![[VIDEO] Hans Isaac bakal calon PKR di Ampang lawan Zuraida? [VIDEO] Hans Isaac bakal calon PKR di Ampang lawan Zuraida?](https://perakinsights.com/wp-content/uploads/2021/02/Screenshot_20210220-112448_Facebook-1-scaled-e1613792427827.jpg)
[VIDEO] Hans Isaac bakal calon PKR di Ampang lawan Zuraida?
Datuk Hans Isaac beri bantuan kepada komuniti di Pasar Ampang.
![[VIDEO] Hans Isaac bakal calon PKR di Ampang lawan Zuraida? [VIDEO] Hans Isaac bakal calon PKR di Ampang lawan Zuraida?](https://perakinsights.com/wp-content/uploads/2021/02/Screenshot_20210220-112448_Facebook-1-scaled-e1613792427827.jpg)
Datuk Hans Isaac beri bantuan kepada komuniti di Pasar Ampang.
Hamdan Taha
1 mac akan buka sekolah rendah di seluruh negara dan april pula selepas spm akan di buka pula sekolah menengah...
Menarik bila pengumuman ini di buat oleh menteri pelajaran malaysia yang datangnya dari kelantan iaitu parlimen ketereh. Baru saya tahu orang ketereh ni hebat hebat....ada dua menteri datang dari situ dan sensasi ke dua duanya...
Tak tahu lah jika saya salah 1 mac tu masih PKP dan negara masih di bawah darurat. Terutama negeri selangor dan johor juga beberapa negeri lagi...
Bila PKP dan Darurat masih berjalan maka sop sudah tentu ketat. Jenuh polis di raja hamzah nak pantau ni. Saman kena di buat jika ada yang tidak ikut sop di musim darurat dan PKP ni nanti ni....budak tadika....darjah satu...dua sampai lah darjah 6....wajib pakai musk di sekolah kerana tempat ramainya orang berkumpul....jika tak pakai kena saman seribu nampak gayanya ni.....al maklum masih dalam PKP dan Darurat....
Menteri dari ketereh umum sekolah ni agaknya dah bincang ke dengan KKM dan MKN atau lebih tepat dengan Ismail Sabri....dah detailkan ke keadaan tu....negeri negeri PKP tapi sekolah buka....sepatutnya Ismail.Sabri kena pula buat pengumuman baru tentang sop baru bagi budak sekolah...
Bagai mana dengan yang terpaksa melepasi sempadan dan daerah. Contoh tempat saya ni di seksen 27 dan 28 shah alam. Sekolah itu ramai muridnya dari Saujana Putra kerana sana tak ada sekolah lagi maka mereka bersekolah di Seksen 27 dan 28....masalahnya dua tempat di berada di dua daerah yang lain...
Lebih menarik jalan yang ada hanya mengunakan NKVE melalui tol....saujana putra daerahnya Kuala Langat jika tak salah....seksen 27 dan 28 atau pun putra height daerah petaling....jenuh hari hari budak dan mak bapa kena saman....sebab merentas lain daerah......kes macam ni bukan tempat saya sahaja rasanya....banyak kes macam ni....Ismail Sabri kena jelas kan SOP jika berlaku keadaan seperti ini....
Kami bukan Menteri Wilayah atau Pimpinan Paa atau piminan negara yang kebal boleh tidak di saman. Kami orang kerdil orang kecil....bukan menantu muhyuddin....bukan juga anak agung atau sultan johor....naya kat kami jika salah percaturan.....
Jem bila di fikirkan kerajaan di bawah PM yang hebat ini....kita seronok dah ni sebab ada kerajaam islam dan melayu....
Bob kelanang
Bila aku membaca artikel "Parlimen boleh bersidang tapi bukan untuk agenda politik" https://m.malaysiakini.com/news/563538 yang terbit di Malaysiakini... aku nampak bahawa penganalisis politik yang bernama (professor) Azmi Hassan dan (professor) Jeneri Amir sebenarnya tidak faham apa itu fungsi Parlimen...
Maaf cakap lah... pada aku inilah kebodohan yang tidak terperi...
Parlimen itu didasarkan kepada Politik... DAN ianya adalah untuk urusan berkaitan rakyat... Parlimen kita berasaskan kepada konsep Westminster Parliamentary System.
"The Westminster system or Westminster model is a type of parliamentary system of government that incorporates a series of procedures for operating a legislature that was first developed in England, key aspects of which include an executive branch made up of members of the legislature, and that is responsible to the legislature; the presence of parliamentary opposition parties; and a ceremonial head of state who is different from the head of government."
Jadi... dalam semua keadaan... Parlimen mesti berasaskan kepada Politik... dan tidak sesekali pun Parlimen itu terasing dari Politik...
Untuk itu... keabsahan pemerintahan juga ditentukan secara Politik... jadi kita Kerajaan yang ada tidak mendapat mandat yang cukup dalam Parlimen... pada hukumnya Kerajaan tersebut tidak boleh (tidak layak) mengusulkan apa-apa cadangan/arahan/tindakan yang terkait dengan kuasa... kerana Kerajaan itu sebenarnya tiada kuasa...
Adalah salah seorang Ketua Negara (YDP Agong) untuk menerima cadangan dan usul dari Ketua Kerajaan (Perdana Menteri) yang tidak mempunyai mandat yang cukup di Parlimen... Ini asas kepada sistem Westminster...
Oleh itu... kedua-dua Azmi Hassan dan Jeneri Amir sebenarnya jauh terkhilaf dalam mentafsirkan Parlimen yang katanya mendasari lima isu utama "isu Covid-19, keselamatan, pendidikan, rakyat, dan dasar"... walhal kelima-lima dasar ini sebenarnya terkait rapat dengan Politik (iaitu mandat Perdana Menteri yang tiada majoriti)
Aku sama berpandangan dengan Awang Azman Awang Pawi bahawa kuasa politik amat perlu dalam mentadbir negara... sebab tanpanya rakyat akan melihat kerajaan Perikatan Nasional melanyak segala proses (bulldoze) tanpa hak DAN menyalahgunakan kuasa... Ini adalah sesuatu yang tidak bertangungjawab.

Jika benar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada pemimpin Umno, Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menyifatkan langkah itu sudah terlambat.
Isham berkata Muhyiddin sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan dirinya dan Bersatu yang sedang “tenggelam dan hampir karam.”
“Saya mendengar ura-ura bahawa Tan Sri Muhyiddin akan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Umno.
“Ini untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai perdana menteri yang amat goyah sekarang umpama telur di hujung tanduk.
“Muhyiddin sedang terdesak, dia akan buat apa sahaja sekarang.
“Namun tawarannya ini sudah terlambat dan tidak berguna lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Hisham (gambar, atas) jika Presiden Bersatu itu ikhlas untuk menawarkan jawatan tersebut kepada Umno, ia sudah dilakukan sejak awal-awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional lagi.
Apatah lagi apabila jawatan tersebut bakal dijangka disandang untuk tempoh yang singkat.
“Malah untuk satu jawatan ini yang hanya untuk jangkamasa yang pendek, Bersatu pastinya menuntut untuk Umno mengorbankan banyak perkara.
“Ini tidak menguntungkan malah merugikan kita dan akar umbi serta orang-orang Melayu dalam jangka masa sederhana, panjang atau selama-lamanya.
“Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin Umno begitu naif dan mentah untuk galak dan teruja dengan tawaran terdesak dan terlambat Muhyiddin dan Bersatu ini,” katanya.
Isham turut meramalkan bahawa sekiranya mana-mana pemimpin Umno menerima jawatan timbalan perdana menteri itu, kemungkinan besar ia akan memecahbelahkan parti.
“Sesiapa yang menerima jawatan ini akan dilihat oleh akar umbi sebagai menggadaikan Umno untuk kepentingan diri sendiri.
“Tambahan lagi jawatan timbalan perdana menteri tidak mempunyai banyak kuasa pun untuk membuat dasar dan perubahan untuk rakyat, malah setahun kebelakangan ini jawatan itu tidak diisi pun menunjukkan ianya bukanlah kritikal.
“Oleh itu tidak masuk akal untuk Umno terima jawatan ini sekarang,” katanya.
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Terbitan saya yang sebelum ini saya sudah hadkan sebab ada
kesilapan saya dalam faham cara Malaysiakini terbitkan artikel nya.
Ini adalah spekulasi saya sendiri ( mungkin betul / mungkin
salah).
Hanya pelanggan berbayar portal malaysiakini.com yang boleh tulis komen. Dan komen-komen yang
di tulis tadi akan di kumpulkan mungkin menggunakan kepintaran mesin (AI) @
atau mungkin komen teratas, untuk jadi satu artikel baru. ( Terbitan saya
sebelum ini, saya tulis MK pilih untuk terbit artikel berdasarkan komen yang di
pilih secara manual).
Jadi kalau kita lihat demografi pelanggan berbayar portal malaysiakini.com, banyaknya terdiri dari golongan M40 and T20
yang sangat-sangat kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan sekarang. Sebab itu
siapa yang perasan, hanya artikel Bahasa Melayu sahaja yang percuma, dan yang
bahasa Inggeris ada sesetengah di kunci di sebalik pembayaran.
Bebalik pada kes mahkamah tersebut, ketua hakim berkata yang
mahkamah tak boleh di persalahkan bila kes di tarik balik oleh pendakwaraya. (
komen saya : Tapi umum ingat hakim yang bebaskan sebenarnya pejabat peguam
negara yang tarik balik jadi benda ini sebenarnya kena educate public)
Hakim kedua tulis yang mahkamah sudah ambil kira alasan MK yang
kata mereka tidak tahu tentang komen pembaca tapi dalam masa yang sama MK
sebagai tuan punya website yang boleh buat peraturan siapa yang boleh komen
untuk hasilkan perbincangan. Hakim kedua kata MK bertanggungjawab untuk kawal
apa yang di terbitkan dan MK tak boleh beri alasan yang sistem tapisan komen
yang menyakitkan ( mungkin secara automatik) hanya boleh tapis komen bahasa
kesat tapi bukan komen yang menyakitkan hati mahkamah.
============== komen saya ===================
Bagi saya ini adalah satu duluan yang agak rigid. Saya sudah
berbelas tahun dalam IT dan kepakaran saya dalam email, tak ada satu sistem pun
dalam dunia yang boleh tapis komen yang menyakitkan. Sebab menyakitkan hati itu
sendiri subjektif. Dalam sistem yang saya jaga, saya ada tapisan untuk
perkataan yang lucah, perkataan yang tak sesuai untuk suasana korperat, tapi
tak ada tapisan untuk perkataan atau ayat yang menyakitkan hati
seseorang/mahkamah.
Contoh yang mudah, kalau ayat, "padanlah team X asyik
kalah, pengurus dia pun tak pandai main bola". Ia mungkin menyakitkan hati
pembaca yang pro pada team x, tapi tak pada orang lain. Persoalan dia, macam
mana sistem nak tahu yang mana satu menyakitkan yang mana satu tidak? Kalau
macam ini pakai NLTK pun pengsan nak kesan sentimen negatif atau postif
berdasarkan sakit hati.
Jadi apa yang akan jadi selepas ini kiranya adalah serampang dua
mata. Mana-mana portal (termasuk la FB dan Twitter bertanggungjawab atas komen
masa hadapan pembaca dia dan portal terserbut boleh di sabitkan kesalahan kalau
pembaca dia tulis sesuatu yang menyakitkan hati orang lain. Jadi untuk
mengelakkan di saman, mungkin portal-portal tersebut akan tutup ruang komen;
jadi hilanglah kebebasan bersuara yang di jamin dalam artikel 10 Perlembagaan
Persekutuan.
Jadi lepas ini, kalau senario terburuk, tak ada lagi lah tentera
bawang boleh bergosip di mana-mana portal sebab kita ada duluan yang apa-apa
sahaja komen tentera bawang boleh di anggap sebagai menyakitkan hati satu pihak
yang lain; dan portal yang akan di pertanggungjawabkan.
Tapi kita kena ingat, yang Hakim hanya menghukum kes yang di
bawa di hadapan dia; yang jadi persoalannya utama, kenapa kes ini di bawa oleh
peguam negara in the first place?
Dan kita boleh jangka yang tahun hadapan indeks kebebasan media
negara kita akan turun lagi selaras dengan penurunan indeks-indeks yang lain.
Sebagai solidariti terhadap Malaysiakini, saya sendiri sudah
menderma pada tabung Malaysiakini.
WAllualam
Memang habis Abah Kau Mooyiddin dan KERAT PN ni. Di PRU15 nanti rakyat
akan pijak-pijak dan tendang PN dan BN ni sebab menyiksa rakyat. Tunggu
tengok lah. "One Cardinal Rule" satu hal lagi. Rakyat tersangat benci dengan
kerajaan ni tapi depa masih dok perasan lagi? Denial Syndrome..!!
ZUS DIN



Berapa ramai lagi dari MP UMNO yg menyokong Abah Kau Mooyiddin
dan KERAT dah buat U-turn?
Cuba baca posting Zahid Hamidi. Zahid hanya mengelak menyebut
secara jelas bahawa persidangan Parlimen perlu diteruskan, dia hanya
membayangkan betapa perlunya sidang Parlimen utk semak imbang, fungsi
"Separation of Powers" dan sebagainya.
Meskipun tidak pun menyebut tentang sikap Azalina Othman dah
buat U-turn dan Zahid hanya menyokong surat dan pandangan Azalina bahawa
Kabinet Khas Darurat perlu ditubuhkan, namun secara tidak lsg sisipan berita
Januari 2021 menunjukkan sebelum ini Azalina PERNAH menolak permohonan
persetujuan oleh Ahmad Maslan (SUA UMNO) bagi memohon diadakan Persidangan
Parlimen.
Adakah kerana Azalina baru tersedar perkara ini tidak boleh
dibiarkan kerana Parlimen telah digantung "indefinitely" lalu ini
menjurus ke arah "Dictatorship"?
JIKA Azalina mula tersedar, agaknya berapa ramai lagi MP yg mula
resah dan bimbang tentang penggantungan Parlimen ini menyebabkan Abah Kau
Mooyiddin dan KERAT semakin hilang sokongan?
Betul kata Lokman Nur Adam, semakin lama MP-MP UMNO membiarkan
KERAT berkuasa maka UMNO BN juga akan terbabit sama dipersalahkan oleh rakyat.
PRU15 akan menjadi "BENCANA" bukan setakat kepada PN
tapi juga buat UMNO BN. Bersatu, PA$, UMNO, MCA, GPS dan konco2 mereka akan
dipijak dan disepak rakyat di PRU15 nanti.
PH sedang tunggu apa lagi? Tak reti nak tunggang gelombang?
Masih lagi nak cipta sakit kepala kerana AtukSAKATua atau nak move forward dgn
kekuatan 3 parti teras utk perkukuhkan PH bagi mengharungi PRU15?
Wallahualam.
- Zus Din
19 Februari 2021


NORMAN RADZUAN
TAK WAJAR ANAK-ANAK KECIL DIPERTARUHKAN...
Keputusan KPM dan KPTM membenarkan sekolah dan IPTA bermula pada
tempoh yg sama tidak tepat. Ia hanya akn membuatkan pergerakan agresif di dlm
masyarakat. Keputusan ini dilihat seperti tiada komunikasi melibatkan kedua
kementerian yg saling berkaitan.
Ini kerana keduanya melibatkan ibu bapa. Dalam masa sama ada
anak yg mahu dihantar ke IPTA dan ada anak yg mendaftar persekolahan. Bukan
sahaja masa dan wang ringgit tapi lebih membimbangkan pergerakan ibu bapa ke
sana ke sini menghantar anak ke asrama dan sekolah.
Lebih dari itu kewajaran anak2 kecil seusia 7 tahun didahulukan
utk bertemu secara fizikal tidak masuk akal. Apa yg budak2 ini faham tentang
SOP. Kenapa budak2 ini dipertaruhkan? Adakah utk menutup isu pemberian percuma
laptop?
Saya berpendapat biar pelajar IPTA masuk dahulu dgn SOPnya. Kita
lihat adakah ia berjaya atau tidak. Lebih baik step by step, lagi pun tunggu
suntikan vaksin 2/3 bulan dahulu. Selepas IPTA, pelajar sekolah menengah dan
barulah anak2 kecil ( pra sekolah ).
Umpama ada anjing liar di hadapan... kita biarkan anak yg
berusia 7 tahun ke hadapan dan 18 tahun di belakang. Lebih teruk yg usia 50-96
tahun kita sorok kat rumah ( Parlimen tutup ). Tak betul... sebab kita berharap
selepas frontliner diberi suntikan, guru2 dan pensyarah2 adalah mereka yg wajar
diberi suntikan segera kerana mereka adalah individu yg sgt dekat dgn pelajar2.
Kita tidak mahu ada kluster guru dan kluster budak sekolah.
Kemudian dibuat lagi PKP3.0 dan Darurat disambung lagi. Vaksin dah
tiba...alang2 tunggu la sebentar sebulan lagi... step by step la Menteri.
Lagipun ramai ibubapa baru habis duit belikan tablet/hp dan com.
Kemudian tak sampai 10 hari suruh budak2 pergi sekolah...Menteri Pelajaran tak
gunakan kewarasan akal. Nak tanya Menteri Pengajian Tinggi pergi kuruskan badan
juga ke? Mana dia pergi...
RINA HAMZAH
Ya setuju, tetapi kalau bertaraf menteri BI pun kelaut baik jangan jadi menteri
laaaaa budak-budak tadika pun boleh bercakap dgn baik BI. Kalau macam tu
cakap jer bahasa melayu kalau dah tahu BI berterabur mcm batu kelikir
berselerak diatas jalan. Netizen pun Tak kondem. Salah tetap salah.





BOB KELANANG
Pernahkah hangpa dengaq portal berita disaman pasai komen
pembacanya? DAN didenda RM1/2 juta, perlu dibayar dalam tempoh 3 hari? Mahkamah
Persekutuan memutuskan bahawa Malaysiakini bertanggungjawab kerana menghina
mahkamah menerusi komen pembacanya. Ini merupakan kali pertama Malaysiakini
menghadapi tuduhan menghina mahkamah sepanjang 21 tahun penubuhannya. Pada 15
Jun tahun lalu, Peguam Negara, Idrus Harun mengemukakan permohonan menghina
mahkamah terhadap portal berita tersebut.
Malaysiakini has been fined RM500,000 for contempt of court in
relation to the news portal's readers' comments. "We are of the view that
a fine of RM500,000 is appropriate. "We order the fine by the first
respondent to be paid within three days from Monday (next week)," Court of
Appeal president Rohana Yusuf said.
Malaysiakini launched a fundraiser to raise the said amount.The
fundraiser was to help the news portal pay for a RM500,000 fine after the
Federal Court found Malaysiakini liable for contemptuous comments by its
readers.
Malaysiakini has exceeded its RM500,000 fundraising target in
under five hours. The rakyat has spoken. The people are watching. For letting
so many felons go, punish PN in the next GE. https://m.malaysiakini.com/news/563603
Satu hari saja, 505k. Apakah indikator yang dapat ditafsirkan
disebalik kemurahan orang ramai menghulurlan derma membantu portal
berkenaan???...
1. Mungkin penderma simpati merasakan denda sebanyak itu tidak
patut dan melampau.
2. Ia menunjukkan kebencian rakyat kepada gomen hari ini makin
membara.
3. Petanda ini menggambarkan gomen pimpinan Din Yassin bakal
hanyut. - minah kerang

Dalam filem komedi P Ramlee antara dialog “catchy” yang kerap ditonjolkan berbunyi “sumpah waullah”. Dilafazkan oleh watak untuk membuktikan dia berkata benar dan tidak berbohong.
Zaman saya budak-budak dulu apabila kami nafi melakukan sesuatu kesalahan – seperti makan rambutan sorang-sorang sampai habis tanpa berkongsi dengan kawan-kawan walau pun sudah berjanji nak share – atau ‘melepas’ dengan senyap angin yang baunya menusuk hidung, kami sanggup bersumpah untuk membuktikan kami tidak bersalah. “Simple” je, Cuma perlu kata “sumpah aku tak buat”.
Namun jika pihak yang menuduh (terdiri daripada budak-budak juga seperti kami) tidak berapa percaya atau ragu-ragu dan mahukan kepastian kami benar-benar bercakap benar, mereka akan meminta kami “sumpah dengan nama Allah”.
Jika benar kami tidak bersalah itu tidak jadi masalah. Dengan senang kami bersumpah dengan nama Allah.
Bagaimanapun jika kami sebenarnya sudah berbohong dan bersumpah pada awalnya hanya untuk melepaskan diri, kami tidak akan berani “bersumpah dengan nama Allah”. Lantas akan mengaku akan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.
Mengapa tidak berani sumpah dengan nama Allah? Kerana takut akan dapat pembalasan daripada yang Maha Besar. Takut dilaknati. Kesimpulanya takut dengan Tuhan walaupun masih budak-budak.
Antara definisi sumpah ialah menyatakan kebenaran, berjanji, dan berikrar. Apa pula definisi “bai’ah”?
Merujuk maklumat yang diperolehi antaranya – maksud “bai’ah” adalah janji sumpah setia, pengakuan, ikrar yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain untuk mengikat dirinya dengan sesuatu peraturan, pekerjaan, amalan atau lainnya. “Bai’ah” bermaksud berjanji untuk taat dan sememangnya wujud dalam amalan Islam. Bagi saya “bai’ah” juga ialah satu bentuk bersumpah.
Beberapa hari lalu satu laporan FMT memetik Presiden Pejuang (parti yang pendaftarannya belum diizin pihak berkuasa) Mukhriz Mahathir sebagai berkata, beberapa pemimpin dari bekas partinya – PPBM – pernah melakukan sumpah “bai’ah” sebelum pilihan raya 2018, namun ia tidak menghalang mereka daripada menjadi “pengkhianat”.
Dengan berkata “menjadi pengkhianat” jelas beliau merujuk tindakan beberapa pemimpin PPBM yang melaksanakan apa yang dikenali sebagai Langkah Sheraton, yang menyaksikan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional.
Oleh itu, menurut Mukhriz, tiada jaminan bahawa pemimpin partinya sekarang – Pejuang – tidak akan melompat parti walaupun berbaiah dengan Al-Quran untuk tidak berbuat demikian.
Jika apa yang beliau katakan itu benar, ini menyedihkan dan membimbangkan kerana bersumpah atau berbai’ah dilihat oleh masyuarakat Melayu-Islam khususnya sebagai ikatan seseorang kepada janji dan ikrar atas nama Allah.
Menurut Mukhriz, apa sahaja bentuk saringan yang dilakukan, akhirnya terserah kepada individu sendiri sama ada mereka mahu melompat parti tetapi “saya harap mereka ada sedikit rasa tanggungjawab bahawa apabila dah berbaiah dia tidak boleh lari daripada perjuangan asal”.
Bercakap secara umum (bukan sahaja dalam konteks PPBM mahupun Pejuang) persoalan yang timbul ialah adakah seseorang sanggup bersumpah semata-mata untuk melepaskan diri atau sekadar memuaskan tuntutan manusia? (lantas ada poligraf atau ujian mengesan pembohongan tetapi ini pun boleh ‘ditipu’)
Pun begitu saya difahamkan ada beberapa cara untuk membatalkan atau menarik kembali “bai’ah”. Waullahualam.
Berbalik kisah filem komedi P Ramlee, istilah “sumpah” selalu digunakan. Masa budak-budak dulu setiap kali orang bercakap mengenai sumpah-sumpah, ingat saya mereka bercakap mengenai orang yang selalu atau suka bersumpah. Orang yang sumpah dua tiga kali.
Rupa-rupanya sumpah-sumpah ialah sejenis reptilia yang kulitnya berwarna hijau atau coklat dan boleh bertukar warna mengikut sekeliling.
Bercakap mengenai sumpah (bukan sumpah-sumpah), bagaimana pula keadaannya orang yang bersumpah di dalam masjid, di depan Kaabah, menjunjung, atau memegang Al-Quran?
Dulu mesyuarat pimpinan tertinggi Wanita Umno diadakan dengan Al-Quran ditempatkan di atas meja depan pengerusi mesyuarat iaitu ketua Wanita. Ini memberi gambaran, atau lebih tepat, bagi “memastikan” apa yang diperkata dan dijanji oleh mereka yang menghadiri mesyuarat itu adakah sesuatu yang benar dan iklas. Saya tidak tahu sejauh maka keberkesanannya. Saya juga tidak pasti sama ada Al-Quran masih diletakkan di depan pengerusi setiap kali Wanita Umno bermesyuarat.
Ada orang letak Al-Quran di depan pintu rumah atau di bawah bantal. Katanya untuk menghalau hantu dan syaitan. Ada yang gantung Al-Quran kecil di cermin kereta supaya selamt perjalanan. Banyak lagi “kegunaan” Al-Quran.
Teringat kata-kata Pak Tuan – Allahyarham Haji Tahir – imam masjid Kampung Baru ketika belajar mengaji masa kecil-kecil dulu: “Al-Quran untuk dibaca dan difahami kandungannya”.
Cukup setakat ini, sebelum saya dituduh nak berkhutbah tanpa tauliah.
Diucapkan selamat solat Jumaat kepada yang diberi kesempatan mendirikannya pada waktu pandemik masih melanda.

Umno Terengganu yakin parti itu dapat merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS jika mereka bertanding di semua kerusi DUN – serta parlimen – pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berkata pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan jika dilihat dengan rekod keputusan PRU sebelum ini.
Bekas menteri besar Terengganu itu turut membuat perbandingan antara PRU ke-10 (pada 1999) dan PRU ke-11 (pada 2004) membabitkan Umno dan PAS.
Pada 1999 kerajaan Terengganu jatuh ke tangan PAS yang ketika itu bekerjasama dengan PKR. Ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh gerakan reformasi ekoran penyingkiran Anwar Ibrahim daripada Umno.
Bagaimanapun BN kembali merampas Terengganu dengan jumlah kerusi yang kukuh pada PRU berikutnya dan PAS kembali menjadi pembangkang.
Umno dan PAS kini diikat oleh piagam bersama melalui Muafakat Nasional. Bagaimanapun di Terengganu kerjasama itu dilihat rapuh dan Ahmad sudah beberapa kali menegaskan Umno akan tetap bertanding di semua kerusi yang ada di negeri berkenaan.
Jika ia menjadi kenyataan pada PRU akan datang Umno dan PAS akan bertembung sesama sendiri, selain kemungkinan dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH).
Untuk rekod di sebalik kerjasama rasmi dalam Muafakat Nasional, PAS juga menjadi parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu. Umno pula setakat ini secara umum dilihat memusuhi Bersatu.
Boleh berubah macam-macam
Kata Ahmad Umno memang yakin mampu memenangi semua kerusi yang ditandinginya nanti.
“Kita yakinlah sebab kita tengok Terengganu ni, sejarah dia… PAS perintah satu penggal saja,” katanya apabila ditanya tahap keyakinan Umno Terengganu dalam merampas semula kerajaan negeri.
“Contohnya pada 1999 kita kalah 28-4 (kepada PAS). Umno hanya tinggal empat kerusi, tapi bila 2004, apabila PAS tak mampu menunaikan tanggungjawab (seperti) Umno (lakukan) sebelum itu, kita ambil 28-4. (Perubahan) 360 darjah berpusing,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Tambah Ahmad PAS menang di Terengganu pada 1999 bukanlah kerana kekuatan parti itu sendiri tapi penyokong Umno ketika itu berpecah dengan wujudnya PKR.
Katanya Umno dilanda isu besar ketika itu dan diburukkan lagi dengan pemilihan calon merupakan penyebab parti itu kalah.
Namun kata Ahmad dengan adanya isu semasa dan perbincangan dengan Umno bahagian sebelum calon diputuskan parti itu mempunyai peluang untuk menguasai Terengganu.
“Taklah sampai kita tinggal 10 (kerusi),” katanya yang merujuk kepada keputusan PRU 2018 lalu.
Secara keseluruhan Terengganu mempunyai lapan kerusi parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS manakala selebihnya – Hulu Terengganu dan Besut – dimenangi BN.
Namun, ahli parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, kemudian melompat parti menyertai Bersatu selepas PH membentuk kerajaan pusat.
Di peringkat DUN pula, PAS memenangi 22 kerusi dan baki 10 kerusi lagi dimenangi BN.
Mengulas lanjut mengenai keputusan Umno Terengganu untuk bertanding semua kerusi di negeri itu, Ahmad berkata PAS perlu faham, meskipun mereka menang pada PRU ke-14 dan mentadbir negeri tetapi rekod keputusan PRU sebelum ini wajar dilihat semula.
“Takkan dia (PAS) menang sekali kita nak beri terus kepada dia? Lagipun Terengganu ni kan ‘negeri yoyo’… Ia (pentadbiran) boleh berubah macam-macam.
“(Perkara sama) pernah berlaku di Kedah, sama juga – sekali (PAS) menang lepas tu Umno menang balik,” katanya.
Hakikat bahawa rakyat kini begitu benci dan meluat dengan Muhyiddin Yassin bukanlah rekaan atau andaian semata-mata.
Di mana-mana saja, suara kebencian dan penolakan itu tidak saja begitu ketara, malah tahapnya sudah melebihi apa yang diterima Najib Razak sebelum ini.
Sebagaimana rakyat telah menghukum BN kerana penolakan terhadap Najib, kini sentimen yang sama sedang melanda PN lantaran perasaan meluap-luap ingin menjatuhkan Muhyiddin.
Dengan pelbagai kemelut, ketidak-tentuan, kucar-kacir sistem pentadbiran negara dan diburukkan lagi kerana semua itu menjadikan ekonomi derita dan rakyat sengsara, dirasakan ubat mujarabnya hanyalah dengan menyingkirkan Muhyiddin daripada kerusi kuasanya.
Tetapi, dengan menjadikan Covid19 sebagai kambing hitam, PKP dan darurat ini dirasa bagai tiada penghujungnya bakal dimanfaatkan oleh Muhyiddin untuk melindungi kedudukannya.
Ramai yang percaya, selagi ancaman menjatuhkannya sering menjelma, manakala bayang kemenangan terlihat semakin sirna jika mahu diadakan pilihanraya, dikatakan jalan pilihan bagi Muhyiddin ialah terus memanjangkan lagi PKP dan darurat ini daripada semasa ke semasa.
Lantaran itu, sebelum negara ini terperosok lebih jauh ke lembah sengsara, menjatuhkan Muhyiddin tidak harus lagi ditunda-tunda.
Dalam hal ini, UMNO sebagai kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN yang meletakkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebelum ini, parti itu juga kunci penentu kepada segala kemelut yang dihadapi rakyat dan negara ketika ini.
Memang sebelum kejatuhan PH dan terbentuknya PN pada Mac tahun lalu, nama UMNO sedang berada di puncak keyakinan dan keinginan rakyat untuk melihatnya kembali berkuasa.
Beberapa pilihanraya kecil yang dimenangi UMNO sebelum itu jelas memperlihatkan hakikat tersebut dan rakyat seolah-olah sudah melupakan dosa-dosa silamnya dan ingin ia kembali menerajui kepimpinan negara.
Namun, apa yang berlaku selepas UMNO berada dalam kerajaan semula telah secara perlahan-lahan menenggelamkan nama baiknya.
Hari ini sedikit demi sedikit keyakinan rakyat sudah mula goyang terhadap UMNO dan kecuali melalui beberapa kerat pemimpinnya yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan, yang selebihnya yang berada dalam kerajaan hanya menampakkan mereka lebih sayangkan perut, kedudukan dan jawatan berbanding perjuangan.
Dalam isu berkaitan pengeluaran wang KWSP dan moratorium pinjaman bank, di mana suara menteri dan timbalan menteri UMNO dalam memperjuangkannya?
Berkaitan pemotongan peruntukan yang dilakukan Muhyiddin terhadap enam wakil rakyat UMNO daripada RM3.7 juta yang diterima tahun lalu kepada hanya RM100 ribu setahun tahun ini, siapa menteri dan timbalan menteri UMNO yang terdengar ada bersuara membela rakan separti mereka sendiri?
Begitu juga dalam deretan isu lain yang berlaku pertembungan antara kepentingan rakyat dengan kedudukan Perdana Menteri, sementara Ahli Parlimen yang tidak berjawatan dalam kerajaan terus bersuara, tetapi mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri jelas sudah menampakkan diri mereka semakin lupa kepada hakikat perjuangan yang sebenarnya.
Memperjuangkan nasib sendiri agar terus kekal sebagai menteri dan timbalan menteri nampaknya jauh meninggalkan kepentingan untuk berjuang demi rakyat sebagaimana ia berdegar-degar bagai nak runtuh langit dimainkan ketika menjadi pembangkang selama 22 bulan sebelum itu.
Terburuk sekali sekarang ini, walaupun kebejatan Muhyiddin dalam mengurus negara tidak perlu dihuraikan lagi kerana segala-galanya sudah terang lagi nyata, keengganan UMNO menarik sokongan bagi menjatuhkan kerajaan mula membuatkan rakyat jadi keliru.
Rakyat kini sudah cukup derita di bawah kerajaan yang tiada keabsabahan, Perdana Menteri yang tiada majoriti dan tiada kemampuan melonjakkan ekonomi di sebalik pelbagai sekatan PKP dan darurat yang pada hakikatnya semua itu hanya untuk menyelamatkan tengkuk Muhyiddin semata-mata, tetapi membuatkan rakyat semakin terpanggang sengsara.
Sebenarnya di ketika rakyat sedang marah dan di puncak penolakan kepada kepimpinan Muhyiddin inilah waktu yang paling sesuai untuk UMNO menarik sokongan bagi memperlihatkan sikapnya yang benar-benar pro rakyat.
Tidak guna meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu, juga tidak guna dua Ahli Parlimen mengumumkan tidak lagi menyokong Muhyiddin, malah turut tiada gunanya Timbalan Speaker mengutus surat memaklumkan rasa bingung dengan penggantungan Parlimen jika UMNO masih tercongok menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Semua itu tidak bermakna apa-apa selagi UMNO terus menyokong kerajaan PN ini, malah Timbalan Speaker yang bingung dengan penggantungan Parlimen, tetapi tidak berani meletakkan jawatan, hanya membuatkan rakyat lebih bingung dibuatnya.
Kalau betul-betul memikirkan soal perjuangan, membela rakyat yang derita dan mahu UMNO disanjung sema, lakukanlah seperti Ahli Parlimen Machang yang menarik sokongan dan meletak jawatan sekaligus tanpa sayang kepada kedudukan.
Kalau betul berani dan mahu UMNO menang PRU, inilah masanya harus keluar secara en bloc daripada kerajaan sebagai tanda tidak setuju dengan Muhyiddin.
Buat ada Zahid Hamidi, Najib Razak dan beberapa pemimpin UMNO lain yang cuba berwatak seperti pembangkang dengan menegur dan mengkritik banyak perkara, namun dalam masa yang sama terus membekalkan oksigen untuk Muhyiddin dan Bersatu kekal mencatur kuasa dalam kerajaan?
Lagi lama UMNO duduk bersimpuh menyokong kerajaan, sementara rakyat semakin menjauhi dan ingin menjatuhkan Muhyiddin, tidak kira bila sekali pun PRU15 diadakan, percayalah, harapan serta peluang mereka untuk menang juga jadi makin menghilang.
UMNO hanya berpeluang menang pilihanraya serta boleh kembali berkuasa jika segera menarik sokongan terhadap kerajaan kerana dengan menjatuhkan Muhyiddin, sikap itu akan membuatkan rakyat terhutang budi serta percaya kepada perjuangannya benar-benar untuk rakyat jelata.
Sementara Muhyiddin memang sah dibenci, UMNO yang takut-takut menarik sokongan, walhal dua Ahli Parlimennya sudah pun berbuat demikian dan usul putus hubungan telah juga diluluskan, lagi berlengah hanya akan membuatkan rakyat turut benci dan hilang kepercayaan kepada parti itu.
(Shahbudindotcom 19/02/2021)