PENYOKONG PH TENANG LAH SEPERTI ANWAR


Image may contain: 3 people, people sitting


NORMAN RADZUAN

Bila Mat ajak PH kerjasama Anwar dan Mahathir

PENYOKONG PH TENANG LAH SEPERTI ANWAR

Saya melihat begitu byk di wall penyokong PH melenting bila Mat dan Din masing2 berterusan dgn projek khayalan Grand Coalition mereka. Nasihat saya jgn panik, jgn marah2 dan kita cuba jadi setenang Anwar Ibrahim.

Kata Lid PKR bersetuju... saya belum membaca mana2 artikel yg Anwar bersetuju utk jalin kerjasama dgn Mahathir. Bagi saya Lid hanya memandai mandai...sekadar memecah belahkan PH yg rata2 penyokongnya menolak Mahathir.

Pertama Anwar pasti akn menolak kerjasama tersebut. Anwar bukan seperti Mat cara politikingnya yg tahu melalak di atas pentas. Tidak mahu berfikir dahulu sebelum bertindak. Anwar terkenal dgn seni politiknya.

Mana mungkin Anwar bersetuju dgn Mahathir yg sudah 2 kali menganiaya dirinya dan kali ini mengkhianati lebih 6 juta pengundi yg mahukan Malaysia baru. Kita takkan lupa Mahathir perancang kpd kejatuhan PH tiba2 mahu diangkat semula utk menerajui PH...

Mana mungkin Anwar menerima Mahathir kerana beliau tahu menerima Mahathir PH akan kehilangan 2 juta lebih pengundi. Dgn Anwar sekali akan ditinggalkan penyokong setianya.

Mana mungkin PH diterima oleh rakyat yg mahukan perubahan menerima kembali Mahathir lagi yg mengkhianati mandat rakyat dlm usia 96 tahun ini.

Saya yakin jika Amanah masih bersama Mahathir PH akan terbubar. PKR pasti akn bersendirian bertanding 100 kerusi Parlimen. Jadi beranikah Amanah parti kecil bersendirian. Amanah dgn DAP pun mereka akn hancur. Mereka perlukan kepercayaan intelektual Melayu yg ramai menyokong Anwar.

Guna logo sendiri pun mereka tidak yakin dan parti tersebut hidup bergantung kpd populariti Anwar dan Mahathir, adakah mereka mahu berprinsip. Lagi pun Mat tahu 20-30% ahli Amanah akn meninggalkan parti tersebut dan parti itu akn terpecah dua kerana ramai di dlm parti itu tidak gemar Mahathir dan menyokong Anwar.

Kata2 nakal kawan saya... "Depa tu mahu bersama Mahathir sb Mahathir byk duit. Kedua sebab terhutang budi... bayanglah ada SPM je boleh jadi Menteri..." ketawa kami ramai2 mendengar celoteh kawan ptg tadi.

Saya juga berpendapat usahlah gusar sgt penyokong2 PH. PAN bukan PAS yg berjuta keahlian. PAN, Mahathir, Warisan dan UPKO tak mampu menandingi DAP pun apatah lagi PAS dan UMNO.

Biarlah mereka berseronok di majlis Konvensyen mereka. Mereka ada hak utk bersuara dan hormatilah hak mereka itu. Jadi biarkanlah. Percaya akhirnya mereka akan patuh juga arahan Anwar sebab PAN tahu tanpa PKR dan DAP parti mereka akn berkubur begitu sahaja.

Tak percaya suruh PAN bertanding atas logo mereka sendiri...beranikah? Mahathir pun tak berani sb itu Mahathir jemput Warisan ke Malaya. Bukan sahaja dijemput Mahathir.... Mat pernah calonkan Syafie sebagai calon Perdana Menteri Malaysia... terbaik lah Mat Sabu.

 

JOM BERMAIN KAYU TIGA.JANJI KITA DAPAT APA YANG KITA CITA..KAH......





Panas! MT Umno persoal Pas ‘main kayu tiga’


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini membalas teguran Datuk Takiyuddin Hassan dengan melontarkan pertanyaan kepada Setiausaha Agung Pas itu ‘apakah main kayu tiga bukan konspirasi?’

Menurut Puad, persoalan itu sepatutnya perlu dijawab oleh Takiyuddin.

Puad berkata demikian susulan Takiyuddin membangkitkan isu “Legasi paling murni seorang pemimpin sejati”.

Menteri Undang-undang itu merujuk saranan Puad supaya Ahli Parlimen Umno tarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Kenyataan seperti itu sepatutnya PPBM yang komen, tetapi Setiausaha Agung PAS pula yang berbunyi,” bidas Puad melalui Facebooknya.

Menurut Takiyuddin, legasi paling murni ialah pemimpin itu mempertahankan penyatuan dan perpaduan dan ia mesti berasaskan kejujuran. Jika tidak, ia adalah konspirasi.

“Tidak pasti siapa pemimpin legasi yang Takiyuddin maksudkan. Tidak mungkin saya. Saya hanya ahli politik biasa yang bersuara ikut “hati nurani” saya,” kata Puad.

Puad juga tidak fikir cadangan tarik balik sokongan daripada Muhyiddin sebagai PM membawa kepada perpecahan.

“Ini untuk rakyat, kerana janji memudahkan rakyat tidak dipenuhi.

“Apabila Pas berkawan dengan DAP, apakah itu perpecahan Melayu? Apabila Pas berpisah dengan DAP, ia juga tidak dianggap sebagai perpecahan masyarakat dan negara.

“Peluang penyatuan terbesar ialah apabila Umno-Pas tandatangan Piagam Muafakat Nasional. Peluang itu akan terlepas begitu sahaja kerana banyak sangat pakatan, gagasan dan gabungan yang mahu disertai.

“Takiyuddin adalah betul dalam soal kejujuran politik. Tanpa kejujuran politik Ia adalah konspirasi,” tambah beliau.

Sebenarnya, kata beliau Ahli Parlimen Umno sudah bersikap jujur kerana menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri walaupum dia terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Umno di PRU ke-14.

Bahkan katanya, Datuk Seri Najib juga buat kenyataan jujur dan terbuka mengenai “sokongan bersyarat” terhadap Bajet di Dewan Rakyat.

“DS Najib juga secara jujur membuat kenyataan terbuka, jika tiada perubahan dan kerajaan PN terus berdolak dalik selepas satu tempoh yang munasabah, BN masih ada cara untuk bertindak.

“Semua itu terbuka. Tiada sembunyi sembunyi.

“Pas mungkin selesa, kerana dalam PN dan MN tiada Amanah (PAN). Tiada siapa kacau.

Justeru, yang perlu Takiyuddin jawab ialah, apakah main kayu tiga bukan konspirasi?” soal beliau.

Sebelum ini, Takiyuddin Hassan menegur Puad Zarkashi agar mempertahankan penyatuan dan perpaduan dalam masyarakat dan negara.

Takiyuddin berkata, legasi paling murni bagi seorang pemimpin sejati adalah merangka dan mempertahankan penyatuan dan perpaduan dalam masyarakat dan negaranya.



JOM SAMBUT KRISMAS HALAL-DEMI GRAND COALITION

 

AMIR KIAFLIF

KEADILAN 'The Grand Coalition' sebenar

 

Oleh: Danish Hairudin



Muktahir ini satu persepsi baru iaitu "The Grand Coalition" atau gabungan antara parti secara total sedang dimainkan oleh pemain-pemain politik daripada Perikatan Nasional mahupun dalam kalangan Pakatan Harapan. Apa yang pasti ialah persepsi ini tidak dimainkan dalam kalangan ahli politik KEADILAN. Ulasan saya lebih tertumpu kepada cadangan "Grand Coalition" antara parti pembangkang yang pada mulanya dilontarkan oleh parti Warisan dan disambut oleh Individu yang tidak berparti iaitu Tun Dr Mahathir.

Hari ini tanggal 27 Disember, kenyataan bersama pemimpin AMANAH dan DAP tanpa pemimpin KEADILAN secara tersirat cuba menyambut lontaran persepsi "Grand Coalition" oleh ketua parti yang telah tewas dalam pilihan raya negeri Sabah. Mereka ini semua seperti tidak keruan dalam melihat kerangka yang lebih besar yang telah dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN itu sendiri.

Terbukti gagal

Segelintir pihak cuba menunding jari kepada Datuk Seri Anwar atas kegagalan pembangkang menolak Belanjawan 2021 baru-baru ini. Pihak-pihak ini sebenarnya cuba mencari alasan untuk "menghalalkan" percintaan mereka bersama pasangan yang terlanjut usia dan telah terbukti gagal dalam memimpin keluarga dan berlaku curang sehingga runtuhnya sebuah keluarga yang diretui oleh rakyat pada pilihan raya umum (PRU) umum yang lalu.


Danish Hairudin

Hari ini mereka masih bermain cinta dan sudah mula memberi reaksi yang lebih terbuka dengan niat cuba menyingkirkan Datuk Seri Anwar dan KEADILAN sebagai ahli keluarga yang telah bersama lebih 20 tahun. Pendapat saya, ini adalah satu tindakan untuk menekan Datuk Seri Anwar dan PKR itu sendiri untuk bersama dengan seorang yang telah mengkhianati keluarga.

KEADILAN satu-satunya parti berbilang kaum di Malaysia yang membawa aspirasi setiap kaum tanpa ada sedikit pun menidakkan hak kaum lain yang telah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. KEADILAN telah membuktikan representasi mereka di Dewan Rakyat adalah sebuah parti yang diterima secara menyuluruh oleh setiap kaum. Tiada satu parti politik di Malaysia yang dapat menyatukan pelbagai kaum dalam sebuah parti dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang ramai di dewan Rakyat melainkan KEADILAN.

KEADILAN juga satu-satunya parti yang mempunyai 222 buah organisasi cabang yang lengkap di setiap 222 konstitusi parlimen dan ahli yang lebih daripada 1 juta orang. Jangan kamu bongkak dan sombong untuk menekan Datuk Seri Anwar dan parti keramat ini, KEADILAN adalah "The Real Grand Coalition" yang telah dibuktikan berjaya diterima setiap lapisan masyarakat. Parti yang membela setiap hak kaum yang ada di bumi Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain dan hak keistimewaan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Aspirasi setiap rakyat

Belum pernah dan tidak akan ada parti politik selain KEADILAN yang berjaya membawa aspirasi setiap rakyat Malaysia. Parti-parti lain perlu sedar, KEADILAN bukan parti setahun jagung yang perlu mengharapkan ehsan individu yang tidak berparti dan mengaharapkan pemimpin parti yang telah tewas dalam PRN Sabah baru-baru ini.

Dengan segala kekuatan yang telah ada dan pengalaman yang penuh onak duri, saya yakin dan percaya KEADILAN yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar boleh bergerak sendiri sebagai satu "The Grand Coalition" yang sebenar. Menggarapkan segala kekuatan di peringkat akar umbi dan pemimpin parti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum sudah pasti tiada tempat untuk rakan-rakan sendri menikam sekali lagi.

KEADILAN parti masa hadapan rakyat Malaysia!


Danish merupakan aktivis politik di Selangor. Beliau merupakan Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri Selangor N48 Sentosa

 

DR. PUAD INGATKAN TAKIYUDDIN – UMNO JUJUR SOKONG MUHYIDDIN, TAPI….

 

Takiyuddin bangkitkan isu “Legasi paling murni seorang pemimpin sejati”. Dia merujuk saranan saya supaya MP UMNO tarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM.

Sepatutnya PPBM yang komen, tetapi Setiausaha Agung PAS pula yang berbunyi.

Menurut Takiyuddin, legasi paling murni ialah pemimpin itu mempertahankan penyatuan dan perpaduan. Ia mesti berasaskan kejujuran. Jika tidak, ia adalah konspirasi.”

Tidak pasti siapa pemimpin legasi yang Takiyuddin maksudkan. Tidak mungkin saya. Saya hanya ahli politik biasa yang bersuara ikut “hati nurani” saya.

Saya tidak fikir cadangan tarik balik sokongan daripada Muhyiddin sebagai PM membawa kepada perpecahan. Ini untuk rakyat, kerana janji memudahkan rakyat tidak dipenuhi.

Apabila PAS berkawan dengan DAP, apakah itu perpecahan Melayu? Apabila PAS berpisah dengan DAP, ia juga tidak dianggap sebagai perpcahan masyarakat dan negara.

Peluang penyatuan terbesar ialah apabila UMNO-PAS tandatangan Piagam Muafakat Nasional. Peluang itu akan terlepas begitu sahaja kerana banyak sangat pakatan, gagasan dan gabungan yang mahu disertai.

Takiyuddin adalah betul dalam soal kejujuran politik. Tanpa kejujuran politik Ia adalah konspirasi.

Sebenarnya MP UMNO sudah bersikap jujur kerana menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri walaupum dia terlibat dalam konspirasi menjatuhkan UMNO di PRU ke 14.

DS Najib juga buat kenyataan jujur dan terbuka mengenai “sokongan bersyarat” terhadap Bajet di Dewan Rakyat.

Bahkan DS Najib juga secara jujur membuat kenyataan terbuka, jika tiada perubahan dan kerajaan PN terus berdolak dalik selepas satu tempoh yang munasabah, BN masih ada cara untuk bertindak.

Semua itu terbuka. Tiada sembunyi sembunyi.

PAS mungkin selesa, kerana dalam PN dan MN tiada Amanah (PAN). Tiada siapa kacau.

Justeru, yang perlu Takiyuddin jawab ialah, apakah main kayu tiga bukan konspirasi?

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

27 Disember 2020.




Jalankan siasatan rapi, heret kartel daging ke muka pengadilan - Anwar

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan dan penguatkuasa mengambil tindakan segera terhadap kartel daging yang didalangi kakitangan agensi kerajaan.

Presiden KEADILAN itu berkata, pendedahan tersebut menunjukkan gejala rasuah sedang berleluasa dalam kakitangan kerajaan, malah menjejaskan reputasi Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) selaku badan pemantau.

"Ini ternyata satu kegiatan yang tidak bermoral tatkala kita harus pertingkatkan segala usaha dan upaya kita dalam memerangi rasuah dan kebobrokan, namun kakitangan kerajaan ini mudah dibeli sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat.

"Skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam," katanya.

Justeru, Anwar meminta siasatan menyeluruh dan mahu kartel daging bersama mereka yang bersubahat dihadapkan ke mahkamah.

"Meski dikurniakan peruntukan yang bukan kecil hampir setiap tahun, namun skandal ini telah merosakkan kepercayaan umum kepada institusi tersebut.

"Saya menggesa kebobrokan seperti ini dihentikan. Saya juga mendesak kerajaan dan kementerian untuk segera menjalankan siasatan rapi, cekap, dan telus serta mengheret dalang ke muka pengadilan," katanya.

 

VIDEO: PH+UMNO BORAK DAHSYAT/BAIK PILIH ANWAR DARI MUHYIDDIN? DATO ZAHIRIN VS D...

VIDEO: Ape Ke Mende Gren Kolesen Ni ? ( Grand Coalition )

Perseteruan Mahathir-Anwar halangan kepada ‘grand coalition’, kata penganalisis

 

Cabaran utama adalah memujuk Mahathir dan Anwar untuk mengetepikan ego mereka, kata seorang penganalisis.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) boleh menubuhkan “grand coalition” atau gabungan besar jika ia dapat menangani perbezaan pendapat antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, menurut penganalisis politik.

Mereka memberitahu FMT, PH mungkin perlu mengatasi halangan itu sebelum merancang untuk mengembangkannya sebagai gabungan.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, cabaran utama adalah memujuk Mahathir dan Anwar untuk mengetepikan ego mereka.

Beliau berkata, PH boleh menggunakan kedua-duanya untuk tujuan politik yang berbeza, seperti menggunakan karisma Mahathir untuk menarik parti pembangkang ke dalam gabungan baharu dan mencadangkan Anwar sebagai perdana menteri seterusnya kerana popularitinya.

Katanya, kedua-duanya berminat menggulingkan Perikatan Nasional (PN) dan kegagalan mereka untuk bekerjasama mungkin akan menyaksikan gabungan kerajaan mendapat keuntungan pada pilihan raya akan datang.

Semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu menyatakan partinya bersedia memainkan peranan sebagai pendamai untuk menyatukan parti pembangkang membentuk gabungan besar bagi pilihan raya akan datang.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, pembangkang perlu bekerjasama dengan sebanyak mungkin parti politik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Amanah boleh memainkan peranan untuk perbincangan dan rundingan, tetapi pada akhirnya, “semua personaliti yang dominan perlu meneroka pelbagai kemungkinan bagi Anwar dan Mahathir untuk bekerjasama.”

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Amanah dan DAP tetap mahukan Mahathir berada dalam PH untuk terus ke hadapan.

Kedua-dua pihak berterima kasih kepada Mahathir kerana memberi mereka kedudukan strategik ketika gabungan itu berkuasa, katanya.

Beliau menyatakan, jawatan penting seperti menteri kewangan, tidak akan dipegang PKR dan katanya ini mungkin kerana Mahathir mahu menghalang individu yang rapat dengan Anwar daripada menguasai kementerian penting.

Katanya, Amanah mungkin meneruskan naratifnya bahawa Mahathir masih diperlukan dalam PH.



‘Grand Coalition’ jadi perdebatan paling panas dibangkitkan perwakilan AMANAH

 





27


‘Grand Coalition’ atau gabungan besar merupakan isu yang paling panas dibangkitkan oleh para perwakilan semasa Konvensyen AMANAH Nasional hari ini.

Para perwakilan menggesa kepimpinan parti itu membuat pertimbangan sebaiknya berhubung cadangan menubuhkan gabungan tersebut yang pastinya akan melibatkan dua tokoh sedang berselisih iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perwakilan Kedah, Asmirul Anuar Aris dalam ucapannya menyentuh tentang pertelingkahan antara Mahathir dan Anwar, yang menurutnya jika perselisihan tidak diselesaikan, ianya akan mengakibatkan porak peranda pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau turut mempersoalkan bagaimana PH mahu membina gabungan besar jika pembangkang masih bertikam lidah dan tidak sependapat dalam menentukan hala tuju negara.

“Pemimpin harus tegas buat keputusan ke arah mana kedudukan parti kita terutama jika gabungan besar yang hendak dibina, mengalami kegagalan seperti yang berlaku selama sembilan bulan ini,” katanya.

Hal sama turut diutarakan oleh perwakilan Pulau Pinang, Ahmad Fahmi yang mengingatkan, biarpun dalam usaha melaksanakan gabungan besar bagi mendapatkan semula mandat rakyat, pembangkang masih perlu berjuang memecahkan pakatan musuh yang sedia ada.

Perwakilan Pulau Pinang, Ahmad Fahmi

“Kita nak bina kolisi baru tapi kita biarkan mereka terus berpakat. Kita patut hancurkan pakatan mereka,” katanya.

Bagi perwakilan Wilayah Persekutuan, Ahmad Zubair Ab Rahim, beliau mencadangkan majlis PH untuk mempertimbangkan membentuk Kabinet bayangan sekiranya gabungan besar mahu dilaksanakan.

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Ahmad Zubair Ab Rahim

Ini kerana menurutnya, ia bagi membina semula keyakinan rakyat serta menghantar signal bahawa PH bersedia mengambil mandat dan membela mereka.

Pada masa sama, beliau turut menekankan tentang formula agihan kerusi yang perlu diagihkan dengan lebih adil.

“Formula agihan kerusi untuk PRU15 perlu lebih adil. Jangan pula dengan adanya gabungan besar ini, maka peluang AMANAH pula semakin ditutup,” ujarnya.

Isu agihan kerusi turut dibahaskan oleh perwakilan pemuda AMANAH, Hisyamuddin Ghazali yang mahu kepimpinan parti menetapkan syarat tentang jumlah kerusi sebelum persetujuan bersama dicapai untuk menubuhkan gabungan besar.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 50 kerusi perlu diperuntukkan kepada AMANAH ekoran Bersatu dan PKR telah pun keluar menyertai Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, perwakilan Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN), Anis Afida pula mengingatkan sekiranya gabungan besar direalisasikan, kolisi berkenaan kelak perlu meletakkan semua parti komponen setaraf dan bersifat rakan setara.

Katanya, AMANAH perlu pastikan tiada parti yang akan bertindak dominan atau menjadi abang besar di dalam gabungan berkenaan.

Bagi perwakilan Selangor, Azli Yusof, beliau menggesa agar gabungan besar PH nanti mengemukakan pelan ekonomi lima tahun 2021 hingga 2025 bagi mendepani pasca Covid-19.

Perwakilan Selangor, Azli Yusof

Ini katanya agar ekonomi negara dapat dipulihkan semula, masyarakat dapat dibela supaya rakyat dapat menilai wawasan PH untuk mengambil semula Putrajaya.

 


video : CEO Tabung Haji Properties Kuat Mencarut .....kah..woiii...carut ...GAMAKNYA STAFF MAKAN GAJI BUTA ...



Kus semangat tgk CEO Tabung Haji Properties mcm ni.... 🤦🏼‍♂️ Nama mamat ni Damanhuri Mahmod. Dia ni CEO TH Properties . Teruk betul dia maki hamun staf time meeting dlm Zoom! Habis semua carut marut dia keluarkan. Patut la TH lingkup. 🤬 Makhluk macam ni Midin masih kekalkan sbg CEO TH Properties. 🤣 Abang kakak semua tengok la....JAHANAM!

Video CEO anak syarikat TH guna kata-kata kesat, lucah tidak gambar imej syarikat, kata timbalan menteri


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, individu terbabit telah pun meminta maaf.

KOTA BHARU : Tindakan pemimpin tertinggi sebuah anak syarikat Tabung Haji (TH) mengeluarkan kata-kata kurang sopan seperti yang dipaparkan dalam video yang kini tular, tidak mewakili imej sebenar syarikat itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Sebaliknya kata beliau, tindakan itu adalah kesalahan peribadi individu berkenaan.

Individu terbabit juga sudah memohon maaf, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Berkhatan Peringkat Pengkalan Chepa, di Dewan Pusat Asuhan Tunas Islam di Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, ada keperluan untuk isu tersebut disiasat bagi mengenal pasti dalang di sebalik kebocoran rakaman video itu.

“Mesyuarat itu sebenarnya adalah tertutup dan kita tidak tahu bagaimana ia boleh bocor… Barangkali ada perkara perlu dilakukan siasatan secara menyeluruh dan komprehensif daripada aspek pentadbiran,” katanya.

Baru-baru ini tular satu video berdurasi hampir tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif TH Properties Sdn Bhd Damanhuri Mahmod mengeluarkan kata-kata kurang sopan dalam satu mesyuarat yang dipercayai melibatkan kakitangan pentadbiran syarikat hartanah berkenaan.



NFC GAGAL PUNCA DAGING HARAM?

 

PANAS | Buat projek NFC gagal, akhirnya rakyat makan daging ‘haram’
Projek yang tidak banyak menampakkan pergerakan akhirnya terbongkar apabila siasatan mendapati dana kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan NFC telah digunakan untuk tujuan yang lain..

PANAS | Buat projek NFC gagal, akhirnya rakyat makan daging ‘haram’


No photo description available.


ISU BARU -TAKUT DENGAN ALLAH DARI MANUSIA

 

Kalau buat banyak silap perkara paling waras ialah takut dengan Allah dan bertaubat serta lalui apa yang harus dibuat dalam menterjemah taubat.

Tapi yang ditakut Anwar Ibrahim. Lalu pelbagai cara dibuat untuk disekat sehingga mendatangkan rugi kpd negara dan rakyat. Gila sungguh ahli politik kotor ni, takut sesama makhluk sedangkan yang akan menghukum Allah, undang-undang bukan Anwar!

 Image may contain: text that says "THE MAKING ASIA ASIA OF ANWAR UTHEA IBRAHIM'S "HUMANE ECONOMY" IN TRENDS Khoo Boo Teik YUSOF ISHAK INSTITUTE ISEAS ISSUE 18 2020"

APALAH GUNA BILA MENANG DIHANCURKAN ?

 

Image may contain: 1 person

EDDY NOR RIDZUAN

Depa kata gabungan Anwar (PKR) dan Tun hasilkan kemenangan PRU14. Tapi apalah guna menang kalau akhirnya reputasi PH dihancurkan.

Lihatlah kedudukan kita hari ini, lihatlah di mana kita berada pada hari ini. Kita terpaksa bangkit semula, menuever untuk mengembalikan mandat rakyat setelah agenda Reformasi menjadi korban dek pengkhianatan.

Dan hari ini, kita nak bangkit dengan cara mengangkat PM 22 bulan yang gagal?

Mungkin saya silap, Tun tidak gagal sebenarnya. Tun setakat ini telah berjaya memastikan gerakan Reformasi yang bermula pada tahun 1998 lalu tidak menang sehingga hari ini. Lihatlah 22 bulan itu, apa reform yang benar-benar berjaya?

Lihat saja bagaimana si Koya dilantik, lihat bagaimana satu demi satu manifesto PH dilacurkan. Ini kejayaan Tun, dan kegagalan kita untuk mengenal. Apakah kita masih tidak kenal dan membenarkan kegagalan?

Agaknya apabila ditakdirkan kita menang PRU15 nanti dengan gabungan GC, apakah jaminan bahawa Tun tidak lagi khianat demi kesumat tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM?

Dulu pun sudah saya timbulkan persoalan ini, tapi depa kata benda belum pasti jangan sesekali 'jump to conclusion'. Apakah sekarang kita masih belum pasti?

Tepuk dada tanya hati, adakah Tun yang menolak agenda Reformasi, atau kita juga?

 

MALAYSIA KINI DI RANKING KE 75

 MOHD SHAH RIM

Status Covid..

Malaysia yang memecah rekod lagi hari ini..!!!

Dah didepan Paraguay.. semalam Malaysia ranking ke 75..


 No photo description available.

ISU SUBSIDI TH: KENYATAAN MENTERI AGAMA BERCANGGAH



Semalam, Zulkifli meminta jemaah haji pada tahun hadapan bersedia berdepan caj tambahan baharu yang akan dikenakan kerajaan Arab Saudi dengan menambah simpanan deposit dalam akaun Tabung Haji. Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah keselamatan lebih ketat dikuatkuasakan kerajaan Arab Saudi dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

VIDEO : KEMENANGAN PH KERANA GANDINGAN MAHATHIR-ANWAR BUKAN KERANA MANIFESTO PH ...

ISU SEMASA: 'MELAYU KHIANAT ISLAM ATAU ISLAM KHIANAT MELAYU'

 

                     '

Isu daging tidak halal bukan perbuatan orang bukan Islam. Tetapi dilakukan oleh orang Islam. Syarikat milik orang Islam.

2. Modus operandinya mudah. Daging tidak halal masa masuk melalui pintu Kastam..ditukar kulitnya dengan pembungkusan jenama daging yang sudah biasa dalam pasaran.

3. Itu sebab senarai jenama bungkusan tidak boleh disiarkan. Takkan kerana itu Kerajan dan Jabatan Agama Islam takut untuk menyiarkan. Mungkin syarikat yang berjenama itu pun terlibat.

4. Itulah menjadi tanda tanya orang Islam kenapa syarikat yang menggunakan jenama halal tersebut tidak buat aduan. Perkara sudah puluhan tahun berlaku.

Bagaimana dalam kes ini siasatan mesti ditumpukan kepada Kastam dan MaQis.

                                                                                      

Syarikat Melayu-Islam Yang 'Khianat Dan Bangsat'


Image may contain: food


Isu daging tidak halal bukan perbuatan orang bukan Islam. Tetapi dilakukan oleh orang Islam. Syarikat milik orang Islam.

2. Modus operandinya mudah. Daging tidak halal masa masuk melalui pintu Kastam... ditukar kulitnya dengan pembungkusan jenama daging yang sudah biasa dalam pasaran.

3. Itu sebab senarai jenama bungkusan tidak boleh disiarkan. Takkan kerana itu Kerajaan dan Jabatan Agama Islam takut untuk menyiarkan. Mungkin syarikat yang berjenama itu pun terlibat.

4. Itulah menjadi tanda tanya orang Islam kenapa syarikat yang menggunakan jenama halal tersebut tidak buat aduan. Perkara sudah puluhan tahun berlaku.

Bagaimana dalam kes ini siasatan mesti ditumpukan kepada Kastam dan MaQis.

Sang Kelembai

 

GEMPAR | 'NAMA BESAR' DALAM JAKIM DIKAIT DENGAN 'KARTEL DAGING'


BOB KELANANG

Image may contain: 2 people, people sitting, text that says "SICHMA of Halal Council ouncil Met Mr wardns ouy Mohamed Adil Rahman (kanan) mewakili Sichma (Supreme Islamic Council of Halal Meat Australia) individu bertanggungjawab menghalalkan daging haram Australia yg dieksport ke M sia."


Saudara Zaharin Mohd Yasin sebentar tadi telah memuat naik sekeping gambar dengan tulisan berikut yang dikaitkan dengan isu “kartel daging” yang panas dibongkarkan ketika ini.

“Khabar cerita yang beredar dalam kumpulan WhatsApo nama pembesar di JAKIM antara orang yang ada kaitan kemasukan daging non-halal dari seberang laut.”

“Sewajar JAKIM membuat kenyataan perkara ini. Jangan sampai Intrigreti JAKIM di pertikaikan.”

“Photo di bawah dikatakan lelaki berbaju putih. Itu bernama Datuk Dr. Siraj dari Jakim. Pakai baju gelap dan makan durian Mohamad Adil Rahman.

Jamu durian aja... semua lepas”

Baca Artikel Berkaitan : GEMPAR!!! Syarikat Melayu-Islam yang “khianat dan bangsat”

https://infonegarakini.com/gempar-syarikat-melayu-islam.../

Baca Artikel berkaitan : DAGING HARAM | Menteri Agama terlalu “lembab” buat kerja

https://infonegarakini.com/daging-haram-menteri-agama.../

Politik Malaysia: Perlarasan semula atau penstrukturan semula?


Oleh Nor Miswary Ramli

(Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segambut)

Perlarasan semula atau apa yang disebut oleh ramai peminat politik masa kini – reset – bermakna kita kembali kepada kedudukan asal. Nombor sifar. Kosong. Posisi yang asal dengan orang yang sama dan di kedudukan yang sama. Tidak ada yang berbeza. Ia cuma bermula semula dengan perkiraan baharu. Sekali lagi, tiada apa yang berbeza.

Jika larian pecut 100-meter telah dimulakan dan pelari telah berlari separuh jalan, kita reset semula – iaitu membuat pelarasan semula – makanya, semua perlu kembali ke garisan permulaan semula. Bermula semula dengan masing-masing berada di kedudukan yang sama dan di lorong masing-masing. Tidak ada yang berbeza seperti sebelumnya. Pelarinya juga mereka yang sama seperti sebelumnya. Reset ini cuma memberi peluang mana-mana pelari yang terlompat awal atau yang bermula perlahan tadi akan dapat mencuri semula masa melakukan permulaan yang berbeza kali ini.

Maka, apa kata kalau saya anjurkan kita restructure semula. Membuat penstrukturan semula.

Biarpun penstrukturan semula ini melibatkan mereka yang sama, orang yang sama – muda tua, baharu dan lama, berpengalaman atau kurang berpengalaman – namun apa kata kita menyusun semua mereka ini semula. Membuat penstrukturan semula kesemua posisi dan peranan mereka. Restructure ini mungkin akan meletakkan mereka pada kedudukan yang berbeza kali ini. Cuma, itu sahaja.

Semasa saya bermain liga bolasepak kampung waktu kecil-kecil dulu, dan diimport menyertai sebuah pasukan daripada kampung yang lain, ketika itu saya hanya seorang pemain sayap kanan. Kerjanya hanya menghantar bola ke tengah padang untuk direbut dan disambar oleh penyerang bagi menjaringkan gol. Namun, selepas menyertai pasukan yang baru, dilantik pula menjadi kapten pasukan, saya dapati pemain di bahagian sayap kanan bermain jauh lebih baik daripada saya.

Lalu, saya membuat keputusan untuk merombak pasukan. Saya melakukan penstrukturan semula pemain. Restructure, bukannya reset. Ada yang biasa menjadi pemain di bahagian pertahanan sebelum ini, saya letakkan di bahagian serangan malah yang biasa bermain di bahagain serangan saya jadikan mereka pemain tengah dan saya pula bertukar menjadi pemain pertahanan sehingga ‘bersara’. Penstrukturan semula yang saya buat bukan berdasarkan suka-suka. Melihatkan kepada bakat mereka, ketenangan mengawal emosi serta kemahiran mengawal bola di atas padang menjadikan penstrukturan semula pemain dan pasukan tidak boleh dielakkan lagi.

Namun, penstrukturan semula ini hanyalah melibatkan pemain-pemain yang sama. Pemain-pemain hanya diubah posisi mereka di atas padang sahaja. Restructure yang dilakukan telah memberi mereka peluang meneroka kemampuan bermain di posisi yang berbeza. Keputusan tersebut akhirnya memberi nafas baharu dan menyegarkan permainan mereka di atas padang!

Kesan daripada penstrukturan semula ini menjadikan pasukan kami mempunyai lebih banyak pilihan pemain untuk diletakkan di beberapa posisi yang berbeza. Malah pemain yang selama ini tidak dapat bermain dan hanya terperap dibangku simpanan kini mempunyai lebih banyak peluang menunjukkan bakat sebenar mereka. Dan dengan restructure ini juga kami berjaya mendapatkan lebih ramai pemain baharu yang diimport dari kampung yang lain. Ya, kami mula menang lebih banyak perlawanan sejak itu.