Man Toba.
Ramai betul yang laju dok pusing cerita ni. Sat gi meh sini, kita betulkan sikit fakta.
1. Bila pulak ERAfm kena gantung lesen? Mai habaq mai. Tak payah dok reka cerita ikut sedap tekak.
2. DJ tu kena gantung kerja sebab keputusan syarikat sendiri, bukan sebab kerajaan suruh. Sama jugak dengan staff Sin Chew Daily yang terlibat — dorang pun kena gantung. Lagi power, Ketua Editor dengan Graphic Designer siap kena tahan dengan polis.
3. Siapa kata “dah minta maaf + tukar gambar, settle”? Hello, sekarang ni tengah siasat lagi kot. Ada 3 agensi tengah jalan kerja — KDN (bab cetak), PDRM (ikut Kanun Keseksaan), MCMC (bab digital). Lepas semua siap, baru la AGC (Pejabat Peguam Negara) decide nak buat apa.
So chill lah sat. Bagi la penguatkuasa buat kerja. Hangpa yang dok spin-spin ni, tolonglah guna otak sikit. Habis cerita.

No comments:
Post a Comment