Kenapa ada pihak berusaha menggugat kerjasama PH dan UMNO?





Pelbagai isu cuba dimainkan, termasuk isu stokin dan bendera yang paling terkini. 


Jelas sekali ada percubaan untuk memecah-belahkan kekuatan gabungan PH, khususnya antara UMNO dan DAP.


Kenapa begitu?


Sifirnya mudah - lihat sahaja contoh statistik ini.


Di Jasin, calon PN hanya menang dengan majoriti 322 undi. Tetapi, jika undi PH dan UMNO digabungkan, calon PN iaitu Lebai Qunut Nazilah tidak akan bergelar Ahli Parlimen.


Inilah yang membuatkan PN gelisah, kerana lebih 30 kerusi mereka boleh hilang jika UMNO terus kekal dalam PH.


Sebab itu mereka cuba mengalihkan perhatian dengan isu remeh seperti “Terpaling Bendera” dan lain-lain. 


Tujuannya jelas supaya UMNO keluar dari PH dan status quo undian PRU15 dapat dikekalkan.


Faham tak? 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar





No comments: