𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥. 𝗜𝗡𝗜 𝗤&𝗔

𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥. 𝗜𝗡𝗜 𝗤&𝗔


✍️ Ahmad Mursi 


Banyak fitnah berlegar dan tidak kurang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang sendiri dengan fakta yang songsang. Ini Q&A:


𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗭𝗜𝗥


Tak betul. Ia dibangunkan melalui kerjasama awam-swasta dengan konsep BLMT (Build-Lease-Maintain-Transfer) oleh Putrajaya Holdings. Kos pembangunan RM4 bilion ini ditanggung oleh pemaju. Pemaju juga akan menanggung kos penyelenggaraan. Kerajaan bayar sewa dan bukan buat pinjaman atau berhutang. Selepas 25 tahun, keseluruhan projek ini akan jadi milik Kerajaan.


𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗕𝗟𝗠𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜?


Kerana projek ini satu keperluan ketika ini dengan 17,000 senarai menunggu, Kota Madani tampung 10,000 unit kuarters. Biasanya kerajaan tak nak keluarkan modal awal maka dibuat BLMT. Nak tunggu ada bajet kerajaan RM4 bilion, 5 ke 10 tahun lagi pun belum tentu dapat bina kuarters ni. Dengan BLMT, projek boleh siap awal untuk penuhi keperluan mendesak.


𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗟𝗠𝗧 (𝗕𝗨𝗜𝗟𝗧-𝗟𝗘𝗔𝗦𝗘-𝗠𝗔𝗜𝗡𝗧𝗔𝗜𝗡-𝗧𝗥𝗔𝗡𝗦𝗙𝗘𝗥) 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘?


Tak. Dah banyak projek lain. Antaranya 10,000 kuarters guru dibina tahun 2000-an dalam beberapa fasa di beberapa negeri di 90 tapak juga guna konsep BLMT ni.


"𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗔𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔 𝗥𝗠𝟰𝗕𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡"


Sebab tak abaikan rakyatlah, kerajaan buat kuartes ini dengan konsep BLMT. Jika guna bajet kerajaan RM4 bilion sekaligus, banyak lah projek lain tersekat. Bajet kerajaan waktu ni boleh fokus kepada program bantuan rakyat yang lebih mendesak dalam masa sama selesaikan masalah kuarters penjawat awam.


𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗢𝗦 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗟𝗧𝗠.


Boleh jadi. Tapi risiko kerajaan dapat diagihkan kepada swasta. Tak perlu sedia modal awal yang besar tapi boleh dapat manfaat. Penyelenggaraan pula ditanggung pemaju dan tak ada la jika bocor sana sini boleh bagi alasan kerajaan tiada bajet untuk selenggara.


"𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗜 '𝗠𝗢𝗡𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗘𝗚𝗢' 𝗣𝗠𝗫"


PMX dah kata, dia takkan tiru seperti PM sebelum ni yang bina pencakar-pencakar langit simbolik seperti KLCC dll. Takkanlah bina kuarters untuk manfaat penjawat awam yang bukan bangunan simbolik dianggap lambang keegoan?




No comments: