Buat apa menteri UMNO jumpa PM, kalau rasa serba salah dengan keputusan PAU, lebih baik masuk saja Bersatu

 

Buat apa menteri UMNO jumpa PM, kalau rasa serba salah dengan keputusan PAU, lebih baik masuk saja Bersatu

Petang semalam, menteri-menteri UMNO dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin susulan ketetapan muktamad Perhimpunan Agung UMNO atau PAU Ahad lalu memutuskan hubungan dengan Bersatu dan akan meninggalkan kerajaan menjelang 1 Ogos depan.

Tidak dipastikan apa butir sebenar perbincangan dalam pertemuan itu, tetapi ada maklumat mengatakan beberapa menteri menzahirkan perasaan serba salah mereka berkaitan ketetapan yang diputuskan PAU Ahad itu.

Terdapat juga di kalangan mereka yang dikatakan membangkitkan rasa kesal dan tidak faham mengapa Bersatu dijadikan sasaran kecaman dalam PAU kali ini, walhal kedua-dua parti saling bekerjasama dalam kerajaan.

Seorang menteri yang bercakap dengan seseorang yang rapat dengan Muhyiddin pula mengatakan, beliau benar-benar tersepit dengan ketetapan PAU yang memutuskan hubungan dengan Bersatu dan akan keluar daripada kerajaan.

Kata menteri berkenaan, mereka dinamakan sebagai menteri oleh UMNO untuk duduk dalam kerajaan PN, tetapi dalam PAU semalam mereka seolah-olah dijadikan sasaran kecaman dan dilihat pro Bersatu semata-mata kerana memegang jawatan menteri.

“Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain menerima seadanya apa yang diputuskan itu,” tambah menteri berkenaan lagi.

Menteri tersebut juga menyatakan beliau lebih suka kiranya UMNO tidak membuat apa-apa ketetapan dalam hubungannya dengan Bersatu dan kerajaan PN kerana sekarang adalah masa yang sukar buat rakyat berikutan pandemik Covid19, selain tempoh matang Parlimen ialah tahun 2023.

“Kita tidak faham mengapa ketetapan tersebut diambil dan adakah jika PRU15 dipaksakan dalam waktu yang terdekat ini, UMNO benar-benar boleh menang?” soal menteri itu lagi.

Sebenarnya, dalam hal ini, ketetapan PAU Ahad lalu adalah keputusan muktamad parti, sesuai dengan kedudukan PAU sebagai badan pembuat keputusan tertinggi bagi UMNO.

Mahu tidak mahu, keputusan itu mesti diterima selagi seseorang itu masih mahu kekal berada dalam UMNO.

Dengan yang demikian, sementara ada menteri UMNO berada dalam kepimpinan tertinggi parti, manakala sebahagian lagi tidak berada dalam hireaki, kedua-duanya perlu akur dengan apa jua ketetapan parti.

Tidak harus wujud rasa bersalah, serba salah, keliru atau tidak faham dengan ketetapan PAU itu di kalangan mereka jika mereka seorang yang setia kepada parti.

Apatah lagi meluahkan perasaan kepada Muhyiddin yang bukan pemimpin UMNO, malah sedang mengetuai Bersatu yang ingin dikalahkan oleh UMNO dalam PRU15 akan datang, jelas bukan suatu tindakan yang betul.

Juga tidak patut ada mana-mana menteri UMNO meluahkan perasaan yang sama kepada sesiapa yang lain daripada Bersatu.

Ini kerana, melalui ketetapan PAU semalam, walaupun tempoh untuk meninggalkan kerajaan adalah 1 Ogos, tetapi Bersatu kini dikira sebagai musuh rasmi bagi UMNO.

Mungkin tidak salah bagi UMNO bersama dalam kerajaan yang diketuai Bersatu, namun memuahkan isi hati dan tidak puas hati berkaitan keputusan parti kepada parti lain yang sudah dimuktanadkan sebagai musuh adalah adab yang tidak boleh diterima.

Menteri-menteri UMNO harus menerima sepenuhnya ketetapan PAU itu dan tidak wajar sama sekali untuk mereka mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin berkaitan dengannya, meski beliau adalah Perdana Menteri sekali pun.

Kalau Muhyiddin mahu maklumat lebih detail berkaitan keputusan PAU, itu pun kalau beliau seorang yang malas membaca dan menonton pelbagai video di media sosial, beliau lebih wajar memanggil kepimpinan rasmi UMNO untuk bertemu dengannya.

Menteri-menteri UMNO bukan wakil rasmi parti yang boleh memberi penjelasan tentang hal-hal parti kepada Perdana Menteri.

Kecuali, pertemuan dengan Muhyiddin itu nampak perlu jika hanya untuk menunjukkan rasa tidak setuju terhadap Presiden UMNO dan membantah ketetapan PAU di depan Muhyiddin yang dirasakan sebagai pemberi nikmat rezeki kerana melantik mereka sebagai menteri.

Jika begitu, lebih bermoral mereka keluar UMNO dan masuk saja Bersatu. (Shahbudindotcom 30/03/2021)











Wan Fayhsal kata Bersatu dah ready kalau betul UMNO nak tarik diri

 


Wan Fayhsal kata Bersatu dah ready kalau betul UMNO nak tarik diri


UMNO perlu meletakkan tarikh untuk ahli-ahli mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletak jawatan sebagai menteri, timbalan menteri dan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, perkara yang mahu dirancang oleh UMNO perlulah mempunyai tarikh kerana ia melambangkan kecerdikan dalam perancangan itu sendiri.

“Mereka harus buat keputusan. Hendak letak jawatan minggu depan, tahun depan…mereka harus perjelaskan supaya kita faham kedudukan mereka.

“Dia sebut letak jawatan, OK letak jawatan. Jangan cakap lain, buat lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau mengulas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Ahad yang meluluskan usul supaya Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diberi mandat menentukan tempoh menarik diri daripada kerajaan PN.

Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) berkata, UMNO perlu membuat kedudukan mereka dalam Kabinet secara jelas.

“Kalau dia (UMNO) tidak membuat kedudukan jelas, terumbang ambing, macam mana kita mahu buat kerja kita? Bukankah elok mereka buat keputusan. Senang Perdana Menteri nak berbuat sesuatu,” katanya.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu turut mengkritik UMNO bahawa semasa penubuhan kerajaan PN, parti tersebut menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula berkata, Bersatu hanya menunggu apa yang ingin dilakukan UMNO.

“Kalau betul nak tarik diri, kita tunggu dan akan bertindak sesuai dengan tindakan mereka,” katanya.

Tegasnya, keputusan UMNO untuk keluar daripada kerajaan pada bila-bila masa juga membuatkan kerajaan menjadi tidak stabil dan menghilangkan keyakinan pelabur.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun berkata, Bersatu akan bermesyuarat untuk membincangkan kenyataan yang diucapkan pemimpin UMNO semasa PAU 2020 itu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya memahami suasana yang berlaku dalam PAU 2020 dan kebanyakan pemimpin UMNO bercakap mengenai kepentingan parti mereka.

“Itu hak mereka buat keputusan untuk serahkan kepada MKT mengenai penarikan diri daripada kerajaan PN.

“Tapi dalam Bersatu, kita kekal dengan keinginan untuk memastikan bahawa kesatuan parti-parti politik Melayu kekal. Kalau UMNO bertegas untuk berpecah, saya rasa itu bukan satu perkara yang bermanfaat bagi agenda politik Melayu Islam,” katanya. 









BERAPA CABANG PKR YANG TOLAK MAHATHIR?

 


JUMLAH CABANG KEADILAN YANG LULUS USUL TOLAK MAHATHIR DAN PEJUANG SETAKAT INI (29/3/21)

JUMLAH CABANG SELURUH MALAYSIA - 222 CABANG

CABANG YANG LULUS USUL TOLAK MAHATHIR DAN PEJUANG:

PAHANG

1. KUANTAN

2. TEMERLOH

N.SEMBILAN

1. PORT DICKSON

2. TAMPIN

3. JEMPOL

TERENGGANU

1. K.TERENGGANU

JUMLAH SETAKAT INI - 6 CABANG

BANYAK LAGI CABANG YANG BELUM ADAKAN MATC MASING2. BAGAIMANA DENGAN CABANG ANDA? KITA MAHU SUARA AKAR UMBI KEADILAN DIANGKAT KE KONGRES NASIONAL HUJUNG TAHUN INI.

WFAUZDIN NS

 

DIUGUT AIR SELUT UNTUK KITA..KITA HANTAR AIR TERAWAT UNTUK MEREKA..Description: 😊Description: 😊PULAU PINANG SALUR AIR TERAWAT KE KEDAH


PULAU PINANG, Ahad, 28.3.2021: Skuadron yang terdiri daripada 26 anggota 60 RAJD (AW) dari Pulau Pinang kini menjalankan projek kerja-kerja air kecemasan di Kedah.

Daripada 26 anggota 60 RAJD Pulau Pinang, 24 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) manakala dua yang lain dari pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) wilayah utara.

PBAPP juga telah menghantar lori tangki air 5,000 liter, 2 van dan sebuah kenderaan 4WD ke Kedah.

Latihan kerahan untuk berkhidmat (LKUB) ini adalah sebagai respons kepada permohonan bantuan daripada Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), operator bekalan air Kedah, kepada Tentera Darat Malaysia (Markas Tentera Darat, atau MTD).

SADA telah memohon pengaktifan 60 RAJD untuk menjalankan kerja pemasangan paip kecemasan dan pengagihan bekalan air.

Bersama skuadron RAJD lain dari Kedah, Pahang dan Selangor, skuadron Pulau Pinang akan melakukan kerja pemasangan paip berikut di Kedah, dalam tempoh dari 21.3.2021 hingga 4.4.2021:

• Pemasangan saluran paip air 180mm sepanjang 1km di Kampung Tanah 100 di Daerah Kota Setar;

• Pemasangan saluran paip 125mm sepanjang 50m di Kampung Risda di Gurun;

• Pemasangan paip air 125mm sepanjang 200m di Kampung Anak Ikan, Bukit Selambau, untuk menggantikan paip lama yang pecah.

• Pemasangan saluran paip 125mm sepanjang 150m di Kampung Bukit Chengal, Pendang; dan

• Pemasangan saluran paip air 180mm sepanjang 450m di Kampung Bendang Bukit, Pendang.

Operasi ini juga merangkumi penghantaran lori tangki air untuk mengagihkan air terawat kepada pengguna yang terjejas di Gurun, Merbok, Tg. Dawai, Semeling dan Sg. Lalang.

Ini adalah misi “muhibah” di mana PBAPP telah bersetuju untuk mengerahkan anggota dan asetnya untuk membantu rakyat di Kedah yang memerlukan bantuan bekalan air segera.

""" MANA NAK BOH MUKA MB KEDAH???

Ummi Shaffie

 

A N T I K L I M A K S


May be an image of 1 person, sitting, standing and text


BOB KELANANG


Satu part yang lawak berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 ni... bila mana cakap-cakap berdegar-degar yang dibuat DAN dilantunkan dalam persidangan nampaknya sekadar riak-riak ombak di dalam cawan ja... takder efek...

Last-last cakap nak buat keputusan pada bulan 8…

KOH KOH KOH...

Apa la pondan sangat... patut berani la buat keputusan serta-merta...

KOH KOH KOH… rupanya masih nak bertunggu tangga dengan BERSATU sampai bulan 8... kot-kot BERSATU ada nak pujuk ker mender ker...

KOH KOH KOH…

PAS yang termalu dalam Persidangan Agung UMNO kali ni memang dah dijangka...

KOH KOH KOH… sajer ja UMNO ajak datang.. sebab ada 'chan' dimalukan secara berjemaah...

KOH KOH KOH… memang itu pun tujuan UMNO...

KOH KOH KOH…

By the way... semua ni Anti Klimaks...

KOH KOH KOH…

Dan betapa cuaknya DAN takutnya Ahmad Zahid Hamidi... sampaikan nak buat keputusan serta-merta pun xbrani...

KOH KOH KOH… nampak macam

hebat

pada mulanya sampaikan Tun Faisal kena gantung keahlian selama 6 tahun... tapi rupanya setakat itu jer...

Sekali kena sound dek Annuar Musa... terus terkujat Ahmad Zahid Hamidi... terus senyap... tu yang bagi peluang sampai bulan 8 tu... https://m.malaysiakini.com/news/568541

KOH KOH KOH… lawak siot...

KOH KOH KOH… jilaker!!

 

APABILA PAS SESAT MEMILIH KAWAN


May be an image of one or more people, people sitting and text

Inilah komen yg keluar dari lebai Hadi selepas dia dan partinya disindir dan dibuli semahunya dlm himpunan agung umno baru2 ini. Soalannya, siapa yg melakukannya?

Sewaktu partinya berada dlm PR dulu, pernah tak partinya diaibkan sedemikian rupa dlm kongres atau konvensyen Dap atau Keadilan di hadapannya sendiri sebagai tetamu? Tidak pernah. Cuma ini berlaku dlm himpunan agung Umno iaitu rakan muafajat nasionalnya sendiri.

Parti Pas kata, tujuan Muafakat Nasional adalah untuk menyatukan melayu dan islam. Umno pun kata perkara yang sama kerana kononnya mahu lawan Dap.

Nah, sudah bersatukah mereka? Umno tolak Bersatu. Pas pula bersama Bersatu tapi mahu juga kepada Umno. Malangnya, umno perlakukan Pas sedemikian rupa di khalayak ramai. Adakah ini yang dikatakan penyatuan melayu islam?

Tanpa Keadilan dan Dap pun, melayu tidak boleh bersatu kerana apa? Ianya adalah kerana tiada keikhlasan di antara mereka. Sebab itu gabungan mereka tidak berkat dan tidak pernah aman.

Pas lebih selamat dan dihormati oleh rakan sewaktu berada dalam PR dulu. Di bawah PR, negeri yg PR perintah, tetap ada Exco dari Pas dilantik sebagai tanda rakan. Samada di P.Pinang mahu pun di Selangor ketika itu.

Sekarang Pas bersama MN kononnya. Di Pahang, ada tak Adun Pas dilantik jadi Exco? Di Kelantan dan Tganu, ada tak Adun Umno dilantik jadi Exco? Itukah yang dikatakan muafakat? Masing-masing lepas tengkuk masing2.

Umno dengan stail Umno, masih perasan partinya kuat. Pas pula bermain dua kolam asalkan Pas untung. Prinsip sudah ke laut.

Alhamdulillah, Keadilan tetap istiqomah dan tidak mudah menjual prinsip. Pelacur politik yang ada dalam Keadilan telah berhijrah ke rumah sebelah sana yang penuh sarat dengan pelacur2 politik.

WFAUZDIN NS

 


SELANGOR - TAN SRI NOH OMAR UCAPAN MENUNJUKKAN UMNO DIPERBODOHKAN OLEH PPBM

A P A S E L E P A S P A U . . ? ?

 

May be an image of 1 person and indoor

BOB KELANANG


2 hari perwakilan UMNO bersidang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dibuat pada Mac 2021... dua hari yang nampak panas... dah macam nak perang...

Tapi...

Bukan setakat Anti Klimaks... tapi hapah pun xder... setakat cakap berdegar-degar... tahi sangkut gelegar...

KOH KOH KOH…

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang nampak macam garang... macam berkuasa... kelihatan tak lebih dari kucing kurap yang terasing dari kucing-kucing yang lain... walaupun kucing kurap ini masih ketua kumpulan... tapi kucing yang lain xmo nak sama dengan dia... sebab dia kucing kurap...

KOH KOH KOH…

Presiden UMNO yang paling lemah, lemau DAN tak berdaya dalam UMNO... Presiden yang paling cikai... Presiden yang orang lain xmo nak amik port kat dia...

KOH KOH KOH… Presiden yang paling lekeh dalam sejarah hampir 70 tahun UMNO... buat malu betul la Ahmad Zahid Hamidi...

KOH KOH KOH…

Nak buat keputusan segera pun xbrani... xder tolo... boleh pulak bagi masa sampai bulan 8... bulan Ogos... macam nak mintak Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin Yasin bagi counter offer...

KOH KOH KOH… nampak sangat la lemah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi ni…

Kalau pimpinan pun xrespek Ahmad Zahid Hamidi... bayangkan la yang ahli akar umbi DAN bawahan pun xrespek Ahmad Zahid Hamidi... cikai betul lar...

KOH KOH KOH… jilaker!!

 

S E M B A N G M I C

 

BOB  KELANANG


Kita semua tahu MIC dan MCA tiada kerusi selamat untuk diorang... memang xder.. MIC dan MCA hanya akan dapat undi kalau bertanding di kerusi campuran yang ramai pengundi Melayu... masalahnya pada PRU15... aku berani jamin... kawasan majoriti Melayu akan ditandingi oleh UMNO...

Jadi...

Apa yang tinggal untuk MIC dan MCA...

KOH KOH KOH… MIC xpayah nak sembang besar la nak ugut sesiapa... MIC dan MCA tu hanya tunggul reput ja...

KOH KOH KOH… kalu kat kawasan majoriti Cina pun MCA tak pernah menang solid dengan sendirinya... MIC pulak... mana ada kawasan majoriti depa...

KOH KOH KOH…

So...

MIC dan MCA ni parti menumpang tuah jer... dok dalam BN... sebab tu dapat peluang menang DAN dapat kerusi...

KOH KOH KOH… sori aaa.... aku seperti biasa cakap... akar umbi Melayu xkan nak bagi peluang dah kat MIC dan MCA... akar umbi Melayu mesti nak UMNO jugak yang bertanding... DAN ini penegasan dari akar umbi Melayu...

Tambah lagi akar umbi Melayu pro UMNO xkan nak bagi 'chan' kat PAS... PAS ni parti xboleh nak dipercayai... xboleh pakai... BERSATU pulak... ini parti xder akar umbi.... mampus kejung ja nanti PRU15...

KOH KOH KOH… jilaker!!

Adan Uker...

 

No photo description available.






AKHLAK SOMBONG DIBALAS AKHLAK ISLAM OLEH DAP.

 

MBalak ni angkuh sombong sangat dengan Penang sebab dia rasa dia berkuasa. Tapi dia lupa, kekuatan Qudrat dan Iradat Allah. Allah yang Maha Berkuasa. Klau Allah nak bagi jadi, maka jadilah. Kun fayakun.

ZUS DIN



RENTASAN 856 | PANAS!!! PM SAHKAN BERSATU BAKAL BERTANDING SEMUA 222 KER...





MENARIK DALAM RENTASAN 856


1. APABILA KLEPTOKRASI MEMBALUN PENGKHIANAT 2. KAYU BENGKOK, MASAKAN LURUS BAYANGANNYA, KATA ASYRAF 3. UMNO/BARISAN NASIONAL SENDIRIAN PRU15 4. BERSATU JANGAN BERPURA-PURA!




NEGARA KEBAJIKAN JENAMA PAS UNTUK SIAPA?



“Termasuklah sehingga hari ini, pemimpin PAS yang masih hidup dapat membuktikan pentadbiran kerajaan yang bersih daripada rasuah dan salah laku,” dakwanya. Kata Hadi, apa yang ditawarkan ialah Kebajikan mengikut perspektif Islam merangkumi segala aspek kejadian manusia dan cara hidup dalam hubungannya dengan Allah SWT dan manusia. Bahkan melibatkan juga seluruh anggota masyarakat yang berkonsepkan adil terhadap semua.







VIDEO : Muhyiddin Lemah Di Pagoh, PPBM & PAS Akan Lumat Di Johor

VIDEO : [[LIVE]] 29.3.2021 Bersatu dan Azmin berjaya pecahkan UMNO?

DOK P TOLONG BUAT APA...MB SELUT NI BUKAN BOLEH BAWA BINCANG.

 Tular dimedsos PBAPP (Perbadanan Air P.Pinang) membantu kerajaan Kedah yang berhadapan dgn masalah bekalan air..Mana Sanusi Raja Lawak??




TIDAK MALUKAH PEMIMPIN UMNO DISERGAH OLEH PEMIMPIN BERSATU.


 Di sebalik Perhimpunan Agung UMNO atau PAU semalam telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dan akan keluar daripada kerajaan menjelang 1 Ogos, seorang pemimpin Bersatu menyergah beberapa menteri UMNO dengan menyarankan agar mereka meletakkan jawatan dengan segera.

Dengan melabelkan mereka sebagai panglima perang berwajah dua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Redzuan Md Yusof berkata, sikap menteri terbabit yang jelas tergambar dalam ucapan di PAU semalam sama sekali tidak boleh diterima.

“Menteri-menteri ini bersikap lain di depan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin, tetapi ketika mereka berada dalam kalangan ahli parti sendiri, mereka bersikap sangat berbeza.

“Bagi saya, menteri ‘dua wajah’ ini boleh pergi. Sekiranya anda tidak mahu jadi sebahagian daripada kerajaan, jangan jadi,” katanya kepada portal berita FMT.

Maka, di mana menteri-menteri UMNO berkenaan nak letak muka?


Tidak malukah terus berada sebagai anggota kabinet dalam kerajaan yang telah dicerca dan mahu diputuskan hubungan?

Kenapa tidak segera letak jawatan?

Redzuan atau lebih mesra dengan panggilan Pak Wan berkata, mereka yang berada dalam kerajaan mesti tegas dalam pendirian dan pegangan.

“Adakah anda mahukan perpaduan antara ummah supaya negara boleh maju ke depan atau adakah anda mahu meneruskan budaya panglima perang dalam UMNO?” soalnya.

Beliau bagaimanapun “lega” apabila PAU semalam telah menunjukkan “perangai sebenar” panglima perang UMNO, termasuk mereka yang ada dalam Jemaah Menteri.

“Budaya panglima perang masih ada. Kita tahu beberapa personaliti dalam UMNO mahu menggunakan parti itu untuk menjaga diri sendiri, untuk melepaskan diri dari keadilan.

“Ia mengecewakan ada orang lain mahu jadi sebahagian daripada itu,” tambah beliau yang juga Ahli MPT Bersatu.

Mengenai resolusi yang diluluskan UMNO, termasuk menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 akan datang, Pak Wan berkata, perkembangan itu tidak mengejutkan.

“Kita (Bersatu) akan bertemu hari ini atau esok untuk membincangkan pendirian dan respon terhadap perkara itu.

“Untuk PRU15, Muhyiddin sudah menyatakan dengan jelas kita sedia bersaing dengan UMNO

“Walaupun kita mahu semua parti Melayu bekerjasama, kalau UMNO sudah mencabar, kita akan sahut,” tegasnya.

Pada Sabtu lepas, Muhyiddin berkata, Bersatu sedia bertanding di setiap kerusi yang ditandingi UMNO tidak kira satu lawan satu, satu lawan dua atau tiga penjuru.


 (Shahbudindotcom 29/03/2021)






UMNO TAK BERUBAH SEBENARNYA

Hamzah Rie Na

Mereka bergaduh sesama bangsa dan beragama islam, tapi bila nak menampakkan diri masing-masing mulia, ala-ala pejuwang bangsa dan agama DAP jugalah yang dituduh punca segala 

permasalahan. Ehhhh sila terjun sungai kelang lah korang.



 

VIDEO : LEPAS KENA KUTUK Hadi tergesa-gesa tinggalkan PAU, enggan beri komen..KEH..KEH


Abdul Hadi Awang enggan memberi sebarang komen mengenai ucapan dasar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan dilihat tergesa-gesa meninggalkan Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini.





HADIR PERHIMPUNAN DITEMPAT ORANG TAPI BAGI TABIK HORMAT ORANG SENDIRI...KEH.KEH

May be an image of 1 person, standing and text that says "Rosly Yusof @AbuNawas379 Pas ni lucu.. masuk tempat Umno tapi yg buat perbarisan dan tabik hormat orang Pas sendiri.. Sepatutnya umnolah yg bagi tabik hormat di tempat depa... gelong.. ©meduPreskdenP"



Jangan Bersilat Pulut, Zahid Pula Sindir Annuar Musa

HAI...TAK BOLEH NAK SENYUM DAH KE HADI ?

 


May be a meme of 3 people and text


BOB KELANANG


Cer tengok leklok gambar ni... Gambar diambil sebelum Persidangan UMNO berlangsung smlm...

Senyuman Ku Li penuh bermakna. Senyuman manis hingga ke telinga...

Kita tngok pulak

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

. Gambarnya sedikit kabur mcm ayam berak kapur...

Nakal Ku Li... hikhikhik

Monink fren... Assalamualaikum.

 

VIDEO : ((PANAS)) 30 TAHUN PAS PERINTAH KELANTAN? APA BEZA KELANTAN DENGAN NEGER...

VIDEO : BUDAYA TAKFIRI PUNCA CUBAAN BUNUH PEMIMPIN



Hadi mendakwa PAS mewarisi ilmu para khalifah yang adil dan para ‘ulamak yang setia bersama Islam. “Setiap penganut Islam wajib mengerti bahawa buta Al-Quran itu lebih besar akibatnya daripada buta huruf dan perlu menyedari orang yang boleh membaca, menulis, berpendidikan tinggi dan mendapat ijazah berjela-jela dan gelaran ilmiah tetapi buta Al-Quran, amalannya tanpa cahaya hidayah yang tidak membawa kepada wawasan kita.






LGE TAHU OT95 BUAT PERANGAI SEJAK AWAL TAPI APA DIA BUAT?

 


KALI ini saya malas nak ulas panjang. Anda baca sendiri SCREENSHOTs berita dari FMT yg disertakan. Nak gelak, nangis atau maki je LGE a.k.a Tokong Lim nih?

Dia tahu apa yg berlaku, dia tahu OT95 a.k.a SAKATua memg KHIANAT sejak awal tak mahu tunaikan sebahagian dari Manifesto seperti pemansuhan Tol tapi apa dia buat?

Sehingga hari ini Tokong Lim begitu menyokong OT95. Bukan dia shj, tapi mereka #K3 yg pernah merasa jawatan di bawah SAKATua seperti Loke, LCT, 3 Mak Dara Pingitan, Kula dan yg sama waktu dgnnya begitu memuji muja si OT95 PENGKHIANAT yg meletak jawatan lalu membuka laluan utk Kerajaan PH dijatuhkan.

Utk tidak ulas panjang, sila baca SCREENSHOTS disertakan yg menimbulkan beberapa PERSOALAN kerana sungguh canggung dan janggal bila #K3 DAP tetap sokong SAKATua malah kdg2 menyanggah DSAI. Apa motif mereka?

Wallahualam.

"TRUST IS TO BE EARNED, NOT GIVEN".

- Zus Din

29 March 2021

Link berita : https://www.freemalaysiatoday.com/.../dr-m-bantah.../...

 

PKR TOLAK PENANGGUHAN UNDI 18


UMNO-BERSATU BERTEMBUNG, MUHYIDDIN KECUNDANG DI PAGOH?