Keunikan PAS dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam negara.-sembang lebai....



BILA PAS MAHU TUNAIKAN JANJI UNTUK SELESAIKAN KOS SARA HIDUP?

1. Rungutan orang ramai tentang kenaikan harga barang terutama barang mentah dan segar seperti ayam, telur dan sayur di waktu Ramadhan ini dan dijangka meningkat lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah sahih. Keadaan ini turut diakui kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepertimana kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Che Abdullah Mat Nawi pada 17 April lalu. Kenaikan harga barang sudah pasti meningkatkan kos sara hidup rakyat dan ia berlaku akibat inflasi adalah amat membimbangkan. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan PN menguruskan ekonomi negara dengan baik.

2. Inflasi jika tidak dikawal akan menyebabkan krisis ekonomi rakyat semakin kronik, apatah lagi kadar pengangguran yang meningkat kepada 782,500 orang pada kadar 4.9 peratus pada Januari 2021. Jika indiviu yang bekerja sekalipun, gaji yang diterima tidak cukup menangani kos sara hidup sepertimana gaji graduan hanya sekitar RM1,001 hingga RM1,500. Setakat hari ini, tiada apa-apa perancangan strategik kerajaan PN menangani masalah kos sara hidup rakyat. Infliasi pula dijangka meningkat kepada 5 peratus dan keadaan ini menunjukkan PN tiada kehendak politik (political will) untuk menyelesaikan masalah rakyat.

3. Tidak seperti kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai kehendak politik menyelesaikan isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP). Langkah ini berjaya mengawal inflasi sehingga hanya 0.7 peratus bagi tahun 2019 dan ekonomi pula berkembang sebanyak 4.3 peratus bagi tahun yang sama. Komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan PH ini adalah kerana tadbir urus negara sepanjang 22 bulan tersebut dipandu oleh manifesto PH berbanding PN yang tiada manifesto. Justeru, dakwaan bahawa PH tidak menunaikan janji kini terbukti meleset.

4. Kini, rakyat tertanya-tanya bilakah PAS mahu menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup seperti mana kenyataan Presiden PAS pada 9 Mac 2018. Walaupun PAS kalah dalam PRU ke-14 yang lalu, namun tindakan mereka yang bersekongkol membentuk kerajaan tebuk atap menuntut PAS menunaikan janji pilihanraya ini. Baldatun thayyibatun dalam firman Allah dalam Surah Saba’ ayat 15, menuntut sesebuah kerajaan menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya mementingkan perebutan kuasa. Kegagalan PAS untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup ini memprejudiskan perjuangan Islam yang dibawa PAS yang dilihat lebih berminat kepada kepentingan kuasa.

Faiz Fadzil

19 April 2021

 


PAS SUDAH JAUH BERBEZA

 

BOB KELANANG


Satu masa dulu... orang PAS jarang akan pakai baju berwarna biru... malah apa sahaja yang berwarna biru amat susah nak dilihat digunakan oleh orang PAS.... sampaikan nak tahu rumah orang PAS cukup senang... mesti warna hijau lebih banyak dari warna lain...

Tapi tidak sekarang ni... semenjak PAS bersekongkol dengan UMNO la ni... PAS sudah jauh berubahnya...

Sampaikan xder jelik dah orang PAS dengan bendera UMNO, baju UMNO, logo UMNO malah lagu UMNO pun orang PAS dah pandai nyanyikan sekarang ni...

UMNO yang dulunya dikapirkan oleh Abdul Hadi Bewok... di Banggol Peradong, Terengganu...

Memang PAS sudah jauh berubahnya...



Pemuda PAS mahu tindakan dikenakan pada Fahmi Reza

malaysiakini.com
Pemuda PAS mahu tindakan dikenakan pada Fahmi Reza
Ahmad Fadhli berkata walaupun hantaran Fahmi ringkas saja, Pemuda PAS berpendapat ia bersifat hasut maya ke atas Permaisuri Agong.




 

KERAJAAN KONGKIAK......

 May be an image of text that says "DrPuad Zarkashi 16m 2 HARI TAMBAH HUTANG NEGARA RM6 BILION. Hari selasa pinjam RM4.5 Bilion. Hari rabu pinjam RM1.5 Bilion. Dalam tempoh dua hari hutang negara naik RM6 Bilion (BNM). Maka dalam tempoh 4 bulan 2021 (Januari-21 April) pinjaman yang dibuat oleh kerajaan PN ialah sebanyak RM75 Bilion. Semalam kerajaan PN mewartakan ordinan baru darurat iaitu boleh guna RM16.9 bilion wang Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN). Antara penyumbang dana KWAN ialah hasil petroleum. Pengambilan dana itu untuk tujuan vaksin dan program imunisasi kebangsaan. Lepas ni nak korek mana pula?"

JANGAN PERCAYA UMNO NI NAK KELUAR...MASIH MAIN TARIK TALI....PH PERLU BERGERAK TERUS ....LANTAK UMNO LA ..

 

Pi tengok dulu, kalau nampak banyak gajah berterbangan di angkasa, BOLEH LER PERCAYA ZAHID DAN UMNO AKAN TARIKBALIK SOKONGAN KPD MUHYIDDIN


May be an image of one or more people, people standing and text that says "Nன Sinar Harian Khamis 22 April 2021 cari >> BERITA POLITIK Keputusan UMNO lepas jawatan dalam kerajaan PN diketahui petang ini Keputusan UMNO lepas jawatan dalam kerajaan PN diketahui petang ini NURUL NURULHUDAHUSAN||28Mc2021 28 Mac 2021 HUDA HUSAIN x"





#KERAJAANKIANAT

 

MUHD MUFIZ II

Satu maklumat yang perlu di fahami oleh kita, rakyat !!....ini di antara punca utama DARURAT, KERAJAAN PENGKHIANAT DAH XDE DUIT, ORDINAN-ORDINAN UNTUK MENGGUNAKAN WANG + DANA KERAJAAN SEWENANG-WENANGNYA.....


May be an image of 1 person and text that says "ALASAN CAGAL TARIK PELABUR MENY BABKAN NEGARA MEROSOT "Kami sekarang lebih selektif dalam hal pelaburan yang masuk kc negara kita. Kami tidak lagi mahu industri berintensifkan pekerja datang ke Malaysia kerana kami tidak mahu terlalu bergantung kepada pekerja asing.. ΑΖΜΙΝ INALLMITI) ALI MENTERI MITI GAGAL TARIK PELABUR ASING, EKONOMI NEGARA MAKIN LEMBAB?"

KAH...KENA DENGAN NETIZEN ADMIN SEDU..



 May be an image of ‎text that says "‎Mohd Khairi Kkm dah hilang arah..x lama lg msuk wad mental.... 1hr Like Reply More Zahfran Abdul Aziz #apemasalahsaudara 1hr Like Reply More Syafiq Jamal Hahahaha koyak 57 mins Like Reply More Izani Haiqal Admin page ni masuk guna cable wayar ke? Makin kerap pulak koyak hati tisu jgn jadi admin.. terserlah bocahnyee hahaha 56 mins Like Reply More دنیال محمد Min awat tutup komen? Hangpa tgh posa ka? 55 mins Like Reply More Ummi Batoota Apabenda ni.. tutup komen.. dah la parlimen tutup..komen .komen pun nk tutup ke 53 mins Haha Reply More‎"‎

Gempa bumi lemah di Ranau tengah malam tadi

 

(Gambar Reuters)

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah ketiga bulan ini berukuran 2.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Ranau, pada 12.02 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memberitahu gempa bumi itu berlaku 8 kilometer timur laut dari Ranau.

Menurut kenyataan itu, gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10 km itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.

Gempa bumi lemah pertama di Ranau bulan ini berlaku pukul 11.10 malam Ahad lepas (18 April) dengan magnitud 2.8 skala Richter dan diikuti gempa bumi lemah kedua 2.7 skala Richter pada 1.05 pagi keesokan harinya (19 April).

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkenaan kejadian tersebut.

Sedih! Ahli Parlimen dihalang bagi bantuan laptop percuma kepada pelajar miskin di sekolah

 

Sedih! Ahli Parlimen dihalang bagi bantuan laptop percuma kepada pelajar miskin di sekolah


Program bantuan komputer riba yang telah kami lancarkan sejak awal febuari lalu kini telah mencapai lebih 500 pelajar dari kalangan keluarga tidak berkemampuan telah menerima bantuan ini

Namun begitu kami tetap merasa risau jika masih ada pelajar dari kategori keluarga yang miskin ini terlepas pandang daripada menerima bantuan ini maka kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan sebahagian dari komputer riba ini kepada pihak sekolah kerana sudah pastilah pihak sekolah mempunyai maklumat yang lebih lengkap lagi berkenaan pelajar mereka yang sangat memerlukan bantuan ini.

Atas sebab itu sebanyak 150 buah komputer riba telah kami sediakan untuk di serahkan kepada pihak sekolah dan kami telah memaklumkan kepada pihak sekolah supaya mencari nama-nama pelajar mereka yang patut menerima bantuan ini.

Alhamdulillah sekolah memberi kerjasama selepas mendapat surat tawaran bantuan ini yang kami hantar lebih kurang sebulan lalu dan hari ini sebaik saja stok komputer riba tiba kami telah maklumkan kepada sekolah yang kami akan pergi ke sekolah untuk mengantar komputer yang di janjikan ini.

Namun begitu pagi ini sebaik saja tiba di depan pagar sekolah semua sekolah kami telah di maklumkan yang mereka tidak dapat membenarkan komputer ini di hantar ke dalam sekolah atas sebab arahan orang atas.

Sedih? Ya mungkin juga kami sedih kerana di layan seperti ini sedangkan yang pergi mengantar itu adalah seorang wakil rakyat kawasan dan dia hadir bukan untuk berceramah politik malah tidak minta pun untuk di adakan majlis, ianya sekadar hantar ke pejabat sekolah dan balik.

Namun sedih kami mungkin hanya sementara kerana kami tidak rugi apa-apa pun tapi sedih lagi apabila berapa ramai lagi pelajar miskin dari sekolah-sekolah lain yang tidak dapat kami serahkan bantuan ini dan bayangkanlah betapa remuknya hati pelajar-pelajar yang tak ada kemampuan untuk memiliki komputer riba ini apabila dapat tahu komputer yang mereka harapkan untuk kegunaan pembelajaran tidak sampai ke tangan mereka akibat daripada kekangan politik daripada pihak yang bertanggungjawab.

Sebenarnya kami tidak pernah menyalahkan pihak sekolah kerana kami faham situasi penjawat awam yang mendapat tekanan politik namun apa yang lagi kami mampu buat untuk membantu pelajar sekolah selain daripada semua peruntukkan kepada pihak sekolah ini kami terpaksa buka kepada lebih 2 ribu pemohon lagi yang memohon.

Kepada pelajar-pelajar sekolah yang sepatutnya mendapat bantuan laptop pada pagi ini, anda semua boleh memohon terus kepada kami dan insyaAllah jika masih mempunyai baki dan ada rezeki laptop tersebut akan kami hantar terus ke rumah anda.

Rosly Yusof





JENIS APAKAH KERAJAAN YANG KITA ADA SEKARANG?

 

Sejak darurat dikuatkuasakan, Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin setakat ini telah melakukan empat pindaan undang-undang.

Pertama – pindaan undang-undang yang membolehkan kompaun melanggar SOP dinaikkan sehingga RM10 ribu.

Kedua – pindaan undang-undang berkaitan berita tidak benar berkenaan darurat di mana nilai samannya dinaikkan sehingga RM100 ribu.

Ketiga – pindaan undang-undang yang membolehkan kerajaan menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan milik negara tanpa kelulusan Parlimen.

Keempat – pindaan undang-undang berkaitan Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN yang membenarkan kerajaan menggunakan wang amanah tersebut untuk perolehan vaksin dan program imunisasi.

Pindaan pertama dan kedua dilakukan bertujuan menekan dan menyusahkan rakyat.

Pindaan ketiga dan keempat pula bertujuan menyenangkan hidup Mahiaddin.

Untuk berbelanja apa sehingga Mahiaddin memerlukan tambahan wang menggunakan dana negara dengan bebas?

Tentang dana KWAN, kenapa diperlukan dana amanah untuk vaksin lagi, walhal peruntukan RM3 bilion sudah diluluskan dalam Belanjawan 2021?

Suntikan vaksin pun perlahan dan peruntukan RM3 bilion belum habis dibelanjalan, kenapa tiba-tiba wang amanah KWAN yang mahu dijarah?

Kesimpulannya, dengan empat pindaan tersebut, jenis apakah kerajaan dan Perdana Menteri yang kita ada sekarang?


 (Shahbudindotcom 22/04/2021)





((ULANGSIAR)) UMNO+PUTRA+PH DI KELANTAN? VISI TUMBANGKAN PAS!

[[LIVE]] 22.4.2021 Permohonan cabar darurat Anwar ditolak mahkamah. Kera...

TARIK SOKONGAN? 25hb NI PENENTU UMNO/PECAT ANNUAR MUSA & SHAHIDAN KASSIM...

Dr Mujahid & Muhammad Faiz Fadzil: Penjajaran PRU15, Apa Pilihan Rakyat?

RENTASAN 874 | PANAS!!! #KERAJAANGAGAL PETANDA RAKYAT KECEWA, TOLAK KERA...


MENARIK DALAM RENTASAN 874
1. KEBEBASAN BERSUARA MALAYSIA MERUDUM 2. PENGISYTIHARAN DARURAT TERUS DIPERTIKAI 3. KEPADA SIAPA HARUS RAKYAT MENGADU? 4. SEMAKIN LAMA BEBAN SEMAKIN BERAT


TUN M: SIAPA PENYANGAK?

 

Ada kajian kata Mahathir dah tak popular dalam kalangan rakyat, PH digesa  cari strategi baru


 BOB KELANANG


Tun M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan tidak ada individu yang digelarnya “penyangak".

Dia dakwa seluruh rakyat Malaysia tahu susuk tubuh "penyangak" yang dimaksudkannya. Semua orang tahu dia tuju kepada Najib.

Sebenarnya Tun M amat takut dengan Najib. Najib adalah penghalang utama agenda besar beliau untuk naikkan Mukriz sebagai Perdana Menteri.

Paling Tun M tidak tahan ialah dalam semua survey populariti, Najib tetap nombor satu. Mukriz tidak masuk senarai. Tun M pula dalam senarai terbawah.

Tetapi baguslah kalau PN terima Tun M balik. Hamzah Zainudin pun cakap PN sedia terima sesiapa pun termasuk Tun M. Sekarang ini PN akan terima sahaja kaki lompat.

Untuk pengetahuan Tun M, dia tidak perlu bimbang susuk tubuh Najib ada dalam PN. UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM di PRU ke 15. Itu keputusan MKT.

Bahkan UMNO juga buat keputusan di PAU 2020 iaitu akan keluar daripada Kerajaan PN.

Maka kalau Tun M mahu masuk PPBM atau PN masuklah. Rakyat sudah kenal susuk tubuh badan beliau.

Lagi cepat dia masuk PN, lagi cepat PN masuk kubur. Itu yang berlaku kepada PH.

#KerajaanGagal

 

KERANA KERAP MENGHUKUM MUSUH POLITIK, KINI JELAS TUHAN TUNJUKKAN BUKTI

 

- CATATAN DHUHA -


Pada dasarnya ana setuju dengan knyataan ini kecuali dgn satu golongan iaitu PAS... Ini hujah ana:

PAS adalah parti penunggang agama. Segala tindak tanduk mrk adalah merujuk kpd "hukum hakam" yang mereka cipta untuk kpentingan politik mereka. Bila sebut hukum hakam tentulah ianya berkenaan halal, haram, dosa dan pahala. Lebih teruk lagi ianya melibatkan akidah.

Pernah dlu satu ketika, UMNO dihukumkan KAFIR krn perbezaan politik. Bgmana seorg kafir boleh mnjadi saudara seagama..? Tanpa menarik balik "hukum" tersebut, UMNO jd saudara pulak skg ini krn sama2 dh jd kerajaan.

DAP yg didlmnya ramai terdpt ahli2 dikalangan org Melayu Islam pun dicop sbg KAFIR HARBI oleh sesetengah lebai2 penunggang agama PAS dan seluruh walaunnya, kununnya DAP tolak hudud. Jd, mana mungkin ahli2 DAP boleh jd saudara seagama dgn mrk..?

Malah yg terbaharu ahli2 Amanah yg keluar dari PAS 4 tahun lps. Mrk mendakwa, ahli2 PAS yg keluar dari PAS spt "merungkai rantai Islam dari leher" dan kami semua dicop sbg "munafiq haraki" dan digelar dgn pelbagai gelaran oleh PRESIDEN PAS sndri, malah beliau pernah mnjadi Naib Ketua Ulama Sedunia satu ketika dlu...

Oleh itu bgaimana PAS boleh anggap mrk yg tidak sealiran dgn fahaman dan perjuangan mrk itu sbg saudara seislam mrk..?

Tanpa kita sedar, inilah golongan khawarij moden yg ghuluw dlm beragama...

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Akan muncul diantara umatku, kaum yang membaca Al-Quran, yang mana bacaan kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan bacaan mereka, dan solat kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu tidak ada ertinya dibandingkan dengan puasa mereka, mereka membaca Al-Quran sehingga kamu akan menyangka bahawasanya Al-Quran itu milik mereka sahaja, padahal sebenarnya Al-Quran itu akan melaknat mereka. Tidaklah solat mereka melalui kerongkongan mereka, mereka itu akan memecah agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya ”

(Sahih Muslim/ 2467, Sunan Abu Daud/4748 ).

Wallahu a'lam bissawab...

Nukilan

Al Syeikh Al Fadhil Al Ustaz Ayahanda Bunga PU Al Azhar Ibnu Ismail

8.10am

Muar

May be an image of text that says "APA PUN PERBEZAAN PENDAPATAN DALAM ISU POLITIK. KITA TETAP BERSAUDARA BERSAHABAT"





TIDAK WAJAR PELAJAR SEKOLAH DIPERTARUHKAN KERANA KEGAGALAN

 May be an image of 1 person and text that says "Norman Radzuan 19 Feb Tiada kerjasama antara KPM dan KPTM TAK WAJAR ANAK2 KECIL DIPERTARUHKAN... Keputusan KPM dan KPTM membenarkan sekolah dan IPTA bermula pada tempoh yg sama tidak tepat. la hanya akn membuatkan pergerakan agresif di dlm masyarakat. Keputusan ini dilihat seperti tiada komunikasi melibatkan kedua kementerian yg saling berkaitan. Ini kerana keduanya melibatkan ibu bapa. Dalam masa sama ada anak yg mahu dihantar ke IPTA dan ada anak yg mendaftar persekolahan. Bukan sahaja m... See more 303 35 comments 33 shares"


Sudah dimaklumkan KPM & KPTM...degil dan sombong

 

SEKARANG BARU KITA SEDAR DAN MAHU UTURN

 

19 Februari dulu saya antara yg menentang anak2 kita diarahkan ke sekolah oleh KPM dan KPTM. Alasan kes masih tinggi, pergerakan jutaan anak serta ibu bapa dan vaksin baru bermula. Sebab itu juga beberapa hari lepas saya syorkan KKM menasihatkan kerajaan jgn izinkan rakyat pulang berhari raya.

Lihat sekarang di Kelantan sendiri kluster atau kes yg paling tinggi disumbangkan di sekolah2. Memang tidak pelik ia akan berlaku... apa nak kita harapkan anak berusia 7-12 tahun ingin melakukan perjarakan sosial.

Hari ini berita... sibuk ibu bapa minta KPM dan KPTM menutup sekolah. Kenapa dulu tak mahu bersuara? Skg bila kes di sekolah melonjak di kebanyakkan tempat kita mula bimbang. Nak harap Menteri kerajaan ini... beritahu siapa mereka yg bijak?

Media pula tidak menjalankan tanggungjawab sosial mereka. Mengapa media 2 bulan lalu tidak berperanan seperti skg sibuk nak interview ibu bapa? Menjadi pengampu kerajaan ?

Tak perlulah juga media sibuk bertanya komen Profesor2 Kangkung yg dilihat lebih mengampu... bila kes naik mulalah beri komen mcm bijak2 sahaja. Dulu setuju dgn Menteri...Ini semua poyo ! Patut Profesor2 sarankan kpd kerajaan pelaksanaan Pdp ( belajar dari rumah ) yg lebih serius ketika itu. Ini baru diperkenalkan dah minta anak2 ke sekolah...hanya menghabiskan duit rakyat!

Saya ada mengesyorkan kerajaan mulakan dgn IPTA sahaja dahulu. Anak2 kita boleh dimulakan paling awal selepas hari raya. Atau boleh dilanjutkan dan dimulakan secara berperingkat. Dahulukan pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja. Mengapa perlu tergesa gesa.

Jadi mesej di sini kpd kita... redhalah utk kita dihalang rentas negeri utk pulang berhari raya. Jgn kerana keseronokkan dan kerinduan 3 hari itu mudaratnya 3 bulan kita merana lagi bila dikenakan PKP.

Bersyukur sahajalah ekonomi boleh dibuka. Peniaga2 kecil boleh berniaga, sektor pelancongan dlm negeri boleh dibuka sekaligus keluarga yg terlibat bekerja dlm industri ini masih boleh bekerja.

Kita perlukan hingga penghujung tahun ini utk bertahan atau bersabar. Biar 70% rakyat kita divaksinkan dahulu. Saya juga berharap menjelang Ogos ini rentas negeri akn dibolehkan untuk rakyat Malaysia.

Sekali lagi saya katakan Menteri Pendidikan patut bertanggungjawab bukannya pelajar atau ibu bapa pelajar yg disaman. Mereka mana ada alat ujian Covid19. Org kampung pula mana mampu nak pergi buat ujian Covid19 yg kebanyakkan diambil kesempatan oleh klinik2 swasta dgn caj melampau.

KKM mesti beritahu pihak berkuasa byk kes positif adalah mereka yg tiada simptom. Jgnlah hukum rakyat atas kelalaian pemimpin menguruskan pandemik ini. Parlimen tutup sekolah disuruh buka... stupid. Maaf malam ini sedikit emosi.

 


KERAJAAN GAGALIS...KAYANGAN LAIN, MARHAEN LAIN


IBRAHIM MAT ISA

Khabarnya ada sekumpulan pelajar dekat sebuah kolej di negeri Perak sampai kena hambat untuk disaman oleh penguatkuasa sebab langgar SOP dua hari semalam.



 



Terkini! Kerajaan PN lulus undang-undang baru, boleh guna dana RM16.9 billion berkuat kuasa serta merta

 

Terkini! Kerajaan PN lulus undang-undang baru, boleh guna dana RM16.9 billion berkuat kuasa serta merta

Kerajaan meluluskan ordinan darurat baharu yang meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 untuk membolehkannya digunakan bagi pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan, berkuat kuasa serta merta.

Dana yang ditubuhkan pada 1988 dan diuruskan Bank Negara Malaysia itu dilaporkan mempunyai aset bernilai RM16.9 bilion setakat akhir 2017, dengan Petronas sebagai penyumbang paling penting.

Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 menambah subseksyen baharu kepada Seksyen 6 Akta Kumpulan Wang Amanah Negara, yang menyatakan dana itu boleh digunakan untuk “pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan bagi epidemik sebarang penyakit berjangkit seperti dikhususkan di bawah Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)”.

Dana itu merangkumi sumbangan daripada negeri yang meraih sebarang bentuk royalti daripada petroleum atau sumber asli yang semakin habis, atau mana-mana pihak berkuasa yang perniagaannya termasuk penyelidikan atau pembangunan sumber seumpama itu.

