| Akhirnya suruhanjaya diraja ditubuhkan |
| |
| Semuanya bermula pada 19 September 2007 apabila Anwar Ibrahim mendedahkan klip video Lingam yang menunjukkan perbualan telefon VK Lingam dalam “mencaturkan” kedudukan hakim-hakim. |
| Akhirnya suruhanjaya diraja ditubuhkan |
| |
| Semuanya bermula pada 19 September 2007 apabila Anwar Ibrahim mendedahkan klip video Lingam yang menunjukkan perbualan telefon VK Lingam dalam “mencaturkan” kedudukan hakim-hakim. |
| Ke mana hilangnya laporan rasuah terhadap Khalil Yaakob? |
| Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh |
| PUTRAJAYA, 21 Nov (Hrkh) - Tiga laporan rasuah telah dibuat. Nilai rasuah dianggarkan berbilion ringgit. Dan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob dikatakan terbabit. Tetapi yang menjadi persoalannya, ketiga-tiga laporan tersebut tidak sampai ke pengetahuan Badan Pencegah Rasuah (BPR). |
Hari ini pihak BPR menafikan menerima laporan rasuah berbilion ringgit yang melibatkan Khalil Yaakob walaupun telah dilaporkan kepada polis sejak tahun 2001.
Pengerusi Gerak Ezam Mohd Noor ketika ditemui selepas berjumpa dengan Pengarah Siasatan BPR, Dato' Shukri Abdul di Putrajaya pagi tadi terkejut apabila diberitahu badan itu tidak menerima laporan rasuah membabitkan nilai balak berbilion ringgit di Pahang walaupun sudah tiga kali laporan polis dibuat.
Katanya yang tiba di ibu pejabat BPR jam 10.15 pagi, tiga laporan rasuah telah dibuat antara 2001 sehingga 2007 dan salah satu daripadanya dilaporkan oleh Bekas Adun Beserah, Dato' Fauzi Rahman.
"Ini bermakna ada tiga laporan polis telah dibuat terhadap kes balak selama lima tahun yang diambil oleh bekas MB Pahang secara tidak sah, jadi hari ini saya amat terkejut apabila BPR memberitahu mereka tidak menerima laporan polis tentang kes ini," katanya.
Bagaimanapun, menurut Ezam, Shukri berjanji akan membuat siasatan dan mencari semula kes tersebut.
Ezam turut mempersoalkan kenapa kes yang melibatkan rasuah berbilion ringgit tidak dikemukakan kepada BPR.
"Dan saya masih ingat ketika itu, MT Umno pun hendak menubuhkan jawatan kuasa disiplin dan rasuah disebabkan kes rasuah ini, tetapi dari 2001 hingga 2007 tidak ada seorang pun ambil tahu fail laporan," katanya.
Beliau menjelaskan, mana-mana laporan rasuah yang dilaporkan kepada polis akan diserahkan kepada BPR untuk menyiasat.
Ketika ditanya jumlah nilai balak yang diambil secara tidak sah, Ezam berkata berdasarkan laporan polis yang dibuat nilai balak antara RM300 hingga RM900 juta setahun dan Khalil mendapat kuota tersebut selama lima tahun.
Sebelum ini, Khalil Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang sehingga tahun 1999, tetapi beliau mendapat kuota balak sejak tahun 2000 hingga 2004.
Sehubungan itu, Ezam meminta supaya BPR ataupun Perdana Menteri membuat penjelasan segera berhubung kes ini.
"Kami akan tunggu BPR membuat siasatan lanjut dan kami akan datang semula, sehingga akhir Disember ini, tidak ada apa-apa tindakan daripada BPR kami akan datang semula untuk semua kes yang kami bawa pada hari ini,"katanya.
Beliau turut mencadangkan agar BPR berjumpa Perdana Menteri atas segala kes rasuah yang dikemukakannya sebagaimana di dalam laporan 600 muka surat yang diserahkan kepada Perdana Menteri sebelum ini.
"Sekarang saya dah bagi dokumen 600 muka surat kepada PM sepatutnya BPR pergi jumpa PM, sebab PM menyimpan dokumen rasuah, kalau BPR boleh jumpa Tuan Guru Nik Aziz untuk menyiasat kes lama, kenapa tidak PM" katanya.
Tambahnya, adalah menjadi satu kesalahan jenayah di bawah Akta Polis apabila laporan yang telah dibuat dan tidak diambil tindakan.
"Bila laporan polis dibuat dan tindakan tidak diambil, itu merupakan satu kesalahan jenayah, laporan polis dibuat sejak tahun 2001, jadi tidak ada tindakan selama ini, itu merupakan satu jenayah dari segi Akta Polis," katanya.
Dalam pertemuan dengan BPR, Ezam turut mengemukakan dua lagi kes rasuah iaitu melibatkan kesatuan sekerja dalam kes pecah amanah oleh salah seorang pegawai kesatuan terbabit.
Bagaimanapun beliau awal-awal lagi memberitahu kesatuan itu bukannya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Tindak balas terhadap kes ini, Ezam memberitahu BPR masih tidak mempunyai cukup bukti untuk membuat pendakwaan di mahkamah.
"Bagi kami di Gerak bukti sudah jelas berlaku pecah amanah dalam kesatuan tetapi bagi BPR bukti tidak cukup, bagaimanapun BPR berjanji akan mengkaji semula kes ini," katanya.
Di samping itu, Ezam meminta penjelasan sama ada BPR sudah membuat siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan perjudian oleh Bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Osu Sukam sejumlah RM7 juta.
Bagaimanapun Ezam diberitahu oleh Shukri, kes ditutup dan dikira selesai kerana mereka tidak mempunyai cukup bukti untuk menyabitkan Osu Sukam dengan rasuah. - mks.
| Lingam's brother: I am not mad! |
| |
|
Ahmad Fairuz later went on to become the chief justice until his retirement last month. Watch the 6-minute video here
|
Gerakkan kempen nasional, besar-besaran
mohon Agong pecat Rashid
Oleh Ahmad Lutfi Othman - DetikDaily - Laman M@RHAEN
Sejak persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat menjelang pilihan raya 2004, yang menyaksikan pihak SPR melaksanakan sepenuhnya kehendak Umno, terutama untuk mengalahkan calon-calon Parlimen PAS di Kedah, saya sudah meluahkan rasa hati agar satu kempen peringkat nasional dapat dilancarkan bagi memecat Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman.
PAS harus mengetuai kempen besar-besaran ini menggesa Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan segera khidmat Rashid sebagai Pengerusi SPR memandangkan beliau tidak lagi mendapat kepercayaan awam, sesuatu yang menurut tuntutan Perlembagaan mesti ada kepada Rashid.
Perkara 114 (1) dan (2) Perlembagaan menjelaskan:
"SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja ... Pada melantik ahli-ahli SPR, Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."
Malah mulut celupar dan sikapnya yang suka berbohong makin ketara mutakhir ini, termasuk semasa mengulas Himpunan 100,000 rakyat 10 Nov. Yang saya hairan, mengapa pemimpin pembangkang seperti tidak terdorong untuk mengambil satu insiatif serius dalam kadar segera, dengan mengumpulkan bukti-bukti bertulis, bagi menyokong argumen agar Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa baginda bagi memastikan Rashid tidak terus mengarut.
Saya pohon agar pimpinan pembangkang dalam melakukan sesuatu, bukan sahaja untuk "mengajar" Rashid tetapi bagi memulihkan integriti SPR sebelum pilihan raya umum ke-12 diumumkan. Fokuskan tindakan kali ini untuk memecat Pengerusi SPR yang makin hilang kewarasannya itu. Jika Rashid berjaya dipecat, saya kira gelombang kuning baru menunjukkan keberhasilannya.
Pemecatan Rashid ibarat pecahnya satu lubang kecil di empangan ....
| Kos Istana Negara RM 1 bilion: Samy Vellu ada agenda tersembunyi? |
| Azamin Amin |
| KUALA LUMPUR, 21 Nov (Hrkh) - Sudah hampir tiga bulan, kos pembinaan Istana Negara baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, menelan belanja RM 1 bilion yang menimbulkan pelbagai tanda tanya belum mendapat sebarang kenyataan dan penjelasan bertulis daripada Menteri Kerja Raya Dato' Seri S. Samy Vellu semalam. |
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata sikap senyap dan membisu Samy terhadap isu ini dilihat seolah-olah menyembunyikan sesuatu kepada pengetahuan rakyat dan mempunyai kepentingan serta agenda sendiri terhadap projek istana negara ini.
Malah seolah-olah mengiyakan lagi tanggapan bahawa wujud usaha pihak tertentu yang 'memperalatkan institusi raja' untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit dengan membazirkan wang rakyat.
"Sekiranya dia gagal jawab isu ini, saya anggap beliau cuba menyembunyikan sesuatu daripada saya dan rakyat serta ini membuktikan bahawa Dato' Seri mempunyai kepentingan peribadi dan agenda tersendiri dalam projek ini," katanya sewaktu sidang media di Pejabata Agung PAS semalam.
Beliau menjelaskan bahawa PAS telah menghantar surat memohon penjelasan dan memo berhubung isu tersebut kepada Samy di Kementeriannya dan diserahkan melalui Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Dato' Syed Jamal Syed Jaaffar dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausahanya, Dato' Asiah Marzuki.
"Saya dukacita dengan sikap Samy yang tidak prihatin dan telus dalam isu ini. Saya mahu dia jawab semua lima perkara penyelewengan yang perlu dijelaskan segera," katanya yang menghantar sekali lagi surat penjelasan sebaik sahaja sidang media tersebut selesai.
Antara kepincangan dan kesangsian yang timbul berhubung isu ini selain harga tawaran yang begitu tinggi ialah projek tersebut dilakukan secara rundingan terus dan bukannya secara terbuka malah diberikan kepada kontraktor tidak berdaftar dan bukan kategori kelas A.
Sebelum ini, Mahfuz pernah menyfatkan bahawa pembinaan Istana Negara baru bukan atas kemahuan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin tetapi disebabkan oleh pihak berkepentingan yang mempunyai agenda tertentu untuk mengaut untung yang lebih dengan menggunakan nama institusi raja-raja.
Katanya ada pihak tertentu yang seolah-olah memperalatkan institusi raja untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit dengan membazirkan wang rakyat, dan sebagai satu helah supaya masyarakat tidak mempersoalkan ketelusannya kerana khuatir dilabel atau didakwa sebagai menghina atau menderhaka kepada raja-raja.
"Tidak timbul soal saya derhaka kepada raja tetapi saya derhaka kepada pihak pengurusan kewangan negara dan mempersoalkan pembaziran wang rakyat RM1 bilion," katanya.
"Saya rasa hati kecil baginda Sultan Mizan pun merasakan ini bukanlah satu keperluan penting malah melibatkan jumlah wang rakyat yang begitu besar tetapi saya percaya ada agenda orang-orang tertentu untuk mendapat habuan melalui projek pembinaan Istana," katanya pada Ogos lalu.
Selain itu daripada maklumat yang diperolehi, hasil projek pembinaan istana negara itu kemungkinan akan digunakan sebagai dana untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kita tidak menghalang pembinaan Istana Negara untuk memberi keselesaan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi yang dipertikaikan ialah kos begitu luar biasa dan melibatkan dana awam berjumlah RM1 bilion, walaupun ada yang mempersoalkan kewajaran dan keperluan membina istana yang baru," kata Mahfuz.
"Kita tidak menghalang pembinaan dan wajar beri tempat selesa kepada raja kita, cuma yang dipertikaikan ialah kosnya dan kita mahu penjelasan," katanya
Tambah Mahfuz lagi projek yang melibatkan jumlah besar itu diserahkan pula secara rundingan terus kepada satu syarikat kontraktor sahaja Maya Maju Sdn Bhd, yang difahamkan bukan pun daripada kategori kelas A atau B, malah tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
Sebelum ini, berita utama muka belakang Harakah keluaran 1-15 Julai 2007 mendedahkan bahawa kos kerja-kerja tanah Istana Negara baru ini mencecah hampir RM130 juta, manakala kerja-kerja 'interior design' bernilai sekitar RM250 juta. Site Office Building pula dicadangkan RM9 juta, manakala kerja 'landscaping' dan 'garden' melebihi RM35 juta.
Berdasarkan Kabinet sudahpun meluluskan kos pembinaan Istana Negara baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur itu yang pada awalnya bernilai RM400 juta tetapi telah meningkat melebihi RM1.1 bilion. - mks.
| Gelombang kuning tuntut pembaruan p'raya | |
| | |
| Kejayaan perhimpunan puluhan ribu orang anjuran Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) pada 10 November 2007, untuk menyampaikan memorandum pembaruan pilihanraya negara kita kepada Yang di-Pertuan Agong, telah memberi nafas baru kepada pergerakan rakyat sejak kesurutan gerakan reformasi beberapa tahun kebelakangan ini, akibat penindasan Barisan Nasional (BN) dan faktor-faktor dalaman.
|
| Lingam: I'll cooperate with royal commission |
| |
| Prominent lawyer VK Lingam today broke his two-month silence on his alleged role in the appointment of ‘friendly’ judges to the higher courts. He sounded calm and collected when asked about his alleged involvement which was caught on camera. |
| Pengerusi SPR hina Yang di-Pertuan Agong - Presiden PAS |
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Tindakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 merupakan satu kenyataan yang jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. |
Haji Abdul Hadi Awang kenyataan Tan Sri Rashid bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 itu jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
"Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa memperkenankan pembubaran Parlimen merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong setelah menerima permohonan dari Perdana Menteri.
"Apabila Tan Sri Rashid sewenang-wenangnya mengisytiharkan yang beliau telah tahu akan tarikh pilihan raya bermakna beliau telah bertindak membelakangkan sama-sekali kuasa Yang di-Pertuan Agong itu, sekaligus membelakangkan undang-undang tertinggi negara dan ini merupakan satu tindakan yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Oleh itu, katanya, PAS mendesak agar pihak istana, sebaik-baiknya melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, segera mengeluarkan kenyataan meminta agar Tan Sri Rashid menarik balik kenyataan beliau itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Malah PAS menjadi bertambah ragu dan keliru berikutan kenyataan Perdana Menteri di Kuala Terengganu semalam bahawa beliau sendiri hairan bagaimana Tan Sri Rashid boleh mendakwa yang ia tahu akan tarikh tersebut sedangkan Perdana Menteri sendiri kononnya belum menentukannya.
"Ini membuktikan yang Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong telah berbohong secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,"tambahnya.
Ujarnya, bagi PAS ketidaktentuan terhadap tarikh pilihan raya umum di Malaysia adalah bukti betapa tidak demokratiknya negara ini berbanding negara-negara maju yang lain yang mengamalkan sistem demokrasi. - mks.
Siapa Sebenarnya
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara?
Oleh greenboc The Truth Is Here - Laman M@RHAEN
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan yang menghebahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin kesal atas dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong perhimpunan 100,000 rakyat 10 November lalu kini dketahui adalah seorang ahli UMNO yang berdaftar.
Hal ini memperkuatkan hujjah bahawa UMNO kini semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja termasuk mendesak ahlinya yang kini menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk memburukkan perhimpunan aman yang disertai oleh 100,000 rakyat yang merafak sembah ke Istana untuk menyerahkan memorandum menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan bersih.
Wan Mohd Safiain Wan Hasan bernombor kad pengenalan 461214035359 adalah ahli berdaftar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Cawangan Taman Desa Minang, Bahagian Gombak.
Justeru itu, rakyat hari ini mempertikaikan kenyataan yang dkeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara tersebut, suara sapakah yang dibawanya? Yang Di Pertuan Agong sendirikah atau parti yang menaungnya iaitu UMNO?
Pihak istana dari awal telah bersetuju untuk menerima memoranda Bersih dan telah mengutuskan wakilnya untuk menerima memorandum tersebut pada 10 November 2007 lalu. Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa DYMM Agong tidak menolak penerimaan memorandum Bersih itu.
Kerajaan sebelum ini telah melantik Tan Sri Datuk Zaki Tun Azmi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah menimbulkan kontroversi. Tan Sri Datuk Zaki Tun Azmi (foto), selain daripada menjadi seorang ahli UMNO juga telah pernah memegang jawatan penting dalam UMNO seperti Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2004, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO, dan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan UMNO.
Dengan melantik ahli-ahli UMNO sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Hakim Mahkamah Persekutuan jelas menampakkan Kerajaan di bawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi lansung tidak mempunyai maruah dan etika sehingga sanggup melacurkan institusi raja dan kehakiman untuk kepentingan partinya.
Justeru itu, pendedahan perlu dilakukan dan hal-hal sebegini perlu diberikan noktahnya kerana UMNO telah lama memperalatkan pelbagai institusi kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Pilihanraya, Peguam Negara, insitusi kehakiman dan kini institusi raja juga cuba dilacurkan untuk kepentingannya sehingga mewujudkan keadaan "padang yang tidak seimbang" di dalam pilihan raya.
Sila berikan komen/maklumanbalas anda di sini.
- greenboc (The Truth Is Here)
BERKEMPEN DAN BERKHIDMAT
KEADILAN NEGERI BERGERAK DI TIGA KAWASAN SERENTAK
OLEH:Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Butterworth 18 Nov – Jentera keadilan negeri hari ini bergerak di DUN Telok Ayer Tawar Butterworth dalam usaha dan kempen bagi memenangi dan meyakinkan rakyat di Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu kempen yang berjalan serentak Di Taman Mutiara Sg Bakap, Pantai Bersih Ayer Tawar, dan juga di Pantai Jerejak. Ini membuktikan bahawa calon yang diletakkan oleh BA adalah dari golongan professional.
Di Butterworth, kempen ini diketuai oleh Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri Sdr Mustaffa Kamal ( Pak Mus) dan Pemuda keadilan Negeri yang diketuai oleh Ketua Pemmuda Keadilan Negeri iaitu Dr Azhar Bin Dato Ahmad. Menurut beliau , usaha kemasyarakatan ini akan terus dilakaukan dari masa ke semasa walau pun selepas pilihanraya kerana menurutnya ianya sebagai satu ibadah dan juga mendekatkan diri kepada masyarakat. Beliau yang mempunyai klinik sendiri di Permatang Pauh dan Sg Dua juga turut memberi khidmat nasihat kepada orang ramai yang hadir.Jentera Pilihanraya Negeri juga turut membantu dari segi penyediaan tempat yang sesuai dan kawasan yang sesuai untuk di tembusi.
Malah Flat ini adalah yang tertua di Butterworth yang menempatkan golongan berpendapatan rendah. Ianya di bawah Dun Telok Ayer Tawar yang di ketuai oleh YB Jahara yang dikatakan akan ditamatkan tempoh khidmatnya kerana gagal dalam beberapa projek di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Antaranya projek perumahan terbengkalai di Guar Perahu.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan malahan ada JKKK menunjukkan rasa marah dengan menyatakan bahawa”Jika bagi kami RM50 pun kami pangkah dah keadilan”,Ini membuktikan bahawa selama ini UMNO memberi dan membeli undi dengan wang, dan dengan wang yang diterima penduduk di kawasan inilah, maka Flat itu terbiar dan tidak terurus, juga membuktikan bahawa Melayu terus terpinggir dan memang Melayu mudah lupa. 80% daripada penghuni flat ini adalah Melayu yang terpinggir dan berpendapatan rendah.
Kempen ini adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa, dengan kuasa dan pemerintahan Barisan Nasional, sebenarnya gagal untuk membela golongan ini ,akan tetapi wakil rakyat mereka lebih menumpukan kepada usaha memulikan reputasi yang telah tercalar.Usaha ini dijangka akan memberikan kesedaran kepada kaum Melayu bahawa ereka tidak boleh lagi diperbodohkan,tirasuah dengan wang,di berikan janji-janji yang baik-baik,juga diberikan harapan yang tinggi untuk membela nasib Melayu sedangkan Wakil Rakyat sendiri gagal untuk melaksanakan projek peribadi dan juga bagainamakah untuk menyelesaikan masaalah rakyat, jika wakil rakyat sendiri bermasaalah.
Pihak Keadilan negeri berharap, dengan risalah yang sedikit ini akan dapat menyedarkan minda orng-orang Melayu bahawa mereka sebenarnya jangan terlalu bergantung pada UMNO, kerana UMNO sering menipu rakyat sejak dulu,kini dan selamanya.
Perhimpunan Bersih versi Al Jazeera
http://www.youtube. com/watch? v=BzqSddWkxGs
Himpunan Bersih Scene from SOGO
http://www.youtube. com/watch? v=fGEqcxVC_ qQ
Himpunan Bersih Scene from Masjid Jamek
http://www.youtube. com/watch? v=cYvu91z5hn4
Sekitar Himpunan Bersih
siri 1) http://www.youtube. com/watch? v=paNPB6kLJaU
siri 2) http://www.youtube. com/watch? v=l83Dn_TwpoA
siri 3) http://www.youtube. com/watch? v=vfzhpQQ20eE
Amature video for Bersih Rally
http://www.youtube. com/watch? v=xltYTJdwnp4&NR=1
Interview Al-Jazeera dengan Anwar Ibrahim
http://www.youtube. com/watch? v=10TCAe9XsVA
Iklan Bersih
http://www.youtube. com/watch? v=LZqP0kUYl4I
Perhimpunan Bersih versi Bernama
Alamak, bahasa cina la plak. Untuk penonton cina
http://www.youtube. com/watch? v=o_EKQ9wtEQY
Perhimpunan Bersih versi RTM1
http://www.youtube. com/watch? v=yAUylr1S1zE
Perhimpunan Bersih versi TV3
http://www.youtube. com/watch? v=5WaBipMoCTs
| Anwar ready to release full video soon |
| |
| PKR de facto leader Anwar Ibrahim stated last night that he would release the full scandalous VK Lingam video clip 'very soon' in light of the recent announcement that a royal commission of inquiry will be set up. 'Let's see how serious they are' |
Bohong! Bohong! Bohong!
Oleh Kamal Amir - Laman M@RHAEN
Seminggu selepas himpunan rakyat berarak dalam lautan gelombang kuning maka salah seorang pegawai Istana Negara membuat kenyataan bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin merasa dukacita kerana nama baik baginda diheret dan dibabitkan sebagai merestui perhimpunan haram.
Meskipun titah baginda Agong tidak dilafazkan oleh baginda sendiri namun media massa terutama RTM dan TV 3 segera menjadikannya berita utama sebagai menempelak kebangkitan rakyat.
Rakyat benar-benar dikelirukan oleh pemesongan fakta oleh agensi media massa kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang berkali-kali menyebarkan khabar angin kononnya ada dakwaan ke bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong telah dilibatkan kedalam kancah pergolakan politik hingga baginda merasa dukacita.
Semasa berbual dengan Ahli Parlimen Pasir Putih Datuk Kamaruddin Jaafar, beliau menekankan bagaimana percaturan putar-belit politik dilakukan oleh agensi media massa kerajaan Abdullah Ahmad Badawi .
“Dalam kenyataan yang saya buat tempoh hari, saya tidak menyebut ke bawah Duli Tuanku memperkenankan himpunan rakyat, tetapi baginda Sultaan bersedia menerima kunjungan hormat anggota Bersih, malahan kami diminta menghantar senarai nama perwakilan yang mahu mengadap Tuanku.
“Malahan kesudian Tuanku menerima memorandum pernyataan hasrat kami untuk melihat aroma politik negara dipulihkan kepada paksi demokrasi secara mutlak telah diterima oleh baginda dengan baik.
“Tidak timbul soal himpunan mahupun perarakan rakyat. Begitulah caranya mereka memutar-belitkan kenyataan,” tegas Datuk Kamaruddin Jaafar.
Agak tersentak juga mendengar penjelasan dari Ahli Parlimen tersebut kerana ternyata begitu terdesak sekali para pencatur di sekeliling Abdullah Ahmad Badawi memesongkan fakta.
Sebagai tunggak utama pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan tentulah tidak akan ada mana-mana Sultan atau Raja-Raja yang mengizinkan perhimpunan haram. Keluhuran perlembagaan dan undang-undang pastilah dihormati. Oleh yang demikian tidak timbul cerita Sultan atau DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merestui sebarang bentuk perlanggaran undang-undang.
Bagaimana boleh timbul cerita kononnya Istana diheret untuk dilihat bagai merestui himpunan yang telah ditafsirkan oleh pemerintah sebagai humpunan haram? Ternyata begitu terdesak sekali kalangan pengampu Perdana Menteri dan Sidang Wazirnya untuk memutar-belitkan kenyataan serta memesongkan isu, lebih-lebih lagi di saat kian hampirnya musim pilihan raya umum.
Semoga rakyat dapat menterjemah silau dalam kilau percaturan politik Abdullah Ahmad Badawi. Biar apapun yang pasti rakyat mampu menilai jumud serta ceteknya cara pimpinan hari ini melakonkan adegan politik sempang-peranang penuh dengan pencak serba tempang.
Biar apapun, ternyata kini pembohongan demi pembohongan Abdullah Ahmad Badawi semakin terselak dan tersingkap. Tahun lalu dia berbohong mengatakan ada urusan penting untuk segera berangkat ke Australia serta meninggalkan jerih rakyat Johor menghadapi bencana banjir berpanjangan selama dua bulan.
Rupa-rupanya dia bukan menjalankan tugas rasmi negara sebaliknya bersukaria berlayar di atas perahu mewah bersama “kekasih hatinya” Jeanne Danker seperti yang tersiar di akhbar Star.
Minggu lalu Abdullah melakukan pembohongan tersohor dan paling hebat apabila menyatakan bahawa dia masih belum ada ilham untuk memanggil pilihan raya serta membubarkan Dewan Rakyat, semasa melawat negeri Sabah dan Sarawak.
Tetapi kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid yang menyatakan beliau tidak mahu berbohong kerana sesungguhnya dirinya tahu tarikh pilihan raya bakal diadakan. Apakah Abdullah Ahmad Badawi boleh berselindung lagi dengan alasan masih belum mempunyai ilham?
Begitu juga dengan pengumuman perbelanjaan ratusan bilion ringgit terhadap pembangunan koridor Utara dan Koridor Pantai Timur yang bakal dicurahkan atas nama membela nasib rakyat. Setelah diselediki secara jelas terbukti begitu hebat Abdullah Ahmad Badawi melakukan pembohongan kerana sehingga saat ini akta pembangunan kedua wilayah tersebut masih belum disiapkan lagi.
Tidak seperti pembangunan Wilayah Iskandar di Johor yang bakal dikangkangkan untuk “dilacurkan” kepada Singapura di mana untuk tujuan tersebut kerajaan Abdullah Ahmad Badawi sudahpun menggezetkannya melalui Parlimen atas nama Akta Pembangunan Wilayah Iskandar.
Meskipun ianya dilihat cukup pincang serta bakal menjerumuskan kehancuran kepada kedaulatan bumi Johor namun, paling tidak untuk tujuan penerusan pembangunan ia tetap akan dilakukan kerana sudah ada satu akta diwujudkan.
Sebaliknya bagi kedua-dua pembangunan Wilayah Utara dan Pantai Timur, ia masih lagi dalam peringkat “menganyam” mimpi indah dan menyulam angan-angan Mat Jenin, sedangkan “blue print”, kertas pembangunan secara komprehensif dan bersepadu masih belum lagi wujud.
Dalam erti kata lain, upacara pelancaran pembangunan kedua-dua koridor Utara dan Pantai Timur adalah merupakan satu lakonan bohong yang sengaja diwar-warkan untuk rakyat mempercayai kehebatan buah fikiran seorang Ulul Albab imam mahzab Islam Hadhari.
Ternyata Abdullah Ahmad Badawi sekadar menjaja sebuah mimpi yang belum pasti dalam aroma kebohongan tegar dan sewajarnya segera dibersihkan dengan penyapu yang dijaja oleh memanda Wazirnya di Selangor.
Persoalannya, sampai bilakah cerita bohong Abdullah Ahmad Badawi masih mahu diizinkan oleh rakyat seluruhnya? Dan untuk itu ada baiknnya jika kita menyorot kembali cerita bohong Imam Mahzab Islam Hadhari yang akhirnya diketahui oleh rakyat.
1. Melalui sajak mencari abadinya Abdullah berjanji untuk tidak mengumpul harta berjuta, tetapi ternyata kalangan anak beranaknya terus meraih pelbagai projek berbilion-bilion.
2. Abdullah berjanji melalui sajaknya untuk tidak hidup berpoya-poya, tetapi sejak menjadi Perdana Menteri, bukan sekadar kehidupan santai di luar negeri dengan menaikki pesawat mewah dan kapal layar mewah, malahan kediaman rasmi Seri Perdana telah menganjurkan persembahan hiburan muzik sebanyak dua kali.
3. Abdullah menafikan anaknya Kamaluddin Abdullah tidak pernah mendapat sebarang kontrak dari kerajaan melalui wawancara TV 3 , sebaliknya syarikat Scomi milik anaknya meraih ratusan juta kontrak dari Petronas,
4. Abdullah menafikan terlibat dalam skandal cukup memalukan “Oil For Food” era rejim Sadam Hussein, tetapi laporan penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ternyata namanya dicatatkan sebagai penerima habuan jutaan ringgit.(Sila baca buku Skandal Oil For Food, Malaysia Today).
5. Abdullah menafikan membeli jet untuk kegunaan rasminya, tetapi sekembalinya dari lawatan luar negeri dia terpaksa mengaku bahawa pembelian tersebut dibuat oleh syarikat penerbangan Malaysia.(satu penipuan cukup menjijikkan).
6. Pasca awal pemerintahannya Abdullah menyatakan bahawa kantung negara sudah kering kerana dihabiskan oleh projek mega legasi Dr. Mahathir, tetapi kini dia berbelanja ratusan bilion ringgit untuk projek mega ciptaannya. Jauh lebih banyak dari era Dr.Mahathir.
7. Semasa heboh kisah cintanya dengan Jeanne Danker, dia berkali-kali menyatakannya sebagai satu gossip, tetapi ternyata wanita itulah yang dinikahinya.
Dan jika mahu ditulis satu demi satu mungkin seminggu lamanya tidak habis ditulis berhubung pembohongan Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat bawahan. Kerana itu cerita tentang Institusi Istana dilibatkan dalam kancah politik adalah merupakan pemesongan fakta olehnya bersama sidang wazir yang serba goblok dan membaghalkan.
Untuk hari esok entah apa lagi agaknya cerita bohong yang bakal dilontarkan oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha memulih keyakinan rakyat yang cukup terhakis terhadapnya.
Namun yang pasti rakyat sudah tidak sabar-sabar lagi menanti tarikh pengumuman pilihan raya kerana mereka mahu segera menterjemahkan kepada Abdullah berserta sidang wazirnya tentang utuhnya kuasa rakyat. Semoga bumi tercinta ini segera diselamatkan daripada pelacuran politik di kalangan pemimpin bersikap musang berbulu ayam!
Kementerian Pelajaran punca masalah tuisyen
Oleh Prof Dr Mohamad Tajuddin M Rasdi Dipanjangkan oleh Alex (Migrant Care Malaysia) - Laman M@RHAEN
Saya ingin memberi komen terhadap isu tuisyen pelajar yang digembar-gemburkan pada hari ini. Kementerian Pelajaran seolah-olah menuding jari terhadap operator pusat tuisyen dan guru-guru yang mengajar di kelas kelas tuisyen. Mesej utama surat saya ini adalah Kementerian Pelajaran patut melihat masalah tuisyen ini secara lebih luas dan permasalahan utamanya datang dari kementerian sendiri dan bukan pihak lain.
Secara umumnya, siapakah yang hendak berbelanja beratus-ratus ringgit dan membuang berpuluh puluh jam menghantar anak ke tempat tuisyen? Tetapi realitinya, hampir kesemua ibu bapa yang berkemampuan kewangannya terpaksa menghantar anak ke tuisyen atas beberapa sebab seperti tersenarai di bawah:
Pertama, bukankah Kementerian Pelajaran yang meluluskan nisbah sehingga 1:40 untuk satu kelas? Di negara seperti England, anak-anak belajar dalam kelas bernisbah 1:20 sahaja. Bagaimanakah seorang guru boleh memberi tumpuan kepada 40 orang pelajar?
Kedua, bukankah Kementerian Pelajaran sedia maklum bahawa, jika terdapat kelas tambahan, maka nisbah guru-pelajar tidak dikurangkan? Sepatutnya sistem tutorial digunakan di mana kelas dipecah kepada 10 hingga 15 pelajar setiap kelas. Di negara maju, mereka menggunakan khidmat pembantu pengajar. Oleh itu, ibu bapa tiada pilihan lain tetapi terpaksa menghantar anak ke tempat tuisyen.
Ketiga, bukankah Kementerian Pelajaran sedia maklum bahawa ramai guru yang dihantar mengikuti kursus dan juga menghadiri raptai hari Kemerdekaan selama beberapa hari dan tiada terdapat guru pengganti untuk anak-anak kita?
Sebagai seorang bapa kepada lima orang anak, saya cukup berpengalaman dengan kes-kes sedemikian, hasil dari temubual saya dengan anak-anak sendiri dan rakan-rakan.
Keempat, bukankah Kementerian Pelajaran sendiri yang membudayakan penekanan terhadap peperiksaan? Di England, anak-anak yang pergi sekolah 'kampung' atau sekolah biasa, tidak tertekan langsung kerana tiada peperiksaan. Setiap pelajar mempunyai fail hasil kerja dalam kelas yang ditunjukkan kepada ibu bapa dalam setiap pertemuan.
Akhir sekali, saya ingin memberitahu bahawa, jika saya tidak 'duduk bersama' anak lelaki saya sewaktu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu selama tiga bulan berturut-turut, dia berkemungkinan gagal hampir kesemua pelajaranya. Setelah berkampung dengannya, dia akhirnya meraih 3B dan 2C.
Sekarang, anak saya ini akan mengambil peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PMR). Saya terpaksa menghantarnya ke kelas tuisyen untuk subjek Sains sebab saya sudah 'mati akal' untuk mengajar subjek tersebut. Yang peliknya anak saya dapat A dalam Bahasa Inggeris tetapi gagal dalam pelajaran Sains yang diajar dalam bahasa tersebut.
Saya berpendapat, anak saya perlu tumpuan yang lebih baik dan kelas tuisyennya bernisbah 1:7 dan kini dia mampu mengikuti pelajaran tersebut.
Masalah tuisyen perlu dilihat secara keseluruhannya dari perspektif keupayaan kementerian dengan tenaga pengajarnya serta juga falsafah baru mendidik anak-anak yang harus difikirkan semula.
Kalau masalah nisbah pelajar, skim gaji guru dan penggunaan pembantu pengajar serta guru pengganti dapat dilaksanakan, kami ibubapa tak ingin langsung untuk menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.
Dipanjangkan oleh:
Alex Ong
Migrant CARE
Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO
Platform on Migrant Workers' Convention)
Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati,
Jakarta Timur 13220 Indonesia
Telp/Fax: +62 21 4752803
E-mail: alexmigrantcare@gmail.com
migrantcare@nusa.or.id
Website: www.buruhmigranberdaulat.blogspot.com
16.11.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)