Awat Kalut Sangat Isu Cukai Langkawi Ni?
















Sembang kemaih Sanusi vs Fakta sebenar Kerajaan MADANI. Mai nak habaq tang mana t yang depa putaq belit!
1. Kerajaan Pusat membela rakyat miskin, kenderaan RM300k ke bawah pengecualian cukai macam biasa, cuma kenderaan mewah lebih 300k sahaja dikenakan cukai.
2. Isu ni jadi kalut, dijadikan Isu politik kerana Sanusi nak kenderaan mewah juga dikecualikan cukai, situ je duduk isu ni.
3. Barangan lain seperti Ia coklat, manisan, barangan dapur, pinggang mangkuk, minyak wangi, kosmetik, pakaian, aksesori, beg bernama dll masih kekal bebas cukai.
4. Sebelum dia hentam Kerajaan Pusat, dia lupa kot pada 1 Januari 2021 tarikh kuat kuasa tarik bebas cukai rokok, tembakau, wape ? Rujuk Hansard Parlimen lah.
5. Tu zaman siapa jadi Kerajaan 33 bulan? Muhyiddin, Hadi dan 14 Ahli Parlimen Pas Kedah termasuk MP Langkawi pun jadi tunggul kayu je di Parlimen sokong ja.
6. Dengan Kerajaan kenakan cukai rokok, wape, tembakau, alkohol dan kereta mewah, Kerajaan dapat dapat kutip cukai lebih RM5 billion setahun. Duit tu banyak boleh guna untuk pembangunan Kedah.
7. Bab kereta mewah lebih RM300k memang perlu lah kena cukai, takkan nak beli Lamborghini, Ferrari, dan Rolls Royce pun nak lari cukai? Mereka dah kaya raya, biarlah mereka bayar.
8. Malah saat Kerajaan kawal ketat pun masih bocor; lebih RM72 didedahkan oleh Ketua Audit Negara tahun 2022 babit 100 buah kenderaan mewah.
9. SPRM melalui "Op Eagle" berjaya menumpaskan satu sindiket yang menyebabkan kerugian cukai kerajaan sehingga RM33 juta melalui pemalsuan dokumen pengurangan duti secara tidak sah.
10. Kerajaan dapat beratus juta setahun jika laksanakan cukai kereta mewah. Ia wajar di kekalkan seperti mana diputuskan untuk dilaksanakan 1 Januari 2026 ini.
11. Malah arak Haram pun Kerajaan tarik cukai, boleh bawa keluar 1 liter sahaja. Itu tanda Kerajaan Madani ke arah ikut Syariat Islam dalam pengharaman arak secara berperingkat yang tidak boleh dibuat oleh Pas dan PN.
12. Langkawi dulu lubang peyelupan utama rokok, vape, tembakau, arak, kereta mewah dll. Kini Kerajaan berjaya mengutip RM15.30 bilion hasil cukai rokok dan vape (2021 hingga Julai 2025).
13. Tindakan PMX Anwar Ibrahim adalah untuk memastikan Langkawi tidak menjadi "syurga ketirisan" bagi barangan yang mendatangkan beban kesihatan dan penyeludupan, sambil mengekalkan daya tarikan pelancongan melalui barangan lain
14. Duit RM5 billion diselamatkan, hasil RM15 billion dikutip itu tanda Kerajaan sekarang cekap urus ketirisan dan tambah hasil, duit kutipan RM15 billion itu dibawa turun ke rakyat melalui bantuan STR dan SARA terus ke akaun dan IC rakyat untuk Kemakmuran bersama.
15. Su Akhbar Sanusi sahut cabaran debat saya kepada Sanusi dan Haim Hilman, dengan ayat sindiran, tapi nak sahut cabaran debat takut. Sembang kemaih ja dalam Sidang Dun, kat luar kecut!
Depa ingat kita budak budak takut dengan YB Pas ? No fear ah.
Jalan terus!
Syam Ghaz




No comments: