Adun AMANAH lompat parti: Itu strategi politik, kata Mahfuz

 


Adun AMANAH lompat parti: Itu strategi politik, kata Mahfuz


Parti Amanah Negara (Amanah) menyangkal dakwaan parti itu tidak lagi relevan sehingga menyebabkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebaliknya, Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penghijrahan itu adalah sebahagian strategi politik untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau turut menyelar kenyataan sesetengah pihak yang melabel tiga ADUN berkenaan sebagai pengkhianat

“Itu hanyalah strategi politik untuk pemimpin Amanah melangkah lebih jauh dalam politik. Tidak timbul isu khianat atau parti tidak relevan, Amanah tetap relevan sepanjang masa,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, tiga ADUN Johor daripada Amanah iaitu ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Mohd Said Jonid dilaporkan telah menyertai PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, perkara itu tidak perlu disensasikan ekoran ia tidak mengubah bilangan kerusi dimiliki Pakatan Harapan (PH) mahupun memberi penambahan kerusi kepada Perikatan Nasional (PN).

“Komposisi kerusi kerajaan dan pembangkang di negeri itu tetap sama, ia sekadar perpindahan dalaman PH dan tak beri apa-apa implikasi politik, cuma ia mengurangkan kerusi DUN dimiliki Amanah dalam konteks semasa,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, kerusi DUN berkenaan tetap kuota Amanah untuk dipertandingkan pada PRU15 akan datang kerana telah diperuntukkan kepada parti itu meletakkan calon.

“Ini turut beri peluang kepada Amanah untuk kenal pasti calon-calon baharu yang akan mengambil alih kerusi yang ditinggalkan ADUN berkenaan. Kami memiliki ramai pemimpin pelapis dari golongan profesional, intelektual dan aktivis yang mampu galas tanggungjawab itu,” katanya.

Mahfuz berkata, pendirian tiga ADUN berkenaan harus dihormati kerana mereka bakal mengorak karier politik yang lebih tinggi.

“Mereka bercita-cita besar untuk melangkah jauh dan tak mahu terperap sebagai ADUN. Saya gembira dengan perkembangan ini kerana individu yang sertai politik harus ada cita-cita sebegitu. Tak salah mereka berhasrat mewakili PKR di kerusi Parlimen kelak, ia keputusan terbaik untuk dilakukan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut yakin penghijrahan itu mendapat jaminan PKR yang seakan memberi lampu hijau untuk mereka dicalonkan di kerusi Parlimen, khususnya kerusi yang kosong setelah ditinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mahfuz berkata, Amanah bersedia memainkan peranan sebagai kilang membekalkan calon kepada rakan PH bagi mengukuhkan gabungan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz tegaskan ketiga-tiga parti iaitu Amanah, PKR dan DAP belum membincangkan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada PRU15.

“Kita baru nak mulakan sesi rundingan termasuk kerusi yang ditinggalkan Bersatu dan kita akan nilai parti mana layak wakili kawasan tertentu,” katanya.

Katanya, sasaran Amanah adalah untuk meletakkan calon di 50 kerusi parlimen berbanding lebih 20 kerusi pada PRU lalu.

“PH juga belum putuskan lambang yang akan digunakan pada PRU15, walaupun PH sudah ada logonya sendiri yang digunakan pada PRK sebelum ini. Yang lebih penting adalah beri tumpuan kepada kerusi yang dikosongkan ADUN Amanah untuk diambil alih bakat baharu,” katanya. 


ASAL BUKAN BERSAMA ANWAR...

 

May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini BERITA Giliran bekas pengerusi Amanah Pahang 'keluar parti'"


Semua salah Anwar

ASAL BUKAN BERSAMA ANWAR...

Tak ada sorang pun dari pemimpin hingga ke ahlinya marahkan 'Pejuang' apabila bekas Pengerusi Amanah Pahang menyertai Pejuang. Nama nak tegur Mahathir jgn mimpi. Oleh kerana Pejuang belum didaftarkan maka Hamzah bertindak sebagai membantu sahaja dan dinamakan sahaja utk mengetuai Parti tetsebut.

Apapun beliau keluar dari Amanah utk berjuang bersama 'Pejuang'.... Asala jangan  bersama Anwar Ibrahim. PH jatuh salah Anwar, ahli PKR keluar PKR salah Anwar, ahli Amanah masuk PKR salah Anwar... dah mcm perangai UMNO dulu-dulu. Anwar agen Israel, Anwar agen CIA, Anwar barua DAP, Anwar nak beri kuasa pada Cina.... segala galanya semuanya salah Anwar Ibrahim.

Harap lepas ini ada la seorang ADUN Amanah joint DAP. Taubat nasuha kalau korang nampak Mat Sabu nak sound LGE....


 NORMAN RADUAN

TIKUS - POLITIKUS

 

May be an image of indoor



Umpama tikus.....

POLITIKUS,

Kau bijak menyelinap masuk....

Bersahaja....

Selamba....

Tebal muka....

Tak malu....

Putar belit....

Penipu....

Pengkhianat....

Telunjuk lurus kelingking berkait,

Gunting dalam lipatan,

Mengangguk tapi menggeleng,

Senyum menyumbing kerana terlebih senyum,

Bibir sebut ya, hatinya tidak,

Itulah manusia HIPOKRIT,

HIPOKRIT...... tau ke apa maksudnya....?

Itulah manusia MUNAFIQ...

Nak tau apa maksud NIFAQ.....?

Asal kata MUNAFIQ....

BACALAH SURAH AL-MUNAFIQUUN.

Surah ke 63,

Diturunkan di Madinah.


APABILA KUASA DITANGAN ....

 Tarikh 8 Mac Parlimen bersidang tidak lagi terpakai setelah darurat dikuat kuasa - Rashid Hasnon

Bernama
Tarikh 8 Mac Parlimen bersidang tidak lagi terpakai setelah darurat dikuat kuasa - Rashid Hasnon
Datuk Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tarikh 8 Mac untuk persidangan Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh beberapa media adalah tarikh takwim asal yang tidak lagi terpakai setelah Ordinan Darurat dikuat kuasa, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang seperti yang diperuntukkan menerusi Sekysen 12(1)(b) iaitu "YDPA (Yang di-Pertuan Agong) boleh prorog, bubar dan panggil Parlimen pada yang tarikh difikirkan perlu oleh YDPA."
"Maka suatu urusan lain perlu dilakukan, termasuk proklamasi prorog dan memanggil Parlimen Penggal Ke-4.
Perlu diingat juga notis daripada SUDR (Setiausaha Dewan Rakyat) ke MP (Ahli Parlimen) saja adalah 28 hari," jelas beliau menerusi hantaran akaun Twitternya malam tadi.

Rabu lepas, Istana Negara dalam kenyataan menyebut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.


AWAS ADA LAGI YANG AKAN BANTU AZMIN?

 

MUHD MUFIZ II


Azmin masih lagi simpan MP-MP kartel di dalam PKR. Antara yg ramai org kenal :-

1. S.Sivarasa - MP Sg Buluh

2. Xavier Jeyakumar - MP Kuala Langat

3. Marina Chin Bersih - MP Petaling jaya

 

2. Muhyiddin-Azmin TERSEPIT kot sampai Azmin kena kerah MP-MP Kartel yang di simpan dalam PKR datang tolong ni.

 

3. Apa kah Muhyiddin-Azmin ADER MASAALAH nak picit telo Zahid, Najib dan MP-MP UMNO yng xde jawatan di dalam Kerajaan PN ??

 

4. Nampak gaya ader masaalah letew....tapi XCUKUP XSELAMAT lagi jika hanya mampu punggah kuar hanya 5 org MP Kartel dalam PKR je datang bantu.

 


AZMIN & ZURAIDA AKAN TEWAS? MENTERI UMNO JUGA AKAN DI HUKUM/MCA & GERAKA...

APAKAH ZAMAN PERIKATAN NASIONAL KINI TERANG BENDERANG?



Setiausaha Politik kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Fairuz Hafiizh Othman mengumpamakan zaman pentadbiran Kerajaan PAKATAN HARAPAN seperti zaman pemerintahan Jepun dan keganasan komunis. “MINGGU ini adalah minggu ulang tempoh 22 bulan zaman gelap negara. 23 Februari mencatatkan sejarah runtuhnya kerajaan tunggal sejak merdeka di Malaysia.



Ezam Mohd Nor: GERAK98 Gempur Selangor


Gerak98: Jangan lepaskan peluang untuk mendengar sendiri Kupasan isu ISU semasa, Gerakan serta Persiapan GERAK98 diNegeri Selangor menerusi SIARAN LANGSUNG. Ketua GERAK98 Pusat Sdr Ezam Mohd Nor dan Ketua GERAK98 Negeri Selangor Sdr Zaidi Yusoff akan menemui anda menerusi SIARAN langsung ini nanti.




APA MAT SABU NAK KATA ?

 


Kadang saya memang skeptikal dengan status ZMY ni sebab dia kaki provoke untuk tengok response dr netizen. Walau dia blok saya sejak sebelum PRU14, ada je kawan-kawan post kat komen atau whatsapp. Tq..

 

ZMY membayangkan seolah-olah dia pernah berunding dengan Mat Sabu. Pada saya itu "Good News". Jangan marah puak Oren Masam PAN KALAU...JIKA INI BENAR. Kasi tabik satu kali sebab depa berani mencuba "an unexplored territory"

Suka saya mencadangkan lebih baik Mat, Din, Lid dan Fuz isytihar sokong Abah Kau Moo, PN dan BN supaya lebih cepat Abah Kau Mooyiddin adakan sidang Parlimen. Tentu MANIS....

Wallahualam.

- Zus Din

28 Februari 2021

 


May be an image of 1 person and text that says "PAN ni Parti aper? Zaharin Mohd Yasin 32m Saya akan runding semula dengan Haji Mohd Sabu, Presiden PAN menyertai BN. Masa cakap2 hari itu macam ada respond positif."




ADAKAH ORANG TEMERLOH SUDI TERIMA DIA?

 

Selesai upacara lelong maruah. Dua pelacur politik dilanggan. Si boroi dari Indera Mahkota pun ada? Rakyat di Indera Mahkota akan pastikan si boroi berambus dari Indera Mahkota dgn telanjang bulat balik ke Temerloh kampung asal si pengkhianat.

W.FAUDZIN

May be an image of one or more people, people standing and indoor

Selepas setahun khianati PH, Azmin ‘insafi amanah’ pentadbiran kerajaan PN

 

Selepas setahun khianati PH, Azmin ‘insafi amanah’ pentadbiran kerajaan PN


SAYA SENGAJA MENUNGGU PENGESAHAN PENGKHIANATAN INI SEBELUM MENULIS... DAN MAAF, KALI INI SAYA AKAN MENGKRITIK PARTI SENDIRI (TENTUNYA SEBUAH LETERAN PANJANG)


Dalam Program Himpunan Muafakat Pemuda Keadilan Malaysia pada 31 Oktober 1999, saya yang entah siapa-siapa ketika itu, tidak dikenali orang pun, telah naik ke pentas berucap, setelah tiga kali panggilan untuk wakil Pahang naik ke pentas tidak bersahut, saya naik dengan izin Ketua Pemuda Bahagian (sekarang AMK Cabang) saya (beliau masih ada sekarang, tetapi agak uzur).


Saya ucapkan ketika itu, "Barangkali kerana orang seperti saya, Keadilan dikata tidak boleh diandalkan, tidak boleh disandarkan, kerana di dalamnya tiada tokoh-tokoh berwibawa, tiada orang-orang berpengalaman, tiada nama-nama besar... tetapi bagi saya, apa perlu nama besar! Kalau nama besar itu hanya pandai untuk membesarkan rumah mereka yang sudah sedia besar, kereta mereka yang sudah sedia besar, isteri mereka yang sudah sedia besar, perut mereka yang sudah sedia besar, atau kata Abang Hamdan Taha saya, membesarkan perut dan bawah-bawah perut mereka sahaja."


Apa maksudnya? Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat terbina asalnya sebagai sebuah lokomotif perjuangan. Hakikat sebuah lokomotif perjuangan ialah, ia tidak akan melampau laju, ia akan melalui rel yang panjang dan akan memakan masa yang lamanya bukan kepalang. Hanya di tangan orang-orang biasa, pekerja-pekerja gasar, walaupun lama, lokomotif ini akan bergerak secara sempurna dan selamat, serta boleh sampai ke destinasi yang dituju. Masalahnya ada kalangan kita yang tidak sabar, mahu menukar lokomotif perjuangan menjadi lokomotif ekspres, mengangkut tokoh-tokoh entah dari mana dan diletaknya di gerabak depan, konon boleh melajukan perjalanan, mereka kaya, boleh menukar enjin lokomotif dan sebagainya, orang biasa dan pekerja gasar mula dipandang hina, mereka ada apa?


Tetapi lokomotif perjuangan tetap lokomotif perjuangan, ia tidak boleh diubah menjadi lokomotif ekspres secara paksa, akhirnya ia bergegar dan tidak stabil, gerabak pun jadi terumbang-ambing. Bila berlaku begitu, siapa yang terlebih dahulu melompat? Berhenti di tengah jalan atau menukar lokomotif? Ya, kita panggil orang seperti Steven Choong Shiau Yoon dan Larry Sng sebagai pengkhianat, mereka memang berkhianat, tetapi siapa yang menokohkan mereka? Siapa yang meletak mereka di gerabak depan? 


Mereka masuk dengan kepentingan. Tidak sempat mereka hafal 17 Perkara / 18 Perkara Tujuan dan Matlamat Perjuangan Parti, mereka melompat keluar. Dan nanti bila keluar kenyataan dari mereka, kononnya mereka hilang kepercayaan kepada perjuangan Parti. Orang di luar mengangguk-mengangguk, merekakan bekas pimpinan besar Parti, tentu ada meritnya, bagi pendengaran orang luarlah. Salahnya kita yang mula besarkan mereka, kita yang menokohkan mereka. Apakah mereka yang berkata hilang kepercayaan kepada perjuangan Parti ini tahu apa itu perjuangan Parti ini? Tahukah mereka 17 Perkara yang asal itu adalah perincian dari tiga tonggak penting perjuangan reformasi, iaitu kedaulatan rakyat, demokrasi rakyat dan ekonomi rakyat? Jangan hanya tertumpu kepada yang telah khianat, perhatikanlah pemimpin-pemimpin dalam Parti (terutamanya tokoh ekspres) yang kita besarkan selama ini, yang kita tokohkan selama ini. Apakah mereka khatam ideologi Parti? Apakah mereka faham perjuangan Parti? Apakah mereka mengerti sungguh-sungguh apa itu kedaulatan rakyat, apa itu demokrasi rakyat, apa itu ekonomi rakyat? Jika jawapannya tidak maka berhati-hatilah, kemungkinan untuk siri pengkhianatan lain berlaku akan tetap terus ada.


Yang memeningkan saya adalah kerana ini bukan perkara baharu dalam Parti ini, ia telah berlaku lama dan berulang-ulang, peliknya kita tidak serik-serik. Seperti saya kata, tokoh-tokoh ini mencari kepentingan keselesaan, mereka terus masuk di gerabak pertama dan duduk di sekeliling Anwar Ibrahim. Mereka menawarkan macam-macam, kononnya untuk mengekspreskan lokomotif, bila gagal mendapat keselesaan yang mereka mahu, mereka lompat keluar. Setiap kali muncul tokoh baharu di sisi Anwar Ibrahim, tokoh itulah juga akhirnya yang berkhianat, berlaku berkali-kali, apakah kita bodoh, tidak pernah belajar, atau terlalu teruja dengan tokoh? Padahal mereka buta perjuangan. Cukup-cukuplah itu, orang biasa dan pekerja gasar itu lebih terpercaya, dan dari kalangan mereka juga boleh lahir pemimpin hebat. Lagipun, setiap kali berlaku kerosakan lokomotif perjuangan akibat dari pengkhianatan berulang ini, setiap kali itulah, jasa si orang biasa dan pekerja gasar ini ditagih untuk membaikpulihnya.


Ini kecenderungan yang sudah membarah lama dalam Parti, pasal menaikkan tokoh yang entah dari mana dan kemudiannya dikhianati oleh tokoh itu sendiri, saya telah menulis dan memperingatkannya berkali-kali, antaranya:


1. Sayonara - Julai 2007 (sudah tiada akses capaian kepada tulisan ini dalam arkib internet)


2. Warkah Buat Saudara Anwar - 2 Mac 2010 (http://anakkampungdelek.blogspot.com/2010/03/warkah-buat-saudara-anwar.html?m=1)


3. Anwar, Ini Bukan Teguran Saya, Ini Teguran Tuhan (http://zukriaksah.co.cc/news/tanpaeditanwarinibukanteguransayainitegurantuhan)


Kesemua tulisan ini berkisar soal yang sama, soal lingkaran "tokoh" yang seringkali diangkat secara tiba-tiba mengelilingi Anwar Ibrahim, kemudiannya mereka ini jugalah yang khianat. Sampai satu tahap saya mesti berada di luar sempadan Parti untuk menyampaikan kritik-kritik ini kerana ia terlalu tajam dan pedas, saya masih tahu adab dan disiplin berorganisasi. Sampai hari ini saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya tulis dan tidak pernah berniat untuk menariknya balik. Bahkan dalam satu kesempatan ke Parlimen (bukan atas tujuan politik) bersama seorang kawan, kawan saya itu kepingin sangat mahu bertemu dengan Nurul Izzah Anwar, jadi saya sempurnakan hajatnya selepas selesai urusan kami. Saya kira peristiwa ini selepas 2007 tetapi sebelum 2010. Belum sempat bertanya khabar, bahkan Nurul tidak bertanya pun apa urusan saya di Parlimen, terus sahaja dia meleteri saya, "Zukri, apa yang saudara tulis tentang Papa sangat memberi kesan, yang dalam kepada keluarga kami." Sungguh, saya tidak pernah meminta maaf.


Sebab apa? Sebab apa yang saya tulis itu betul, dan ia terus berlaku sampai hari ini, seperti berita yang kita baca itulah! Saya kira sudah sampai masanya Parti memperkasakan apa yang sedia ada, orang biasa dan pekerja gasar Parti, yang belum tentu dungu dan bebal, apapun mereka sudah membuktikan mereka adalah penjaga lokomotif perjuangan yang setia. Sampai masanya juga, perlembagaan Parti mesti menetapkan bahawa untuk seseorang anggota menikmati semua faedah dan kelebihan sebagai seorang anggota, dia mestilah menghabiskan satu tahap, melengkapkan satu silibus yang bersifat ideologikal, dengan ujian pemahaman, tanpa kekecualian walau seorang pun.


Pentingnya kerana sifat Parti kita sendiri. Satu ketika kita pernah berbangga bahawa kita berjaya menyatukan kepelbagaian. Ia memang kejayaan, tetapi kalau sampai sekarang pun ia kekal begitu, yang ABIM di dalam Parti kekal membawa ideologi ABIMnya, yang JIM di dalam Parti kekal membawa ideologi JIMnya, yang kanan kekal dengan ideologi kanannya, yang kiri kekal dengan ideologi kirinya, lalu apa yang kita harapkan bila seorang oportunis masuk ke Parti kita? Kalau yang lain tidak berubah, tentunya si oportunis ini juga tidak akan berubah, dan kalau sudah hilang atau tiada peluang di depan mata, si oportunis tentulah akan melompat ke ruang lain yang mampu menawar laba. Mereka berkhianat dan menipu kita, itu betul, tetapi kalau berkali-kali kita ditipu dengan modus operandi yang sama, di tahap mana sebenarnya kita ini?


Kita mesti memahami apa itu kedaulatan rakyat, apa itu demokrasi rakyat dan apa itu ekonomi rakyat, kerana ketidakfahaman pada sebahagian pemimpin (tokoh?) kita yang bergelar YB itu jelas. Ketidakfahaman ini bahaya, ia boleh merangsang keterujaan lain yang akhirnya boleh berakhir dengan pengkhianatan. Kita ambil contoh vaksin Covid-19 sudah memadai. Sepatutnya, cukuplah seorang-dua pemimpin teratas negara menjadi pemimpin politik yang menjadi penerima terawal vaksin, sekadar sebagai perasmi dan pembuktian kepada rakyat bahawa vaksin itu selamat, kemudian selain barisan hadapan, utamakanlah rakyat, mereka setiap hari bertungkus-lumus keluar bekerja demi menanggung keluarga, walaupun risikonya besar. Sekurang-kurangnya dengan vaksin, mereka merasa lebih selamat dan tenang untuk keluar, keluarga mereka juga kurang sedikit kebimbangan melepaskan mereka keluar. Ini tidak, berderet-deret para YB dengan bangganya menyiarkan acara suntikan vaksin terawal untuk mereka di laman-laman sosial, malangnya ia termasuk juga YB-YB dari Pakatan Harapan, khususnya Keadilan. Untuk apa dibanggakan? Sepatutnya rakyat yang kita dahulukan, keselamatan rakyat yang kita utamakan. Ini tidak, sepertinya kita sedang tunjukkan bahawa biar kita selamat dahulu, rakyat kemudian. Ini yang saya kata tidak faham perjuangan, "tokoh" salah yang duduk di gerabak depan yang dibawa oleh lokomotif perjuangan.


Zukri Aksah 

Ketua Komunikasi Nasional

Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98 


#AkuKeadilan #kamikeadilan #neoreformia #LawanTetapLawan #keadilan21tahun #DSAI4PM #reformasi98 #GERAKANREFORMASI98 #GERAK98 

Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor Gerakan Reformasi Nasional



BERI PILIHAN KEPADA RAKYAT YANG MAHU VAKSIN TEKNOLOGI LAMA


PELABUR JEPUN PUN CABUT LARI TINGGALKAN MALAYSIA

 Pelabur Jepun pun cabut lari tinggalkan Malaysia

Khianati undi rakyat suatu tindakan hina - Wanita KEADILAN Johor

 




POSTED BY AMIR WRLR.


Pengkhianatan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon hari ini adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis berkata, pengkhianatan kepada undi rakyat merupakan tindakan hina dan merosakkan nilai-nilai demokrasi di negara ini.

"Wanita KEADILAN Johor amat kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Tebrau yang juga merupakan Ketua Cabang Tebrau Steven Choong di atas tindakan beliau menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan keluar dari parti.

"Sikap beliau sangat tidak bertanggungjawab kepada amanah dan undi rakyat yang selama ini memilih KEADILAN sebagai parti menerajui Tebrau.

"Bertanding dan menang menggunakan logo dan lambang KEADILAN, dan rakyat juga memilih beliau disebabkan oleh lambang KEADILAN. Pengkhianatan kepada undi rakyat ini adalah satu perkara yang paling hina," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Napsiah, pengkhianatan menjadi satu di antara perbuatan tercela. Pengkhianatan juga menodai nilai-nilai kesetiaan, menyebabkan kerosakan dan kerugian kepada banyak pihak.

Justeru, beliau yang juga Exco Wanita KEADILAN Pusat meminta pengundi yang cintakan politik nilai menolak ahli politik tidak berprinsip seperti Steven dalam Pilihan Raya Umum ke 15 yang mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya menyeru untuk semua pengundi supaya pada pilihan raya akan datang kita pastikan pemimpin dusta seperti ini ditewaskan," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kata-kata hikmat jeneral Soedirman di Indonesia suatu ketika dahulu untuk pedoman ahli-ahli KEADILAN: "Siapkan 10 peluru dalam senjata, 9 peluru untuk pengkhianat dan 1 sahaja untuk lawan, kerana pengkhianat adalah musuh terbesar".

 

Vaksin RNA Covid 19: Beri ruang kepada individu yang mahukan teknologi lama

 


POSTED BY AMIR WRLR


Kontroversi vaksin Covid 19 dari Pfizer-BioNTech yang menggunakan teknologi baharu RNA menimbulkan keraguan kepada sesetengah pihak yang khuatir terdapat kesan sampingan di kemudian hari perlu ditangani dengan bijaksana.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, vaksin yang diperolehi Malaysia sama ada menggunakan teknologi baharu atau konvensional diakui berkesan dan populasi yang mengambil vaksin berkenaan tidak menunjukkan gejala negatif.

"Vaksin yang kita pilih peringkat awal ini dari syarikat Pfizer-BioNTech. Ini adakah vaksin yang menggunakan teknologi baru. Banyak vaksin lain menggunakan teknologi konvensional, vaksin itu menawarkan virus yang telah dilemahkan kepada badan kita dan badan dan sistem antibodi kita kaji virus yang lemah itu untuk bina antibodi lawan virus.

"Tetapi vaksin baharu ini, yang diberi itu bukan virus tetapi kod mRNA. Kod itu dia buat memory dan sel (antibodi) untuk lawan virus. Ini menimbulkan kontroversi kerana pertama kali digunakan. Namun keputusan populasi yang telah menerima vaksin ini di Israel, United Kingdom misalnya adalah berkesan.

"Bukan sahaja mengurangkan jangkitan Covid tetapi mengurangkan kes-kes Covid yang berat. Yang dibimbangkan sebahagian orang ialah kesan sampingan lama.

"Pertama, berapa lama antibodi ini akan bertahan. Kedua, adakah kesan sampingan lain yang dibangkitkan ada kemungkinan boleh berlaku peningkatan kes-kes penyakit kronik seprti SLE, sirosis dan semua itu," katanya dalam forum "Vaksin Covid- 19, Apa Perlu Anda Tahu Tentang Vaksin?" anjuran Media KEADILAN Kedah.

Bagaimanapun, menurut Dr Azman, oleh kerana pengambilan vaksin dilakukan dengan cara pendaftaran sukarela maka terdapat ruang bagi pihak yang ragu-ragu, ditawarkan vaksin menggunakan teknologi lama.

Katanya, kerajaan bukan sahaja membeli vaksin dari Pfizer tetapi juga pelbagai syarikat lain yang membolehkan rakyat diberi pilihan.

"Begitu pun saya rasa kita bersangka baik.

"Orang yang was-was wajar kita beri vaksin yang bukan berasaskan mRNA atau vaksin konvensional seperti jenama Sinovac

"Beri ruang kepada orang yang mahukan vaksin teknologi lama," katanya lagi.

 

ADUN Amanah masuk KEADILAN: Selagi masih dalam PH tiada salah - Syukri Razab

 


POSTED BU AMIR WRLR


Tindakan 3 ADUN Amanah Johor yang berhijrah ke dalam KEADILAN tidak wajar dipersoalkan atau dikecam.

Menurut Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Syukri Razab, tindakan berhijrah ke dalam parti sekutu perlu diterima sebagai sesuatu yang harus berlaku asalkan ADUN-ADUN itu meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Menekuni kenyataan Salahuddin Ayub berhubung penyertaan 3 Adun Amanah ke dalam KEADILAN yang beliau sifatkan sebagai tidak manis, saya merasakan Timbalan Presiden Amanah itu sedang keliru untuk membezakan antara rakan dan musuh.

"Apakah Salahuddin mahu KEADILAN menolak penyertaan tiga ADUN ini dan membiarkan mereka membeku dalam Amanah sedangkan jiwa mereka sudah tidak lagi bersama Amanah?

"Salahuddin sewajarnya berterima kasih kepada KEADILAN kerana memberi ruang alternatif kepada tiga pemimpin itu untuk terus setia bersama Pakatan Harapan (PH).

"Adalah lebih tidak manis untuk Salahuddin menanggapi hijrah tiga pemimpin ini secara negatif sedangkan mereka memilih KEADILAN, bukannya PPBM, Umno atau Perikatan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Syukri, Salahuddin tidak wajar kelihatan begitu 'terusik' dengan penyertaan mantan ahli Amanah itu kerana KEADILAN juga tidak membantah sikap Salahuddin yang masih akrab dengan kelompok Pejuang yang tidak mahu bersama PH malah kerap pula menyerang Presiden KEADILAN secara terbuka.

Kata Syukri lagi, dalam sejarah KEADILAN, Azmin Ali pernah dikecam oleh pimpinan parti yang mempertahankan setiakawan dengan Amanah apabila Azmin sebagai Menteri Besar Selangor masih mengekalkan ADUN Pas dalam Kerajaan Negeri pada 2015 meskipun Amanah telah ditubuhkan.

"Sewaktu Azmin Ali membuli Amanah di Selangor dengan mengekalkan hubungan dengan Pas dalam Kerajaan Negeri, Azmin Ali dikritik dan diserang oleh kepimpinan KEADILAN sendiri (pro Amanah) sehingga berlaku pertembungan 'kem' yang dasyat dalam parti.

"Oleh itu amat tidak adil untuk Salahuddin menghakimi KEADILAN sebagai tidak setiakawan hanya kerana menjadi pilihan alternatif kepada beberapa mantan ahli Amanah yang masih mahu setia dengan perjuangan PH.

"Salahuddin boleh menyerang KEADILAN jika menjalinkan hubungan terlarang dengan Pas memandangkan parti itu merupakan seteru politik kepada Amanah. Apa yang pasti sehingga ke hari ini KEADILAN sangat menghormati semangat ini," katanya lagi.

Sehubungan itu, Syukri menyarankan agar isu berkenaan tidak dipanjangkan dan pilihan 3 ADUN Amanah itu dihormati demi memperkukuhkan Pakatan Harapan Johor menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.

Untuk rekod, semalam Malaysiakini memainkan isu 3 ADUN Amanah iaitu ADUN Senggarang Khairuddin A Rahim; ADUN Serom Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit telah menyertai KEADILAN sejak beberapa bulan lalu. Namun penyertaan itu tidak diheboh-hebohkan untuk menjaga hubungan dalam PH

 

Tiada sidang Dewan Rakyat bulan depan, kata timbalan speaker

 

(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tidak akan bersidang dari 8 Mac hingga 8 April ini, kata Timbalan Speakernya, Rashid Hasnon yang menepis laporan berita berhubung kemungkinan sidang Parlimen akan diadakan.

Beliau berkata, sekretariat Parlimen perlu memberi notis mesyuarat sekurang-kurangnya 28 hari lebih awal kepada Ahli Parlimen.

“Ada prosedur yang perlu kami patuhi sebelum kami boleh bersidang,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, satu laporan berita memetik laman web Parlimen sebagai berkata, mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-14 akan bermula 8 Mac hingga 8 April ini.

Parti mana yang asyik berpolitik ketika Covid-19, soal veteran Umno

 

Shahrir Samad berkata, berpolitik paling kencang ialah apabila Ahli Parlimen mengetepikan mandat parti dan pengundi.

PETALING JAYA: Veteran Umno, Shahrir Samad membidas Perikatan Nasional (PN) yang menggesa ahli politik berhenti berpolitik ketika pandemik, selepas dua Ahli Parlimen PKR meninggalkan parti itu untuk menyokong pakatan kerajaan.

Ketua Umno daerah Johor Bahru menerusi catatan di Facebook mempersoalkan parti mana yang sibuk berpolitik ketika negara berusaha mengekang penularan Covid-19.

“Yang dituduh ‘asyik berpolitik’ ialah Umno, lebih-lebih lagi semasa wabak Covid-19 dan perlunya fokus kepada memerangi wabak tersebut,” katanya sambil menambah PN dilihat meningkatkan jumlah sokongannya dan membuat persiapan untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut.

Beliau berkata: “Dengarnya berita sampai lima Ahli Parlimen yang melompat bawa kerusi mereka sekali untuk kuatkan bilangan PPBM dan PN. Ini bukan politik yang paling kencang?”

Terdahulu, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong meninggalkan PKR serta menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.

Shahrir turut membidas tindakan wakil rakyat mengetepikan mandat pengundi.

“Berpolitik paling kencang ialah apabila Ahli-ahli Parlimen ketepikan mandat parti dan pengundi untuk ‘lompat’ ke parti baru.”

Beliau turut bertanya bila Dewan Rakyat akan mula bersidang memandangkan PN sudah “cukup kuat” sekarang.

“Yang di-Pertuan Agong sudah bertitah. Timbalan speaker sudah pun berikan kaedah munasabah supaya Parlimen tidak terus ‘dimandulkan’.

“Lebih kurang sama dengan pandangan Speaker, Azhar Harun.”