Belanjawan tak bantu kakitangan syarikat penerbangan diberhenti kerja, kata Nufam

 

Inisiatif program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan syarikat penerbangan tidak memberi sebarang erti jika industri penerbangan negara tidak diberikan perhatian.

PETALING JAYA: Kumpulan kebajikan kakitangan syarikat penerbangan, Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) tidak melihat Belanjawan 2021 akan memberi impak besar buat bekas kakitangan syarikat penerbangan diberhentikan kerja yang ketika ini bergelut untuk menampung kehidupan mereka.

Presiden Nufam Ismail Nasaruddin berkata, inisiatif program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan syarikat penerbangan tidak memberi sebarang erti jika industri penerbangan negara tidak diberikan perhatian, memandangkan ia hanya akan mencipta lebih banyak penganggur pada masa depan.

“Saya nampak ada RM50 juta diperuntukkan untuk program latihan dan penempatan semula, bagi saya ini adalah bajet yang biasa oleh kerajaan. Kita sebenarnya hendak lihat bajet yang boleh melindungi industri penerbangan dan ekonomi negara secara keseluruhannya.

“Sepatutnya perlu ada lebih perlindungan kepada syarikat penerbangan dan pelancongan memandangkan mereka terlibat isu pembuangan pekerja. Jika berterusan, nampak gayanya tahun depan akan lebih banyak pembuangan,” katanya kepada FMT.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 berkata, kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan RM50 juta.

Ismail berkata, Tengku Zafrul sendiri tidak menyatakan secara jelas apakah program latihan akan diberikan kepada bekas kakitangan syarikat penerbangan, memandangkan sebilangan besar kakitangan terbabit mempunyai kemahiran tertentu.

“Kita juga hampa apabila kerajaan hanya memperuntukkan pengeluaran RM500 akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Hakikatnya, bekas kakitangan syarikat penerbangan ini ada antara mereka memang sudah tidak ada sumber kewangan lain.

“Sepatutnya, peruntukkan juga untuk mereka yang sudah kehilangan kerja ini peruntukan memulakan perniagaan. Galakkan mereka ceburi bidang perniagaan. Kini, apakah mereka yang kehilangan kerja ini juga layak untuk memohon sebarang pinjaman disebutkan kerajaan? Saya rasa tidak,” katanya.

Awal Oktober lalu, AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan syarikat penerbangan tambang rendah itu terpaksa memberhentikan 10% daripada keseluruhan 24,000 tenaga kerjanya. Awal Jun lalu, AirAsia sendiri sudah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan Covid-19.

Malindo Airways Sdn Bhd juga tidak terkecuali mengambil langkah memberhentikan pekerjanya, apabila dilapor akan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh tenaga kerjanya yang berjumlah 3,200.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed di Dewan Rakyat mengakui, industri penerbangan negara dan pelancongan kini antara sektor terjejas teruk akibat Covid-19. Malah, dilaporkan antara Julai dan Ogos pasaran buruh mencatatkan kadar 4.7%.

Ketika ini, kerajaan persekutuan masih kekal dengan dasar untuk tidak membuka pintu sempadan kepada mana-mana pihak kecuali kategori tertentu, berikutan wabak Covid-19 yang sudah memasuki gelombang ke-3 dalam negara.




Anwar: Belanjawan tidak mampu pulihkan ekonomi, bela yang miskin

 

Anwar persoalkan kejujuran kerajaan memulihkan ekonomi

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyelar kerajaan kerana gagal membentangkan belanjawan yang mampu membela golongan miskin atau berupaya memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata usul menghulur bayaran sekali beri RM500 kepada golongan tertentu bukan ubat untuk penderitaan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Belanjawan 2021 juga ketandusan strategi untuk membela mereka yang kehilangan pekerjaan serta gagal menangani masalah pengangguran yang ketara, kata beliau yang juga bekas menteri kewangan.

“Bayaran sekali RM500 bukan jawapan… kami juga telah menuntut moratorium pembayaran balik pinjaman bank keseluruhan tetapi menteri kewangan lebih mengutamakan kepentingan bank dan bukannya peminjam mahu pun ekonomi negara, kata Anwar.

Anwar berkata beberapa unjuran dalam Belanjawan 2021 membimbangkan, termasuk pendapatan kerajaan menerusi cukai pendapatan dan cukai korporat dijangka berkurangan hanya sebanyak RM4 bilion berbanding 2019.

“Amat sukar menerima unjuran sebegini sebab begitu banyak perniagaan kini hampir bankrap atau menanggung kerugiaan. Hanya segelintir syarikat seperti Top Glove yang meraih keuntungan,” kata beliau.

Anwar juga menuntut penjelasan kenapa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia diperuntukan RM80 juta manakala golongan miskin dan orang kurang upaya diberikan jumlah jauh lebih kecil.

Beliau menegaskan keperluan Putrajay lebih telus dan memberikan butiran terperinci mengenai usul-usul belanjawan yang dibentangkan semalam.

Pembangkang, katanya, akan membangkitkan isu-isu berkenaan apabila Belanjawan 2021 dibahaskan mulai Isnin depan.


Belanjawan tiada ‘wow’, Sabah patut dapat lebih banyak

 

Sabah diperuntukkan RM5.1 bilion bagi pembangunan infrastruktur selain RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek Pan Borneo serta pakej lain.

KOTA KINABALU: Pakar ekonomi berpendapat Sabah sepatutnya mendapat peruntukan lebih banyak daripada RM5.1 bilion diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Firdausi Suffian dari UiTM Sabah berkata, selepas sokongan rakyat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri lalu, Sabah sepatutnya mendapat lebih banyak daripada jumlah diumumkan.

“Saya tidak rasa bajet kali ini ada unsur ‘wow’ terutama kepada Sabah kerana saya menjangkakan sekurang-kurangnya ada 5.5 bilion untuk negeri ini.

Dalam belanjawan dibentangkan hari ini, Sabah diperuntukkan RM5.1 bilion bagi pembangunan infrastruktur selain RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek Pan Borneo serta pakej lain.

Firdausi turut mempersoalkan peruntukan RM17 bilion bagi menangani Covid-19 di negara ini kerana ia tidak dijelaskan lebih terperinci khususnya untuk Sabah.

“Mengikut data saya, Sabah ada 33 hospital, 333 klinik kerajaan, 4,160 dotor dan kira-kira 12,000 jururawat.

“Daripada RM17 bilion itu, berapa yang diperuntukkan untuk Sabah memandangkan kita kekurangan dari segi infrastruktur terutama di pedalaman dan kalau kita lihat kebanyak zon merah adalah di pantai timur negeri ini, jadi sejauh mana kemampuan fasiliti di sana untuk respons juga menjadi isu.

“Sepatutnya ada bajet spesifik untuk Sabah berkaitan Covid-19, mungkin juga pengumuman RM17 bilion ini untuk berlaku adil kepada negeri lain tetapi kita juga harus melihat kepada tahap wabak itu di negeri ini yang sangat teruk serta membimbangkan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik beberapa langkah kerajaan dalam belanjawan itu yang memberikan bantuan terus kepada golongan B40 dan M40.

“Ada bantuan untuk B40 dan M40, akaun 1 (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) boleh keluarkan, begitu juga akaun 2, itu memang harus dibelanjakan dan ia sesuatu yang baik.

“Pengeluaran akaun 1 juga sesuatu yang baik kerana walaupun ia adalah simpanan masa depan, tetapi bagi saya masa depan adalah sekarang kerana rakyat sangat memerlukan duit dalam keadaan sekarang, mereka masih boleh menyimpannya dan mengeluarkan duit itu kemudian,” katanya.



BELANJAWAN 2021 TIADA APA YANG MENARIK.MALAH BAHAYA JIKA IANYA DISOKONG

 

Rata-rata rakyat tampak tidak gembira dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi.

Bagi mereka, tiada perkara menarik yang boleh membuatkan rakyat tersenyum dengan pembentangan belanjawan kali ini.

Yang sinis berkata, kalau ada pun yang menarik hanyalah tentang kejayaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berjaya membuatkan Speaker, Azhar Azizan Harun terpaksa membuat U-Turn dengan membenarkan kesemua 222 Ahli Parlimen berada di Dewan Rakyat mendengar pembentangan Belanjawan 2021.

Jika semalam beliau mengeluarkan arahan hanya 80 Ahli Parlimen saja dibenarkan berada di Dewan Rakyat, hari ini berikutan desakan Anwar yang kemudian disokong empat Ahli Parlimen UMNO, Azhar terpaksa mengubah keputusannya dengan rasa yang cukup kecewa.

Kekecewaannya jelas terpancar apabila beliau kemudian menyatakan agar di lain kali permohonan seperti itu seharusnya diberi notis awal terlebih dahulu kepadanya.

Apakah ini petanda awal Belanjawan 2021 akan berdepan masalah ketika pengundian nanti?

Dua perkara yang paling membuatkan rakyat kecewa dan tidak puas hati ialah berkaitan pengeluaran wang daripada KWSP dan perlanjutan tempoh moratorium pinjaman bank.

UMNO, khususnya melalui Najib Razak, sejak dua tiga minggu lalu, giat mendesak kerajaan agar membenarkan rakyat mengeluarkan wang caruman sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP.

Pengeluaran wang itu adalah untuk tujuan mereka menyelesaikan urusan kehidupan berikutan pandemik Covid19 yang membuatkan ramai hilang pekerjaan dan tiada pendapatan.

Dengan RM10 ribu dapat dikeluarkan dan jika pasangan turut berbuat demikian, bermakna jumlah RM20 ribu yang ada dalam tangan mampu menyelesaikan banyak urusan kehidukan, antaranya tentang bil-bil yang tertunggak.

Jika kebenaran itu diberikan, ia dianggarkan mampu memberi manfaat dan keselesaan kepada kira-kira 4.7 juta pencarum.

Malangnya, desakan dan permintaan UMNO itu tidak dipedulikan oleh Tengku Zafrul.

Dalam pembentangannya, beliau mengumumkan hanya pencarum hilang pekerjaan dibenarkan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah RM500 sebulan selama setahun.

Dalam erti kata lain, jumlah dibenar dikeluarkan adalah RM6000 sahaja, tetapi dengan RM500 sebulan, apa yang boleh diselesaikan?

Itu pun, oleh kerana ia terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan, manfaatnya hanya untuk 600 ribu pencarum semata-mata berbanding sasaran daripada cadangan asal ialah 4.7 juta pencarum.

Bagi moratorium pinjaman bank, kedua-pihak iaitu UMNO dan PH telah membuat desakan agar ia dilanjutkan selama tiga atau enam bulan lagi bagi tujuan meringankan beban hidup rakyat akibat Covid19.

Desakan ini juga tidak diterima, sebaliknya Tengku Zafrul sekadar mengumumkan moratorium bersasar untuk golongan B40 di mana mereka yang berkenaan perlu berurusan dengan pihak bank untuk memohonnya.

Selain itu, mereka juga diberi pilihan sama ada mengambil moratorium selama tiga bulan atau mengurangkan jumlah bayaran bagi tempoh enam bulan dengan membuat perisytiharan bahawa pendapatan mereka telah berkurangan.

Yang nyata di sini, desakan UMNO dan PH langsung tidak diberi perhatian oleh PH, walaupun ia adalah untuk manfaat majoriti rakyat.

Dalam hal ini, ada yang berkata – inilah padahnya bila wakil bank dan bukan wakil rakyat jadi Menteri Kewangan.

Baik UMNO atau PH, terutama berkaitan dua aspek di atas iaitu pengeluaran wang KWSP dan moratorium pinjaman bank, adalah bahaya bagi masa depan mereka jika menyokong kelulusan Belanjawan 2021 ketika pengundian nanti.

Menyokongnya bererti tidak peduli terhadap keperluan rakyat yang majoritinya benar-benar perlukan wang daripada KWSP dan moratorium dilanjutkan lagi.

Sebaliknya, dengan menolak belanjawan dan menunjukkan kebersamaan terhadap keperluan hidup rakyat, peluang memenangi PRU akan datang adalah lebih cerah, terutama jika PRU15 diadakan seawal tahun depan. 

(Shahbudindotcom 06/11/2020)



Besar PN sediakan peruntukan untuk JASA?

 


Menteri yang jaga JASA adalah daripada Bersatu, adakah peruntukan besar ini, antaranya untuk lawan UMNO?

YB Saya fikir budget ini harus ditolak *MP PH dan MP BN*


Yeop Kuale


Sebab budget ini tidak disasarkan dgn baik . Rakyat tersasar dengan ekonomi yg kecewa pengeluaran KWSP  RM 500 sebulan  yg tidak membantu golongan tersasar untuk pengeluaran itu sebagai modal menyelesaikan masalah , rakyat perlu mulakan hidup yg baru seperti berniaga dan menyelesaikan bebanan hutang yg memberi tekanan mental . 


Moratrium juga tidak diberikan , ini juga memberikan impak yg sama masalah tekanan mental yg tidak dapat  dielakkan oleh rakyat yg baru mahu bangkitkan perniagaan dan rakyat yg baru diberhentikan kerja yg mahu mulakan hidup baru.


*Saya sokong Budget ini ditolak*


YB , rakyat yg diberhentikan kerja mahu lump sump kwsp pengeluaran supaya dapat selesaikan tekanan mulakan hidup baru buat perniagaan . 


Moratorium di lanjutkan kepada semua peringkat iaitu selama 12 bulan.


Rakyat juga perlukan Moratrium untuk redakan tekanan dalam baru saja mahu melangsungkan kehidupan . Ini amat diperlukan oleh golongan tersasar iaitu rakyat peniaga kecil dan rakyat yg baru mahu mulakan hidup dari diberhentikan kerja .


one off 500 juga harus diberikan kepada atm, pdrm, rela, jpam dan lain jab yg bertugas sebagai kawalan keselamatan. bagi mengenangkan jasa dan bakti mereka yg juga berisiko dijangkiti covid. one off 500 bukan hanya diberi kepada pihak KKM sahaja. 


*Saya sokong Budget 2021 ini ditolak*


sampaikan pada yb masing masing.


DUIT SENDIRI LA BRO


Nizam Aka



 Aduhhh..Bukan main lagi memuji dan memuja kononnya kersjaan terbaik bila keluarkan wang daripada kwsp..Kikikiki.. Pencarum keluarkan wang yang mereka sendiri simpan,last-last kerajaan yang dilambung-lambung seolah-olah wang kerajaan campak dari langit..🙂🙂😂

Ello tuan..itu bersasar untuk mreka yang hilang pekerjaan..Bijak permainan ayat..Tak ubah berterima kasih kepada mesin ATM  bila keluar duit..🙂🙂🙂🙂



KETOKOHAN KETUA PEMBANGKANG TERBUKTI DI HARI PERTAMA PEMBENTANGAN BAJET - IDEA TAKIYUDDIN DITOLAK MENTAH-MENTAH



Idea untuk menetapkan hanya 80 orang MP berada di dalam dewan Parlimen pada petang tadi sewaktu Pembentangan Bajet datangnya dari Takiyuddin, MP dari Pas merangkap Menteri Undang-Undang.   Saya tidak faham bagaimana seorang Menteri mewakili parti yang kononnya membawa suara Islam boleh menyuarakan idea sebodoh itu.


Alhamdulillah, sebelum pembentangan Bajet bermula, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bangun untuk memohon kepada YDP Dewan agar membenarkan kesemua MP yang berada di luar dewan masuk untuk mendengar Pembentangan Bajet.   Ini sesi yang penting di mana Bajet untuk negara dan rakyat dibentangkan maka wajarlah kesemua Wakil Rakyat dibenarkan masuk untuk mendengar dengan teliti sebelum dibahaskan.


Pada awalnya Speaker agak keberatan untuk meluluskan permohonan Ketua Pembangkang atas alasan ia telah diputuskan di dalam mesyuarat bersama Ketua-Ketua Whip.  Takiyuddin pun turut bangun mempertahankan idea bengapnya itu.  Namun, cadangan Dato Seri Anwar Ibrahim ini telah mendapat sokongan beberapa MP dari Umno seperti YB Noh Omar, YB Tajuddin, YB Shahidan Kassim, YB Bung Mokhtar dan beberapa yang lain termasuk tentuya dari MP mewakili PH.


Akhirnya, Speaker menerima cadangan Ketua Pembangkang sekaligus membakul sampahkan idea mengarut Takiyuddin itu.  Maka, kesemua MP samada dari kerajaan pintu belakang mahu pun Pembangkang termasuk dari Bebas dibenarkan masuk dewan.  


Tahniah, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mempamerkan kualiti seorang pemimpin yang telah membawa suara kesemua MP tidak kira apa parti sekalipun dan rakyat bawahan yang mahu agar institusi Parlimen benar-benar dimartabatkan bukan diperkudakan sesuka hati.   


WFAUZDIN NS



NAK CARI DUIT UNTUK NEGERI HANGPA TAK PANDAI, NAK PENAIK GAJI UNTUK HANGPA PANDAI..!!!!

 



BOB KELANANG


Di bawah ini di senaraikan pelaburan asing yang masuk kepada setiap negeri di Malaysia pada 2019... dan di sini bolehlah kita lihat 3 negeri

terbaik

di atas adalah dibawah pemerintahan Kerajaan PH..

Dari situ pula cuba anda semua lihat 3 negeri di bawah di mana ia ada negeri KELANTAN (6.4 juta) & TERENGGANU (50 juta)...

Dari sini apa yang dapat anda katakan dan fikirkan...

 

Permohonan Anwar Mendapat Sokongan Daripada Blok Kerajaan & Pembangkang,...

Wakil rakyat DAP santuni golongan memerlukan


Wakil-wakil rakyat DAP terus menyantuni masyarakat setempat dengan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook antaranya, bersama seluruh kepimpinan DAP Negeri Sembilan telah turun ke Taman Happy, Pekan Rasah untuk melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Kawasan tersebut adalah antara yang paling teruk terjejas.

“Di atas solidariti bersama mangsa banjir, pejabat saya menyumbangkan 100 set tilam dan 50 unit periuk nasi kepada 50 buah keluarga di sini,” kata Anthony.

Dalam musibah banjir tersebut, tambah Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP, kebanyakan barangan dalam rumah mereka musnah termasuk tilam dan barangan elektrik.

Beliau berharap, sedikit sumbangan itu meringankan kesusahan mereka dan bantuan akan terus diedarkan kepada kawasan-kawasan terjejas yang lain.

Dalam pada itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bangi mengedarkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk-penduduk kawasan Hentian Kajang.

Penduduk-penduduk kawasan itu kini dengan menjalani Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming menasihati penduduk kawasan tersebut untuk berada di rumah jika tiada sebarang urusan di luar.

“Sama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan Covid–19,” ujarnya. 

APA FUNGSI JASA? BAYAR CYBERTROOPER????

 

NORA JAMILAH

Bajet JASA sebelum ini (Zaman BN)

2011 – RM 21,759,400
2012 – RM 21,392,000
2013 – RM 23,127,100
2014 – RM 24,572,800
2015 – RM 21,718,100
2016 – RM 22,801,000
2017 – RM 22,886,500
Zaman PH Hapus
Kerajaan PN 2021 - RM 81,150,000
Apa fungsi JASA ni sebenarnya? RM81 juta!??



SYUKUR ADA PEMIMPIN NGOKS MACAM NI


Syukur ada pemimpin macam ni...


 Image may contain: 2 people, including Ahmad Roshdani, text that says "30 TAHUN LAGISELESAI Bila air Kelantan bermasalah JAUHI SIFAT DENGKI. ALLAH ENTUKAN REZEKI MASING-MASING Bila Adun & Exco Kelantan gaji naik"

LEBIH BAIK BAGI KAIL DARI BAGI IKAN



 Jika trend lama juga diulangtayang, golongan tidak berkemampuan tetap tiada perubahan dan hanya menunggu mesin ATM bila bantuan dihulur.

MP patut debat soal ini kerana yang diperlukan ialah, dana untuk perniagaan kecil-kecilan kerana itu kemampuan orang kecil. BRIM atau BSH atau apa jenama pun akhirnya menjadikan orang kecil mandul tidak berkembang.
Kebetulan dengan perkembangan Covid19 seluruh dunia dan kebimbangan perniagaan yang terbantut, tahun 2021 bakal menampakkan lagi jurang perekonomian rakyat.
Bajet 2021 mungkin boleh dicanai lebih baik jika MP punya wawasan dan ilmu baik pulih. Sepanjang sejarah Malaysia, untuk bangkit dari kejatuhan ekonomi sangat payah sehinggakan selepas kemelesetan ekonomi 1998, negara ini terus jatuh merudum dan merudum.
Yang kononnya dikatakan baik itu hanya dari mulut mantan menteri terdahulu padahal kebangkitan Malaysia hanya dari bantuan hutang sama ada IMF atau negara lain.
Untuk perdebatan minggu seterusnya, kita lihat bagaimana MP dan kepakaran masing-masing berhujah. Jika ada lontaran genius, aku rasa debat menjadi hangat.
Silap haribulan, undian bajet ditolak.
Bagi aku sendiri, kalaulah namanya kerajaan pengkhianat, kau bentang bajet bapa punya bagus pun tetap tiada keberkatan malah tunggu sahaja kemusnahan mereka!
Sekian

Abang Baim perihatin marhaen 😎

KES COVID 19....

 Image may contain: text that says "STATUS TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA 6 November 2020 Kes Sembuh baharu ewrecovered cases 726 69.1% Jumlah sembuh Totalrecov 26,380 KÄ™s baharu New cases 1,755 Kes tempatan Kes import 1,752 3 38,189 Jumlah kes keseluruhan Total confirmed cases Jumlah kes aktif Total active cases 30.2% 11,530 Jumlah es Termasuk 83 32 BuAla 0.7% Kematian baharu New death 2 Jumlah Kematan 279 Sumber:CPRCKebangsaan Kebangsaan KEMENTERIANKESIHATANMALAYSIA comms@moh"

DARI NAIK GAJI ADUN KELANTAN, ELOK BAGI BANTUAN COVID


KEPAKARAN ANWAR DIPERLUKAN PULIH EKONOMI NEGARA


APA KHABAR MAZSLEE MALIK

 

Nampaknya akan ada pengumuman daripada Dr. Maszlee  mengenai hala tuju perjuangannya pada 11 November ini...



SPEAKER AKUR BENARKAN SEMUA AHLI PARLIMEN MASUK DENGAR BELANJAWAN 2021




Azhar berkata SOP sedia ada iaitu had 80 orang Ahli Parlimen pada satu-satu masa, akan berjalan pada sesi seterusnya Isnin ini. 


KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang sepatutnya bermula 4 petang di Dewan Rakyat terhenti selama 15 minit apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bangkit memohon agar dibenarkan kesemua Ahli-ahli Parlimen masuk ke dalam dewan.

Permohonan tersebut adalah susulan keputusan yang dibuat Speaker Datuk Azhar Azizan Harun semalam yang mengatakan jumlah Ahli-ahli Parlimen yang dibenarkan dalam Dewan Rakyat adalah 80 orang pada satu-satu masa.


Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, sepatutnya tiada masalah untuk membenarkan kesemua Ahli Parlimen bersama-sama mendengar pembentangan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memandangkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sudah mencukupi.

Antara yang bangkit menyokong usul beliau adalah Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Bebas-Jerlun), Lim Guan Eng (PH-Bagan) dan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang).


Pada awalnya, Speaker berkata, keputusan tersebut telah dibuat berdasarkan persetujuan Ketua-ketua Whip Parti dan tidak perlu diubah kembali.

Namun, beberapa Ahli Parlimen mengatakan keputusan tetap terletak di tangan Azhar selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat, bukannya keputusan bersama Ketua-ketua Whip.

Azhar akhirnya membenarkan sidang ditangguh lima minit bagi membenarkan kesemua Ahli Parlimen memasuki dewan.

Beliau kemudian memberitahu dewan bahawa SOP sedia ada iaitu had 80 orang Ahli Parlimen pada satu-satu masa akan berjalan pada sesi seterusnya Isnin ini.


“Ingin saya tegaskan, keputusan tersebut dibuat secara konsesus bersama-sama Ketua-ketua Whip Parti. Saya akan patuhi keputusan tersebut secara ketat Isnin ini.

“Di masa hadapan, lebih baik saya diberi notis terlebih dahulu, saya tak suka buat keputusan secara bersendiri. Saya suka buat keputusan secara konsensus selepas ada libat urus dengan pihak yang berkaitan," kata beliau lagi.



MULA LANGKAH PERTAMA


 AKHIRNYA JAM 16.14 PM: 

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun terpaksa mengenepikan keputusan awal untuk mengehadkan jumlah ahli parlimen kepada 80 dalam sidang ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.


Anwar Ibrahim [PH-Port Dickson] memulakan desakan itu dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah pihak, termasuk Bung Mokhtar Radin [BN-Kinabatangan], Tajuddin Abdul Rahman [BN-Pasir Salak], Ahmad Jazlan Yaakub [BN-Machang ] dan Noh Omar [BN-Tanjung Karang].



TOLONG JANGAN DENGKI..NI KERAJAAN MELAYU ISLE..

 

Ayah Rani Kulop lebih cerdik dari lebai.

W.Faudzin

Korang jangan dengki adun-adun  Kelantan gaji.  Lebai ni kata, itu rezeki Allah.  Allah dah tetapkan rezeki Adun-adun naik gaji.  Rezeki korang dapat air keruh atau berkarat, atau tiada kerja, korang kena redho ketentuan Allah.Tu namanya Takdirrrrr...



SELAGI BOLEH DAGANG AGAMA...SEMUA NAK DIJUALNYA


IBRAHIM MAT ISA

Selain topi cop capal yang harga asal RM300, kayu yang didakwa dari kapal Nabi Noh AS juga dijadikan bahan jualan puak ketayap masam. Bebas sungguh kapitalis agama!
Gambar ni aku cilok dari FB pendokong Yahanana..



 No photo description available.

Manifesto PH diteruskan kerajaan PN

 



Manifesto Pakatan Harapan (PH) berhubung usaha pengasingan peranan pendakwa raya dari jabatan peguam negara bagi mengelakkan pendakwaan bermotifkan politik akan diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jabatan peguam negara sedang menyiapkan laporan inisiatif itu dan akan dibentangkan jemaah menteri pada hujung tahun ini.

"Inisiatif untuk mengasingkan peranan pendakwa raya dari peguam negara merupakan strategi kajian separuh penggal kerajaan PH dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan pelan anti-rasuah negara ini diteruskan oleh kerajaan ini.

"Jabatan peguam negara adalah agensi penyelaras dan pelaksana dan sedangkan memuktamadkan laporan kajian pengasingan peranan pendakwa raya dan peguam negara termasuk pindaan 145 perlembagaan persekutuan untuk dibentangkan jemaah menteri dijangka hujung tahun ini," katanya di Dewan Rakyat.

Namun Takiyuddin berkata, walaupun pindaan perlembagaan perlu dibuat, ia tidak memerlukan majoriti dua pertiga seperti yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Sememangnya dalam Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, dewan memerlukan undian dua pertiga bagi membuka laluan pemisahan peranan itu dan membolehkan dua individu dilantik menjalankan fungsi ini.

"Namun demikian, perkara yang baik seumpama ini tidak semestinya memerlukan majoriti di pihak kerajaan sahaja.

"Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman misalnya telah mengambil inisiatif baik walaupun masa itu kerajaan PH tidak mempunyai dua per tiga majoriti tetapi dengan libat urus dibuat dengan pembangkang, undi 18 dapat diteruskan.

"Saya percaya perkara ini akan disokong rakan pembangkang dan kita boleh meminda perlembagaan," katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tampil mempertahankan pendirian PH dan mengapa pentingnya undian majoriti dua per tiga di Parlimen.

"Ini perkara yang ada dalam manifesto PH, persoalan majoriti memang diperlukan bagi pihak PH, sebab kami beri jaminan sekiranya dibawa usul ini kita akan menyokong sepenuhnya, kerana ini akan memberikan kebebasan dan untuk menentukan bahawa tidak ada pendakwaan yang bermotifkan politik.

"Isu ini amat mencemarkan suasana negara kita ketika ini di mana baru-baru ini berbagai dakwaan ataupun tindakan pendakwaan yang ramai mentafsirkan bermotifkan politik dan kita harap dengan pindaan ianya akan dihentikan," katanya.

 

Menteri Pengajian Tinggi digesa bantu mahasiswa terkandas

 

DULU HANG CAKAP PANDAI. BAGI JAWATAN HANG LENA....



Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menggesa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad membantu ratusan mahasiswa Malaysia yang sedang terkandas di Indonesia.

Beliau berkata majoriti mahasiswa meminta untuk kembali ke Malaysia bagi melanjutkan pengajian mereka di negara ini, dan perkara ini boleh dibuktikan menerusi pertemuannya dengan seorang mahasiswa di kawasan Parlimennya.

"Salah seorang mahasiswa tersebut telah bertemu dengan saya di Pusat Khidmat Rakyat #ParlimenJB tempoh hari.

"Ratusan Mahasiswa Malaysia terkandas di Indonesia. Itu angka yang saya terima beserta nama, dan jumlah sebenar yang memerlukan bantuan mungkin lebih daripada itu," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Akmal kemudian membawa isu tersebut kepada Menteri Noraini yang turut hadir dalam sidang Parlimen minggu ini.

"Saya telah mengadakan pertemuan bersama YB Datuk Seri Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi semalam bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan mahasiswa.

"Antara isu yang sangat mendesak adalah permohonan ratusan mahasiswa kita yang menuntut di Indonesia, ingin mengemukakan rayuan untuk menyambung pengajian di Malaysia," katanya.

Akmal juga bimbang dengan keselamatan mahasiswa yang terdedah dengan wabak COVID-19, memandangkan Indonesia merupakan negara Asia Tenggara yang paling banyak mencatatkan kes ketika ini.

"Ini susulan keadaan penularan Covid-19 di negara jiran yang hampir mencecah 500,000 jangkitan dan hampir 15,000 kematian yang dilaporkan secara rasmi.

"Saya terima komitmen YB Menteri untuk melihat perkara ini dan pegawai yang bertanggungjawab untuk urusan mahasiswa turut hadir dalam perbincangan," katanya.

 

ADUN PAS NAIK GAJI: RAKYAT KENA SALAHKAN DIRI SENDIRI