MAT SABU MULAKAN PROJEK PERIKANAN DI LANGKAWI

 



Petang ni Bang Mat mai tengok tapak cadangan Projek Hab Pembiakan Hasil Laut di Langkawi. Bang Mat nak cakap mudah ja, benih perikanan ni asas penting kalau kita nak majukan industri akuakultur negara. Kalau benih tak cukup, kualiti pun tak elok, memang payah penternak nak mula. Kos naik, hasil pun jadi tak menentu.









Sebab tu kita tubuhkan Majlis Benih Negara supaya hal benih tempatan ni boleh diurus elok-elok, terancang dan serius. Kita tak boleh dok harap benih luar saja sampai bila-bila.


Bang Mat percaya kerjasama pihak swasta memang perlu. Kerajaan tak boleh buat sorang. Bila swasta mai bantu dengan teknologi, kepakaran dan pelaburan, kerja jadi lebih cepat dan industri pun boleh berkembang.


Langkawi ni ada potensi yang cukup besar. Bukan saja orang mai bercuti, tapi boleh juga jadi hab industri makanan laut. Rugi besar kalau tak dimanfaatkan. Sebab tu Kerajaan Negeri kena jalan seiring dengan Kerajaan Persekutuan, baru senang nak gerakkan projek, hasil laut boleh ditambah dan pelancongan tempatan pun insya-Allah naik.


Bang Mat yakin, kalau kita urus elok-elok dari peringkat benih lagi, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan sama-sama main peranan, swasta bantu, akhirnya rakyat juga yang akan rasa manfaatnya.


#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja

#KPKMMalaysia

#CukupDanTerjamin





No comments: