KALAU SAIFUL BOLEH BANTU NAK BELAJAR DAN MOHON BIASISWA , SUDAH TENTU ADUAN INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.SUDAH TENTU LAH IANYA MENDAPAT PERHATIAN PERDANA MENTERI DENGAN AMAT SEGERA.
Najib dimaklumkan 6 anak yatim perlu bantuannya
Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak suapaya membantu enam orang kanak-kanak, yang bapa mereka ditemui mati dalam tahanan polis pada tahun 2007.
Kanak-kanak itu menjadi yatim piatu apabila ibu mereka, R Letchumy, yang dirundung kesedihan yang melampau membunuh dirinya pada Februari 2009.
Bapa mereka, K Letchumanan, ditemui mati di lokap balai polis Raub pada 21 Disember, 2007. Polis mendakwa bahawa dia menggantung diri dengan selimut.
"Saya telah bercakap dengan Sarasvathy, kakak Letchumanan yang kini menjaga kanak-kanak itu di samping lima anaknya sendiri," kata Ketua Pemuda Hindraf S Thiagarajan (tengah).
Selain itu, Sarasvathy juga menjaga lima anak lagi anak saudaranya yang lain, apabila seorang lagi adiknya, Chandran, meninggal dunia tahun lalu.
Kenam belas kanak-kanak itu diberi makan dan dijaga berdasarkan gaji yang tidak seberapa sebanyak RM900 yang diperolehi oleh Sarasvathy, yang bekerja sebagai tukang masak, katanya.
Menurut Thiagarajan, Hindraf membuat susulan kes itu apabila akhbar Kosmo mendedahkan keperitan hidup keluarga itu dan juga telah mengemukakan surat kepada Pejabat Perdana Menteri.
"Kami dengan ini merayu jasa baik anda dengan serta-merta untuk membantu kedua-dua keluarga ini dan juga anggaran 500,000 keluarga India miskin,” petik surat itu.
Thiagarajan berkata wakil Hindraf juga akan melawat Sarasvathy, yang tinggal bersama kanak-kanak itu di Kuala Lumpur.