ADAKAH KITA BERHARIRAYA PADA SABTU, 21 MAC 2026?



Che Ibrahim







Berdasarkan kedudukan hilal syawal pada petang 19 Mac 2026 di Tanjung Dumpil, Putatan dan Telok Chincin, Langkawi, anak bulan syawal tidak memenuhi kriteria imkanurrukyah yang telah diterimapakai oleh MABIMS ( Majlis Menteri Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura). Thailand tidak terlibat dlm MABIMS kerana negara Thailand tidak ada menteri agama.


Oleh itu anak bulan syawal pada petang 19 Mac 2026 dianggap tidak dapat dicerap, dan tarikh hariraya Adilfitri 2026 akan jatuh pada hari Sabtu, 21 Mac 2026... 


Wallahu'alam, apa pun keputusan muktamad bergantung kepada rukyah kerana rukyah adalah hakiki/real, adapun kiraan falak hanya satu anggapan/teori yang bersifat "zonni".




No comments: