduk dalam group yang mencaci maki ulama. “Sejak kebelakangan ini banyak sangat orang yang takda kerja lain…. serang o...



Hahaha... Terasa ke?

Jap... Jap... Dia ni ulama ke? Entah la. Ulama tu kata jamak bagi orang alim. Iaitu orang yang punyai ilmu yang tinggi terutama dalam bidang agama.

Sebenarnya betul kita tak boleh caci ulama. Tapi ulama yang mana? Ulama yang bawa bersama mereka kebenaran. Bukan ulama yang membawa bersama mereka fitnah dan penipuan.

Sebab ulama pun ada yang suu. Iaitu ulama jahat. Ulama suu ni, Nabi saw pun kutuk. Jadi bukanlah kesalahan kalau kita nak caci perbuatan ulama suu sebab mereka mencemarkan nama Islam.

Ulama dikatakan pewaris Nabi saw. Betullah. Tapi bukan semua ulama. Yang dikatakan pewaris Nabi saw mestilah yang mewarisi sifat Nabi saw. Benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana.

Kalau seorang ulama itu pembohong, atau tidak amanah, atau tidak menyampaikan (ilmu dan dakwah), maka bukanlah dia pewaris Nabi saw. Apatah lagi kalau bodoh, sahlah bukan ulama.

Orang kutuk ulama bukanlah kerana ulama itu betul. Tapi kerana ulama itu tidak bersifat ulama. Cuba kalau ulama itu jujur dalam menyampaikan ilmu, nescaya dia akan dikasihi oleh umat.

Jadi kalau tak mahu dikutuk, maka janganlah ulama berbuat perangai keji. Jangan memfitnah. Sebab perbuatan fitnah itu lebih keji daripada membunuh.

Membuat fitnah itu satu hal. Mungkin boleh dikata terdorong dengan rasa marah dan kurang tahu. Tapi bila dah tahu kebenaran, kenalah minta maaf. Kalau tak minta maaf, itu menunjukkan sifat ego.

Ego atau sombong itu bukan sifat Nabi saw tapi sifat syaitan. Jadi bukanlah dia pewaris Nabi saw tetapi pewaris syaitan. Begitu.

Satu lagi, janganlah suka anggap puak kita saja ulama. Puak kita saja tak boleh dikutuk. Kalau yang tak sehaluan dengan kita, walaupun jelas alim, tak mahu kata ulama malah boleh pula dicaci maki.

Contoh Dr. Rozaimi, ulama hadits. Tapi dek kerana Dr. Rozaimi tak berpihak kepada puak itu, keraplah Dr. Rozaimi dicaci. Eh tak dibela pula. Tak pula marah ulama dicaci maki. Yang ini tak betul la...

Aku pun tak suka ulama dihina. Tapi ulama yang benarlah. Kalau ulama suu, wajib kita kritik dan nyatakan kebenaran. Kerana jika tidak, habis akidah umat Islam terpesong olehnya.

Raja Gelap

 

PATUT DIHUKUM KERANA CUBA UNTUK MENIMBULKAN KETEGANGAN KAUM..

 

HAMZAH RIE NA


Waktu mamak belukang ni buat fake account dan hina Nabi saw, punya laaa ramai orang2 Kita pun melompat sama.

Saya tak melompat sebab tahu itu mesti fake account dibuat oleh cybertrokpers umno! Kan dah kata saya betul dlm hal ni.

 May be an image of ‎4 people and ‎text that says "‎Berita gembira. Bertindak atas 483 reportpolis yang telah di buat terhadap akaun nama cina Wendy Loong yang hina Nabi Muhammad dan akhirnya kantoi akaun tersebut kepunyaan MAMAK PEDUKANG NI maka dia telah ditahan. ...See more heef AESMPIRA NAJIB RAZAK WOTENE NEW IAAE BUNNG MunsinLatheef Latheef Faty MAMAK PARPU PUNYA ANGKARA DAP jadi MANGSA APA DAH JADI MAMU Lani hangpa check semua Pages Pages Pemfitnah Yang Memfitnah Mamu Depa Dok Delete Post Bejemaah.. ששל Singa Baru Menguap Monyet Semua Lari Bertempiaran SS‎"‎‎

KENYATAAN MEDIA - MENYOKONG AGAR LOGO KEADILAN DIGUNAKAN PADA PRU15

 

Menyedari PRU15 bakal diadakan sebaik sahaja pandemik Covid19 berakhir, maka Pakatan Harapan telah pun memperkemaskan jentera masing-masing dan persiapan dari semua aspek harus ditingkatkan mulai sekarang.

Pada PRU14 yang lalu, logo Keadilan telah dipersetujui bersama untuk digunakan mewakili Pakatan Harapan sepanjang kempen, dan Alhamdulillah, Pakatan Harapan telah mencipta sejarah memenangi PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan. Keserasian logo Keadilan yang digunapakai telah membantu kemenangan Pakatan Harapan kerana Keadilan merupakan satu-satunya parti yang memiliki jentera dan Cabang di kesemua 222 kawasan Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak. Penggunaan logo ini tidak mendatangkan masalah kerana logo ini telah lama dikenali samada di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak

Meskipun Pakatan Harapan telah mempunyai logonya tersendiri, namun logo ini masih belum dikenali ramai terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman di Semenanjung lebih-lebih lagi terlalu asing di Sabah dan Sarawak. Memandangkan PRU15 begitu hampir, Pakatan Harapan begitu kesuntukan masa untuk memperkenalkan logo Pakatan Harapan dan sudah tentu akan mendatangkan risiko sekiranya logo ini digunapakai sewaktu PRU15 nanti. InsyaAllah, sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15, maka kita mempunyai banyak masa dan peluang untuk memperkenalkan logo Pakatan Harapan untuk digunakan di dalam mana-mana PRK selepas itu seterusnya pada PRU16.

Sehubungan itu, kami mencadangkan agar Pakatan Harapan dapat membuat keputusan agar logo Keadilan digunakan bagi mewakili Pakatan Harapan berdepan dengan PRU15 nanti. Kami percaya, semua parti di dalam Pakatan Harapan akan bersikap terbuka dan tidak prejudis terhadap cadangan ini demi merealisasikan kemenangan seterusnya membawa agenda reformasi yang kita impikan bersama.

Semoga pandangan kami yang mewakili suara di akar umbi ini akan mendapat perhatian serius dan pertimbangan yang sewajarnya.

26 September 2021

Ditandatangani bersama:

YB LEE CHEAN CHUNG

Ketua Cabang Indera Mahkota

WAN FAUZULDIN BIN WAN SAMAD

Ketua Cabang Paya Besar

MOHD KAMAL BIN YUSOF

Ketua Cabang Pekan

JAMAL BIN MASRI

Ketua Cabang Rompin

BOSTAMIN BIN BAKAR

Ketua Cabang Maran

BOB MANOLAN MOHAMAD

Ketua Cabang Bera

MOHAMAD HAFEZ BIN HARUN

Ketua Cabang K.Krau

SHANMUGANATHAN AL MUNIANDY

Ketua Cabang Bentong

TAN WEI WUN

Ketua Cabang Cameron Highlands

SIVANANDAR AL GENAPATHY

Ketua Cabang Raub

ZULFIKAR BIN ALI ARIFFIN

Ketua Cabang Temerloh

MOHD MUSTAQIM BIN ABD JALIL

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang

BARIRAH BTE MOHD MOKHTAR

Ketua Wanita Keadilan Pahang

 

PRU15 AKAN BERLAKU PADA BULAN JUN 2022

 KAMAL SHAH JUSI


Kpd guru2 yg tak ambil vaksin, penuntut2 IPT, pelbagai lapisan penjawat awam, pemandu2 umur over 70an dan pelbagai pihak tertentu yg hidup dlm serba salah.

Mereka2 ini dan termasuk semua di kalangan the silent protesters, katanya keadaan senario sekarang yg sangat rumit dan kelam kabut ini mungkin bersifat sementara sahaja atau mungkin tiba2 terhenti menjelang bulan Jun 2022.

PRU15 sudah sangat hampir. Beberapa insiden besar akan menjelang berlaku dan hanya PRU15 sahaja satu2nya jalan penyelesaian yg ada dan ianya tidak dapat dielakkan. Itu adalah berita risikan dari seorang yg sangat rapat dgn bomoh yg pernah meramalkan keputusan PRU14 tahun 2018. Itu saja ceritanya.

 

ADA DALIL KA ATAU SEDANG MENCARI ?

 


Isu judi, Pas mula menggelupur.  Sedang cari dalil kot untuk halalkan judi syarie.  Waktu Pas hanya perintah Kelantan, mereka kata mereka tiada kuasa di pusat.  Nah, ditakdirkan Pas bersekongkol dgn pengkhianat untuk jadi kerajaan tebuk atap, lebai Pas beberapa ekor jadi menteri di era Mahiadin, judi ditambah dari 8 kali kepada 22 kali setahun.  Bila Pas bersama Ismail Sabri jadi PM, lebai Pas jadi menteri agama, judi masih dikekalkan kpd 22 kali setahun.  


Apa pula alasan lebai bila dah berada di Pusat?  Mereka kata mereka bukannya mengetuai kerajaan, iaitu PM bukan dari lebai.  Waktu PH perintah, macam2 mereka tuduh Anwar dan Guan Eng serta Mat Sabu, sedangkan ketiga2 orang ini pun bukannya PM.  


Seandainya, Na'uzubillah, Pas jadi PM, percayalah Pas tetap serupa dan waktu itu lebai akan kata kami bukannya Agong.  Kalaupun lebai dpt jadi Agong, akhirnya dia akan kata kami bukannya Tuhan.  


Ada saja alasan lebai....


WFAUZDIN NS


BAGAIMANA NAK PERCAYAI SPRM BILA KP TIDAK AMBIL CUTI

 

Kedua-dua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu beri penjelasan mengenai kehilangan barang kes rasuah yang melibatkan wang tunai USD 6 juta.

Azam Baki mendapat tekanan daripada orang awam supaya mengambil cuti rehat bagi memastikan bahawa tidak ada campur tangan dalam siasatan SPRM berikutan penangkapan tiga pegawai kanan SPRM kerana penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berhubung kehilangan barang kes berjumlah USD6 juta (RM25 juta) milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia, Hasanah Abdul Hamid.

Ini telah mencetuskan persepsi negatif dan kecurigaan orang awam terhadap campur tangan pada tahap tertinggi, ketika pegawai SPRM yang didakwa terlibat dalam kehilangan barang kes, telah direman 12 hari yang lalu dan SPRM hanya mengeluarkan kenyataan rasmi setelah tempoh reman berakhir.

Ini berbeza dengan amalan SPRM yang sengaja dan cepat mendedahkan maklumat kepada media mengenai ahli politik pembangkang yang telah menolak untuk menyokong kerajaan, bahawa mereka telah ditahan atau akan didakwa di mahkamah di kemudian hari.

Bagaimana SPRM boleh dipercayai untuk menyiasat dirinya sendiri di atas kesalahan jenayah tersebut?

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP.