Buat julung² kalinya dalam sejarah pendidikan tanah air ini, pendidikan percuma diperkenalkan buat para pelajar yg datang dari keluarga berpendapatan bawah RM2700 sebulan.
PMX juga tegaskan bahawa kadar pendidikan percuma ini akan terus dipertingkat dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kewangan negara pada masa akan datang.
Dalam masa yg sama, pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN juga diberikan kpd semua mahasiswa yg berjaya menamatkan pengajian dgn ijazah kelas pertama sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja keras, kesungguhan dan kecemerlangan anak² bangsa.
Inilah dia seorang pemimpin yg bukan sekadar menuturkan keadilan dipentas siasah, bahkan beliau benar² menterjemahkannya melalui dasar yg menyentuh hati rakyat.
PMX faham bahawa pendidikan itu bukan sekadar jalan keluar dari kemiskinan tetapi ianya adalah pintu kepada kemerdekaan jiwa dan masa depan yg bermaruah.
Terima kasih PMX...
Terima kasih kerana anda telah membuktikan bahawa perjuangan panjangmu itu adalah suatu kisah pengorbanan yg mulia demi mengangkat maruah rakyat serta memulihkan makna sebenar keadilan dan kasih kepada tanah air ini..
Dan hari ini, bayu perubahan itu sedang berhembus mengikut gelombang kesedaran baharu yg lahir dari harapan, kasih terhadap negara dan menentang kerakusan kuasa.
Dan gelombang itu membawa satu isyarat yg jelas bahawa perjuangan yg berakar dari keikhlasan dan kesabaran akhirnya sedang berbuah kemanisan dibumi yg bertuah ini.
Terima kasih Dato Seri Anwar Ibrahim.
Moga terus kuat untuk memimpin Malaysi Madani ini 🇲🇾
S A L U T E 🫡

No comments:
Post a Comment