Azmin: Hati-Hati Depani Manipulasi Politik Umno-BN

SHAH ALAM, 23 MAC: Kerajaan negeri dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam menerima sebarang undangan program daripada kerajaan persekutuan bagi mengelakkan sebarang manipulasi politik demi kepentingan pihak tertentu.



Tegas ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, perkara penting yang perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri adalah melindungi kakitangan kerajaan supaya tidak dipergunakan dalam sebarang program terutama anjuran Umno-BN.

Dalam ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DYMM Tuanku, Azmin mendedahkan satu surat yang dihantar kepada kerajaan negeri meminta penghulu dan ketua kampung seluruh negeri Selangor menghadiri satu program anjuran Umno-BN.

Lebih jelas, program tersebut turut mengundang individu yang mempunyai latar belakang dan kepentingan politik iaitu Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dan Datuk Fuad Hassan.

“Kalau program itu berbentuk latihan atau untuk menggilap potensi penghulu supaya lebih berkesan, kalau mengikut atur cara program itu jelas merupakan program politik. Mengapa kerajaan tidak meneliti perkara ini supaya tidak membenarkan pegawai kerajaan negeri terlibat dalam politik Umno-BN,” katanya.

Azmin turut membidas tindakan Umno-BN yang terus menerus menggunakan agensi kerajaan dan kementerian semata-mata untuk menyebarkan propaganda selain mempergunakan kakitangan kerajaan.

Terbaru, Jabatan Perdana Menteri dengan kepala surat jabatan tersebut telah mengeluarkan satu surat bertajuk ‘Taklimat Pembangunan Dengan Perdana Menteri’ pada 1 Mac 2010 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.

Surat tersebut ditandatangani oleh pengarah ICU sendiri yang menjemput semua pengusaha dan masyarakat perniagaan di negeri Selangor.

“Saya dapat maklumat dalaman yang hadir sekitar 400 orang kehadiran mereka bukan untuk membincangkan soal pembangunan tapi Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir Mohd Zain dan perdana menteri menggunakan pentas itu untuk meminta masyarakat perniagaan menyokong Barisan Nasional jelas daripada backdrop dalam hotel “Sokong Barisan Nasional Negeri Selangor

“Jadi business komunity kecewa mengapa mereka diheret dalam perkara ini,” katanya.



Nasrudin Hassan | Mar 21, 2012 02:26:40 pm

1. Menyertai pilihanraya ertinya bersaing untuk memenangi hati pengundi. Kegagalan mempengaruhi dan menakluki hati, pemikiran dan minda pengundi membawa maksud kecundang dan tewas dalam saingan pemilihan pemimpin yang diadakan.

2. Kecuali sistem pengendalian pilihanraya diselia tanpa nilai integriti dan semangat responsibiliti yang tinggi justeru ia membuka ruang manipulasi dan ketidaktelusan yang ketara, maka pola pemikiran pengundi tidak memberi apa-apa makna kepada keputusan pilihanraya yang bakal diumumkan.

3. Lantaran itu saya melihat isu terpenting mendepani pilihanraya umum ke-13 ialah Transformasi Sistem Pengendalian Pilihanraya. Tanpa jaminan sistem pengendalian pilihanraya yang adil, telus dan saksama, maka pilihanraya umum hanya dilihat sebagai sandiwara di pentas demokrasi.

4. Sebagai analogi, sebelum kita merancang untuk memenangi sesebuah perlawanan bolasepak dengan penyediaan skil, stamina, teknikal dan taktikal permainan, terlebih dahulu kita mesti memastikan permukaan padang yang kondusif untuk sebuah perlawanan. Begitu juga dengan standard pengadilan yang berkualiti tinggi perlu dipastikan. Tiada makna skil individu atau pasukan yang hebat dan menarik jika padang tidak rata dan pengadil berat sebelah.

5. Kebebasan media, pemansuhan undi pos, dakwat kekal dan seumpamanya mestilah menjadi realiti. Inilah isu utama yang mesti diberi fokus oleh semua khasnya parti yang bertanding dalam pilihanraya.

6. Perkara kedua yang mesti diberi tumpuan ialah isu yang berkait dengan kehidupan rakyat seharian seperti masaalah kos hidup, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan jaminan kesejahteraan hidup mereka yang harmoni.

7. Isu ini boleh dibangkitkan secara seimbang antara bongkar dan dedah masaalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dengan tawaran dan perlaksanaan polisi yang akan dilaksanakan jika diberi mandat mentadbir dan memerintah.

8. Mendedahkan penyelewengan juga wajar apabila penyelewengan itu berkait kepentingan umum seperti negara dan rakyat pula mempunyai bukti kukuh bahawa penyelewengan itu berlaku, agar rakyat memiliki maklumat jelas, siapakah pemimpin yang wajar diberikan mandat untuk mengurus, mentadbir dan memerintah. Salah pilih membawa risiko besar kepada masa depan negara dan rakyat.

9. Namun apa yang jauh lebih penting selain isu yang dilagang ialah pendidikan politik. Ia menjadi asas utama yang meluruskan sikap dan tindakan agar isu yang dibawa tidak berunsur fitnah dan berniat jahat sebaliknya berasaskan kesedaran yang sempurna untuk membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

10. Politik baru yang memiliki nilai hemah yang tinggi, mampu mengurus isu dengan berkesan. Mengutamakan yang hak dan menolak kebathilan.

*Tulisan Nasrudin bin Hassan (gambar kanan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, dipetik dari laman sosial Facebooknya.




Ketawakan mereka jika tidak mampu lawan mereka!

Ketawakan mereka jika tidak mampu lawan mereka!

Saya dengan ini mengumumkan pernerbitan buku koleksi kartun kelima dan terbaru saya dalam bahasa Inggeris, "1 MOOLAYSIA". Buku-buku sebelum ini ialah "Even My Pen Has a Stand" (2011), "Cartoon-O-Phobia" (2010), "1 Funny Malaysia" (2009) dan "Cartoons On Tun…" (2005).

1 Funny Malaysia diharam kerajaan atas alasan kandungannya "menggugat keselamatan awam", manakala Cartoon-O-Phobia disiasat di bawah Akta Hasutan dan saya juga telah ditangkap di bawah akta yang sama. Judul "1 MOOLAYSIA" dipilih kerana isu lembu yang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang ini.

"1 MOOLAYSIA" menampilkan karya-karya yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini dari Julai 2011 hingga Mac 2012 dan termasuk juga karya dari laman web antarabangsa, Cartoonmovement. Terdapat juga beberapa kartun yang belum disiar.

Ia mengenengahkan isu-isu yang gagal disentuh oleh kartunis-kartunis politik Malaysia seperti PM dan isterinya yang suka shopping, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, Altantuya, Scorpene, penyelewengan National Feedlot Corporation (NFL), rasisma, rasuah, penyalahgunaan dana awam, isu hak asasi, demonstrasi BERSIH, kehakiman, polis dan isu-isu politik Malaysia secara umum.

Turut disiar adalah kartun mengenai Wanita Pertama yang membeli-belah sakan di Perth, isu skandal lembu, isu hakim dibaling kasut, isu 901 dan isu "air mata buaya" PM.

Tekanan kerajaan menyebabkan saya menghadapi kesulitan untuk mencetak dan menjual buku-buku secara terbuka kerana banyak kilang dan pekedai menerima ugutan yang melibatkan penggantungan lesen jika terus mencetak atau menjual buku-buku saya. Manakala di mahkamah, saya telah kalah dalam kes mahkamah mencabar pengharaman buku 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun melalui satu "penghakiman lucu" kerana hakim tidak mengambil kira hujah asas yang dikemuka peguam saya.

Kemudian saya memfail satu lagi kes mencabar kerajaan dan polis kerana tangkapan tidak sah pada September 2010 sebelum pelancaran Cartoon-O-Phobia, dan perbicaraan telah bermula dan akan bersambung pada 5 dan 6 April depan.

Apa juga keputusan mahkamah tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berkarya. "Saya akan melukis hingga ke titisan dakwat terakhir." Kerana itu, saya berharap sokongan dari pembaca dan peminat agar dapat membeli "1 Moolaysia" bagi membantu saya menghasilkan lebih banyak karya-karya kartun politik dalam rangka "Berjuang Melalui Kartun".

Dan saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus. Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. "Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!"

"1 Moolaysia" dijual dengan harga RM25.00 senaskah dan ia boleh ditempah/dibeli secara online melalui website saya melalui link ini http://zunarcartoonist.com/

Acara penjualan langsung akan diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 24 dan 25 Mac depan dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada jam 2 petang 25 Mac di tempat yang sama.

LATAR BELAKANG

1. Pada 15 Februari lepas, Zunar mengadakan pameran solo bertema "To Fight Through Cartoons" selama sebulan di London.

2. Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah "Courage in Editorial Cartooning" (Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.

3. Pada Oktober tahun lepas, Zunar dipilih menyertai program tiga bulan "Seni dan Penapisan" anjuran Yayasan BilbaoArte Sepanyol.

Baca: Pameran Kartun Zunar di London pada Februari 2012

*Zunar (gambar atas) atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque ialah kartunis politik Malaysia.



Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat

Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat


SHAH ALAM 21 MAC : Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini.

Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik.

“Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia.

“Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.

“Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu,” katanya.

Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion.

“Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007.

Hasan Ali Guna Sidang DNS Untuk Bercakap Soal Peribadi

Hasan Ali Guna Sidang DNS Untuk Bercakap Soal Peribadi




SHAH ALAM 21 MAC : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.

Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.

Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.

“Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.

“Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,”soalnya.

Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.

“Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,”jelas Manoharan.

Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu.

Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau

ADAKAH SPR BENAR-BENAR IKLAS

NAJIB DAN MUHYIDDIN BOLEH KONGSI SATU MEJA BERDEBAT DENGAN ANWAR IBRAHIM

KEMAIN KUTUK ANWAR...KONONNYA TAKUT DENGAN RAJA PETRA....KALAU MACAM TU ELOK LA HANGPA DUA ORANG DEBAT DENGAN ANWAR.TIDA PUN HARI INI NAJIB ...ESOK MUHYIDDIN DENGAN ANWAR....

MUHYIDDIN BOLEH BINCANG PASAI PENDIDIKAN...AKTA AUKU,KSSR YANG MEMENINGKAN GURU,SATU MURID SATU SUKAN....OK JUGAK TU.....KAAU DENGAN NAJIB BOLEH LA JUGA TANYA PASAL PANGGILAN TELEFON,KES 1 APRIL NANTI, ...EKONOMI..AGENDA MELAYU..BANTU MELAYU BANYAK MANA LA NI....OK JUA TU..




KENYATAAN DARI PEJABAT DSAI

Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange. Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka.

Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato’ Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato’ Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Dato’ Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara kiia. Justeru keengganan Dato’ Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini.

Ibrahim Yaacob
Ketua Staf
Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Ke jalan raya sekali lagi (Oleh: Hishamuddin Rais

Ke jalan raya sekali lagi (Oleh: Hishamuddin Rais)

(Oleh: Hishamuddin Rais)

Menurut Najib, beliau yakin dengan keupayaan BN untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi –(Malaysiakini)

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya ditukar tanpa pengetahuannya seperti yang terbukti menerusi carian di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – (Malaysiakini).

Bila pilihan raya akan diadakan?

Tidak berhenti-henti pertanyaan ini. Sebenarnya jawapan untuk soalan ini, cukup senang. PRU 13 hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memenangkan United Malays National Organisation telah dipasang.

Mungkin ada pembaca menganggap jawapan saya sebagai lawak. Sebenarnya ini bukan lawak. Ini hakikat. Malah inilah perkara yang mahu saya lontar dan jeritkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Saya ingin melontarkan pandangan tentang pilihan raya dan bagaimana gerombolan United Malays National Organisation merancang untuk memastikan kemenangan.

Biar saya bawa pembaca ke alam pencerahan untuk memahami politik dan politik terkini tanah air kita. Sayugia, saya ingatkan semua pembaca bahawa penyokong, pengundi dan kaum kerabat Pakatan Rakyat bukan bangun melawan parti United Malays National Organisation dalam PRU 13.

Kaum kerabat Pakatan Rakyat bukan melawan parti Ketuanan Melayu ini. Jangan kita silap baca. Jangan silap hitung. Jangan silap analisa. Jika silap congak, maka jawapannya pasti salah. Jawapan salah akan membawa kepada kegagalan.

Saya maklumkan di sini bahawa parti United Malays National Ogansiation itu telah lama wafat. Wafat ertinya mati. United Malays National Organisation ini telah lama mati. Yang tinggal hanya tunggul-tunggul. Kalau yang tinggal hanya tunggul, maka siapa sebenarnya yang ditentang dan dilawan oleh Pakatan Rakyat.

Biar saya terangkan di sini bahawa yang sedang dilawan dan cuba dikalahkan oleh Pakatan Rakyat ialah struktur dan sistem daulah yang diwujudkan oleh British. Sebelum berundur pada 1957, British menyediakan struktur atau jentera daulah.

Struktur daulah ini pula disokong kuat oleh sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya struktur, sistem dan jentera daulah ini hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi British tetapi setelah lebih 50 tahun, ia berubah bentuk.

Pelbagai penyesuaian dan penambahan dilakukan. Tetapi asas induknya masih sama dengan apa yang dilakar oleh penjajah British 50 tahun dahulu.

Biar saya jelaskan apa makna sistem dan struktur ini. Mengetahui apa itu sistem dan apa itu struktur bermakna kita memahami dan sedar apa yang kita lawan. Pemahaman ini amat penting kerana sebelum turun bertempur, kita wajib mengetahui siapa musuh kita.

Tanpa mengetahui musuh sebenar, ada kemungkian kita akan tertikam sahabat dan kawan atau juga berkemungkinan tertikam kaki sendiri.

Dalam perkataan yang senang, Pakatan bukan melawan United Malays National Organisation sahaja tetapi melawan jentera dan lembaga daulah seperti: Kumpulan Utusan, Media Prima, Polis Cawagan Khas, Ketua Polis Negara, Badan Kehakiman, Kemas, BTN, Jakim, Para Mufti, JKK, Pegawai Tinggi Kementerian, MCMC, AUKU, OSA, EO termasuk PLKN.

Yang tertulis di atas hanya sebahagian lembaga yang diketahui umum. Sebenarnya ada beribu-ribu macam badan dan persatuan yang disokong dan dipelihara oleh polis dan badan kehakiman. Jentera daulah ini memastikan United Malays National Organistaion akan terus selamat.

Tidak percaya?

Kalau tak percaya, sila tanya kenapa penyerang dan pengganas di Ceramah Jalan Kebun tidak didakwa? Kenapa penyerang wartawan yang mendapat 8 jahitan luka di kepala ketika membuat laporan anti-Lynas di Pulau Pinang tidak didakwa? Atau kenapa Mamat yang memecahkan kereta Anwar Ibrahim tidak ditangkap. Atau kenapa Mamat yang hendak menumbuk Nurul Izzah tidak didakwa?

Pembaca pun tahu bahawa nama-nama orang jahat ini diketahui umum. Gambar dan rupa orang jahat ini amat jelas tersebar luas dalam alam maya. Tetapi tiada tindakan. Justeru inilah bukti bahawa Pakatan bukan hanya melawan gerombolan United Malays National Organisation tetapi melawan jentera daulah yang menjadi benteng.

Lembaga dan jentera daulah adalah tembok pertahanan yang berkait rapat dan bekerjasama dengan lembaga agama dan lembaga Raja–Raja Melayu. Ertinya kejahatan dan keganasan yang dilakukan oleh United Malays National Organisation boleh dihalalkan oleh lembaga Agama dan Raja-Raja Melayu.

Jika pembaca memahami setakat ini, maka saya ingin membawa pembaca menyedari bahawa pelbagai rancangan sulit telah, sedang dan akan diatur untuk memastikan gerombolan United Malays National Organsiation menang di PRU 13.

Mungkin ada yang terperanjat apabila membaca berita bagaimana nama MB Selangor – Khalid Ibrahim - beralih dari mengundi di Petaling Jaya ke Lembah Pantai. Saya tidak terperanjat. Apa yang amat memeranjatkan saya ialah adanya pemimpin Pakatan Rakyat yang terperanjat dan tidak sedar tentang agenda penipuan ini.

Mustahil untuk terperanjat kerana saya amat sedar bahawa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebahagian dari struktur dan jentera daulah. SPR sedang bekerja keras untuk memastikan gerombolan United Malays National Organisation menang dan terus berkuasa.

Isu nama beralih ini bukan pelik. Ia menjadi berita kerana namanya Tan Sri yang juga seorang Menteri Besar. Berpuluh-pulu ribu – Dolah bin Sudin dan Jamilah binti Maarof – penyokong dan kaum kerabat Pakatan Rakyat yang tempat mengundi mereka diubah tanpa kebenaran mereka. Dolah dan Jamilah ini tidak menjadi berita kerana mere ka bukan Tan Sri dan bukan MB.

Selain mengalihkan tempat mengundi tanpa pengetahuan Si Pengundi – SPR juga sedang menghilangkan nama pengundi. Ini adalah sebahagian taktik SPR untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kalah.

Parti yang mahu menang dan berkuasa wajib ramai pengundi. Pengundi baru wajib didaftar. Tentang perkara ini, warga Sabah memahami dengan jelas. United Malays National Organisation dapat terus berkuasa di Sabah kerana pendatang haram didaftar dengan banyak untuk mengundi BN.

Di Sabah, isu pendatang haram ini sedang membakar semangat. Ini kerana tetiba warga asal Sabah kini menjadi menjadi minoriti di tanah air sendiri.

Hari ini, taktik memberi kad pengenalan kepada pendatang haram merebak ke Semenanjung. Justeru, umum mengetahui bagaimana usaha gigih tetapi sulit dijalankan untuk mendaftar pendatang asing. Warga asing diberi kad pengenalan. Warga asing ini akan dipastikan mengundi United Malays National Organisation dalam PRU 13.

Saya ingin memberi ingatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak ‘besar kepala’ dan menipu diri sendiri. Saya berani meramalkan bahawa Selangor akan dirampas kembali oleh United Malays National Organisation.

Saya berani mengeluarkan kenyataan ini kerana Daim Zainuddin seorang ‘taiko’ telah memberi amaran kepada Najib Razak. Jika Najib Razak gagal mengambil Selangor dan gagal mendapat kemenangan besar, Najib akan diDolahBadawikan.

Ini bukan dari labon Lebai Desas bin Haji Desus. Ini wawancara Daim Zainuddin dalam akhbar Cina – Sin Chew Daily – dua minggu lalu.

Semua yang saya tulis tentang lembaga daulah, tentang kerenah SPR, tentang pendatang asing sebagai pengundi bukan lagi rahsia. Ini terbukti. Ini diketahui orang ramai.

Sayugia diingatkan kepada pemimpin dan aktivis Pakatan bahawa rakyat berpuluh-puluh kali membaca berita penipuan SPR ini. Orang ramai membaca berita ini di Malaysia Kini, Suara Keadilan, Harakah dan Roket. Orang ramai tahu tentang taktik dan cara yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh SPR untuk memastikan United Malays National Organisation menang.

Lalu timbul persoalan yang hakiki: Apa langkah dan tindakan Pakatan terhadap semua penipuan ini.

Pakatan dan orang ramai tidak memiliki banyak pilihan. Malah kita tidak perlu membuang masa dengan menghantar memo, membuat sidang akhbar atau menimbulkan perkara ini di Parlimen. Semua ini sebenarnya telah dijalankan tetapi tidak berhasil.

Justeru satu lagi demonstrasi besar-besaran wajib diadakan. Rakyat wajib diajak turun ke jalan raya sebelum pilihan raya. Dengan jelas wajib diterangkan bahawa tujuan kita ke jalan raya ialah untuk mewujudkan satu pilihan raya yang adil dan telus.

SPR tidak lagi dipercayai. Lembaga ini wujud sebagai perkakas United Malays National Organisation. Percaya dengan SPR samalah seperti kita percaya yang Rahim Tambi Chik boleh menjadi guru tadika. Meminta SPR menjalankan PRU 13 dengan adil samalah saperti meminta Raja Bersiong menjaga Bank Darah.

Masa mendengar, membaca berita dan berlabon tentang penipuan pilihan raya wajib ditamatkan sekarang. Masanya telah sampai untuk bergerak. Kita ke jalan raya dahulu sebelum ke pilihan raya.

Hanya jalan raya yang akan menggagalkan tipu helah gerombolan United Malays National Organisation untuk terus berkuasa. END

PRU13 : BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang - Tun Daim Zainuddin ,

PRU13 : BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang - Tun Daim Zainuddin


BERITA GEMBIRA BUAT SEMUA RAKYAT YANG MAHUKAN PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN.KITA CUBA 5 TAHUN ....BERILAH PELUANG ........KEPADA PECACAI UMNO...CELIKLAH MATA..




Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini.

Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.

“Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama ‘jeneral tanpa askar’.

“Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai,” kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.

Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.

Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.

Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.

Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.

KE JALANRAYA MENGADAP AGONG SEBELUM PIIHANRAYA.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi reformasi sistem pilihan raya di negara ini, membidas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana "kedegilan" dan "kegagalan" badan itu untuk membersihkan daftar pemilih.

NONE"Kami berpendirian bahawa cadangan (jawatankuasa itu) tidak akan dilaksanakan oleh SPR," kata ahli parlimen Gombak Azmin Ali kepada pemberita di bangunan lobi Parlimen hari ini.

"Daftar pemilih, masih kotor dan tidak bersih," katanya.

Azmin bersama-sama dengan ahli parlime PAS bagi Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan ahli parlimen Rasah Anthony Loke mengadakan sidang akhbar tergempar untuk membidas SPR kerana gagal menangani masalah yang serius dengan daftar pemilih.

Biseksual: Anwar tuntut ganti rugi RM100j dari Nalla

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

NONENaib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.

"Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, dakwaan yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Surendran juga berkata, laporan itu sekali gus menzahirkan wajah sebenar Umno dan melekehkan retorik perdana menteri terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan.

"Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN," katanya.

Kes Scorpean akan dibicara di mahkamah Perancis

Kes Scorpean akan dibicara di mahkamah Perancis

Harakahdaily, 17 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kes pembelian kapal selam Scorpean akan dibicarakan di mahkamah terbuka Perancis tidak lama lagi.

Menurut pembawa kes itu, Suaram - sebuah pertubuhan hak asasi Malaysia, selepas tiga tahun diselidik akhirnya kes itu akan dibicarakan.

Tiga tahun lepas, Suaram meminta mahkamah Perancis mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan kapal selam Perancis, DCNS ekoran dakwaan rasuah.

Suaram mendakwa, pembeli kapal selam dari syarikat ini iaitu kerajaan Malaysia telah memberikan rasuah ketika pembelian kapal ini.

Pembelian ini dibuat melalui Perimekar, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Abdul Razak Baginda, penasihat strategik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Maklumat lanjut akan diberikan dalam sidang media esok," kata Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai.

Para peguam Perancis yang dilantik Suaram sudah beberapa kali datang ke Malaysia untuk membuat kajian berikutan kes ini.

Yang terakhir, pada 22 Julai tahun lepas, salah seorang dari mereka hanya sempat berucap di Pulau Pinang sahaja tetapi dihantar pulang oleh Kuala Lumpur.

Wiliam Bourdon (gambar ), dihantar pulang ke negara asalnya selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh pegawai imigresen tengahari tadi.

Beliau sepatutnya hadir untuk berucap dalam majlis makan malam anjuran Suara Rakyat Malaysia di Petaling Jaya pada 22 Julai 2011, bagi mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen RM540 juta.

Bourdon sebelum itu berada di Bayan Baru, Pulau Pinang bagi membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum, sebelum berlepas ke KLIA pagi 22 Julai itu.

Namun beliau bersama isterinya ditahan oleh Pegawai imigresen di dalam pesawat yang dinaikinya sebaik sahaja mendarat di KLIA.

Peguam itu ditahan lebih lima jam di pusat tanahan imigresen KLIA tanpa dibenarkan mendapatkan akses peguam, serta diarahkan untuk pulang semula ke negaranya.

PKR: Pengerusi, Timbalan SPR Disaran Letak Jawatan

PKR: Pengerusi, Timbalan SPR Disaran Letak Jawatan




SHAH ALAM, 17 MAC: Pengerusi dan pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran meletakkan jawatan sekiranya masih gagal menjelaskan beberapa persoalan berkaitan tindakan badan suruhanjaya itu yang didapati melanggar undang-undang pilihan raya negara ini.

Saranan tersebut dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Fuziah Salleh hari ini dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Damansara.

“Dah tiga hari kita dedahkan, kalau dalam masa seminggu kalau SPR tak dapat berikan jawapan eloklah pemimpin tertinggi SPR seperti Pengerusi dan Timbalannya Tan Sri Abdul Aziz dengan Wan Ahmad Wan Omar letak jawatan,” ujar Fuziah.

Fuziah turut menyenaraikan beberapa sebab pemimpin tinggi SPR itu meletakan jawatan.

“Pertama mengapa mereka memotong nama kira-kira 106 ribu nama pengundi tanpa dipamerkan.

“SPR mesti jelaskan bagaimana ada nama pengundi awam ditukar kepada pengundi pos tentera dan polis sedangkan ada diantaranya dah berumur lebih 60 tahun.

“SPR juga tak jawab mengapa 6700 nama dimasukan tanpa dipamerkan.

“SPR perlu jelaskan mengapa mereka membuat persempadanan semula tanpa mengazetkan dan memindahkan pengundi tanpa pengetahuan dan izin pengundi,” ujar beliau.” katanya lagi.

Terdahulu pusat mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dipindahkan ke Parlimen Lembah Pantai sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat atau pertukaran pusat mengundi.

Bagaimanapun tindakan SPR menukar pusat mengundi Khalid itu tidak menjejaskan kelayakkan beliau untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor dan Menteri Besar dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Sehubungan itu katanya seluruh rakyat dan pengundi berhak untuk mempersoal integriti dan ketelusan suruhanjaya tersebut sekali gus akan menyebankan rakyat hilang keyakinan terhadap badan pilihanraya itu.

Bukan kecewa tak dapat projek - Kadir

Himpunan Hijau kedua 14 April

Himpunan Hijau kedua 14 April

Anis Nazri, 17 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 14 April ini.

Himpunan yang diadakan secara serentak itu akan bermula selepas solat Jumaat, mengikut lokasi-lokasi yang akan ditetapkan kelak.

Namun, himpunan utamanya akan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, di mana sebelum itu para peserta akan berarak dari Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata tujuan himpunan itu diadakan bagi menunjukkan komitmen rakyat di seluruh negara bahawa isu Lynas bukan merupakan isu rakyat Pahang semata-mata.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, lokasi perhimpunan bagi negeri-negeri lain akan diumumkan kemudian selepas membuat perbincangan lanjut dengan NGO-NGO anti Lynas di peringkat negeri masing-masing.

Dalam pada itu, beliau melahirkan kekesalan apabila terdapat beberapa pemimpin BN yang mengatakan isu Lynas ini merupakan isu penduduk Pahang dan orang Cina.

"Pandangan saya, isu ini bukan hanya melibatkan penduduk Pahang, dan juga masyarakat Cina tetapi turut membabitkan seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.

"Ia soal kesihatan rakyat, dan ada kes menunjukkan projek seumpama ini memberi kesan kepada rakyat seperti di Bukit Merah, Perak dan beberapa kawasan lain di seluruh negara," tegas beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai turun beramai-ramai bagi menyertai himpunan aman tersebut sebagai satu langkah sokongan terhadap usaha membantah pembinaan Lynas dan projek-projek lan seumpamanya di negara ini.

Pada 26 Feb lalu, satu himpunan besar-besaran berjaya diadakan di Padang MPK, Kuantan dengan penyertaan puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Selain di Kuantan, bantahan tersebut juga diadakan serentak di Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur.

Dr Rani: SPR kotor dan jijik

Dr Rani: SPR kotor dan jijik


SHAH ALAM 17 MAC : Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar kawasan mengundi tanpa pengetahuan pengundi berkenaan merupakan satu tindakan yang jijik dan kotor yang bertentangan dengan nilai, etika dan prinsip demokrasi.

Demikian ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman ketika dihubungi untuk mengulas isu terkini tindakan SPR menukar alamat kawasan mengundi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Lembah Pantai di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Inilah salah satu yang kita perjuangkan dalam Kempen Bersih. Seharusnya juga SPR ini berada di bawah Parlimen supaya kita boleh pantau apa saja tindakannya.

“Tetapi sayangnya di Malaysia, SPR berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mana memaksa mereka untuk akur akan kehendak pimpinan-pimpinan Barisan Nasional,” ulas Dr. Rani yang merupakan Adun Meru.

Selain itu, Dr. Rani turut menyatakan isu terbaru yang melibatkan Abdul Khalid ini juga membuktikan segala kata-kata pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini terhadap kredibiliti SPR ada benarnya.

“Ternyata SPR itu tidak bebas daripada telunjuk Kerajaan Pusat dan ini membolehkan mereka untuk melakukan apa sahaja sesuka hati mereka tanpa tertakluk kepada undang-undang.

“Ini juga menunjukkan bahawa mereka terdesak hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih kemenangan secara tidak bermoral dalam Pilihanraya yang akan datang ini,” kata Dr. Rani sambil menambah permainan SPR ini pernah diamalkan di Kelantan pada tahun 1999 yang hampir menumbangkan Kerajaan PAS.

Sehubungan itu, Dr. Rani menyeru rakan Pakatan Rakyat untuk menumpukan juga perhatian terhadap isu sebegini selain mempergiatkan ceramah-ceramah umum bagi menghadapi Pilihanraya Umum 13 nanti.

“Kita khuatir perkara yang sama akan berulang kembali seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga suatu masa dulu yang jatuh dengan kehadiran lebih 70,000 pengundi luar,” ujarnya.

Mahfuz: Umno-BN Sudah Lama Guna Khidmat Yahudi

Mahfuz: Umno-BN Sudah Lama Guna Khidmat Yahudi


SHAH ALAM,17 MAC : Tindakan pimpinan Umno-BN menaburkan propaganda bahawa wujudnya ancaman asing dalam bentuk pemberian bantuan dana kepada Pakatan Rakyat menggambarkan pimpinan kian Umno-BN ketandusan idea dan semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat.

Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar berkata tindakan pimpinan Umno-BN itu sebenarnya adalah untuk menutup segala kepincangan dan salah laku parti itu berhadapan serangan bertali arus Pakatan Rakyat yang mempersoalkan urus tadbir negara dan salah laku pimpinan Umno-BN yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan mereka sendiri.

“Pimpinan Umno-BN sudah tiada daya upaya untuk menyakinkan rakyat dengan dasar-dasar dan polisi yang dilaksanakan selama ini kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepada mereka dan melihat kegagalan yang teramat sangat dalam urus tadbir negara,” tegas Mahfuz yang dihubungi TVSelangor.

Menurut Mahfuz tindakan kerajaan pimpinan Umno-BN yang menggunakan khidmat perunding luar, APCO membuktikan sikap hipokrit mereka terhadap dasar luar negara khususnya berkaitan dengan kepentingan Israel.

“Sebelum itu pada zaman Tun Dr Mahathir telah menggunakan syarikat Satchi And Satchi iaitu sebuah konsultan Yahudi yang dilantik untuk membantu kempen dalam pilihanraya Umno-BN pada zaman Tun Mahathir.

” Umno-BN memberi duit termasuklah melalui hubungan dagang dengan Israel termasuk membantu dalam minyak masak dan sebagainya bermakna ia memberikan kesihatan dan makan kepada Israel termasuk tentera mereka dan kemudiannya melanyak Palestin.

“Dan pada hari ini melalui Apco dan beberapa kabel-kabel gerakan zionist antarabangsa digunakan untuk kepentingan politik mereka sampai mereka menggunakan wang negara yang merupakan wang rakyat untuk dibayar kepada konsultan daripada Zionist,” kata beliau yang juga MP Pokok Sena.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendakwa bahawa Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan khidmat agensi Yahudi bagi mengerakkan parti itu merancang kempen pilihan raya.

Justeru itu menurut Mahfuz,beliau yakin rakyat tidak akan termakan dengan hasutan dan dakyah pimpinan Umno-BN yang mendakwa Pakatan Rakyat menerima dana asing seraya menegaskan supaya pimpinan Umno-BN menumpukan kepada usaha memperbaiki institusi negara yang rosak dan porak peranda.

” Apa yang penting bagi parti politik ialah menawarkan kepada rakyat dengan bersaing secara sihat daripada sudut mengemukakan dasar polisi tawaran yang baik kepada masa hadapan negara kita.

” Negara kita kini menghadapi kerosakan kepada institusi negara kita yang diakui oleh bekas ketua hakim negara,institusi kehakiman rosak apabila Tun Mahathir membuat pindaan terhadap artikel perlembagaan sehingga menyebabkan hakim-hakim takut.

” Hari ini terdedah bagaimana institusi Peguam Negara dan institusi Kepolisian yang diketuai oleh ketua polis negara terlibat dalam gerakan kongsi gelap,ini yang mesti diperbetulkan,” kata beliau.

Ambiga: 'Bersih 3.0' perlu jika reformasi pilihanraya gagal

Ambiga: 'Bersih 3.0' perlu jika reformasi pilihanraya gagal
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
MAC 17, 2012

KUALA LUMPUR, 17 Mac - perhimpunan Aman "Bersih 3.0" perlu di adakan jika kerajaan gagal dalam rundingan bagi membersihkan senrai nama pengundi dan juga pembersihan nama , Datuk Ambiga Sreenevasan telah mengingatkan Putrajaya, menunjuk kepada reformasi pemilihan susulan dan laporan lonjakan mendadak pengundi di beberapa kawasan parlimen.

Pengerusi Bersih 2,0 itu berkata bahawa "masa yang lama" telah diluluskan sejak Julai tahun lepas perhimpunan tetapi rakyat Malaysia mempunyai lagi penting pemilihan pembaharuan YANG DILAKSANAKAN, beberapa yang boleh boleh dilakukan tanpa syor yang di oleh Pilih Parlimen Jawatankuasa (PSC) reformasi pilihan raya .

PSC telah ditubuhkan tahun lepas untuk menangani kebimbangan terhadap sistem pilihan raya di negara ini selepas pentadbiran Najib mendapat kritikan antarabangsa untuk mengendalikan perhimpunan 2.0 Bersih.

"Melihat kepada cara sesuatu perkara itu berlaku sekarang, kita mungkin tidak mempunyai pilihan.

"Jangan menolak Bersih 3,0," Ambiga (gambar) memberitahu The Malaysian Insider.

"Kami belum melihat pembaharuan pilihan raya, sebaliknya kita lihat dan perbuatan-perbuatan yang lebih tidak bertanggungjawab yang berlaku ... keganasan politik.

"Jika kerajaan tidak serius mengenai reformasi system pilihanraya umum akan perlu membuat sendiri mendengar," katanya.

Beribu-ribu rakyat Malaysia telah mengambil jalan-jalan pada 9 Julai untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya yang bebas dan adil tetapi protes bertukar hodoh pada tengah hari apabila polis rusuhan melancarkan kanister gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan peserta.

Kawalan ketat meluas, yang menyaksikan lebih daripada 1,000 orang yang ditangkap walaupun sebelum perhimpunan tersebut, yang diperolehi pentadbiran Najib whiplashing yang di media antarabangsa.

Di bawah tekanan, kerajaan kemudian menjanjikan membunuh langkah pembaharuan, yang termasuk pembentukan PSC dan enakmen Akta sangat mengkritik Berhimpun Secara Aman tahun lepas.

Tetapi Ambiga terus membisu apabila ditekan untuk maklumat mengenai rancangan Bersih untuk perhimpunan masa depan, berkata beliau tidak mahu mendedahkan butiran lagi.

"Kami sedang menunggu untuk kerajaan, memberi mereka masa ... Saya akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai. "

Peguam itu berkata Bersih amat prihatin tentang laporan lonjakan dakwaan pengundi di beberapa kawasan pilihan raya dan jelas mengubah daerah mengundi.

"Mesti ada asas rasional untuk ia. Mengapa pengundi yang tidak diberitahu? Telah ia diwartakan seperti yang dikehendaki? Ini, dan laporan lain pendaftaran asing, yang membimbangkan.

"Juga, mengapa permintaan yang munasabah Bersih tidak dilaksanakan apabila ia boleh dilakukan dengan mudah walaupun tanpa laporan PSC?

"Di atas dan di luar segala-galanya awam mesti mempunyai keyakinan dalam proses pilihan raya dan integriti daftar pemilih ... sekarang terdapat lebih banyak persoalan daripada jawapan, "katanya.

PKR telah dituntut 31294 pengundi telah berpindah ke kawasan pilihan raya jiran secara haram, dan bahawa semakan lokaliti mesti mendapatkan majoriti dua pertiga Parlimen.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh membangkitkan isu itu pada sidang akhbar awal minggu ini selepas ia telah mendedahkan bahawa Menteri Besar Selangor parti itu telah bergerak dari Petaling Jaya Selatan Lembah Pantai.

Pilihan raya Suruhanjaya (SPR) timbalan ketua Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah respons dengan menyatakan alamat Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah tidak pernah berubah tetapi kawasan yang telah diperbetulkan mengikut Akta Pilihan Raya, meletakkan Seksyen beliau 16, Petaling Jaya rumah di Kuala Lumpur dan bukannya Selangor.

Fuziah berkata bahawa Akta Pilihan Raya tidak membenarkan semakan sempadan untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan pilihan raya yang lain, tetapi hanya untuk menyelaraskan semula lokaliti dan daerah mengundi dalam kawasan pilihan raya untuk tujuan pentadbiran.

Ahli Parlimen Kuantan berkata PSC di reformasi pilihanraya telah diberitahu SPR ia tidak boleh bergerak sempadan kawasan pilihan raya apabila panel adalah di Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas awam.

Beliau berkata, 31294 pengundi bergerak secara haram telah dijadualkan selepas menyemak daftar pemilih daripada pilihan raya Mac 2008 sehingga September 2011 diwartakan.

Wan Ahmad berkata SPR telah membekukan semua latihan "pembetulan lokaliti" tahun lepas sebagai parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan.

Penyenaraian: Ahmad Maslan bohong, kata ANAK

PM FLIP FLOP 1 MALAYSIA



Pemuda PAS Dakwa Ada Usaha Sabotaj MB Selangor

Pemuda PAS Dakwa Ada Usaha Sabotaj MB Selangor


SHAH ALAM,15 MAC : Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang telah menukar tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tanpa pengetahuan beliau merupakan usaha untuk menafikan peluang beliau untuk dilantik Menteri Besar Selangor selepas pilihanraya umum ke 13.

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa pertukaran ini disedari setelah nama Abdul Khalid disemak dalam senarai daftar pemilih baru yang dikeluarkan oleh SPR.

Ketua Penerangan PAS Pusat Riduan Mohd Nor berkata pada pilihanraya tahun lepas, Abdul Khalid berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Petaling Jaya Selatan dan tidak pernah memohon untuk menukar tempat mengundi.

Tetapi, semakan oleh Pas mendapati beliau ditukar ke Parlimen Lembah Pantai yang berada di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mengikut peraturan SPR, individu yang ingin bertanding kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri perlu menjadi pengundi berdaftar di negeri tersebut.

“Tindakan SPR memindahkan tempat mengundi Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu kesalahan besar. SPR telah dianggap menyalahgunakan kuasa mereka kerana bertindak atas kuasanya memindahkan mana-mana pengundi mengikut kehendak mereka.

“Apakah rasionalnya Abdul Khalid dipindahkan tempat mengundi? Jika Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dipindahkan tempat mengundi, apa jaminan rakyat biasa yang lain tidak diperlakukan begitu?,” tegas Riduan dalam kenyataan medianya.

“Dewan Pemuda PAS menuntut penjelasan berkenaan kes ini yang boleh menimbulkan prejudis masyarakat bahawa daftar pemilih yang dikendalikan oleh SPR tidak bersih dan mempunyai data-data yang meragukan.”

Suee Lim : Demi Rakyat Saya Tidak Gentar Saman Noh

Suee Lim : Demi Rakyat Saya Tidak Gentar Saman Noh


SHAH ALAM, 15 MAC : Demi membela nasib dan menyatakan hak rakyat, saya tidak sesekali gentar dan tidak akan berundur walaupun setapak serta bersedia berhadapan dengannya di mahkamah pada bila-bila masa, kata ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Dalam satu laporan media semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman RM20 juta masing-masing kepada Kerajaan Negeri Selangor yang menerbitkan akhbar Selangor Kini dan Suee Lim berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadapnya.

Saman tersebut dikeluarkan berhubung laporan Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember 2011 itu yang bertajuk ‘Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai wakil rakyat.

Pada 9 Mac lalu saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan akan diputuskan 22 Mac ini, turut dinamakan enam individu lain termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin dan sidang pengarang akhbar Selangor Kini.

Suee Lim berkata, beliau tidak gentar kerana baginya tuntutan pesawah terhadap Noh itu benar dan tidak berunsurkan fitnah.

Hakikatnya ia merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan dalam parlimen yang mana penemuan RM110 juta yang hilang dalam kementeriannya.

“Noh sepatutnya menyalurkan peruntukkan sebanyak RM110 juta itu kepada petani sebagai inisiatif meningkatkan hasil padi.

“Contohnya, hasil pertanian petani sebanyak lima tan dan meningkat kepada tujuh tan, usaha gigih untuk menaikkan hasil pendapatan itu sebanyak dua tan sepatutnya dibayar, Noh kena membayar setiap tan iaitu bagi satu tan sebanyak RM650, tetapi Noh hanya memberi janji kosong sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, wang inisiatif peningkatan hasil padi itu tidak dibayar sejak tiga tahun lalu, kerana rasa tidak berpuas hati barulah petani tersebut membuat bantahan.

Tambahnya, susulan demostrasi itu dalam tempoh lima hingga tujuh hari, petani terbabit menerima sejumlah wang inisiatif itu yang dimasukkan secara terus ke dalam akaun mereka.

“Ini menunjukkan apa yang saya dan yang lain lakukan itu benar dan bukannya fitnah, tuntutan petani itu bererti benar, kita tidak tahu apa yang dilakukan Noh kerana beliau tidak memberi penjelasan apa-apa,” katanya.

” Dia sepatutnya menjelaskan duit rakyat, sudahlah tidak memberi sebarang penjelasan, ini maknanya dia sudah lesapkan duit itu ke tempat lain kenapa perlu pertikaikan perkara itu,” katanya.

Wan Azizah Dan Shahrizat ‘Bagaikan Langit Dan Bumi’

Wan Azizah Dan Shahrizat ‘Bagaikan Langit Dan Bumi’


SHAH ALAM,13 MAC : Kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan bahawa Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden PKR kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999 mendedahkan sikap hipokrasi Umno.

Menurut Naib Presiden PKR, N Surendran,umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan rekayasa Umno yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak. .

“Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil. Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor Umno?

Sebaliknya, beliau ( Wan Azizah) mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk terus kekal di jawatannya dan terus memperjuangkan reformasi, keadilan dan kebebasan,” kata beliau dalam kenyataan medianya.

Tambah Surendran lagi, selama 13 tahun beliau telah berjaya memimpin perjuangan ini dengan berani dan bermaruah, menghadapi cabaran besar. Perbezaan antara Wan Azizah dengan Shahrizat yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi.

Hanya selepas berhadapan dengan kritikan Pakatan dan rakyat, Shahrizat mengumumkan bahawa beliau melepaskan jawatan

menterinya pada bulan hadapan.

“Ini bukannya tindakan sukarela. Ahmad Maslan, Muhyiddin dan pimpinan UMNO lain tidak boleh membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa Shahrizat telah ‘mengorbankan’ dirinya. Malah, pimpinan UMNO dan BN tidak mempunyai budaya mengambil tanggungjawab terhadap penyelewengan mereka dengan melepaskan jawatan mereka.

“Dilindungi oleh polis, media dan sistem kehakiman yang dikuasai mereka, pimpinan BN tidak pernah melihat perlunya untuk patuh pada prinsip kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik. Kenyataan Ahmad Maslan ialah contoh terbaik kecurangan Umno tersebut,” tegas Surendran.

‘Banquet Event Order’Adalah Salinan Yang Sah

‘Banquet Event Order’Adalah Salinan Yang Sah


SHAH ALAM, 13 MAC: Dokumen ‘banquet event order’ yang dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri disahkan asli oleh pihak pengurusan Hotel Shangri La hari ini.

Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Hotel Shangri La ketika menjawab isu yang melibatkan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang menimbulkan kontroversi kerana dipercayai dibiayai oleh dana awam.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu lagi, kos majlis tersebut dibayar oleh Datuk Seri Najib Razak dan bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Mengulas isu yang sama, Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Musa memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Hotel Shagri-La itu hanya bersifat penafian yang tidak membawa sebarang makna.

“Kenyataan Hotel Shangri La sama dengan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat PM, cuma penafian tapi tak ada bukti apa-apa.

“Ia cuma penafian bersifat kenyataan membela sedangkan dalam borang ‘Banquet Event Order’ jelas menyatakan bahawa ‘to be billed to PM’s Office’,” kata beliau.

Terdahulu, majlis pertunangan anak najib yang menelan belanja sebanyak RM409,767 pada 17 Jun tahun lalu telah mencetuskan kontroversi apabila majlis tersebut dipercayai dibiayai dengan menggunakan dana awam.

Semalam, berbekalkan beberapa dokumen, pertubuhan Jingga 13 telah membawa perkara ini ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

MACAMANA NAK DEBAT, KES GAJI KAKITANGAN AWAM TAK DAPAT PENJELASAN DARI PM




ADA PULAK YANG ASYIK SEBUT SAKIT OTAK.JIKA INILAH
AHLI PARLIMEN BN JAGA KEBAJIKAN KAKITANGAN AWAM, MAKNANYA,
ELOK LA DITUKAR KERAJAAN BARU.

MENYANGGAH LAPORAN HELEN ANG TENTANG ABDUL MANAF KASMURI

Berdasarkan dari petikan video dibawah nama dan dalam tulisan Helen Ang adalah satu kesilapan kerana individu itu adalah insan yang berlainan nama.Nama yang tertera pada tulisan ialah Abdul Manaf Kasmuri , beliau adalah bekas Lt Kol (B) Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana siasatan saya sebelum ini.

Namun sanggahan saya kepada nama yang di sebut didalam video yang ditunjukan dibawah ialah Abdul Manan Kasmuri.Mungkin mempunyai hubungan persaudaraan tidak dapat dinafikan, namun laporan dan tulisan serta pengakuan vidoe dari link dibawah adalah individu yang berbeza dari segi watak dan fahaman politik.

Penafian Abdul Manaf seorang bekas Lt Kol (B) ini telah saya terima beberapa hari lepas kerana beliau menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dan ini menimbulkan salah faham akan individu didalam video tersebut.Selepas melihat video, barulah disedari bahawa memang benar individu yang merupakan seorang ketua cawangan Umno dan membuat laporan polis berhubung insiden di jalan Kebun di program ABU, Asalkan Bukan Umno itu adalah insan yang bernama Abdul Manan Kasmuri.

Menurut maklumat yang diterima, beliau , Abdul Manan adalah ketua cawangan Umno dan juga terlibat dengan beberapa program Umno , termasuk JATI juga program Zulkifli Nordin di sekitar parlimen Kota Raja.Jadi maklumat berhubung dengan Lt Kol (B) Abdul Manaf Kasmuri adalah tidak tepat sama sekali.Abdul Manaf adalah seorang aktivis PAS yang berjuang dengan cara beliau bersama-sama jemaah PAS.




Hindraf - Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun- link

Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun

By Helen Ang,

Abdul Manaf Kasmuri ialah individu yang membuat laporan polis terhadap Hindraf kerana dia membantah orang India menghadiri
forum ABU pada Jan 21 di suatu tempat yang didakwanya “kawasan orang Melayu”.

Abdul Manaf Kasmuri (dalam YouTube dipautkan di atas ) berkata bahawa dia duduk 60 tahun di Jalan Kebun.

IANYA DI SEBUT DENGAN NAMA ABDUL MANAN KASMURI DAN BUKANNYA ABDUL MANAF KASMURI.


Projek untuk habuan Kroni Akhirnya Terbengkalai

Projek untuk habuan Kroni Akhirnya Terbengkalai



TANJUNG KARANG, 12 MAC: Gara-gara obses dengan projek pembangunan yang menjanjikan pulangan lumayan untuk parti, kroni dan diri, undang-undang tidak lagi menjadi persoalan bagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Projek yang sepatutnya melalui prosedur dan kelulusan pihak tertentu sebelum kerja pembinaan dimulakan juga dipandang sebelah mata sekaligus menjadikan kemudahan yang dibina bakal menjadi satu lagi projek gajah putih BN.

Terbaru, projek pembinaan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bagan Pasir Penambang yang hampir 90 peratus siap juga tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak termasuk kelulusan kerajaan negeri.

Menurut Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri hari ini, projek yang menelan kos lebih RM22 juta itu juga tidak memiliki pelan yang diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

“Sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan mestilah kemukakan Permohonan Kebenaran Merancang dari pihak kerajaan tempatan dan pihak berkaitan dengan mengemukakan Pelan Pendirian Bangunan dan Pelan Susunatur.

“Contohnya kelulusan Jabatan Alam sekitar, Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan dan kesemuanya lebih kurang ada 19 pihak perlu meneliti sesuatu projek.

“Oleh kerana ia melibatkan pembinaan jeti, projek ini juga mesti dapatkan komen dan kelulusan dari jabatan maritim atau pun marin.

“Komen-komen dari jabatan-jabatan atau agensi yang saya sebutkan ini amat penting sebab ia melibatkan struktur bangunan itu sendiri supaya tidak timbul isu keselamatan atau bangunan runtuh apabila diduduki nanti.

“Jadi bila dah tak ada kelulusan pelan pembinaan, macamana pihak MDKS nak bagi sijil menduduki (CF) bila siap nanti sebab dah tentu mereka tahu tiada jaminan jeti itu selamat digunakan.

“Saya pasti Jeti itu nanti akan jadi satu lagi projek gajah putih BN sebab tak boleh dapat CF.

“Ini memang jelas, kalau tanya pada pihak majlis pun, mereka akan ‘confirm’ tiada kelulusan” ujar Yahya.

Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan peruntukan RM22 juta terhadap projek yang tidak mendapat

kelulusan RM22 juta juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Kenapa Menteri Pertanian, tergesa-gesa mengeluarkan peruntuk yang besar tanpa mahu berbincang dengan kerajaan negeri dan menunggu pemeriksaan pihak berkuasa tempatan untuk dapatkan kelulusan?

“Adakah semata-mata mahukan projek ini jalan supaya dapat habuan untuk kroni, parti dan diri sendiri sahaja, maklumlah sekarang dah dekat pilihan raya dah ni.

“Sekiranya projek ini beri manfaat kepada rakyat Selangor dan mematuhi undang-undang saya pasti pihak kerajaan negeri tentunya tidak akan menghalang,” katanya lagi.

Selain itu Yahya turut mempersoalkan infrastruktur yang belum dibina meskipun proses pembinaan bangunan tersebut telah mencapai lebih 80 peratus.

Menurut beliau lagi, keadaan ini berlaku disebabkan ketiadaan pelan perancangan yang diluluskan.

Yahya turut menggesa pihak SPRM, Jabatan Audit Negara dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) segera campur tangan dalam isu yang melibatkan kepentingan awam ini.

Dalam isu yang sama, Setiausaha MDKS, Azahari Sairin memberitahu TVS hari ini, permohonan kelulusan pelan yang dihantar oleh pemaju telah tidak mendapat kelulusan pihak MDKS.

“Pemaju ada hantar pelan perancangan tetapi pihak MDKS kembalikan kerana didapati tidak menepati piawaian.

“Lepas itu mereka tak hantar semula untuk penilaian MDKS hinggalah sekarang yang menyebabkan pelan pembangunan Jeti LKIM tu memang tak diluluskan MDKS,” ujar beliau.

Guan Eng: Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan

Guan Eng: Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan


KUALA LUMPUR, 12 MAC – Pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri berkuatkuasa April depan disifatkan sebagai keputusan separuh rela memandangkan beliau masih belum bersedia melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya Shahrizat ingin meletakkan jawatan, beliau seharusnya melepaskan kesemua kedudukan yang disandang termasuk di dalam parti.

Menurutnya, tindakan Shahrizat itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau masih belum bersedia untuk melepaskan jawatan yang disandang sekarang.

“Dia (Shahrizat) nak letak jawatan sebagai menteri, tetapi tidak mahu lepaskan jawatan dalam parti.

Ini adalah keputusan separuh rela dan tiada kesungguhan. Kalau tak bersalah, kenapa nak lepaskan jawatan?

Dengan meletakkan jawatan, ia membuktikan salah laku yang telah dibuat. Shahrizat perlu melepaskan kedua-dua jawatannya,” tegasnya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyarankan Shahrizat supaya mendengar nasihat Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee supaya segera melepaskan kedua-dua jawatannya dan tidak bermain tarik tali terhadap keputusan yang dibuat.

“Saya rasa eloklah Shahrizat mendengar nasihat Syed Ali iaitu ahli Umno sendiri.

Kenyataan saya ini hanyalah sebuah pandangan yang mewakili DAP,” katanya.

Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat semalam mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita Umno, beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.

Sementara itu, Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu ‘drama’.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

SAMM gesa MP Johor Bentang Kes Pelik KPN

SAMM gesa MP Johor Bentang Kes Pelik KPN


SHAH ALAM, 12 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM) menggesa Ahli Parlimen terutamanya kawasan parlimen Johor bagi membentangkan dan membahaskan satu usul berhubung kes pelik bekas Ketua Polis Negara, AG dan ketua kongsi gelap.

Dalam satu laporan media Malaysiakini hari ini mendakwa Peguam Negara telah campur tangan dengan menggunakan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mengakses fail sulit yang digelar ‘Cicero’ dalam kes itu.

Penyelaras SAMM negeri Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata usul itu perlu dibahas agar tindakan proaktif dan siasatan terperinci dapat dilakukan untuk mengkaji kesahihan dakwaan ini dan seterusnya melaksana tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang sekiranya dakwaan ini terbukti benar dan sahih.

Katanya, SAMM menyifatkan pendedahan dakwaan ini merupakan satu perkara yang mengejutkan dan perlu diberi perhatian serius dan segera oleh pihak pemerintah.

” Satu siasatan menyeluruh perlu diadakan bagi menyiasat dakwaan yang ditimbulkan ini ekoran daripada ia melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang negara untuk melindungi kerja-kerja jenayah sindiket perjudian dan pengubahan wang haram di Negeri Johor.

” Kebelakangan ini, Kredibiliti Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Negara sememangnya dalam ‘masalah yang besar’ dan dakwaan yang timbul ini berpotensi untuk menjerumuskan pandangan umum dan antarabangsa terhadap amalan penguatkuasaan perundangan negara ke tahap yang lebih buruk lagi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, Negeri Johor dewasa ini sibuk dengan pelan pembangunan Iskandar Johor, skandal ini boleh menghakis keyakinan pelabur antarabangsa terhadap mutu keselamatan di negeri ini dan seterusnya meranapkan imej Negeri Johor sebagai wilayah pembangunan ekonomi Selatan Malaysia.

” SAMM turut menzahirkan ingatan kepada pihak Kerajaan Pemerintah agar menyiasat dakwaan ini dengan penuh ketelusan. Jangan ada niat untuk sekadar menutup kepincangan dan kejelikan yang wujud dalam agensi penguatkuasaan undang-undang Negara. Siapa yang bersalah wajib diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Jelasnya lagi, skandal itu tidak boleh dipandang mudah kerana rakyat sudah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menjaga keselamatan rakyat bukannya berkompromi dan bersekongkol dengan aktiviti-akviti yang melanggar norma perundangan.

” Amanah rakyat terhadap pemerintah negara ini telah dipersiakan sekiranya kejahatan tersembunyi ini terus didiamkan demi mengekalkan kuasa.

” Kita merasakan perlunya pemerintah dan agensi-agensi yang terlibat untuk tampil membersihkan diri dari terpalit dengan skandal-skandal seperti ini.

