
Angkatan
Muda KEADILAN (AMK) Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja berita kematian
A. Ganapathy yang ditahan reman tanpa pihak polis memberi penjelasan yang
munasabah.

Angkatan
Muda KEADILAN (AMK) Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja berita kematian
A. Ganapathy yang ditahan reman tanpa pihak polis memberi penjelasan yang
munasabah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar,
tengah) berkata tiga perkara akan menjadi kayu ukur terhadap syor
perubahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri
itu.
Katanya, faktor yang akan diambil kira adalah pertambahan kes positif Covid-19, jangkitan berkaitan kawasan tumpuan awam dan kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) sama ada meningkat atau menurun.
"Kita ada angkat beberapa cadangan namun yang penting kita mahu masa yang sesuai (perubahan pelaksanaan PKPB) dan bukan secara tiba-tiba.
"Sebab itu kita ada cadangkan tarikh bila bermula tetapi syor ini akhirnya akan dibincangkan di peringkat persekutuan sebelum diputuskan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika sidang media selepas melancarkan penyertaan awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2030 (DRTMPS 2030) di Le Gardens Pavilion, Kuang.
Sebelum itu, dalam ucapan pelancaran Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2030 itu Amirudin menekankan penyertaan masyarakat awam dan pihak berkepentingan untuk terlibat dengan perancangan pembangunan di kawasan pentadbiran Selayang.
Penyertaan itu amat diperlukan untuk menjadikan Selayang sebuah perbandaran yang seimbang dari segi kelestarian masyarakat, ekonomi, berteknologi dan alam sekitar.
Selain itu, beliau juga menyeru agar Ahli-Ahli Majlis MPS memainkan peranan untuk melibatkan komuniti menyertai program publisiti dan hebahan yang dijalankan selama satu bulan.
Draf Rancangan Tempatan MPS akan dipamerkan kepada awam bermula 30 April hingga 31 Mei 2021 di Lobi, Menara MPS, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan PLAN Malaysia Selangor. Orang ramai juga boleh mengakses dan memberi pandangan terhadap Draft Rancangan Tempatan MPS 2030 melalui laman sesawang https://drt2030.mps.gov.my .

KUALA LUMPUR: Lebih 100 anak muda daripada Sekretariat Solidariti Rakyat berbuka puasa di hadapan bangunan Parlimen sebagai tanda protes ia masih belum bersidang.
Selain mendesak kerajaan segera “membuka” Parlimen, mereka turut menuntut enam perkara lain termasuk melaksanakan Undi18 serta-merta.
Empat lagi tuntutan adalah jaminan kemandirian ekonomi rakyat, pemerkasaan pendidikan yang selamat untuk semua, pemerkasaan hak Sabah dan Sarawak serta penguatkuasaan undang-undang saksama dan berperikemanusiaan.
Mereka pada mulanya berkumpul di tempat letak kenderaan Taman Tugu sebelum bergerak ke bangunan Parlimen.
Antara aktiviti dilakukan adalah bacaan Al-Quran dan kupasan ayat berkaitan kerajaan zalim, berbuka puasa beramai-ramai di hadapan Parlimen dan solat Maghrib.
Sekretariat itu terdiri daripada MUDA, Undi18, MISI: Solidariti, Bersih, Demokrat Kebangsaan/Borneo Komrad, PSM, Pemuda Amanah, Pejuanita Muda, PKR, kumpulan mahasiswa, YPolitics (Karmun), UMANY, SUARAM, DAPSY, Myer movement dan Malaysia Muda.
Turut hadir Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, ADUN Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali dan Pengerusi Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan.
Sebelum berbuka puasa, mereka menaikkan plakad antaranya tertulis “tamat darurat”, “buka puasa, buka Parlimen”, “rakyat bangkit” dan “sudah daftar sebagai pengundi”.
Apa yang diperkatakan oleh Ketua Polis Negara, Hamid Bador mengenai amalan melompat parti dengan perbuatan rasuah dalam kerajaan seperti videonya yang disertakan di sini, adalah jelas ditujukan kepada dua pihak.
Pertama, kepada kerajaan PN sekarang yang dipimpin oleh Mahiaddin Md Yasin di mana sebagaimana kita tahu dan nampak ia berlaku, amalan lompat katak itu begitu berleluasa sekali.
Mahiaddin tidak boleh lari daripada bertanggungjawab untuk menjelaskan apa yang disebut oleh Hamid Bador itu kerana sejak kerajaan PN terbentuk, amalan lompat katak didapati amat ketara sekali.
Dengan begitu banyak katak di dalamnya, menafikan ia ada kaitan dengan rasuah ternampak begitu sukar untuk dipercayai.
Takkan lompat free begitu saja?
Maka, siasatan harus dilakukan oleh SPRM terhadap Mahiaddin dan beberapa menteri kanannya yang diperkatakan ramai ada kaitan dengan perkara itu, antaranya dikatakan ialah Hamzah Zainuddin dan juga Azmin Ali.
Untuk itu, selain Mahiaddin, SPRM juga mesti semua dua menteri yang terbabit itu.
Lagi pun, jika didengar betul-betul video Hamid itu, ia seperti ditujukan kepada salah seorang daripada mereka.
Kedua, apabila Hamid Bador memperkatakan amalan katak lompat dalam kerajaan, secara tidak langsung beliau juga menujukan perbuatan itu kepada Tun Mahathir Mohamad yang memegang jawatan Perdana Menteri di era PH sebelum ini.
Tentu kita sedar, Geng Hamzah Zainuddin adalah yang mula-mula sekali melompat katak daripada UMNO ke Bersatu, hanya beberapa bulan setelah Tun Mahathir menjari Perdana Menteri.
Melompatnya Geng Hamzah itu difahami selain untuk memperkuatkan Bersatu, juga bertujuan menghalang penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Jadi, kepada SPRM, jangan lupa siasat sekali Tun Mahathir dan orang-orang rapatnya ketika itu yang boleh menyebabkan Geng Hamzah melompat parti menyertai kerajaan.
Takkan Geng Hamzah lompat free begitu saja?
Tanpa ia bermula ketika era Tun Mahathir sebelumnya, lompat katak tidak akan bermaharajalela seperti dalam PN sekarang ini.
(ShahbudinHusin 30/04/2021)

PETALING JAYA: M Indira Gandhi, yang masih berusaha mendapatkan semula anak perempuannya yang dilarikan bekas suami, menyelar kenyataan Abdul Hamid Bador bahawa beliau dan kumpulan lain mengganggu usaha menjejaki kanak-kanak itu.
Indira, yang mendapat hak penjagaan anaknya daripada Mahkamah Persekutuan, menyangkal dakwaan ketua polis negara (KPN) yang bakal bersara itu bahawa bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah menghilangkan diri kerana “takut” dengan kenyataan-kenyataan dikeluarkan wanita itu serta NGO berhubung kes berkenaan.
Bercakap kepada FMT, Indira berkata, sudah pasti beliau bersuara kerana kes itu melibatkan anaknya, Prasana Diksa, malah mahkamah telah mengarahkan polis memastikan kanak-kanak itu dikembalikan kepadanya.
Katanya, beliau tidak faham bagaimana Riduan, yang memeluk Islam selepas meninggalkannya, “takut” dengan kenyataan media dikeluarkannya atau NGO yang membantunya.
Beliau menyifatkan kenyataan dan sikap ditunjukkan Hamid itu sebagai mengecewakan.
“Saya tidak faham kenapa beliau memerlukan masa begitu lama untuk menyelesaikan kes berkenaan.
“Jika benar ada perkembangan positif, kenapa beliau tidak menemui saya?” soalnya.
Menurutnya, KPN sepatutnya memberitahunya apa yang perlu dibuat untuk memastikan anaknya kembali ke pangkuannya.
Tambah Indira, NGO yang membantunya sekadar memberi nasihat berkenaan kes itu.
“Kenyataan Hamid tidak adil, dan semua orang tahu perkara ini. Kami tidak pernah mengugut Riduan. Kami tidak pernah menyentuh isu agama. Kenapa perlu takut?”
“Sekarang kita lihat apa yang akan dikatakan KPN baharu mengenai isu itu,” kata beliau, merujuk kepada Acryl Sani Abdullah yang akan menggantikan Hamid mulai Selasa.

Rakaman audio Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang turut memetik nama ‘Tuanku’ disifatkan satu penyalahgunaan kuasa sekaligus menghina dan mengheret institusi Raja Berperlembagaan untuk kepentingan politik.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin berkata perbualan Hamzah jelas memetik nama ‘tuanku’ sebagai justifikasi untuk beliau menaikkan pangkat anggota PDRM yang mahu dipilihnya.“Hamzah yang begitu angkuh dengan semberono mengaku bahawa tindakannya itu sebahagian daripada ‘skop kerja’.
“Jika diamati butir demi butir audio yang tular, jelas bahawa Hamzah Zainuddin telah memetik nama ‘Tuanku’
“Tanpa segan silu menggunakan panggilan ‘budak kita’, Hamzah jelas telah berlaku biadab dengan menyalahgunakan nama ‘Tuanku’, sekaligus menghina dan mengheret institusi Raja Berperlembagaan untuk kepentingan politik beliau,” katanya dalam kenyataan.
Suara rakaman audio kini tular melibatkan Hamzah dengan seseorang yang dipercayai sebagai pegawai tinggi anggota PDRM
Shazni yang juga Ketua Pemuda AMANAH, merasakan bahawa tindakan Menteri Dalam Negeri ini telah melampaui batas dan satu laporan polis akan dibuat pada hari Selasa, 4 Mei 2021 jam 11 pagi di IPD Dang Wangi.
“Kita mahu penghinaan dan cubaan untuk mengheret nama ‘Tuanku’ oleh Hamzah Zainuddin itu disiasat setelus-telusnya,”katanya.
Tegas Shazni, menteri masih tertakluk kepada undang-undang dan jawatannya bukan tiket untuk disalahgunakan apatah lagi dijaja seolah-olah perlakuan salah itu direstui payung negara.

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mesti disiasat berhubung rakaman audio yang bocor mengenai perbincangan pelantikan pegawai kanan polis, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.
Beliau yang juga peguam berkata, perbincangan melibatkan Hamzah itu seolah-olah membayangkan campur tangan kerajaan dalam pelantikan pegawai kanan polis, sedangkan ia sepatutnya hanya dikendalikan pasukan itu.
Hamzah hari ini mengaku dirinya dalam rakaman itu, namun menegaskan tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Saya tak buat apa kesalahan, orang yang merakam perbualan saya dengan orang lain itu melakukan kesalahan,” katanya.

PETALING JAYA: Mulai esok, 22 bazar Ramadan di beberapa negeri diarah tutup kerana risiko penularan Covid-19.
Arahan itu dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) susulan analisis dan pengesanan kontak dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi aplikasi MySejahtera.
Dalam surat dilihat FMT, Ketua Setiausaha KPKT Zainal Abidin Abu Hassan berkata, terdapat risiko tinggi yang boleh mencetuskan rangkaian jangkitan baharu Covid-19 di bazar tersebut.
Bazar yang terlibat adalah di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang dan Johor.
Ia bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan majlis-majlis tempatan di Subang Jaya, Ampang Jaya, Pulau Pinang, Seberang Perai, Kulim, Baling, Teluk Intan, Temerloh, Johor Bahru, Pasir Gudang, dan Kota Tinggi.
Orang ramai sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai kesesakan yang berlaku di bazar berkenaan kerana kesukaran mengamalkan penjarakan fizikal, walaupun prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, membuat kejutan apabila mendakwa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, menyalahgunakan kedudukannya untuk campurtangan dalam urusan polis.
Hamid berkata demikian kepada pemberita yang memintanya mengulas pengakuan Hamzah bahawa suara dalam sebuah rakaman perbualan berkaitan pelantikan pegawai polis atasan.
Hamzah hari ini megumumkan bahawa Hamid akan bersara 3 Mei sebagai Ketua Polis Negara dan jawatan itu akan diambil alih oleh timbalanya Acryl Abdullah Sani.
Hamid menegaskan menteri tidak boleh campurtangan dalam pengurusan polis dan amalan itu harus dielakkan.

POSTED BY AMIR WRLR
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera berhubung kes A Ganapathy yang maut dalam tahanan polis.
Presiden KEADILAN itu berkata, Ketua Polis Negara seharusnya menjelaskan segera kes tersebut kerana ia melibatkan sensitiviti perkauman.
"Bagi kita, hak asasi, hak kemanusiaan tidak dibatasi dengan kaum atau agama. Sepatutnya pihak polis, Ketua Polis Negara harus beri kenyataan lengkap menjelaskan dan menentukan andaikan ada jenayah dilakukan, tindakan diambil segera.
"Kita tak boleh ada satu kaum persepsinya dibelasah terus-menerus di lokap," katanya.
Pada masa sama, beliau menempelak pihak yang tidak mengambil serius terhadap isu tersebut.
"Ada yang terkejut, anggap ini jarang berlaku. Podah, saya kata.
"Saya tahu apa yang berlaku, saya alami tahun 1998. Saya beritahu bila saya dibebaskan, saya tidak mahu orang lain dizalimi sedemikian sama ada Melayu, Cina atau India atau anak Sabah dan Sarawak
"Kerana kita faham maksud keadilan yang merentas kaum dan faham agama," katanya.

Menteri Pembangunan Wanita
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun muncul memberikan
kenyataan selepas beberapa hari rakyat dan seluruh negara hangat membincangkan
isu jenaka rogol dan ugutan rogol yang didakwa oleh seorang pelajar dilakukan
oleh guru dan rakan sekelas di sekolahnya, namun kemunculan Rina itu tidak
menawarkan penyelesaian konkrit kepada masalah berkenaan.
Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti KEADILAN, Fadhlina Siddiq, kelewatan Rina memberikan kenyataan itu juga memperlihatkan bahawa KPWKM sangat tidak kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab di bawah bidang kuasa sebuah kementerian yang menjadi barisan hadapan dalam isu perlindungan wanita dan kanak-kanak.
"Walaupun Rina telah mengeluarkan kenyataan, tetapi tidak ada sebarang jawapan yang tuntas berkaitan perlindungan kepada pemandiri yang merupakan kanak-kanak serta jaminan tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada untuk memastikan kejadian ini tidak lagi berulang dan keadilan untuk pemandiri dapat ditegakkan.
"Rina juga telah gagal menyatakan dengan jelas apakah pendirian kerajaan hari ini dalam aspek Polisi Perlindungan Kanak-kanak yang wajar diangkat dan dilaksanakan oleh KPWKM dalam kes-kes yang melibatkan aduan jenaka rogol dan ancaman atau ugutan rogol terhadap kanak-kanak.
"Lebih mengecewakan, dalam kenyataan yang sama, Rina memberikan harapan palsu dan membayangkan sekali lagi bahawa kerajaan hari ini masih gagal membawa RUU Akta Gangguan Seksual untuk dibentangkan di Parlimen walaupun sebelum ini beliau pernah menyatakan RUU tersebut akan siap pada bulan Mac, 2021," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Fadhlina yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, jika dirujuk kepada Pelan Strategik KPWKM 2021-2025 yang dilancarkan pada Mac 2021 yang lalu dalam muka surat 27, tahun sasaran penggubalan undang - undang berkaitan gangguan seksual telah ditetapkan pada tahun 2021-2022.
Ini bermaksud, katanya, rakyat perlu menunggu sehingga tahun hadapan sebelum undang-undang itu menjadi kenyataan.
"Dalam masa yang sama, saya juga mempersoalkan apakah Timbalan Menteri KPWKM masih wujud dan kompeten menjalankan tanggungjawab serta fungsinya dalam KPWKM kerana sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada beliau khsusunya yang menjurus kepada perlindungan kanak-kanak dan pembelaan terhadap maruah dan hak wanita.
"Akhirnya Rina muncul! Tetapi gagal memahami isu sebenar dan tidak kompeten mengendalikan perlindungan dan pembelaan untuk pemandiri jenaka rogol," katanya lagi.
Bantuan yang cuba
diusahakan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim kepada warga terkesan
di kawasan beliau kini dijadikan alasan supaya ada keresahan antara kaum. Ini
kerja orang yang tidak bertanggungjawab. Saya fikir pihak UUM boleh lihat dan
siasat isu ini dengan teliti.
ZUS DIN
JIKA ini SAH dan BENAR, apa nasib peniaga-peniaga kecil yg dah keluarkan modal? Macam mana mereka nak cari makan dan duit Raya?


PETALING JAYA: Pelantikan Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara baharu boleh dipertikaikan kerana ia dilakukan semasa negara bawah darurat, kata dua peguam.
Abdul Shukor Ahmad berkata dalam konteks semasa, tidak ada perbezaan antara bersara wajib seorang penjawat awam pada usia 60 tahun dengan kontrak selesai.
“Kedua-dua senario itu mengikut takrif persaraan yang luas. Ketua Polis Negara sekarang iaitu Abdul Hamid Bador patut dikekalkan sehingga darurat ditarik balik,” katanya kepada FMT.
Shukor berkata mana-mana pegawai polis, yang terkilan dengan pelantikan baharu itu, boleh memohon semakan kehakiman kepada mahkamah.
“Mari kita tengok apa kata mahkamah,” kata Shukor kepada kenyataan oleh kumpulan peguam dalam Pejuang yang berkata berkata Seksyen 15 Akta Polis tidak membenarkan pegawai polis letak jawatan atau bersara semasa darurat.
Peguam SN Nair berkata tiada anggota atau pegawai polis, termasuk KPN, boleh letak jawatan atau bersara semasa darurat berkuatkuasa.
“Undang-undang tidak kata apa-apa sama ada KPN kontrak boleh bersara,” kata Nair, yang pernah berkhidmat dengan polis.
Beliau berkata adalah salah di sisi undang-undang untuk Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, atau sesiapa sahaja menamatkan khidmat pegawai polis walau secara persaraan, atau mana-mana orang meninggalkan polis semasa darurat berkuatkuasa.
“Adalah salah di sisi undang-undang sekiranya kerajaan semasa menamatkan khidmat Hamid walau secara persaraan,” tambahnya.
Awal hari ini, Hamzah menyerahkan surat pelantikan Acryl Sani dan beliau akan menggalas jawatan baharu itu pada 4 Mei.
Kontrak dua tahun Hamid akan tamat pada Isnin.
Hamid, yang akan mencecah usia 63 pada 7 Ogos, menandatangani kontrak pasca-persaraan selama dua tahun untuk menjadi Ketua Polis Negara pada 2 Mei 2019, apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengaku bahawa rakaman suara bocor yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis sebagai benar.
Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Saya rasa itu adalah suara yang benar oleh saya. Dan saya tak melakukan apa-apa kesalahan pun. Apa salahnya?
“Cuma yang salahnya orang yang curi rakam perbualan saya, itu melakukan kesalahan,” katanya.
Hamzah dalam rakaman itu antaranya menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.
“Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya.
Dia berkata akan memilih siapa yang dia kenal.
“Saya beritahu dia you tak boleh ada choice, you hanya boleh bagi nama-nama -katalah lima orang – you let me know, we will decide.
“Not for u to decide anymore like before. All ketua polis negeri dia tak boleh decide,” katanya.
Hamzah memberitahu wartawan bahawa rakaman audio berkenaan dibuat pada tahun lepas.
Ditanya sama ada dia akan membuat laporan polis, Hamzah berkata tiada keperluan untuknya berbuat demikian.
Katanya, apa yang lebih penting adalah mengenal pasti pihak membuat rakaman berkenaan.
“Saya menteri dalam negeri, jadi saya boleh lakukan dengan beberapa cara lain. Siapa yang rakam itu persoalannya, kita nak tahu itu dulu,” katanya lagi.
Sementara itu, Hamzah berkata apa yang dilakukannya tidak bercanggah dengan peraturan.
“Saya pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), saya nak maklumkan dalam perlembagaan, pengerusi SPP merupakan suruhanjaya tertinggi yang menentukan tugasan pegawai-pegawai polis.
“Yang masalahnya ialah kalau saya nak suruh buat perkara di luar tanggungjawab saya itu masalahlah.
“Ini tak ada masalah pun. Yang anda rasa saya buat salah ni kenapa, saya tak salah pun,” katanya lagi.
Kalau kita lihat coretan di media sosial oleh pemimpin-pemimpin utama UMNO kebelakangan ini, sasaran mereka tidak lain ialah kerajaan PN itu sendiri.
Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Khaled Nordin, Ahmad Maslan dan Asyraf Wajdi Dusuki, sekadar menyebut beberapa nama, adalah mereka yang dilihat aktif mempertikai pelbagai aspek kegagalan kerajaan PN.
Paling aktif mengkritik dan menyerang kerajaan PN tentunya ialah Najib Razak, bekas Perdana Menteri.
Beberapa pemimpin UMNO lain yang berkedudukan sebagai Ahli MT dan Ketua Bahagian, turut tidak kurang aktif dan garangnya melakukan serangan yang sama.
Baik melibatkan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin atau berkaitan kelemahan beberapa menteri kerajaan PN, mereka selalunya tidak akan terlepas daripada kritikan pemimpin-pemimpin UMNO itu.
Tidak sekadar itu, pemain media sosial pro UMNO juga sama aktif menjadikan kerajaan PN dan Mahiaddin sebagai sasaran kritikan serta serangan mereka.
Realiti ini memperlihatkan, meskipun masih menyokong kerajaan PN sehingga suatu ketetapan lain dibuat berhubung kedudukan mereka dalam kerajaan PN, UMNO sebenarnya sudah pun secara tidak rasmi meletakkan dirinya sekarang ini sebagai pembangkang tanpa tauliah.
Ini juga bermakna usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah dimuktamadkan pada PAU2020 lalu adalah kata putus yang tidak mungkin boleh diundurkan lagi.
Ertinya bukan saja sia-sia bagi Bersatu jika terus mengharap untuk bekerjasama dengan UMNO, malah juga membuang masa kalau Pas terus dengan hasrat mahu menjadi orang tengah bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
Dengan meletakkkan dirinya sebagai pembangkang itu, UMNO boleh dianggap telah bergabung dengan PH yang memang realitinya adalah pembangkang yang rasmi ketika ini.
Persoalannya sampai bila UMNO mahu jadi begini?
Maka itu, kerajaan PN sekarang sebenarnya bukan saja dianggap sangat lemah dan tiada sokongan, malah kedudukannya yang tiada majoriti itu tidak lagi sukar untuk difahami.
Kalau tak percaya dan Mahiaddin benar-benar seorang lelaki sejati, cubalah benarkan Parlimen bersidang kalau berani? (ShahbudinHusin 30/04/2021)