Minta solat hajat, kami dah tak larat - Dr Halimah
Harakahdaily
SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini."Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini."Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.
Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini."Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.
Tidak bermakna kami relaMenteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin."Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK. "Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.
Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya."Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. "Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.
NIE ..SURAT HABAQ PECACAI BUAT-BUAT TANYA PULAK....
Ke mana hilangnya minyak masak?
| |
| Peniaga, Akasha Ishaq menunjukkan tanda ‘minyak habis’ di kedainya di Pasar Bayan Baru, Georgetown, semalam. |
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Ke mana hilangnya bekalan minyak masak di negara ini? Itu persoalan yang bermain di fikiran rakyat apabila krisis bekalan bahan itu semakin menular ke seluruh negara.
Selepas Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan ibu negara, krisis bekalan minyak masak kini turut dialami oleh pengguna di Melaka, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang.
Utusan Malaysia difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada pembelian panik berikutan khabar angin harga minyak masak akan naik dalam tempoh terdekat ini.
Bagaimanapun, ramai pengguna pula mengesyaki masalah ketiadaan minyak masak di pasaran sebenarnya berpunca daripada pemborong atau peniaga menyorokkan bekalan untuk menaikkan harga.
Ini kerana, mereka dikatakan mahu mengambil kesempatan atas khabar angin mengatakan harga minyak akan dinaikkan.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedai-kedai dan kebanyakan pasar raya di seluruh negara langsung tidak menjual minyak masak peket.
Sebaliknya, premis perniagaan tersebut cuma mempamer minyak jagung dan soya serta botol berjenama mahal.
Di Melaka, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri mengakui bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit di negeri itu berkurangan.
Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A.Rahim berkata, walaupun berlaku kekurangan tetapi ia tidak dianggap serius memandangkan bekalan minyak masak daripada pemborong mencukupi.
Beliau menambah, selain faktor pembelian panik, satu faktor lagi yang menyebabkan bekalan menjadi kurang adalah kerana tindakan pihak industri membeli minyak masak yang sepatutnya dijual kepada pengguna secara pukal.
“Hasil pemantauan memang wujud kekurangan bekalan minyak masak kepada pengguna yang dijual di pasar raya dan kedai runcit tetapi ini bukan satu situasi yang serius.
“Apa yang berlaku berpunca daripada sikap panik pengguna gara-gara khabar angin mengatakan harga minyak masak akan naik tetapi hakikatnya itu tidak benar.
“Saya minta orang ramai di negeri ini tidak panik kerana bekalan minyak masak daripada pemborong adalah mencukupi. Kekurangan yang terdapat di pasar raya dan kedai runcit akan diatasi segera,” katanya.
Di Pahang pula, masalah bekalan minyak masak di negeri itu dijangka selesai berikutan para pembekal dan pemborong meningkatkan pengedaran mereka dalam minggu ini.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, para pembekal dan pemborong sedang meningkatkan pengeluaran mereka bagi memastikan barangan keperluan itu kembali pulih di pasaran.
Menurutnya, masalah kekurangan itu berlaku disebabkan cuti selama tiga hari termasuk cuti umum menyebabkan para pembekal dan pemborong kurang beroperasi dalam tempoh tersebut.
“Namun terdapat sedikit pembelian panik apabila pengguna membeli lebih minyak masak terbabit menyebabkan ia habis awal di pasaran sejak beberapa hari lalu,” ujar beliau.
Menurut Mohd. A. Aruwan, jumlah keperluan minyak masak di negeri itu adalah 3,000 tan metrik sebulan yang mana pengilang dan pembekal akan melakukan pembungkusan sebelum dihantar ke pasar raya dan kedai runcit.
Dalam pada itu, masalah bekalan minyak masak turut melanda Sarawak dengan minyak masak dalam peket habis dijual sejak seminggu lalu manakala yang dijual dalam botol semakin berkurangan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar Kuching mendapati, keadaan itu menyebabkan para peniaga dan pengguna mengeluh kerana semakin sukar untuk mendapat bekalan.
Seorang penyelia pasar raya, Norkhairulnizam Ali, 29, berkata, pembekal telah mengurangkan bekalan minyak masak dalam peket sehingga separuh daripada jumlah asal sejak bulan lalu.
“Selalunya, kami dibekalkan 100 kotak seminggu yang mengandungi 17 peket minyak masak setiap satu sebelum dikurangkan kepada 50 kotak. Bermula minggu lepas, pembekal langsung tidak datang menyebabkan kami kehabisan bekalan,” katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan Gelugor di Pulau Pinang pula mendapati kesemua kedai tidak mempunyai bekalan minyak masak termasuk yang peket.
Jika ada pun cuma terdapat minyak masak berkualiti tinggi yang harganya jauh lebih mahal.
Peniaga di Pasar Bayan Baru, Akashia Ishak, 32, berkata, keadaan tersebut sudah dirasai sejak dua minggu lalu dan ia menyukarkannya untuk memenuhi keperluan pelanggan.
“Mereka datang mahukan minyak masak dan bila saya kata tiada, mereka marah-marah sebab sudah dua minggu keadaan ini berlaku. Saya risau kehilangan pelanggan dan keadaan ini memang menyusahkan,” katanya.
SENANG JADI MAHKAMAH....
Keputusan terbuka, punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh
SHAH ALAM, 5 Jan — Mahkamah memberikan keputusan “terbuka” sebentar tadi berhubung punca kematian Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri, pertengahan 2009.
Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang meninggal dunia selepas didapati jatuh dari bangunan Masalam di sini semasa berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Koroner Azmil Muntapha Abas menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.
Terdahulu ketika membacakan keputusnnya, Azmil berkata, Teoh kemungkinan meninggal dunia antara 7.15 pagi dan 11.15 pagi pada 16 Julai 2009.
Katanya, ia berdasarkan pada keterangan pakar-pakar patologi.
Azmil juga berkata, adalah jelas Teoh meninggal dunia di koridor servis tingkat lima Plaza Masalam.
Kata beliau, pegawai muda itu mati akibat kecederaan teruk selepas jatuh dari bangunan tinggi.
Malah beliau memberitahu, nota tulisan, yang dipercayai ditulis Teoh, yang dikemukakan sebagai bahan bukti ketika inkues menuju peringkat akhir, juga menimbulkan persoalan.
Meskipun adanya keputusan itu, Seksyen 339(2) Kanun Prosedur Jenayah menyediakan peruntukan kepada Pendakwa Raya untuk mengarahkan koroner membuka semula inkuiri.
Keluarga Teoh menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat keadaan yang membawa kepada kematian Teoh — melihat punca sebenar termasuk kemungkinan dia dipaksa untuk terjun dari bangunan tinggi.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 November lalu, di mana koroner mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.
Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.
78 kerusi parlimen yang menentukan pendemokrasian Malaysia
78 kerusi parlimen yang menentukan pendemokrasian Malaysia
Wong Chin Huat |
Seandainya dilihat dari senario terkini, kunci yang bakal menentukan proses pendemokrasian Malaysia mungkin jatuh pada 78 (lebih satu pertiga) daripada 222 kerusi parlimen. 144 kerusi parlimen yang selebihnya kemungkinan mengekalkan status quo masing-masing.
Barisan Nasional
Selepas 8 Mac 2008, Barisan Nasional menguasai 140 kerusi parlimen, sementara parti pembangkang memperolehi 82 kerusi parlimen. Namun, empat pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan kerusi parlimen dan lapan orang yang keluar parti (Ibrahim Ali bukan ahli PAS, kedudukannya lebih sebagai ahli parlimen tanpa keahlian parti), menjurus kepada senario 143:77. (rujuk Jadual 1 dan Jadual 2)
| | UMNO | MCA | MIC | SUPP | SAPP | PBB | UPKO | LDP | Parti lain dalam BN | Bebas (Pro-BN) | BN Jumlah |
| 08/03/2008 | 77 | 15 | 3 | 6 | 2 | 11 | 4 | 1 | 21 | 0 | 140 |
| PRK | -1 | | 1 | -1 | | | | | | | -1 |
| Keluar parti | | | | | -2 | | | | | 6 | 4 |
| 01/01/2011 | 76 | 15 | 4 | 5 | 0 | 11 | 4 | 1 | 21 | 6 | 143 |
| Kerusi yang berkemungkinan besar beralih tangan | |||||||||||
| Perbezaan bawah 10% dpd undi diterima | 13 | 6 | 1 | 2 | | 1 | 1 | 1 | 0 | | 25 |
| Perbezaan bawah 15% dpd undi diterima + nisbah pengundi Cina tinggi | 1 | 1 | 2 | 1 | | | | | | | 5 |
| Hukuman thdp MP lompat parti | | | | | | | | | | 6 | 6 |
| Bil.kerusi dlm senario terburuk | 62 | 8 | 1 | 2 | | 10 | 3 | 0 | 21 | 0 | 107 |
Secara umumnya, pengundi Cina cenderung untuk menyokong PR. Maka, seandainya,
a. Nisbah kaum undi diterima bersamaan nisbah populasi kaum dalam kawasan pengundian (ertinya nisbah kaum pengundi yang keluar mengundi bersamaan dengan nisbah populasi kaum dalam senarai daftar pemilih);
b. PR meningkatkan sokongan pengundi Cina kepada 75% (walaupun undi bukan Cina hanya kekal pada 40%);
maka BN akan kehilangan lima lagi kerusi.
Dalam keadaan di mana angin anti-kerajaan BN bertiup kencang, enam orang ahli parlimen bebas yang pro-BN berkemungkinan gagal mempertahankan kerusinya. Seandainya ramalan dan andaian di atas menjadi kenyataan, maka kerusi yang dikuasai kem BN akan berkurang dari 143 kepada 107 kerusi. Dengan kata lain, BN akan kehilangan majoriti mudah, yang menjurus kepada peralihan kuasa kerajaan persekutuan.
Pakatan Rakyat
Berbanding BN, kebanyakan kerusi yang diperolehi PR terutamanya PKR dan PAS adalah melalui kemenangan dengan majoriti tipis. Jikalau 5% pengundi mengubah kecenderungannya (dari PR kepada BN), maka PR akan kehilangan 34 kerusi.
| | PKR | PAS | DAP | SAPP | Jumlah pembangkang |
| 08/03/2008 | 31 | 23 | 28 | | 82 |
| PRK | -1 | 1 | 1 | | 1 |
| Keluar parti | -5 | -1 | | 2 | -4 |
| 01/01/2011 | 26 | 23 | 29 | 2 | 79 |
| Kerusi yang berkemungkinan besar beralih tangan | |||||
| Perbezaan bawah 10% dpd undi diterima | 16 | 12 | 6 | | 34 |
| Perbezaan bawah 15% dpd undi diterima + nisbah pengundi Melayu tinggi | 1 | 5 | | | 6 |
| Hukuman thdp MP lompat parti | | | | 2 | 2 |
| Bil.kerusi dlm senario terburuk | 11 | 6 | 23 | 0 | 37 |
Jadual 2: Kerusi parlimen PR yang sedia ada, dan ramalan kerusi yang kemungkinan beralih tangan
Selain itu, enam kerusi PR mempunyai peratusan pengundi Melayu yang melebihi 78%. Meskipun undi majoritinya melebihi 15% daripada undi diterima, namun seandainya BN berjaya meningkatkan sokongan pengundi Melayu terhadapnya kepada 65%, maka enam kerusi ini akan bertukar tangan.
Akhirnya, jikalau pengundi kembali ke pangkuan BN, maka dua kerusi yang dimenangi SAPP bakal dirampas oleh BN. Dengan ini, BN akan memperolehi majoriti 185 kerusi, dan PR sekadar mampu bertahan pada 37 kerusi (dua pertiga daripadanya dimenangi DAP).
Kedua-dua senario yang mungkin di atas sememangnya memberi impak yang berbeza terhadap proses pendemokrasian Malaysia. Sama ada PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, usaha parti politik dan masyarakat sivil pada tahun ini bakal mempengaruhi nasib negara 10 tahun yang akan datang!
Jadual 3: 78 kerusi parlimen yang bakal menentukan nasib pendemokrasian Malaysia
*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Analisa statistik ini dipetik, diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 1 Januari 2011.
TERKINI: Mat Zain dakwa bukti laporan DNA kes Anwar 1998 dipalsukan
Mat Zain dakwa bukti laporan DNA kes Anwar 1998 dipalsukan
KUALA LUMPUR, 5 Jan — Bekas pegawai polis kanan yang menyiasat insiden mata lebam hari ini mendedahkan beliau ada maklumat wujudnya elemen pemalsuan laporan DNA dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu.
Datuk Mat Zain Ibrahim, ketika itu bekas ketua CID Kuala Lumpur, mendedahkan perkara tersebut dalam surat terbuka terbarunya kepada Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun.
“Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian DNA dalam kes berprofil tinggi 1998.
“Sehubungan dengan perkara tajuk, suka cita saya menjemput Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27 Disember 2010, berkaitan isu di atas yang dialamatkan kepada Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada Perdana Menteri Malaysia dan Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga,” kata beliau dalam surat terbuka dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, dalam suratnya bertarikh 27 Disember lalu tu juga telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat berkenaan perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku “bertindih” lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan DNA adalah sama.
“Fokus saya dalam surat rayuan terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu berkaitan dengan penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sesi penggulungan perbahasan Bajet 2011, yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 2 Disember sebagai menjawab soalan daripada Lim Kit Siang dan berkaitan dengan kenyataan menteri oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14 Disember sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara.
“Saya percaya Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus jemaah menteri kepada Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu,” katanya.
Oleh itu katanya, beliau percaya Idrus akan bersetuju dengannya jika mengatakan bahawa Hishammuddin dan Nazri mahupun Rais tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan polis ataupun SPRM.
“Mereka juga tidak mempunyai sebarang kuasa penyiasatan seperti mana terdapat dalam Kanun Prosedur Jenayah ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang ‘incidental’ mengenainya sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh Hishammuddin dan Nazri secara berasingan itu adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang,” katanya.
Sehubungan itu, Mat Zain berkata, beliau percaya Idrus sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar atau yang mengelirukan atau telah dipesongkan.
“Saya juga percaya Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan Hishammuddin dan Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.
“Akibatnya, kedua-dua Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang,” kata beliau lagi.
Mat Zain mengeluarkan surat terbuka ini selepas tiga minggu Nazri memberitahu Parlimen bahawa Gani tidak terlibat dalam pelantikan anggota panel bebas bagi menyiasat salah laku berhubung kes “mata lebam” Anwar kira-kira 12 tahun lepas.
“Dalam kes ini, Peguam Negara merupakan subjek dalam siasatan tersebut dan dengan itu adalah tidak wajar atau adil bagi dirinya untuk melantik ahli panel bebas tersebut,” katanya semasa memberi penjelasan kementerian ekoran dakwaan Mat Zain dalam surat terbukanya sebelum itu.
Nazri berkata dalam keadaan Gani tidak berupaya untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya, Peguam Cara Negara telah mengambil alih kuasa untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya.
“Oleh yang demikian, berdasarkan penjelasan di atas, pelantikan ahli panel bebas oleh Peguam Cara Negara adalah sah,” katanya.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada 22 November lepas, Mat Zain mempertikai pelantikan anggota panel bebas itu yang ditubuhkan untuk menilai hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dakwaan salah laku Gani dan Musa dalam kes mata lebam Anwar.
Penjelasan itu juga dibuat Nazri bagi menjawab usul Lim (DAP-Ipoh Timur) untuk memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara pada 9 November lepas atas beberapa isu termasuk dakwaan bahawa Gani memberi keterangan palsu dalam siasatan insiden ‘‘mata lebam’’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu pada tahun 1998.
PERTUBUHAN NGOK MEMBERI CADANGAN
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.
Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.
“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.
“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.
Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.
Tenang: PAS umum calon 16 Jan
| Salmah Mat Husain |
| KOTA BHARU, 4 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegaskan parti itu tetap akan ‘bertarung’ menentang calon Umno pada pilihan raya kecil Dun Tenang. Menurutnya, walaupun ianya kubu kuat Umno, namun demokrasi dapat merubah segala-galanya. “Dalam Islam tidak ada yang kekal melainkan Allah dan kita diajar berhubung perkara itu, jadi kita tidak perlu takut dan akan meneruskan perjuangan ini,” ujarnya. Pada masa yang sama Tuan Guru turut mengesahkan, calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Dun Tenang akan diumumkan pada 16 Januari ini. Bagaimanapun katanya, calon yang bakal bertanding akan diputuskan pada mesyuarat khas 9 Januari ini. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, di JKR 10, di sini tengah hari tadi. Menurutnya lagi, senarai calon sudah ada bagaimanapun ianya belum diteliti sepenuhnya. “Tidak kiralah sama ada muslimat ke siapapun, mana yang baik kita akan terima. Lagipun kita telah mempunyai wakil rakyat di peringkat Dun dan Parlimen,” ujarnya lagi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang pada 22 Januari dan hari 30 Januari. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas. |
1Malaysia: Harga didahulukan, Nilai diperlekehkan
Bukan Melayu sahaja, tetapi 1Malaysia memasuki zaman harga didahulukan, nilai diperlekehkan. Manusia dilatih untuk menyukat dan mengukur berdasarkan harga, tetapi gagal membezakan antara yang benar dengan yang salah. Manusia sebagai insan dalam masyarakat ini kehilangan keupayaannya untuk menilai apa yang harus dan sebaliknya, tetapi sekadar mampu untuk bertanya berbaloi atau tidak.
Saya tidak pasti sama ada "lonjakan nilai" yang diperhatikan Hishamuddin Rais ini hasil daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dijulang United Malays National Organisation (UMNO), dan saya gagal meramalkan apakah pula bentuk masyarakat 1Malaysia pada hari ini jika tanpa DEB. Namun, saya amat yakin bahawa krisis nilai turut melanda masyarakat bukan Melayu, sekurang-kurangnya masyarakat Cina.
Untuk saya, sesebuah masyarakat masih tidak berada pada tahap paling bahaya jikalau hitam diputihkan dan putih dihitamkan. Ia sekadar munafik namanya apabila seseorang itu mengingkari naluri hatinya - sama ada disebabkan beliau tunduk kepada realiti mahupun goyah kerana tekanan. Namun, kayu ukur masih berada dalam genggamannya - seseorang itu sedar mana yang betul dan mana yang salah - cuma beliau tidak memilih yang betul mengikut hatinya.
Tetapi sesebuah masyarakat akan berada pada tahap yang paling bahaya apabila hitam dan putih dikelabukan. Ia berlaku apabila seseorang itu tidak berpegang, malah bersahaja dengan apa yang benar dan apa yang salah. Garis yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dikaburkan begitu sahaja. Pada hakikatnya, kita tidak perlu menunggu sehingga tahun 2019 untuk menjadi muflis dari segi nilai. Kita telah bankrap nilai pada detik saat kita tidak percaya apa-apa.
Penduduk Taiwan bangkit menjulang nilai
Sekali imbas, masyarakat Cina di merata dunia amat terharu pada September 2006, apabila jutaan penduduk Taiwan bangkit untuk menjatuhkan Chen Shui-bian, Presiden Taiwan pada ketika itu yang terpalit dengan amalan nepotisme, membabitkan isteri dan menantu Chen Shui-bian. Penduduk Taiwan menyarung jersi berwarna merah, mengepung kediaman rasmi Chen dalam hujan, tak kira siang mahupun malam - menuntut agar Chen berundur dari jawatannya segera!
Angka rasuah yang terbabit sememangnya gagal menandingi komisen yang dipunggah ketika Malaysia membeli kapal selam Scorpene. Namun di sini hebatnya ketamadunan sesebuah masyarakat yang tidak sekadar menyoal "berbaloi atau tidak". Antara mereka yang menyertai perhimpunan dan perarakan aman ini termasuklah golongan pendidik. Ketika ditanya, dengan jujur mereka berkata, "Kami menghadapi kesukaran untuk mendidik anak murid kami, jikalau kita membenarkan Presiden yang tidak jujur dan tidak tahu malu ini untuk terus kekal pada jawatan tersebut."
Mahu atau tidak, sama ada kamu memangkahnya atau tidak pada kertas undi, Presiden adalah lambang sesebuah negara yang terpilih melalui sistem demokrasi (dalam konteks Taiwan). Penduduk Taiwan akhirnya tidak rela diwakili seorang Presiden yang muflis nilainya - kerana terlibat dalam rasuah, malah enggan memohon maaf dan meletak jawatan selepas terdedah kesalahannya.
"You help me, I help you"
Tanpa berselindung penganalisa, pemerhati politik, kolumnis dan wartawan media cetak bahasa Cina tempatan menzahirkan kekaguman mereka terhadap tekad penduduk Taiwan, yang tidak berganjak selangkah pun untuk mempertahankan benteng ketamadunan mereka. Pujian dan sanjungan dikalung-kalungkan pada leher Shih Ming-teh (gambar kanan, bawah), pemimpin gerakan sosial Taiwan untuk menolak rasuah dan mendesak agar Chen Shui-bian berundur.
Media cetak bahasa Cina Malaysia terbeliak dengan ketegasan rakyat Taiwan untuk menolak rasuah, mengangkat nilai kejujuran dan menjulang keadilan. Jelas, itu bukan soal "harga" rasuah, tetapi maruah yang berlandaskan nilai.
Demonstrasi menggulingkan Chen Shui-bian berlaku sebelum tsunami politik pada 8 Mac 2008. Saya masih teringat bagaimana pembangkang kita pada ketika itu cuba menyamakan Khairy Jamaluddin dengan menantu Chen. Malah, sesetengah masyarakat Cina yang teruja dengan demonstrasi di Taiwan, turun ke gelanggang untuk menyertai perhimpunan BERSIH pada tahun 2007. Dan di sini berlakunya sesuatu yang meluat dalam media cetak bahasa Cina.
Apabila kaum Cina buatan Malaysia turun ke jalan raya untuk menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih, media cetak tempatan bahasa Cina pula membuat liputan dari persektif bagaimana demonstrasi ini mengakibatkan kesesakan jalan raya - jauh terbabas dari tema asalnya. Nilai keadilan yang cuba ditegakkan di sepanjang jalan menuju Istana Negara dibingkaikan menjadi gambar kesesakan kereta yang tidak bernyawa di muka akhbar.
Peristiwa yang menjijikkan ini tidak berhenti begitu sahaja. Apabila Perdana Menteri Najib Razak tanpa segan silu menyogok pengundi Rasa dengan janji peruntukan RM3 juta kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (c) Rasa sebelum hari pengundian PRK Hulu Selangor, dan menyerahkan cek selepas itu walaupun hilang sokongan Cina - ia dilaporkan dari perspektif "PM tunai janji". Dengan kata lain, RM3 juta yang gagal untuk membeli hati pengundi, cukup pula untuk menggadaikan nilai kejujuran!
Belum lagi dengan ungkapan terkenal Najib berbunyi "You help me, I help you" ketika PRK Sibu, yang telah menodai nilai saling membantu dalam Pendidikan Moral. Saya tidak berminat untuk menyindir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mencadangkan agar ungkapan Najib ini dijadikan iklan membanteras rasuah, saya cuma ingin bertanya kepada guru besar dan guru sekolah, bagaimana anda mendidik anak murid anda untuk bersikap jujur dan bersih, apabila kita menggantung gambar pemimpin sebegini rupa pada dinding sekolah?
Masyarakat muflis nilai
Di sini ranapnya ketamadunan masyarakat kita. Apabila Barisan Nasional dilemparkan tuduhan rasuah, ia akan dibalas dengan "Pakatan Rakyat rasuah juga". Akhirnya yang dibandingkan adalah harga - angka tawaran / sogokan mana yang lebih lumayan, jarang sekali ditimbang mana yang lebih berat dosanya. Ia berbalik kepada ukuran harga, dan nilai "kejujuran" terus diperlekehkan.
Lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan. Setiap anggota masyarakat cuba membiasakan diri dengan rasuah, dan kemudiannya jenayah seperti rogol dan bunuh - seolah-olah rasuah bertujuan untuk membantu seandainya dihulurkan dari tangan Perdana Menteri; seakan-akan jenayah hanyalah cerita lama apabila masa berlalu. Duit kopi bukan rasuah jika ia bernama komisen, pembunuhan menjadi perkara kecil jika mayat diletupkan menggunakan C4.
Sikap sedemikianlah yang membantutkan diri kita - kita sekadar mampu untuk mengkagumi demokrasi negara lain, tetapi tidak sesekali memperjuangkannya di bumi yang dipijak.
Untuk saya, masyarakat kita ini semakin cetek untuk mendalami sesuatu yang gagal dilihat mata kasarnya - perspektif yang semakin sempit apabila menilai segala-galanya dengan "harga". Otak masyarakat 1Malaysia tergendala apabila disumbat dengan angka dan huruf besar seperti NEM, ETP, NKEA, NKRA dan sebagainya. Maka 1Malaysia sujud berkiblatkan angka dan harga. Mereka bangkit menumbuk udara melaungkan "Ketuanan Melayu". Bermati-matian mereka berperang menuntut kuota 30% , 51% atau 67%.... Mereka ghairah menyifatkan pemansuhan duti import seluar dalam berjenama dalam Belanjawan 2011 sebagai mesra rakyat, tanpa belas kasihan sehiris pun kepada golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berhempas pulas membanting tulang untuk tepung susu bayinya...
Demi "harga" kita gadaikan "nilai" - demi peruntukan bangunan sekolah kita gadaikan jiwa pendidikan yang sebenarnya. Saya gagal melihat di manakah masa depan masyarakat 1Malaysia seandainya kita dahulukan harga dari nilai, utamakan angka dari jiwa. Percayalah, bangunan seutuh manapun bakal ranap jika ditimpa bencana. Cuma, seandainya ketamadunan 1Malaysia begitu rapuh sehingga hancur berkecai hanya dengan tusukan satu jari telunjuk, bagaimanakah agaknya kita mendirikan jiwa yang roboh di atas Menara 100 tingkat yang mencakar langit?
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Kes saman Felda RM20 juta dibicara 22 Mac
| Khairil Abdul Rahim |
| TEMERLOH, 4 Jan: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan perbicaraan kes saman malu Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman berjumlah RM20 juta pada 22 Mac 2011. Menurut fakta kes, pada 9 Mac lalu kira-kira jam 4.15 Mazlan ketika memenuhi satu undangan dialog dan perbincangan dengan peneroka berkaitan dengan masalah-masalah dialami mereka di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa, telah dikepung oleh 30 orang polis bantuan Felda yang bersenjata dan diugut secara biadab oleh pegawai-pegawai Felda. |
Deny, refute or sue:
Honour demands a response
P Ramakrishnan calls upon the Prime Minister to shed some light on the allegations of rape of an Indonesian implicating a Cabinet Minister, which have surfaced on the Internet and could have damaging consequences on the government.
Najib and Abdullah need to clarify - Photo courtesy of theepochtimes.com
Is it a rumour – or is it a fact – that is swirling around in the internet implicating a minister in the Prime Minister’s cabinet of having raped his Indonesian maid? The implications are serious and cast doubts over the integrity of the Malaysian cabinet.
One blog has even gone to the extent of naming the minister as the culprit involved in this heinous crime. Disappointingly, the minister concerned has not denied or refuted the allegation. He has not even threatened to sue those making this allegation. His silence in the face of wide-spread circulation of his alleged brutal conduct is bound to have repercussions on the Prime Minister and the Barisan Nasional. Silence is not an option – honour demands a response.
It is incumbent on the Prime Minister to defend the integrity of his cabinet members, So far there has been no response from the PM. His silence does not bode well for his government or for his image. At the least, Malaysians would expect the PM to rally round the members of his cabinet and declare that they are above suspicion and that their integrity is intact. He has not done that.
Surprisingly, this alleged criminal activity is believed to have taken place in 2007 when Abdullah Badawi was the Prime Minister and Najib was the DPM. Malaysians would find it hard to believe that they were unaware of this crime, if it had taken place. Was there a cover up to save the minister concerned? If that was the case, why did Najib appoint him as a minister in his cabinet instead of dropping him? He owes us an explanation.
It is reported that the Indonesian maid who was allegedly a rape victim was sent home. Didn’t the Indonesian government take up this matter since one of their nationals was apparently brutalised by the lust of a cabinet minister? Or was it a case of sacrificing the dignity of a poor maid in the interest of preserving bilateral relations of Malaysia and Indonesia?
Aliran calls upon the Prime Minister to shed some light on this matter and dispel the rumours that are bound to have damaging consequences on his government. Malaysians have a right to deserve a cabinet that is untainted and unblemished. It is the PM’s responsibility to ensure that.
P Ramakrishnan is president of Aliran
SUK Selangor: Bukti Umno BN wajar ditolak
| |
| Harakahdaily |
| IPOH, 3 Jan: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) berkata, isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor merupakan suatu lagi petanda diberikan Allah kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan Umno BN wajar ditolak dalam pilihan raya akan datang.
Menurutnya lagi, tujuan utama perlantikan SUK kerajaan negeri, di mana-mana negeri sekalipun, adalah supaya dapat membantu menggerakkan pengurusan kerajaan negeri berkhidmat kepada rakyat. “Menjalankan tugas mentadbir sesuatu negeri bukan suatu yang mudah malah memerlukan kelayakan dan kerjasama daripada pelbagai pihak baik Adun yang dilantik oleh rakyat ataupun kakitangan kerajaan,” jelas beliau di dalam blognya. Dalam kes di Selangor, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK sepatutnya tidak berlaku kerana beliau telahpun mempunyai masalah yang kritikal sebelum ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sewaktu beliau masih menjawat jawatan Pengarah Jais. Jelas, ujarnya ini menunjukkan beliau tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri seterusnya menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Beliau juga berkata, Khusrin jelas dilihat sebagai agen yang dihantar Umno Barisan Nasional untuk mengganggu pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor Ini, katanya kerana Umno BN tidak dapat menerima kenyataan bahawa kerajaan Selangor kini di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Beliau juga menyatakan bahawa Umno BN sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun dan buktinya Umno BN sudah Berjaya mendapatkan Perak dengan cara rampasan kuasa sebelum ini. Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyeru agar rakyat Malaysia menolak kerajaan BN kerana perlantikan itu menunjukkan kerajaan BN tidak meletakkan khidmat kepada rakyat sebagai misi utama mereka sebaliknya berkhidmat memenuhi kepentingan dan kehendak nafsu mereka. Menurutnya lagi, jika sebelum ini rakyat tercari-cari apakah buktinya bahawa kerajaan pusat BN sering menindas kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kes perlantikan SUK itulah bukti yang kukuh. “Inilah perangai yang ditunjukkan kerajaan BN iaitu mengutamakan kepentingan peribadi berbanding amanah berkhidmat untuk rakyat,” katanya. Beliau juga mengajak semua pihak untuk bertakwa kepada Allah. Jelasnya, semua pihak harus ingat bahawa berkhidmat untuk rakyat bukan sekadar membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia, sebaliknya membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia dan akhirat yang kekal abadi. Tambahnya, lagi dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya. Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., bertanya tentang bilakah terjadi kiamat. Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud: Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi: Bagaimanakah keadaan itu berlaku? Jawab Rasulullah s.a.w. : Iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan). |
KUTUK MAJIKAN PUN KENA....HA UTUSAN MELOYA....

Kelantangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya membawa padah apabila beliau dipanggil menjalani siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media. Menurut Hata, menurut surat daripada bahagian sumber manusia Utusan, beliau dikehendaki hadir bagi sesi itu di ibu pejabat syarikat penerbitan akhbar itu di Cheras pada 6 Januari. "Saya dibenarkan melantik seorang wakil dalaman bagi berhujah bagi pihak saya," katanya. Beliau dituduh menyindir pengurusan dan memburukkan imej syarikat ekoran komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.
PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT
PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim agar melakukan ‘Sumpah Laknat’ di Masjid Negara atau melalui RTM jika beliau benar-benar tidak melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007.
Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mencabar Rais bagi membersihkan namanya yang didakwa melakukan jenayah rogol tetapi disembunyikan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“Memandangkan Rais masih berada dalam Kabinet Malaysia, maka saya mencabar beliau untuk membuat ‘Sumpah Laknat’ bagi membersihkan nama Malaysia kerana pindaan Undang-Undang Seksyen 376 Kanun Keseksaan dilakukan ketika Rais menjadi Menteri Kehakiman,” ujar Zainuddin yang memuji tindakan berani media mendedahkan kelakuan pemimpin UMNO yang lembut gigi daripada lidah.
Bagi PKR kata Zainuddin, tidak pernah berniat serong untuk mendedahkan keaiban pemimpin BN terutama Menteri Kabinet Najib selepas Pak Lah meninggalkan ‘saka’ yang bersiluman di dalam tubuh menteri yang mengkhianati amanah rakyat.
“Kita tidak mahu Malaysia terpalit dengan pelbagai Skandal Seks kerana dunia mengetahui Malaysia ialah Negara Islam dan Negara Hukum. Menyembunyikan perbuatan jenayah rogol dan melindungi penjenayah adalah perbuatan terkutuk. Jika ingin Malaysia terus dihormati oleh dunia, jalankan siasatan dan hukuman setimpal,” ujar Zainuddin yang berkata Rais masih berpeluang membersihkan namanya dengan meletakkan jawatan dan bersedia tampil di mahkamah atau melakukan ‘Sumpah Laknat’.
Undang-undang di Malaysia kata Zainuddin tidak pernah membezakan kasta, hanya pemimpin dan pihak berkuasa yang sering menyalahgunakan kuasa untuk melindungi diri mereka daripada menerima hukuman dunia; namun sebagai manusia yang beragama sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman di akhirat.
Tegas Zainuddin lagi, menurut undang-undang Islam, jika didapati bersalah Rais dan mereka yang bersubahat boleh direjam sehingga mati, namun undang-undang sekular mungkin akan menyelamatkan Rais di Malaysia.
'PEOPLE POWER PRU13' BN AKAN TUMBANG
Oleh: HALIK ZAMAN
BAHANG pilihanraya semakin terasa kini. Serangan demi serangan, tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Kenapa dan mengapa ia berlaku? Mungkin kerana BN sudah tidak mampu menahan gelombang reformasi yang kini sedang kuat melanda di seluruh Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita harus mempertahankan Malaysia dari terus ‘dijajah’ oleh BN yang begitu rakus memperjudikan kehidupan rakyat Malaysia demi kepentingan para pemimpin UMNO itu sendiri.
Kenaikan harga petrol sekaligus membawa kepada kenaikan kos sara hidup rakyat, yang menanggung derita dan kepayahan adalah rakyat. Para menteri dan kepimpinan tertinggi BN tidak merasa semua kesukaran rakyat kerana hidup mereka senantiasa di limpahi kemewahan duniawi sebab kepentingan mereka lebih banyak percuma dari menggunakan wang sendiri.
Rakyat Malaysia di pedalaman terus-menerus menikmati kehidupan yang sukar walau pun setelah merdeka selama 47 tahun. Kerana apa? Kerana kepimpinan mengamalkan dasar ‘endah tak endah’ kepada keperluan rakyat luar bandar dan pedalaman. Mereka hanya asyik menjaga kepentingan sendiri serta kroni-kroni di bawah ‘belaan’ mereka.
Harus diingatkan bahawa akan sampai suatu masa BN akan memerlukan ‘kuasa undi rakyat’ sebagai penentuan nasib mereka. Perlu juga disedarkan bahawa telah terjadi dalam sejarah politik Malaysia, tsunami politik hebat melanda PRU 12.
BN hampir-hampir tumpas di tangan Pakatan Rakyat. Namun kerana masih ada segelintir lagi rakyat yang masih mengharapkan ‘belanja’ RM300 untuk selama 5 tahun, maka sebab itulah ada lagi undi yang ‘tersedekah’ kepada BN. Kalau mereka diberi kuasa lagi oleh rakyat maka tidak mustahil mereka akan pergunakan kuasa atasan lagi untuk menjajah fikiran rakyat.
Tsunami politik ini hebat bergelora ekoran kembalinya Anwar ke persada politik negara ini. Kelantangan Anwar menentang dasar Kerajaan benar-benar memberikan tamparan hebat kepada kepimpinan BN. Oleh kerana itulah Anwar diperlekehkan, dijatuhkan maruah, diaibkan dan dipermainkan dengan taktik kotor kepimpinan BN. Semua ini dilakukan semata-mata untuk mengurangkan persepsi serta sokongan rakyat terhadap insan yang bernama Anwar Ibrahim serta menghindarkan lebih banyak sokongan dan pengaruh terhadap Pakatan Rakyat.
BN gentar dengan kejayaan untuk menyatukan fahaman di antara PAS dan DAP. BN begitu kecut melihatkan tiga gagasan gergasi ini bersatu di bawah panji-panji Pakatan Rakyat. Penyatuan ini umpama trauma bagi BN. Maka bak kata pepatah Inggeris, ‘By Hook Or By Crook’ Anwar harus ‘di simpan’ kembali di balik jeriji besi
Anwar dan PKR harus dipecah-belahkan untuk mengelak rakyat Malaysia dari terus-menerus menyokong kepimpinan Anwar dan PKR. Maka timbullah pelbagai fitnah yang dihadiahkan khas untuk Anwar. Walau banyak percanggahan dalam bukti, namun BN gagahi juga segala tohmahan ini kerana selagi insan yang bernama Anwar Ibrahim bebas, selagi itulah BN seringkali tidak lena diulit mimpi-mimpi ngeri akan kejatuhan empayar Barisan Nasional.
Segala-galanya bergantung kepada kuasa rakyat ‘people power’ dalam PRU13. Semua kuasa akan tunduk kepada kuasa undi rakyat.
Raja - Raja Melayu diminta bersih kabinet dari menteri perogol
| Raja diminta bersih kabinet dari menteri perogol |
| Abdul Aziz Mustafa TUANKU RAJA-RAJA SEDAR AKAN PERKARA INI DAN DIMINTA CAMPURTANGAN DALAM BEERAPA ISU YANG MELIBATKAN JEMAAH MENTERI DAN JUGA HARUSLAH MENDAHULUI RAKYAT JELATA JIKA MAHUKAN NEGARA INI LEBIH KEARAH KEBAIKAN DAN MENCAPAI KEJAYAAN. |
|
Sebelum ini, Harakahdaily dan lain-lain media telah menyiarkan laporan WikiLeaks serta temubual dengan pihak-pihak terbabit tentang menteri kebinet yang dipercayai terlibat memperkosa pembantu rumah warga Indonesianya tiga tahun lalu. |
Piala Suzuki: Kejayaan 1Malaysia konon
| Piala Suzuki: Kejayaan 1Malaysia konon |
| Mohd Nasir Awang |
| Sekalung tahniah buat pasukan bolasepak negara yang julung kali berjaya menjulang Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak Asia (AFF), Rabu lalu. Anak-anak muda kita mengharumkan nama negara apabila menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, setelah terlebih dahulu menang 3-0 dalam final pertama beberapa hari sebelumnya. Sebagai menghargai dan merakam rasa bangga atas kejayaan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan cuti umum khas pada Jumaat. Ekoran itu oleh kerana Terengganu memang bercuti mingguan pada Jumaat, anak-anak dan warga pendidik di negeri itu mendapat sehari cuti tambahan pada Ahad dan hanya akan memulakan sesi persekolahan baru pada Isnin. Sememangnya seluruh rakyat Malaysia berhak berkongsi rasa bangga dan kagum dengan kebangkitan mendadak pasukan bolasepak negara di pentas antarabangsa. Setelah sekian lama mutu sukan itu menjadi bahan persendaan dan kritikan pelbagai pihak dalam dan luar negara, kini anak buah K. Rajagobal bagaikan menutup mulut para pengkritik sebelum ini. Kejayaan itu sendiri menamatkan kemarau 14 tahun pasukan negara dalam kejohanan tersebut. Justeru, pelbagai pihak meraikan kejayaan itu sebagai satu pencapaian paling baik, lebih-lebih lagi ia dilakukan di hadapan lebih 95,000 penyokong Indonesia selaku tuan rumah. Malah ada pihak yang pergi sedikit lebih jauh. Mereka cuba mengaitkan kemampuan skuad negara memaparkan peningkatan mendadak itu dengan kecemerlangan urustadbir politik negara. Kononnya hal itu berlaku hasil komitmen dan pendekatan diambil kerajaan di bawah. Lalu dikaitkanlah berbagai kejayaan di pentas dunia, terutama menerusi atlet-atlet negara, sebagai bukti keupayaan Najib dan pasukan Kabinetnya merencana dan memacu kemajuan negara. Lebih melucukan ialah apabila seluruh pencapaian positif oleh mana-mana rakyat Malaysia kebelakangan ini sebegitu mudah didakwa sebagai bukti kejayaan konsep 1Malaysia yang dilaung kerajaan. Memang sudah menjadi tabiat Barisan Nasional (BN) sejak dulu untuk segera mengambil kesempatan dan mencari peluang mengaitkan apa-apa pencapaian baik rakyat dengan perancangan kerajaan. Kononnya hanya kerana kerja buat dan komitmen merekalah apa-apa hasil membanggakan itu terbuah. Kebetulan pula kejayaan paling manis skuad bolasepak negara kali ini menyusuli beberapa pencapaian positif lain. Sebelum ini kita dimaklumkan beberapa atlet negara meraih juara dalam disiplin sukan masing-masing di pelbagai kejohanan antarabangsa. Di sektor lain, negara juga didakwa berjaya menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat, terutama sejak setahun lalu. Malaysia turut dikatakan berjaya melonjakkan kedudukan dalam nilaian daya saing dari tempat ke-18 ke tempat ke-10. Lalu ada yang tidak segan menganggap semua pencapaian itu hasil pentadbiran Najib yang kononnya berjaya mengemukakan perencanaan pemerintahan yang baik. Kehidupan rakyat dikatakan bertambah selesa dan negara semakin makmur sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Betulkah segalanya muluk dan indah sepanjang pemerintahan Najib? Sudah tentu memperincikan persoalan itu tidak semudah menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’. Namun, apa yang pasti, apa pun pencapaian atau kejayaan dikecapi negara termasuk kejayaan pasukan bolasepak Rabu lalu tidak sepatutnya begitu mudah dijadikan kesempatan untuk menutup realiti kehidupan rakyat yang semakin sempit dan terhimpit. Najib dan pasukannya dalam kerajaan mungkin menganggap setiap kejayaan diraih rakyat negara ini adalah modal untuk menaikkan imej dan reputasi BN di mata rakyat. Dengan setiap kejayaan itu juga BN mungkin berpeluang memanipulasi keadaan ke arah meningkatkan sokongan dan dokongan masyarakat terhadapnya. Serentak itu juga kita percaya BN akan mencorakkan persepsi umum kononnya ia kini dalam kedudukan paling mantap untuk terus mengemudi pemerintahan negara. Bahawa slogan dan propaganda yang sering dicanangnya selama ini, iaitu hanya BN yang mampu membawa kemajuan dan kejayaan kepada negara, adalah realiti yang perlu diakui semua pihak. Manakala parti-parti pembangkang, khususnya Pakatan Rakyat (PR), adalah pihak yang tidak memiliki kemampuan sebaik BN. Justeru, rakyat akan semakin dibuai dengan propaganda menolak PR. Prestasi pemerintahan PR di beberapa negeri turut dijadikan bahan perbahasan. Kononnya tiada satu pun negeri berkenaan yang berjaya menandingi negeri-negeri diperintah BN dalam pencapaian pemerintahan masing-masing. Walau pun sejak dua dekad lalu BN sudah banyak kali tercabar oleh pembaharuan dan langkah pemerintahan yang lebih terkedepan diperkenalkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS, berbanding negeri-negeri yang telah berdekad di bawah BN, hakikat itu semacam berjaya ditapis BN daripada membentuk persepsi umum. Namun, wajar diakui keupayaan BN menepis dan menghalang pembentukan persepsi lebih positif terhadap prestasi pemerintahan PR dan PAS semakin tercabar selepas pilihan raya lalu. Kelantan mendapat empat rakan baru (termasuk Perak ketika itu), dan kesemua mereka berjaya membuktikan sesuatu yang amat dibimbangi BN. Pemerintahan negeri-negeri di bawah PR telah mengemukakan agenda pemerintahan yang sukar ditandingi BN. Beberapa langkah pembaharuan diperkenalkan malah membuktikan kemampuan PR merencana kemanfaatan rakyat dalam masa singkat, sekali gus mengaibkan BN yang bergelar parti pemerintah negara sejak sekian lama. Aspek paling menyerlah ialah keupayaan PR mengurus kewangan negeri. Jika sejak dua dekad lalu Kelantan menjadi model perbelanjaan berhemah dan kejayaan berjimat-cermat, kini Pulau Pinang pula membuktikan perkara sama. Sebuah akhbar harian pada Khamis (30 Disember) memetik kenyataan daripada Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) yang mengakui kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan jauh lebih baik berbanding ketika di bawah BN. Kajian mendapati kerajaan negeri itu mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan berjumlah RM77.34 juta. Kita percaya kejayaan ini tidak akan menjadi suatu yang gemar didendang BN. Apatah lagi perkara sedemikian gagal dicapai negeri-negeri lain di bawah BN sendiri. Justeru, pencapaian PR di Pulau Pinang tidak mungkin disambut semeriah kejayaan pasukan bolasepak negara menjulang Piala Suzuki AFF. Malah laporan mengenainya pun hanya mencuri ruang kecil dalam media cetak, berbanding puluhan mukasurat melapor dan mengulas kejayaan Harimau Malaya. Namun, bagi sesiapa yang berfikir, berita kejayaan kerajaan Pulau Pinang itu adalah satu lagi bukti keupayaan PR mengurus pemerintahan lebih baik daripada BN. Ia juga sepatutnya menambahkan keyakinan rakyat bahawa PR mampu merealisasikan apa juga dirancangnya seandai mengambil alih teraju negara daripada BN nanti. |
OIII UMNO..DENGAR LAGU NI...
NI LAH DIA UMNO...DEPA DENGAR LAGU PUN TIDAK..ATAU TAK FAHAM-FAHAM TENTANG LIRIK LAGU.....LA NI AKU BAGI DENGAR LAGU-LAGU NI SUPAYA BUKA HATI ORANG-ORANG UMno ni....
Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri itu membenarkan sebuah kumpulan popular dari Indonesia, Wali Band mengadakan persembahannya di Kota Bharu malam ini yang semata-mata bermotifkan politik.
Ketuanya Anuar Safian berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan di negeri itu tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.
"Dahulu persembahan seperti ini dianggap haram kerana terdapat percampuran lelaki dan perempuan tetapi apa kewajaran sehingga membenarkan kumpulan luar negara pula mengadakan persembaha
fuhhhhh.....bukan tak faham sahaja pemuda umno ni...akan tetapi memang buat-buat tak faham..Generasi muda akan berkata apa salahnya jika konsert ini mengutamakan tema ketuhanan dan dakwah..Memang banyak band seumpama ini di Indonesia sejak berzaman lamanya.Cuma pemuda Umno sahaja yang tidak keluar dari kepompong tempurung.Macamana hangpa nak jadi juara rakyat kalau lagu macam ini pun hangpa pertikaikan......apa la lu olang...
Teo Nie Ching: Utusan Malaysia buat hal lagi...
Teo Nie Ching: Utusan Malaysia buat hal lagi...
Hampir 30 tahun saya tinggal di Negara ini, tetapi saya semakin keliru. Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? Sama ada orang bukan Muslim boleh ucap "assalamualaikum"? Sama ada orang Muslim tidak sepatutnya menghadiri majlis perayaan agama yang lain? Sama ada apabila orang Muslim menghadiri majlis perayaan agama Kristian, salib harus disembunyikan?
Sekiranya Najib Razak (gambar kiri) dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai "OK Tak OK" untuk semua warga bukan Muslim negara ini?
Semasa berucap merasmikan Konvensyen Ke-43 Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia pada 20hb Disember yang lalu, Najib Razak telah memberikan tiga peranan kepada media.
Pertama, media sebagai penggalak kesederhanaan (promoter of moderation); kedua, media sebagai menara tinjau untuk perubahan (watch tower for change); dan ketiga, media sebagai pendorong pembangunan (Catalyst for Development). 【Ucapan penuh Najib Razak】
Dalam ucapan beliau, beliau mahu akhbar-akhbar berbahasa Cina menjadi perintis.
Tetapi pada masa yang sama, beliau mengizinkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki UMNO, memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya. Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme (promoter of extremism ), tetapi adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Dalam Negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?
Semasa Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN-AS, Najib dalam ucapan pencelahan beliau telah menghulur bantuan kepada Presiden Amerika Syarikat untuk menghapuskan fenomena Islamophobia. Mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam perlu dilakukan, kata Perdana Menteri.Biarlah kita semua akui, fenomena Islamophobia bukan sahaja wujud di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi juga berakar umbi di Malaysia. Apakah pendekatan Najib untuk menangani masalah ini di negara kita?
Hasrat saya (Teo Nie Ching, gambar kanan) sebagai wakil rakyat adalah berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat, tak kira bangsa, tak kira kaum, tak kira agama. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jujur saja, dalam pengalaman saya menjadi Ahli Parlimen, banyak surau dan masjid telah menganjurkan majlis-majlis ataupun jamuan-jamuan di perkarangan mereka. Pada kebanyakan masa, sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara komuniti, pihak berkenaan juga akan menjemput penghuni-penghuni sekitar untuk menghadiri program tersebut. Sudah banyak kali saya lihat orang-orang bukan Islam menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Masjid.
Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput? Apakah kesalahan saya untuk bersenam di tempat letak kereta Masjid bersama dengan hadirin yang lain? Kenapa usaha saya untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi, usaha untuk mempertingkatkan kefahaman, kesemua ini dianggap salah oleh Utusan Malaysia/UMNO? Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?
Betul sekali Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua pada 19 Disember 2010 yang lalu.
Utusan Malaysia hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Utusan Malaysia hanya tahu mendiskriminasikan, menganiayai dan merendahkan orang lain bukanlah rakyat Malaysia sebenar.
Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun UMNO kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak berlayak untuk memberi ajaran agama Islam. Sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh penyokong-penyokong ataupun warga Malaysia melalui Facebook ataupun blog bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi.
Gambar-gambar lain yang sedia ada di Blog dan Facebook saya tetapi tidak diterbitkan di Utusan Malaysia telah menunjukkan bahawa kehadiran saya di perkarangan Masjid Cheras Jaya tidak pernah menjadi isu kontroversi pada hari tersebut dan sebaliknya telah diterima baik oleh para hadirin. Saya akan terus perjuangan saya untuk mewujudkan sebuah Malaysia untuk semua anak Malaysia, iaitu Malaysian Malaysia.
*Tulisan ini dipetik daripada blog Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang-DAP.
