Saiful bohong, tidak berada dalam kondo cuma keluar masuk lif- peguam


KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku.

Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar Ibrahim di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari.

“Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara,” kata Sankara.

Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku.

Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.

Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung.

Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan.

Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku.

“Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup,” kata Sankara.

Karpal mahu mahkamah bebaskan Anwar

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

Antara lain, Karpal berkata, keterangan saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan sebaliknya.

Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis. Namun katanya, Saiful tidak berbuat demikian.

Dalam hujahnya, Karpal juga mendesak mahkamah mendakwa Saiful kerana berbohong di mahkamah dengan membuat dakwaan diliwat tersebut di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut.

Berikut kronologi perbicaraan:

8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution.

9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.

9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya.

9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan.

9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan.

“Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri.” katanya.

9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan.

“Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan.”

9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut.

“Ujian pada akhir kes pendakwaan sepatutnya prima facie . Jika keraguan wujud, pembelaan tidak sepatutnya dipanggil.”

“Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan dipastikan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum,” tegasnya.

9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan.

“Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan,” kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut.

9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu.

“Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan,” katanya.

10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali.

10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful.

Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.

Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama 20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat.

10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai.

10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela.

“Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti,” Karpal.

10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.

‘Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi,” tambah beliau.

10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan.

10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful.

10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan.

10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil, kes pendakwaan itu perlu ditolak.

Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA.

Polis Siasat Empat Nama Yang Disebut RPK





KUALA LUMPUR 25 APRIL : Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didedahkan Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.

Turut disiasat editor Malaysia Today itu kerana akuan bersumpahnya Jun 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Dipetik Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya lebih menjurus kepada empat individu yang didedahkan Raja Petra.

Mereka ialah Kolonel Azmi iaitu bekas pegawai risikan ATM, penulis blog Din Merican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang masing-masing dari pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Sebenarnya Raja Petra banyak membantu dengan menyalurkan maklumat kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.

“Sebaik keterangan Raja Petra diambil, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaannya dan pendedahannya (mengenai empat lelaki terbabit),” kata beliau.

Kelmarin, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemui Raja Petra di Bangkok untuk mendapatkan kenyataannya.

Bagaimanapun mengikut tulisan Raja Petra dan peguamnya Haris Ibrahim semalam, kenyataan dimaksudkan belum diambil memandangkan beliau tidak mahu bertemu anggota polis di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

Pihak polis mahu mengambil kenyataan Raja Petra di Kedutaan Malaysia.

NAH AIHHH...LEPAS DI SONTOT MAKAN KARIPAP.....COQ BADAK TAK MAKAN KA?????????

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

NONEKarpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 02Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.

Peguam : Perlakuan Saiful Bukan Seperti Mangsa Liwat


KUALA LUMPUR 25 APRIL : Peguam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa mahkamah untuk berlaku adil dan saksama dalam menghakimi kes fitnah membabitkan anak guamnya.

Seraya mengingatkan mahkamah agar bergantung kepada hujah dan bukti yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," kata Karpal ketika memulakan penghujahan beliau pagi tadi.

Malah Karpal sekali lagi mengingatkan mahkamah supaya memastikan kredibiliti setiap saksi pendakwa.

Bahkan ujarnya, pihak pendakwaan juga mestilah membuktikan setiap bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Terdahulu Karpal dalam hujahnya berkata, pada hari kejadian bertempat di unit kondominium Desa Damansara, pengadu yang juga bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan berpeluang untuk meninggalkan lokasi sebelum Anwar dituduh memaksa beliau melakukan seks luar tabii tanpa rela.

Namun kata Karpal, Saiful mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.

Kata Karpal pengadu sebaliknya hanya menuruti permintaan Anwar walaupun beliau mengakui dipaksa tertuduh.

Malah katanya, Saiful bukanlah seorang yang 'tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Karpal kemudian turut menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari kejadian berdasarkan testimoni Saiful.

Selepas membangkitkan tentang beberapa adegan seks seperti yang didakwa Saiful, Karpal kemudiannya mendakwa, Saiful tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi seperti menjadi mangsa liwat.

Ini kerana selepas perlakuan seks tersebut, Saiful berkata, beliau makan karipap dan berada di dalam bilik berkenaan selama 20 minit.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkah laku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Karpal juga berkata, Saiful turut menemui bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Nor pada hari yang sama beliau membuat laporan polis di mana tindakannya itu mengundang pelbagai spekulasi.

Malah Saiful juga didakwa ada berjumpa dengan Perdana Menteri dan isteri, Rosmah Mansor.

'Perbualan' RPK Dengan Polis Di Hotel



BANGKOK 25 APRIL : Raja Petra Kamarudin mengakui dikunjungi polis di hotel, di Bangkok berhubung wawancaranya berkaitan akuan bersumpah yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibu dengan isteri perdana menteri.

Menurut penulis blog itu, isterinya dan peguam Haris Ibrahim turut menyertai sesi yang disifatkannya sebagai "lawatan sosial" dan "perbualan mesra" itu.

"Mereka tidak lagi perlukan saya pergi ke kedutaan Malaysia untuk kenyataan saya dirakamkan, mereka beritahu saya begitu. Ini hanya lawatan sosial. Mereka hanya mahu friendly chat (perbualan mesra)," katanya.

Menulis dalam Malaysia Today hari ini, Raja Petra mendedahkan, perbualan yang berlanjutan ke bar itu keseluruhannya berkaitan wawancaranya dengan TV3 di Australia.

"Ada sedikit 'ruang' tidak disentuh dalam wawancara itu, yang mana mereka perlu pertolongan saya untuk mengisinya.

"Harus difahami, penemuramah TV3 itu bukan pegawai polis, jadi dia tidak bertanya soalan yang polis sepatutnya tanya. Lagi pun, ia wawancara, bukan siasatan jenayah," tulisnya lagi.-Malaysiakini

Anwar : Jangan Ulang "Sejarah" PRN Sarawak




KUCHING 25 APRIL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu proses Pilihan Raya akan datang dijalankan dengan telus, bebas dan bersih tidak seperti Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Justeru Anwar mahu pemantau dan media antarabangsa dijemput kerajaan bagi memastikan tiada kecurangan berlaku, justeru mengelak sejarah di Sarawak berulang.

"Pastikan segala proses dalam pilihanraya bebas, pilihanraya umum nanti pastikan tiada sekatan media seperti apa yang berlaku di PRN Sarawak, kami berkeras mahukan pemerhati antarabangsa, media, dan kita jemput mereka untuk datang memerhati bagaimana Pilihan Raya di negara kita berjalan," kata Anwar dalam sidang media di Dewan Ruai Belian, Menara Grand Kuching di sini, semalam.

Dalam PRN Sarawak lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikecam Pakatan Rakyat kerana berpihak kepada BN.

Malah bantahan Pakatan Rakyat seperti kiraan semula undi di DUN Senadin langsung tidak dilayan mereka.

Anwar berkata, Kerajaan perlu memastikan SPR menjalankan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Menurut Anwar tindakan BN mempertahankan SPR walaupun melakukan pelbagai sekatan semasa PRN lepas perlulah dihentikan.

"Tidak ada kelebihan untuk semua ini kepada mana-mana parti mempertahankan diri mereka, dengan apa yang berlaku, saya bercakap secara umum dalam pilihanraya dan dari apa yang berlaku, segala proses harus berlangsung secara telus, kita lihat apa yang berlaku kepada Presiden BERSIH yang dihalang masuk ke Sarawak, kenapa ianya berlaku? secara jelas kenapa mereka sekat kehadiran BERSIH kerana mereka mahu lakukan 'kotor'", tegas Anwar.

Justeru menurut Anwar, penting bagi pemantau dan media antarabangsa bagi menjadikan pilihan raya akan datang berlangsung dengan 'bersih' dan tiada ruang bagi
kecurangan berlaku.

Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?

Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?
Harakahdaily

KUANTAN, 24 April: Siasatan siap, dihantar ke pejabat Peguam Negara, kena tendang, sudah lengkapkan siasatan dan hantar semula, pejabat Peguam Negara tendang lagi dan kini tetiba polis meminta lebih banyak masa untuk melengkapkan siasatan berhubung video lucah yang didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang.

“Polis Malaysia yang terkenal dengan kecekapannya, apa yang payah sangat untuk dakwa pemilik video dan orang yang menayang klip video lucah kepada orang awam? Kan ini terang-bederang sudah bercanggah dengan akta yang ada?” sindir Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan polis memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan trio Umno Datuk T, yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik setelah Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis untuk menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatran rakaman aksi tersebut untuk kali keduanya.

"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari.

"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” kata Khalid yang dipetik Bernama.

Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan bahagian mana dalam siasatan tersebut yang ditegur Pejabat Peguam Negara. Jika selepas ini polis menghantar lagi kertas siasatan kepada Peguam Negara, ini adalah kali ketiga perkara ini dilakukan.

Berikut ialah kronologi ‘pengisytiharan’ polis mengenai siasatan video seks melalui media tradisional Umno Barisan Nasional:

11 April: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi.

Polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

14 April: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah memperolehi bukti-bukti ‘kukuh’ yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks.

“Kami sudah mengambil kenyataan dari semua orang yang boleh membantu dalam siasatan kes ini, termasuk wanita dalam video,” Ismail dipetik berkata oleh The Star.

15 April: Acryl berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China dan menafikan laporan akhbar yang memetik Ismail sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.

Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi," katanya kepada Bernama menerusi SMS.

18 April: Acryl berkata “kemungkinan” Datuk T akan didakwa berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Jam Omega, katanya, bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu.

April 20: Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis membuat semakan serta penambahan maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang.

“Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis,” kata Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

April 21: Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

April 23: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, “Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari.”

“Kenyataan pihak polis bahawa mereka telah siap dan telah serah kepada pihak pnguam negara, dan media telahpun mengambarkan bahawa Datuk T trio Umno akan didakwa; tiba-tiba kini polis memerlukan masa lagi untuk lengkapkan siasatan.

"Apakah ada motif lain sehingga ianya mengambil masa yang sangat lama? Apapun rakyat akan terus menilai setiap perkara,” kata Tuan Ibrahim sebagai respon kepada perkembangan kenyataan polis yang semakin tidak menentu dan kelewatan siasatan yand didakwanya akan mendedahkan mangsa kepada pelbagai keaiban yang dimanipulasikan oleh media tradisional Umno Barisan Nasional.

Topik video seks yang didakwa membabitkan Anwar telah menjadi topik hangat media tradisional Umno Barisan Nasional sejurus selepas video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan trio Umno dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac yang lalu.

Drama Bangkok Raja Petra-PDRM berterusan


KUALA LUMPUR, 24 April — “Drama Bangkok” melibatkan Raja Petra Kamarudin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterusan sehingga lewat petang ini dengan kedua-dua pihak bertukar-tukar SMS menanti sama satu lain berhubung usaha pihak berkuasa itu untuk mendapatkan kenyataan blogger kontroversial tersebut.

PDRM menghantar anggotanya ke Bangkok untuk bertemu dengan Raja Petra semalam, tetapi usaha itu tidak menjadi kenyataan selepas beliau tidak mahu kenyataannya diambil di Kedutaan Malaysia.

Raja Petra (gambar) hanya bersetuju jika keterangan diambil di hotel beliau tinggal.

Peguam dan isteri Raja Petra khuatir ia sebagai satu helah untuk menahan beliau dan dibawa balik ke Malaysia.

Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim menulis bahawa beliau telah memaklumkan kakitangan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Abdul Hamid Bulat yang Raja Petra bersedia untuk diambil keterangan di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang ini (6 petang waktu Malaysia).

“Pada pukul 1.26 tengah hari waktu Bangkok hari ini, saya menghantar SMS berikut kepada Hamid: ‘Engku (Raja Petra) dan saya akan berada di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang untuk memberi kenyataan kepada ACP Aziz. Tq’,” kata Haris dalam maklumat terkini di blognya, petang ini.

Dalam maklumat dikemaskinikan kemudian, Haris berkata seorang lagi peguam Raja Petra, Amarjit Sindhu menerima SMS daripada Hamid mengatakan bahawa pihak polis masih menunggu untuk mengambil kenyataan blogger itu di pejabat kedutaan.

“Marina, RPK dan saya menunggu di lobi hotel dari (pukul) 5 hingga 5.30 petang. Tiada polis (datang). (Jadi) kami bertolak untuk makan malam,” kata Haris dalam maklumat mutakhir.

Blogger kontroversial itu berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

Raja Petra telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok agar pergi ke pejabat misi di ibu negara Thailand untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai semalam, kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia semalam.

Bagaimanapun maklumat portal Malaysia Today dan blog Haris pagi tadi berkata, Raja Petra tidak memberikan sebarang kenyataan kepada polis sehingga 2 pagi tadi.

Kenyataan semalam menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula.

Tulisan Raja Petra tengah hari tadi menyebut polis mahu mengambil kenyataannya ekoran aduan berhubung laporan Utusan Malaysia susulan temu bual dengan TV3 dua minggu lalu.

Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu.

Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sehubungan itu kata Raja Petra, akuan bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama.

Anwar : Semangat Juang Pakatan Rakyat Luar Biasa

KUCHING 24 APRIL : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas semangat luar biasa Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 10, 16 April lalu.

Menurut Anwar, walaupun gagal menafikan dua pertiga majoriti Kerajaan Barisan Nasional namun prestasi dan semangat yang ditunjukkan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu memberi tentangan kepada parti itu malah telah meniup semangat kebangkitan rakyat di negeri 'Bumi Kenyalang' ini.

"Saya tetap akan mengucapkan tahniah diatas kejayaan Pakatan Rakyat dalam menambah kerusi pada PRN Sarawak lalu kerana semangat juang yang ditunjukkan amat membanggakan dan sangat luar biasa. Kita juga telah mengubah senario politik Sarawak, dimana BN menang dengan segala masalah tanpa menunjukan satu keghairahan kerana mereka sedar dengan kelemahan dan kecurangan yang berlaku pada PRN tempoh hari," kata Anwar dalam satu majlis perjumpaan Pemimpin-pemimpin PKR Sarawak di Dewan Ruai Berlian, Menara Grand, Kuching petang tadi.

Dalam PRN lepas, PKR memenangi 3 kerusi di Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang, DAP 12 kerusi manakala PAS gagal memenangi sebarang kerusi.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat berjaya mendapat sokongan undi popular lebih 45 peratus dari rakyat Sarawak dan menguburkan Parti Komponen BN kedua terbesar negeri itu, SUPP.

Menurut Anwar, kehadiran pemimpin-pemimpin di Sarawak hari ini membuktikan semangat perjuangan yang harus dikekalkan sebagai satu pasukan dalam mendepani pilihanraya Umum akan datang.

"Kita hadir dalam pertemuan ini dengan tekad iaitu membina kekuatan kita untuk melihat kedepan dengan mempertahankan prinsip-prinsip yang kita bawa untuk mempersiapkan jentera maju menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti."

Majlis dihadiri lebih 100 Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Pimpinan Pusat dan Ketua Cabang serata negeri Sarawak.

Turut hadir, ialah ADUN PKR yang baru memenangi kerusi PRN lepas iaitu Baru Bian, See Chee How, dan Ali Ak Biju.

Tambah Anwar, beliau turut mengesa pemimpin Parti Keadilan Rakyat agar mengekalkan semangat berpasukan dan menyelesaikan permasalahan yang ada secara aman dan bukannya di luar ruang bincang Pakatan Rakyat

"Parti Keadilan, saya nasihatkan pimpinan agar menghormati semangat dalam Pakatan, tidak membuat tuntutan diluar yang menyinggung kawan-kawan dalam pakatan , jadi kami, PKR, DAP dan PAS adalah gagasan, jadi kita tidak perlu buat tuntutan diluar forum," katanya

"Tentunya menerusi forum yang baik agar memberi mesej yang baik, jadi kalau melatah diluar dengan buat tuntutan yang agak kasar dengan menyinggung gagasan yang lain itu tidak memberi mesej yang baik, dalam pilihanraya, kawasan yang ditandingi PKR dibantu oleh DAP dan PAS, kawasan DAP saya pun turun kempen, PAS, DAP dan keadilan turut kempen, jadi kami bergerak dalam satu pasukan," tambah Anwar.


Tiada Paksaan Untuk Hafarizam Menghadap JKHK DUN Selangor




SHAH ALAM 24 APRIL : Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memaksa Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah untuk menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 29 April ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai pengamal undang-undang, Mohd Hafarizam bebas untuk bercakap apa sahaja dan tahu menilai mana yang betul dalam sebarang tindakannya.

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana seperti yang kita tahu Mohd Hafarizam ialah peguam UMNO dan beliau boleh cakap apa dia suka.

"Cuma apa yang kerajaan negeri tekankan ialah Mohd Hafarizam dan Badrul Hisham dihadapkan ke JKHK berhubung kesalahan menghina dewan negeri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di sini hari ini.

Abdul Khalid diminta mengulas mengenai keengganan Mohd Hafarizam untuk menghadap JKHK kerana menganggap arahan tersebut "terletak di luar peruntukan undang-undang".

Pada Jumaat lepas, Mohd Hafarizam berkata tindakan DUN Selangor itu adalah "penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu dan tindakan menyaman beliau hadir menghadap JKHK adalah ugutan politik".

Beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga hak dan kepentingan beliau sekiranya JKHK tidak menarik balik saman itu dengan serta-merta.

Pada 1 April lepas, Badrul Hisham dan Mohd Hafarizam dirujuk ke JKHK atas tuduhan mereka secara berasingan atau bersama melakukan kesalahan menghina dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac lepas kepada Speaker Dewan Datuk Teng Chang Khim yang didakwa mengandungi bahasa yang amat tidak "senonoh, biadap dan mengugut".

Badrul Hisham bagaimanapun berkata beliau akan menghadap JKHK selepas dinasihatkan oleh peguam untuk berbuat demikian.

Ditanya mengenai dakwaan Mohd Hafarizam bahawa beliau menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu, Abdul Khalid berkata hal lain tidak harus timbul kerana perkara utama dalam isu itu ialah kesalahan menghina DUN.

"Biarlah jawatankuasa ini tentukan apa yang berlaku dan tindakan seterusnya yang akan diambil," katanya.

Pada 18 Feb lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong.

Hakim Zaleha membuat keputusan itu di dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng.

Kontroversi kerusi Pelabuhan Klang timbul setelah Teng mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Jan lepas dengan mengatakan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Raja Petra bersedia beri keterangan polis hanya di hotel

Kemunculan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di Bangkok semalam untuk memberi ucapan kepada Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) telah menarik perhatian polis, dan polis cuba mengambil keterangan daripada blogger yang kontroversial ini di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.

Bagaimanapun, cubaan ini gagal apabila RPK (gambar kanan) menyatakan bahawa dirinya hanya bersedia memberi keterangannya kepada polis di hotel. "Drama" ini akhirnya melabuh tirai, menurut tulisan RPK dalam Malaysia Today, apabila ACP Aziz yang ditugaskan untuk mengambil keterangannya "tidak lagi berminat untuk berbuat demikian".

RPK dijadualkan untuk berucap kepada MCLM pada jam 6 petang semalam di Bangkok. Sebelum ia bermula, RPK didampingi seorang pegawai polis dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan meminta agar RPK mengikutnya ke Kedutaan Besar untuk diambil keterangan. RPK dimaklumkan bahawa ACP Aziz dari Kuala Lumpur sedang menunggunya.

Sebelumnya, Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pegawainya telah meminta agar RPK memberi keterangan setelah mengetahui RPK akan muncul di Bangkok, menurut The Star Online. Keterangan ini diambil berikutan laporan polis yang dibuat oleh satu pertubuhan bernama Jaringan Melayu Malaysia.

Bagaimanapun, dalam tulisan RPK di Malaysia Today, beliau berkata ada pihak telah membuat satu laporan polis berdasarkan "liputan Utusan Malaysia terhadap wawancara TV3 bersama RPK", yang menyebabkan dirinya diminta untuk diambil keterangan.

Satu wawancara TV3 bersama RPK telah disiarkan sebelum hari pengundian PRN Sarawak, antaranya penjelasan RPK terhadap tuduhan yang dibuatnya dalam Akuan Bersumpah, yang mengaitkan isteri Perdana Menteri sekarang, Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Beliau juga melontarkan kritikan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dalam bahagian kedua wawancara yang disiarkan.

RPK bagaimanapun menafikan dirinya "membelot" dari perjuangan, malah Presiden MCLM Haris Ibrahim mendakwa wawancara yang disiarkan tersebut disunting sehingga "terpesong dari konteks sebenarnya". Namun demikian, wawancara tersebut memberi peluang kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk mendakwa bahawa nama dirinya telah dibersihkan.

Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan




LUMUT 24 APRIL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah.

Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan.

"Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk," kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam.

Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak.

Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat.

Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau.

Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini:

"Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya." Saya kata "Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan "Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang," kata Anwar.

Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini.

"Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina," kata Anwar

"Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan," tambahnya lagi.

Rakyat 'Khair' Perlu Sedar Dari Terus Diperbodohkan BN, Kata Anwar



LUMUT 24 APRIL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat sedia membantu masyarakat yang 'Khair' yakni masyarakat seimbang dan dinamik daripada terus diperbodohkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Anwar berkata, ramai menyedari penipuan yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional yang hanya mementingkan kekayaan sendiri semata-mata serta mengabaikan hak rakyat yang semakin hari semakin kesempitan hidup berikutan peningkatan kos sara hidup sehari-harian sedangkan barisan kepimpinan perikatan itu serta kroni mereka selesa dengan kekayaan yang dimiliki.

"Umat yang khair ini hanya umat aktif, dinamik dan mampu membawa perubahan supaya jangan terus diperbodohkan serta diperhambakan," tegas Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Perak di sini semalam.

"Ditipu tak apa, dirampas hak, tak apa. Ini bukan umat yang khair. Umat yang khair ini, yang dinamik, dan segar. Elemen sedar dalam masyarakat," tambahnya lagi.

Katanya, rakyat perlu diberikan perhatian kerana mereka merupakan golongan paling berharga di Malaysia.

Malah menurut Anwar, ini merupakan perjuangan Pakatan Rakyat yang jelas berbeza dengan BN yang lebih gemar dan selesa memfitnah serta mengutuk pemimpin PAS, DAP dan PKR.

"Ini menunjukkan (mereka) angkuh, takbur.Ini yang dikatakan golongan Muztakbirin. Fikir golongan mereka. Yang kaya bertambah kaya dan berkuasa. Rakyat macam kuli, tak berharga.Quran sebut rakyat ini golongan doa. Doa mereka jangan perkecilkan. Ini tanggungjawab saya, dan rakan dalam PAS, Keadilan dan DAP. Angkat kesedaran," ujarnya.

Beliau turut menyeru kepada pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang lain supaya tidak terpengaruh dengan serangan dan fitnah BN serta menumpukan perhatian kepada perjuangan seperti yang telah dimanifestokan dalam Buku Jingga dan Kongres Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Ini tanggungjawab kita. Tak perlu sibuk dan serabut dengan serangan mereka. Kerja mereka serabutkan kita supaya mereka boleh rasuah, rompak dan serabut sebanyak mungkin. Saya lawan ini sebab saya anggap rakyat tak boleh dibodohkan. Saya orang Melayu, Islam, anak Malaysia. Tapi saya benci dengan tindakan yang menganggap rakyat bodoh.

Anwar : Rakyat Mampu Berubah,Tolak Politik Jahat BN


PANGKOR 24 APRIL : Pakatan Rakyat yakin mampu melakukan perubahan yang lebih menguntungkan rakyat negara ini dengan menolak politik jahat serta polisi yang hanya mengayakan kroni semata-mata seperti Barisan Nasional.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan polisi Pakatan Rakyat sudahpun terbukti lebih baik dalam pentadbiran kerajaan negeri yang di perintah PR berbanding Barisan Nasional.

"Sebab itu kita mahu perintah negeri ini sebab kita mahu Pangkor, Perak dan Malaysia jadi lebih baik. Baik untuk siapa?Menteri? Tak. Baik untuk rakyat, guru, nelayan, pekerja, peladang, dan bukannya untuk pemimpin," kata beliau di hadapan lebih seribu rakyat Pulau Pangkor yang bertemu dengannya di sini semalam.

Walau menghadapi kesukaran akibat tidak dibenarkan mendarat di Jeti Pangkor, Anwar yang kelihatan kurang sihat kerana kecederaan tulang belakangnya tetap bertekad melawat rakyat di Pulau itu.

Malah pada malam sebelumnya, turut terpampar sebuah 'banner' tanpa notis yang mengajak warga Pangkor menolak program Anwar dan Parti Keadilan Rakyat di situ.

Manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dilapor turut disebarkan yang mendakwa program Anwar itu dibatalkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun Anwar kagum dengan sambutan rakyat di situ apabila difahamkan warga Pangkor telah berkumpul di kawasan jeti kecil Sungai Pinang Kecil dari Teluk Batik bermula jam 5.30 petang lagi.

"Setibanya saya di Pangkor jeti tidak dapat digunakan dan kita sambung di Sungai Pinang Kecil. Kalau tak boleh juga, kita boleh naik sampan atau berenang ke Pangkor. Ini negeri bapa diakah? Kenapa hendak takut dengan saya, saya ni hantu ke?" kata beliau merujuk kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambri Abdul Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor.

Menurut Anwar, politik yang dimainkan BN menjurus kepada keuntungan kroni semata-mata sedangkan taraf hidup rakyat masih tidak berubah.

Buktinya menurut Anwar adalah penduduk Pangkor yang rata-rata berpendapatan rendah bekerja sebagai nelayan dan peladang walaupun Menteri Besar Perak ialah anak jati Pulau itu sendiri.

"Datang Pangkor, tengok nelayan. Tengok cara dia kerja, tengok rumah dia, 50 tahun merdeka tahu macam mana hidup. Menteri datang kata ekonomi bagus, pembangunan naik, apa yang bagus? Minyak sumber kita. Tapi mahal. Tapi ingat...Politik itu soal prinsip. Cakap kena fikir. Politik boleh menang dan kalah tapi ingat bila mati kena jawab depan Allah SWT," tegas beliau.

Beliau turut menyeru warga Pangkor dan Perak untuk bangkit menuntut hak mereka yang diabaikan kerajaan BN yang tampak lebih gemar menyerang dirinya dari menyelesaikan masalah rakyat.

Apa politik ni. Orang Cina kata ini politik Shiao-ren Politik Jahat. Orang Melayu kata ini Politik lucah yang aibkan orang. Dia mahu saya menyerah kalah. Serah kalah naik pangkat jadi Tun. Macam Lim Liong Sik. Curi tanah, duit rakyat dapat Tun. Boleh ke dia tidur malam macam tu?Ingat rakyat boleh kasih sayang dengan dia?" kata beliau.

Fokus jatuhkan BN, bukan pemimpin PAS- Husam





KUALA LUMPUR, 23 April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa menegaskan bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada.

Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Beliau yang juga Bekas Naib Presiden PAS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Tambahnya, apa yang penting kepada PAS sekarang adalah proses "penyegaran" semula dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran.

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau.

Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menyatakan kepada Abdul Hadi untuk terus menerajui kepimpinan PAS.

Video Lucah : Polis Minta Lebih Masa Selesai Siasatan

DARI APARTMENT KE BUNGALOW...KOT NANTI SAMPAI UMAH PAPAN......ALIH-ALIH KAT LUAR NEGARA LA PULAK...TOP-TOP KAT MALAYSIA....ENTAH LE........





SHAH ALAM 24 APRIL : Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam.

“Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari,” katanya di sini.

“Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan, kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” ujarnya.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin Pakatan Rakyat kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.

Ismail berkata, kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lalu dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.

“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.

“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.

Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

Khalid : 'Terima Kasih' Rakyat Selangor


KLANG 23 APRIL : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejayaan dan pencapaian yang dicapai sehingga kini adalah hasil kerjasama dua pihak antara pemimpin dan anggota masyarat.

“Saya sangat berbesar hati kerana saya rasa tuan-tuan dan puan-puan telah nampak bagaimana pasukan yang telah kita lahirkan iaitu pasukan wakil-wakil rakyat dan wakil negeri yang kesemua dalam ceramah-ceramah yang diberikan sangat-sangat berjiwa rakyat," kata Khalid.

Tambahnya lagi, budaya kerja kerajaan negeri yang sentiasa komited dalam urus tadbir terutamanya dalam memastikan segala hasil negeri dapat diagihkan untuk kebajikan rakyat adalah kunci kejayaan yang dicapai hari ini.

“Mereka mula merasakan rancangan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini skim merakyatkan ekonomi adalah benar-benar untuk rakyat," tambahnya.

Tambah Khalid, kejayaan yang diraih berikutan barisan kepemimpinan yang dipilih rakyat itu menjalankan tanggungjawab dengan betul dan amanah.

“Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah memilih mereka,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika berucap dalam ceramah perdana bersama rakyat di daerah Klang semalam.

Malah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Pakatan Rakyat sejak mula mentadbir kerajaan negeri tiga tahun lalu ternyata berhasil apabila hampir keseluruhan rakyat di negeri ini mendapat agihan dana dan bantuan daripada program berkenaan.

“Kita tidak membezakan mereka yang perlu ditolong adalah tanggungjawab kita untuk memberikan pertolongan.

Sebagai rekod, lebih 27 ribu telah menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dengan belanja melebihi RM2 juta.

Selain itu, komitmen kerjaan negeri juga dalam menjada kebajikan rakyatnya juga dapat dilihat apabila 60 peratu daripada 236 ribu warga emas telah berjaya didaftarkan menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di mana lebih 16,000 orang telah mendapat bantuan.

Turut menjadi perhatian masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor turut dirungkai dan setakat ini kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 23 projek terbengkalai melibatkan lebih 9,000 unit rumah dan 7 projek lagi melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.

Terbaru, pemerikasaan mammogram percuma dilancarkan untuk kesihatan wanita adan sejak pengenalannya, seramai 3,000 wanita telah menggunakannya dan 41 orang dikesan berkemungkinan menghidap kanser payudara.

Peguam Pahang Desak Kerajaan Lanjut Tempoh Kajian Loji Tanah Jarang


KUALA LUMPUR 24 APRIL : Badan mewakili peguam-peguam Pahang menggesa kerajaan melanjutkan tempoh sebulan untuk kajian ke atas loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation sehingga setahun bagi mengadakan pemeriksaan terperinci berhubung keselamatan dan kesihatan awam akibat kesan radioaktif.

Pengerusi Peguam Pahang, Hon Kai Ping mengakui gesaan badan itu kemungkinan menjejaskan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan tetapi menekankan, Putrajaya tidak seharusnya tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai isu keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Peguam Pahang berpandangan penelitian yang berhati-hati dan mendalam berhubung operasi nadir bumi sangat diperlukan dan keputusan tidak seharusnya diambil secara tergesa-gesa jika kerajaan serius berhubung kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia,” kata Hon dalam satu kenyataan medianya.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, satu panel bebas akan ditubuhkan secepat yang mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif.

Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Lima hingga tujuh pakar antarabangsa (IP) yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu, yang ditubuhkan susulan maklum balas daripada orang ramai, katanya.

Mustapa berkata sehingga kajian itu selesai, dan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Syarikat itu juga tidak dibenarkan untuk mengimport bahan mentah dari Australia sementara kerajaan membuat keputusan terhadap hasil kajian itu.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan membuat keputusan mengenai projek itu, katanya dan menambah, semakan semula akan dilakukan bagi memastikan pembinaan kemudahan itu mematuhi sepenuhnya standard keselamatan antarabangsa.

Mustapa berkata kesihatan dan keselamatan oramg ramai dan alam sekitar terus diutamakan oleh kerajaan.

Hon berkata, Peguam Pahang tiada terma rujukan mengenai panel yang dimaksudkan tetapi laporan media menunjukkan ia akan memfokus ke atas loji pemprosesan kendalian Lynas Corporation di Gebeng.

“Jika itulah kesnya, maka menteri sudah pasti tidak diberi taklimat mengenai program jelajah yang dianjurkan oleh SEDC Negeri di mana palar-pakar tempatan mengatakan kadar radioaktif torium pada bijih yang akan diimport adalah 0.16 peratus berbanding enam hingga lapan peratus yang ditunjukkan oleh beberapa laporan bebas kerajaan asing dan ini menjadi salah satu perkara utama penduduk Kuantan timbulkan ketika dialog awam (baru-baru ini).

“Jika terma rujukan IP hanya dihadkan kepada soal penelitian loji pemprosesan, adalah jelas aspek utama yang menjadi kebimbangan penduduk Kuantan tidak akan ditangani dan penemuan IP tidak akan mencapai tujuan,” katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, Peguam Pahang mahukan terma rujuan IP diperluaskan merangkumi aspek kadar torium bijih yang akan diimport, impak ke atas persekitaran dan industri pelancongan, jumlah kajian asas yang dikendalikan dan rumusan masing-masing, syarat-syarat ditetapkan oleh AELB, bukti proses seiringan bagi memastikan simpanan di Gebeng hanya bersifat sementara.

Badan itu juga meminta kesemua dokumen, kerajaan dan yang dikemukakan oleh Lynas ditunjukkan kepada orang awam dan pakar-pakar bebas yang dilantik oleh wakil penduduk Kuantan dan kumpulan lain panel berkenaan.

Oleh itu kata beliau, bagi membolehkan aspek-aspek berkenaan dikaji tempoh yang diperlukan ialah satu tahun.

Tambah beliau, cadangan Peguam Pahang itu kemungkinan akan menjejaskan pelancaran operasi loji Lynas dan kemungkinan menjejaskan imej negara tetapi apa yang penting ialah keselamatan rakyat adalah “sangat penting.”

Dalam kenyataannya semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan berkompromi dengan projek-projek yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat.

Najib berkata satu panel bebas yang akan dianggotai pakar akan membuat kajian berhubung soal keselamatan dan kesan kilang berkenaan.

“Kita telah putuskan, pertamanya kita tak akan kompromi dari segi keselamatan dan kesejahteraan rakyat, keselamatan dan kesihatan rakyat kita letak sebagai keutamaan yang tertinggi, bukan faktor kita hendakkan projek itu, tidak...,” katanya.

Polis hapus sistem perangkap kelajuan, kata timbalan IGP

KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

MENYUSUL LAGI

OKU Tahanan ISA Tekad Teruskan Perjuangan



KUALA LUMPUR 23 APRIL : Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Kadir Hashim bertekad tidak akan lemah semangat dalam meneruskan perjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat(PKR) walaupun bakal berhadapan cabaran yang lebih berisiko tinggi seperti ini.

Kadir yang dibebaskan beberapa hari lalu, menganggap detik-detik dan saat beliau menjadi tahanan ISA itu sebagai asam garam perjuangan dalam memastikan Pakatan Rakyat(PR) mendapat mandat dalam Pilihan Raya umum akan datang.

"Saya tidak akan lemah semangat. Saya tetap akan menyertai aktiviti parti. Ini bagi saya liku-liku perjuangan. Kita kena hadapinya," kata beliau kepada wartawan di rumahnya semalam.

Kadir yang kudung pergelangan tangan kiri didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit di bawah Seksyen 73(1) ISA 1 April lalu.

Kadir dikatakan merancang menggunakan senjata api dan bahan letupan untuk menentang kerajaan kerana komennya dalam laman Facebook beliau.

Menurut Kadir, beliau disoal siasat selama beberapa sesi setiap hari dan dibawa sehingga ke empat lokasi berlainan untuk disoal siasat sepanjang 20 hari itu.

Malah beliau memberitahu pihak Polis memasang alat pengesan pembohongan di badannya dalam salah satu cubaan mendapatkan kenyataan beliau.

Bagaimanapun Kadir mengakui beliau tidak didera secara fizikal sebaliknya beliau diganggu secara mental berikutan cara soal siasat yang amat meletihkan.

Beliau yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) menganggap tuduhan dan siasatan polis ke atas beliau sebagai perkara lucu kerana ia hampir tidak logik.

Malah menurut beliau lagi, pihak Polis turut gentar apabila kesnya itu mendapat liputan meluas media selain kesungguhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sentiasa memberi sokongan dan mendesak beliau dibebaskan.

"Bagi saya ini satu tangkapan lucu. Sepatutnya dia (polis) kena fikir. Jika dia kaji dan siasat status saya, dia akan tahu saya seorang OKU," kata beliau dengan sinis.

"Mereka cukup takut bila peguam nak jumpa saya. Wartawan dan Suaram pun datang. Mereka cukup takut. Jadi mereka minta kerjasama dan beri ruang untuk dibebaskan," tambahnya lagi.

Kadir turut mendedahkan beliau juga diminta supaya menceritakan 'kebaikan' ISA kepada ahli PKR lain, bagaimanapun beliau enggan berbuat demikian.

Kadir menyatakan tindakan beliau dan mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang meluahkan kemarahan mereka dalam laman sosial itu berpunca dari Kerajaan Barisan Nasional sendiri yang sentiasa menindas hak bersuara rakyat.

"Itu hanya luahan emosi saya terhadap apa yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan kita. Kita hendak cuba ubah keadaan demokrasi. Masalahnya demokrasi kita tak adil. Kalau betul demokrasi kenapa media kita contohnya disekat? Kenapa dalam Pilihan Raya berita-berita yang disampaikan tak seimbang laporannya? Kenapa kita tak diberi ruang di TV seperti mereka?" ucap beliau.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin yang berkunjung ke rumah Kadir semalam turut menganggap episod ISA Kadir sebagai sesuatu yang tidak logik dan lucu.

Shamsul menyatakan perkara ini menunjukkan betapa ISA tidak dapat diterima Pakatan Rakyat apatah lagi pihak Polis meminta Kadir menceritakan 'kebaikan' ISA kepada orang ramai.

"Sekadar kata-kata dalam facebook, beliau ditahan di bawah ISA, sedangkan itu tidak perlu, boleh lakukan siasatan. Apa perlu beliau ditahan? Dan soalan yang ditanya pun tak berkaitan dengan siasatan. Soalan tentang Isu politik dan minta saudara Kadir beritahu kebaikan ISA. Saya setuju dengan Kadir itu sesuatu yang lucu dari pasukan keselamatan negara kita. Sebab itu kita kata ISA ini langsung tidak membawa kebaikan dan membawa manfaat kepada masyarakat yang bertamadun.

1Melayu 1Bumi Cabaran Buat Najib - Shamsul


SHAH ALAM 23 APRIL : Cadangan Utusan Malaysia supaya diwujudkan gerakan 1Melayu 1Bumi adalah satu cabaran kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pendirian Najib yang juga presiden UMNO akan teruji berikutan pemimpin itu lantang melaungkan slogan 1Malaysia, yang kononnya menjamin hak semua kaum dinegara ini.

Najib sebelum ini berkata cadangan 1Melayu 1Bumi itu bukan pandangan kerajaan tetapi beliau tidak menyatakan pendiriannya sebagai presiden parti perkauman itu.

Shamsul menegaskan cadangan yang dikemukakan Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan amat merbahaya dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Saya ingin cabar Najib kalau betul dia pegang pada prinsip 1Malaysia Najib mesti berbuat sesuatu dan ambil tindakan kepada mana- mana media yang cuba untuk mengeruhkan hubungan diantara kaum di Malaysia.

"Ini satu perkara yang cukup penting kerana keamanan dan pembangunan di negara ini tentunya tidak boleh berjalan dengan baik kalau berlaku ketegangan di antara kaum. Ini yang cuba dilakukan Umno itu sendiri,” ujar Shamsul.

Isu 1Melayu 1Bumi ini timbul sebaik sahaja tamat pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang menyaksikan sokongan padu kaum Cina terhadap parti DAP yang juga parti kompenan Pakatan Rakyat.

BN yang gusar dengan sokongan tidak berbelah bahagi ini secara tergesa- gesa mencadangkan 1Melayu 1Bumi yang mengajak kaum Melayu bersatu hanya kerana mahu menandingi perpaduan kaum lain, bukannya berpaksi kepada kesedaran bersatu- padu demi kesejahteraan negara.

“1Melayu 1Bumi bercanggah dengan prinsip 1Malaysia," katanya.

Shamsul menolak dakwaan UMNO BN bahawa bukan kaum Cina sahaja yang bangkit menolak parti perkauman itu, tetapi turut melibatkan semua kaum.

“Saya ingin betulkan beberapa tanggapan yang menyatakan hanya masyarakat Cina sahaja yang bangkit tetapi sebenarnya kalau kita teliti secara mendalam sokongan kaum- kaum di Sarawak itu ianya bukan sekadar masyarakat Cina, kebangkitan yang begitu ketara di kalangan orang Melayu di kalangan orang Iban, Dayak, Ulu dan tentunya masyarakat Cina,” katanya

Pelaburan CIMB dalam Tricubes melalui Dana Ekuiti Swasta

BERNAMA

Pelaburan CIMB dalam Tricubes Bhd dibuat bagi pihak pelanggan melalui dana ekuiti swasta, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nazir Razak, hari ini. Menegaskan bahawa CIMB tidak memiliki syarikat itu, beliau berkata pelaburan itu memang sudah wujud pada 2001 dengan kepentingan sebanyak 15%.

"Kami tidak terlibat dengan pengurusannya. Kami tidak mempunyai wakil dalam lembaga pengarahnya... ia adalah kepentingan pasif sepenuhnya. Sebarang kenyataan yang membayangkan kami sedikit sebanyak terlibat dalam perniagaan itu berniat jahat," kata Nazir (gambar kanan) kepada pemberita ketika mengulas laporan yang mengatakan CIMB mempunyai pelaburan dalam Tricubes.

Baru-baru ini Tricubes, sebuah syarikat penyedia IT, mendapat Projek Emel 1Malaysia. Beliau menjelaskan beliau hanya mengetahui tentang pelaburan itu setelah seseorang menunjukkan kepadanya sebuah blog yang melaporkan perkara itu.

Dalam satu pekembangan lain, beliau berkata CIMB Group sedang mencari peluang untuk memasuki Laos dan Filipina pada masa akan datang.

Bagaimanapun, katanya, CIMB tidak tergesa-gesa untuk memasuki kedua-dua pasaran itu kerana kumpulan itu bertapak kukuh di negara-negara Asean yang Lain. (BERNAMA)

Baca: 1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib

Kaum asli penentu pertukaran kerajaan


Lim Chun Piao

DAP berjaya menumpaskan SUPP untuk menjadi parti politik kedua terbesar di Sarawak selepas PRN Sarawak 2011, malah menggantikan SUPP sebagai parti bertunjangkan Cina yang memiliki kerusi DUN terbanyak di Sarawak.

Ramai penganalisa menumpu kepada "sokongan pengundi Cina bandar memihak kepada pembangkang" ketika membincangkan kunci kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan bandar. Kesimpulan sedemikian pada hakikatnya mengabaikan konteks politik Sarawak yang istimewa. Nampaknya kita perlu meneliti wakil rakyat di sana untuk memahami persekitaran politik tempatan.

Pertama, Sim Kwang Yang (gambar kiri, melambai tangan). Beliau terpilih sebagai ahli parlimen Kuching pada tahun 1986. Dalam PRU tahun 1995, BN merasuah pengundi dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (cina), maka beliau mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat Cina.

Kedua, Chiew Chiu Sing. Mempertahankan kerusi Kidurong, satu-satunya ADUN DAP yang bertahan untuk tiga penggal. Beliau tetap utuh walaupun pada waktu yang paling genting untuk DAP. Dalam PRN Sarawak kali ini, terlalu ramai "bintang baru" yang menenggelami sinarannya.

Ketiga, Baru Bian. ADUN baru untuk Ba'Kelalan, Pengerusi PKR Sarawak. Keempat, See Chee How, ADUN baru Batu Lintang, pernah menjadi pembantu Sim Kwang Yang. Kelima, Ali Biju, ADUN Krian yang baru.

Sesungguhnya "angin perubahan" di kalangan komuniti Cina menjadi punca bertambahnya bilangan ADUN Pakatan Rakyat, namun apakah persamaan di antara wakil rakyat yang tersenarai di atas? Fasih bertutur bahasa Cina? Mungkin bukan masalah untuk bertutur dalam dua tiga ayat yang mudah. Menang atas sokongan Cina? Untuk calon ketiga dan kelima, lihatlah struktur pengundinya untuk mengetahui jawapannya.

Atau, kita lihat dari perspektif lain, apakah faktor yang memenangkan mereka? Adakah warna kulit, kepercayaan agama atau reputasi sosial? Perbezaaan mungkin lebih daripada persamaan jikalau diteliti kriteria tersebut. Bukan sahaja di Sarawak, jawapan yang lebih tepat adalah, wakil rakyat atau mantan wakil rakyat ini mengusahakan kawasan pengundian mereka untuk jangka yang panjang, terutamanya menentang pemerintah untuk mempertahankan hak tanah adat kaum asal.

Keluar dari bingkai perkauman

Ketika Sim Kwang Yang menyandang ahli parlimen, beliau disanjung tinggi kerana berhempas pulas untuk membantu kaum asli ketika tanah adat Iban diceroboh tycoon. Chiew Chiu Sing mendalami kawasan desa, berkecimpung untuk mengusahakan pendidikan politik. Malah beliau telah celik untuk bertutur dalam bahasa Iban. Baru Bian, See Chee How dan Ali Biju sudah tentu tidak asing untuk komuniti kaum asli Sarawak kerana mengendalikan banyak kes tanah di mahkamah.

Mereka berpegang kepada keadilan, berprihatin terhadap hak tanah adat. Keprihatinan mereka yang melangkaui batas perkauman telah meletakkan asas untuk kemenangan. Mereka telah memenangi kepercayaan dan sokongan daripada semua kaum.

Kesungguhan untuk berkhidmat di kawasan desa memenangkan Baru Bian dan Ali Biju di kawasan kaum asli, yang secara tradisionalnya dimenangi BN. Pada hakikatnya, inilah benih politik berbilang kaum (majmuk) yang disemai untuk membuahkan pertukaran kerajaan di negeri Sarawak satu hari nanti. Juga, usaha Sim Kwang Yang dan See Chee How di akar umbi sekian lama telah menjurus kepada kemenangan PR di kawasan DUN tersebut. Untuk Chiew Chiu Sing, kegigihannya telah memenangkan dirinya.

Sememangnya, parti yang berjinak-jinak dengan politik pilihan raya boleh terus menunggu peluang keemasan seperti munculnya parti Semangat 46 atau Reformasi yang dicetuskan Anwar. Pada hari-hari yang biasa, nasibnya terumbang-ambing ditentukan perubahan senario politik. Sama ada nasib memihak kepadanya, sama ada partinya menjadi kukuh, semuanya ditakdir Tuhan.

Gagal hanya dengan undi Cina

DAP mendakwa untuk membawa "perubahan" dan menumbangkan regim Taib Mahmud, apakah matlamat ini akan berjaya jika hanya menang di kesemua kawasan Cina? Apakah Roket yang mendukung "Malaysia untuk orang Malaysia" gagal membariskan lebih ramai pemimpin yang bekerja di peringkat akar umbi seperti Sim Kwang Yang, Chew Chiu Sing - untuk menerokai kawasan luar bandar, lantas menawan kubu PBB, atau bergantung kepada prestasi rakan partinya di luar bandar, tetapi dirinya berundur dan bertahan di kawasan Cina yang "selesa" untuk menunggu detik pertukaran kerajaan?

Harus diberi perhatian, adalah realiti bahawa populasi Cina semakin menurun tahun demi tahun. Jikalau BN berpeluang untuk merampas semula majoriti dua pertiga, persempadanan semula kawasan pengundian semestinya tidak memihak kepada PR. BN semestinya akan mengurangkan kawasan majoriti Cina (kawasan hitam untuk BN), untuk meningkatkan peluang kelangsungan BN pada masa depan.

Berbekalkan dua faktor ini, seandainya DAP masih bergelut dalam keterbatasan ini, maka kita boleh menyimpulkan bahawa bilangan wakil rakyat DAP pada hari ini, adalah prestasi yang paling unggul untuk DAP dalam sejarahnya.

Seandainya DAP keluar dari kawasan Cina, ia semestinya akan membawa persaingan kepada rakan partinya. Namun, persaingan akan membawa kemajuan, dan persaingan sihat ini akan menawarkan peluang kepada pengundi untuk membuat pilihan. Pengundi akan mempertimbangkan parti manakah yang boleh menawarkan perkhidmatan dan idealisme yang lebih direstui. Secara perbandingan, PAS yang memiliki Kelab Penyokong PAS - kini sudah dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS, boleh membariskan calonnya untuk pilihan komuniti yang berbeza.

Walaupun Sim Kwang Yang tidak pernah bertanding di kawasan bumiputera, namun beliau telah menjadi teladan apabila bersuara lantang memperjuangkan masyarakat minoriti. Ia telah menjadi asas kepada politik majmuk di Sarawak. Namun, mengapa generasi seterusnya tidak berdiri di atas bahunya untuk memandang ke arah Putrajaya?

*Lim Chun Piao ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Filem Omega yang tercicir...

Hishamuddin Rais
Apr 21, 11



Aku tercari-cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan.

Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar-mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu.

Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya: Di mana Galeri le Atalier?

"Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?" Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya.

Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini menunjuk bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini menghulurkan kad niaganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kasih. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan menuju ke bangunan itu.

Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk keseorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar.

Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul-betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi.

"Kau tahu… aku dapat panggilan telefon... bukan sekali... tiga kali... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar.

"Apa hal dengan Gombak pulak?" jawab suara lelaki yang agak halus.

"Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun di sana. Kau kelentong buat di LA. Hei… dengan aku kau jangan nak kelentong."

"Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Sejak bila boroi. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang VCD aku nak tunjuk.'

Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin VCD sedang berputar. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem.

"Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem?" Suara jantan ini makin marah.

"Tak dapat potong yang ini... itu pasal si pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.'

Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa di sini sarangnya. Aku merasa begitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe. Dari apa yang aku dengar filem-filem mereka cukup hebat.

Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas-desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat 'Jangan Tinggalkan Jandaku'. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur.

"Kau kenal Datuk SK… Kenapa dia buat heboh di akhbar katakan laci bilik hotel berkunci. Gila… mana orang nak percaya. Guna otak..guna otak..Mana pernah laci dalam bilik hotel berkunci. Kalau nak menipu… tipu betul-betul. Laci bilik hotel yang ada kelas tak berkunci… "

Senyap sebentar kemudian lelaki bersuara halus menjawab: "Itu saya tak tahu. Krew saya hanya diupah untuk membuat filem ini saja. Hal mengedar saya tak tahu."

Tanpa aku sedari tetiba tiga lelaki tercegat berdiri tak jauh dari tempat aku duduk. Aku tak sedar bila mereka sampai. Mereka tersenyum dan terus mengambil tempat duduk.

Lelaki yang duduk di sebelah aku menghulur tangan untuk bersalam. Aku menyambut Dia terus bersuara: “ Datang nak casting ke? I dengar dia orang nak buat satu gambar baru. Producer sedang cari pelakon. You berlakon ke?'

Aku mengeleng kepala.

"You nak mengarah ke? I dulu kerja dengan Um. I buat 16 siri untuk dia. Yang dua lagi tu kawan I yang berlakon. Lapan belas semuanya. Tapi satu pun belum tayang. Dengar khabar Jawi belum luluskan. Kerana dalam babak makan… tak seorang pun baca bismilah. Pasal ini Jawi cukup marah.'

Aku perhatikan tiga lelaki ini betul-betul. Kelihatan ketiga-tiga mereka boroi. Lalu aku terfikir apakah boroi ini tanda hidup yang berjaya. Sedang kepala aku ligar berfikir pintu bilik terbuka. Seorang lelaki yang juga boroi berdiri tercegat di tengah pintu.

"Kau orang berempat ini datang casting ke? Bangun aku nak tengok muka?". Aku sedar inilah suara lelaki yang kasar tadi. Tiga lelaki itu bangun berdiri. Aku tetap duduk tidak berganjak.

"Hoi! kau orang bertiga ini kalau nak berlakon kena masuk gym enam bulan dulu. Perut kamu boroi. Watak boroi ada… filem Jantan Dari Pagoh… tapi roll tahun depan. Sekarang ini nak roll filem Omega Yang Tercicir...