Pengundi muda bakal ubah landskap politik Malaysia pasca PRU15, kata penyelidik



Pengundi muda bakal ubah landskap politik Malaysia pasca PRU15, kata penyelidik
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim meramalkan pengundi muda bakal merubah landskap politik Malaysia pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Kata beliau, seramai 14.9 juta pemilih layak mengundi dalam PRU14 lalu melalui sistem layak mengundi umur 21 tahun dan pendaftaran secara manual, justeru, jika PRU15 diadakan pada tahun 2023, dijangka seramai 22.7 juta pemilih akan layak mengundi melalui sistem Undi 18 dan pendaftaran automatik.
“Penambahan pengundi baru melebihi 50 peratus ini berpotensi besar untuk merubah lanskap politik Malaysia pasca PRU15 nanti,” kata beliau menerusi laman sosialnya.
Ujar beliau, sehingga kini tiada mana-mana parti yang boleh mendakwa mereka mempunyai kelebihan untuk menarik sokongan pengundi yang akan mengundi kali pertama ini.
Ini katanya, adalah kali pertama kita memberi ruang kepada pengundi bertaraf remaja untuk memilih pemimpin negara, tingkah laku pengundian dan corak sokongan mereka belum diketahui.
Sehubungan itu tambah beliau, parti yang berjaya menarik sokongan kumpulan pemilih yang akan mengundi kali pertama nanti akan memperolehi keuntungan besar, bahkan berpeluang memenangi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri.
“Namun untuk mendampingi anak-anak era milenia ini tidak mudah juga, mereka mempunyai corak komunikasi dan karakter yang berbeza berbanding generasi sebelumnya.
“Bagaimana parti-parti politik mengatur strategi dan medium kempen akan mempengaruhi sokongan mereka, situasi yang sangat menarik untuk diperhati dan dianalisis,” kata beliau.

POLIS CARI PENYEBAR FITNAH


DAP dah tak berkuasa pun masih nak fitnah Lim Guan

Eng kononnya anak beliau 

ditahan di Singapura dengan wang 2 juta. Macai 

buat grafik, walaun tukang sebarkan fitnah.

Bodoh punya walaun! Polis sedang kesan tu.....






OWH....SALAH TAHUN TU LEBAI NAK PUJI PUN....



yem yem


BILA TANYA BAB NAK TUTUP KEDAI JUDI KATA KENA 
AMBIK MASA.....YG NI TERUS KATANYA 
"BARAKAH"....NAMPAK TAK BETAPA "BANGANGNYA PENGANUT PAS....


Tiada penerangan foto disediakan.

KETUA CABANG PEKAN YANG DIPECAT


W. FAUDZIN

Ketua Cabang Pekan yang dicadang pecat oleh MPN dan ditolak oleh AJK  Cabang sendiri, terus meroyan dan guna modal Umno juga akhirnya. 😁


Imej mungkin mengandungi: teks

AYUH BANGKIT BERSAMA KAMI

Semalam, Zahid kata sokongan UMNO kepada PN hanya sehingga PRU15 saja. Hari ini, Najib turut berkata hal yang sama.

Dalam erti kata lain, dalam PRU15 nanti, UMNO akan bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan akan meninggalkan Bersatu.

Jadi, Bersatu nak berganding dengan siapa?



Imej mungkin mengandungi: 9 orang, teks mungkin yang mengatakan 'SOLIDARITI DEMI UMNO AYUH BANGKIT..!! BULETIN MEREKA TELAH BERSUARA 2RMS MEMPERTAHANKAN MARUAH UMNO DARI REJIM TSMY DAN AZMIN ALI, MANA YANG LAIN..?? BANGKIT BERSUARA BERSAMA MEREKA..!! MEDIA'

APA DAH JADI ?



Waktu dalam PH, kerja dia asyik jumpa MP umno dan sibuk kumpul tandatangan untuk buat khianat jatuhkan kerajaan PH.  Bila dah jadi menteri kerajaan pengkhianat, kerja dia bergambar sambil menalipon konon-konon sibuk , sampai satu hari hantar gambar yang sama.

Malang sungguh ada menteri perangai macam adik dia si Diva tu...

W.Faudzin


DOK GRRAM SAJA TAK JADI LA UMNO...BERTINDAK LAH.,

Ibrahim Mat Isa

Umno duk geram je dengan Bersatu. Umno tak pandang pun dekat muafakat dengan Pas sebab Umno tahu, pemimpin Pas semua kartun. Kalau Umno dapat kuasai Bersatu, dan mereka kembali sebagai sebuah gerombolan Umno, alamat Pas akan kena sepak macam kucing kurap le. Puak muda-muda gedik dalam Pas mana tau sejarah 1978..



Nizam Aka..

Dr Halimah Ali..kamu tu pimpinan muslimat pas yg cerdik dan reti sesuatu benda samada ianya benar atau tipu..yg kamu sembang ttg pengagihan keuntungan TH itu semuanya tipu..Jelas,kamu hnya nk ambil kesempatan atas keuntungan yg diumum oleh TH..Seolah2 keuntungan yg diumum oleh TH itu krana pentadbiran Kjaan Sheraton Pintu Jamban geng2 kamu..Sama bodoh dgn walaun kamu dlm group KPPP itu..Takkan kamu buta huruf hingga tak reti baca Lapuran TH itu.. Bknkah itu keuntungan utk tahun kewangan 2019?Masa tu siapa yg tadbir?Takkan nk kata geng2 semburit kamu yg tadbir?Geng2 walaun kamu,bolehlah kamu tipu,sbb geng2 kamu itu jenis bengap..Hidang apa saja,mereka terus percaya,terus telan,walaupun kelentong dan auta..Tak pyhlah nak ambil untung politik,atas usaha2 Org lain..itu bengong namanya..


INI ORANG BESAR PUNYA EGO



Semakin hari semakin kuat kedengaran suara tidak puas daripada UMNO berhubung susunan kabinet oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Setelah beberapa pemimpin UMNO bersuara meluahkan rasa tidak puas hari mereka, paling terbaru, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan juga mempunyai pendirian yang sama.
Kata beliau, sebagai blok terbesar dalam Perikatan Nasional, UMNO telah diketepikan secara tidak adil oleh Muhyiddin dalam lantikan yang dibuatnya.
“Keanggotaan kabinet secara jelas memberi manfaat yang besar kepada Azmin Ali yang bukan saja semua kumpulannya beroleh jawatan menteri dan timbalan menteri, malah bekas Timbalan Presiden PKR itu juga seolah-olah TPM dalam Perikatan Nasional,” tegas bekas MB Negeri Sembilan itu lagi.
Tambah beliau, walaupun bukan ‘kepentingan paling afdhal’ untuk UMNO diberikan kedudukan yang banyak dan kanan, tetapi adalah mustahak bagi Muhyiddin mengikut saiz perwakilan parti dalam lantikan yang dibuatnya.
Soalnya, dengan seorang demi seorang pemimpin UMNO bersuara meluahkan tidak puas hati terhadap Muhyiddin berhubung lantikan kabinet yang dibuatnya, adakah beliau selaku Perdana Menteri sedia mendengar rungutan mereka itu?
Adakah juga Muhyiddin sedia membuat rombakan semula bagi memenuhi rasa tidak puas hati dan rungutan UMNO itu?
Berdasarkan tinjauan dengan beberapa individu yang pernah kenal rapat dengan Muhyiddin, termasuk mereka yang pernah bekerja dengannya, adalah disimpulkan bahawa Muhyiddin tidak akan tunduk kepada semua rungutan dan tekanan itu.
Apabila sudah membuat keputusan, itulah pendirian Muhyiddin dan beliau tidak akan sesekali mengubahnya.
Kenapa Muhyiddin bersikap begitu?
Sebenarnya, bagi mereka yang kenal rapat atau pernah bekerja dengannya, Muhyiddin dikenali sebagai seorang yang mempunyai ego yang sangat besar dan selalu menganggap keputusannya adalah betul belaka.
Ketika menjadi menteri, beliau paling pantang jika cakapnya tidak didengari, dibantah atau ada orang lain yang cuba mengajarnya dalam membuat keputusan.
“Ini orang besarrr punya ego,” kata seseorang yang pernah bekerja dengannya.
Bahkan, tambah beliau, ego Muhyiddin jauh lebih besar daripada ego Tun Mahathir Mohamad.
Kata seseorang yang tak mahu disebut namanya itu, jika Tun Mahathir diketahui masih sudi mendengar pandangan yang berbeza, malah kadangkala mengubah keputusannya, tetapi Muhyiddin jarang sekali berbuat demikian.
Ketika menjadi menteri, beliau pernah menegur seorang pegawai kanan kerajaan yang terlalu banyak bercakap dan memberi pandangan kepadanya.
Kata Muhyiddin kepada pegawai berkenaan, “awak jangan banyak sangat bercakap, hanya jika saya suruh bercakap, barulah awak perlu bercakap.”
Seorang pegawai bawahannya yang suka memberi pandangan kepadanya juga pernah ditegur Muhyiddon dengan perkataan – “awak menteri ke saya menteri”?
Pendeknya, mereka yang kenal dan pernah bekerja dengan Muhyiddin tahu benar perangai dan tabiat semulajadinya.
Mendengar pandangan yang berbeza pun beliau tidak suka kerana egonya menjadikan beliau berasakan dirinya sentiasa betul, mendesaknya mengubah keputusan yang sudah dibuat tentulah lebih mustahil lagi.
Kalau ketika menjadi menteri pun, egonya sudah sangat tinggi, setelah memegang jawatan Perdana Menteri sekarang ini, pastilah ketinggian egonya tambah-tambah mencanak dan mungkin seringgi KLCC.
Maka itu, setelah beliau membuat keputusan melantik menteri-menterinya, janganlah ada sesiapa cuba menegur, membantah atau mengajarnya bagaimana membuat keputusan yang betul dan adil.
Semua itu tidak akan dipedulikannya dan hanya ibarat “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri” saja baginya.
Bagi Muhyiddin, bukan saja sebagai menteri sebelum ini, tambahan lagi setelah sekarang jadi Perdana Menteri, kata-kata dan keputusannya adalah titah yang mesti dipatuhi.
Dalam hal ini, kesian pun ada kepada nasib yang menimpa UMNO dan sanggupkah mereka bertahan dengan keegoan Muhyiddin sehingga PRU15 akan datang? (ShahbudinHusin 14/03/2020)

PH BOLEH MENANG PTU 15?

UNTUK KE DEPAN, PH HANYA PERLUKAN ANWAR’ – MANOGARAN

KERAJAAN BERTUKAR, INDIA TETAP ENGGAN BELI SAWIT MALAYSIA

PN DIJANGKA AKAN BERTAHAN HINGGA PRU15

Salam hormat buat semua teman,


Penangguhan Sidang Parlimen & Perlantikan Kabinet

1. Melihat kepada perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri oleh TSMY, saya menjangka  bahawa PN (Gerombolan Pengkhianat, Perompak, Penyamun, Kleptokrat dan Penunggang Agama) akan mampu bertahan hingga PRU15 akan datang.

2. Tindakan TSMY menangguhkan persidangan Dewan Rakyat yang dijadual pada 9 Mac 2020 adalah satu tindakan bijak oleh beliau. Menamakan dan melantik beberapa orang penyokong Tun M ke dalam kabinet juga tindakan cerdik oleh TSMY.

3. Tindakan drastik tetapi terancang ini menyebabkan Tun M kehilangan majoriti yang didakwanya mempunyai 114 sokongan Ahli Parlimen sebelum ini.

4. Saya berpendapat undi tidak percaya kepada PM yang dirancang apabila Dewan Rakyat bersidang nanti besar kemungkinan tidak akan berlaku. Jika benar undi tidak percaya diusulkan juga, Tun M dan PH dilihat tidak mempunyai majoriti yang mencukupi. Oleh itu TSMY dan PN akan dapat bertahan hingga PRU15 yang akan datang.

Pertembungan Tun M - Dato Seri Anwar Ibrahim

5. Ketidakhadiran Tun M dan pasukannya di dalam program penerangan yang telah diatur oleh Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan pada 9 Mac 2020 di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara adalah petanda jelas telah wujud pertembungan terbuka di antara beliau dan DSAI. Apa sahaja alasan yang diberikan bagi saya telah tidak terpakai sama sekali.

6. Kenyataan dan "serangan" yang dibuat oleh Tun M dengan menyalahkan DSAI dan PH yang menyebabkan beliau kehilangan majoriti sokongan untuk jawatan PM sebelum dipersembahkan kepada DYMM YDPA memberi gambaran jelas bahawa Tun M secara halus memulakan "peperangan" terhadap DSAI.

7. "Serangan" oleh Tun M itu akhirnya dijawab oleh DSAI. Pertembungan di antara Tun M dengan DSAI mungkin akan berpanjangan apabila pada 10 Mac 2020, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Majlis Presiden PH menggambarkan bahawa PH akan konsisten kembali kepada perjuangan asal dan seterusnya menamakan DSAI sebagai calon Perdana Menteri.

8. Pertembungan ini sedikit banyaknya akan memberi impak positif terhadap kedudukan TSMY sebagai PM dan PN selaku Kerajaan yang memerintah sekurang-kurangnya sehingga PRU15 nanti.

....Bersambung dengan tajuk
PAKATAN HARAPAN: PELUANG MENGAMBIL ALIH KERAJAAN TANPA TUN MAHATHIR

Kalau Takut Kepada Risiko
Usah Bicara Soal Perjuangan

Salam Reformasi,

Zaidi Ahmad
Pekan
11 Mac 2020
@10.12 pagi

Guan Eng di mata Dr Mahathir


Selepas kerajaan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) tumbang ekoran daripada percaturan politik dan pengkhianatan Mohamed Azmin Ali serta rakan-rakannya, DAP menjadi sasaran fitnah dan dakwaan tidak berasas pelbagai pihak. 
DAP dikatakan kononnya menjadi penyebab PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan mentadbir Putrajaya. Pelbagai tuduhan jelek mengisi naratif yang dicipta pihak yang mahu terus menyalahkan DAP. 
Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan mereka yang nampak seperti begitu arif dan fasih dengan apa yang berlaku, walhal yang lebih tahu adalah Perdana Menteri sendiri yang mengetuai Jemaah Menterinya. 
Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Perdana Menteri kerajaan PH, dalam hal ini, sekurang-kurannya adalah pihak yang lebih layak untuk memberikan pencerahan terhadap segala dakwaan dan tohmahan yang berlegar kerana Kabinet adalah di bawah kuasanya.

Dr Mahathir, sosok yang selalu dicop sebagai “ultra Melayu”, dalam satu wawancara bersama media, Sinar Harian, menegaskan bahawa DAP bukanlah seperti yang dimomokkan pihak lawan. 
Katanya, Lim Guan Eng dari DAP yang memegang portfolio Kementerian Kewangan di bawah kerajaan PH, mengutamakan kepentingan orang Melayu.
Penegasan dibuat Dr Mahathir ini bersandarkan kepada hakikat bahawa pelbagai peruntukan telah disalurkan oleh Kementerian Kewangan kepada negeri-negeri yang dikuasai pembangkang ketika itu. 
“Guan Eng sebagai Menteri Kewangan memberi kepada Kelantan RM400 juta, kepada Terengganu RM200 juta… Itu semua kawasan-kawasan yang kita tak miliki (kuasai).
“Kalau dia (Guan Eng) begitu sekali benci, dia tidak akan bagilah,” katanya.
Malah, kata pemimpin berusia 94 tahun itu, segala keputusan berkaitan Belanjawan 2020 yang dirangka Guan Eng sebagai contoh, dirujuk kepada beliau terlebih dahulu. 
“Belanjawan itu biasanya Menteri Kewangan sahaja buat. Tetapi belanjawan (yang dirangka) dia serah kepada saya untuk saya semak…. dan kita tentukan supaya kepentingan Melayu diutamakan,” ujarnya.
Untuk rekod, seperti yang dimumkan Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu, peruntukan hal ehwal Islam meningkat daripada RM1.2 bilion kepada RM1.3 bilion pada 2020.
Malah, Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) juga dinaikkan sebanyak RM100 sebulan. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 33,200 guru KAFA sedia ada dengan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta. 
Kerajaan PH turut memberikan bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap Imam, Bilal (Muazzin), Tok Siak/Noja/Merbot (penjaga masjid) dan Guru Takmir sebagai menghargai peranan dan jasa mereka dalam masyarakat. 
Kerajaan PH juga menyalurkan peruntukan bagi membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan selari dengan inisiatif Rahmatan Lil-Alamin dengan peruntukan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM

KALAU ANWAR GILA KUASA, APA PERLU LAWAN MAHATHIR?

BERSABARLAH HADAPI WALAUN ..


Miqdad Zakaria

Ada teman FB minta ana bersabar atas cacian dan makian walaun's..

Ana jawab mudah ja..

Ana kenal dunia walaun's sebelum walaun's² semua lahir.. Walaun's purba lagi teruk.. Asal tak puas hati mesti keluar perkataan "Toghut" "Kapir" "Munafik"..

Walaun's zaman moden ni tak lah teruk sangat.. Yang terlajak seorang dua tu biasalah kanak² istimewa..

Hakikatnya walaun's hari ini lebih bertamadun dari walaun's dulu.. Kalau maki pun sekadar "DAP" "PANDAP" "SEMBUR17" "KERETA TERBANG" "TIPU SIJIL" "TEMBAK BABI" "ANTI HUDUD" "LGBT" ...

Tapi..

Kebanyakan yang mereka duk maki tu.. Semua dah jadi pemimpin kesayangan mereka..

Adil sungguh Allah ni kan..?

Hi hi..

KINI MAT HASSAN PULA BANGKIT CERAMAH...HAAA...BARU ADA AKAI..



Pelantikan Kabinet
Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Terdapat pelbagai desas desus berhubung pelantikan Kabinet yang baharu bermula, dari ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada dakwaan bahawa komposisi Kabinet adalah berat sebelah.

Biar apa pun keadaannya, yang perlu difahami adalah betapa pelantikan anggota kabinet adalah budi bicara Perdana Menteri sepenuhnya.

Namun begitu, adalah jelas bahawa UMNO selaku blok Ahli Parlimen terbesar telah diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil yang boleh dilihat daripada 2 perkara.

Pertama, pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal. Keadaan ini sama sekali tidak setimpal dengan jumlah Ahli Parlimen yang disumbangkan oleh UMNO dan tahap pengalaman yang dimiliki oleh mereka.

Kedua, keanggotaan Kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Azmin Ali.

Sekalipun ia bukanlah kepentingan paling afdal untuk UMNO memegang kedudukan Kerajaan dalam iklim politik semasa,  adalah mustahak untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni saiz perwakilan parti dalam kerajaan atas 2 dasar.

Pertama, kerana ini adalah sistem Westminster. Kabinet mengamalkan Tanggungjawab Kolektif, yang hanya akan berkesan jika setiap parti diwakili dengan jumlah yang sewajarnya.

Perkara ini sangat kritikal kerana, hanya dengan mempunyai Kabinet yang bersatu hati, Kerajaan boleh bergerak secara bersama dengan para pendukungnya. Hanya dengan yang demikian, Kerajaan boleh memfokuskan kepada urusan tadbir urus dan pemerintahan.

Kedua, selama ini kita sememangnya mengamalkan perwakilan yang setara dengan saiz yang diwakili dan ia merupakan sistem yang berjaya. Malah, Pakatan Harapan sendiri mengamalkan pendekatan yang sama semasa menjadi Kerajaan.

Maka, adalah lebih penting dalam keadaan semasa yang menyaksikan kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sukar. Dengan cabaran Pandemik Covid-19, kejatuhan pasaran saham dan ketidaktentuan ekonomi, kita tidak mempunyai ruang dan masa untuk berlengah dan melakukan kesilapan.

Kabinet adalah institusi yang memandu dan mengukuhkan bangsa, saat ia berhadapan dengan waktu yang sukar. Sebuah kabinet yang kuat, terbukti dan inklusif adalah kritikal bagi memastikan kejayaan PN. Sekiranya pengalaman politik ini diketepikan, ia akan memberi kerapuhan yang boleh membawa kepada kegagalan.

Tanpa sebuah Kabinet yang kuat, Malaysia akan terus menerus menyaksikan polemik politik yang tidak berkesudahan sekali gus tidak memungkinkan kita untuk memberi perhatian kepada pembangunan dan daya saing bangsa.

Dato Seri Utama 
Mohamad bin Haji Hasan.
https://www.facebook.com/118486628162416/posts/3096793703665012/?d=n

KURANG CERAP TAMADDUN..YB KHALID SAMAD DISERANG WALAUNS.


Mohd Fadli Art

Terkini
Kuala Terengganu.

Yb Khalid Samad
Mantan Menteri Wilayah Persekutuan
DISERANG.
Dipercayai Sekumpulan Kurang Lebih
20 Ke 30 Orang Penyokong Lebai.


# Report Polis Sedang Dibuat!


VIDEO SIDANG MEDIA KHAS DSAI: Melayu tolak Anwar tidak betul: Abdullah Sani











SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan orang Melayu kerana falsafah politiknya yang liberal.

Menurutnya, kenyataan itu bukan sahaja tidak berasas malah Ahli Parlimen Langkawi itu jelas mempunyai agenda yang tersirat.

“Kalau kata Anwar ditolak (orang Melayu) kenapa kita kuasai kerusi di Parlimen, malah logo yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu juga menggunakan logo PKR yang mencerminkan Anwar.

“Jadi, saya tidak faham mana buktinya Anwar ditolak. Bagi saya ia (kenyataan Dr Mahathir) tidak betul sama sekali,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Abdullah Sani berkata, sebagai bekas Perdana Menteri yang memegang jawatan nombor satu negara atas tiket Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Tanpa kemenangan hasil konsensus PH yang dibentuk sebelum PRU14 lalu, Dr Mahathir tidak mungkin berpeluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

“Saya sendiri tidak faham dengan maksud liberal yang ditujukan kepada Anwar kerana kalau kita lihat dari latar belakang keluarga mereka (Anwar dan Dr Mahathir), saya pasti rakyat dapat menilai siapa yang liberal sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, orang Melayu tidak menyokong Anwar kerana falsafah politiknya yang liberal.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu belum boleh menerima ideologi liberalisme kerana takut kedudukan mereka terancam kerana orang Melayu hari ini hanya ada kuasa politik.



DR ZUL..TAK PAYAH BUAT BAIK LAH...DULU KENA MAKI MACAMMACAM

Nor Hisham

Dr Zul, jangan baik sangat laa dgn puak puak haram jadah tu, dia ada menteri kesihatan, biar dia buat, yang kita nak tolong pasal apa, teringin nak masuk PN ke? Kalau nak sailing silakan, jangan malu dan segan.

BAGI KULIAH KA TAK PERGI KERJA? APA NASIB PENEROKA?

Ibrahim Mat Isa

Dilantik jadi menteri, tapi waktu kerja hari Jumaat duk bagi kuliah dhuha. Inikah dia namanya pekerja yang beramanah?


Bila kita komplen, masuklah lebai ketayap masam membela menteri yang tak beramanah kononnya kita benci Islam, bla bla bla..


Aku dah kata, lebai Pas bukannya reti buat kerja apa satu.. tau ceramah ceramah ceramah..



MUSANG KING ROSAK ALAM SEKITAR


Bob Kelanang.






TUAN IBRAHIM TUAN MAN dari  Parti Alam Sekitar (PAS) awal2 lagi dah fail... wartawan tanya apa harapan dia selepas dinamakan Menteri Alam Sekitar... dia kata, yang pertama nak tarik DAN dapatkan keyakinan pelabur asing... walaupun dia cuba bagi gambaran harapan kerajaan...

Apa kena mengena dengan portfolio dia Alam Sekitar dengan pelaburan asing..?? lainlah kalau diajukan soalan pada Menteri MITI, Kewangan DAN Ekonomi... tak berkaitan langsung... itu tandanya dia sendiri masih tak faham tentang portfolio dia...

KOH KOH KOH… papa ingatkan Hadi je gitu!!

Sepatutnya dia jawab pertama sekali kerajaan Kementerian Alam Sekitar yang bertanggungjawab, kami akan HARAMKAN segala aktiviti pembalakan di negeri Kelantan DAN Trengganu, kemudian tanam semula balak ke semua kawasan hutan yang sudah diceroboh oleh orang tak bertanggungjawab...

Tu sebab masa dia buat tesis sarjana dulu... walaupun sarjana dia bahagian dakwah, kajian dia tentang arak di Pulau Tioman... jadi bila dah jadi menteri... nak sembang tutup kilang arak tak boleh dah sekarang... boleh nafi kata palsu
 jer poster yang disebarkan... nak nafi tak mampu dah...

Lepas tu masa mula-mula Covid-19 dulu... dia sendiri cadang visa pada pelancong China dibatalkan, hantar pulang pelancong China... sekarang dah senyap sunyi... padahal wabak Covid-19 jauh lebih teruk sekarang berbanding dulu…

Hari ni terpaksa tunduk dengan MCA lah kut... DAP dah takde... jadi sembanglah pasal pelabur asing... walaupun takda kaitan... nak sembang pasal balak, sampah, longkang... nanti member kat Kelantan terasa pulak...



#menti_stupid


SELAMAT TINGGAL TUN



Bob Kelanang

Akhirnya PH mengucapkan selamat tinggal Tun DAN saya sangat setuju pendekatan terbaru PH. Bagi saya sudah tiba masanya PH move on tanpa Tun. PH berjaya dpt 5 negeri tanpa Tun. Dapat undian popular lebih dari BN PRU 13 tanpa Tun.

Malah kerusi Bersatu paling banyak bertanding (kononnya parti Melayu) paling sedikit menang dalam PRU. PRK dan terakhir di Kimanis pengundi menolak PH yang Tun adalah PM. Di mana faktor Tun relevan di mata rakyat Malaysia? Tiba2 Tun kata orang Melayu menolak Anwar.

Pemimpin yang takut kepada PM yang bersih DAN pemimpin yang ingin menjadi pemimpin hanya untuk perut sendiri memang menolak Anwar tetapi pengundi Melayu, Cina dan India menerimanya. Malah 80% pengundi Melayu memilin Anwar sejak sekian lama. Anwar tidak popular di mata pemimpin korup tetapi popular di mata rakyat.

Sebenarnya sudah tiba masanya semua parti2 politik mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun. Tun sudah tidak relevan dalam politik tanahair. Sikap mementingkan diri sendiri, tidak berpegang pada janji... ia membimbangkan mana2 parti politik yang ada. Semua Perdana Menteri di mata beliau tidak kena.

Pada PH bangun kembali dengan agenda Malaysia bersih dari korupsi. Saya tertarik dengan penulisan Dr Yusri, ILHAM Centre, Kuala Terengganu mengenai situasi politik dewasa ini.

1. PH dah buat 60% manifesto sebelum peristiwa 24 Feb 2020. Kenapa rakyat tak pandang benda ni?’

2. Orang Muda mengundi ikut isu. PRU15 jangkaan pertambahan pengundi muda lebih 50%. Dimensi baru politik terbuka luas. Siapa akan kuasai mereka?

3. Saya buat literature review. Kumpul maklumat tentang DAP. Kejahatan DAP terhadap Melayu dan Raja-Raja jauh lebih sedikit berbanding kejahatan orang Melayu sendiri terhadap Melayu, termasuk isu Rezab Tanah Melayu dan Raja-Raja

4. PH kena tamrinkan DAP untuk tidak bercakap hal yang sensitif. Jangan provok. Kena susun semula dan tonjolkan generasi baru DAP. Generasi tua macam Lim Kit Siang dibelakang. Yeo Bee Yin, Anthony Loke di depan.

5. Ada banyak perkara salah dalam PH. Saya tak tahu kenapa Gobind jadi Menteri Penerangan, saya tak tahu kenapa dia kat situ. Rina pun saya tak faham. Menteri Kereta Terbang, semua tu. tetapi semua sekarang dah belah sana. Perikatan Nasional sekarang dalam mode yang sangat defensif. Terpulang kepada anda.

6. Ketika PH jadi kerajaan, saya sebagai penyelidik melihat trend penurunan yang sangat menurun terhadap PH. Jika berlaku PRU15, PH akan kalah. Orang Cina juga dah menjauhkan diri dari PH. Tetapi selepas peristiwa 24 Februari, sokongan kepada PH meningkat semula. Golongan pertengahan dan atas kembali kepada PH kerana simpati. Cina kembali kepada PH. Saya lihat Perikatan Nasional tersilap langkah. Jika dia tunggu PRU15 dia akan menang. Sebab itu mereka sebut semula tentang nak pilihanraya. PH perlu menyusun dalaman secara baik.


TAJUDIN PULA TIDAK PUAS HATI KABINET MUHYIDDIN