Pendakwaan 331 kes pengubahan wang haram lebih RM38.1 juta membabitkan masing-masing bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga akauntan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd akan dibicarakan di hadapan hakim sama.
Hakim Fatimah Zahari memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kesemua kes tersebut dibicarakan bersama di hadapannya selepas dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mahkamah Sesyen Johor Bharu dan Mahkamah Sesyen Kulim.
Pertuduhan itu membabitkan Nasiruddin Mohd Ali, 67, yang berdepan 77 pertuduhan melibatkan lebih RM10 juta; Hamimah Yakub, 74, (95 pertuduhan, RM11.4 juta); Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 46, (68 pertuduhan, RM4.7 juta); dan Mohd Khushairi Osman, 55, (91 pertuduhan, hampir RM12 juta).
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/331-kes-ubah-wang-haram-libat-bekas-ceo-tiga-akauntan-gisb-dibicara-di-hadapan-hakim-sama-557487

No comments:
Post a Comment