” Kami, sebagai anak muda merasa amat belas melihat kesungguhan anggota-anggota Agensi Kerajaan yang selama ini telah mengerah keringat seikhlas hati demi menabur bakti kepada Negara tetapi terpaksa menanggung malu ekoran dari sikap beberapa ‘Orang Besar’ dalam agensi-agensi ini yang mudah ‘Gelap Mata’,” katanya.

Beliau menambah, sebagai pewaris masa depan negara, pihaknya merasa amat jelik dengan perangai sebegini dan menggesa agar ia dibanteras dengan segera.

” Cukuplah kerosakan dan kehinaan yang telah anda campakkan kepada sistem pemerintahan negara tercinta selama ini dengan isu-isu yang tidak terjawab,” katanya.

PERTUBUHAN HINDRAF MOHON BANTUAN NAJIB BANTU KELUARGA MISKIN



KALAU SAIFUL BOLEH BANTU NAK BELAJAR DAN MOHON BIASISWA , SUDAH TENTU ADUAN INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.SUDAH TENTU LAH IANYA MENDAPAT PERHATIAN PERDANA MENTERI DENGAN AMAT SEGERA.





Najib dimaklumkan 6 anak yatim perlu bantuannya
Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak suapaya membantu enam orang kanak-kanak, yang bapa mereka ditemui mati dalam tahanan polis pada tahun 2007.

Kanak-kanak itu menjadi yatim piatu apabila ibu mereka, R Letchumy, yang dirundung kesedihan yang melampau membunuh dirinya pada Februari 2009.

Bapa mereka, K Letchumanan, ditemui mati di lokap balai polis Raub pada 21 Disember, 2007. Polis mendakwa bahawa dia menggantung diri dengan selimut.

NONE"Saya telah bercakap dengan Sarasvathy, kakak Letchumanan yang kini menjaga kanak-kanak itu di samping lima anaknya sendiri," kata Ketua Pemuda Hindraf S Thiagarajan (tengah).

Selain itu, Sarasvathy juga menjaga lima anak lagi anak saudaranya yang lain, apabila seorang lagi adiknya, Chandran, meninggal dunia tahun lalu.

Kenam belas kanak-kanak itu diberi makan dan dijaga berdasarkan gaji yang tidak seberapa sebanyak RM900 yang diperolehi oleh Sarasvathy, yang bekerja sebagai tukang masak, katanya.

Menurut Thiagarajan, Hindraf membuat susulan kes itu apabila akhbar Kosmo mendedahkan keperitan hidup keluarga itu dan juga telah mengemukakan surat kepada Pejabat Perdana Menteri.

"Kami dengan ini merayu jasa baik anda dengan serta-merta untuk membantu kedua-dua keluarga ini dan juga anggaran 500,000 keluarga India miskin,” petik surat itu.

Thiagarajan berkata wakil Hindraf juga akan melawat Sarasvathy, yang tinggal bersama kanak-kanak itu di Kuala Lumpur.

DENGAR INI WAHAI Umno

PEMBERITAHUAN

KEPADA PENGUNJUNG SETIA WRLR.BLOG INI AKAN MENGHADAPI GANGGUAN UNTUK KEMASKINI DALAM JANGKAMASA SEBULAN INI KERANA PENGURUS WRLR SERINGKALI BERADA DI LUAR KAWASAN CAPAIAN INTERNET.

MASAALAH INI AKAN CUBA DIATASI DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN MENCARI ALTERNATIF TERBAIK SAMA ADA IANYA DI LEPASKAN KEPADA PENGURUSAN BARU BAGI MENGHIDUPKAN LAMAN BLOG INI ATAU DI KEMASKINIKAN SETIAP 3 HARI SEKALI.

SEBARANG MASAALAH AKAN DIATASI DENGAN SEBAIK MUNGKIN.TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN KEPADA BLOG INI SELAMA INI DAN PENGUNJUNG SETIA BOG INI BANYAK MEMBERIKAN SEMANGAT TERBAIK SEHINGGA BLOG INI BERTAHAN LAMA.

INSYALLAH , BLOG INI AKAN KEMBALI APABILA JALAN PENYELESAIAAN DI CAPAI.SALAM

PERLETAKAN JAWATAN BUKAN SEBAB MARUAH,TETAPI UNTUK SELAMATKAN UMNO DAN DIRI SENDIRI

Shahrizat sacrificed herself, says Najib

KITA PERCAYA PERBICARAAN ALA MAAYSIA INI MUDAH SAHAJA.ORANG YANG BERSALAH TIDAK PERLU DIBICARAKAN ASALKAN DIA NYA ADALAH ORANG BESAR, ASALKAN DIA NYA ADALAH AHLI UMNO DAN ASALKAN DIA NYA ADALAH KRONI KEPADA PEMBESAR ,AHLI POLITIK,ATAU APA SAHAJA YANG BERAITAN DENGAN PEMERINTAH, PEJAM SEBELAH MATA.

LIHAT KES TAJUDIN RAMLI,LEE LIONG SIK, DAN SHAHRIZAT JALIL.TAK PERLU NAK SEBUT KES RAZAK BAGINDA,ROSMAH BINI NAJIB,KHIR TOYO, MALAH KALAU NAK DISENARAIKAN LAH...MEMANG BANYAK.RAKYAT PULA SEMAKIN FAHAM DAN CERDIK.MAKA KERANA ITU KITA PERCAYA DI LUAR SANA RAKYAT BERSEDIA MENGHUKUM BN KALI INI, KECUALI YANG BODOH DAN BAHLUL MACAM LEMBU SHAHRIZAT.

Shahrizat letak jawatan sebagai menteri 8 April


KUALA LUMPUR, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator.

Namun begitu, beliau yang berkhidmat sebagai senator untuk penggal pertama ini tidak akan melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, sebaliknya akan terus mengekalkan jawatan tersebut.

“Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri.

“Namun begitu, selepas berbincang dan memikirkan perkara ini, saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah masa yang terbaik untuk beliau mengundur diri malah beliau sudah menyediakan surat perletakan jawatan dan akan menghantarnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk saya berundur, dan saya sudah siapkan surat perletakan jawatan dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri hari ini,” tambahnya.lagi.

Namun begitu, Shahrizat menafikan perletakan jawatan beliau disebabkan oleh skandal NFC, sebaliknya menegaskan sekali lagi, perkara itu hanyalah kebetulan memandangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Salleh Mohamad.

“Perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan NFC, saya tiada sebarang kaitan dengan NFC, hanya kebetulan saya adalah isteri kepada Pengerusi NFC,” katanya lagi.

Dalam pengumuman tersebut, Shahrizat turut memberikan penghargaan kepada kepimpinan Najib sepanjang penglibatan beliau sebagai menteri.

“Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepada pemerintahan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan rakan jemaah menteri kerana mendapat kerjasama yang baik selama 10 tahun sebagai menteri,” katanya selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Desa Water Park di sini.

Perletakan jawatan beliau itu dilihat selepas empat bulan setengah pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap diri dan juga keluarganya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta oleh syarikat keluarganya Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Projek penternakan lembu itu diketuai oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka.

Mereka menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan pada 2006, ketika Shahrizat pada masa itu merupakan menteri Kabinet.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebelum ini menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan oleh pemimpin-peminpin Umno dan menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap proijek berkenaan kerana beliau hanyalah merupakan isteri kepada Salleh.

NFCorp mula mendapat perhatian setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara melaporkan projek penternakan lembu berkenaan gagal mencapai sasaran.

Sejak dari itu, pembangkang mula membuat beberapa siri pendedahan syarikat mereka menyalahgunakan dana projek berkenaan untuk perkara yang tidak berkaitan dengan penternakan.

Ini termasuklaj pembelian condominium bernialai jutaan ringgit di Bangsar dan Singapura termasuk lot tanah di Putrajaya.

Polis malah telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah-pengarah NFCorp kerana telah melakukan kesalahan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan berkenaan.

Shahrizat dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 2001 dan mengekalkan jawatan selepas Pilihan Raya Umum 2008 walaupun beliau tewas ketika pilihan raya tersebut.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berhubung hal ehwal wanita dan pembangunan sosial sebelum menyambung portfoli Kabinetnya.