Lewat bulan lalu, kerajaan mewartakan ordinan yang membolehkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar melululuskan belanjawan tambahan dan menggunakan dana disatukan tanpa kelulusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing ketika tempoh darurat.

Ia berkuat kuasa serta-merta dan dikritik pelbagai pihak kerana tiada semak dan imbangan terhadap penggunaan dana negeri.

Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 11 Jan sebagai langkah membendung wabak Covid-19 yang semakin buruk, dan menggantung Parlimen serta Dewan Undangan Negeri sejak itu.

Darurat dijangka berlanjutan sehingga 1 Ogos atau lebih awal bergantung kepada keadaan wabak di negara ini. .







4 Ordinan Darurat telah diwarta sejak darurat bermula

 

4 Ordinan Darurat telah diwarta sejak darurat bermula


Senarai ordinan Darurat yang diwarta sejak darurat bermula:

1. Naikkan saman SOP ke RM10k
2. Naikkan saman berita palsu ke RM100k
3. Gantung akta kewangan supaya kerajaan boleh pinjam dan belanja sesuka hati.
4. Pinda akta KWAN supaya kerajaan boleh korek Tabung Amanah masa depan negara

Ingat dorang akan guna kuasa darurat untuk ordinan yang arahkan bank-bank beri lanjutan moratorium pinjaman 6 bulan secara pukal dan secara automatik.


Tapi belum menjadi.

Najib Razak



83 kluster sektor pendidikan.


Sudah acap kali saya ulang tentang persediaan sekolah-sekolah untuk menerima kemasukan pelajar pada awal bulan Mac lepas. Hal wabak pandemik cukup merunsingkan saya.
Saya tidak pernah melarang sekolah dibuka, tetapi persediaannya harus rapi.
Guru-guru perlu dibekalkan dengan modul atau SOP menguruskan kelas. Sekolah perlu diberikan bahan pencegahan wabak.
Bayangkan apabila kerajaan membuat keputusan untuk membuka sekolah tanpa persediaan rapi mencegah COVID-19. Akhirnya, yang merana adalah murid sekolah dan guru-guru.
Sekarang apa tindakan lanjut Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan?
Adakah sekolah akan ditutup semula? Jika tutup, adakah para pelajar akan kembali belajar secara online dan sejauh mana persediaan negara untuk buat kelas online?
Jika sekolah dibuka, apa pula rancangannya?
Setiap hari ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah akan terpaksa membuat pertimbangan untuk mendedahkan anak mereka dengan wabak pandemik dari kluster pendidikan. Sebab itu kita lihat berita ada ibu bapa dari sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur memilih untuk tidak hantar anak ke sekolah. Inisiatif sendiri perlu dibuat.
Menteri pula masih lagi dalam mesyuarat, bengkel, berjumpa orang politik dan sebagainya.
Sudah lebih setahun wabak pandemik ini berlaku. Saya lihat masih belum ada apa-apa perubahan yang baik dalam pengurusan sekolah waktu pandemik oleh Menteri.

AZMIN DIBONGOKKAN OLEH NETIZEN


ROZY RAZIT

Hari bumi ni untuk selamatkan bumi la vongok.. Bukan ko ajak orang pi melombong untuk dapatkan sumber hasil bumi..

Halah bebalnyaaaaa


May be an image of 1 person, standing and text that says "Mohamed Azmin Ali AzminAlı Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana kaya dengan sumber hasil bumi mineral dan batuan berharga yang telan melalui proses geologi lebih jutaan tahun lamanya. Translate Tweet 11:24 22Apr21 Twitter for Android"

NAMA PUN TEBUK ATAP....GITU LAH NASIB GURU GURU

 May be an image of text that says "Tweet Kaneko Fumiko @duchessofgp Tahniah cikgu kerana berani berkata benar. Saya bangga dengan cikgu #KerajaanGagal Translate Tweet Meor Ahmad Faisal KPM kena bersedia sediakan peralatan utk pdpr ni untuk guru, tapi buat bodoh je..tau nak bagi arahan itu ni..prasarana pon x cukup. malu..cikgu bekerja guna harta sendiri, internet sendiri bagai, abes apa fungsi no 1 kpm tu Ade ke polis masuk keje bawak pestol sendiri, askor masuk keje bawak peluru sendiri, nurse masuk keje bawak picagari sendiri? Cikgu, nak keje, serba serbi sendiri..ada menteri pon tiada kegunaan. Tweet your reply"

KAH..KAH.......ATOK SAKA TU PRESIDEN PARTIMANA PULAK

 

Benarkah? Semua Presiden parti dijemput, tapi yg hadir Presiden Amanah saja? Dan, seorang tua yg bukan Presiden parti (tiada parti kerana tidak diluluskan) bahkan orang tua ini lah pengkhianat yg menjadi punca kerajaan mandat rakyat tumbang. Orang tua ini sengaja letak jawatan untuk pengkhianat lain rampas kuasa. Selagi seret orang tua ini, tiada siapa respek usaha kamu.

W.FAUZDIN


May be an image of ‎one or more people, people standing and ‎text that says "‎MALAYSIA MD dateline HOME BERITA VIDEO April 22, 2021 5:21 AM RENCANA Sumbangan Iklan ANK AR بن "Kita jemput semua presiden parti, bukan Mahathir seorang" Oleh NASUHA RAHMAN/ April 21, 2021‎"‎‎





Masjid ditutup, Mall dibuka, Asri Janggut kecewa pemimpin PAS berdiam diri.




40 minggu anak Asri janggut tidak dapat solat jumaat, masjid tidak boleh pergi sedangkan kata beliau, beliau boleh membawa anaknya ke mall atau ke mana saja, tetapi tidak boleh dibawa ke masjid. Asri Janggut berasa kecewa dengan pemimpin PAS, perjuangkan Islam apa kalau benda macam ni pun tidak boleh perjuangkan kata beliau.





Tular video penyokong persoal pemimpin PAS, kenapa bila dah jadi kerajaan diam membisu

Tular video penyokong persoal pemimpin PAS, kenapa bila dah jadi kerajaan diam membisu




Hakim tidak berat sebelah, ikut undang-undang ketika jatuhkan hukuman kepada Najib

 

Ridauddin Daud
Hakim tidak berat sebelah, ikut undang-undang ketika jatuhkan hukuman kepada Najib
Datuk V Sithambaram memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa beliau berasakan tindakan pasukan peguam bela Najib menyerang Mohd Nazlan adalah salah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak bersikap berat sebelah ketika menjatuhkan hukuman kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan kes dana SRC International Sdn Bhd.
Timbalan Pendakwa Raya Ad-hoc, Datuk V Sithambaram memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa beliau berasakan tindakan pasukan peguam bela Najib menyerang Mohd Nazlan adalah salah.
Tegasnya, Mohd Nazlan hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang dan berpandukan kepada bukti dan saksi yang dibawa ke mahkamah.
"Tiada asas untuk mengatakan hakim adalah 'pendakwa raya kedua' atau benar-benar tidak kompeten.
"Penyerahan (dokumen kepada hakim) ini dibuat untuk menyelamatkan integriti penilaian kehakiman dan konteks yang lebih luas, untuk memastikan bahawa pentadbiran keadilan tidak dengan cara apapun dipertikaikan," katanya.
Beliau berhujah di hadapan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil di Putrajaya pada Khamis.
Dua lagi ahli panel bagi prosiding rayuan itu ialah Datuk Vazeer Alam Meera Mydin dan Datuk Has Zanah Mehat.
Tambah Sithambaram, kes melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu adalah kes penting dan masyarakat mengikuti kes berkenaan.
Tegasnya, ia memberikan imej yang tidak baik apabila hakim dikatakan berat sebelah dan tidak kompeten sedangkan tuduhan sebegitu tiada asas.
"Perayu (Najib) menyerang penghakiman dan mendakwa ia berat sebelah.
"Saya pasti itu semua (dakwaan) adalah tidak benar," tegasnya.
Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib atas pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.
‪Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.