KEMBALIKAN SIDANG PARLIMEN LULUSKAN UNDANG-UNDANG


KERAJAAN PN WAJIB SIASAT TUDUHAN KARTEL DALAM PDRM

 Kerajaan PN wajib siasat tuduhan kartel dalam PDRM

Adik Najib kata seluruh sistem bermasalah, bukan pemimpin saja

 


Adik Najib kata seluruh sistem bermasalah, bukan pemimpin saja


Masalah yang dihadapi tatkala negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 hari ini, bukan hanya berpunca daripada kekurangan dari sudut kepimpinan kerajaan, tetapi juga melibatkan sistem secara keseluruhannya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak berpendapat, Malaysia menangani krisis kesihatan ini dengan baik di peringkat awal, namun campur tangan politik menjadi punca situasi meruncing.

“Di peringkat awal Malaysia melakukannya dengan betul apabila membiarkan pakar menjadi ketua. Semasa mereka yang profesional mengetuai, kita lihat angka jangkitan terkawal.

“Masalah bermula apabila politik mengambil alih, iaitu bermula dengan pilihan raya negeri Sabah, angka jangkitan semakin teruk.

“Krisis kita sekarang adalah pada sistem, bukan sekadar isu kepimpinan sahaja. Saya fikir dalam sistem kita, pemimpin yang baik pun akan terganggu dengan sistem yang ada.

“Saya pernah menulis berkenaan bagaimana Malaysia sebenarnya diterajui oleh ‘three headed monster’, iaitu politik wang, politik identiti dan ‘concentrational power’. Tiga elemen ini mengganggu pemikiran pemimpin kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sesi webinar Leaders Speakeasy, pada Selasa.

Dalam sesi yang berlangsung selama sejam itu, Nazir turut mengimbas kembali bagaimana kebimbangan terhadap legasi Tun Razak menjadi faktor utama yang membawanya terbabit dalam aspirasi pembinaan semula negara atau ‘nation building’.

“Semuanya bermula pada 2015, terutama apabila timbul isu berkaitan 1MDB, saya mula merasakan ada yang tidak betul dalam sistem kepimpinan kita.

“Sejak itu saya memulakan kempen untuk Malaysia ‘reset’ atau bermula kembali, saya mula bercakap tentang perlunya ada majlis penasihat seperti pada tahun 1970 kerana terlalu banyak kerosakan yang memerlukan baik pulih secara keseluruhan,” tambahnya.








MT Umno ingatkan Dr Kamarul jangan jadi pencacai

 

MT Umno ingatkan Dr Kamarul jangan jadi pencacai

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff dinasihati oleh anggota Majlis Tertinggi Umno agar menjadi “profesor politik dan bukan pencacai”.

Datuk Dr Puad Zarkashi dalam tulisan di Facebook beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Kamarul Zaman kononnya Umno meminta dana politik dari Bersatu semasa pilihan raya negeri Sabah.

“Soalnya sahihkah Umno dapat dana dari PPBM. Mana Kamaruzzaman dapat cerita?

“Orang akademik kena telus. Elok dedahkan sumber supaya tidak digelar “pencacai”.

“Nasihat saya, jadilah profesor politik bukan pencacai politik,” kata Puad, bekas timbalan menteri itu kepada Kamarul Zaman.

Menurut Puad, Dr Kamarul Zaman mendakwa Umno minta dana politik daripada Bersatu semasa Pilihan Raya Negeri Sabah tahun 2020.

Menurut Kamaruzzaman, kata Puad, yang minta ialah Tan Sri Annuar Musa yang ketika itu ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

“Apakah Annuar Musa bocor maklumat kepada Kamarul Zaman?” tanya Puad.

Menurut Puad, hujah Kamarul Zaman, kalau ikut logik akal, jika Bersatu mahu membuli Umno sudah pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan bagi dana kepada Umno.

Katanya lagi, jika benar Umno dibuli oleh Bersatu di PRN Sabah, sudah pasti Umno Sabah negeri pertama akan putuskan hubungan dengan Bersatu.

“Dengan bahasa mudah, ikut logik profesor politik ini ialah, PPBM hilang akal kerana bagi dana politik kepada Umno yang ia mahu buli.

“Sekarang ini siapa yang tidak logik dan hilang akal? Umno, PPBM atau Profesor Politik?.

“Apakah Kamarul Zaman ingat, Umno adalah parti yang boleh dirasuah, di jual beli dan dilacur dengan wang ringgit.

“Nak tanya Kamarul Zaman apakah dengan membina sekolah, jalan kampung dan lain lain maka rakyat wajib undi parti pemerintah?” katanya.

Bagi beliau, bantuan dana bukan alasan Umno boleh dibuli.

“Umno tidak boleh ditikam belakang kerana dana politik. Bukan bermakna boleh sesuka hati taja calon bebas lawan calon Umno,” kata bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan Barisan Nasional dahulu itu.

Bagi beliau, orang yang membuli ragamnya berbagai.

“Sana sini dia bagi duit. Macam Amerika, dia bantu Iraq untuk serang Iran. Akhirnya, Amerika serang Iraq dan hancurkan negara itu.

“Logikkah Prof Kamarul Zaman?” tanya beliau lagi dalam posting di Facebooknya itu. 




UMNO bukan lagi ancaman besar kepada DAP? Soal Dr Kamarul

 


UMNO bukan lagi ancaman besar kepada DAP? Soal Dr Kamarul


Desas-desus kemungkinan wujud kerjasama antara UMNO dengan parti pembangkang semakin jelas kedengaran.

Ia semakin ‘terang’ selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui perkara itu pada sidang medianya, minggu lalu.

Terkini, pemimpin parti tamak haloba, DAP, Ronnie Liu pula mendakwa bahawa UMNO bukan ancaman terbesar kepada Malaysia.

Ronnie dalam kenyataan di Facebooknya bertarikh 19 Mac lalu mendakwa, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah ancaman kepada rakyat Malaysia, bukan UMNO, DAP atau Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan Ronnie itu sekali gus menimbulkan persoalan kepada pemerhati politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, apabila UMNO tidak lagi menjadi parti yang ditakuti oleh DAP.

“Mengapa DAP yang dulunya begitu takut kepada UMNO kini sudah tidak lagi berasa takut kepada parti ini?

“Apakah pengaruh PAS dan Bersatu kini terlalu kuat sehingga DAP melihat parti ini sebagai ancaman utama?

“Mana satukah yang boleh dianggap kemuliaan atau kebanggaan. Ditakuti atau tidak ditakuti oleh DAP,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Anwar dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO, dan ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan dengan Bersatu. – IW


ITU LA...CAKAP BERDEGAR DEGAR...HANGPA INGAT AHLI PAS SEMUA WALAUN BODO KAH?

 


Idris minta ahli PAS jangan menyerang sesama sendiri

Idris minta ahli PAS jangan menyerang sesama sendiri

SEMUA PIHAK PERLU BERTENANG

” Kita minta semua ahli PAS di setiap peringkat supaya bertenang dan dengar arahan serta keputusan pimpinan.

Tidak perlu menyerang sesama sendiri kerana ia akan mengembirakan musuh kita.”

staz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS

#PerikatanNasional
#MuafakatNasional
#IslamMemperkukuhPerpaduan

RENTASAN 852 | PANAS!!! MOTIF PERTEMUAN ANWAR IBRAHIM DAN SPRM DIDEDAH?





MENARIK DALAM RENTASAN 852
1. BILA LAGI PARLIMEN NAK DIBUKA? 2. PELACUR POLITIK BUTA AKTA GUAMAN SYARIE 3. APA SALAH MEDIA SOSIAL? 4. JANGAN JERUNG TERLEPAS, HANYA BILIS TERTANGKAP




Pengkhianatan Dalam UMNO Masih Kritikal? Fahmi Dedah Siapa Broker Beli M...



Dalam Sesi Borak Dahsyat baru-baru ini, Datuk Kamal menjawab soalan mengenai pengkhianatan yang berlaku di dalam UMNO masih teruk atau pun sudah mula reda. Dalam pada masa yang sama, YB Fahmi mendedahkan siapakah datuk seri yang terlibat dalam proses shopping pree Ahli Parlimen pembangkang. YB Abdullah juga menjawab persoalan adakah PKR menjadi semakin lemah dengan tindakan YB Azmin yang mula membeli sokongan Ahli Parlimen PKR







Terus Terang Bersama ZMY - PRU15 - Terkuburkah PKR ?

DEWAN PEMUDA PAS NI PUN OTAK KELAUT JUGA..SEMBANG....

 

PART 1 ANWAR BERI CADANGAN.PUAK PEMUDA PAS MULA TIBAI...KONONNYA CERDIK LA GAMAKNYA...KAH......


May be an image of 1 person and text that says "astro AWANI kini stro WANI "Habiskan suntikan pertama kepada rakyat terlebih dahulu" Anwar Ibrahim Mac 16 2021 18:47 MYT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar brahim mencadangkan supaya kerajaan fokus pada suntikan pertama kepada seluruh rakyat, sebelum memulakan suntikan kedua. "Apakah tidak boleh mereka yang telah ambil suntikan pertama tunggu dahulu sebelum ambil suntikan kedua." katanya."

PART 2

Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM

1tSp7fonlso MulafrrSctuhoh aetga 03:c1dfcch2ti  · 

Terkejut admin dengan cadangan DSAI dalam sidang media beliau semalam. Statement beliau jelas jauh menyimpang dari dapatan saintifik.

DSAI mencadangkan agar vaksin pfizer ini habiskan semua rakyat dengan dos pertama terlebih dahulu. Barulah disambung dengan dos kedua.

Statement DSAI ini menunjukkan beliau gagal merujuk kepada data saintifik. Mulut lebih laju daripada akal. Admin kongsikan kenyataan beliau seperti di bawah

"Kita teruskan jadi first dos untuk semua rakyat kemudian barulah sambung dengan second dos"

Malah beliau menyatakan method yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan sekarang adalah pemikiran lapuk dan lama.

"Fikir agak terbuka sikit la. jangan terkongkong dengan cara pemikiran lapuk yang lama"

Claim beliau yang mengatakan beliau telah pun membuat research juga adalah sangat kontradik dengan dapatan data saintifik. Admin tidak pasti Dr google mana yang beliau rujuk.

"Saya juga buat beberapa research apakah ini menggugat keselamatan atau kesihatan. Tidak. Dia cuma... Malah lebih baik kerana lebih ramai rakyat ang akan dapat faedah"

Di sini admin kongsikan kajian berkenaan vaksin pfizer untuk rujukan semua.

Kenapa 2 dos diperlukan?

Ketika kajian awal. Pengkaji mendapati vaksin ini menghasilkan tindakbalas imun yang lemah selepas beberapa minggu menerima dos pertama. Pada dos kedua barulah tindak balas imun yang kuat dihasilkan. Mudah faham yang pertama untuk membina pertahanan. Yang kedua pula memperkuatkan pertahanan

Berapa lama sela antara 2 dos ini yang dicadangkan?

"Centers for Disease Control and Prevention (CDC)" mencadangkan sela antara dua dos ini untuk vaksin pfizer adalah 3 minggu. Namun jika berlaku kelewatan masih terdapat sedikit julat masa yang dibenarkan. Namun menurut guidelines CDC, adalah yang terbaik untuk menerima Dos kedua tidak lewat lebih dari 6 minggu.

Yang lebih merisaukan adalah kesan daripada melewatkan dos kedua buat masa ini masih lagi tidak diketahui

Hasil daripada kajian terperinci ternyata cadangan DSAI adalah sangat jauh dari data saintifik. Inilah salah satu contoh sikap DSAI yang seringkali bercakap hanya untuk sedap didengar namun hakikat sebenar menyimpang jauh daripada data.

Bak kata orang muda

"Dengar boleh, Percaya jangan"

#anwarsembang

-Admin Jo-

Rujukan :

1. https://www.healthline.com/.../how-long-after-the-second...

2. https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2776229

3. https://www.cdc.gov/.../2019-ncov/vaccines/expect/after.html

 

PART  3


SELESAIKAN DULU DOS PERTAMA DAN SELANG ITU BERIKAN DOS KEDUA...DUIT ADA KE TIDAK NI NAK BERI SUNTIKAN DOS KEDUA...NEGARA TETANGGA DAH MULA BERI DOS KEDUA....


May be a Twitter screenshot of 2 people



SEMBANG LEBAI...NAK HANTAR UNIT AMAL KE LAWAN ?

 


MAN TOBA


Pak Lebai punya sembang. Orang nak selesai cara baik, dia dah start hasut konon2 dah nak perang. Kalo Korea lancar peluru berpandu korang pak2 lebai awal lari dulu kan?

Kalu serah pak pak lebai kelarah ni tadbir negara ntah apa jadi tak tau lah. Ermm


TENGKORAK KAU TAK GENTAR 70 BUAH KAPAL SELAM TAKUT PAK LEBAI LARI DULU.

May be an image of 1 person and text


Relax je Razman buka mask masa ziarah rakyat

 


Relax je Razman buka mask masa ziarah rakyat


LENGGONG – 20 Mac 2021, 5.00 Petang.

Kesempatan program di sekitar Lenggong dan Gerik pada hujung minggu ini dengan meluangkan masa untuk menziarahi saudara mara terdekat.

Ziarah Mek Tam, adik arwah ayah Pak Teh. Satu-satunya ibu saudara yang masih ada. Selain itu, saudara Adnan Alias Ismail bin Ahmad, mantan bilal Masjid Kampung Luat, Lenggong. Seterusnya, Tok Fatimah yang juga Ibu Saudara kepada Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong.

Mengeratkan silaturahim adalah kewajipan umat Islam tanpa mengira fahaman politik mahupun idelogi pemikiran. Ini kerana, hubungan kekeluargaan perlu dikekalkan dan dipertahankan.

Allah SWT berfirman:

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ فَاَ صْلِحُوْا بَيْنَ اَخَوَيْكُمْ وَا تَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah SWT supaya kamu beroleh rahmat”.

[ADMIN]





UGUTAN BUAT AHMAD ZAHID HAMIDI…



No reason to report RM76.9mil from Zahid, as it was legit, says lawyer |  Free Malaysia Today (FMT)


BOB KELANANG


Selaku Presiden UMNO... Ahmad Zahid Hamidi dilihat sedang diuji dengan pelbagai ujian... bukan sahaja ujian dari segi kesnya di Mahkamah... tapi ujian sebenarnya adalah mengenai kepimpinannya menerajui UMNO itu sendiri...

Shahidan Kassim (kes pedophilia pun tak setel) berani mengugut Ahmad Zahid Hamidi... siap nak bawak keluar semua team dari Perlis untuk lawan keputusan Ahmad Zahid Hamidi memutuskan hubungan UMNO dengan BERSATU...

Lepas tu kita dapat lihat pulak Annuar Musa (yang memang dari awal lagi ketegaq nak kerjasama dengan BERSATU pasal dia dapat jawatan dengan BERSATU) melawan keputusan Ahmad Zahid Hamidi dalam bab kerjasama UMNO dan BERSATU...

Ni Ismail Sabri pulak buat perangai yang sama... dari apa yang aku nampak... semua yang nak teruskan kerjasama antara UMNO dan BERSATU adalah puak-puak dalam UMNO yang mendapat tempat DAN kedudukan dalam Kerajaan Perikatan Nasional... mereka-mereka ini aku lihat adalah opportunis...

Antara yang tegar juga dengan kerjasama UMNO/BERSATU ini adalah Hishamuddin Hussein... yang ini lagi awal memang pikir agenda dia jer...

KOH KOH KOH…

Apa pun... Ahmad Zahid Hamidi mestilah berani memperlihatkan yang beliau berupaya kekal dengan keputusannya... DAN dilihat layak menjadi Presiden... ni kalau ahli pun boleh sanggah dia... macam mana dia nak dilihat sebagai seorang Presiden yang kuat DAN berautoriti...

Ahmad Zahid Hamidi kena tegas... Ahmad Zahid Hamidi kena cepat buat keputusan... keputusan yang firm... buktikan kepada massa yang Ahmad Zahid Hamidi memang layak untuk berada di kedudukan Presiden UMNO...

 

TAKIYUDDIN HASSAN BERSILAT LAGI…



BOB KELANANG


Bersilat lah nampaknya Takiyuddin Hassan bab urusan Sidang Parlimen ni...

KOH KOH KOH… macam-macam cara nak elakkan dibukak Sidang Parlimen... carilah macam-macam idea dan hujah nak bekap the storyline... https://m.malaysiakini.com/news/567511

KOH KOH KOH…

Semua ni terpaksa dibuat sebab tau dah kat Parlimen memang tak cukup majoriti dah Kerajaan Perikatan Nasional nih...

KOH KOH KOH… pembelian katak xabis lagi...

Jadi terpaksa la cuba 'delay'kan selama yang boleh sampai selesai semua pembelian katak...


Takper... Azmin Ali boleh usahakan pembelian katak... janji ade cukup dananya... cukup duitnya...

KOH KOH KOH… aper ada hal... nak SAPU  pun sapa boleh semak... ..


PAS..??

KOH KOH KOH… itu semua tunggul yang layan dedak... dah kenyang DENGAN dedak jadi lena la...

KOH KOH KOH... jilaker!!


Takiyuddin: Parlimen tak bersidang 2 tahun ketika darurat 1969

malaysiakini.com
Takiyuddin: Parlimen tak bersidang 2 tahun ketika darurat 1969
"(Ketika itu) tidak ada masalah dalam perjalanan kerajaan...(Sekarang) Baru empat bulan tak bersidang, jadi tak timbul masalah," katanya.





S E P U L U H T A H U N

 

BOB KELANANG


10 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat... 10 tahun dah membolehkan seorang pelajar memasuki Tahun 4 persekolahan... DAN 10 tahun itulah juga telah berlaku 2 kali Pilihanraya Umum... DAN Kelantan masih kekal majoriti dimenangi oleh PAS...

Hospital Raja Perempuan Zainab II bukan Hospital Swasta... maka oleh sebab ianya Hospital Kerajaan... maka tahap operasi DAN kepenggunaannya adalah maksimum... DAN ianya tiada kompromi jika bekalan air bersih masih tidak dapat dibekalkan dengan mencukupi buat kemudahan Hospital...

Kemudahan air bersih adalah melibatkan nyawa... terutama bilamana banyak urusan tergantung kepada bekalan air bersih yang mencukupi... macam mesin dialisis.... DAN selama 10 tahun... dengan kuasa pemerintahan yang solid PAS... satu apa pun xder yang boleh memangkinkan penyelesaian kepada masalah air di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu...

Aper yang diutamakan oleh Kerajaan Kelantan?? Beli Mercedes untuk EXCO… Bekalan Air bersih di negeri semuanya tertakluk kepada Kerajaan Negeri... TAPI Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS bukanlah nak fikir pasai kemudahan asas untuk kegunaan harian rakyat...

Apa nak susah... Kerajaan PAS Kelantan tahu... yang rakyat Kelantan (terutamanya para pengundi luar yang balik sekali sekala untuk memenangkan PAS di Kelantan) cukup mudah digula-gulakan dengan elemen agama... sebab kononnya kepimpinan Ulama... DAN hukum wajib kekalkan pemerintahan Islam dan Ulama... walaupun yang memimpin bodoh tukil dalam pengurusan DAN pentadbiran serta pemerintahan...

Yang penting... setiap kali PRU atau PRK… sentimen agama mesti dibakar... mesti dicanangkan... walaupun yang memang selepas itu tak tahu sepatah haram memimpin... tapi dipastikan segala gaji DAN emolumen mesti besar... DAN kemudahan untuk pemerintah mesti tiptop...

Dan pengundi yang mudah dibodohkan ini akan terus-terusan memberikan undi tanpa belah bahagi DAN fikir panjang... yang penting... kepimpinan Ulama... adoilah... bodoh yang tak boleh diajar selamanya...

 

May be an image of 1 person, sitting, headscarf and indoor




WOIIII MP SERINGGIT...BILA NAK BALIK BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DENGAN GAJI SERINGGIT NI?

 

Apa khabar Ahli Parlimen PN-Segamat.. Dia ni Timbalan Menteri Wilayah kat Malaysia ATAU DI NEW ZEALAND ??!

Pengundi² di Segamat nak mengadu segala permasalahan mereka pada wakil rakyat bagaimana ?

Gaji sebulan RM 76,347.65 tu buat apa ?

SR

 May be an image of 1 person and text that says "Mohon cuti 55 hari 90 HARI MASIH LAGI DI NEW ZEALAND? Timbalan Menteri PN Edmund Santhara DอU"