Keputusan tubuh Majlis Penatua KEADILAN Sarawak secara konsensus, persiapan menuju PRN

 


Majlis Penatua (Council of Elders) KEADILAN Sarawak menolak pendapat Profesor James Chin yang disiarkan Borneo Post baru-baru ini kononnya parti itu menubuhkan Council of Elders (COE) kerana tidak dapat mencari pengganti bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Larry Sng yang telah melompat.



Menurut kenyataan Majlis Penatua, keputusan menubuhkan majlis tersebut dibuat secara konsensus dan praktikal memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak semakin hampir dan tiada kena mengena dengan kegagalan mencari pengganti Larry.



"KEADILAN Sarawak menyangkal dapatan James Chin mengatakan kami tidak dapat mencari pengganti Larry Sng kerana keputusan untuk menubuhkan COE adalah secara konsensus. Bermakna KEADILAN Sarawak tidak mementingkan individu tetapi kumpulan atau team yang akan bekerja berpasukan dan membuat keputusan secara kolektif.



"Malah, semasa YB Larry Sng mengetuai, keputusan yang dibuat pun adalah secara kolektif. Maka ini diteruskan sahaja oleh Majlis Penatua.



"Walau bagaimanapun, James Chin mengakui KEADILAN Sarawak tidak mempunyai cukup masa membina parti sebelum PRN Sarawak. Justeru itu KEADILAN tidak mahu membuang masa dengan mengadakan pemilihan dan perlantikan Penerusi MPN tetapi terus bergerak dengan komposisi yang sedia ada tanpa wujudnya individu pemimpin dilantik sebagai Pengerusi MPN.



"Cukup dengan kepimpinan pemimpin-pemimpin senior dalam COE yang diketuai Timbalan Pengerusi MPN dan ahli-ahli yang lain untuk memimpin KEADILAN Sarawak. Apa yang penting adalah KEADILAN terus bergerak sebagai satu pasukan," kata Majlis Penatua dalam satu kenyataan.



Menurut majlis itu lagi, KEADILAN Sarawak juga menyangkal dapatan bahawa parti itu berada di dalam kemelut politik baru-baru ini. Sangkalan ini adalah berlandaskan pemimpin yang keluar parti mempunyai alasan peribadi tersendiri. Sedangkan di dalam organisasi tidak ada apa-apa pertengkaran atau perselisihan yangh berlaku sepanjang kepimpinan Larry Sng.



"Malah keputusan beliau untuk meninggalkan parti pun dibawa berbincang dengan agak panjang lebar sebelum beliau keluar pada 28 Februari 2021," kata kenyataan itu.



Mengenai tempoh berkuatkuasa Majlis Penatua, kenyataan itu membayangkan hayatnya tidak lama. Majlis ditubuhkan sebagai pentadbir sementara dan akan dibubarkan pada masa yang sesuai selepas pilihan raya atau pemilihan parti KEADILAN akan datang. Selepas itu, Pengerusi MPN baharu akan dilantik.



Bagi persiapan PRN pula, KEADILAN Sarawak yakin akan mempertahankan kerusi-kerusi sedia ada dan mengintai peluang untuk menang beberapa kerusi baharu.



"Kerusi-kerusi yang telah dimenangi selama ini akan dipertahankan. Keyakinan ini berlandaskan kepada sokongan rakyat yang bencikan pengkhianatan dan politik pentingkan diri. Malah KEADILAN Sarawak yakin menambah kerusi pada PRN akan datang.



"Untuk komen James Chin mengatakan KEADILAN Sarawak tidak dapat mengalahkan atau “membunuh” (secara politik) pengkhianat, hal itu adalah terlalu awal.



"Tetapi KEADILAN Sarawak percaya kepada kebijaksanaan pengundi untuk menilai sama ada pengundi bersetuju dengan perbuatan pengkianatan atau lompat parti? Masa akan menentukan. KEADILAN Sarawak menyerahkannya kepada pengundi.



"Apa yang menjadi tumpuan KEADILAN Sarawak dan COE adalah terus memperjuangkan rakyat Sarawak. Di mana semua Cabang KEADILAN sedang sedaya upaya membela dan bekerja kuat untuk rakyat yang tertindas selama ini," kata kenyataan itu lagi.



Buat masa ini, KEADILAN Sarawak giat membantu mangsa-mangsa banjir, kesukaran penghuni rumah panjang akibat Covid 19 dan musim menyediakan air minum untuk rakyat menghadapi musim kemarau.

 


Ada gerakan sulit dalam UMNO cuba batal keputusan putus hubungan dengan Bersatu?

 


Ada gerakan sulit dalam UMNO cuba batal keputusan putus hubungan dengan Bersatu?


Seorang pemimpin Umno cuba mengubah keputusan parti itu untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang, FMT difahamkan.

Menurut sumber, beberapa pemimpin bahagian sudah didekati sementara yang lain tahu akan langkah itu.

Ada yang diminta menandatangani dokumen yang meminta kepemimpinan parti mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Ahli Parlimen itu, yang identitinya masih dirahsiakan FMT sementara menanti komen beliau, dikatakan meminta banyak pemimpin bahagian untuk mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk berunding semula hubungan dengan PPBM.

“Hujah beliau ialah Umno akan kalah jika tidak berganding bahu dengan PPBM,” kata sumber itu.

Pemimpin parti itu dipercayai akan membangkitkan perkara itu pada perhimpunan agung Umno yang akan diadakan akhir bulan ini.


“Tetapi, usaha beliau ini tidak mendapat sambutan daripada ketua bahagian. Mereka melihat usaha pemimpin itu hanya memenuhi agenda musuh memecah belahkan Umno dari dalam.”

Awal bulan ini, Zahid dilaporkan mengirim sepucuk surat kepada Perdana Menteri dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang memaklumkan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU15.

Umno juga berkata parti itu hanya akan bekerjasama dengan kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

Semasa pemilihan bahagian parti tahun lalu, 147 daripada 191 bahagian Umno meminta parti itu menarik balik kerjasama dengan PPBM. 





Tidak beradap: Kita sokong kerajaan lawan Covid, mereka 'beli' Ahli Parlimen KEADILAN - Johari

 





Tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang terus-menerus cuba memujuk Ahli Parlimen KEADILAN menyokong Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tidak beradap oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.



Apatah lagi, katanya ketika parti pembangkang memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam usaha melawan Covid 19 dan mengurangkan penderitaan rakyat.



"Beberapa Ahli Parlimen telah dihubungi orang tertentu yang mengaku diri mereka bercakap bagi pihak PM atau menteri kanan atau bagi pihak pemerintah memujuk supaya meninggalkan KEADILAN dan memberikan sokongan kepada PM Muhyiddin serta tawaran wang ringgit.



"Ini kita kira tidak beradap, pada waktu kita cuba memberikan sokongan kepada kerajaan dalam usaha menyelesaikan masalah Covid 19 tetapi kerajaan sendiri mengambil sikap membiarkan keadaan mengugut dan memujuk Ahli Parlimen KEADILAN berterusan.



"Dilaporkan 4 Ahli Parlimen dipujuk dan diugut seperti Padang Serai, Sekijang, Putatan dan juga Sungai Siput. Saya difahamkan ada beberapa orang lain. Ini tindakan biadap ketika rakyat menderita, Parlimen tidak bersidang tetapi kerajaan membiarkan benda ini.



"Kalau sekiranya hal ini berterusan ia membuktikan kerajaan desperate, tidak mempunyai jumlah yang cukup untuk memerintah negara," katanya selepas pertemuan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN di Hotel Eastin, Petaling Jaya, semalam.



Menurut Johari lagi, pertemuan tersebut jelas memperlihatkan kepada seluruh negara sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas berlakunya pengkhianatan 3 Ahli Parlimen sebelum ini.



Selain itu, kata Johari, Anwar dalam pertemuan itu juga memberi penerangan mengenai hubungan semasa KEADILAN dan parti-parti lain menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.



"Kami Ahli Parlimen memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan parti dan kami memberi sokongan kepada presiden Datuk Seri Anwar untuk terus berusaha bagi memastikan bukan sahaja KEADILAN mantap tetapi berikan sokongan agar beliau terus berusaha untuk mendapatkan balik kerajaan ini di samping kita membuat persiapan mengahadapi PRU akan datang.



"Kedua, beliau memberi penerangan kepada kami tentang perbincangan yang lakukan bersama-sama pimpinan, termasuk pimpinan Umno bagi melihat apakah kerjasama yang boleh kita buat bagi membangunkan negara ini.



"Sebab itu beliau menjelaskan bahawa perkara yang dipersetujui pada peringkat awal ini bagaimana kita dapat kembalikan kedudukan ekonomi, terus membina kekuatan agar rakyat mendapat hak mereka dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan didukungi bersama," katanya

Mengapa Parlimen kekal ditutup walaupun Agong benarkan sidang? - Shamsul Iskandar

 




Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menutup Parlimen terus dipersoalkan.

Terbaharu, dalam forum Sinar Harian malam tadi, Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menjawab pertanyaan moderator mengenai isu darurat dan penutupan Parlimen dengan satu pantun sinis.



"Saya nak jawab dengan pantun. Saya Ahli Parlimen dari Melaka (yang terkenal dengan budaya pantun).



'Giat membeli pimpinan parti,

Disogok jawatan tindakan keparat,

Kalau yakin punyai majoriti,

Mengapa berselindung di sebalik darurat'



"Saya tujukan kepada kerajaan PN kerana darurat ini digunakan sebagai smoke screen dan seperti mana kita tahu komen netizen dan sebagainya di media sosial, semua sektor telah dibuka tetapi Parlimen yang nama lainnya Dewan Rakyat tidak dibuka.

"Ini merupakan satu perkara yang amat pelik dan jelek. Mengapa Parlimen tempat kita membahaskan isu-isu rakyat masih ditutup?" katanya dalam forum Wacana Sinar bertajuk Dakwaan Sogok Ahli Parlimen: Strategi Atau Terdesak?.

Bagi Shamsul, fungsi Parlimen jelas untuk wakil rakyat membahaskan isu-isu terkait kepentingan rakyat dan boleh juga menentukan keabsahan kerajaan memerintah.

Katanya, sekiranya Ahli Parlimen telah diberi vaksin maka tidak timbul lagi isu berkumpul di dalam Dewan Rakyat akan menyebabkan jangkitan Covid 19.

"Ahli-ahli Parlimen dianggap barisan hadapan kerana kita hampir setiap minggu bertemu rakyat dan kesemua akan mendapat vaksin. Dan kita boleh bahas di Parlimen (selepas itu), Parlimen boleh dibuka. Saya mendapat maklumat secara jelas dari menteri menjaga Parlimen bahawa Parlimen itu akan kekal ditutup walaupun Yang di-Pertuan Agong menyatakan dalam masa darurat Parlimen boleh bersidang.

"Berbalik kepada persoalan tadi, ini (tutup Parlimen) dianggap sebagai satu strategi untuk kerajaan kekal berkuasa menggunakan alasan darurat menutup Dewan Rakyat untuk tidak membolehkan anggota dewan menggunakan kesempatan yang absah menyuarakan pendapat, dan kalau perlu dijadikan tempat untuk menguji keabsahan kerajaan. Itulah tempatnya.

"Saya ingin tegaskan, sewajarnya institusi demokrasi itu mesti dipertahankan," katanya lagi.

Untuk rekod, sehingga hari ini hampir 3 bulan Parlimen ditutup sejak 11 Januari lalu berikutan perisytiharan darurat. Sepanjang tempoh itu pelbagai pihak, termasuk parti politik dan NGO telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar menamatkan darurat atau membenarkan sidang Parlimen dilaksanakan bagi meluluskan undang-undang secara bahas.




Sidang Media Anwar Ibrahim | Apa yang boleh dijangka?

Kedah dapat pelaburan RM68 bilion sejak PN memerintah? Berita palsu

 




Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nurul Amin Hamid yang mengatakan kerajaan negeri Kedah meraih nilai pelaburan sekitar RM68 bilion sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih daripada Pakatan Harapan (PH) sebenarnya adalah berita palsu.



Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah pun mengenal pasti jumlah pelaburan yang diperoleh di setiap negeri dan mendapati Kedah tidak tersenarai dalam lima negeri yang mendapat pelaburan tertinggi.



Bukan itu sahaja, Kedah langsung tidak meraih RM68 bilion seperti yang diuar-uarkan oleh ketua pemuda PAS itu.



"Ada yg bertanya betul ke angka pelaburan yang masuk ke Kedah sebesar RM68 bilion? Angka itu disebut oleh Nurul Amin Hamid.



"Sumber rasmi yang sering dirujuk jika berkait pelaburan ialah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Ini perkara asas untuk siapa sahaja yang ingin tahu tentang info pelaburan.



"Pelaburan asing, pelaburan domestik, pelaburan mengikut sektor, pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain. Jumlah projek dan peluang kerja yang diwujudkan. Prestasi pelaburan mengikut negeri pun ada. Pendek kata info di hujung jari," katanya.



Justeru, Saifuddin menyemak laporan MIDA 2021 dan ia sekali gus menyangkal dakwaan Nurul Amin.



"Prestasi pelaburan Malaysia untuk 2020 jumlahnya RM164 bilion. 5 negeri tertinggi menarik pelaburan ialah Selangor, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.



"Selangor mencatat RM38.7bilion dan Pulau Pinang RM16 bilion. Kedah tidak tercatat 5 negeri teratas. Apalagi RM68bilion!" katanya.

 

[[LIVE]] 16.3.2021 Press Conference DSAI.



 [[LIVE]] 16.3.2021 Press Conference DSAI. Terlalu awal untuk bertanya tentang isu bergabung dengan UMNO. Persoalan lebih utama, Muhyiddin ada berapa majoriti? Hanay 90 menyokong Muhyidin seperti yang saya kata, tapi berani Yidin nafikan? Kenapa darurat kalau bukan utk kekal berkuasa. PKPD sarawak mengapa tiada berita. Buka sekolah mengundang bahaya. 10k saman rakyat dah kenapa kerajaan ni? dak2 kartel gelabah sakan tadi.

Tempah Topi keadilan di sini: bit.ly/2NqgC6U


Sidang Media 16/3/2021 Datuk Ezam Selepas Beri Keterangan Di Bukit Aman



Live dari Bukit Aman ..bersama saudara Ezam Mohd Nor berhubung beliau dipanggil untuk memberi keterangn diatas salah satu knyataan yang dikeluarkan beliau melibatkan Isu Jo Low dan Skandal Video melibatkan Menteri




VIDEO : RAPAT MUHYIDDIN KENA DENGAN ANWAR-JIKA BERANI AYUH BUKA PARLIMEN

GANDINGAN KEDUANYA RAFIZI DAN EZAM MAMPU HANCURKAN PENGKHIANAT

 

May be an image of 4 people and text that says "Rafizi Ft Ezam VS Mahathir ft Muhyiddin"


Kedua-dua tokoh ini dikenali kerana Anwar Ibrahim. Tiada siapa boleh menafikan fakta ini. Jika ada yang mengatakan inilah sosok tubuh yang digeruni oleh musuh selepas Anwar, jawapan saya adalah tepat sekali.

Ezam pahlawan dizamannya. Rafizi adalah hero dieranya. Perjalanan sepanjang perjuangan mereka penuh ranjau dan duri. Ezam mengepalai Pemuda Keadilan di awal reformasi manakala Rafizi meneruskan kesinambungan perjuangan Ezam apabila Ezam meninggalkan bosnya Anwar Ibrahim dan menjadi seteru di pentas politik suatu ketika.

Rafizi telah menyumbangkan begitu banyak jasanya kepada parti sehinggakan beliau terlalai tentang kenikmatan berumahtangga. Banyak masanya dihabiskan bagi menjelajah ke pelusuk tanahair bagi membawa mesej kepada rakyat betapa kerajaan Umno/Bn ketika itu wajib ditumbangkan.

Ezam menyertai Umno, kemudiannya dilantik sebagai Senator dan kemucaknya menjadi orang penting di Kementerian Kewangan sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, betul-betul bekerja di sebelah Najib, PM dan Menteri Kewangan ketika itu. Jika mahu hidup senang lenang, tempat ini amat sesuai untuk Ezam. Bayangkan jika Zahid Md Arip hanya menjadi pegawai kepada Pengerusi Felda Isa Samad pun boleh berurusan dengan duit tunai di dalam beg, ini kan pula berada di pejabat PM dan Menteri Kewangan. Bukankah di situ lubuk duit?

Ezam tidak memilih jalan itu. Apabila Ezam menyedari ada sesuatu yang tidak kena di Pejabat PM dan Menteri Kewangan ketika itu, beliau mengundurkan diri dan mula bercakap tentang isu Skandal 1MDB. Tidak tahan melihat kerosakan yang berlaku, Ezam dengan berani menyaman PM, Najib Razak, orang yang melantik beliau bekerja di Kementerian Kewangan. Jangan lupa, Ezam melawan Najib ketika Najib sedang berkuasa bukannya setelah Najib jatuh. Sebelum itu, beliau masih ada berbaki setahun dua lagi kontrak untuk terus menikmati gaji yang tidak kurang besarnya dengan menteri di Kementerian Kewangan, namun Ezam meletakkan jawatan bukan dipecat seperti Muhyiddin.

Usaha Rafizi yang gigih tanpa mengenal penat lelah, berhabisan wang ringgit di dalam simpanannya, memerah otak dan pemikirannya dengan mengatur berbagai strategi melalui INVOKE, akhirnya membuahkan hasil. Namanya harum sebagai wira rakyat yang telah membawa kemenangan PH pada PRU14 yang lalu. Maaf, bukan kerana Mahathir. PH menjadi kerajaan dan Rafizi bukan lagi Wakil Rakyat jauh sekali sebagai menteri selepas kemenangan itu.

Selepas kemenangan PH, Rafizi mula fokus untuk membetulkan parti dari kerosakan yang dilakukan oleh kumpulan 'kartel'. Beliau mencabar bapak kartel iaitu Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden Keadilan. Azmin ketika itu dipelihara oleh PM, Mahathir yang telah melantiknya sebagai Menteri Ekonomi meskipun nama Azmin bukan pilihan parti untuk jawatan menteri kanan itu. Pengaruh di dalam kerajaan sebagai menteri ekonomi dan kekuatan wang ringgit yang ada pada Azmin, ditambah pula ramai ahli parti yang tidak terfikir agenda Azmin, maka Azmin menang dengan begitu tipis sekali. Apabila tewas di dalam sahanya untuk menghapuskan kartel di dalam parti, Rafizi akhirnya mengambil keputusan untuk berehat bersama keluarga. Mungkin beliau mahu memberi peluang kepada tenaga-tenaga muda yang lain untuk mempamerkan kebolehan masing-masing di dalam parti. Mungkin juga beliau kecewa kerana kartel terus bermaharajalela di dalam parti.

Apabila Rafizi menyepikan diri dan kartel semakin galak di dalam parti dan kerajaan ditambah pula dengan sikap pecah dan perintah Mahathir sebagai PM, maka Ezam terpaksa kembali memakai tanjak dan keris hulubalang yang begitu lama beliau simpan. Memang ketika itu tiada sesiapa pun yang bergerak untuk menyedarkan kita tentang agenda Mahathir dan kartel di dalam kerajaan. Semua pakat menanti giliran Anwar untuk menggantikan Mahathir seperti yang dijanjikan. Ezam telah dapat menghidunya apabila Mahathir bersama pimpinan Umno dan Pas berada di dalam program Maruah Melayu yang meminggirkan Anwar.

Inilah mulanya Ezam menyusun langkah mengembalikan semula Gerak yang diasaskan pada tahun 1998 oleh Almarhum Ustaz Fadzil Nor, Presiden Pas waktu itu. Maka, Gerak98 ditubuhkan oleh Ezam dan beliau mula bercakap tentang muslihat Mahathir dan kartel. Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Ezam di sepanjang jelajah Gerak98 di seluruh negeri sehinggalah berlakunya 'Langkah Sheraton' yang menjadi sejarah pengkhianat terbesar yang pertama di dalam negara ini di mana kerajaan mandat rakyat telah dirampas.

Maka, benarlah kata Rafizi tentang 'kartel' yang sebelum ini tidak ramai yang percaya. Betullah kata Ezam tentang kediktatoran Mahathir akan menjahanamkan kerajaan PH. Tepatlah kata Ezam bahawa mustahil Mahathir mahu menerima Anwar sebagai penggantinya kerana diktator tidak pernah bersetuju dengan reformasi. Musuh seorang diktator adalah reformis. Sejarah mencatatkan kisah seorang PM telah berjaya menjatuhkan kerajaannya sendiri tanpa dipaksa, disuruh, didesak bahkan tanpa undian tidak percaya di Parlimen sekalipun. Betapa jahatnya Mahathir!!

Apakah kita bakal melihat kedua tokoh ini, Rafizi dan Ezam bergandingan untuk menebus kembali maruah rakyat yang telah dicabuli oleh pengkhianat sekarang? Jika kamu tidak suka Rafizi yang telah menyepikan diri selama ini, apakah kamu telah ke hadapan menggantikannya? Jika kamu benci dengan Ezam yang kini aktif bergerak ke sana sini membawa nama Anwar Ibrahim dan reform, apakah kamu mampu melaksanakan seperti beliau? Apakah cukup hanya kita berharap Anwar akan jadi PM seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba?

Saya selalu berdoa agar idola saya Rafizi akan kembali bersama kita. Saya selalu berdoa juga agar Ezam terus istiqomah di dalam perjuangannya membantu Anwar Ibrahim. Rafizi berundur dan berehat setelah tugasnya memenangkan PH selesai. Ezam pula muncul disaat Anwar ditekan dari luar dan dalam. Saya tidak akan bersama Ezam jika Ezam muncul ketika Anwar dipuncak kuasa. Saya yakin dengannya kerana beliau muncul ketika kita sedang sukar. Mahathir muncul dengan kita sewaktu kita diambang kemenangan, beliau masuk basuh kaki dan terus jadi PM dan beliau khianati kita ketika kita sedang berkuasa.

Saya cuma boleh berharap dan saya tahu tulisan saya ini tidak akan digemari oleh ramai orang termasuk pimpinan. Hari ini adalah hari ulangtahun saya, mudah-mudahan Allah tidak mengambil nyawa saya sebelum Anwar menjadi PM. Hadiah istimewa yang saya impikan hari ini adalah gandingan Rafizi - Ezam. Semoga dimakbulkan.

 

WFAUZDIN NS

 

TIADA KERJASAMA DENGAN UMNO, HANYA PERBINCANGAN – ANWAR


Cubaan pujuk sokong Muhyiddin: Banyak kenyataan diambil dari Facebook – Natrah

 CUBAAN PUJUK SOKONG MUHYIDDIN: BANYAK KENYATAAN DIAMBIL DARI FACEBOOK – NATRAH

JANGAN PERCAYA SANGAT DENGAN UMNO INI.BERANI CAKAP TAPI TAKUT BERTINDAK.

 


UMNO perlu sokong Anwar sekarang, tak perlu tunggu PRU-15


Apa yang diungkapkan Khalid Samad dalam laporan Awani, Itu lah yang aku kata ketika Belanjawan.. Peluang terbuka untuk UMNO menyokong Ds Anwar Ibrahim sebagai PM.. Samaada melalui dewan atau luar dewan.. Tapi seorang pun tak berani untuk muncul..

Masa Belanjawan, Tun bersama Kuli buat sidang media, setidaknya Kuli berkecuali dan tidak hadir pengundian di Parlimen.. Sebenarnya Najib dan Zahid atau siapapun dalam UMNO hanya perlu tidak hadir pun untuk bantu membuka laluan untuk Ds Anwar..tak perlu bangun atau menunjukkan Sokongan kepada Ds Anwar, Apalagi buat kerjasama Politik yg bagi aku mustahil..

Najib ngan Zahid pung pang , Pungpang dalam Facebook.. akhirnya depa dok duduk bertenggek di Parlimen menunggu giliran mengundi menyokong Belanjawan Kerajaan PN.. kalau sekali takpa, hampir setiap kali pengundian peringkat jawatankuasa.. hat hangpa kutuk Tun tua Saka, OT 95.. Orang tua dan blok warisan itulah yang datang undi menolak Belanjawan..

Seperti aku sebut sebelum ini..Berhentilah lah angan angan mengharapkan UMNO.. ia hanya fatamorgana Politik.. Najib dan Zahid hanya berjuang untuk selamatkan diri dari Penjara.. matlamat mereka pembubaran parlimen.. Mengharapkan mereka menyokong Ds Anwar jadi PM hanyalah kerja sia sia..

Sedarlah sebelum terlambat..Cukuplah PAS yang dipecah pecahkan Najib dengan permainan liciknya.. Jangan letak taraf parti kamu seperti PAS yang menjadi alat Politik mereka.. Ketepikan Penasihat Bodoh dan gelojoh yg rakus dengan kuasa..

Seperti aku sebut sebelum ini..Ashabiyah, Sentimen No Anwar dan No DAP adalah azimat dan keramat mereka.. tidak mungkin ianya dikorbankan.. andainya Najib dan Zahid benar benar mahu menyokong Ds Anwar pun, tetapi tidak majority pemimpin UMNO yang lainnya.. Mengharapkan UMNO adalah kerja sia sia.. apalagi mengharapkan kelompok penyangak dan kleptokrat..!!

ipohmali




PENJELASAN ANWAR BERHUBUNG KERJASAMA DENGAN UMNO


 Hari ini saya telah mengadakan sidang media seperti yang dijanjikan seusai mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen, Menteri-menteri Besar serta pimpinan negeri-negeri KEADILAN.

Di dalam sidang media tersebut, kami mengulangi komitmen serta tekad untuk membawa perubahan dalam negara kita.

Kami juga mengakui wujudnya sistem serta amalan bobrok yang bertentangan dengan prinsip demokrasi dan prinsip-prinsip luhur seperti yang dijanjikan Perlembagaan, dan ini akan terus dicabar dan disanggah.

Kami tidak berganjak meski diugut dan ditawar dengan pelbagai habuan bagi memberi dukungan pada pemerintah yang paling lemah dalam sejarah Malaysia.

Saya turut berkongsi pengalaman disuntik vaksin pagi ini, dan layanan serta pengurusan barisan hadapan yang cukup baik termasuk petugas pembersihan. Azizah turut menerima vaksin pagi ini.

Pemerintah juga harus cepat mengenalpasti masalah sekitar pemberian vaksin, dan kempen itu mesti dipergiat sambil mendepani masalah-masalah yang mungkin akan melambatkan proses ini.

Saya turut memberi sedikit komen terkait kemungkinan ada kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk UMNO yang mesti dipasak pada prinsip tatakelola yang baik, menolak keras rasuah serta kebejatan, dan menyelesai masalah kemiskinan yang semakin parah.

Saya ucap terima kasih kepada para pengamal media yang hadir hari ini membuat liputan meski diberi notis yang singkat.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Ketua Pembangkang

16 Mac 2021.